Rabu, 12 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Debat Menantu Hadi vs Ostad Wan Xi.

Posted: 12 Jan 2011 01:58 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Menjelang kerehatan dan kehilangan Batu Api, Ostad Zaharudin, menantu kepada Hadi Awang yang popular dengan gelaran Khairy versi PAS di kalangan bloggers, facebookers, students dan intelektual bebas, disahkan akan berdebat dengan Ostad Wan Xi.

Cuma, kehadiran gua sebagai penonton masih belum dapat bayangan lagi, kerana kesemua kuanter tiket di Kelantan mengatakan tiket pada 1 February 2010 sudah habis dijual lama dulu.

"Boh. Mu nak kena te ko? Itu tiket mu beli samo Doraemon la." Marah seorang penjual tiket bas Perdana kepada gua.



Syarat2 menghadiri debat.

1. Jangan bawa alat rakaman. Jika mahu membawa alat rakaman, pastikan anda memiliki kad pengenalan beralamat Rusila.

2. Pakai helmet untuk mengelakkan pukulan dari belakang.

3. Dilarang menyebut perkataan '5 minit'.

Kegagalan mematuhi syarat, akan difatwakan BIADAP.

Laa... member gua (pihak PAS Ganu) ada di tempat kejadian, rupanya.

Posted: 11 Jan 2011 06:38 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Lama gua dalam TKO, bro. Seingat gua 2005. Kalau tak silap lah. Gua aktif berdebat berdebik dalam tu. Sampai satu ketika, Webmaster dulu, Din apa ntah gua lupa, tiba-tiba lantik gua jadi moderator. Mungkin dia tengok gua aktif berdebat-berdebik melawan UMNO. Tapi dia tak tahu, dalam hati gua, wujud pemberontakan gua terhadap semua yang gua anggap salah. Ini kerana gua bebas.

Bagaimana nak memberontak terhadap kelemahan dan ketidakahlian Hadi Awang dalam pemimpin jemaah yang wujud dalam pembolehubah bersimpangsiur, kalau gua dalam kelompok moderator. Payah. Masa gua tanya soalan pada Hadi di Muktamar Pengkalan Chepa tahun lalu, Nik Aziz keluar depan gua dengan jari berbalut akibat luka. Video yang diambil itu adalah rakaman Edyeslah (yang Batu Api guna untuk mengatakan Hadi sibuk).

Gua boleh tanya soalan pada TGNA, gua boleh bergambar dengan TGNA time tu. Sebab gua just tertunjuk jari jer terhadap jari TGNA, terus TGNA jawab luka sikit sambil tersengeh. Bukan TGNA kenal gua pun. Tapi, gua tak nak melibatkan sesiapa dalam mencabut pembolehubah masalah kepada PAS. Termasuk menjadi moderator TKO, termasuk bergambar, bertanya soalan kepada TGNA, termasuk bergambar dengan Husam.

Amdang81.

Rakan gua ni adalah rakan yang baik. Rakan medium internet yang tak pernah jumpa, lah. Tak pernah telefon pun, seingat gua. Walau gua ada no telefon dia. Seingat gua, gualah yang memulakan pemberontakan terhadap Hadi. Pembolehubah kepada kebanyakan masalah dalam PAS.

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya:
"Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: "Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya." (Hadith Riwayat Imam Tarmizi).

Hasil kecerdikan Ostad Fadhil mencilok dalam situasi semasa, 1999 :

Akulah MB Terengganu
Akulah ADUN
Akulah Ahli Parlimen
Akulah penanggung beban poligami
Akulah PJ Terengganu
Akulah Ketua Pembangkang (lepas Ostad Fadhil pergi)
Akulah Presiden
Akulah Menteri Luar Negara PAS
Akulah Ketua Persatuan Sukan Terengganu


Tapi, biasalah, dalam politik berfahaman standard Melayu, kita berjuang atas nama pemimpin. Oleh kerana gua menentang pemimpin yang dilindungi dengan beberapa keistimewaan kasta, maka, hubungan gua dengan Amdang81, hanya gitu2 lah.

Gua pernah telefon dia ketika gua berada di Terengganu selepas bernikah. Tapi tak berangkat. Gua pernah nak jumpa dia ketika gua survey audien Terengganu di Kuala Terengganu, tapi tidak dibalas serius. Tapi time gua dilanda ujian kes Hina Sultan Johor, dia ada kol gua. Maybe untuk memastikan gua dah ke lokap ke belum. Hahaha. Maklumlah, berita itu adalah satu berita yang boleh diletakkan di bawah tajuk keramahnya Hadi.

Gua releks seadaanya gualah. Dan turut mengundang dia ke Majlis Pernikahan Seremban. Gua cakap gua belum ke lokap lagi. Time dia kol, tu, sebelum tanya keadaan gua, tanpa disuruh dia menjelaskan bahawa sebab2 dia tak angkat telefon masa gua kol dulu.

Projek Langgar Hadi 7 Januari 2011.

Di FB, Amdang81 menjelaskan bahawa dia tak hadir. Ramai juga hardcore PAS Hadi yang umum awal2 secara terbuka yang konon tidak akan hadir, tapi Allah lebih mengetahuilah. Tambah Amdang81 lagi, gua tak perlu bimbang dengan keadaan Rusila. Gua perasan jer lebih. Memang gua tak bimbang pun sebab yang membolak-balik hati gua ialah Allah. Kalau Allah campak takut dan bimbang, gua tak hadirlah. Kalau Allah campak banjir, pun gua tak lepas juga ke Rusila.

Tapi, setelah hampir seminggu, gua terbaca kenyataan rakan gua nih. Amdang81.

(Tidak timbul isu Tuan Guru tidak menghalang perlakuan orang ramai yang memukul Aduka kerana jarak rumah Tuan Guru dengan tempat kejadian agak jauh. Tuan Guru juga sudah berada di dalam rumah ketika itu - selepas Aduka ditarik)

Laa.... rupa2nya Amdang81 berada di tempat kejadian! Batu Api yang mengatakan dia hadir pun belum nafikan catatan gua, Amdang81 hari ini nafi. Mu ni Amdang81. Apsal tak tolong gua time handphone gua dirampas. Alat2 rakaman dirampas. Lu ada kat situ, kan. Kamu tolong-menolong dalam perkara yang zalim la Amdang81. Untuk tajuk alat rakaman dirampas.

Cuma, ketika direntap dan dirampas, mungkin gua berada di depan Qarin Hadi. Dan Hadi original masuk ke dalam rumah bersama-sama Amdang81.

Wallahualam.

Tiada ulasan: