Rabu, 15 Disember 2010

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Posted: 15 Dec 2010 07:36 AM PST

Liwat II: Anwar sokong minta campur tangan Agong
Bapa pohon Agong percepat kes liwat anaknya Sumber :
(Malaysiakini)NONE

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang keluarga pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan meminta campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menyegerakan perbicaraan kes tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan itu wajar disokong kerana sudah sampai masanya peranan institusi mahkamah diperbetulkan dan bebas daripada sebarang karenah birokrasi.

"Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini.

"Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan.Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, kes beliau tidak harus dibezakan dengan kes-kes yang lain yang mana semua bahan bukti boleh dikemukakan.

"Pilih hakim yang benar, berani dan adil dan bebas dan pendakwa yang profesional, beri bahan bukti dan keterangan seperti mana dalam kes jenayah lain yang biasa.

"Dalam kes ini, inilah kali pertama di mana nota doktor disekat begini rupa dan bukti tidak dibawa, spesimen DNA sila kemukakan dan kita boleh segerakan," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamir Khir Baharom yang mebuat bantahan terhadap permohonan beliau supaya Saiful didakwa mengikut qazaf.

"Kedudukan mahkamah syariah jangan dikhianati oleh menteri agama Datuk Jamil Khir. Mengapa pendakwaan ditahan?

"Saya ada kertas pendakwaan tapi Datuk Jamil Khir,Menteri agama Umno mengkhianati tugas dan amanah ini dan mencemarkan nama baik mahkamah syariah dan kedudukan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama Wilayah Persekutuan.

"Bolehkah seorang menteri Umno guna kuasa menyekat pendakwaan? Kalau betul nak guna jasa baik campur tangan Yang Dipertuan Agong, sila betulkan fitnah jahat pendakwaan di Mahkamah Sivil.

"Pendakwaan ditahan oleh menteri agama Umno yang sepatutnya faham agama dan Islam dan mahkamah syariah yang mendakwa kononnya merekalah tunggak yang mempertahankan syariah Islam," katanya.

April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Semalam Azlan Mohd Lazim menyerahkan surat luahan hati kepada YDPA untuk menarik perhatian baginda supaya kes yang dibicarakan disegerakan.

Zaid Ibrahim buatlah rumah sendiri..

Posted: 15 Dec 2010 06:24 AM PST

Zaid ibrahim yang pernah menyatakan akan menubuhkan parti baru, rupa2nya telah menyertai Parti Akim yg sering menjadi pesaing setiap PRK 2009-2010.

Pada peringkat awal kemasukan bersama PKR, imej beliau dipandang hebat dengan mejelajah hampir keseluruh daerah termasuk Kuala Pilah. Idea2 memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan menggariskan dasar2 PR cukup dihormati sebelumnya. Dan pada peringkat awal kemasukannya dulu semata2 untuk menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti tanpa sebarang jawatan.

Tiba2 beliau menjadi Ketua perhubungan PKR wilayah seterusnya menjadi calon parlimen Hulu Selangor......

Fokus tugasan dan niat asal untuk memperkukuhkan gerak kerja Pakatan Rakyat semakin tersasar setelah perebutan untuk bertanding Tim Presiden PKR tempohari.....

Tumpuannya cuba meletakan diri sebagai orang yg terhebat dengan menuding kiri dan kanan termasuk menggunakan saluran media musuh untuk melepaskan yang terbuku dihati. Tugasan dan niat awal semakin tertinggal.....Ahli2 semakin tertanya2 apa dah jadi...Kutukan kepada sahabatnya Anwar semakin menjadi2. Zaid sendiri rupa2 terlalu berminat untuk menjadi presiden.

Semakin diteliti......semakin terselah ....

Mungkin sewaktu dlm Umno tidak menjadi.....sedangkan beliau sendiri tewas dlm perebutan sebagai Ketua Bahagian Kota Bahru....macamana nak jadi Presiden Umno....
Mungkin jawatan ini buleh direbut dlm PKR dengan membuat perkiraan setelah Anwar kini semakin hebat dimusnahkan imejnya oleh Umno BN beserta agensi kerajaan dan akan disumbat sekali lagi dalam penjara. Tiada lebih hebat hanya Zaid yg terhebat...itulah yang cuma digambarkannya.

Setelah dipelawa masuk kerumah......kini semakin seronok untuk menjadi tuan rumah pulak...

Bagaimana pula rumah baru yang beri di ruang untuk disertai....Nak jadi tuan rumah juga ke?
Cuba lah buat rumah sendiri....Zaid kan orang hebat dan kaya....
Dah dibenarkan masuk sampai kedapur...jangan lah sampai jelajah kebilik tidur dan dihalau tuan rumah itu sendiri...

Ramai yang meramalkan, parti yang dipimpin oleh
Datuk Zaid Ibrahim itu tidak akan kekal lama malah tidak diterima rakyat sekali pun. Bukan kerana nama Zaid, namun kerana perjuangannya yang ditunjangi atas dasar kekecewaan seorang pemimpin.

Memang agak mengejutkan apa yang berlaku ini. Zaid tidak boleh menyamakan dirinya dengan Anwar. Parti yang dipimpin oleh Mantan TPM itu wujud atas gerakan kuasa rakyat dasar memperjuangan kezaliman terhadap dirinya dan juga keadilan untuk rakyat.

Tapi parti Zaid ternyata berasaskan kekecewaan, makanya parti itu akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang hilang ditelan dek zaman akibat diasaskan atas dasar kekecewaan. Ketika itu, (Ku Li) kecewa akibat tewas kepada Mahathir dalam perubatan jawatan Presiden UMNO. Kini, Zaid pula kecewa dengan perubatan jawatan Timbalan Presiden PKR. Maknanya, situasi yang sama berlaku atas sikap ingin berkuasa dan tidak mahu menerima kekalahan itu sendiri.

Biarpun Zaid merasakan dia berada di pihak yang benar dalam persaingan jawatan berkenaan. Namun, jelas apa yang berlaku adalah sebaliknya, Malah, ramai juga penyokong Zaid yang tahu berapa banyak wang yang digunakan untuk Tengku Razaleigh Hamzah"merasuah" pemimpin dan ahli PKR supaya menyokongnya. Namun, bila melihat pengaruh Azmin lebih kuat maka akhirnya dia menarik diri tanpa pengetahuan orang kanan dan para penyokongnya.


Malaysiakini cuba mendapat respon :-

Hanafi Hamat tetap menganggap dirinya sebagai presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka presiden AKIM.

hanafi hamat akim permatang pauh by election 180808 02Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi presiden parti AKIM berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

Sehubungan itu, Hanafi (kanan) berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.

Hanafi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.

NONEZaid (kiri), yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu, juga dilaporkan sebagai berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan
pembangkang.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Terima kasih SPRM" - TGNA

Posted: 15 Dec 2010 10:09 PM PST

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur terhadap Allah berikutan beliau telah digugurkan tuduhan rasuah yang membabitkan tajaan RM65,000 oleh syarikat swasta untuk menunaikan haji awal tahun lalu.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nik Aziz mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah membersihkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan SPRM yang telah membebaskan dakwaan terhadap beliau semalam sebagaimana yang disiarkan oleh media hari ini.

Semalam SPRM menutup dua kes berpotensi tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan iaitu berhubung kes tajaan sejumlah RM65,000 untuk menunaikan haji dan tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Eksekutif (CEO) PMBK.

Keputusan itu diumum oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam.

Hadenan juga turut mendakwa, pelantikan Arrifahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK.

Sebelum ini, media membuat laporan kononnya Nik Aziz telah menerima pakej menunaikan fardhu haji bernilai RM65,000. Ekoran dakwaan tersebut Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun lepas ke tahun ini.

Sementara itu, SPRM juga telah mengumumkan, pegawai kerajaan di negeri Kelantan adalah antara yang terendah terlibat dengan rasuah - Harakah Daily

SAH ... DSAI, Karpal, Azmin dan Sivarasa digantung 6 bulan

Posted: 15 Dec 2010 09:16 PM PST

Parlimen sebentar tadi meluluskan tindakan penggantungan 6 bulan terhadap DSAI, Karpal Singh, Sivarasa dan Azmin Ali.


Dari Twitter Fauziah Salleh :

Motion to cite Karpal Singh, R. Sivarasa and Azmin Ali for contempt passed in Parliament; they are suspended for six months

Dari Twitter Berita HArian

Karpal, Azmin, Sivarasa turut digantung 6 bulan http://fb.me/zQg8Y14L

Sebelum itu dari Malaysiakini:

Anwar Ibrahim digantung 6 bulan: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri... http://bit.ly/fUZmMe

TERKINI : Usul gantung DSAI - Dewan Rakyat Tegang - Ramai polis di luar Dewan

Posted: 15 Dec 2010 07:43 PM PST

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.29am: Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya "undur diri" kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana "kepentingan lain".

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan "Apco-Umno" semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, "Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!"

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit "Apco-Umno" berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka. - mkini

Aksi seks dua beradik dirakam telefon bimbit ...

Posted: 15 Dec 2010 03:40 PM PST

Apa nak jadi ni? ...

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

"Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

"Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini," katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

"Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

"Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa," katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi 'wabak' yang sukar dikawal. - myMetro

Selangor akan saman SYABAS

Posted: 15 Dec 2010 07:19 AM PST

SHAH ALAM, Dec 15 — The Selangor governent is waiting for the right time to take the water company SYABAS to court to have its licence withdrawn, Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid said today.

He believed that the action would be taken considering that SYABAS was ignoring the state government's directive to stop its Tabung Budi programme.

"We are awaiting a reply from them. If they continue (with what they are doing), it would be easier for us to prove in court that they have gone against the agreement to supply water," he told reporters here.

Khalid said that SYABAS had no right to collect donations through Tabung Budi from consumers who receive subsidies from the state government.

Selangor residents receive 20 cubic metres gratis from the state government worth RM11.40.

The Budi Fund that SYABAS launched last Aug 24 allows residents to waive this subsidy for the company to use the money to help other residents who have no access to clean water. — Bernama

Ramainya kena gantung ... Parlimen dah semakin karut

Posted: 15 Dec 2010 01:56 AM PST

Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

Kedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

Tindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan - mkini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Zambry Kadir ditahan SPRM pagi tadi,isu seleweng duit kerajaan negeri Perak(sumber berita hairan)

Posted: 15 Dec 2010 06:30 PM PST

yg tak baca surat khabar,

sila baca surat khabar..

zambry kadir masih mb perak yg sah..dia tk ditahan..aku saja tipu korang..

ceritanya begini...

kerajaan negeri perak pimpinan zambry..

ye zambry,yg tak pernah mncarut seperti nizar jamaluddin..

memberikan elaun tambahan kepada jkkk..aka ketua2 kampung di perak..

sbnyak rm 150..duit kfc...

sbagai tambahan kepada elaun yg dibagi kerajaan pusat iaitu rm 800..

wah..jadi ketua kampung pun banyak untung..

apa je keje ketua kampung???cakap kat aku..

mengadu sikit bukan di layan...tak payah la korang nk kata sebilangan..

kebanyakannya camtu..

dapat jadi tok ketua sbb demokrasi terpimpin..

anak2 buah support..dah dibelanja air kopi.. kat warung pak jali..

bukan main mahal gaji tok ketua skang..

last2 pru datang..terus betanding pilihanraya..

mcm kita tak tau..ada tok ketua pas ada tok ketua umno...

kat negeri2 pakatan biasanya ada dua tok ketua..tak caya??

mai datang sungai pelek...

ini tk lain tk bukan..

nk bagi suap makan kat geng2 dia..

tok2 ketua umno..

rm 950..

dua bulan je dah boleh beli henfon htc...

sudah2 la..

duit kerajaan bagi snang2 je...

baik tolong buatkan rumah kat orng2 yg masih berumah papan...

hari ni pakai baju hijau tua...

hensem bergaya nk beli roti sekaya..

skarang sapa tk nk jadi tok ketua..??

tk de sijil tkde ape jadi ketua leh jadi kaya..

Lee Kuan Yew pernah diraba Anwar(panas menggelegak blogger umno sume,pengakuan Kuan Yew yg didedah Wikileaks)

Posted: 14 Dec 2010 11:35 PM PST

yg tak baca surat khabar..

sila baca surat khabar..

keluar berita harian..

mana ada kuan yew diraba anwar pun...tk de la..

ceritanya begini..tajuk saja bikin panas..

rakyat malaysia berbangsa cina dah hilang percaya pada anwar..

ini keluar berita harian ni..

kononnya kerana pendedahan lee kuan yew pasal kes liwat2..

ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahhaa

heran...besa mana la kuan yew sampai orng cina nk ikut ckp dia..

sdangkan kat malaysia pun ada pengikut keng yek,kit siang,guan eng,chong eng,ko ming dan jngn lupa kawan cul tibeng dan cukiong...

bukan apa...

kuan yew...kalau ye la dia tau..dah lama dah dia cerita benda ni..

tk payah tunggu wikileaks la..

takkan kot kuan yew nk mcm sepol..

dah tau snyap..

dah kena liwat snyap..

bukan repot polis tapi repot najib..

barua la korang sme..

tk logik2..

ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahaha

petang smalam ke negeri melake

hajat dihati nk cari sup sirip yu..

skang kuan yew yg cam sepol ke??

ke sepol yg mcm kuan yew??

huahuahua

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SERANGAN BALAS ANWAR, GILIRAN MELAKA MALAM INI

Posted: 15 Dec 2010 10:00 PM PST

Anwar, Salahuddin gempur Melaka esok

Dis 15, 10

Dua orang pemimpin kanan Pakatan Rakyat akan turun ke Melaka untuk menggempur negeri itu esok, 16 Disember, lapor Harakahdaily.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdana di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek bermula jam 9.00 malam.

NONENaib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula akan hadir pada program Hi-Tea di Kampung Bukit Pulau, Dun Bukit Baru pada hari yang sama bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata kedua-dua program ini amat penting kepada rakyat Melaka bagi memberikan maklumat tentang isu-isu terkini yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Katanya, antara isu berkenaan termasuk pendedahan WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'

Selain itu, isu tempatan seperti isu zakat dan tanah wakaf negeri Melaka dan sebagainya juga dijangka akan disentuh.

azlan"Ceramah Perdana Anwar anjuran PKR Negeri Melaka dilihat tepat pada masanya ketika Anwar dihadapkan pelbagai isu yang tidak kunjung padam.

"Salahuddin pula akan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Bukit Pulau di samping menyampaikan ucapan ringkas berkenaan isu semasa," kata Yusof yang juga merupakan penyelia DNN Bukit Baru.

Beliau menyeru rakyat negeri Melaka untuk hadir pada kedua-dua program tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu negara dan juga yang melibatakan pemimpin Pakatan Rakyat./Malaysiakini

5 + 5 JAWAPANNYA 10, BAGAIMANA BOLEH DAPAT JAWAPAN 10?

Posted: 15 Dec 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA bapa Saiful mengadu kepada Istana tentang kelewatan kes Liwat yang melibatkan anaknya, maka komen dari DS Anwar amat mantap dan jujur. "Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini. "Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan. Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini."

Persoalannya, adakah Mahkamah kini terpaksa di`pandu' oleh pihak Istana di dalam menjalankan peranannya? Jika Mahkamah gagal untuk berfungsi dengan adil dan saksama, maka memang wajar pihak Istana campurtangan agar kesemua rakyat tidak kira apa status pun akan mendapat keadilan yang sewajarnya. Kita bukan mahu hanya DS Anwar sahaja yang diberi keadilan, bahkan pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya beberapa hari itu juga wajar diberi keadilan.

Ramai di kalangan rakyat yang faham benar mengapa kes ini sering tertangguh. Sekiranya semua pihak menuruti peraturan dan sistem perbicaraan yang telus dan adil, maka tidak mungkin boleh berlaku penangguhan. Penangguhan demi penangguhan terjadi kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem perbicaraan bahkan tidak bersetuju dengan Hakim itu sendiri. Pihak Pembela tidak minta banyak, mereka cuma mahukan beberapa dokumen yang boleh membantu mereka membela anak guamnya dengan baik. Mengapa sukar sangat untuk memenuhi kehendaknya?

Umpama Guru Matematik yang mengajar anak muridnya bahawa 5 + 5 jawapannya adalah 10, tetapi apabila ada anak muridnya yang bertanya mengapa jawapannya 10, adakah guru tersebut hanya menjawab bahawa kiraannya memang begitu iaitu tetap 10. Guru yang bertanggungjawab akan menerangkan jalan kira-kira tersebut bagaimana boleh mendapat jawapan 10 itu. Dengan cara itu, murid akan lebih faham kaedah kira-kira berkenaan. Begitu juga dengan laporan perubatan yang diberikan kepada pihak Pembela.

Laporan Perubatan adalah rumusan keseluruhan pemeriksaan ke atas `mangsa'. Pihak Pembela mahukan Nota Klinikal sewaktu pemeriksaan dilakukan, itu sahaja. Mengapa ianya amat sukar untuk dipenuhi? Jika pemeriksaan dilakukan dengan betul mengikut kaedah yang ditetapkan, maka tidak perlu bimbang untuk menyerahkannya.

Nampaknya kes ke atas DS Anwar dan Saiful ini semakin rumit kerana ianya seperti dirumitkan. Tidak diketahui mengapa boleh terjadi sedemikian. Walau bagaimanapun, kita harapkan kes ini dapat dijalankan samada cepat atau lambat asalkan jangan di satu ketika nanti berlaku pula kesilapan (Typing Error) tarikh kejadian sehingga ianya dipinda berkali-kali. Lupakah kita kisah di dalam kes Liwat 1 dahulu?/wfauzdin.blogspot.com

DI MANA SAHAJA ZAID BERADA AKAN WUJUD HURU- HARA?

Posted: 15 Dec 2010 05:00 PM PST

"PRESIDEN Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini. AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya" (Pahang Daily).

Saya baru sahaja menulis di dalam artikel saya sebelum ini betapa kita mengharapkan agar Zaid Ibrahim tidak melakukan huru-hara di dalam parti baru yang disertainya iaitu AKIM. Nampaknya, tidak sampai 24 jam, berbunyi pula suara seperti kenyataan di atas. Difahamkan Hanafi Mamat masih diiktiraf oleh ROS sebagai Presiden AKIM yang sah. Jika ini benar, maka Zaid nampaknya `merampas kuasa' untuk menjadi Presiden bahkan menukar nama parti kepada KITA.

Ramai yang menduga bahawa Zaid sememangnya ingin benar menjadi Presiden, dan usaha ini telah pun cuba dilakukannya sewaktu berada di dalam PKR iaitu dengan mencuba bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR untuk mencapai hasrat tersebut. Malangnya, Zaid silap pilih parti kerana PKR tidak memandang ketokohan beliau hanya kerana beliau seorang bekas Menteri di dalam Kerajaan. PKR mahu pemimpin yang telah diuji sekian lama di dalam parti dan setia bersama parti. Maka, Zaid bukan orangnya yang ahli-ahli PKR mahukan. Justeru itu, tidak hairanlah Zaid `cabut lari' dari gelanggang semasa pertarungan baru bermula.

Kini, hasrat beliau telah tercapai dan beliau kini bergelar `Presiden' tidak kiralah berapa kerat anak-anak buahnya yang ada. Saya suka mencadangkan agar `spesis katak' yang masih tidak berparti sekarang ini agar menyertai jemaah Zaid.

Syabas juga buat Zaid Ibrahim kerana lebih awal membuat pengakuan bahawa parti barunya KITA tidak akan menyertai gabungan Pakatan Rakyat. Ini satu tindakan yang bijak daripada menanggung aib sekiranya KITA memohon sertai PR tetapi ditolak. Semoga Zaid Ibrahim berjaya./wfauzdin.blogspot.com

WAKIL RAKYAT KATAK CERDIK SEDIKIT DARI KELDAI, LEBIH KURANG BODOH MACAM LEMBU

Posted: 15 Dec 2010 10:43 AM PST

Oleh: Mandor

"Konsensus Bebas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura "(Sinar). MP Wangsa Maju, YB Wee Chee Keong mengutarakan pendapat tersebut dan ianya tidak pelik kerana semenjak bila Wakil Rakyat `katak' ini menyukai DS Anwar?

Geng-geng `katak' yang melompat parti dan ada yang telah dipecat dari parti sememangnya terdiri dari mereka yang tidak ada maruah langsung. Mereka sendiri tidak mahu mengosongkan kerusi yang mereka duduki sekarang walaupun mereka tahu yang memilih mereka dahulu adalah kerana parti yang mereka wakili. Jika diri sendiri pun tidak bermaruah, maka apa saja yang keluar dari mulut mereka ini juga tidak ada nilai dan harga langsung.

Mereka cuma menanti saat untuk di`kubur'kan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Justeru itu, mereka akan menggunakan sedikit ruang dan publisiti yang diberikan oleh media haprak ini untuk menunjukkan mereka ini cerdik, walhal semua tahu mereka ini cerdik sedikit dari keldai kalaupun tidak sama taraf dengan lembu./mandor.blogspot.com

CERAMAH ANWAR MALAM TADI - FOTO YANG MENAKUTKAN UMNO

Posted: 15 Dec 2010 05:00 AM PST

KECUT PERUT UMNO BILA ANWAR TURUN MENEMUI RAKYAT

Posted: 15 Dec 2010 02:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TAPAK Pasar Malam Taman Melati, Wangsa Maju, KL malam tadi telah diadakan ceramah umum yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim beserta beberapa pimpinan PR. Sebelum ini diberitakan ceramah tersebut tidak mendapat permit oleh pihak Polis atas alasan `ketenteraman awam dan keselamatan'.

Namun demikian, pihak Penganjur tetap juga untuk mengadakan ceramah yang dirancang dan memberi jaminan bahawa keselamatan sepanjang ceramah tetap terjamin. Akhirnya, mahu tidak mahu pihak Polis membenarkan ceramah tersebut tetapi mesti berakhir pada jam 10.30 malam. Bayangkan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Mereka setiap hari melalui media letronik dan media cetak mengecam DS Anwar habis-habisan, tetapi takut untuk mendengar jawapan dari DS Anwar. Betapa baculnya golongan ini untuk menghadapi kebenaran.

Usahkan mahu berdebat secara anak jantan di khalayak ramai atau melalui TV, untuk memberi ruang kepada DS Anwar menjawab tuduhan mereka di hadapan rakyat pun mereka gentar. Mereka sentiasa mahu agar rakyat terus diperbodohkan oleh media pencacai yang mereka kuasai, masalahnya rakyat sudah serik untuk menjadi bodoh seperti mereka yang masih bodoh itu. Syabas kepada DS Anwar yang nekad untuk terus berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan puak yang tidak habis-habis berdendam dengan Ketua Pembangkang ini.

Pelik juga, mengapa pihak Polis begitu `Wala' dengan arahan yang tidak masuk akal itu? Adakah ceramah malam tadi kecuh atau berlaku pergaduhan? Adakah di dalam ceramah malam tadi ada berlakunya budak yang kena tembak seperti Aminurrasyid? Semuanya berjalan dengan baik, walaupun ribuan yang sempat datang ke tapak ceramah untuk mengejar waktu sebelum jam 10.30 malam. Hairan juga, jika konsert maksiat atau Jom Heboh boleh pula sehingga lewat malam walaupun terbukti berlaku maksiat di dalamnya, termasuk kumpulan mat rempit yang berlumba setelah selesai konsert. Ini lah yang pelik dalam negara `ketuanan Melayu' ini.

Saya berharap tidak kira Polis atau mana-mana kakitangan awam dan seluruh rakyat berfikir kembali sampai bila fikiran kita mahu dijajah untuk kepentingan puak-puak yang takut kehilangan kuasa ini. Kita semakin dihimpit oleh kesusahan dengan kenaikan harga barang, dan sering tertipu dengan janji pemimpin di atas. Kenaikan harga barang tidak mengecualikan sesiapa walaupun di kalangan anggota keselamatan sekalipun. Jika semua Polis itu senang, masakan ada segelintir Polis yang sanggup melakukan rasuah. /wfauzdin.blogspot.com

AIR MATA TAK LAKU DARI UMI HAFILDA

Posted: 15 Dec 2010 12:00 AM PST

Demi bangsa, agama dan negara

Untuk beberapa dekad kita dikerah untuk memperjuangkan retorik yang "gah" dengan titik peluh sendiri. Makcik-makcik yang menderma barang kemas untuk perjuangan "kemerdekaan" pada tahun 1950-an semestinya tidak terbayang bahawa "kemerdekaan" selepas 53 tahun bermakna anak cucunya perlu disembur meriam air dan gas pemedih apabila menuntut hak air di jalan raya. Anggota komunis yang bertempur dalam hutan semestinya tidak rela seandainya kemerdekaan yang diperjuangkan dengan titisan darahnya itu digunakan untuk menahan Mat Sah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri selama tujuh tahun tanpa perbicaraan.

Dan kini Melayu digembleng pula untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu" - dengan titisan air mata Ummi Halfida di Utusan Malaysia. Saya tidak tertarik untuk membandingkan sama ada air matanya lebih bersinar daripada cincinnya. Saya juga tidak berminat apakah lebih bermakna untuk membincangkan hubungan yang berlegar antara Anwar, Azmin dan Shamsidar Taharin, berbanding dengan kekayaan yang berlegar antara Vincent Tan, Ananda Krishnan, Mirzan Mahathir dan Nazir Razak.

Persoalannya, apakah titisan air mata Ummi Hafilda mampu menjamin keselamatan seorang budak 14 tahun apabila pulang dari warung mamak selepas menonton bola pada lewat malam? Apakah air matanya mampu meredakan kesakitan mereka yang disembur air meriam dan gas pemedih mata, ketika menuntut hak air di jalan raya?

Betul, Ummi Halfida menitiskan air matanya untuk retorik yang gah berbunyi "Ketuanan Melayu". Namun, di sebalik retorik yang "gah" ini - siapa pula yang menitiskan air mata? Demi "ketenteraman awam", isteri dan anak tahanan ISA perlu menitiskan air matanya kerana perpisahan. Di sebalik "keselamatan negara", seorang kartunis bernama Zunar dipindahkan lima balai polis dalam masa sembilan jam - siasatan terhadap bahan ketawa berakhir dengan bahan ketawa sendiri...

Saya enggan bersikap sinis untuk mempersendakan Ketuanan Melayu. Namun, untuk saya, Melayu hanya jadi Tuan, apabila setiap tuduhan terhadapnya dibicarakan secara terbuka di mahkamah; Melayu hanya jadi Tuan, apabila tidak perlu takut untuk berkumpul dan bersuara di jalan raya - tanpa disembuh meriam air dan gas pemedih; Melayu hanya jadi Tuan, apabila bebas ketawa tanpa perlu memohon lesen; Melayu hanya jadi Tuan, apabila ibu bapa tidak perlu gelisah jikalau anaknya pulang dari warung mamak selepas menonton bola; Melayu hanya jadi Tuan, apabila sandwich anaknya dilengkapi sardin, timun, tomato dan salad...

Saya tidak terlupa apabila jiran Aminulrasyid menyifatkan bunyi tembakan pada malam itu bagaikan bunyi mercun. Dan bunyi itu menghantui saya sehingga hari, setiap kali letupan bunyi bunga api kedengaran. Saya semakin teragak-agak, apakah itu bunga api untuk meraih Ketuanan Melayu, ataupun seorang lagi Aminulrasyid yang sedang dikejar dalam ketakutan?

* MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

kalam Perantau

kalam Perantau


Ketuanan Melayu dan hipokrasi Umno

Posted: 15 Dec 2010 04:02 PM PST

Oleh : Ahmad Lutfi Othman    

Tsunami politik, Mac 2008, mengundang pelbagai tafsiran. Ada menyifatkan kecenderungan mengundi rakyat Malaysia sudah tidak lagi terkepung dan terkurung dengan sentimen perkauman. Isu-isu sepanjang kempen pilihan raya ke-12 itu menjangkau persoalan sejagat sehingga istilah “politik baru”, yang popular semasa pilihan raya umum 1999, kembali diperkatakan. Pengundi semakin terbuka untuk membincangkan isu-isu penting dan kritikal, sekali gus memecahkan kepompong yang sengaja diwujudkan selama ini.

Umno-BN ternyata mudah panik dan menggelabah. Memang siapa pun tidak menyangka Pakatan Rakyat (yang dibentuk secara rasmi selepas pilihan raya itu) mampu mempamerkan prestasi sebegitu cemerlang. Paling ketara, pengundi bukan Melayu (serentak Cina dan India) menolak total BN (khususnya MCA dan Gerakan). Parti yang paling beruntung dan mendapat laba besar adalah DAP. Hampir semua calonnya menang.

Tanpa menunggu lama, api perkauman cuba dimarakkan kembali. Ternyata Umno ketandusan idea segar dalam usaha merebut negeri-negeri yang kecundang. Selama ini DAP memang ditohmah sebagai parti ‘chauvinist Cina’. Formula lapuk Umno seperti yang termaktub dalam kurikulum BTN – membangkitkan emosi kaum demi survival BN. Melalui media yang dikontrolnya, terutama Utusan Malaysia dan siaran berita TV, “lagu lama” yang mendakwa kepentingan Melayu terancam di bawah kerajaan negeri Pakatan, didendangkan berulang kali.

Terbaru, melihat “keterlanjuran” Dr Wan Azizah Wan Ismail mengupas konsep ketuanan Melayu, semasa membentangkan Ucapan Dasar Presiden KeADILan dalam kongres nasional tahunan ke-7, Umno terus mengekspolitasi keadaan itu semaksimum mungkin. (Dalam teks asal dinyatakan, konsep “ketuanan Melayu” ini wajib dibakulsampahkan. Ramai merasakan ia boleh menimbulkan salah tafsir jika tiada penerangan terperindi dilampirkan). Berhari-hari serangan dilakukan secara bertubi-tubi, selain mengkritik proses pemilihan kepemimpinan KeADILan, yang dilihat ada kepincangan dan menimbulkan rasa tidak puas hati ahli-ahlinya dan calon-calon yang bertanding.

Dr Wan Azizah dalam ucapannya itu menyenaraikan kepincangan Umno, dan seterusnya merumuskan: “Para pemimpin Umno bukan berjuang untuk membela orang Melayu. Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan taukeh-taukeh tertentu. …Isu survival Melayu dan agama Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para konconya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.”

Dalam pada itu, tentulah tidak sukar untuk memalitkan wajah hodoh perkauman kepada DAP, dan langkah sasaran seterusnya adalah kepada KeADILan. Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim yang menjadi pencabar terhebat kepada hegemoni Umno-BN, menjadi target khusus. Imej Ketua Pembangkang itu mahu direndahkan ke peringkat “pengkhianat Melayu” yang sanggup “menjual” segalanya demi menggapai impian menjadi perdana menteri. Anwar sering dituduh bertindak seumpama sesumpah, yang akan bertukar rupa mengikut tempat, keadaan dan keperluan atau kepentingan! … Ya, apa lagi istilah “jelik dan jijik” dan “sumpah-saranah” yang belum dihadapkan kepada Anwar?

BN memang diselamatkan oleh pengundi Melayu pada 2008. Sebahagian besar masyarakat bukan Melayu melakukan menggunakan sepenuhnya peti undi demi “mengajar BN”. Perancang kempen BN mungkin menjangkakan, walaupun pelbagai “pembaharuan” cuba dilakukan Najib Razak untuk menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu, namun keberhasilannya cukup-cukup diragui. Jadi, BN tidak mahu terlepas daripada terus mendakap undi orang Melayu, dengan formula mudah, iaitu dengan terus menonjolkan imej sebagai “juara Melayu”.

Jalan singkat adalah dengan mempamerkan situasi seolah-olah kepentingan orang Melayu begitu terancam dan tergugat. Melayu yang masih ketinggalan jauh (walaupun selepas diperintah BN lebih 50 tahun) digambarkan dalam kedudukan kritikal di negara sendiri. Sudahlah lemah, parti-parti politik di luar BN, khususnya DAP dan KeADILan, didakwa tidak pernah menjunjung hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melayu. Malah, parti-parti berkenaan ditohmah tidak mendokong peruntukan Perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan seumpamanya. PAS pula dilabelkan sebagai parti pak turut yang begitu lemah sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh KeADILan dan DAP.

Ditinjau kempen Umno-BN selama ini, apa yang berlaku itu sudah dapat diduga. Tengku Razaleigh Hamzah, semasa mengetuai Team B menentang Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan Umno, April 1987 dan ketika bersama PAS (membentuk Angkatan Perpaduan Ummah) dalam pilihan raya umum 1990, juga tidak terlepas daripada dilabelkan tuduhan hampir sama. Umno menyedari bahawa majoriti orang Melayu – yang masih ketinggalan dalam banyak bidang kehidupan di bawah pemerintahannya sejak merdeka – mudah dicuit emosi hanya dengan “menggilap” kembali pertuduhan palsu berkaitan isu perkauman.

Istilah ketuanan Melayu cuba dikaitkan dengan beberapa peruntukan yang terjamin dalam Perlembagaan seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Sebarang kritikan terhadap “konsep yang begitu dipolitikkan itu” akan dianggap sebagai suatu gerakan terancang untuk mengkhianati orang Melayu.

Keadaan serupa juga timbul apabila perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikritik. Walhal yang dipertikai adalah tipu-helah elit Umno untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya atas nama Melayu, sedangkan majoriti bangsa sendiri terus dihimpit kemiskinan dan kemelaratan. Apa kena mengena DEB dengan penganugerahan projek kerajaan yang begitu tinggi bidaannya kepada taukeh Melayu berbanding nilai lebih rendah yang ditawarkan pengusaha Cina misalnya? Mengapa khazanah negara mesti dibazirkan hanya untuk memuaskan nafsu serakah kontraktor Melayu kroni penguasa, yang kemudiannya sekadar menyumbangkan sedikit dana politik untuk kempen BN?

Tembelang pemimpin Umno terdedah semasa kempen mereka untuk meminda Perkara 181 Perlembagaan berkaitan imuniti Raja-Raja Melayu. Habis ditelanjang dan diganyangnya “perilaku negatif” sultan tertentu. Timbul pendedahan secara meluas di dada-dada akhbar tentang istana besar, kawasan balak dan gaya hidup mewah mereka. Benar, raja-raja juga tidak terlepas daripada kelemahan dan kesilapan, dan sesiapa pun tidak perlu mempertahankan gaya hidup orang istana yang melampaui batas. Soalnya, apakah kaedah yang dipilih Dr Mahathir Mohamad ketika itu merupakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan konflik?

Ku Li, dalam ucapannya sebagai Presiden Semangat 46, di Kota Bharu, pada 3 Januari 1993 mengulas hal ini: “Istana, kawasan balak dan kontrak diberikan oleh pemimpin Umno. … Raja-Raja disuap dengan kemewahan supaya mereka lemah dan boleh diheret ke mana-mana. Raja yang lemah boleh diperas ugut bagi menyokong tindakan mereka pula.

Kita ingin tanya, sultan diberi 40 ribu hektar kawasan balak keran ia sultan, tetapi bagaimana pula kisah seorang Cina diberikan 1.5 juta hektar kawasan balak? Bagaimana pula dengan pulau, seperti Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Layang-Layang, atau pun bukit, seperti Bukit Bendera, Bukit Kiara dan Bukit Jalil yang diberikan kepada orang tertentu yang tiada kena mengena dengan sultan? Tanyalah kepada pemimpin Umno sendiri, siapakah yang memonopoli hartanah di Selangor dan Wilayah Persekutuan? Pulau-pulau, bukit-bukit dan hartanah ini jauh lebihj besar dan bernilai daripada istana-istana Sultan.”

Ironinya, apabila Umno terdesak dan hampir kelemasan, terutama selepas menyedari rakyat mula menolaknya, maka antara yang mahu dipautnya adalah Raja-Raja Melayu. Pakatan Rakyat digambarkan seolah-olah bertindak tanpa adab mengetepikan prinsip-prinsip asas dalam Perlembagaan, termasuk merendah-rendahkan institusi Raja-Raja Melayu. Imiginasi pemimpin Umno dan media di bawah kongkongannya sungguh dahsyat sekali! Benda yang tidak wujud sengaja diada-adakan semata-mata untuk menghasut rakyat, terutama orang Melayu, untuk menolak Pakatan.

Apa pun, saya masih teringat penegasan Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno 2010: “Hak orang Melayu dilindungi sepenuhnya serta ‘terkunci kemas’ dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat … seandainya mempunyai dua pertiga dalam Parlimen pun, ia tidak akan mampu mengubah setitik apa pun jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan Raja-Raja Melayu.”

Jadi, apa yang perlu pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sibuk-sibuk sangat mengeksploitasi isu ketuanan Melayu ini, kan?


Pasaraya Dalam Paya Di Kijal: Mengapa Gopoh?

Posted: 15 Dec 2010 03:00 AM PST

Oleh : Ustnik

“Mereka yang melalui bypass Teluk Kalong-Kijal akan merasa sangat tidak selesa dengan jalan yang bumping. Sudah beberapa kali jalan dibaiki. Teknologi apa yang dipakai di bawah jalan merentasi paya itu hingga bumping demikian? Pandangan mata tertoleh pula pada pasaraya 'gergasi' yang akan dibuka 16 Dis 2010. Terpampang besar tanda itu. Tiada perkataan insyaAllah, tetapi seakan-akan satu kepastian bahawa ia akan tetap dibuka 16 Dis 2010 ini.

5 gelombang banjir yang dikatakan akan melanda Terengganu masih belum kelihatan. Hujan hanya renyai-renyai sahaja setakat ini. Namun air sungai di tengah paya di tepi pasaraya yang sedang hebat disiapkan itu kelihatannya sudah penuh. Tanah di Paya Lasir, bandar baharu Kijal lebih rendah dari jalan. Risiko untuk banjir sedalam mana belum teruji. Yang penting, pasaraya itu mesti dibuka 16 Dis ini.

Dengar ceritanya CF dikeluarkan secepat mungkin, kalau tidak peniaga tak mahu berniaga di situ, benar demikian? Jalan utama di tepi pasaraya ditambak di kiri dan kanan paya, tapi masih tidak sempurna. Lampu tiada. Garisan putih tengah tiada. Kalau berjalan malam, mungkin membahayakan. Tepi jalan terus ada gaung. Kalau ada kereta terbabas, ertinya terjun gaung, bukan masuk pasaraya.

Cara pembinaan pasaraya nampaknya gopoh dan gelojoh, macam sudah tidak ada hari esok. (Esok untuk siapa?) Apa cara sekalipun, pasaraya mesti dibuka 16 Dis ni. Faham? 16 Dis. Apa ada 16 Dis? WallahuA'lam.

Kalau nak kata tak ada pasaraya besar, tak jauh dari situ ada MesraMall. Orang Kerteh, Kemasik, Kijal boleh saja pergi ke situ kalau mahu. Tapi cara menyiapkan pasaraya di bandar baharu Kijal ini nampaknya seperti orang Kijal tak ada kedai langsung untuk membeli-belah. Kalau dengan maksud menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan, tidak salah, tapi biarlah beransur-ansur. Jangan sampai membahayakan pemandu di jalan utama. Jalan susur masuk ke situ pun dibina macam lebihkurang je.

Saya hanya memerhati dari dalam kereta setiap kali melalui jalan itu tetapi apa yang berlaku sebenarnya di sebalik pembinaan pasaraya dan bandar baharu Kijal itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tidak menolak pembangunan dan projek yang menguntungkan rakyat. Namun, saya masih tidak lupa dengan 'air-filter' besar di persimpangan Balai Bomba Kemaman yang nilainya RM4 juta (?) yang sehingga sekarang rosak tak berfungsi.


Nizar lancar buku krisis politik di Perak

Posted: 15 Dec 2010 12:00 AM PST

Oleh : Hazlan Zakaria

Loyarburokking to Remember, Review & Reclaim, 12.12.10Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.

Buku yang bertajuk ‘Perak: A State of Crisis’ merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut.

Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.

Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik dan para aktivis.

Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut.