WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- ALAHAIII....RAJA KATAK BILA DIA DAH KEMBALI SIHAT...
- PELIK TAPI BENAR BERKAITAN SYABAS
- SPR TERDESAK SANGATKAH?
- ANWAR JAMIN AKAN STABILKAN PKR
- MASIH PERCAYA PADA JANJI BN LAGIKAH?
- TUNTUTAN KE ATAS P.PINANG ADA MOTIF POLITIK?
ALAHAIII....RAJA KATAK BILA DIA DAH KEMBALI SIHAT... Posted: 09 Dec 2010 11:00 PM PST Berahim Ali opportunis Oleh: ning "Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,.. Membaca satu berita di Utusan Online mengenai komen Berahim si katak Ali tentang kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh TGNA berkaitan perlantikan LKS sebagai TPM yang dijanjikan oleh DSAI, membuatkan ana tertawa sendirian kerana Berahim si katak Ali sudah lupa diri dan lupa siapa yang menyelamatkan dia dari tenggelam dari persada politik tanah air. Komen yang dimanupulasi ini sebenarnya kebudak budakan kerana menuduh TGNA sebagai keliru dan wajar diganti atau boleh juga dikatakan bebal kerana masih lagi mahukan melayu diutamakan lebih dari ISLAM. Berahim si katak Ali ternyata menzahirkan dirinya sebagai seorang opportunis yang tidak langsung kisah dengan kelembutan bangsa melayu yang terkenal kerana sentiasa mengenang budi orang yang menolong. Berahim si katak Ali kalau diambil pengajaran dari apa yang pernah dinyatakan oleh Syiekh Yusof Qardawi boleh dipanggil "BERUK" yang hanya merosakkan perjuangan menegakkan semula carahidup Islam.Berahim si katak Ali sebiji berada dalam kelompok orang orang yang disebut oleh Syeikh Yusof Qardawi yang sentiasa aktif melihat persekitaran dan mengambil peluang untuk berada di tempat yang difikirkan selesa untuk dirinya atas perkiraan kepentingan peribadi serta sanggup pula membelakangkan panduan agama.Sebab itu dulu ketika dia di tendang keluar dari UMNO, apa yang dibuatnya ialah mendekati TGNA dan PAS sehingga dengan ehsan TGNA dan PAS dia diberi laluan untuk menjadi MP Pasir Mas, Namun selepas itu, sesudah melihat dirinya selamat dia melompat dan dengan sombong serta sikap kacang lupakan kulit, dia menyerang TGNA. Kini Berahim si katak Ali semakin lupa siapa berkuasa sebenarnya.Si katak juga lupa yang PRU bakal berlangsung tidak lama lagi serta lupa apakah nasib dia di PRU akan datang.Berupayakan dia untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai MP sehingga dengan biadap sekali menyatakan TGNA kurang berkeupayaan dan perlu diganti? Ana percaya yang kurang berkeupayaan dan perlu diganti ialah Berahim si katak Ali serta selepas itu, biarkan dia dengan PERKASAnya.Inilah cara terbaik melayan seorang opportunis seperti Berahim si katak Ali./Tranungkite | |||
PELIK TAPI BENAR BERKAITAN SYABAS Posted: 09 Dec 2010 09:00 PM PST PELIK tapi benar. Setelah ditekan dan diasak oleh Kerajaan Negeri, tiba-tiba saja Syabas melaksanakan 'Tabung Budi' kononnya untuk menolong rakyat yang susah. Sebelum ini Syabas selalu mengadakan operasi pemotongan air tapi kali ini tiba-tiba saja jadi prihatin. Yang lebih musykil lagi mungkin ada 'tangan ghaib' di belakangnya. Kerja mereka ini tidak lebih hanya untuk memperlekehkan segala kebajikan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Teruskan 'usaha Murni' anda itu kerana saya percaya rakyat Selangor sudah semakin bijak sekarang. -SCHUMACHER /Sinar Edisi Selangor | |||
Posted: 09 Dec 2010 07:00 PM PST SPR semakin terdesak KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin terdesak apabila menyarankan supaya sistem undi pos diperkenalkan kepada golongan profesional terdiri dalam kalangan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, sistem undi pos yang disarankan itu hanya mempergunakan golongan profesional bagi kepentingan peribadi. "Sistem ini hanya mahu memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta memperbodohkan golongan profesional. "Sebenarnya sistem ini tidak perlu kerana ia tidak telus dan adil selain berpihak kepada satu pihak sahaja," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, alasan golongan profesional seperti yang disebutkan itu sibuk dan tidak berkesempatan keluar mengundi adalah tidak logik. "Alasan golongan profesional tidak mempunyai masa keluar mengundi adalah tidak munasabah dan ia tidak pernah dipraktikkan di mana-mana negara sebelum ini. "Tidak mustahillah UMNO dan BN banyak menang ketika pilihan raya disebabkan undi pos, undi Felda dan undi penduduk di kawasan pedalaman sebagaimana yang kita saksikan di Galas, Kelantan," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, sebelum ini sistem itu telah diperluaskan kepada orang awam yang tidak berkenaan.: "Isteri tentera dan polis pun pernah diperkenalkan menggunakan sistem ini bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Ini tidak adil, tidak wajar dan kita tidak boleh terus diperbodohkan dengan sistem ini," katanya. Terdahulu, SPR menyarankan sistem undi pos diperluaskan kepada golongan profesional seperti doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai tambahan kepada sistem sedia ada./Sinar | |||
ANWAR JAMIN AKAN STABILKAN PKR Posted: 09 Dec 2010 05:00 PM PST
| |||
MASIH PERCAYA PADA JANJI BN LAGIKAH? Posted: 09 Dec 2010 09:27 AM PST Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh. Menurut Harkahdaily, Nuridah dilaporkan sebagai berkata BN hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Katanya, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Janji palsu? "Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan. Malangnya, menurut Nuridah, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Pentingkan diri sendiri "Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka itu," kata Nuridah ketika dihubungi. Katanya, kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat.
Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang bercuti di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja. "Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela," katanya lagi./Malaysiakini | |||
TUNTUTAN KE ATAS P.PINANG ADA MOTIF POLITIK? Posted: 09 Dec 2010 12:00 AM PST Mujahid curiga isu tuntutan P Pinang GEORGETOWN - Seorang pemimpin Pas curiga isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang sengaja dibangkitkan semula pihak tertentu yang bermotif politik, terutama kerana kedua-dua negeri kini diperintah Pakatan Rakyat (PR). Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu tuntutan itu sebenarnya bukan perkara baru, malah telah beberapa kali berkumandang sejak beberapa dekad lalu. "Lagipun, semua orang pun tahu Pulau Pinang selama ini bayar 'sewa' kepada Kedah. Namun kali ini saya khuatir, ia ditimbulkan semula atas sebab politik, bukan dari sudut akademik yang mengambil kira perundangan dan fakta," katanya. Dr Mujahid berkata, status Pulau Pinang sebagai salah satu negeri dalam Persekutuan Malaysia sejak merdeka telah diketahui dan diterima umum termasuk dalam urusan pentadbiran dan jika benar, Kedah ingin menuntut semula Pulau Pinang, banyak perkara yang akan berubah. "Soal sempadan, peta, pengagihan pentadbiran dan pelaburan, banyak sebenarnya isu rumit yang terlibat jika tuntutan ini diteruskan," katanya. Menurut Dr Mujahid, beliau melihat beberapa perkara yang mungkin jadi penyebab mengapa isu itu ditimbulkan semula. "Pulau Pinang sekarang menjadi sangat maju di bawah pentadbiran PR. Salah satu kejayaannya ialah pengiktirafan sebagai hab pelaburan yang paling menarik," katanya. Menurutnya, banyak masalah yang akan berlaku jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah yang bukan sahaja melibatkan isu dalam negara, malahan juga dengan pihak luar. "Fokus pelabur asing akan turut terganggu dan ini akan merugikan kita semua," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta supaya status quo dikekalkan. Ditanya mengenai tuntutan Kedah supaya pajakan Pulau Pinang dinaikkan daripada RM10,000 setahun kepada RM10 juta setahun, Dr Mujahid berkata, itu terpulang kepada kecekapan kedua-dua pemimpin iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. "Ia lebih kepada perbincangan antara Kerajaan Pulau Pinang dan Kedah dan saya serahkan kepada keputusan oleh kedua-dua pemimpin yang memimpin Kedah dan Pulau Pinang," katanya. Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan isu berikutan ia perkara lama yang dibangkitkan semula. "Bagi saya, ia bukan satu isu kerana dari dulu lagi perkara ini sudah dibangkitkan dan ia akan terus dibangkitkan. Ia tidak mudah sebenarnya," katanya./Sinar |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |