Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 1)

Posted: 06 Dec 2010 10:05 PM PST

1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

4. Dokumen berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

5. Setelah tiga hari peralihan kuasa Kerajaan Negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilaporkan telah dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

6. Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13hb. Mac, 2008 bagaimanapun berjaya dihalang oleh Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang kerana mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar Kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar Negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

7. Pembohongan tentang Konsultansi Juru-audit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juru-auditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28hb. April, 2008, Juru-audit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi Bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31hb. Disember, 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juru-audit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31hb. Disember, 2007 kepada anggota-anggotanya.

8. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan iaitu Meram Holdings.

9. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Sub-kontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

10. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) ada dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

"Toyol" kumpul RM750 ribu dalam masa 3 jam saja ... hebat toyol ni

Posted: 06 Dec 2010 07:47 PM PST

MS ; Macam dia dah tahu yang dia tak akan di sabitkan kesalahan ... ni la yang untung nya jadi orang Umnojadah ni ...

Khir Toyo: Bicara segera, saya mahu bersihkan nama saya

SHAH ALAM– Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang berhadapan dengan tuduhan pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini menegaskan, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan menyerahkan kepada sistem perundangan untuk membersihkan namanya.

"Pada saya, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Biar sistem (perundangan) membersihkan nama saya, saya seorang yang percaya pada (sistem)," kata beliau (gambar) kepada pemberita kira-kira 3:15 petang ini selepas membayar wang jamin RM750,000.

"Pertamanya, saya rasakan tindakan (tuduhan) ini ialah perkara yang akan bersihkan nama saya.

"Saya mempunyai keyakinan yang tinggi kepada sistem perundangan negara. Saya yakin kes ini akan dibicarakan dengan segera, dan saya dapat bersihkan nama saya," kata beliau.

Kata Dr Khir, sekurang-kurangnya dengan tuduhan hari ini adalah jelas bahawa rumahnya tidak berminat RM24 juta sebagaimana didakwa oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

"Saya gembira kerana sekurang-kurangnya mereka membersihkan nama saya.

"Saya fikir orang ramai tahun bahawa rumah saya bukan (menelan kos) RM24 juta," kata Ketua Pembangkang DUN Selangor ini.

"Saya membeli rumah ini berdasarkan kesediaan pembeli dan kesediaan penjual. Pembeli pertama rumah ini membeli rumah ini daripada pembeli terdahulu pada harga RM6.5 juta dan dia menjual kepada saya pada harga RM3.5 juta dan ia dilakukan mengikut undang-undang," tegas beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau menganggap waktu tuduhan ini dikenakan ketika wujud spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan, Dr Khir berkata:

"Saya tidak tahu. Sebagai ahli politik saya mungkin berfikiran begitu, tetapi biar sistem kehakiman membersihkan nama saya terlebih dahulu."

Kata beliau, keluarganya terpaksa meminjam wang untuk mengumpulkan wang jamin RM750,000.

"Kita terpaksa mengumpulkan kesemua dana, meminjam daripada orang lain. Apa nak buat?

"Itu sebabnya mengapa mengambil dua hingga tiga jam (untuk mengumpulkan wang jamin)," kata beliau.

Dr Khir juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada mengesyaki adanya agenda politik ekoran tuduhan yang dikenakan hari ini.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula berkata pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendakwa kerana perlu menjalankan siasatan mendalam dan terperinci.

"Selepas membeli sebuah rumah dengan harga lebih murah, ia tidak terus menjadi satu kesalahan," kata Gani.

Katanya, jika tidak setiap orang yang membeli barang-barang jualan akan secara automatik melakukan kesalahan.

"Anda harus kembali kepada asasnya (kes), bagaimana hal itu dijalankan, (mendapatkan) saksi; rakaman laporan saksi; supaya segalanya jelas ... terutama ini sudah lama berlaku... kita tidak boleh menjalankan siasatan yang tidak rapi."

Gani juga memberitahu bahawa pihak pendakwa akan memanggil sekurang-kurangnya 16 orang saksi.

Kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dr Khir, 45, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Wakil rakyat itu didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dr Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 - TMI
MS: "toyol' kalau di kampong akan dikaitkan dengan makhluk halus yang suka mencuri duit , .... itu fahaman atau kepercayaan atok nenek kita la ... tapi rupa-rupanya dalam zaman sekarang ni pun masih ada 'toyol'. Toyol ni dapat kumpul RM750,000.00 dalam masa 3 jam ... aku pun nak bela 'toyol' lah .... hahahaaaaaaaaaaa

Kutuk Najib di Facebook (memang patut pun hahaha) Shahidan buat laporan polis ...

Posted: 06 Dec 2010 05:37 PM PST

DECEMBER, 2010: Umno Supreme Council member Datuk Seri Dr Shahidan Kassim today called for the blocking of the Facebook social networking website if its contents continue to pose a threat to national security.

He said a Facebook account holder was found to have taken advantage of the technology to insult Islam and leaders of Malaysia.

"If the website content poses a threat to national security and insults Islam, then it is unnecessary to have Facebook," he told reporters after accompanying Perlis Facebook Association committee members to lodge a report at the Kangar police station on the insults hurled at Prime Minister Seri Najib Tun Razak and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad on a Facebook account.

The report was lodged by the association's deputy president, Mohd Faizuddin Ismail, at about 5.30 pm.

Shahidan said a report would also be lodged at the State Islamic Religious Department as the holder of the Facebook account had also insulted Islam, and added that the insults hurled at Najib and Mahathir were discovered by a member of the association on Nov 29.

Shahidan, who is Tambun Tulang assemblyman, said the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), the Malaysian Islamic Development Department and the National Fatwa Council should act against the holder of the Facebook account.

-- Bernama
MS: Dey pak Dan, hangpa buka facebook harus menerima hakikat benda-benda buruk macam ni akan terjadi. Jangan dok harap orang nak bodek nak kipas saja. Orang dah tak suka Najib tu. Hangpa ye la, TERPAKSA suka pada tok ketua hangpa tu, sebab ada udang sebalik mee. Harap projek la, nak jaga periuk nasi la sampaikan sanggup cium tangan Najib. kahkahkah ...
Ingat, rakyat tak suka Najib ada sebab. Hangpa naikkan harga barang, harga minyak, kononnya nak selaras subsidi ... subsidi kepala bapak hangpa? Kenapa tak tarik juga subsidi IPP? Sebab IPP dikuasai oleh kroni ... bukan macam tu?
Pak Dan, jangan marah kalau orang kutuk Perdana Menteri. Orang kutuk sebab hangpa buat tak kena. Hangpa yang duk utamakan temolok sendiri terpaksa lah terima apa yang PM buat, tapi rakyat yang akan tanggung akibatnya.
Jangan lah dalam kepala hotak hangpa tu duk cari jalan nak nyusahkan rakyat dan nak kayakan diri sendiri ... tak baik pak dan perangai macam haramjadah tu ...

Boleh percaya ke kenyataan menteri ni?

Posted: 06 Dec 2010 06:07 AM PST

Tiada kenaikan harga untuk minyak masak, beras dan tepung buat masa ini ... Hangpa boleh percaya ker kenyataan ni?
Aku tak percaya la, ... nanti bila nak penaik harga saja, macam-macam alasan depa bagi.
Hangpa ingat depa penah fikir pada rakyat ker? Depa tak penah pun... Penaik minyak, gas, gula ... potong subsidi alasannya ... yang subsidi IPP kenapa depa buat tak tau saja? Apakah kerana IPP tu kroni-kroni punya?

Aku tak faham pasai apa ada lagi rakyat yang nak sokong kerajaan haramjadah ni .. BN = Barang Naik

Ismail Sabri: No Price Hike for Rice, Cooking Oil, Wheat Flour for Time Being

KUALA LUMPUR, 6 DECEMBER, 2010: The prices of rice, cooking oil and wheat flour will remain the same for the time being, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob said today.

The government still retained its subsidy on these essential items, he added.

"As of now, there has been no discussion on raising the prices of rice, cooking oil and wheat flour. But we cannot say that there will be no increase. It is not a guarantee.

"Everything will depend on the situation because the government is having to bear the high cost, especially, of wheat which the country imports," he told reporters after presenting fair price shop awards 2010, here.

On the recent price rationalization for petrol, diesel, LPG and sugar, Ismail Sabri said a series of discussions would be held with NGOs and associations to check any unreasonable price hikes of other goods.

"These discussions will be held as soon as possible to prevent any drastic price increases which can burden consumers," he said.

At the event, 441 outlets in 20 categories were selected to be recognized as fair price shops, covering among others leather goods, shoes, bags, electrical and electronic goods, handicraft and antiques, batik, songket, cameras and watches.

The Ukhuwah Rakyat 1Malaysia Restaurant received a special fair price shop award for offering food at RM1.

Ismail Sabri said the awards and recognition could be withdrawn if the outlets failed to maintain their fair price shop status.

- Bernama


kalam Perantau

0
sumber :-

kalam Perantau


‘Istana Dr Khir Toyo’ : Khir dihadap ke mahkamah

Posted: 06 Dec 2010 10:00 PM PST

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 6 Dis. – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, tiga tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni, 52.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Shamsuddin turut didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan terhadap Shamsuddin yang juga mengaku tidak bersalah, dibuat mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan memohon agar kedua-duanya diikat jamin tidak kurang RM1 juta dengan alasan kesalahan dilakukan adalah serius dan melibatkan jumlah wang yang amat besar.

Katanya, tertuduh yang merupakan seorang wakil rakyat dan memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri sepatutnya lebih arif tentang undang-undang.

Beliau turut memohon kedua-dua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini serta dibicara bersama kerana ia melibatkan transaksi yang sama.

Sementara peguam yang mewakili Mohamad Khir, M. Athimulan memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dengan alasan jumlah yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Beliau berhujah, jumlah jaminan hanya untuk memastikan kehadiran dan bukan menghukum selain pertuduhan dihadapi kedua-dua tertuduh hanyalah melibatkan kes saman.

Abdul Gani bagaimanapun membalas hujah bahawa pertuduhan itu bukan lagi kes saman kerana ia merupakan satu kesalahan yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Ia satu kesalahan yang serius serta menarik perhatian masyarakat umum. Kedua-dua tertuduh telah diberi hak masing-masing semasa siasatan dan siasatan telah dilakukan dengan adil.

“Saya tidak menafikan jaminan untuk pastikan kehadiran dan saya tidak kaitkan jaminan dengan berat kesalahan, malah ia satu isu yang berbeza. Satu jaminan yang sesuai diperlukan bagi memberikan keyakinan kepada sistem perundangan keseluruhan,” jelasnya.

Pendakwaan turut diwakili Ketua Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Dzulkifli Ahmad; dan Timbalan Pendakwa Raya, C. Vignes Kumar.

Sementara Mohamad Khir turut diwakili oleh peguam Afifuddin Mohd. Hafifi.

Azhaniz kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dibebaskan secara ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan kes itu dipindah dan dibicara di Mahkamah Tinggi di sini.

Tarikh sebutan di Mahkamah Tinggi akan ditentukan kemudian.

Mohamad Khir yang merupakan Menteri Besar Selangor ke-13 dan menjawat jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9 pagi ini.

Beliau dan Shamsuddin dibawa ke mahkamah pada pukul 11.25 pagi selepas dikatakan disoal siasat di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Kes pembelian hartanah itu menarik perhatian umum serta mula disiasat SPRM ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Mohamad Khir menafikan dakwaan tersebut dan memfailkan saman fitnah terhadap Suee Lim yang kini di peringkat pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Diterbit Siasah Online bertarikh 6hb julai 2009

Istana Dr Khir Toyo bernilai RM24 juta

SHAH ALAM : Adun DAP dari Sekincan, Ng See Lim, mendedahkan hari ini, istana umpama resort di Jalan Suasa 7/1L dekat sini adalah milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Beliau mendedahkan, istana Khir itu dibina diatas tanah seluas lebih 50,000 kaki persegi atau 1.17 ekar.

Beliau mempunyai dokumen dari Jabatan Tanah Negeri yang menunjukkan Khir membeli lot seluas 31,794 kaki persegi dengan harga RM2.9 juta manakala lot satu lagi bersais 20,427 kaki persegi dengan harga RM900,000.

Dia juga mendakwa, istana dalam pagar tinggi itu dibina dengan kos melebihi RM20 juta.

“Saya ingin mendapat penjelasan Dr Khir, yang mana adalah seorang doktor gigi sebelum menjadi MB selama lapan tahun, dari mana beliau dapat wang sebanyak sekurang-kurangnya RM24 juta itu,” kata Ng See Lim dalam kenyataannya


Tok Guru Nik Aziz : Hijrah demi tegak ketuanan Islam

Posted: 06 Dec 2010 07:53 PM PST

Firman Allah SWT, maksudnya: "Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.."  (Surah an-Nahl 16: 41-42)

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.

Firman Allah SWT, maksudnya: "Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusoff 12:111)

Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam sebenar yang mengambil kira soal dosa dan pahala. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semua aktiviti hidup kita agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT. Insya-Allah, jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, maka kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan ke arah masyarakat yang aman dan sejahtera.

Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

* KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN *

Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.
1 Muharam 1432H / 7 Disember 2010M



WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA `KASSIM PATOLAN' DI DALAM UMNO?

Posted: 06 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

`PENASIHAT 20 Persen' ala `Kassim Patolan' di dalam cerita `Tiga Abdul' arahan Allahyarham P.Ramlee boleh diberi kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Beliau telah menyarankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai ketuanan Melayu semasa Kongres Nasional PKR baru-baru ini.

Sepatutnya sebagai Peguam yang kununnya hebat, beliau mesti berani mencabar PKR untuk berdebat atau berhujah di dalam isu tersebut. Beliau tidak harus menunggu pemimpin Umno yang mahu berdebat dengan pemimpin PKR, PAS atau DAP di dalam isu tersebut kerana beliau bukan tidak tahu mana ada pemimpin Umno yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk berdebat dengan Pembangkang? Selaku `Penasihat 20 Persen', beliau harus tampil untuk menjadi wakil kepada `tuan'nya yang penikus itu.

Mengapa harus menggunakan Akta ISA yang zalim itu untuk mempamirkan kehebatan Umno? Berani kerana benar, takut kerana salah'. Mengapa perlu takut untuk berhujah jika kamu merasakan kamu benar? Akta ISA tidak pernah dapat membuktikan kebenaran kerana yang benar tidak boleh dihapuskan dengan undang-undang zalim itu. Bahkan, jika undang-undang zalim itu digunakan maka bertambah terserlah akan kebenaran.

Memenjarakan DS Wan Azizah, Kit Siang mahu pun Hj Hadi di bawah Akta ISA tidak akan mampu menonjolkan kebenaran Umno dan keburukan pemimpin PR. Kebenaran perlu dicari melalui hujah, jika Umno ada keberanian. Saya percaya tidak akan ada pemimpin Umno yang berani berhujah kerana mereka sememngnya tiada hujah selain dari menggunakan senjata yang berkurun lamanya iaitu Akta ISA./wfauzdin.blogspot.com

MELAYU TIDAK LAGI BOLEH BERGANTUNG DENGAN UMNO

Posted: 06 Dec 2010 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BANGSA, keturunan, suku atau kaum adalah ciptaan Allah kepada manusia dan ianya wajib disyukuri. Tiada salahnya kita berbangga dengan bangsa Melayu kita, dan amat baik jika kita sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan maruah dan martabat bangsa kita. Seperti kata Justify FullPresiden PAS, berbangga menjadi bangsa Melayu tidak salah, tetapi menjadikan perjuangan untuk Melayu itu sebagai satu idealogi itu yang salah.

Umno adalah parti berasaskan nasionalis atau bersifat kebangsaan. Walaupun parti tersebut dinamakan sebagai `UMNO' iaitu singkatan dari bahasa penjajah (United Malay National Organisation), namun parti ini mengaku kununnya sebagai wadah perjuangan bagi orang-orang Melayu di negara ini. Lebih 5o tahun, Umno tidak menampakkan kesan yang besar untuk meningkatkan martabat Melayu malahan orang-orang Melayu semakin lama semakin seksa hidup di bawah Umno.

Bukan sahaja kaum Melayu, bahkan negeri-negeri Melayu juga terpinggir di bawah Umno. Lihat sahaja negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Umno yang berkuasa di peringkat Pusat sanggup meminggirkan negeri-negeri ini. Alhamdulillah, apabila PAS berjaya menawan Kedah dan mengekalkan Kelantan, maka PAS sebagai parti yang berjuang atas dasar Islam yang melangkau kaum ternyata berjaya membela nasib orang-orang Melayu di negeri tersebut. Ini bermakna memilih PAS secara tidak langsung bangsa Melayu juga akan terselamat. Memilih PAS, bermakna semua kaum dan agama diberi keadilan yang sewajarnya.

Justeru itu, Umno amat terdesak sekarang kerana mereka melihat PAS hampir berjaya mengambil alih peranan mereka. Umno bimbang jika PKR mampu menawan semua kaum, DAP berjaya mendapat sokongan kaum Cina dan PAS pula beroleh sokongan dari kaum Melayu, maka apa yang tinggal lagi untuk Umno? Masakan Umno mahu bertukar menjadi parti kepunyaan kaum Asli walaupun parti ini menang di Galas kerana kekuatan kaum tersebut di Gua Musang?

Tidak hairanlah Umno sejak kebelakangan ini secara membabi buta menyerang PR dengan mengutip apa jua isu hatta isu agama walaupun Umno teramat jahil jika bercakap di dalam isu agama ini. Pemimpin Umno sekarang sudah kehabisan modal untuk mempamirkan kehebatan parti mereka. Umno masih teraba-teraba untuk mencari di mana letaknya kelemahan PR samada PAS, PKR atau pun DAP. Maka, mereka mencipta berbagai dakyah untuk memburukkan PR dengan menggunakan media kawalan mereka.

Saat kehancuran Umno telah bermula. Pemimpin mereka sudah tidak berdaya lagi untuk memperbaiki negara ini dari berbagai kerosakan. Pelaburan tidak sehebat dulu, ekonomi hancur lebur, pendapatan negara merosot teruk sehingga pemimpin Umno yang ingin menjadi `tuan' di dalam ketuanan Melayu ini tepaksa mengorbankan rakyat dengan kenaikan harga barang. Inilah yang dikatakan `Melayu makan Melayu'. Benarkah anda menjadi `tuan' sekarang?/wfauzdin.blogspot.com

BERAHIM ALI AJAR SEJARAH, TAPI DIA LUPA SEJARAH DIRINYA

Posted: 06 Dec 2010 07:00 PM PST

Oleh: Mandor

SEBAIK saja Berahim Ali raja katak dari Pasir Mas keluar dari menerima rawatan sakit jantungnya, saya merasakan sudah pasti gaya percakapan raja katak itu berubah. Saya jangkakan Berahim akan bercakap pasal Islam. Oh, rupanya tidak. Beliau masih dengan `Melayu'nya, maklumlah Presiden Perkasa.

Beliau mengajar `sejarah' darihal ketuanan Melayu hari ini sepertimana dipetik dari Malaysiakini. Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah, katanya. Di akhirnya, beliau menyebut kaum pendatang yang bukan Melayu datang ke Tanah Melayu `tidak dialu-alukan'. Saya tidak mahu ulas tentang itu kerana saya sudah lama tahu Berahim Ali kuat temberang.

Pasal sejarah, saya setuju dengan Berahim Ali bahawa kita patut tahu sejarah dan belajar dari sejarah. Saya telah lama tahu sejarah Berahim Ali. Sejarah terbaru yang saya ingat tentangnya adalah beliau menjadi MP Pasir Mas adalah di atas tiket PAS. Sehingga kini beliau berada di kerusi berkenaan walaupun PAS sudah tidak `redha' beliau berada di situ. Sejarah Berahim `menggigit' tangan PAS yang `memberinya' makan diketahui oleh semua rakyat Kelantan.

Oleh yang demikian, jika Berahim Ali orang yang selalu belajar dari sejarah, tunggu apa lagi? Bukankah sejarah di Pasir Mas sudah cukup untuk membuatkan Berahim Ali malu menenggek di situ?/mandor.blogspot.com

ANAK TOYO DIDAKWA, SESUMPAH PALING SERONOK?

Posted: 06 Dec 2010 05:00 PM PST


Ezam dijulang setelah Khir didakwa?
Wartawan Kita

SHAH ALAM, 6 Dis: Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd Noor diletak di posisi tinggi dalam Umno Selangor dikatakan sebagai balas budi selepas beliau berjaya mengaibkan bekas ketuanya dengan pelbagai tuduhan.

Sumber Umno memberitahu, kehadiran Ezam di Perhubungan Umno Selangor direstui pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, kini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemimpin PKR terbabit.

"Ezam disebut-sebut sebagai tokoh Umno di Selangor kerana tiada tokoh lain lagi yang dipercayai Najib, lagi pun Datuk Seri Noh Omar lebih perlu diperlukan Najib di peringkat persekutuan.

"Jadi dalam projek menawan Selangor daripada Pakatan Rakyat, tugas besar diletakkan kepada Ezam kerana beliau mempunyai ramai kenalan dalam PKR," katanya di sini.

Difahamkan nama Ezam dijulang berikutan bekas Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo diseret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah atas tuduhan isu rasuah.

Hari ini, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mendapat dua lot tanah dengan cara yang meragukan.

Lot banglo itu dibeli dengan harga RM3.5 juta pada 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, sedangkan hartanah tersebut dibeli syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

Sumber Umno terbabit memberitahu kemungkinan Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Selangor dalam masa terdekat bagi membantu Noh.

"Tidak dapat dinafikan Najib akan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjelang pilhan raya nanti bagi memberi peluang kepada Noh dan Ezam merangka strategi merampas Selangor.

"Selangor cukup penting kepada BN memandangkan sumber ekonominya boleh membantu menguatkan Umno," katanya.

Sumber lain pula mendakwa Umno dan BN Selangor akan menggunakan pengundi pos bagi membolehkan projek merampas negeri terbabit benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, pengundi pos bukan lagi di kalangan anggota polis dan tentera, sebaliknya anggota Rela juga akan disenaraikan sebagai pengundi pos di Selangor.

Menurutnya, biar pun perkara itu dinafikan berkali-kali kerajaan, namun proses menyerapkan anggota Rela sebagai pengundi sedang dilakukan secara sulit.

"Perkara itu berjaya dilakukan di Terengganu pada 2004 apabila peratusan keluar mengundi begitu luar biasa sekali sehingga ada yang mencecah 95 peratus," katanya.

Penganalisis politik tempatan mendakwa usaha Noh melenyapkan karier politik Khir kini semakin menjadi kenyataan apabila kes rasuahnya dihadap ke mahkamah./Harakahdaily

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT.....

Posted: 06 Dec 2010 10:00 AM PST

SPRM dijangka Dakwa Khir Toyo, Ahli Perniagaan isu 'Istana Gaya Bali'

Sumber MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau. Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam. Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.

Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina "istana" di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta. Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta. Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam. Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007. Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir. Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini. Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Khir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi. Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Dr Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut. Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dr Khir menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.

JANGAN LEKA DENGAN ISU KHIR TOYO...

Posted: 06 Dec 2010 06:10 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Mantan MB Selangor, Khir Toyo dibawa ke mahkamah oleh SPRM berkaitan pemilikan tanah dan banglonya, seolah-olah kita ingin diberitahu betapa bersihnya kerajaan di bawah Najib. Apakah kita boleh lupa perkara yang lebih besar dari kes yang belum tentu itu penghujungnya itu? Tidak mustahil Khir Toyo nanti terlepas begitu saja, bukan tidak pernah berlaku sebelum ini dalam banyak kes yang kununnya ingin menunjukkan betapa telusnya kerajaan di bawah Umno/Bn ini.

Umpan mereka dengan menggunakan isu ketuanan Melayu, kemudiannya isu bukan Islam membaca terjemahan Al-Quran, isu TPM dari kaum Cina, dan terbaru dibawa pula cerita kisah Khir Toyo. Apakah dengan semua isu ini kita terlupa betapa kerajaan di bawah Najib sedang menindas rakyat apabila dinaikkan harga minyak petrol Ron 97, Ron 95, gula dan gas? Semasa diumumkan kenaikan harga Ron 97, Najib memberi alasan terpaksa dinaikkan kerana mengikut harga pasaran dunia.

Ada jaminan dari kerajaan sebelum ini bahawa harga Petrol terutamanya Ron 95 tidak akan dinaikkan sekurang-kurang pada tahun ini, namun menipu bukan asing bagi kerajaan di bawah Umno/Bn ini. Ron 95 tetap dinaikkan di tengah malam juga tanpa dimaklumkan lebih awal kepada rakyat. Bertambah kaya raya pengusaha stesyen minyak kerana dapat menjual minyak stok lama dengan harga baru. Begitu juga peniaga-peniaga yang dapat menjual gula dan gas stok lama dengan harga baru. Betapa cerdiknya Najib mentadbir dan menguruskan ekonomi negara ini.

Rakyat jangan terperangkap dengan isu-isu yang dibawa oleh mereka. Isu kita sekarang ialah terpaksa berdepan dengan kerajaan yang sentiasa menyusahkan kita. Tiada beza zaman Pak Lah dengan zaman Najib. Jika tahu begini, tentu lebih baik Pak Lah sahaja menjadi PM. Samada Pak Lah atau Najib, kedua-duanya mungkin orang Melayu dan mungkin dipanggil `tuan' kepada orang-orang Melayu di negara ini. Tapi, apa yang `tuan' ini buat?/wfauzdin.blogspot.com

KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PARTI HARUS AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA EXCO ATAU ADUN INI

Posted: 06 Dec 2010 01:00 AM PST

Oleh:WFAUZDIN NS

BENARKAH ada beberapa Exco dan Adun PR yang tidak hadir semasa Perhimpunan Kempen `Selamatkan Air Kita' di Masjid Negara Ahad lepas? Jika benar, dan jika mereka tiada alasan atau sebab yang kukuh, ini merupakan satu tindakan sabotaj terhadap usaha Kerajaan Negeri dan mereka bolehlah dianggap sebagai Wakil Rakyat yang tidak bertanggungjawab langsung.

Saya mohon agar Kerajaan Negeri Selangor serta pimpinan PR menyiasat perkara ini. Sekiranya mereka sengaja untuk tidak hadir tanpa alasan yang kukuh atau keuzuran, maka tibdakan tegas Justify Fullperlulah diambil samada melucutkan jawatan mereka di dalam Kerajaan Negeri atau jawatan di dalam parti. Tindakan mereka memalukan Kerajaan Negeri dan parti mereka, di mana rakyat marhaen sendiri sanggup bersusah payah untuk turun berhimpun sehingga ada yang dikasari dan ditahan, sedangkan Exco atau Adun-Adun ini boleh bersenang lenang di rumah.

Saya berharap tiada Exco atau Adun yang sengaja tidak menyertai perhimpunan itu. Mungkin ada yang tidak kelihatan kerana mempunyai tugas atau alasan yang kuat. Mungkin juga mereka terlibat sebagai orang di sebalik tabir. Kita tidak harus menuding jari sehingga pihak Kerajaan Negeri atau parti menyiasat perkara ini.

Apa pun, tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Perhimpunan semalam walaupun disekat dengan berbagai cara namun berjaya dilaksanakan dengan kekuatan mental rakyat yang bangun menentang kezaliman. /wfauzdin.blogspot.com

Siulan Apadianie

0
sumber :-

Siulan Apadianie


"Budak Sampah bagi Penyapu akan Disapu"

Posted: 06 Dec 2010 03:24 PM PST

Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti 2007 di Shah Alam

usinkata;..Samada ianya satu "suratan atau kebetulan" tidak lah dapat dipastikan..tetapi apabila disebut tentang demo air ahad lalu 5 Dis 2010..teringatkan "Syabas" yg menjadi punca segala-galanya..apabila naik sahaja nama 'Syabas"..terus kita dapat camkan ianya berkisar di negeri Selangor..dan apabila Selangor dilafazkan..hadirlah nama seseorang..mantan MB Selangor..Khir Toyo......
Selang sehari demo air dimana 50 rakyat marhaen@"pekak" ditangkap dan ramai yg cedera dipukul dan dihempuk ayaq "gatai"...Khir Toyo diseret ke mahkamah atas tuduhan mengamalkan rasuah..

Inilah yg berlaku didalam negeri Selangor yg kaya tetapi sentiasa "panasss"

Sinetron Jawa

Apa yg dijangka sudah menjadi kenyataan..jika sesiapa pembonceng TukarTiub..sudah pasti dan tahu..Sinetron Jawa iaitu Khir Toyo akan "dibogelkan" dimahkamah akan berlaku utk memastikan skrip kemenangan UBN utk berkuasa sekali lagi di Malaysia..dan 6 Dis 2010 sudah mencatat sejarah hitam buat Khir Toyo sekeluarga..
Adakah nasib Khir Toyo akan senasib dengan Perwaja Eric Chia..Video Linggam..?

Hati ini mengira jari kaki dan tangan...Khir Toyo kali ini benar2 akan dikambing hitamkan sehitam-hitamnya..nasibnya xakan sebaik Eric Chia dan Linggam..


Dia akan dilumatkan menjadi debu...peluang sebegini amat jarang sekali hadir buat UBN selepas kes Eric Chia dan Linggam...point yg paling penting dan yg perlu dingatkan..kes Khir Toyo..tidak ada kena mengena dengan Dr Mahathir..walaupun Khir Toyo seorang budak mentah yg suka mengelarkan dirinya sebagai "budak sampah" menjadi pilihan Mahathir utk menjadi bidan terjun menggantikan Abu Hasan..


Pelung sebesar ini akan dimanfaatkan oleh Najib utk menunjukan UBN benar-benar serius memukat jerung dan bukan setakat ikan bilis mahupun ikan belacak..
Sinetron UBN kali ini benar-benar di-import dari Jawa..solid..tulen..dan mmg menjadi utk meyakinkan rakyat yg sedikit keliru dengan persembahan dan tarian UBN utk memancing undi buat PRU13 nanti..






Sumpah Penyapu


Apakah Khir Toyo sudah terkena "sumpahan penyapu"?..kurang pastilah..tetapi kalau difikir-fikirkan..ada lojik juga hujah sebegitu..suatu ketika dahulu kala..anugerah penyapu pernah memalukan seseorang..dan kini sesautu yg memalukan itu sudah mengenai dirinya kembali..malah jika tersilap "kona"..."kemaluan" dikamar mahkamah nanti bagaikan punca penyakit jantung yg membawa maut buat politik Khir Toyo..

Didalam hal-hal sumpah-menyumpah dan sumpahan ini..apakat kita kembali melihat sejarah MB Selangor dari  keturunan UMNO..

Harun Idris jatuh dari kerusi MB Selangor dan mati hayat politik kerana angkara penyakit rasuah..
Abu Hassan Omar jatuh dari kerusi MB Selangor dan mati hayat politik angkara skandal seks..
Muhamad Taib pon rasanya jatuh kerana duit berjuta  ketika terbang masuk ke Australia...

Benarlah...kerusi MB Selangor penuh dengan syihir-sumpahan dan ilmu hitam..namun apa yg mengelikan hati..segalan permainan kotor utk mematikan hayat politik Khir Toyo dan kawan-kawan mantan MB Selangor yang lain..hampir pasti 100% kerja bomoh-bomoh keparat didalam UMNO sendiri.
Dan kini sumpahan istana Bali dan penyapu menyeliputi tubuh badan Khir Toyo sekeluarga..

Jujur hati ini mengaku..amat kasihan kepada Khir Toyo..beliau bakal diaibkan oleh bomoh-bomoh keparat UMNO utk menyelamatkan UBN...


Sejarah

Marilah kita sama-sama tunggu benarkah atau tidak "budak sampah disuatu ketika dahulu yg naik junjung dan telah menganugerahi penyapu akan disapu" dan hilang dlm politik Malaysia ...

Sejarah perit mantan MB Selangor sudah membuktikan...

Adakah sejarah akan berulang..

Kami Sokong Tokguru

0
sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Politik Pembangkang Menurut Islam(Siri 1)

Posted: 06 Dec 2010 05:22 PM PST

Politik merupakan satu perkataan yang merujuk kepada polisi pentadbiran dan pengurusan. Dalam konteks sebuah negara ia merupakan teknik dan kaedah pentadbiran dan pengurusan urusan kenegaraan. Politik pentadbiran negara merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana seorang Muslim terikat dengan hukum hakam dan peraturan Ilahi dalam mengurus dan mentadbir sesuatu apatah lagi sebuah negara yang akan melibatkan pengurusan kehidupan manusia di dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sosial dan ekonomi.

Konsep ini sesuai dengan keadaan manusia sebagai "khalifah" di muka bumi Allah. Persoalan "khilafah" ini merupakan matlamat penciptaan manusia di bumi yang telah ditegaskan oleh Allah kepada para Malaikat sebelum manusia pertama dicipta. Firman Allah bermaksud : "Dan ingatlah peristiwa tatkala mana Tuhan kamu berfirman kepada para Malaikat : Aku pasti meletakkan di muka bumi ini "khalifah". Para Malaikat lantas bertanya(hikmahnya): Adakah kamu akan jadikan di muka bumi ini orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah? Sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji kamu dan mensucikan kamu? Allah berfirman: Aku tahu sesuatu yang kamu tidak tahu". Al Baqarah : 30.

Imam Tobari menghuraikan maksud "khalifah" berasaskan riwayat yang disebut oleh Ibnu Mas`ud dan Ibnu `Abbas dengan makna "wakil' dariKu untuk mewakiliKu dalam memerintah antara makhlukKu. ( tafsir Tobari juz 1, ms 237 ). Persoalan yang timbul adakah manusia bebas untuk memerintah bumi menurut perkiraan nafsu dan akalnya yang cetek? Jawapannya : Tidak! Malah manusia terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana dia sendiri adalah "wakil" kepada Allah. Bolehkah seorang wakil menyalahi peraturan orang yang diwakilinya? Justeru konsep politik islam menuntut keterikatan manusia dengan hukum hakam Allah dalam mengurus dan mentadbir muka bumi ini.

Ayat di atas menjadi dalil utama para ulama untuk menegaskan kewajipan melantik seorang pemerintah yang akan ditaati untuk menjadi tempat kesepaduan suara dan melaksanakan hukum hakam pemerintahan( Tafsir Qurtubi juz 1, ms 251). Hukum kewajipan melantik pemerintah atau kerajaan ini tidak menjadi khilaf di kalangan ulama. Pemerintah ini diperlukan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan makhluk dan melaksanakan peraturan Allah ke atas makhluknya. Justeru itulah Allah menegaskan kewajipan taat kepada para pemerintah di dalam firmanNYa bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman!Dan taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan Uli al Amr (yang mempunyai hak membuat arahan) di kalangan kamu. Seterusnya jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali merujuk kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Itulah yang terbaik dan seelok-elok tafisran". An Nisa': 59.

Imam Qurtubi menjelaskan ayat ini merupakan arahan kepada rakyat kebanyakan agar taat kepada Allah iaitu dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, kemudian di tahap yang kedua taat pula kepada Rasul dalam segala arahan dan larangannya, kemudian di tahap yang ketiga taat pula kepada para pemerintah menurut pandangan jumhur ulama" ( Tafsir Qurtubi, juz 5, ms 224-225). Ada di kalangan para ulama di antaranya Ibnu `Abbas, Hasan bin Ali,Jabir bin Abdullah, Mujahid, ad Dohak, Abi `Aliyah dan Imam Malik yang mentafsirkan makna Uli Amri dengan makna ahli al Quran dan ahli Ilmu atau para Fuqaha dan ulama agama (Tafsir Tobari, juz 4, ms 150-152 ).

Ketaatan kepada pemerintah tidak mutlaq kerana ia terikat kepada sejauh mana para pemerintah taat kepada Allah. Justeru itu ayat di atas menyebut perkataan taat sebanyak dua kali ketika menyebut arahan ketaatan kepada Allah dan Rasul manakala perkataan "taat" tidak disebut ketika menyebut arahan taat kepada pemerintah. Ibnu Khuwaiz menyebut : " Adapun ketaatan kepada pemerintah adalah wajib dalam perkara yang mentaati Allah dan tidak wajib dalam perkara ma`siat ". Kata al Qurtubi : "kerana itulah kami mengeluarkan fatwa bahawa para pemerintah zaman kami tidak boleh ditaati , dibantu dan diagung-agungkan ( kerana mereka melakukan ma`siat), tetapi wajib berjihad bersama mereka.." ( Tafsir Qurtubi juz 5, ms 224).

Kewajipan taat kepada pemerintah ditegaskan oleh baginda di dalam banyak hadis di antaranya: "Sesiapa mentaatiku maka dia mentaati Allah. Sesiapa mentaati pemerintahku maka dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhaka kepada ku dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang menderhakai pemerintahku dia telah menderhakaiku". Malah baginda bersabda : " Dengar dan taatlah kamu meskipun yang memerintah kamu itu seorang hamba berkulit hitam yang kepalanya bagaikan buah anggur kering". Ali bin Abi Tolib menyebut: "Wajib ke atas pemerintah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila itu dilakukan wajib ke atas orang Islam mentaatinya kerana Allah memerintahkan kami mentaatinya dengan menunaikan amanah dan keadilan kemudian mengarah kami mentaati pemerintah". ( Tafsir Qurtubi , juz 4, ms 224).

Apa yang dapat disimpulkan dari paparan di atas ialah :

   1. Pemerintah wajib memerintah berdasarkan arahan dan hukum hakam Allah.
   2. Apabila itu dilakukan menjadi kewajipan kepada rakyat mentaatinya.


Inilah konsep politik Islam. Bagaimanakah konsep ini boleh difahami? Seorang pemerintah diberi Bai`ah oleh rakyat untuk memerintah dunia berdasarkan kehendak Allah dan Rasul. Apabila Ba`iah ini tidak ditepati maka rakyat mempunyai hak untuk menurunkan pemerintah tersebut. Di sinilah datangnya konsep bangkangan dalam politik Islam. Kerana itulah Allah mengarahkan di akhir ayat di atas agar kembali kepada Allah dan Rasul dalam sebarang pertelingkahan.

Pemerintahan dalam Islam tegak di atas lima asas iaitu

   1. Penggubal Undang-undang hanyalah Allah. Ia diungkapkan sebagai " kedaulatan adalah milik Syara`" kerana sumber perundangan untuk segala urusan manusia yang mukallaf adalah Allah. ( Abdul Wahab Khallaf, Usul Feqah, ms 96). Ia berasaskan ayat bermaksud "tidak ada perundangan melainkan milik Allah". Al An`aam:57, Yusuf 40, 67. Oleh kerana Allah adalah sumber maka pemerintah terikat dengan peraturan Syara`agar manusia aman dari sebarang kezaliman dan sikap bermaharajalela dengan kuasa tanpa ada yang mampu membangkang.
   2. Melantik seorang pemerintah adalah wajib. Melantik lebih dari seorang adalah haram kerana ia membawa kepada perpecahan ummah dan kelemahan negara.
   3. Syura di antara Imam dan rakyat adalah wajib. Ia bertujuan mengawasi para pemerintah agar tidak tersilap langkah dengan melakukan kemungkaran.
   4. Pemerintah sahaja berhak untuk melaksanakan peraturan dan tindak-tanduknya berasaskan kepada kepentingan rakyat.
   5. Pengawasan dan penilaian terhadap pemerintah adalah satu kewajipan ke atas rakyat.

Dari paparan di atas dapat difahami konsep bangkangan di dalam Islam. Bangkangan politik merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh rakyat untuk memastikan para pemerintah sentiasa taat kepada Allah dan Rasul. Bangkangan ini berasaskan kepada konsep Amr ma`ruf dan Nahi mungkar iaitu "mengarah melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran". Para Fuqaha silam yang membicarakan politik Islam mengungkapkannya dengan istilah " Hisbah".

Sifat bangkangan atas asas ini merupakan sifat asas bagi umat Islam. Inilah ciri keistimewaan yang ada pada mereka hingga mereka digelar oleh Allah sebagai " sebaik-baik ummah". Firman Allah bermaksud : " Kamu adalah sebaik-baik ummah kerana kamu memerintahkan agar melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran dan kamu pula beriman dengan Allah. Sekiranya ahli kitab beriman nescaya itulah yang terbaik untuk mereka. Sebahagian mereka beriman dan kebanyakan mereka itu fasiq".al Imran: 110

-Bersambung-

Cari N3 lama-lama disini



Blog ini untuk di lelong klik pada gambar

Mamat hantu Kena Saman Dengan Mantan Permaisuri Agung

Posted: 06 Dec 2010 04:57 AM PST

-santai-
Saya dah 2-3 hari x dapat online,akhbar malas nak baca apatah lagi Tv lagilah malas nak tengok musin nak "raya" ni,
Rupanya mamat hantu yang mendedahkan gambar dan sms peribadi mantan permaisuri agung sudah kena saman.

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan

Cari N3 lama-lama disini


Blog ini untuk di lelong klik pada gambar

Perutusan Khas MB Kelantan

Posted: 06 Dec 2010 04:01 AM PST


Firman Allah SWT:


Maksudnya: "Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.."
Surah an-Nahl 16: 41-42.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Firman Allah SWT :


Maksudnya: "Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman."
- Surah Yusoff 12:111.
Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam sebenar yang mengambil kira soal dosa dan pahala.

Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semua aktiviti hidup kita agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT. Insya-Allah, jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, maka kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan ke arah masyarakat yang aman dan sejahtera.

Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.
Sekian.
- MEMBANGUN BERSAMA ISLAM -
* KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN *
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Cari N3 lama-lama disini


Blog ini untuk di lelong klik pada gambar

Selamat Tahun Baru

Posted: 06 Dec 2010 02:21 AM PST

Mengikut kalender Islam,apabila masuknya waktu maghrib nanti maka bermulalah detik tahun baru hijrah.Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 1432 Hijrah pada semua follower,pembaca dan teman-teman blogger sekelian.Semoga kita semua dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki.Amin.
Blog ini untuk di lelong klik pada gambar
Cari N3 lama-lama disini

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT