Selasa, 4 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Niamakahai punya Haji Rahim MPKB Bandaraya Islam.

Posted: 04 Jan 2011 03:47 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Gua setuju masalah yang gua bawa untuk N3 kali ni, tak semestinya tanggungjawab Haji Rahim MPKB. Tapi dah dia jadi kepala, siapa lagi nak sekeh? Tu fungsinya kepala. Apa2 hal kepala mesti jawab. Kalau gen Korea, kepala letak jawatan. Bukan anak buah jadi kambing hitam.

Gua duduk N9. Negeri UMNO. Renew lesen niaga, bai. Bukan mohon lesen niaga. Prosedur renew patut mudah. Bukan macam prosedur mohon. Bukan gua suruh MPKB canggih macam gomen buat. Siap ada myeg. Tapi takanlah prosedur renew lesen niaga dah macam nak bina logi nuklear. Macam sial.

Orang rumah gua, kena renew lesen niaga kompeni dia kerja. Dah dia kerja as kerani, merangkap pengganti bos bila bos bz, maka terpaksa la. Gua plak, member gua suh interbiu grapik designer kat satu kompeni member. Gua tak nak. Sebab gua baru jer benti. Tapi pasal dengar tawaran lumayan, dan adrenalin gua yang berunsurkan duit, gua teruja. Gua plan, gua kira gaji yang dia tawarkan tu per jam, then cadang nak ambil secara jam, atau artwork. So, tak lah kacau aktiviti niaga siang gua. Gua boleh buat artwork kat tempat kerja pengawal jer ker. Plan gitu la.

Takper la, gua tolong bini gua settlekan renew lesen, then, g interbiu. Sekali, punyala bangsat gua bersapau kat MPKB bahagian perlesenan. Nyaris2 labah2 buat sarang kat ketiak gua. Gua kena bersuara nih. Gua kena bersuara. Nasib baik henset bini gua. Kalau gua ada handycam, semua komen 'mangsa' macam gua, gua dapat, dan siarkan.

Skang mari lihat dakwaan gua.

Tengok kertas giliran nih. Gua ambil ketika pukul 10.33am. Nombor semasa ialah 5067. Nombor gua ialah 5123. Gua kena tunggu 56 orang. Takpalah. KB adalah bandar yang lebih besar dan pesat dari Seremban.  Memanglah ramai. Takda masalah. Kalau orang N9 cakap KB mundur, memang dia layak makan taik. Kalau Isa Samad yang cakap, lu suruh taik tu makan dia. Tapi, kalau orang Melaka cakap KB mundur, gua boleh terima. Hutang dengan pusat tajuk lain.


Gua nak tangkap gambar jam. Tapi kamera handset silau. Tak nampak. Terpaksa tangkap gambar jam kat enpon Nokia Lampu Suluh gua. Tu pun masih boleh dituduh gua adjust jam sebelum tangkap. Kalau lu boleh nampak, jam menunjukkan pukul 11.53am. Gua ambil no pukul 10.33. Sejam lebih. Takpa2.. boleh sabar. 8 tahun gua menuntut ilmu kesabaran kat U Al Azhar cap Hosni Mubarak. Mesir. Stakat KB punya cabaran, mo man tai.


Ting! Setelah 1jam 20 minit. Nombor gua up. Bukan kat Toto bai. Kena pergi kuanter 5. Bayar RM230, siap pun lesen untuk kompeni bini gua. Boleh hantar bini, dan pergi interbiu. Tamat story.


"Ok. En. ambil borang ni. Pergi ke kuanter 3, yer."

"Eh... ni duit ni?"

"Bayar kat sana."

"Pulak. Terus pergi la ni yer."

"Tak. Tunggu nombor dipanggil."

Pundek! Kesabaran 8 tahun gua kat Mesir dah tinggal 4 tahun dah. Dari Mee Celup dah tahap Mee Rebus dah ni. Gua kena tunggu lagi 56 giliran! Lebih kurang lagi 1 jam 20 minit! Sabar... sabar. Ada talian hayat 4 tahun lagi.

Lebih kurang 45 minit, nombor gua up lagi. Bukan kat Magnum, tapi kat kuanter 3. Ting!

"5123, kuanter 3."
"5123, kuanter 3."

Mesin tu guna suara siapa la... manja jer bunyinya. Sabar gua up kepada 5 tahun tahap Mesir. Gua hulur kertas, gua semak ntah nak buat apa ntah. Gua nak renew la, bodoh. Bukan nak mohon. Mati lesen 31 Disember 2010!

"Ok, ambil ni, pergi ke kuanter 1, yer."

"Kena tunggu no giliran juga ke?"

"Ho, la.."

Bagaikan halilintar membelah bumi. Gua dah bayang muka Batu Api adalah Putera katak yang dibela Nora Danish. Kalau menjelma la depan gua, memang gua sepak telor dia tu,. Kalau senak, pelik. Kalau tak, gua tak heran. Dah tengah hari ni..... nak interbiu nate gapo. Huaa~


56 orang depan gua! Lebih kurang sejam lagi. Siapalah pundek buat sistem sial macam ni. Lepas ni, gua bersumpah. Gua akan cari siapa Kapten Perlesenan MPKB. Sampai bila rakyat KB nak kena duduk bawah sistem pundek macam ni? Tak praktikal langsung. Golongan intelek mana yang jadi Kapten Perlesenan MPKB ni? Cer angkat tangan sket. Gua nak bedah otak dia. Buat ujikaji.

"Pengang benda alah ni semua, jap."

"Nape?"

"Abang nak tangkap gambar semua nih."

"Jangan buat hal, bang."



Antara mangsa keadaan sistem ciptaan manusia berotak kecik.

Antara helaian yang gua kena usung macam bola. Senang lagi nak seludup dadah la gua ingat.

Mana dia? Mana dia? Gua melilau carik carta organisasi. Selalu kat pejabat kerajaan, mesti ada benda alah nih. Gambar TGNA dan Sultan Kelantan bersepah la. Hah!

Ada pun. Kat pintu masuk sebelah sana. Kasi zoom sket. Benda2 macam ni, kita terus tangkap kepala jer. Buang masa berdepan dengan 'saluran'. Kasi zoom sket!


Ceh! Golongan Lebai!
Pendek cerita, gua pun jadi golongan Pak Lebai. Lebai malang. Ke hulu tak dapat. Ke hilir penat.


"Bang! Bang! Bangun lah. Tak g kerja ke? Interbiu cane?"

Zzzzzzz.....

p/s : Jika Kelantan anjurkan konsert Wali Band, Terengganu anjurkan konsert Wala' Band. Setiap Jumaat. Tiket Free.

Sah : Presiden PAS berada dalam perjumpaan itu.

Posted: 04 Jan 2011 03:07 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

"Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama pemimpin termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, iaitu istana baginda di Kuala Lumpur.
"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut,"ujarnya lagi.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pula berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu. Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang Dipertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

Bermati-matian pengikut wala' mereka mengatakan Hadi berada di luar negara. Cuma kehadiran Timbalan Presiden sahaja masih belum disahkan.

Benarkah bukan motif UG?

Ingat. Kepimpinan Ulama mempunyai keistimewaan 2 peruntukan pahala ijtihad. Jika tepat, 2 pahala. Jika salah, walau sehingga memudaratkan umat, tetap 1 pahala.

Selain itu, Kepimpinan Ulama juga mempunyai hak berbohong sunat. Apa motifnya Presiden ke luar negara bagi mengelirukan penyokongnya mengenai pertemuan 24 Dis? Bohong sunat? hadi Awang dirakamkan Allah menipu apabila mengatakan UG hanya berlaku di zaman Paklah. Sedangkan timeline tarikh diangkat sekali lagi UG itu ketika,........ semoga Allah izinkan gua sembelih Hadi ini, suatu hari nanti, untuk tatapan sejarah muslim masa depan. Bagaimana ulama menipu dengan menggunakan keistimewaan yang diperuntukkan kepada mereka.

Rakyat adalah raja kepada pemimpin.

[1]

Imbas semula ketika UG pertama dahulu. Ketika dilontarkan Hadi dan kemudiannya ghaib tanpa follow up. Lim Guan Eng memberi kenyataan ulama tidak boleh menipu. Syed Sosialis nafi. Kita tertunggu2 butirannya, untuk dibahaskan bersama. Tiada! Ego dan sombong.

Kemudian ketika musim pemilihan, menyaksikan orang2 kananya tumbang awal. Roslan sms, menantu, Hadi muncul dengan penjelasan UG. Ahli PAS malas membaca! Mana maruah kita sebagai rakyat yang menentukan pemimpin? Mana?

hadi muncul memberi penjelasan UG bukan kerana rakyat. tetapi kerana kedudukannya tergugat. Perlu membuat sesuatu. Orang2 kanan telah tumbang adalah sesuatu yang bahaya kepada kedudukan pangkat. Muncul memberikan penjelasan UG. Itu pun menyalahkan ahli dan rakyat. Malas membaca! UG ditutup!

[2]

Menanglah kumpulan Hadi selepas penjelasan bodoh dan hina itu kerana menentukan pemimpin jatuh kepada undi perwakilan. Pemilihan yang dikatakan ditaja Syabas itu mengambil masa yang melampau untuk kiraan undi. Lebih lama mengira dari SPR yang mengendalikan undi seluruh Malaysia.

Apabila kumpulan Hadi menang besar, di sidang media muktamar, Hadi bangunkan semula UG. Ketika itu Najib sudah mengambil alih pemerintahan. Ketika itu APCO sudah mendapat kontrak.

Bagaimana jika blogger PAS, PKR dan DAP tidak bersatu-padu mengamuk dengan lontaran UG selepas kemenangan Hadi ketika itu. Tanya diri anda. Bagaimana? Sudah tentu kita pada hari ini dibentuk sepenuhnya oleh pemimpin penipu. Kita sudah bergabung dibawah nasihat APCO! UG hanya di zaman Paklah? What the fuck, man.

Hasil dari amukan rakyat yang merdeka dan tidak bodohlah, UG ke-2 ini terpaksa ditutup Hadi. Pemimpin perlu tunduk kepada kuasa rakyat. Bukan rakyat tunduk kepada penyalahgunaan kuasa pemimpin.

[3]

Untuk pertemuan yang Nik Aziz bayangkan bukan pertemuan biasa ini, kenyataan bayangan di mana sebelum delegasi PAS Terengganu memintas ke Kota Bhari, anda bayangkan kesudahan jika tiada bantahan dari mereka yang berfikir dan berakal.

Bagaimana kesudahan cerita seandainya, Penarik Beca tidak membantah habis-habisan maklumat dari MSO? Kemudian merebak kepada gua dan rakan2? Bagaimana kesudahannya? Bagaimana kesudahan gerakan Perpaduan Melayu Bangsawan Bangsat ini jika tiada internet fighter seperti Wan Xi, Fakaq, dan pimpinan PAS yang lainnya?

Pasti pertemuan itu menghasilkan sesuatu. Pasti kita ditipu. Pasti pemimpin UG tidak menghormati mesej rakyat. Kerana kita tidak melontarkan mesej itu dengan dasyat. Kita adalah raja kepada pimpim. Pemimpin adalah balaci kepada rakyat. Bukan terbalik.

UG hanya di zaman Paklah? What the fuck, man.

Perjuangan kita masih belum selesai.

Kewajipan kita ialah menjatuhkan boneka paksi US-Israel-British ini. Barisan Nasional. US juga pasti tahu bonekanya ada tarikh luput. Untuk itu, sudah berlaku pembangunan boneka ke 2. Mungkin Anwar. Tiada siapa tahu. Tetapi apakah pilihan yang paling mudarat yang kita perlu pilih?

1. Mengekalkan boneka US-BN dengan keadaan BN sudah takut dengan kebangkitan rakyat. Dengan memberikan kuasa seimbang kepada parlimen dan negeri-negeri.

2. Memilih boneka US-Anwar yang lebih berprinsip berbanding BN. Yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding BN. Yang kekuatannya masih belum kukuh untuk menjadi diktator.

3. Memilih Islam dan dikepung US lantaran tiadanya kuasa besar Islam yang boleh melindungi kemenangan gerakan Islam kecil-kecilan. Dajal itu datang dengan neraka dan syurga di tangannya. Jika pilih Dajal, maka, syurga. Jika lawan Dajal, maka kesensaraan melanda bagai neraka.

4. Memilih Islam dan dikepung US lantaran tiadanya kuasa besar Islam yang boleh melindungi kemenangan gerakan Islam kecil-kecilan. Sudahlah sensara begitu, tetapi rupa2nya pimpinan ulama yang dipilih adalah penipu, lemah, sering ditipu.

Kita perlu bangkit. Bangkit dengan semangat melawan. Letakkan pemimpin di bawah tapak kaki kita. Kita bayar mereka gaji. Kita dermakan harta kepada mereka. Mereka harus tahu mesej kita.

UG hanya di zaman Paklah? What the fuck, man.

Delegasi PAS Terengganu jumpa TGNA hari ini untuk tutup rahsia?

Posted: 03 Jan 2011 09:52 PM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : MalaysianInsider dan Harakah dan Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Malaysian Insider hari ini melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berhubung isu perbincangan kerjasama kerajaan perpaduan atau yang lebih dikenali sebagai "UG" dengan pemimpin-pemimpin Umno akhir bulan lalu.

Semalam, Harakah melaporkan Mursyidul Am yang dikatakan terpaksa hadir kerana jemputan dari YDP Agong itu akan membuat kenyataan dalam masa 24 jam.

"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa," kata Nik Aziz.

Secara matematiknya, sepatutnya kenyataan rasmi TGNA mengenai pertemuan itu dikeluarkan petang ini. Ramai pemerhati politik dan pemimpin PAS sendiri menanti maklumat sama ada Presiden PAS dan Timbalannya turut terlibat dalam pertemuan itu.

"Apabila TGNA sampai di sana, didapati Presiden dan Timbalan Presiden sudah ada. Selepas pertemuan dikuasai TGNA, Presiden berangkat ke luar negara malam itu bagi mengaburi pengikut setianya. Dan hari ini, selepas TGNA berjanji akan mengeluarkan kenyataan mengenai pertemuan itu, delegasi Presiden berangkat ke Kelantan bagi bertemu TGNA." Jelas satu sumber.

The Malaysian Insider melaporkan, mereka difahamkan pertemuan enam mata hari ini dipanggil ekoran siri pertanyan dan kemusykilan ekoran laporan bahawa pertemuan sulit telah diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.

"Delegasi Presiden bimbang isu ini akan meledak dalam pertemuan kerajaan Kelantan bersama warga internet pada 15 Januari ini. Jika Hadi tumbang, maka, terlalu ramai yang menumpang pangkat melalui Hadi akan turut tumbang."

Debat Batu Api vs AdukaTaruna 30 Jan, 8.30 malam.

Posted: 03 Jan 2011 04:56 PM PST

Amaran kepada PKR : Jangan hapuskan jasa Mahathir terdahulu.

Posted: 03 Jan 2011 04:16 PM PST

Oleh : Ikut Suka Aku

ooppsss... ini Sultan yang mengkhianati Sultan2 yang lain... hahaha..
Tanpa Nama, Isnin, Januari 03, 2011 11:25:00 PM

Gua petik balik tulisan lu...

1.Sultan Selangor Akui Tiada Kuasa Melantik SUK. Kerana telah di tarik oleh umno pada 1993.

2.jika Sultan Selangor mengatakan yang beliau sendiri tiada hak dan kuasa untuk menerima dan menolak calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kerana kuasa yang ada pada raja-raja telah pun ditarik oleh UMNO pada tahun 1993.

Persoalannya bro....apakah risikonya apabila kuasa dikembalikan kelak? u help me,i help u....berkemungkinankah?

Patut dihalusi oleh kerajaan negeri Selangor. Berwaspada.

Gua mintak pandangan lu bro....

TIMEX
Sebenarnya gua dah draf persoalan ini dan schedule posting ini untuk pagi esok, apabila terbaca komen TIMEX sebentar tadi dalam n3 ini, ok..lah gua terpaksa edit serba sedikit dan masukan komen beliau sebagai intro.

Buat TIMEX..., firstly gua ucapkan terima kasih, walau komen menggunakan "tanpa nama" tapi di akhir komen lu letak juga nama samaran. Tak macam Anon2 (tanpa nama) yang lain... kiranya lu ada teloq bro... anak jantan... gua tabik spring sama lu...

Secondly, lu punya pandangan jauh kedepan bro... salute sekali lagi.

Ada kebenarannya juga jika perlembagaan negeri di gubal semula dan mengembalikan kuasa sultan maka akan ada natijahnya di kemudian hari. Gua berharap kerajaan negeri sedia ada tidaklah sebodoh kerajaan bn.

Kerajaan negeri sekarang ini boleh mengubal kembali perlembagaan negeri tetapi mesti ada had dan batasnya kepada sultan, bukannya apa... sebagai langkah berhati agar sultan tidak berpaling tadah suatu hari nanti. Walaupun pengubalan perlembagaan negeri tersebut bakal mengundang polemik politik dari parti umnoapco haramjadah tu... pedulikan puak2 tu... jangan ambik kisah...

Maklumlah sultan2 kat malaysia nih... kebanyakannya sudah terbiasa dengan kehidupan cara umnoapco yahudi laknatullah ini. Banyak contoh2 yang tidak baik berlaku yang seperi mana... dan gua yakin hampir seluruh rakyat pun tahu aktiviti2 sultan2 ini semua.

Banyak sangatlah isu yang tak elok pasal diorang nih... macam sultan minyak dagu, sultan usung anak bengali, sultan nurse filiphina, sultan anak angkat siam, sultan kayu balak kat melaka tu pun kes tak settle lagi... siapa berani sentuh... hahaha... yang gua belum dengar lagi kisah sultan negeri gua (kedah.. daulat tuanku) dan sultan kelantan yang terbaru nih... yang selainnya... ehhhmmmm...

Cuma masalahnya rakyat tidak berani bersuara secara terangan, takut periuk nasi terjejas dan siapa pula nak menanggung anak bini mereka nanti. Bukannya mudah beb... bermain dan mengkritik makhluk kayangan ni beb... makan daulat nanti... hahaha...

Apatah lagi jikalau adanya anjing2 yang ntah dari mana asalnya tiba2 setiap hari menyalak melolong depan balai polis sehingga pengkritik makhluk kayangan nih di tangkap... lagi haru beb..., polis pulak.. nak halau tak boleh... nak di tembak anjing2 tu nanti jadi isu pulak... tembak membabi buta... kan susah tu...akhirnya terpaksalah jadi barua anjing2 tu...

Berbalik pada isu mengembalikan kuasa sultan... harap kerajaan negeri selangor dapat membuat yang terbaik bagi negeri... sebab bagi gua... sultan2 ni pun bukannya boleh dipercayai sangat... diorang pun manusia biasa macam kita jugak... keluar dari segitiga yang sama... mati esok pun masuk ke dalam lubang yang sama jugak.

Soal "I help you, you help me", gua klasifikasikan dalam soal politik... masing2 ada kepentingan... as long tidak memudaratkan rakyat sudah la... jangan sampai mengadaikan kepentingan rakyat sebab nak menjilat bontot sultan... memang nak kena maki laaaa... jawapannya... hahaha...

wallahuaklam

Tiada ulasan: