Ahad, 30 Januari 2011

Addin

Addin


PRK Tenang : BN Menang Tapi Gagal Dapat Majoriti 5,000

Posted: 30 Jan 2011 06:22 AM PST

LABIS, 30 Jan — Keputusan rasmi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor pada pilihan raya kecil hari ini, yang terganggu disebabkan hujan lebat dan banjir.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.Majoriti diperoleh BN 3,707 undi. Sebelum ini BN meletakkan sasaran untuk mencapai majoriti 5,000 yang pernah diperoleh pada 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi./Malaysian Insider

Labis dilanda banjir besar, buruk banding 2006

Posted: 30 Jan 2011 05:46 AM PST

LABIS, 30 Jan — Banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini. Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006. Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter. Jurucakap polis di sini Supt Abdul Aziz Ahmad berkata semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas./Malaysian Insider

PRK Tenang : BN Kekal Kerusi Tetapi Majoriti Angan-Angan Muhyiddin Tak Kesampaian

Posted: 30 Jan 2011 04:12 AM PST

Angan-angan Muhyiddin untuk mencapai majoriti 5,000 tidak kesampaian. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Umno BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang. Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini. "Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,735 undi. Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi. Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

PRK Tenang : Polis BN @ BN Polis..

Posted: 30 Jan 2011 12:32 AM PST

Sedikit selingan..kau org seme nilailah gambar ini, Polis BN @ BN Polis..Macam ni kata demokrasi dan tak 'bias'. Sudah-sudah lah tipu rakyat..Sekeping gambar menceritakan semuanya..

PRK Tenang : 65.19% Keluar Mengundi Sehingga Jam 4 Petang

Posted: 29 Jan 2011 11:52 PM PST

Terkini : Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi. UMNO BN khuatir hujan lebat yang berterusan hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir di PRK Tenang pada Ahad, akan menjejaskan peluang BN mendapat sokongan besar daripada pengundi.

Itu jangkaan mereka sahaja, yang pasti apa-apa pun boleh berlaku. Namun, PAS masih optimis akan membuat kejutan pada PRK DUN Tenang ini.

PRK Tenang : Beberapa Kawasan Di Landa Banjir

Posted: 29 Jan 2011 09:43 PM PST

Terkini : Beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir pada Ahad berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas. Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

Tiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Beliau berkata proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar. "Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini./Bernama

PRK Tenang : Hujan Lebat, Perancangan SPR Gagal..

Posted: 29 Jan 2011 08:03 PM PST

Terkini : Inilah kebesaran Allah S.W.T, manusia merancang tapi perancangan Allah S.W.T lebih hebat. Hajat SPR mengadakan hari pengundian pada Ahad untuk memberi kemenangan mudah pada 'boss' mereka UMNO BN dengan pengundi keluar beramai-ramai gagal kerana hujan lebat di Tenang. Di setengah tempat banjir telah seperti di Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

Sepertimana yang kita maklum, SPR akan mangadakan hari pengundian pada hari cuti sekiranya 'boss' mereka boleh menang, manakala buat pada hari bekerja sekiranya tempat tersebut kubu kuat Pakatan Rakyat. Ini lah sikap 'double standard' SPR selama ini. Tenang mencipta sejarah apabila ianya merupakan suasana kempen dan hari mengundi yang dihiasi dengan cuaca hujan. Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

Tiada ulasan: