Khamis, 20 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia 8.10 malam Tadi

Posted: 20 Jan 2011 05:05 AM PST

Al-Fatihah!! Kali ini memang benar-benar telah meninggal dunia..

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.-mStar

Utusan yang menyebarkan berita bahawa beliau telah meninggal dunia petang tadi juga menyiarkan berita yang sama..sila lihat dibawah..




ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini
20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.





Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini. - Utusan


Begitu juga Malaysiakini..

Merlimau rep dies, 15th by-election looms

Jan 20, 11 3:53PMUPDATED 9PM

Merlimau state rep Mohd Hidhir Abu Hassan at 8.10pm, triggering by-election no 15 and the first in Malacca.


Al-Fatihah buat Allahyarham dan takziah buat keluarganya..

Mahathir dikecam Melayu Singapura

Posted: 20 Jan 2011 04:55 AM PST

"Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," ungkap seorang Melayu Singapura.

Ulasan pembaca BH Singapura kecam hujah Mahathir

SINGAPURA, 20 Jan – Bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.

Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.


"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir.

"Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," kata Sallim.

Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.

Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi."Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," ungkap Sallim.

Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau "menyelidik dulu keadaan kami."

"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam.

Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.

Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi", dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

"Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.

Katanya, "alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut."

Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr Mahathir sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial dan tidak semestinya semua yang dinyatakan beliau adalah benar.

Namun, setiap manusia ada kelemahannya, katanya, dan beliau amat terkejut apabila melihat surat-surat yang mengutuk Dr Mahathir, malah, ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya "seorang tua yang nyanyuk".

Walid berkata walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.

Katanya Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.

"Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam: sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Islam di mana-mana sahaja, seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," tambah Walid.

Menurutnya, Dr Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian, untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.

"Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," jelas Walid.

Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, Walid bertanya, "tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?"

Bahkan, katanya kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai "Harimau Asia" oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.

Walid berkata Dr Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia, dan, "Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa-jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam."

"Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar, kita tidak melihat masalah-masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," tambah Walid. – Bernama

Katalah apapun.. Rosmah tak kisah..

Posted: 20 Jan 2011 03:03 AM PST

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.


"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.


Bernama

Adun BN Merlimau belum Meninggal, baru Koma..

Posted: 20 Jan 2011 02:41 AM PST

Malaysiakini melaporkan

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung sejak semalam.

Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah berkata, Mohamad Hidhir, 54, kini menerima rawatan di Hospital Putra, Melaka.

Ahmad turut menafikan satu kiriman berita SMS dihantar Utusan Malaysia hari ini yang menyatakan Mohamad Hidhir telah meninggal dunia.

Beberapa orang wakil rakyat BN kini turut berada di hospital berkenaan.

Merlimau merupakan salah satu kerusi DUN di dalam kawasan parlimen Jasin.


Malaysiakini

ADUN Merlimau meninggal dunia?

Posted: 20 Jan 2011 12:15 AM PST

20/01/2011 3:02pm

Laporan dari Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.- Utusan Malaysia Online

Sebelum itu Berita Harian Online melaporkan beliau hanya kritikal... sekarang kalau korang klik dekat link yang aku bagi kat atas tu.. dah tak ada berita tu.. jika benar beliau telah meninggal dunia.. Al-Fatihah buat Allahyarham...

ADUN Merlimau dilaporkan kritikal

2011/01/20
EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, yang mengalami masalah jantung sejak minggu lalu, dilaporkan berada dalam keadaan kritika dan kini dirawat di Hospital Pakar Putra di sini, hari ini.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, difahamkan ketika ini berada di dalam bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yang melawat Mohamad Hidhir sejak dari jam 3.15 petang tadi masih belum meninggalkan bilik berkenaan.

Mari bersama mentalkinkan UMNO Perlis...

Posted: 19 Jan 2011 11:11 PM PST

KANGAR - Satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi amaran kepada pucuk kepimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu kini berada dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.

Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, pelaksanaan majlis itu bagaimanapun bergantung kepada tindak balas pucuk pimpinan UMNO Pusat sama ada berani melakukan perubahan dalam menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri itu ataupun tidak.

Menurutnya, majlis itu sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam di sini oleh beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.


"Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan setelah saya berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu dan beliau bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kami kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

"Kami sepakat untuk memberi peluang kepada Najib menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri ini dan sekiranya beliau gagal, satu majlis talkin akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Hashim turut mempersoalkan tindakan UMNO Pusat tidak mengekalkan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri, sebaliknya mengekalkan jawatan Dr Md Isa kerana mendakwa prestasi Zahidi dilihat jauh lebih baik daripada Md Isa.

"Adakah kepimpinan UMNO Pusat melihat Zahidi sebelum ini bermasalah sehinggakan jawatan beliau tidak dikekalkan?

"Konflik kepimpinan UMNO di Perlis bukan sahaja melibatkan dua pemimpin UMNO sahaja, sebaliknya membabitkan ramai lagi ahli lain dan saya menyifatkan tindakan menjadikan Zahidi sebagai 'kambing hitam' tidak wajar," katanya.

Hashim turut menyuarakan harapan agar jawatan kepimpinan tertinggi UMNO negeri diserahkan kepada Najib sendiri bagi menyelesaikan masalah kepimpinan yang berlarutan sejak tiga tahun dahulu.

"Lebih baik serah jawatan pengerusi UMNO negeri kepada Najib kerana isu pokok pertikaian kebanyakan pemimpin akar umbi parti adalah pengekalan jawatan Dr Md Isa yang dianggap tidak sesuai.

"Satu penyelesaian lebih baik perlu dibuat pucuk pimpinan UMNO demi memastikan UMNO Perlis terus kukuh dan mengekalkan sokongan rakyat pada masa hadapan," katanya.

Sinar Harian

Debat : Akan berlangsung di Perlis?

Posted: 19 Jan 2011 09:09 PM PST

Mungkinkah akan berlangsung debat ini di negeri Perlis? Bukan debat diantara Najib dan Anwar lah.. tapi debat antara Penyokong Md Isa dan penyokong Shahidan..

Nak tunggu Najib sahut cabaran Anwar untuk bedebat? jangan haraplah.. Najib tak ada Rosmah mana dia berani...

Aku rasa aku nak cadangkan kepada Anwar Ibrahim supaya membenarkan Najib membawa Rosmah dan penasihatnya APCO bersama keatas pentas bagi berdebat..


Penyokong Md Isa cabar penyokong Shahidan berdebat
Muhayat Jasmin

PADANG BESAR, 19 Jan: Konflik yang melibatkan Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh dengan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Padang Besar, Ali Ismail terus berlanjutan dengan perkembangan terbaru timbulnya desakan supaya diadakan perdebatan antara kedua-dua pihak berhubung isu 'mentalkinkan Umno Perlis' yang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Menurut sumber dalaman Umno negeri itu kepada Harakahdaily, cabaran supaya Hashim yang dilihat menyebelahi bekas menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima pelawaan Ali sebagai penyokong Menteri Besar, Datuk Seri Isa Sabu untuk berdebat, telah diusulkan dalam mesyuarat Umno Bahagian yang diadakan pada minggu lalu.

Cabaran itu dikatakan bertujuan merungkai segala permasalahan yang timbul dan isu yang melibatkan Umno Negeri Perlis.

Isu 'mentalkinkan Umno Perlis' dikatakan tercetus dalam satu majlis melibatkan sebahagian pemimpin vateran Umno Perlis yang kecewa dengan tindakan Umno pusat yang masih lagi mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Umno negeri.

Keadaan dikatakan lebih parah apabila Shahidan yang dilihat tidak sehaluan dengan Md Isa dilantik pula sebagai timbalan pengerusi mengantikan tempat Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Shahidan sendiri seperti dilaporkan media pernah mendakwa keputusan mengekalkan Md Isa sebagai pengerusi mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Malah beliau turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan Umno terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.

Shahidan juga secara terbuka mengakui sukar untuk bekerjasama dengan Md Isa yang disifatkan merampas jawatannya sebelum ini.

"Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini," kata Shahidan lapor sebuah akhbar arus perdana.

Sementara itu perlantikan Shahidan pula mendapat tentangan penyokong Zahidi yang mahu beliau terus dikekalkan sebagai timbalan pengerusi.

Sehubungan itu pemarhati meramalkan konflik antara 'team' Shahidan dan 'team' yang menyokong Md Isa akan tidak akan berhenti dalam masa terdekat, malah dipercayai kedua-duanya akan lebih agresif menjelang pemilihan pimpinan peringkat cawangan-cawangan yang akan bermula Mac nanti.


Harakahdaily

Beginilah nasib seekor Katak....

Posted: 19 Jan 2011 07:29 PM PST

Inilah nasib seekor katak.. dan katak-katak yang lain juga akan senasib dengannya.. biarpun katak ini telah menyerahkan sendiri borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.. namun untuk dicalonkan semula sebagai calon ianya adalah jauh panggang dari api..

Dalam hal ini aku akui UMNO bijak.. dalam hal ini saja ya…

Semalam Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang dalam satu sidang media mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.


Analisis: BN, PKR sebut nama calon bakal ADUN Pelabuhan Klang
Oleh Wan Jailani Razak dan Rafidah Mat Ruzki

SEJURUS kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, diisytiharkan kosong semalam, beberapa nama diperkatakan bagi merebut kerusi itu meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN.


Bagi pihak Barisan Nasional (BN), antara nama yang disebut-sebut ialah Ketua UMNO Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff, berikutan usahanya membantu penduduk di kawasan itu menerusi pembukaan pusat khidmat yang berfungsi seperti pusat khidmat wakil rakyat.

Khidmatnya amat diperlukan penduduk setempat sebagai mewakili BN apabila kerusi berkenaan sebelum itu dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Badrul Hisham Abdullah.

Sebagai orang lama, Mazlynoor dipertanggungjawabkan menjaga kawasan yang ketika itu 'dimiliki' pakatan pembangkang, sebelum Badrul Hisham keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas, sebelum menyertai UMNO pada April 2010.

Tidak mustahil juga Badrul Hisham akan dipertaruhkan mengekalkan kerusi yang didudukinya sejak 8 Mac 2008 berikutan beliau sudah menyertai UMNO.

Namun, tindakan itu boleh dikatakan sebagai mengambil risiko besar kerana imej Badrul Hisham memang sudah tercalar, sejak sebelum meninggalkan PKR lagi. Tindakannya meninggalkan PKR menyebabkan pelbagai cerita tidak sedap didengar bertiup termasuk beliau dikatakan mengalami masalah mental.

Spekulasi mengenai pilihan raya kecil di DUN berkenaan mula bertiup sejak ura-ura Badrul Hisham akan meninggalkan PKR pada September 2009.

Apatah lagi apabila nama Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin, disebut-sebut bakal dipertaruhkan untuk merebut semula kerusi yang terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN) sejak Badrul Hisham menyertai UMNO.

Jika Mazlynoor dan Badrul Hisham adalah ahli perniagaan, Faekah pula seorang peguam. Faekah yang memulakan kerjaya sebagai peguam pada 1991 sehingga pernah membuka firma guaman sendiri bersama seorang rakan kongsi, adalah bekas Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Sebagai seorang veteran dalam perjuangan PKR, tidak hairan jika Faekah bakal dipertaruhkan untuk merebut kembali kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Badrul Hisham dikatakan gagal menghadiri sidang DUN Selangor selama lebih setengah tahun. Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (UMNO) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor, mendapat 580 undi. Selain itu, Roselinda yang juga menantu bekas ADUN Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Derus berpeluang bertanding semula bagi menebus kekalahannya.


Berita Harian

Debat : BERNAMA BOHONG!!

Posted: 19 Jan 2011 07:08 PM PST

Semalam kalau korang baca kebanyakkan Mainstream Media samada versi on-line atau versi cetak mesti korang terbaca laporan Bernama pasal debat.

Bernama melaporkan ' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik membabitkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.' - sepenuhnya sila baca di SINI

Rupa-rupanya itu bukan kata-kata Anwar tapi berita rekaan Bernama sendiri..


Nasib baik aku tak hentam Anwar pasal apa yang dilaporkan Bernama tu semalam.. kalau tak kena mengadap la jawabnya…

Debat: Anwar tidak berganjak, nafi laporan Bernama
Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tetap tidak berganjak dari keputusannya untuk mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat.

"Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya, serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," jelas Anwar dalam satu kenyataan yang disiarkan di blognya, awal pagi ini.

Jesteru beliau menuntut agar Bernama menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19 Januari 2011 yang berjudul 'Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang – Anwar'.

Laporan itu memetik kenyataan Anwar sebagai berkata beliau tidak berniat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi hanya ingin mengadakan perbincangan mengenai dasar ekonomi Najib dan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam laporan tersebut kononnya memetik kenyataannya di Alor Setar, selepas Majlis Wacana Maqosid Syariah di Kolej Universiti Insaniah di Alor Setar, semalam.


Keadilandaily

Leila Trabelsi: Imelda Marcos of the Arab world... and Rosmah?

Posted: 19 Jan 2011 09:15 AM PST

An interesting article to shared, even though the incident occurred far away from Malaysia its shown to us because of the greed shown by former Tunisian president Ben Ali's wife, Leila, forced people to revolt against the ruling dispensation.


Dubbed as Imelda Marcos of the Arab world, Leila, a former hairdresser, was known for her love of wealth and its trappings. The woman, who came from a humble background, was branded "The Regent of Carthage' ' for her power behind the throne and her love of money, luxury cars and opulent homes.

This is why so much anger on the streets and the family known as "The Mafia''was a target of its attack directly. Looters , sick of the family's nepotism , filmed themselves on mobile phones destroying the expensive cars at one of their villas and riding motorbikes across the manicured laws.


Ali and Leila's two daughters have fled to the Disneyland Hotel in Paris, where they are holed up in £300-a-night VIP suites. Nesrine Ben Ali, 24, and her sister Cyrine are under guard there. Much of the corrupt family's £3.5 billion fortune is banked in France, the former colonial power in Tunisia.


Leila Trabelsi: Imelda Marcos of the Arab world

Leila Trabelsi, the first lady of Tunisia, fled with £35 million worth of gold, in a cut-and-run reminiscent of the most famous of this ilk, Imelda Marcos.

by Hannah Betts (The Telegraph)

Dido will be turning on her pyre at the news that the latest "Queen of Carthage", deposed first lady Leila Trabelsi, has fled via a raid on the Bank of Tunisia's gold reserves to the tune of £35 million, a hefty one-and-a-half tons of ingot.

Appropriately, she made her escape aboard her nifty "shopping plane".

"Hang them all, but first bring back our gold," was the street mob's eloquent reaction as they ransacked her palatial villas.

Trabelsi, 53, a former hairdresser, has proved her mettle as a dictator's wife by leaving no cliché unturned. Mrs Ben Ali is known for her penchant for fast cars - the family boasted more than 50 - luxury pads, and extravagant designer shopping jaunts to Dubai.

Her despised extended family, known as "The Mafia", exerted a £3.5 billion stranglehold on business, construction and foreign investment, routinely jetting across continents for jollies.

Her 24-year-old daughter, Nesrine, and her playboy husband Sakhr are currently taking refuge in Disneyland Paris - a location no more fantastic than the ones she grew up in. Whether his pet tiger has joined them is still unclear.

'Twas ever thus, of course. Behind every powerful man of a totalitarian bent, there is a studiously groomed schemer a-pulling those strings.

Tunisia's "Madame La Présidente" has been dubbed "the Imelda Marcos of the Arab world". Were one to make the allusion in her company, she would doubtless be flattered.

Imelda, ah, Imelda, the dictator's wife's dictator's wife. When Mrs Marcos fled to Hawaii from the Philippines in 1986, she memorably left in her wake 1,000 handbags, 508 gowns, 15 mink coats, lakes of perfume, and an infamous designer footwear collection numbering 3,000 pairs.

Was she repentant? Quite the contrary, boasting only recently that "when they opened Imelda's cupboards, they did not find skeletons. They only found beautifully made shoes".

Manila's favourite foot fetishist is still going strong at 81. Indeed, in spring 2010, the "Iron Butterfly", who returned to her homeland after the death of her husband, launched an unexpected bid for a congressional seat.

The self-appointed "grandmother of the nation" has embraced environmentalism, declaring: "I fight for truth and beauty. My ambition now is to save Mother Earth for humanity." Something of a volte-face for a woman whose footwear left one hell of a carbon footprint.

Once one of the 10 richest women on earth, Mrs Marcos, who has never been jailed, has paid back very little looted dosh, although 901 civil and criminal cases have been filed against her.

She regularly pleads poverty, yet appears permanently bejewelled and lives in an exotic Manila penthouse where oil paintings adorn the lavatories.

Nevertheless, it was the ancient world that set the standard for the tyrant's consort, as anyone who has enjoyed Radio 4's recent dramatisation of Robert Graves's I, Claudius will be aware.

Harry Mount, author of bestseller Amo, Amas, Amat and All That, observes: "There's a goddess/monster thing going on with imperial women. The emperors were treated as semi-divine so their wives were treated with reflected divinity; or - if they were at all dodgy - became horrific monsters.

Livia, Augustus's wife and a shocker of a controlling mother to Tiberius, is the perfect example - the ambition-crazed killer of pretenders to the imperial throne, who ensured that any word against her was considered treason."

Tacitus's hint that Livia had control freak qualities was transformed by Graves into a coruscating depiction of the most foul behind-the-scenes corruption. Certainly Suetonius's remark that she was buried without Tiberius seeing her body because he let her rot suggests some lack of filial regard. Still, 13 years after her death in AD 42, Claudius dutifully deified her.

Contemporary examples of autocrat arm candy we love to hate abound. Haiti's Jean-Claude "Baby Doc" Duvalier's marriage to the as yet undeified Michelle Pasquet fostered resentment, the extravagance of the couple's estimated £3million 1980 nuptials, not least. Six years later he had been ousted.

In 2008, hundreds of Swazi women marched the capital's streets to protest about a shopping trip taken by nine of the king's 13 wives.

Grace Mugabe, wife of the Zimbabwean president, reportedly withdrew £69,200 before a spree to Hong Kong in 2009, as her country festered with poverty and disease. She is also thought to own the obligatory 3,000 pairs of heels.

In the same year, Her Excellency Chantal Biya of Cameroon upstaged Paris Hilton and Naomi Campbell with a lavish hairstyle and her trademark bold prints.

Earlier, at an audience with the Pope, she put his mitre in the shade with a wedding cake-sized pink and white titfer emblazoned with crosses.

The dictator's wife, it seems, is a stereotype that will run and run, with former beauty queens lining up to fill the role's (copious, designer) shoes.

Why even Adam, the world's first dictator, required a spot of female misadventure in the form of first Lilith, then Eve, without whom he would have blokishly got on with naming things.

Something in our collective psyche would appear to need such feminine excesses, to crave their existence by way of colour in an otherwise unremarkable tale: chap gains power; chap abuses power.

Democratically elected politicians such as Ronald Reagan and Tony Blair require quotidianly nutbar sidekicks of the sort to seek out astrologers and new-age massage gurus. Autocrats are defined by the real, grotesquely high-rolling McCoy. If we didn't have dictators' wives, then we would have to invent them.

Indeed, perhaps we do. Feminist commentators have been swift to label some of the tales that circulate around despots' consorts as misogyny.

In The First Ladies of Rome by Annelise Freisenbruch, the author argues that the perceived characters of the wives and daughters of the Julio-Claudians were dictated by critical reactions to imperial agendas.

Accordingly, pre-Holinshed, whose chronicles of Scotland's history were the basis for Shakespeare's play, Lady Macbeth may have been a blameless Scottish matriarch, hands unspotted. While there is every chance that Lucrezia Borgia was gormless papal chattel rather than a poisonous femme fatale.

Harry Mount is unconvinced so far as the ancient world is concerned: "I don't think all this is misogynist.

Emperors got the same black and white treatment as their spouses: Caligula the nutty perv, Nero, fiddle-playing arsonist. The story of the emperors and empresses is packed with exaggerated caricatures; still, it makes for terrific copy."

And not merely newspaper or history book copy. Today, the apotheosis of wifely despotism is not to become a goddess, but to be transformed into the heroine of a musical.

Eva Peron received the Andrew Lloyd Webber / Tim Rice treatment, Evita's breakaway hit, "Don't Cry for Me, Argentina" passing over the fact that such tears may have been less for her, than prompted by her.

More recently, David Byrne and Fatboy Slim conspired to write Here Lies Love, a song cycle about Imelda Marcos, inspired by their heroine's passion for disco, and released as a double album featuring Florence Welch, Martha Wainwright and Cyndi Lauper.

Byrne remarked: "I imagined that the ecstatic joy and loss of self inherent in a lot of dance music might mirror some of the headiness of a person in power, as well as their view of themselves as a living symbolic entity." Quite.

Meanwhile, we, the little people tap our toes in our pitiably humdrum shoes. Leila Trabelsi take note.

Tiada ulasan: