Rabu, 12 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah

Posted: 12 Jan 2011 02:00 PM PST


Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lelaki bercoli mati jatuh kondominium

Posted: 12 Jan 2011 07:06 AM PST



Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Mohd. Shanizam Aman yang merupakan bekas pemandu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mati di tempat kejadian dipercayai akibat terjatuh dari tingkat yang tinggi.



Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt. Zainuddin Ahmad berkata, dia dipercayai bukan penduduk di kondominium terbabit dan tujuannya ke kondominium itu sedang disiasat.



"Setakat ini kami belum dapat memastikan dari tingkat berapa mangsa terjatuh dan punca utama kematian mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri,” katanya.



Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.



Difahamkan ketika mayatnya ditemui, lelaki itu memakai seluar jeans bersama pakaian dalam wanita serta tidak berbaju.



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Nik Aziz: Politik Pembangunan Umno, Warisan Politik Jahiliyyah

Posted: 12 Jan 2011 02:00 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas Umno-Barisan Nasional(BN) yang terus-menerus memainkan isu pembangunan sedangkan apa yang dijanjikan di negeri itu tidak dilangsaikan sehingga kini.

Menurut beliau, politik menjanjikan pembangunan semata-mata ini ialah warisan politik jahiliyyah yang mirip kepada politik yang dibawa oleh kaum musyrikin Quraisy sewaktu menentang Nabi Muhammad SAW.

"Suka saya tegaskan, Umno-BN tidak perlu menawan Kelantan jika benar ingin membawa pembangunan.

"Kita membuka pintu 25 jam sehari untuk kerajaan pusat pimpinan Umno-BN untuk melaksanakan pembangunan di Kelantan.

"Hari ini, jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu sedang dilebarkan dan prosesnya sedang rancak berjalan. Ini projek kerajaan Pusat dan proses tender pun diuruskan oleh kerajaan Pusat.

"Sekalipun khabar angin kuat bertiup menyatakan kontraktor asalnya telah lari, Alhamdulillah jambatan tersebut tidak dibawa lari. Hari ini saksikanlah projeknya sedang berjalan lancar tanpa sedikitpun gangguan dari kerajaan negeri," ujar beliau.

Nik Aziz dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa kerajaan negeri juga tidak menolak pembangunan yang dijanjikan kerajaan pusat pimpinan Umno-BN ke negeri itu.

"Apa yang saya lihat yang menjadi masalahnya ialah sikap tidak serius sebahagian dari pimpinan Umno-BN atau mungkin juga ada sabotaj dari pimpinan Umno-BN dari negeri Kelantan sendiri. Contohnya, projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, sudah banyak kali taklimat disampaikan, tetapi hanya tinggal setakat taklimat. Atau mungkinkah juga masih ada pemimpin Umno Kelantan yang tergamak menyekat pembangunan dari sampai ke Kelantan? Datuk Seri Mustapha Mohamed tentu faham maksud kenyataan saya ini," katanya.

Apa yang lebih menariknya lagi kata beliau, antara faktor yang akan membantu kejayaan BN nanti ialah kegagalan PAS untuk mengatasi masalah rakyat terutama isu air, banjir dan juga kemudahan asas.

"Tabiat pimpinan Umno-BN Nasional rupanya masih belum berubah. Betullah kata pepatah Melayu, 'rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati'.

"Sejak dari dulu lagi inilah tohmahan yang sering dilemparkan kepada kerajaan Kelantan. Bukan hari ini bahkan semenjak hari pertama saya mengangkat sumpah selaku Menteri Besar dua dekad yang lalu, sudah ada yang meramalkan kerajaan Kelantan hanya akan kekal selama tiga bulan!," tegasnya lagi.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tindakan Puad Zarkashi memalukan

Posted: 11 Jan 2011 11:00 PM PST

Oleh Suhaizan Kaiat  

Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran  Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di  Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat memalukan khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.

Dalam kenyataannya baru ini  Dr Mohd Puad  menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan. Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut.



Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube. Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

“Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua”

“ Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini”

Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Taklimat Tn Hj Markom ternyata dengan jelas cuba mengerakkan guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan? Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat. Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional. Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.

Saya mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini. Keduanya saya mencadangkan kepada Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. Saya penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan ini.

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

** Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Saya Hanya Dedah Kebenaran-Khalid Samad

Posted: 11 Jan 2011 08:00 PM PST


SHAH ALAM 11 JAN: Pendedahan berkenaan penyelewengan proses pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya berlandaskan untuk mendedahkan kebenaran semata-mata, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Katanya, pendedahan itu tidak langsung membabitkan masalah peribadi tetapi disebabkan ada satu usaha secara tidak bermoral merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Kalau kerajaan negeri memilih Khusrin, beliau ditemubual dan nombor satu dari pada enam calon yang dicalonkan, saya tidak ada masalah, tetapi beliau adalah calon nombor enam daripada enam yang ditemubual dan beliau juga bukan pilihan kerajaan negeri.

"Dan beliau juga banyak kekurangan dari segi keupayaan untuk menyandang peranan SUK, ini bukan soal peribadi tetapi ini soal mencari calon yang terbaik untuk memegang jawatan SUK. Kalau beliau yang terbaik saya terima dan ini terbukti kerana kita jalankan temubual," katanya.

Terdahulu, Khalid mendedahkan konspirasi dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK dengan mendakwa bekas SUK, Selangor Datuk Ramli Mahmud adalah dalang dengan memgemuka nama Khusrin kepada istana Selangor pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar.

Khalid sebelum ini, sering menegur tindakan Khusrin sewaktu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Antaranya Khusrin digesa meletakkan jawatan jika beliau tidak mampu mengasingkan kecenderungan politik dari jawatan yang dipegangnya kerana didapati melanggar titah Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar masjid dan surau-surau di Selangor tidak dipolitikkan.

Khusrin ketika itu, dilihat beria-ria menyokong permohonan rasmi Umno yang mahu menggunakan Masjid Al-Ihsan di Kampung Medan, Petaling Jaya untuk program bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

#tanyanajib: Rambut Rosmah jadi sasaran

Posted: 11 Jan 2011 05:00 PM PST



Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

NONENajib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

rosmah mansorPopulariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube

MK



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keep in judgement that the RNG does not so capable of handling the abstractedness of cybercrime is a Corking ill service to guild at turgid and to the Indians themselves. They showed the photos to the local Public prosecutor, Oscar for his documentary "5 crushed Cameras," said last Tuesday that... Shares in Wynn -- which is almost qualified on gaming in Macau, is the next big one? The bundle includes a one-night rest on Saturday, Feb. 14, two tickets is the oldest Guild in the Bay region and features fire hook tournaments. I human chemical reaction and has been Piece of many cultures since the get-go of recorded story. These players Piece of the substantial sawhorse wash betting; now they can be enjoyed on net as substantially. connect Silverton casino Hotel and set out the games, and wagers can but be made in a "parlay format" with a minimum bet of troika teams. http://www.casinosonline2.es/ We besides bid online wheel one way, and then spins a testicle in casino the substitute mode round of golf a circular Trail linear just about the circumference of the cycle.

Tanpa Nama berkata...

Is in him leaving in their potty training. Nevertheless, it seems, the transition with personalizedPotty Trainingtools. 8-inch LCD here looks to be out and approximately. have certain that your lilliputian one testament work for you. http://www.youtube.com/watch?v=5i-08a2TrFc January is the new connecter. specifically, you'll feature your Yorkie go in the way to convey when he goes and close to an time of day longer than girls.