Khamis, 20 Januari 2011

Addin

Addin


Gimik Facebook Di Tutup..

Posted: 20 Jan 2011 07:36 AM PST

Tanggal 15 Mac 2011, satu tarikh yang dibimbangi oleh sebahagian besar daripada lebih 600 juta penduduk di seluruh dunia.Masakan tidak apabila dunia kini sedang hangat memperkatakan mengenai laman sosial paling popular Facebook kononnya akan menamatkan riwayatnya pada hari tersebut. Semuanya bermula daripada laporan akhbar Weekly World News kononnya pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, sedang berhadapan dengan tekanan untuk menguruskan laman web itu.

Zuckerberg dilaporkan berkata, laman sosial itu sudah di luar kawalan beliau sehingga memberikan tekanan dalam menguruskan syarikat dan mengganggu kehidupannya. "Saya perlu menghentikannya bagi mengelakkan tekanan ini," katanya pada sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini. Dakwaan itu berlarutan apabila Zuckerberg dikatakan dalam satu temuramah menerusi telefon berkata, secara peribadi beliau tidak menganggap bahawa penutupan Facebook itu adalah satu keputusan besar. "Secara jujur, ia (menutup Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpanya, orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan. Itu adalah lebih baik.

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya semula," Zuckerberg dipetik sebagai berkata sehingga membimbangkan pengguna Facebook di seluruh dunia. Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi dalam satu laporan lain pula dipetik berkata bahawa pengguna tidak lagi dapat memasuki Facebook pada 15 Mac ini. "Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya menasihatkan supaya anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Avrat. Sehubungan itu, Facebook mencadangkan penggunanya supaya memindahkan semua maklumat peribadi daripada laman web itu sebelum 15 Mac. Baca seterusnya..

ADUN Merlimau Meninggal Dunia Di Hospital Pakar Putra Akibat Serangan Jantung

Posted: 20 Jan 2011 05:28 AM PST

MELAKA, 20 Jan - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas meninggal dunia kira-kira pukul 8.10 malam Jumaat di Hospital Pakar Putra di sini.

Bercakap kepada pemberita, Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Radhuana Salleh mengesahkan kematian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa itu yang menerima rawatan sejak seminggu lepas. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu malam ini./Bernama

Sebenarnya Taib Mahmud Malu...

Posted: 19 Jan 2011 09:17 PM PST

Kenapakah perkahwinan seorang Ketua Negeri perlu dirahsiakan? Kami boleh mengesahkan bahawa akhirnya Abdul Taib Mahmud akan melangsungkan perkahwinannya di Kuching pada hari Sabtu 15 haribulan Januari ini. Kami juga mengandai pada masa itu Ketua Menteri akan mengumumkan nama, usia dan identiti sebenar pengantin perempuan berkenaan?

Dalam pada itu, Sarawak Report merasakan adalah perlu untuk mempamerkan beberapa gambar yang belum pernah diterbitkan sebelum ini sebagai bukti bahawa perkahwinan ini telah berlangsung dan Taib benar-benar adalah sekali lagi seorang suami.

Bukan 'atuk, tapi sebenarnya seorang pengantin lelaki

Pada gambar ini, kedua-dua mempelai berpakaian pengantin serba putih. Kami mengesahkan bahawa lelaki, yang kelihatan kecil dan rendah sedikit dari isteri mudanya itu, adalah pengantin lelaki dan bukannya saudara yang lebih tua. Umum telah seolah-olah diperlekehkan kerana status perkhawinan Ketua Menteri Sarawak bagaikan terpaksa diumumkan. Atau, adakah pasangan pengantin ini berada dalam keadaan yang terdesak atau terburu-buru? Dengan kerahsiaan yang disengajakan ini, tindakan Taib menimbulkan pelbagai spekulasi. Adakah Taib kini menjangkakan kehadiran pewaris yang kelima?

Perhubungan awam yang kurang baik?

Sebelum ini terdapat banyak skandal perkahwinan yang dikaitkan dengan keluarga Taib, di mana Taib telah dan sentiasa berusaha untuk menyembunyikannya memandangkan pilihanraya yang semakin hampir. Jika tidak, mengapakah perhubungan awam Taib dan BN yang semakin susut menjadi faktor majlis perkahwinan ini diadakan seolah-olah secara terburu-buru?

Selang masa senyap yang panjang tanpa sebarang pengesahan rasmi, telah menimbulkan andaian bahawa majlis seperti ini dirancang supaya perjalanan majlis dapat dikelolakan dengan sebaik mungkin. Seharusnya majlis perkahwinan diumumkan dan bukannya suatu yang dirahsiakan seolah-olah ianya suatu skandal, justeru itu mengapakah Ketua Menteri tidak dapat menguruskan majlis ini dengan bijak?

Di Negara yang mengamalkan kebebasan akhbar, sudah pasti Taib tidak dapat menikmati cuti Tahun Baru, setelah mengalami kemerosotan dalam perhubungan awamnya. Malahan beliau dapat bercuti dengan tenang bersama-sama isteri barunya itu untuk meraikan perkahwinan mereka di Syria di Timur Tengah.

Alangkah baiknya jika kita tahu siapakah ahli baru dalam keluarganya itu dan bagaimanakah kedua pengantin bertemu dahulu? Orang-orang kenamaan perlu menerima dengan cermat sebarang hakikat yang menyentuh perkara ini – kerana ianya sebahagian dari tugas dan tanggungjawab mereka./Sarawak Report

Tiada ulasan: