Nuffnang

Pengikut

Kami Sokong Tokguru

0
sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Jadi Mufti Tak Boleh Bangkang(Dr.Maza)

Posted: 31 Dec 2010 08:57 PM PST



Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. 

Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. 

Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza: Klik Di Sini

Cari N3 lama-lama disini

Musim Mengawan

Posted: 31 Dec 2010 06:45 AM PST

Malam ini malam tahun baru masihi,musim mengawan
dan bulan september nanti kerajaan perlu sediakan tong khas untuk bayi-bayi yang bakal dibuang.jangan lupa sediakan sekolah mengandung banyak-banyak.

Itulah yang berlaku setiap tahun di Negara Islam malaysia..sampai bila nak macamni..dah letih nak pikir.
kita hanya mampu menegur dalam blog dan di kertas undi,Sedangkan kata-kata muftipun tak dihiraukan inikan pula blogger bawahan macam kita.
Semoga Allah menyelamatkan orang-orang beriman dari malapetaka dunia dan akhirat..

Cari N3 lama-lama disini

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Bantahan yang telah diperkenan

Posted: 31 Dec 2010 04:30 PM PST

Mungkin ini satu berita yang baik pada hari pertama tahun 2011 ini yang boleh buat Khalid Ibrahim sedikit lega dan begitu juga dengan orang-orang Selangor yang tak berapa suka dengan ura-ura lantikan Khusrin Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan negeri Selangor yang baru.

Sepertimana yang diketahui bahawa upacara angkat sumpah Khusrin ini sebagai SUK negeri Selangor yang baru yang telah dijadualkan akan mengangkat sumpah hari selasa ini tidak akan terjadi berikutan dengan perkembangan-perkembangan yang mutakhir yang telah tidak selari dengan buku undang-undang.

Manakala Khalid pula telah mendapat jadual untuk bertemu dengan Sultan Sharifudin pada esok pagi bagi perbincangan tentang perkara ini dan akan membuat pengumuman berhubung dengan perkara SUK negeri Selangor yang baru ini.



dollah yankee -
Kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh PR Selangor.

Resolusi rakyat Malaysia untuk 2011 ...

Posted: 31 Dec 2010 04:15 PM PST



dollah yankee -
Ini lah resolusi rakyat Malaysia untuk tahun 2011,mereka akan bekerja keras untuk memastikan kejayaan ini.

Selamat Tahun Baru 2011

Posted: 31 Dec 2010 04:00 AM PST




Cursing Malay : Terus Terang

0
sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Meraikan Tahun Baru Gregory!

Posted: 31 Dec 2010 08:00 AM PST


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Raja - Raja Melayu diminta bersih kabinet dari menteri perogol

Posted: 31 Dec 2010 05:57 PM PST

Raja diminta bersih kabinet dari menteri perogol
Abdul Aziz Mustafa


TUANKU RAJA-RAJA SEDAR AKAN PERKARA INI DAN DIMINTA CAMPURTANGAN DALAM BEERAPA ISU YANG MELIBATKAN JEMAAH MENTERI DAN JUGA HARUSLAH MENDAHULUI RAKYAT JELATA JIKA MAHUKAN NEGARA INI LEBIH KEARAH KEBAIKAN DAN MENCAPAI KEJAYAAN.





TASEK GELUGOR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.

"Perdana Menteri sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan ketika Perdana Menteri dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang menteri kabinet dituduh merogol warga Indonesia yang menjadi orang gajinya.

"Pelbagai peristiwa selepas pembunuhan Altantuya menyebabkan Perdana Menteri semakin dilihat tidak bersih ekoran pembunuhan wanita Mongolia itu manakala dokumen yang mengaitkan menteri berkenaan dengan perbuatan merogol orang gajinya semakin tersebar.

"Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Karnival Jubli Perak PAS Tasek Gelugor.

Sebelum ini, Harakahdaily dan lain-lain media telah menyiarkan laporan WikiLeaks serta temubual dengan pihak-pihak terbabit tentang menteri kebinet yang dipercayai terlibat memperkosa pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu.

Mahfuz yakin Raja-Raja Melayu tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.

"Sokongan Raja-Raja Melayu amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi membersihkan nama baik negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Ketika para pelabur telah pun diingatkan oleh Bank 0f America Merrill Lynch supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, beliau bimbang keadaan ekonomi negara akan bertambah buruk jika Raja-Raja Melayu tidak bertindak tegas dengan segera untuk membersihkan nama baik negara ini.

Sebelum itu, dalam ucapannya di karnival itu, Mahfuz mengecam keras tindakan Umno yang semakin jelas memperalatkan Raja-Raja Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa.

Beliau menyeru Raja-Raja Melayu supaya tidak membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang menyambung nafas Umno yang penuh dengan sejarah kerakusan mengkhianati orang-orang Melayu.

Sebelum ini, Mahfuz mengingatkan bahawa pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Piala Suzuki: Kejayaan 1Malaysia konon

Posted: 31 Dec 2010 05:54 PM PST


Piala Suzuki: Kejayaan 1Malaysia konon

Mohd Nasir Awang



Sekalung tahniah buat pasukan bolasepak negara yang julung kali berjaya menjulang Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asia (AFF), Rabu lalu. Anak-anak muda kita mengharumkan nama negara apabila menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, setelah terlebih dahulu menang 3-0 dalam final pertama beberapa hari sebelumnya.

Sebagai menghargai dan merakam rasa bangga atas kejayaan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan cuti umum khas pada Jumaat. Ekoran itu oleh kerana Terengganu memang bercuti mingguan pada Jumaat, anak-anak dan warga pendidik di negeri itu mendapat sehari cuti tambahan pada Ahad dan hanya akan memulakan sesi persekolahan baru pada Isnin.

Sememangnya seluruh rakyat Malaysia berhak berkongsi rasa bangga dan kagum dengan kebangkitan mendadak pasukan bolasepak negara di pentas antarabangsa. Setelah sekian lama mutu sukan itu menjadi bahan persendaan dan kritikan pelbagai pihak dalam dan luar negara, kini anak buah K. Rajagobal bagaikan menutup mulut para pengkritik sebelum ini.

Kejayaan itu sendiri menamatkan kemarau 14 tahun pasukan negara dalam kejohanan tersebut. Justeru, pelbagai pihak meraikan kejayaan itu sebagai satu pencapaian paling baik, lebih-lebih lagi ia dilakukan di hadapan lebih 95,000 penyokong Indonesia selaku tuan rumah.

Malah ada pihak yang pergi sedikit lebih jauh. Mereka cuba mengaitkan kemampuan skuad negara memaparkan peningkatan mendadak itu dengan kecemerlangan urustadbir politik negara. Kononnya hal itu berlaku hasil komitmen dan pendekatan diambil kerajaan di bawah.

Lalu dikaitkanlah berbagai kejayaan di pentas dunia, terutama menerusi atlet-atlet negara, sebagai bukti keupayaan Najib dan pasukan Kabinetnya merencana dan memacu kemajuan negara. Lebih melucukan ialah apabila seluruh pencapaian positif oleh mana-mana rakyat Malaysia kebelakangan ini sebegitu mudah didakwa sebagai bukti kejayaan konsep 1Malaysia yang dilaung kerajaan.

Memang sudah menjadi tabiat Barisan Nasional (BN) sejak dulu untuk segera mengambil kesempatan dan mencari peluang mengaitkan apa-apa pencapaian baik rakyat dengan perancangan kerajaan. Kononnya hanya kerana kerja buat dan komitmen merekalah apa-apa hasil membanggakan itu terbuah.

Kebetulan pula kejayaan paling manis skuad bolasepak negara kali ini menyusuli beberapa pencapaian positif lain. Sebelum ini kita dimaklumkan beberapa atlet negara meraih juara dalam disiplin sukan masing-masing di pelbagai kejohanan antarabangsa.

Di sektor lain, negara juga didakwa berjaya menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutama sejak setahun lalu. Malaysia turut dikatakan berjaya melonjakkan kedudukan dalam nilaian daya saing dari tempat ke-18 ke tempat ke-10.

Lalu ada yang tidak segan menganggap semua pencapaian itu hasil pentadbiran Najib yang kononnya berjaya mengemukakan perencanaan pemerintahan yang baik. Kehidupan rakyat dikatakan bertambah selesa dan negara semakin makmur sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Betulkah segalanya muluk dan indah sepanjang pemerintahan Najib? Sudah tentu memperincikan persoalan itu tidak semudah menjawab 'ya' atau 'tidak'.

Namun, apa yang pasti, apa pun pencapaian atau kejayaan dikecapi negara termasuk kejayaan pasukan bolasepak Rabu lalu tidak sepatutnya begitu mudah dijadikan kesempatan untuk menutup realiti kehidupan rakyat yang semakin sempit dan terhimpit.

Najib dan pasukannya dalam kerajaan mungkin menganggap setiap kejayaan diraih rakyat negara ini adalah modal untuk menaikkan imej dan reputasi BN di mata rakyat. Dengan setiap kejayaan itu juga BN mungkin berpeluang memanipulasi keadaan ke arah meningkatkan sokongan dan dokongan masyarakat terhadapnya.

Serentak itu juga kita percaya BN akan mencorakkan persepsi umum kononnya ia kini dalam kedudukan paling mantap untuk terus mengemudi pemerintahan negara. Bahawa slogan dan propaganda yang sering dicanangnya selama ini, iaitu hanya BN yang mampu membawa kemajuan dan kejayaan kepada negara, adalah realiti yang perlu diakui semua pihak.

Manakala parti-parti pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat (PR), adalah pihak yang tidak memiliki kemampuan sebaik BN. Justeru, rakyat akan semakin dibuai dengan propaganda menolak PR.

Prestasi pemerintahan PR di beberapa negeri turut dijadikan bahan perbahasan. Kononnya tiada satu pun negeri berkenaan yang berjaya menandingi negeri-negeri diperintah BN dalam pencapaian pemerintahan masing-masing.

Walau pun sejak dua dekad lalu BN sudah banyak kali tercabar oleh pembaharuan dan langkah pemerintahan yang lebih terkedepan diperkenalkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS, berbanding negeri-negeri yang telah berdekad di bawah BN, hakikat itu semacam berjaya ditapis BN daripada membentuk persepsi umum.

Namun, wajar diakui keupayaan BN menepis dan menghalang pembentukan persepsi lebih positif terhadap prestasi pemerintahan PR dan PAS semakin tercabar selepas pilihan raya lalu. Kelantan mendapat empat rakan baru (termasuk Perak ketika itu), dan kesemua mereka berjaya membuktikan sesuatu yang amat dibimbangi BN.

Pemerintahan negeri-negeri di bawah PR telah mengemukakan agenda pemerintahan yang sukar ditandingi BN. Beberapa langkah pembaharuan diperkenalkan malah membuktikan kemampuan PR merencana kemanfaatan rakyat dalam masa singkat, sekali gus mengaibkan BN yang bergelar parti pemerintah negara sejak sekian lama.

Aspek paling menyerlah ialah keupayaan PR mengurus kewangan negeri. Jika sejak dua dekad lalu Kelantan menjadi model perbelanjaan berhemah dan kejayaan berjimat-cermat, kini Pulau Pinang pula membuktikan perkara sama.

Sebuah akhbar harian pada Khamis (30 Disember) memetik kenyataan daripada Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) yang mengakui kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan jauh lebih baik berbanding ketika di bawah BN.

Kajian mendapati kerajaan negeri itu mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan berjumlah RM77.34 juta. Kita percaya kejayaan ini tidak akan menjadi suatu yang gemar didendang BN. Apatah lagi perkara sedemikian gagal dicapai negeri-negeri lain di bawah BN sendiri.

Justeru, pencapaian PR di Pulau Pinang tidak mungkin disambut semeriah kejayaan pasukan bolasepak negara menjulang Piala Suzuki AFF. Malah laporan mengenainya pun hanya mencuri ruang kecil dalam media cetak, berbanding puluhan mukasurat melapor dan mengulas kejayaan Harimau Malaya.

Namun, bagi sesiapa yang berfikir, berita kejayaan kerajaan Pulau Pinang itu adalah satu lagi bukti keupayaan PR mengurus pemerintahan lebih baik daripada BN. Ia juga sepatutnya menambahkan keyakinan rakyat bahawa PR mampu merealisasikan apa juga dirancangnya seandai mengambil alih teraju negara daripada BN nanti.

Bookmark and Share

OIII UMNO..DENGAR LAGU NI...

Posted: 31 Dec 2010 04:38 AM PST













NI LAH DIA UMNO...DEPA DENGAR LAGU PUN TIDAK..ATAU TAK FAHAM-FAHAM TENTANG LIRIK LAGU.....LA NI AKU BAGI DENGAR LAGU-LAGU NI SUPAYA BUKA HATI ORANG-ORANG UMno ni....

















Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri itu membenarkan sebuah kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya di Kota Bharu malam ini yang semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

"Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar negara pula mengadakan persembaha


fuhhhhh.....bukan tak faham sahaja pemuda umno ni...akan tetapi memang buat-buat tak faham..Generasi muda akan berkata apa salahnya jika konsert ini mengutamakan tema ketuhanan dan dakwah..Memang banyak band seumpama ini di Indonesia sejak berzaman lamanya.Cuma pemuda Umno sahaja yang tidak keluar dari kepompong tempurung.Macamana hangpa nak jadi juara rakyat kalau lagu macam ini pun hangpa pertikaikan......apa la lu olang...

Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Ke Disneyland Guna Wang Rakyat Halal - Khir Toyo!!

Posted: 31 Dec 2010 08:47 PM PST

http://greenboc.blogspot.com/2009/04/pnsb-biaya-lawatan-khir-toyo-rm1-juta.html

Selection panel for state secretary is illegal, says Khir Toyo
By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Jan 1 — Former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo waded into the state secretary dispute today, claiming the Pakatan Rakyat (PR)government had acted illegally in interfering in the appointment of the top civil servant.

The Sungai Panjang assemblyman reiterated the federal government's stand that the appointment of the state's top civil servant is the prerogative of the Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"The appointment of state secretary is valid when the chief secretary to the government agrees to it," Dr Khir told The Malaysian insider.

"As a Federated Malay State, the appointment is made by the Public Services Department," he said referring to the federation made of Selangor, Pahang, Perak and Negri Sembilan formed in the late 19th centuries by the British administration.

Dr Khir (picture) also slammed Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim for conducting his own selection of state secretary, which the former Selangor opposition leader described as illegal.

"The committee formed by Khalid to select new state secretary is illegal. Perhaps he did not consult the state legal adviser," he said.

He added that Khalid was suspicious of the civil service because he was more interested in pursuing his political agenda.

"He has so many political agenda, because of that he is suspicious of everyone else," said Dr Khir.

"When I was an MB, I worked with four state secretaries and I did not face any problem with them. They are all civil servants," he added.

The country's richest state has been in turmoil since Datuk Mohd Khusrin Munawi was handed the post which later received the consent of the Sultan of Selangor.

The state government has maintained that it has not finalised a candidate, saying Khalid has not been informed officially.

Khalid had also formed a committee headed by Selangor Assembly Speaker Datuk Teng Chang Khim which shortlisted three names that was submitted to the palace.

Palace officials have however maintained the mentri besar was "late" forwarding his candidate choices, with Sultan Sharafuddin Idris Shah's aide Datuk Mohamad Munir Bani saying that Khalid had sent in three shortlisted candidates on December 7, but by then the Ruler had already agreed to the federal government's pick.

A swearing in ceremony before Sultan Sharafuddin Idris Shah has also been scheduled for January 6, which is expected to be boycotted by Pakatan Rakyat (PR) lawmakers.

"What Lau Weng San said was not right. Selangor does not appoint its own state secretary," said Dr Khir.

The Kampung Tunku assemblyman Lau had said that the appointment of state secretary must be made with the agreement of Khalid as the state constitution stipulates that the state secretary must take his oath of office before the mentri besar for him to attend the state executive council meeting.

Dr Khir however said that the swearing in ceremony is just an administrative procedure.

"Whether the swearing in ceremony takes place or not is not an issue, that is just an administrative procedure," said Dr Khir.

He advised Khalid not to oppose the appointment as the ruler had given his consent.

"Tan Sri Khalid should know that he will be facing more problems if disagreement with Tuanku continues. He even needs Tuanku's consent to convene the state assembly," said Dr Khir.

"I believe Tuanku wants somebody who can serve everyone regardless of political affiliation," he added.

Sendiri mahu ingat...mari kita berdiri teguh di belakang MB!!

Posted: 31 Dec 2010 04:00 PM PST

SUK mula tugas angkat sumpah depan MB
BERITA/KOMENTAR
Friday, 31 December 2010 Super Admin
.
(Harakah Daily) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.

Masalah...masalah...!!

Posted: 31 Dec 2010 05:41 AM PST

Aku pernah menulis di blog ini, menanyakan apakah persediaan yang dibuat oleh DPPP dalam menghadapi kemungkinan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti?

Aku cuma menanyakan soal hiburan sahaja. Polisinya bagaimana? RTM tu nak buat macam mana? Astro tu nak buat macam mana? Muzik, apa yang boleh apa yang tak boleh? Sampai ke la ni aku tak nampak apa2....Tak kan dah menang baru nak gaduh?

Dr. Mujahid melihat dalam konteks PAS jadi parti mainstream dan dia memberi cadangan. 194 mukasurat dia menulis. Teruk brother ni kena bantai. DPP Pusat dan negeri balun terus. Nak bantai bukan tak boleh...tapi panggillah dia. Buat discourse...bincang. Satu parti beb...Apa kelaslah??

Masalah...masalah..!!

Dr Mujahid terbuka terima kritikan buku 'Menuju PAS Baru'
December 31, 2010




Gambar fail Dr Mujahid Yusuf Rawa
GEORGE TOWN, 31 Dis — Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme", yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

"Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu sepertimana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.

Dewan Ulama PAS Kedah dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata dewan itu menolak tulisan Dr Mujahid dalam buku itu yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

"PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku "Menuju Pas Baru" hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.

"Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza," katanya. — Bernama

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MTUC: Jangan syok sendiri anggap PKR sudah kubur, kata MP Kuala Langat

Posted: 31 Dec 2010 08:56 PM PST

Lantikan Khusrin wajar dikaji semula, kata ketua Wanita PKR

Posted: 31 Dec 2010 08:55 PM PST

Al-gojo Muncul DiSeptember?

Posted: 31 Dec 2010 08:32 PM PST

Ramalan pun fitnah, TPM ‘tergeliat otak’

Posted: 31 Dec 2010 08:31 PM PST

Siapa pula pimpinan PAS yang dicelakakan oleh TGNA?

Posted: 31 Dec 2010 08:30 PM PST

Nasib baik tak boleh guna cara perang nak rampas...

Posted: 31 Dec 2010 08:23 PM PST

Angkat Sumpah "Si Sesumpah" ini Tak Sah - Karpal Singh

Posted: 31 Dec 2010 08:15 PM PST

Cinta PATI : Ikat cinta di depot

Posted: 31 Dec 2010 08:11 PM PST

Fuuhh...Bangganya kita menyambut tahun baru Jahiliah 2011

Posted: 31 Dec 2010 08:08 PM PST

Cinta itu mengasyikkan dan indah......eeeee lamanya tak bercinta...

Posted: 31 Dec 2010 08:05 PM PST

Jabatan terpanjang dunia siap dibina...Bik Mama tak nak buat ke..???

Posted: 31 Dec 2010 07:59 PM PST

Ketuanan Sundal : Coli Laser Julia Perez Untuk Ganggu Malaysia Dirampas

Posted: 31 Dec 2010 07:57 PM PST

Mustahil seorang ulama haraki seperti Hadi sanggup menipu lagi ...

Posted: 31 Dec 2010 07:52 PM PST

Pak Lah Halalkan Rogol, UMNO Halalkan Zina?

Posted: 31 Dec 2010 07:45 PM PST

Kantoii..Blogger Kaki Fitnah Umno Minta Maaf - Salahuddin

Posted: 31 Dec 2010 07:43 PM PST

Masalahnya Umno Tidak Mesra Masjid?

Posted: 31 Dec 2010 07:41 PM PST

Selayang Pandang: ‘Dekad diiringi dugaan, ujian buat kami’

Posted: 31 Dec 2010 07:28 PM PST

Selayang Pandang: Nukilan ahli politik tempatan

Posted: 31 Dec 2010 07:26 PM PST

PRU-13: Najib jumpa setiap MP BN 8 Jan

Posted: 31 Dec 2010 07:25 PM PST

PAS turun segala jentera untuk menang

Posted: 31 Dec 2010 07:24 PM PST

Ketuanan Melayu : Pertunjukan ala 'Tiger Show' di Putrajaya!..(18SX)

Posted: 31 Dec 2010 07:23 PM PST

Melayu Islam pun kena tutup aurat

Posted: 31 Dec 2010 07:21 PM PST

‘Third Force’ bantu kempen Pakatan di Tenang, kata Raja Petra

Posted: 31 Dec 2010 07:18 PM PST

Isu Senamrobik,Tindakan Umno Dan Utusan Dibidas Kerana Bermotif Politik

Posted: 31 Dec 2010 05:07 AM PST

Isu Kuil Sivan : Tindakan Gobala Tidak Lebih Bermotif Politik

Posted: 31 Dec 2010 05:06 AM PST


alkerohi

0
sumber :-

alkerohi


2011

Posted: 31 Dec 2010 06:55 PM PST


TAHUN 2011 BERSAMAAN 26 MUHARRAM 1432 HIJRIAH

Kedah : Lantikan Mukhriz melepaskan ular bisa

Posted: 30 Dec 2010 08:55 PM PST

Bermulalah episod baru perjalanan UMNO dalam menghadapi politik cantas-mencantas di Kedah setelah pelantikan Ahmad Bashah Hanipah sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya diumumkan oleh Setiausaha UMNO Teuku Adnan Teuku Mansor.

Pemerhati politik membayangkan bahawa untuk membuang terus Bashah yang mempunyai kelulusan akademik yang rendah dan rentetan perkhidmatannya yang tidak cemerlang dari politik Kedah dikira sebagai menghina diri dan penyokongnya.

Lagipula bukankah Bashah merupakan salah seorang dari 22 ADUN di Kedah yang pernah dipanggil menghadap Dr Mahathir Mohamed di Jabatan Perdana Menteri dalam isu melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar kelapan.

Apakah Bashah akan membiarkan anak mantan Perdana Menteri itu terlepas ?

Melantik Mukhriz sebagai Timbalan Ketua UMNO Kedah bermakna melepaskan ular-ular tua yang berbisa ke gelanggang pilihanraya ketigabelas.

Jika tidak mematuk sesama sendiri, menggeletek pun memadailah.

Seperti kata Bang Din Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu bahawa Mukhriz terlalu mentah di arena politik.

Shamsudin adalah orang kuat Johari Baharom panglima perang G7 yang berjaya menyahkan Mahathir dari poitik Kedah satu masa dahulu.

Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menyifatkan pelantikan Mukhriz dibuat hanyalah kerana mengenangkan bapanya.

Sama seperti pelantikan yang dibuat terhadap Najib (pdrm) penghisap darah rakyat Malaysia dan Hishamudin Tun Hussein.

"Dari segi kelayakan lebih ramai ahli UMNO yang mampu mengetuai mereka tetapi bukankah UMNO parti anak beranak" kata Wahab Din penyokong kuat Johari di Jitra.

Ramai penyokong UMNO menuding jari di atas apa yang mereka sifatkan kesilapan Majlis Tertinggi dalam memilih calon. Bahkan Shapie Apdal pun di'sepak' keluar dari peta politik Kedah biarpun Tun Mahathir memberikan sokongan seratus peratus kepada orang Sabah itu.

"Mukhriz masih budak-budak dalam politik. Tidak menonjol berbanding KJ yang lantang. Pelantikannya memberikan isyarat kepada Bashah supaya cari kotak dan bungkuslah barang" marah seorang penyokong Azeez Rahim dari Pulai, Baling.

Pengundi di Megat Dewa dan Jerlun memberitahu, sangat sukar menemui Mukhriz di kawasannya.

Mahfuz Omar pula mengatakan Mukhriz jarang sekali hadir mesyuarat bahagian di Kubang Pasu kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ

Jika bapanya pernah tinggal di Titi Gajah Jitra, Mukhriz pula sudah berhijrah dan tinggal dibanglo berjuta ringgit di Kuala Lumpur.

Seorang wartawan veteran membayangkan bahawa UMNO tdak mempunyai calon untuk dijadikan Menteri Besar.

Najib pdrm kini sedang menari mengikut rentak Mahathir. Pengaruh Mahathir sudah mula kembali.

"Kita boleh beri markah 9 kepada KJ. Mukhriz yang berahi dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sama seperti bapanya boleh diberi markah 1.5 sahaja" kata Kak Kiah bekas jawatankuasa Wanita Negeri.

Apapun, pilihanraya ketigabelas yang dijangka akan diadakan diantara Mac-Mei 2011 pasti akan mempamerkan kehebatan jaguh-jaguh politikus di Kedah.

Bukan diantara PAS dan UMNO tetapi sesama jaguh-jaguh kampung UMNO.

D'Perbatasan

0
sumber :-

D'Perbatasan


Islam tak larang senamrobik di kawasan masjid

Posted: 31 Dec 2010 12:14 AM PST

Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalamrumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor, kononnya dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu.

Menurut Nik Aziz, soal Ahli Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid . . . kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

"We can judge a book by its cover in certain cases"

Posted: 30 Dec 2010 11:40 PM PST

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Macam nie lah saudara, Mungkin saudara kurang faham akan apa yang cuba disampaikan oleh sedari terbabit, "don't judge a book by it's cover" sebenarnye punya makna yang besar...." beginilah bunyi ayat yang saya terima dari seorang wanita apabila beliau mambaca aktikal bertajuk "Don't Judge A Book By Its Cover!" .

tambah wanita ini lagi "dan ingat lah pesanan Rasulullah SAW..."Allah don't judge u by ur appearance...but your heart is the most important."

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin 'advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

..."Allah tidak menyukai hamba2Nya yang melabuhkan kain kerana riak"...


Tambah beliau lagi

ingat cerita nabi luth...bukankah isterinya antara perempuan yang di laknat.. dan janganlah pula lupa akan Asiah...isteri firaun yang dijanji syurga untuknya...

Allah meletak perbezaan diatas kerana kita suka menilai melalui 'cover' (appearance),,,sedangkan hati manusia Allah jualah yang tahu...


Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadis untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda

:Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Takkan ada sesuatu tanpa adanya penciptanya, takkan hamba tanpa tuannya, takkan ada pepatah tanpa kejadian sebaliknya dan realiti sebenarnya adalah betul "Don't Judge A Book By Its Cover!" .

Bagi pencipta novel kulit buku itu jaminan kepada sesuatu isi kandungan dalamannya. Saya bukanlah orang yang suka memegang novel menghayati isi ceritanya sebagai hobi dan kegemaran. Tapi tipulah kiranya tak penah membaca novel, malah ada yang sampai mengalir air mata.

Apa yang buat kita nak baca sesebuah novel, jalan cerita dalam cerita rekaan tu?
tajuk cerita yang buat kita tergerak hati nak membaca tiap baris tulisan pengarang.
Dekat mana tajuk tu?, dekat depan..! depan mana?, kulit buku...!
Tajuk je? Tak, gambar kulit depan pun..!, iYe? iYeee...

Kenapa?
sebab ada orang yang bukan main hentam saja untuk membeli sebuah novel.
tapi ada juga yang lihat pada kulit tu! "Hiasan saja!", hiasan tu kan penarik.
Kalau tidak takkan terjual emas di kedai tu.? maksudnya dunia ni suka berhias.

Mana nak cantiknya siti nurhaliza jika tak berhias, rumah akan kosong tanpa perhiasan perabotnya, bunganya, takkan bermakna mak datin tanpa intan permata di tubuhnya dan orang perempuan takkan berseri tanpa aksesorinya.

Tapi bagi mereka yang betul-betul meminati novel,semua itu tak penting, apa saja karya yang berjilid dibacanya. "u name it" semua novel boleh di list kan.

Orang nak beli buah pun tengok cover juga! ada tak manusia beli durian yang dah ditebuk tupai? So penting ke luaran tu?, penting ke cover tu?. "it's crystal clear IMPORTANT..especially" dalam dunia hari ini.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu 'that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.


Isu yang nak dibangkitkan ialah isu wanita bertudung dan free hair, jelas lagi terang ianya adalah dua perkara yang berbeza. Istilahnya lain,sebutannya lain, ejaannya lagi la lain. Saudari yang membangkitkan isu dua sahabatnya yang menjual tubuh demi kemewahan dan yang seorang lagi yang berhijab dilihat taat pada yang Esa dan yang memakmurkan kalam ALLAH, kiranya saya berada di tempat sahabat itu, saya akan beranggapan kebaikan itu banyak berada pada yang berhijab kerana appearance yang di maksudkan oleh nya. Kerana personaliti dan perbuatannya adalah cerminan orang yang tergolong dalam mereka yang baik. sebaliknya pula bagi yang seorang lagi. Dan maaf itu adalah pada hati, hati tidak sama dengan appearance.

Apakah kemaafan yang dimaksudkan itu?, maaf untuk apa? kita perlu melihat pada kesilapan yang dilakukan demi memohon kemaafan. manusia itu tidak sempurna kecuali Rasullulah saw yang bersifat ma'sum dan yang sempurna itu ALLAH swt,tuhan yang satu harus ke yang berhijab dan memakmurkan tiap-tiap baris ayat ALLAH itu memaafkan kesilapan yang menghancurkan dirinya dan membahagiakan yang menjual tubuh? jawapannya 'PERLU!" kerana sifat pemaaf itu sifat yang mulia dan Islam itu tidak zalim oleh itu kemaafan itu senang diterima oleh yang bahagia dengan keputusan itu tapi sukar bagi yang menguris hati.

Kemaafan itu bergantung kepada kesilapan lihat lah apa kesilapan yang dilakukan oleh sahabat itu sebelum menghakimi kedua sahabat itu, jangan kerana kesilapan yang besar dilakukan oleh sahabat yang menjual tubuh lakukan kepada yang berhijab sehingga begitu sukar untuknya memaafkan dibandingkan dengan kemaafan yang diterima dari yang seorang yang hanya melalui kesilapan kecil yang dilakukan yang sememangkan tegar bagi seorang itu memaafi..

Cuba dilihat dari segi keimanan orang yang beriman Allah swt. kurniakan hidayat padanya "now, let's compare" mana satu yang lebih memiliki ciri mereka yang mendapat hidayat dari Allah. Pemaaf yang menjual tubuh atau yang sukar memaafi yang berhijab dalam surah al-Anfal ayat 2-4 ada disebut:

"sesungguhnya org yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.apabil dibacakan kepada mereka ayat2Nya bertambahlah iman mereka dan kepada Allah jua mereka bertawakal. Mereka yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka"

Kesan yang boleh kita lihat apabila seseorang itu mendapat hidayat Allah S.W.T adalah:

1. berlaku perubahan kearah kebaikan pada diri dan amalan yang dilakukan setiap hari
2. menyempurnakan amalan2 fardhu dan amalan2 sunat
3. bergaul dgn masyarakat dgn cara yang baik dan menunjukkan akhlak yang mulia
4. melaksanakan segala amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab
5. menjauhkan perbuatan mungkar dan maksiat.

Umumnya zina be'erti memandang perkara2 yang menimbulkan syahwat atau menghala pandangan kearah yang keji. manakala dari segi syarak zina ialah melakukan hubungan jenis antara lelaki dan perempuan tanpa melalui perkahwinan yang sah menurut syarak dan kita perlu ingat bahawa amalan berzina ini adalah di antara perkara yang boleh membatalkan iman dan ianya tergolong didalam dosa besar. "which one do u think have d value of faith?" sendiri mau decide!

Kita bercakap pasal hati dan perasaan, kita pandai menuturkan kata tapi untuk mendalami kata-kata itu tegar kah kita?, siapa kita?, hamba Allah!. Kita semua tahu seorang hamba Allah itu tidak lari dari kesilapan. Namun Allah swt itu maha adil, kesilapan itu satu pengajaran.

"sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan,memberi kepada kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji,kemungkaran, dan kezaliman.Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pengajaran" -surah an-Nahlu ayat 90

Adakah Allah swt sengaja menjadikan masalah demi menyusahkan hambanya?

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya, yang menampakkan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA. Semoga tabah merebut rahmat dan kasih sayang NYA"

Kita lihat pulak apa maksud perempuan yang baik (solehah) :
1. sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T dan suami
2. tidak terlintas difikiranya untuk melakukan maksiat
3. sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri

Disini "apperance" itu penting kerana identiti yang dimaksudkan akan memberi imej kepada umum. Kiranya identiti bertudung, sujud pada yang SATU, memakmurkan kalam Allah dimaksudkan seseorg kepada umum maka imej yang baik iaitu orang yang memandang akan memberi kan imej yang positif yang akan menentukan reputasi seseorg itu pada masa akan datang. mengekalkan kepositifan imej itu, seseorg itu bertanggungjawab samaada mahu mengekalkan reputasi tersebut atau sebaliknya "it's take long times to build d image..but it's can be destroy only in couples of day juz bcoz of negative thing that happen" begitu juga sebaliknya.

Keimananlah yang mempengaruhi gerak geri seseorang. Iman membentuk kepercayaan kepada dosa dan pahala dan jika kepercayaan itu teguh berada dalam hati,maka apa jua yang bernama dosa akan dijauhi dan apa jua yang bernama pahala akan dikejar.

Iman manusia itu bertambah dan berkurang.Kerana itu jika seseorang itu membuat dosa,maka ketahuilah dia membuat dosa kerana ketika keimanannya menurun. Maka kitalah yang bertanggunjawab mengingatkan mereka tentang dosa dan pahala. Dengan harapan, ingatan kita itu mampu menaikkan keimanan mereka. Jangan cepat menghukum,"oh dia membuat dosa kerana tiada iman".Itu bukan tabiat orang yang ikhlas menegur.

Apabila beriman,umunya seseorang akan membuat amal soleh. Di dalam al-quran Allah selalu menyebut dalam firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh,mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka karena keimanannya…" Surah Yunus ayat:9

Persoalannya,mengapa beriman dan beramal soleh itu dipisahkan. Seolah-olah jika ada iman didalam hati seseorang,tidak semestinya amalannya itu soleh.

- "daripada Abi Zar r.a. katanya; ' aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w; "apakah
amalan yang paling baik disisi Allah?". Baginda menjawab ; " beriman kepada Allah
dan berjihad dijalan Allah."

- Dari segi bahasa, iman ialah mengakui dengan hati.Manakala dari segi syarak pula,
iman ialah percaya dengan hati dan berikrar dengan lidah serta beramal dengan
ajaran2 dan perintah Allah S.W.T yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

- dari penjelasan diatas jelas menunjukkan iman dan amal itu bergantungan.malah
dalam baris diatas perkataan iman menyusuri amal dan amal menyusuri iman.


Saya jugak tidak mengatakan yang wanita bertudung itu 100% baik, didalam aktikal yang bertajuk Bertudung belum tentu menutup aurat. Rasanya sudah dijelaskan.

"Dan barangsiapa datang kepada Rabbnya dalam keadaan beriman, lagi
sungguh-sungguh beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang
memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia), " Surah Thahaa ayat:75


Walaupun tanpa iman,adakah manusia membuat amal soleh? Ya! Tetapi Allah tidak menerima amalannya. Begitulah jua orang yang beriman (bertudung) tetapi tidak perbuat amal yang soleh tetap tidak diterima. Kerana itu menjadi tugas kita terhadap orang yang beriman,ingatkanlah mereka jika mereka melakukan kesilapan. Teguran kita bukanlah bererti kita "judge" mereka sebagai tidak baik tetapi teguran itu bererti kita sedar akan tabiat iman pada manusia yang menaik dan menurun. Dan Allah swt juga menhakimi hambaNya melalui amalan perbuatan dan amalan seseorang itu adalah menjadi tanggungjawab sendiri. hal ini terbukti kerana :

1. anggota badan manusia sendiri seperti mata, kaki, tangan kecuali mulut menjadi saksi
terhadap perbuatannya di akhirat
2. Allah S.W.T menugaskan malaikat Rakib dan Atib di kiri dan kanan manusia untuk
menulis amalan mereka
3. amalan baik dan jahat, sembunyi dan nyata dibalas oleh Allah S.W.T di akhirat

"sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat
balasannya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah nescaya
dia akan melihat balasannya pula"-surah al-zalzalah ayat 7-8


4. setiap manusia akan ditimbang amalan mereka dengan neraca Mizan di akhirat kelak
5. nikmat di syurga atau azab di neraka dirasai oleh setiap individu manusia tanpa
mengira kedudukan dan keturunan.


"Barangsiapa yang Allah kehendaki akan memberi kepadanya petunjuk nescaya is akan melapangkan dadanya untuk (memeluk islam).Dan barangsiapa yang dikendaki Allah kesesatannya,nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah2 ia akan mendaki lelangit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman"

Kita tidak boleh menetapkan waktu terhadap kitaran naik dan turunnya iman. Kerana itu tegur-menegur,mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran itu perlu dan amat dituntut. Renunglah firman Allah

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. " Surah Al-Imran ayat:104

Ma'aruf: segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan Munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah-olah meraguinya?

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam



Dari
D'Perbatasan

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT