:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- [Kemaskini] GAMBAR terkini sekitar demontrasi rakyat bantah SYABAS!
- Umno Kedah kian tenat: 13 AJK Umno desak ketua Pemuda Umno bahagian letak jawatan!
- HANGAT: Kerajaan Pulau Pinang beri bantuan RM800..penyokong Umno negeri tolak sebab haram?
- Demo rakyat: Selepas Permasis, Kami, Unisel dan GMS..hari ini GAMIS dan SMM pula nyatakan akan turun esok!
[Kemaskini] GAMBAR terkini sekitar demontrasi rakyat bantah SYABAS! Posted: 04 Dec 2010 10:13 PM PST MENARIK! Rakyat terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, latar belakang dan usia hadiri demo bantah SYABAS..mereka sedikit pun tidak gentar dengan amaran dan gertakan dari pihak kerajaan (Umno) dan polis...syabas! LAPORAN TERKINI: 1. FRU sudah memulakan 'tugas' mereka! 2. Rakyat tidak berganjak...anak muda semakin ramai!! 3. MB Selangor menyerahkan memo kepada pihak istana.. 4. Arahan dari Ust Badrul Amin: "smua kembali himpun d msjd. Tnggu info dr istana.. Harapan rakyat MB slmt smpi mengadap Agong serah memo.. Jalan ke Istana d halang dgn gas n air acid.." 5. Kuala Lumpur semakin 'dimerahi' rakyat marhein!..hidup rakyat! 6. Geng 'baju hitam' undur awal...'baju merah' dianggar lebih 15,000!! 7. Ust badrul amin: "lbh 20ribu rakyat d halang ke istana dgn gas n air acid.. Zalim sungguh. Apakah dorg selesa dgn kenaikan harga air n minyak? Sukakah? Pelik.." 8. FRU terus lepaskan gas pemedih mata..orang tua dan wanita menjadi mangsa...pasukan unit amal dan anak muda jadi benteng! 9. Memo berjaya diserahkan!! 10. Polis terus menyerang walaupun hadirin hendak bersurai..ramai yg dtangkap!! 11. Pancutan water conan walaupun rakyat mula bersurai!!..provokasi yg sengaja diwujudkan bagi menimbulkan kekecohan!!! 12. Pelbagai pihak termasuk Suhakam melahirkan kekesalan! 13. Trak water cannon (air asid) kehabisan!!...orang ramai masih memenuhi lokasi...FRU terpaksa 'mengimport' air dari trak bomba!! p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul..(sila refresh setiap masa) |
Umno Kedah kian tenat: 13 AJK Umno desak ketua Pemuda Umno bahagian letak jawatan! Posted: 04 Dec 2010 06:47 AM PST Ketua Pemuda Umno bahagian didesak letak jawatan KULIM, 4 Dis. : Seramai 13 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu termasuk naib ketuanya mendesak Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd Mustafa Kamal Shaik Ismail segera meletak jawatan. Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Norazam Abdul Ghazali berkata, seramai 10 Ahli Jawatankuasa yang dipilih termasuk dirinya serta tiga Ahli Jawatankuasa yang dilantik termasuk Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian terlibat dalam protes itu. Menurutnya, mereka bertindak demikian atas sebab hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohd Mustafa Kamal berkaitan beberapa isu yang sudah tidak dapat dibincangkan lagi jalan penyelesaiannya. "Kami sudah mengadu hal ini kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim. Kamu mahu beliau (Mohd Mustafa Kamal) letak jawatan kerana jika dibiarkan lebih lama, ia boleh merosakkan nama baik parti," katanya. Difahamkan, antara punca yang membawa kepada tindakan itu termasuk janji kepada Pemuda UMNO cawangan yang didakwa tidak ditunaikan.SH |
HANGAT: Kerajaan Pulau Pinang beri bantuan RM800..penyokong Umno negeri tolak sebab haram? Posted: 04 Dec 2010 04:12 AM PST Oleh: Pria Malaya Sebelum ini heboh di blog2 dan media pro Umno tentang isu sumber bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang haram..mereka inilah yang menghasut rakyat supaya memulangkan wang sumbangan kerajaan negeri kononnya dari sumber judi dan lain2... So, rasa2 mereka ini terima tak bantuan RM800 utk kakitangan kerajaan di PP ni? mereka bantah tak atas alasan wang judi dan lain2??..Kalau dorang terima, betullah dorang tu hipokrit dan dasar tak sedar diri!.. Pada rakyat Pulau Pinang yg tak mudah terhasut dgn dakyah Umno, sesungguh2nya kalian beruntung dan bertuah..sudahlah bonus hari raya RM500 September lepas, ditambah pula dgn RM 800 bonus akhir tahun sebagai tanda penghargaan dari kerajaan negeri.. Akhir kalam..kita tunggu sama ada kerajaan Najib-Rosmah 'berani' tiru atau tidak langkah kerajaan PR Pulau Pinang ini seperti sebelum ini..nantikan..wallahua'lam... Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat durian runtuh Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu. "Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini. (Walaupun Umno sering menfitnah, KM Lim Guan Eng terus mendapat sokong dari orang Melayu PP..) Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas. "Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta," katanya. Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. |
Posted: 03 Dec 2010 11:23 PM PST Oleh: Pria Malaya Sebelum ini beberapa aktivis dan persatuan pelajar antaranya Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) dan lain2 telah menyatakan kesedian untuk turun bersama rakyat selangor bersama kepimpinan kerajaan negeri Selangor.. Hari ini Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula turut menyatakan persediannya untuk sama-sama turun di bandar raya Kuala Lumpur esok untuk menyatakan hak dan suara mereka.. Ayuh, anak muda..jika pihak pro-Umno boleh dan di'halal'kan berdemo dan berarak semalam (Jumaat petang), kita buktikan kita juga berhak berdemo Ahad ini..ayuh raikan pesta demokrasi secara sah menurut perlembagaan...kita jumpa di sana! BERITA 1 - Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Kenyataan Media Mahasiswa Menyokong Usaha Menjaga Kebajikan Rakyat 04 Disember 2010 (Sabtu) UNTUK EDARAN SEGERA Assalamualaikum dan salam sejahtera… Seluruh mahasiswa akan bersama mempertahankan hak-hak rakyat dan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Langkah Kerajaan Selangor dalam member 20 m air percuma kepada rakyat negeri Selangor adalah salah satu usaha murni yang sewajarnye diikuti oleh semua kerjaan negeri yang lain. Dalam keadaan harga barang, minyak semakin hari semakin meningkat, sudah tentu taraf keperluan rakyat semakin meningkat dan langkah memberikan air percuma sedikit sebanyak dapat meringankan beban tanggungan rakyat Selangor khususnya. Tetapi, amat malang SYABAS seboleh mungkin terus-terusan ingin menaikkan kadar tariff air yang sekaligus membebankan rakyat Selangor. SYABAS adalah syarikat kerajaan negeri tetapi tidak menjalankan dasar-dasar kerajaan negeri. Oleh itu, saya selaku Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa dan menyeru mahasiswa Selangor terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan hak rakyat untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agung esok. Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada Kerajaan bahawa mahasiswa akan mempertahankan hak-hak rakyat dan mengutuk keras tindakan mana-mana pihak yang membebankan rakyat secara terus-terusan. Di peringkat mahasiswa, saya mengharapkan seluruh mahasiswa bergabung bersama dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMASIS) yang diketuai oleh Saudara Izzudin Hilmi dan beberapa gerakan mahasiswa yang lain. MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN SETIAUSAHA GERAKAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) BERITA 2 - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Menurut kenyataan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Ahmad Syazwan berkata,"Kami tetap akan menghantar jentera mahasiswa seramai mungkin untuk sama-sama membantah kenaikan barang dan juga kenaikan tarif air." "Kami tidak sama dengan penganjur yang asal, kami akan membantah 2+1 (bantah harga barang naik dan tarif air), cumanya kami di tempat yang sama kerana matlamat yang sama (serah memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong)." Tambahnya,"Kami tetap akan teruskan himpunan ini walaupun ada ancaman daripada pihak polis yang menyatakan haram, ini hak rakyat, semakin dicabar semakin ramai la yang tidak puas hati, jadi semakin ramai la yang akan turun esok." Mahasiswa Cadang Himpunan Aman 2+1 Berikutan kerajaan menetapkan harga baru barangan tempatan seperti minyak, gula dan gas mulai esok (4 Disember 2010), mahasiswa Universiti Malaya mencadangkan agar himpunan 5 Disember ini (Ahad) diselaraskan Himpunan Aman 2+1. Menurut YDP PMIUM, Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, ada beberapa mahasiswa mencadangkan agar penganjur 'menambah' satu lagi bantahan dalam himpunan aman itu. 'Tambahan' yang dimaksudkan adalah menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong membantah kenaikan harga barang yang dinaikkan oleh kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Sumber hari ini memaklumkan kerajaan telah menaikkan beberapa harga barang mulai tengah malam ini (12:01 pagi Sabtu). Antaranya harga minyak Petrol RON 95 yang dinaikkan sebanyak RM 0.05 sen kepada RM 1.95 seliter, harga GAS LPG dinaikkan sebanyak RM 0.05 kepada RM 1.90. Manakala harga gula pula dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM 2.10 sekilogram dan harga minyak diesel dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM 1.80 mulai esok (Sabtu). 1 Disember lalu, kerajaan mengumumkan telah menaikkan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 seliter. "Ada sahabat mahasiswa mencadangkan kepada saya, himpunan aman nanti patut 'ditambah satu' lagi, bantah kenaikkan harga barang. Menurutnya lagi, kos sara sekarang memang sudah tinggi, jadi semakin tinggi la selepas ni kalau dinaikkan lagi.", ujarnya. Tambah Ahmad Syazwan yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS), "Sepatutnya kita sebagai sedar tentang kepentingan menyuarakan pendapat, jangan hanya simpan dalam hati sekiranya ada perkara yang kurang berpuas hati." "Saya bersetuju andai himpunan aman itu nanti ditambah lagi satu bantahan walaupun polis kata haram himpunan aman itu. Kita bantah tarif air, campur bantah harga barang naik." Kerajaan Selangor sebelum ini menyatakan persepakatan untuk membantah tindakan Syarikat Air Selangor (SYABAS) yang mencadangkan untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 % walaupun kerajaan negeri sudah memberikan 20 liter air percuma kepada rakyat. Himpunan aman membantah tindakan SYABAS itu dikhabarkan akan diadakan pada pukul 12 tengahari 5 Disember ini (Sabtu) di Istana Negara. – UMtoday. Artikel berkaitan: - Demo bantah SYABAS Ahad ini : Ayuh anak muda sertai demo rakyat! - Mereka sudah berdemontrasi....pastikan Ahad ini kita merahkah KUALA LUMPUR!!! |
You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |