Rabu, 12 Januari 2011

Addin

Addin


Topengnya Sudah Di Buka, Taib Mahmud Si Ketua Samseng..

Posted: 12 Jan 2011 08:05 AM PST

Kini Sarawak report telah memperolehi dokumen-dokumen yang boleh digunakan untuk membuktikan Abdul Taib Mahmud, Ketua Menetri Sarawak, merupakan pemilik sebenar harta bernilai sehingga berjuta-juta dollar di seberang laut di bawah nama ahli-ahli keluarganya. Penemuan ini mendedahkan sebuah sistem perjanjian tertutup, yang membolehkan Ketua Menteri itu menjadi pemilik mutlak ke atas harta-hartanya itu. Cara ini dianggap berkesan untuk menyembunyikan kemewahannya, yang bakal menagih beliau untuk memberikan penjelasan yang terperinci.

Dengan sistem ini, ahli-ahli keluarga Taib didaftar sebagai pemegang-pemegang saham yang rasmi dan juga menjawat jawatan pengarah-pengarah dalam syarikat-syarikat yang memiliki harta itu, sebalik, sebuah perjanjian tertutup akan mempastikan bahawa saham-saham itu sebenarnya dipegang mewakili beliau.

Di antara dokumen-dokumen dalam simpanan Sarawak Report terdapat sesalinan perjanjian tertutup yang berkaitan dengan pegangan saham-saham dalam syarikat Sakti International, iaitu sebuah syarikat yang memiliki rangkaian bangunan di San Francisco. Sakti International merupakan sebahagian dari jaringan syarikat-syarikat yang ditubuhkan di Amerika Utara oleh keluarga Taib, termasuk Sakto, syarikat hartanah yang utama di Ottawa, dan Wallyson's, syarikat yang memiliki bangunan Abraham Lincoln di Seattle, yang disewa oleh pihak Federal Investigation Bureau (FBI) bagi mengendalikan segala kelengkapan anti-pengganas yang berahsia tinggi.

Kelima-lima orang pemegang saham dalam Sakti International, yang didaftarkan di California itu adalah, adik-adiknya, Onn Mahmud dan Arip Mahmud, bersama anak-anaknya, Sulaiman Taib, Mahmud Taib dan Jamilah Taib. Walaupun demikian, sementara dokumen yang kami perolehi itu menjelaskan, satu resolusi telah dirangka sebaik sahaja syarikat itu ditubuhkan, telah memerintahkan secara tertutup bahawa separuh dari saham dalam syarikat dipegang bagi pihak Ketua Menteri. Nilai kesemua saham tersebut mencecah US$40 juta untuk Sakti sahaja, seperti yang termaktub dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat itu.

Risau?

Walau bagaimana pun, Sakti International, yang dipercayai bernilai US$80 juta, merupakan sebahagian kecil sahaja dari harta kekayaan keluarga Taib. Pada pendedahan-pendedahan awal kami terdapat lebih banyak harta kekayaan keluarga tersebut yang diuruskan oleh ahli-ahli keluarganya sendiri. Sebagai contoh, anak-anak Taib merupakan pemegang-pemegang saham dan juga pengarah-pengarah dalam pelbagai syarikat milik mereka yang mengendalikan perniagaan hartanah di Kanada, Australia, Britain dan United States, kesemuanya dianggarkan bernilai beratus juta dollar US. Tetapi pihak kami hairan, kebanyakan harta ini ditubuhkan atau dimiliki ketika kebanyak mereka berusia dalam lingkungan 20-an dan sebagai pelajar-pelajar kolej, tanpa sebarang asset pelaburan secara sah pada usia semuda itu. Kami ingin mengajukan soalan kepada Taib Mahmud, adakah saham-saham dalam Sakti International yang mereka pegang itu bagi pihak beliau? Jika tidak, apakah penjelasan yang akan beliau berikan berkaitan dengan pelaburan-pelaburan ini?

Beberapa laporan telah dibuat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan pendedahan kekayaan keluarga Taib. Pendedahan-pendedahan terbaru yang membuktikan penglibatan Ketua menteri itu, akan menambahkan tekanan dan bebanan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan dengan membuat siasatan yang menyeluruh dan terperinci.

Lebih banyak lagi bukti ditemui

Dokumen-dokumen dari Sakti International yang ada pada kami, dikeluarkan sebagai sebahagian dari pendedahan dalam kes mahkamah, memberikan bukti-bukti yang banyak mengenai penglibatan Taib Mahmud di dalam syarikat, walaupun beliau sentiasa menafikan beliau terlibat dengan sebarang rangkaian perniagaan. Salah sebuah dari dokumen-dokumen terawal, yang ditandatangani pada 1987, juga menyenaraikan nama beliau sebagai salah seorang dari pengarah dalam Sakti International.

Dokumen yang dipersoalkan itu adalah Penyata Stok Dalaman syarikat Sakti International, yang dikehendaki oleh pihak State of California. Pada 1987, tahun penubuhan syarikat itu, di mana Taib Mahmud didaftarkan bersama-sama adiknya Onn dan Arip Mahmud, sebagai pengarah-pengarah syarikat. Mahmud Taib, iaitu anak sulung Ketua Menteri,hanyalah merupakan seorang pegawai di syarikat tersebut.

Adalah merupakan kebiasaan bagi keluarga Taib untuk menutup segala identiti beliau terpapar dalam sebarang dokumentasi. Kesilapan awal ini pastinya akan melemahkan tentangannya, yang menyatakan beliau selaku Ketua menteri tidak ada kaitan dengan sebarang bentuk perniagaan. Tetapi, adalah jelas beliau telah mendaftarkan Sakti International menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.

Ditutup

Rekod-rekod yang menunjukkan bentuk struktur organisasi syarikat tersebut telah dipinda untuk menunjukkan bahawa Onn, Arip dan Mahmud Taib merupakan pengarah-pengarah syarikat, sementara itu hanya Rahman sahaja ditugaskan sebagai pegawai syarikat. Tetapi kami boleh melaporkan Taib Mahmud masih mengekalkan kawalannya ke atas syarikatnya itu berdasarkan keputusan-keputusan dan resolusi syarikat yang dibuat oleh para pengarahnya yang bertarikh 8hb April 1988. Resolusi ini menetapkan 500 dari 1,000 saham dikeluarkan oleh syarikat dan diagihkan untuk beliau.

Ketua samseng

Dokumen-dokumen Sakti International menunjukkan cara-cara yang digunakan oleh Taib Mahmud mengawal ahli-ahli keluarganya, yang merupakan pencari wang atau ahli perniagaan kepada syarikatnya itu. Kelima-lima orang ahli keluarganya dipilih untuk memegang saham-saham dengan jumlah saham yang tidak sama antara satu sama lain. Setiap orang dari mereka telah menyerahkan bahagian yang berbeza-beza untuk dipegang bagi pihak Ketua Menteri itu.

Saudaranya Onn Mahmud mendapat 400 saham, tetapi memegang 200 saham bagi pihak Ketua Menteri itu, manakala saudaranya Arip Mahmud hanya mendapat 200 saham, yang mana 100 saham dipegang bagi pihak Taib. Mahmud Taib memiliki jumlah saham yang serupa dengan Arip. Tetapi si adik, Sulaiman Rahman Taib, yang kemudiannya dilantik sebagai pengarah tunggal Sakti, hanya mendapat 100 saham di bawah perjanjian dan kesemua mereka memegang saham bagi pihak ayahnya. Si anak perempuan, Jamilah pula, hanya mendapat 100 saham, tetapi dia memiliki kesemua saham yang dipegangnya, di mana tidak seorangpun dari mereka memegang lebih dari 200 saham. Dengan cara ini, jelaslah beliau berkuasa sepenuhnya ke atas syarikat yang mana beliau berpura-pura bukan miliknya.

Taib yang bekuasa

Bekas pekerja Sakti telah memberikan keterangan mengenai cara kawalan Ketua Menteri ke atas ahli-ahli keluarganya. Rahman, pada waktu itu masih menuntut di kolej sewaktu dia menjawat jawatan pengarah Sakti.

"Kami sentiasa menganggap Taib sebagai bos besar dan juga pembuat segala keputusan" kata salah seorang bekas eksekutif kepada Sarawak Report, "adalah ketara beliaulah sumber pendapatan syarikat, dan Rahman sangatlah menghormatinya".

Dari manakah datangnya wang itu?

Sehingga kini Ketua Menteri belum lagi memberikan sebarang komen bagi menangkis rentetan pendedahan-pendedahan berhubung harta kekayaannya. Walau bagaimana pun, bukti yang terkini akan meningkatkan lagi tuntutan meminta beliau menjelaskan bagai mana beliau dan juga keluarganya memperoleh berjuta-juta nilai pelaburan. Gaji yang beliau terima dari jawatan-jawatan yang beliau pegang hanya di bawah RM50,000 sebulan (bersamaan dengan US$16,000).

Pada minggu-minggu lepas, kewujudan Ridgeford Properties di London dan Sakto Corporation di Ontario, Canada telah didedahkan. Syarikat-syarikat ini memiliki dan menguruskan banyak bangunan pejabat yang bernilai beratus-juta dollar. Pemilik-pemilik kedua-kedua syarikat tersebut adalah Jamilah Taib dan suaminya, Sean (Hisham) Murray, berbangsa Kanada. Walau pun demikian, seperti juga Sakti, Sakto juga diasaskan oleh keluarga Taib, bukan oleh Encik Murray.

Walau pun terdapat ramai saudara-mara Seam Murray kini berkerja untuk Sakto, semua bukti ini menunjukkan ianya perniagaan keluarga Taib, dikawal secara mutlaknya oleh Ketua Menteri Sarawak. Dengan bertambahnya bukti-bukti begini, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya mengabaikannya tetapi menuntut dengan kadar yang segera siasatan yang menyeluruh dilakukan ke atas Rajah Berkepala Putih Sarawak?/Sarawak Report

Tiada ulasan: