keAZAManMalaysia |
You are subscribed to email updates from keAZAManMalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
keAZAManMalaysia |
You are subscribed to email updates from keAZAManMalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Kami Sokong Tokguru |
Posted: 02 Dec 2010 09:53 PM PST Mari-mari... hari ini bermulanya proses lelongan dan bidaan bagi blog serta akaun google bagi nickname ijoks2009. rasanya dah penat saya melayan kerenah line tenet kat malaysia ni,kejab laju,kejab slow.kejab timbul,kejab tenggelam. Boring jugak layan kerenah ahli politik malaysia yang masih tak matang-matang lagi.tambahan lagi kerenah blogger upahan yang sanggup buat apa saja untuk duit sampai sanggup menabur fitnah sana-sini sampai melupakan akhlak islam.saya lihat akhir-akhir ini banyak blogger-blogger upahan terutama blogger umano dah makin teruk dengan fitnah dan berita palsu ,mengaibkan sesama Islam semata-mata untuk mengejar duit haram dari tokey mereka. Dengan line tenet saya yang selalu bermasaalah ditambah dengan masaalah "teknikal"(malu nak sebut) yang saya hadapi.saya mengambil keputusan menjual blog ini bagi sesiapa yang berminat.(ada ke orang nak beli ni,hehehe) Dengan memiliki blog ini anda juga akan memiliki 3 lagi blog pautan termasuk blog tv dan channel youtube saya. Bidaan bermula dengan RM 100. Bagi yang berminat bolehlah berhubung dengan saya melalui email ijoks2009(@)gmail.com (sila tinggalkan no hp dan alamat blog anda jika ada) Blogger pro umno tidak akan dilayan walau semahal mana sekalipun tawaran anda. -p/s: kalau tak ada org nak beli jugak,saya akan serahkan blog ni pada teman-teman blogger pakatan yang saya percayai. Untuk tahu nilai harga pasaran bagi sesebuah blog klik disini http://bizinformation.org/my/ |
Posted: 02 Dec 2010 12:52 AM PST Assalamualaikum,salam blogger Blog ini mungkin lambat diupdate disebabkan masaalah teknikal dengan line streamix.nak pakai broadband pun rasanya tak mampu nak bayar bil kot hehehe, Sekarang dok tumpang line orang je.lepas ni kena update kat CC je lah.. |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
ZAINULFAQAR MENJAWAB TULISAN US NASRUDDIN TANTAWI Posted: 02 Dec 2010 11:00 PM PST "PM dan TPM : Menurut Perspektif Islam" yang ditulis oleh Nasruddin Hassan at-Tantawi hari ini wajar dibaca dan diamati oleh kita. Ketua Pemuda PAS Pusat itu seakan cuba mengajak kita untuk melihat kepentingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mesti terdiri oleh peribadi yang beragama Islam. Mengangkat konsep "Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz" yang pernah dipopularkan oleh Iman Mawardi, Nasruddin seakan mahu memberitahu kita bahawa orang bukan Islam seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri. Nasruddin mungkin mahu memberitahu kita bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din atau Datuk Harun Taib sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri kalau ada yang bertanya beliau hal kelayakan bagi mengisi jawatan nombor satu itu. Nasruddin menganggap Hadi, Harun Din dan Harun Taib layak menjadi Perdana Menteri mungkin disebabkan mereka ini dipopular sebagai ulama. Mereka yang tidak ulama mungkin dianggap tidak layak walaupun peribadi-peribadi tertentu itu dikenali sebagai pemimpin yang bijak, licik, profesional, korporat, amanah serta berintegriti di dalam dan di luar PAS. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mungkin dianggap tidak layak kerana peribadi itu bukan ulama bahkan tiada "kesucian" ekoran perbicaraan kes liwat sekarang. Kita mungkin terlupa pada era reformasi lebih sedekad lalu, Dato' Fadhil Mohd Noor pernah mengisytiharkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya GERAK (kemudian dikenal sebagai Barisan Alternatif) mengambil alih kerajaan pusat. Ketika itu, Anwar masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tiada sesiapa pun tahu sampai bila rejim Dr Mahathir Mohamad mahu menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri itu. "Kebijakan ajaib" tersebut walaupun gagal membawa PAS mendominasi Putrajaya, namun "al-ijtihad al-tanzili" yang dilancarkan Fadhil itu akhirnya mengangkat Presiden PAS itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ini kerana, Ahli Parlimen PAS paling ramai di Parlimen berbanding wakil rakyat dari PKR dan DAP. Sekarang, kita acap kali diheret untuk berasa bimbang seperti Nasruddin – jika Pakatan Rakyat "memerintah" Putrajaya, apakah Islam kian terpinggir? Apakah kepemimpinan Islam akan memegang tampuk pemerintahan negara? Lebih malang sekiranya mereka yang mempunyai perasan demikian mengambil sikap bahawa lebih baik mengekalkan rejim Umno dan Barisan Nasional lebih baik sebagai pemerintah dari komited memperkukuh Pakatan Rakyat demi menguasai Putrajaya. Dengan demikian, setidak-tidaknya meletakkan posisi Islam seperti sekarang yang eksklusif untuk orang Melayu sebagaimana yang dipertahankan Umno dan Perkasa. Suka dipertegaskan bahawa tindak-tanduk seperti Nasruddin belakangan ini kesemuanya adalah bersifat sangkaan atau "dhonniyah". Sedangkan Islam mengajak kita supaya merancang perjuangan serta berjihad ke arah perjuangan yang jelas dirancang oleh kita. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar umatnya pada perjuangan yang kabur, tetapi merancang jihad dengan penuh strategi dan keimanan kepada Allah s.w.t. Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Yatrib penuh dengan strategi walaupun pada masa yang sama menawarkan mahkota kisra kepada seorang pembunuh profesional yang diupah oleh "United Muta'assibin Nasional Organization". Cuba tanya Dewan Pemuda PAS Pusat, adakah Nasruddin pada setiap mesyuarat berkala dewan itu komited merealisasikan usul "PAS sasar tawan 63 Parlimen" seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lalu? (Kalau tak salah) kerusi tradisi DAP tidak sampai 45 kerusi. Kerusi tradisi PKR pun tidak melebihi kerusi tradisi PAS buat masa ini. Dengan erti kata yang lebih mudah, kalau PAS mempunyai kerus paling banyak pada kala Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, adakah Anwar atau Guan Eng secara implisit menjadi Perdana Menteri? "Da'ma yuribuka illa ma la yuribuk" (Letakkanlah perkara-perkara yang diragui kecuali sesuatu yang tidak diragukan) Mengapa Nasruddin tidak fokus pada usaha "qat'iyyah" ini, iaitu mengepalai jentera anak muda Malaysian mendominasi 63 kerusi sasaran PAS itu? Inilah masalah Nasruddin dan kebanyakan ulama di dalam PAS – mereka begitu ghairah memperkatakan soal jihad dll tetapi tiada perancangan yang jelas untuk berjihad dalam konteks Malaysia ini. Yang mendakwa demikian bukan pemimpin DAP atau PKR, tetapi exco Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri yang bosan dengan "cakap kosong" Nasruddin pada setiap kali mesyuarat pemuda. Tidak cukup dengan itu, pemimpin pemuda terbabit berkata, soal "Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz" yang ditintakan di blog Nasruddin (http://episodeperjuangan.blogspot.com/) hari ini bukanlah idea Nasruddin sendiri. Tetapi, idea itu adalah saduran idea menantu Hadi, Zaharuddin Mohamad atau lebih popular sebagai "Din Ayam" di kalangan penuntut-penuntut Rusila. Lenggok bahasa dalam entri itu dipercayai umum adalah tulisan Zaharuddin. Mereka akan menganggap demikian sekiranya mereka pernah membaca tulisan Zaharuddin mengenai "Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz" yang mahu dibentangkan dalam Majlis Syura Ulama (MSU) supaya menghalalkan kerjasama politik antara PAS dan Umno pada era "muzakarah-muqabalah" dan "Kerajaan Perpaduan" dahulu. Nasruddin, hentikanlah menulis karut-marut ini dan fokus semula pada gerak kerja mendapatkan 63 Parlimen sasaran tersebut. Jangan asyik mendengar nasihat "tidak sihat" Zaharuddin yang mulai hari ini wajar digelar sebagai "Khairy versi PAS". Tidak perlu asyik bercakap kepentingan PAS atau orang Islam memerintah Malaysia semata-mata, tetapi persiapkanlah jentera untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bermula sekarang. "Al-hukmu yaduru 'ala musamma la 'ala ismi…" (kehukuman itu berkisar pada perkara/inti yang diberikan nama, buka atas nama). Setuju? Zainulfaqar Yaacob Sumber: Rakyat Marhaen | ||
GILIRAN ZAHRAIN PULA DIBELASAH Posted: 02 Dec 2010 08:00 PM PST Ketua PKR Cabang Bayan Baru: Zahrain Hashim harus bertaubat | Dec 01, 2010 Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal ke atas kenyataan Zahrain Hashim yang mendesak pingat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah ditarik balik. Parti KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain (gambar kanan) yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia.Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen di bawah Parti KEADILAN dengan melompat keluar parti. Beliau mengkhianati prinsip perjuangan Parti KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi asyik berkali-kali mengikut Perdana Menteri Najib Razak ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati persahabatan Dato Seri Anwar yang lama. Beliau mengkhianati pingat "Dato Seri" yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat.Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai. Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan "Keadilan untuk Semua". "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak, orang India, Orang Asli dan segelintir Orang Cina masih tetap terabai. Pakatan Rakyat memperjuangkan "Ketuanan Rakyat" untuk membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar UMNO-BN. Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula Nampak di kawasan mereka. *Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin (gambar kiri) selaku Ketua Cabang Bayan Baru, Parti KEADILAN | ||
Ketuanan Melayu Sama Taraf Nazi Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan, National Front Posted: 02 Dec 2010 05:00 PM PST
| ||
PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR SERTAI PERHIMPUNAN AHAD INI Posted: 02 Dec 2010 12:25 PM PST PERMASIS akan sertai MB Selangor hantar Memorandum | Dec 02, 2010 Sejak dasar penswastaan air diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1997, ia jelas sekali dilihat membebankan rakyat di negeri ini. Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan. Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali. Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan. Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) membantah sekeras-kerasnya tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37%. Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada hari Ahad ini (5 Disember 2010). Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana. *Kenyataan media oleh Izzuddin Helmi (gambar kanan) selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)/MerdekaReview | ||
PERTEMBUNGAN AHAD INI SEPERTI DIRANCANG UNTUK DIGAGALKAN Posted: 02 Dec 2010 09:26 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS KUMPULAN Gaps (baju hitam) nampaknya sengaja untuk bertembung dengan peserta perhimpunan `Kembalikan Air Kami' anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada Ahad ini. Walaupun mereka berkumpul di tempat yang berasingan, namun helah ini mudah untuk dibaca. Kumpulan pengampu yang diibaratkan oleh Dr Badrul Amin sebagai kumpulan upahan Umno berbaju hitam ini mengharapkan agar pihak Polis akan menghalang kedua-dua perhimpunan ini atas alasan keselamatan. Mungkin pihak Polis merasa bimbang apabila kedua-dua kumpulan ini bakal bertembung yang boleh mengakibatkan berlakunya kekecohan atau provokasi, maka pihak Polis terpaksa menghalang kedua-dua kumpulan dari meneruskan hajat mereka ke Istana Negara. Itu satu taktik yang dirancang oleh mereka yang takut melihat kebangkitan rakyat Selangor dan Lembah Kelang yang ingin menuntut pembelaan. Melucukan, kumpulan baju hitam ini terpaksa mengadakan `raptai' terlebih dahulu agar mereka tidak dimalukan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Petikan dari Malaysiakini menyebut, " Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok." Walau apa pun perancangan mereka, kita berharap rakyat yang bijak dan sedar bahawa diri mereka selama ini tertipu dengan pihak yang `mencekik darah' mereka selama ini akan bangkit menuntut pembelaan dari Duli YMM Tuanku. Marilah berkumpul di Masjid Negara mulai jam 1200 tengahari bersama kepimpinan kita dengan memakai baju merah agar kita boleh menenggelamkan baju hitam sehitam hati mereka./wfauzdin.blogspot.com | ||
NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ? Posted: 02 Dec 2010 05:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno. Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang. Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR. Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com | ||
BETINA SIAPALAH YANG BODOH TIADA AKHLAK KELUAR TV SEMALAM Posted: 02 Dec 2010 01:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKU tidak tahu betina mana yang bercakap dalam TV semalam. Aku andaikan macam GRO je sebab dari segi bahasanya tidak langsung menunjukkan ciri-ciri wanita yang baik. Memang pakai tudung, tapi ujung rambut terjelir keluar di atas kepala, dan yang peliknya mahu bercakap seperti `Ustazah'. Betina ini menggelarkan DS Anwar pengkhianat dan minta DS Anwar pulangkan balik segala anugerah yang beliau perolehi. Inilah kali pertama aku lihat betina ini di muka TV, dan mungkin itulah satu cara baginya untuk mendapat `glamour' sedikit walaupun kelihatan bodoh. Paling bodoh, di dalam sebuah akhbar menyebut DS Anwar adalah Utusan Syaitan. Yang aku tahu Utusan Syaitan sudah lama wujud iaitu Utusan Meloya. Tiada hujah langsung yang boleh kita pakai dari percakapan betina ini. Jika betul-betul mahu tunjuk betina atau jantan, cabar saja DS Anwar berdebat, biar rakyat nilaikan siapa yang benar. Bukan bercakap depan TV seperti pertunjukan raja lawak yang bodoh itu. Aku tak tahulah samada dia ini dari PERKASA ke atau perkosa mahupun dari perkasam, tetapi yang jelas cakapnya sebijik meniru modal Zahrain katak. Aku terbaca Tweeter dari DS Anwar, beliau kata tidak mahu layan isu yang disebutkan oleh betina jalang ini. Lagi pun, di Parlimen semalam DS Anwar sudah jelaskan semuanya. Kesihan aku tengok media-media sekarang. Mereka kehabisan modal, betina seperti ini pun laku untuk keluar di depan TV. Kalaulah betina ini ada jantan, malang sungguh jantannya kerana dapat betina mulut jalang seperti ini. | ||
WALAUPUN PIALA MALAYSIA DIARAK DI GALAS, KERAJAAN KELANTAN TETAP HARGAI TIM KELANTAN Posted: 02 Dec 2010 12:00 AM PST Piala Malaysia: Kelantan hadiah RM200,000 Rizal Tahir KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan hari ini meluluskan 'hadiah' sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) setelah Red Warriors berjaya membawa pulang Piala Malaysia, baru-baru ini. Sumbangan itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri sebelum ini terhadap pasukan Kelantan itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 55 tahun menunggu. Hadiah wang tunai tersebut juga bagi menggantikan hadiah Umrah yang diberi oleh kerajaan negeri tahun lalu. Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya, kerajaan negeri melihat kejayaan besar itu perlu diraikan untuk mereka. "Kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan itu pada Kafa dan terpulang pada Kafa tarikh yang sesuai perlu diadakan untuk diadakan majlis khas. "Kita cadangkan biarlah ianya diadakan di Kompleks Kota Darulnaim dan kita raikan sama-sama,"ujarnya. Pada masa yang sama, katanya bagi meraikan kejayaan Red Warriors juga kerajaan negeri turut melupuskan Cukai Hiburan yang perlu dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341.11. Menurutnya, tahun ini kerajaan negeri telah dua kali mengecualikan bayaran itu, iaitu pada bulan April lalu. Ianya dilakukan sebagai sumbangan terhadap kecemerlangan Kafa dan Red Warriors./DetikDaily |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ اØمد ترمذي) |
Bas khas untuk wanita - Langkah baik Rapid KL di alu alukan Posted: 02 Dec 2010 06:22 AM PST Dewan Muslimat PAS Pusat sangat mengalu-alukan langkah baik Rapid KL mengadakan perkhidmatan bas khas bagi golongan wanita saja. Langkah ini tepat pada masanya dan amat sesuai dengan senario semasa dimana ramai penjawat awam dan swasta dari kalangan wanita menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik ke pejabat dan rumah mereka terutamanya di waktu sesak di bandar-bandar besar seluruh negara. Sedikit masa dulu kita berasa amat selesa apabila KTM memulakan perkhidmatan koc khas untuk wanita pada waktu sesak. Tindakan tersebut mendapat respon yang sangat menggalakkan. DMPP turut turun padang dan membuat kajian rambang serta mendapati perkhidmatan tersebut disokong oleh para pengguna baik dari kalangan wanita mahupun lelaki. Langkah ini juga sudah lama dinanti-nantikan serta telah beberapa kali disuarakan oleh badan-badan NGO Wanita yang prihatin terhadap keselesaan dan keselamatan golongan wanita di dalam menggunakan pengangkutan awam. Malah di negara-negara maju di Eropah seperti Sweden, langkah-langkah ini telah terlebih dulu dilaksanakan serta terbukti ianya membantu mengurangkan kadar jenayah dan gangguan seksual terhadap wanita. Jika kita menoleh kebelakang sejenak terhadap manifesto PAS pada PRU 12, Mac 2008, diantara tawaran yang hendak PAS laksanakan adalah menjaga keselesaan dan keselamatan wanita dengan menyediakan pusat rekreasi dan sukan khas untuk wanita. Termasuk juga perkhidmatan pengangkutan awam khusus bagi golongan wanita. Sehubungan itu tindakan ini dilihat sesuai dari sudut tuntutan Islam dimana Islam telah meletakkan martabat yang tinggi terhadap wanita serta menuntut dipelihara maruah mereka dengan sebaik-baiknya. Tindakan menyediakan perkhidmatan bas khas bagi wanita ini dapat dirasakan kesesuaiannya dengan iktibar dari hadis Rasulullah sa.w. yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi; yang mafhumnya; " Sebaik-baik dikalangan kamu, adalah orang yang paling baik dengan isterinya, dan Akulah dari kalangan kamu yang paling baik dengan isteriku". Nuridah Mohd Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat 2hb Disember 2010. Aku cuma nak kata: Syabas kepada RapidKL kerana prihatin dengan keadaan dan situasi sekarang ini. Dengan mengadakan bas khas untuk wanita, sekurang kurang nya dapat memberi pilihan kepada wanita wanita yang phobia menaiki bas bercampur aduk dengan lelaki. Kepada wanita yang seronok untuk diraba raba mungkin masih boleh menaiki bas biasa agak nya. Sekian Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com |
You are subscribed to email updates from Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ اØمد ترمذي) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MIMPI SENJA |
RM800 lagi untuk kakitangan kerajaan P.Pinang Posted: 02 Dec 2010 08:59 AM PST Kerajaan DAP Pulau Pinang beri sumbangan RM800 kepada anggota awam GEORGE TOWN, 2 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu. "Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini. Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas. "Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta," katanya. Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. – Bernama MS : KERAjaan Persekutuan atau negeri-negeri BN dapat ker? hahahaha ... padan muka aku, aku pun satu sen tak dapat ... Nota : Esok aku nak pi Penang, boleh lah jumpa mamu ajak belanja nasi kandaq 'Line Clear' ... Geng-geng kat Tanjung tu nanti Sabtu and Ahad ni turun la mai padang kota, aku ada di sana, cubprix PETRONAS ... mai na jangan tak mai |
Perhimpunan 5 Dec - Solat Hajat dan Zohor di Masjid Negara Posted: 02 Dec 2010 08:17 AM PST Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Pertembungan perhimpunan Ahad ini mambabitkan kerajaan negeri Selangor dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan itu. Penyelaras kempen anti kenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron berkata aspek keselamatan rakyat cukup dititikberatkan kerana jika sebarang 'provokasi' mahupun kekecohan berlaku maka perhimpunan itu akan diteruskan oleh pimpinan negeri. Katanya, pihak polis telah dimaklumkan perkara itu malah keputusan sama ada rakyat turut serta sehingga ke Istana Negara akan diputuskan esok. Menurut beliau, solat hajat dan Zohor akan diadakan di Masjid Negara bersama-sama pemimpin negeri Selangor dan disusuli perhimpunan bagi menyerahkan 100 tandatangan kepada Agong di Istana Negara. "Kami sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk permit, sehingga kini masih belum menerima jawapan balas. Malah rancangan telah diatur dengan solat zohor dan hajat akan dibuat terlebih dahulu sebelum perhimpunan dimulakan ke Istana Negara. "Jika wujud sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini seperti hujan, maka pemimpin negeri sahaja yang akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memo itu. "Rakyat akan tunggu di Masjid Negara…..kerana yang penting bagi kami adalah keselamatan rakyat. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi FMT. Kumpulan terdiri daripada baju merah adalah pro-kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kira-kira 20,000 orang turut serta dalam perhimpunan tersebut. Manakala anggota GAPS dilaporkan mengenakan baju hitam diketuai pengerusinya Hamidzun Khairuddin dan disertai hanya kira-kira 2,000 orang bakal berhimpun di Masjid Jamek. Ahli Umno turut serta dalam tandatangan Badrul Amin berkata, melalui kempen yang mensasarkan 100,000 tandatangan itu turut menerima penyertaan daripada ahli Umno. Beliau yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor mendakwa tandatangan itu diperoleh daripada ahli Umno termasuklah di Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang. Malah ada beberapa ahli itu yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan bersama-sama kumpulan merah pada Ahad ini. "Kami bergerak ke pelusuk kampung dan ahli-ahli Umno di beberapa kawasan turut menyatakan sokongan terhadap kempen kita ini. Ada yang berterus terang tidak sanggup untuk turun namun ada segelintir yang bersetuju untuk turut serta dengan kami. "Malah tandatangan yang terkumpul setakat hari ini telah mencecah 50,000 dan berharap kita berjaya dengan sasaran 100,000 itu," katanya. Nafi mahasiswa dibayar kerajaan negeri Dalam perkembangan lain, Badrul Amin menafikan pembabitan kerajaan negeri dengan penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut. Beliau berkata, perkara ini timbul atas kesedaran mahasiswa malah menjelaskan bahawa perhimpunan itu bukan bersifat politik. "Walaupun Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) menghalang mahasiswa terlibat dalam sebarang perhimpunan politik namun jelas ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing. "Mahasiswa ini juga bukan dibayar oleh kerajaan negeri, kami tidak suruh mereka turut serta tetapi mereka faham perlu dihentikan dasar penswastaan air yang wujud ini," katanya. Katanya setakat ini bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan penyertaannya dalam perhimpunan pada hujung minggu ini. Malah beliau turut mengalu-alukan pemimpin lain daripada negeri lain untuk turut serta memandangkan ia akan menjadi isu nasional - FMT |
Chegubard akan tinggalkan PKR? Posted: 02 Dec 2010 04:53 AM PST Oleh Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 2 Dis – Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) enggan mengulas desas-desus mahu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan kecewa dengan proses pemilihan yang dikatakan tidak demokratik dan cacat. "Bab itu (desas-desus mahu meninggalkan parti) saya tak nak komen dulu," kata Badrul Hisham atau yang dikenali sebagai "Chegubard" menerusi laman sosial Facebooknya. Badrul Hisham mengambil sikap berdiam diri apabila sesawang Umno-Reform mendakwa beliau akan meninggalkan PKR dalam masa terdekat. "Saya pilih untuk diam diri dulu status saya dan hubungan politik kepartian," kata beliau lagi. Bagaimanapun Badrul Hisham bercadang untuk memberi respons pagi Isnin ini iaitu sehari selepas himpunan protes ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kerajaan pusat mengenai isu kenaikan tarif air. Ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor. "Isnin (selepas) Subuh kenyataan rasmi akan dibuat, kalau tak tidur lokap (pada) 5 (Disember) malam ha ha .." ujar Badrul Hisham lagi. Badrul Hisham yang juga pengasas dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - pertubuhan tak berdaftar - turut mengulangi iltizam politik menyokong inisiatif kerajaan negeri Selangor melancarkan perhimpunan aman Ahad ini. Umno-Reform Selasa lalu melaporkan desas-desus tersebut timbul kononnya ekoran tindakan Badrul Hisham, yang membuat laporan mengenai kepincangan dalam pemilihan PKR baru-baru ini, tidak menghadiri Kongres Nasional Ketujuh Jumaat lalu. Ia turut melaporkan Badrul Hisham menolak tawaran serta janji politik untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti seperti dirujuk pada ucapan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu sumber memberitahu bahawa bekas Ketua AMK Senator Ezam Mohamad Nor pernah mempelawa Badrul Hisham memandangkan mereka pernah bersama-sama dalam AMK dan pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi Malaysia (Gerak). Namun sumber tersebut memberitahu The Malaysian Insider, jawapan muktamad bergantung pada Badrul Hisham sendiri pada Isnin depan. Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, SAMM telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. "Sekurangnya 50 orang 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. "Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan Bersih, Kesas dan lain-lain. "Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Badrul Hisahm berkata, SAMM juga menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. "Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri," katanya lagi - TMI |
Aziz Shamsuddin dapat perintah mahkamah halang Carrefour keluar dari Malaysia Posted: 02 Dec 2010 12:50 AM PST A Malaysian court may have stopped Carrefour from leaving the country following a suit by its local Bumiputera partner, Tan Sri Aziz Shamsuddin. Aziz, who holds 30 per cent of Carrefour through Hartajaya Harmoni Sdn Bhd, claims he is being oppressed by the French retailer that wants to cash out of Malaysia, court documents show. The former minister of rural and regional development managed to get an injunction on November 12 from the Shah Alam High Court. This prevents Carrefour from buying his 30 per cent stake. Six days later, the French retailer cancelled plans to sell its Malaysian business due to low bids and promised to invest and expand instead. That was also the same day that Carrefour, which wanted to remove the injunction, decided to withdraw its application. Instead, it is appealing but a hearing date has yet to be fixed. Carrefour, which operates under the name Magnificient Diagraph Sdn Bhd (MDSB), sold a 30 per cent stake in the company to Hartajaya in January 26, 2010. Under Malaysian rules, a foreign retailer must have a 30 per cent local partner. Hartajaya is majority owned by Tan Sri Aziz Shamsuddin. Court documents obtained by Business Times revealed that Aziz bought the stake for RM23 million using a RM23 million 10-year loan from Carrefour. The shares were used as security. On November 4, Carrefour decided to exercise a call option to buy back the stake for the same amount. Aziz claimed that as an investor, it would not make sense for Hartajaya to buy 30 per cent in MDSB for no return on investment. The remaining 70 per cent is owned by Carrefour Netherland BV (CNBV) (26.06 per cent) Carrefour Malaysia Sdn Bhd (9.33 per cent) and Mildew BV (34.61 per cent). Aziz, who was made Carrefour's consultant in 2008, was also instrumental in helping Carrefour grow its business in Malaysia. In 2008, the retailer only had nine stores. Since Aziz came on board, it has doubled the number and has submitted for five new hypermarket sites and seven hypermarket licences. He argued that Carrefour's call option is an act of oppression against a minority shareholder. This is the main legal suit. Accordingly, an injunction was sought to keep the status quo until the main case is settled. The High Court granted the injunction in an open court session on November 12. It restrained Carrefour from transferring 115.71 million shares (the 30 per cent block) to CNBV, pending completion of the main suit. Carrefour argued that it had a contractual right to exercise the call option as there were special circumstances, which refers to its planned sale of the Malaysian business to the best bidder. "It is within (Hartajaya's) knowledge that the purpose of the call ... was to facilitate the project where the majority shareholders of MDSB propose to sell 100 per cent of the shares in the said company to the bidder with the best bid," Carrefour said in its affidavit. In addition, Carrefour said if the injunction is maintained and becomes public knowledge, there is a high probability that bidders may pull out. Its losses would include the e1 million (RM4.11 million) spent on consultancy fee for the sale, reputational loss since the sale had been widely publicised and the loss of opportunity to secure another good bid of up to RM3.6 billion (estimation for Thailand, Malaysia and Singapore businesses) even if the sale plan was revived - Business Times |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Politiksukusakat |
Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok Posted: 02 Dec 2010 12:31 AM PST KUALA LUMPUR : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya. "Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Umno serah kerusi Ketua Menteri Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini. "Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka. "Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Salah lapor budaya media Umno "Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya. Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno. "'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'. Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Songkok tiga jengkal "Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya. Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. "Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. "YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan. |
Negara ini demokrasi, siapa menang dialah yang akan tentukan kedudukan apa sekalipun! Posted: 02 Dec 2010 12:01 AM PST Dalam meneliti isu-isu yang berlaku mutakhir ini, termasuk isu Ketuanan Melayu, isu Timbalan Perdana Menteri dikalangan orang Cina, dan isu perkauman sempit yang sering dilagukan oleh media pro-Umno, rakyat terdedah kepada 'sentimen' yang menentukan siapa yang layak disokong ideanya. Mudah sahaja, dalamn isu Ketuanan Melayu, telahan Dato' Mahfuz Omar bahawa ketuanan melayu akan dihormati jika kita bermaruah, tetapi ketuanan Melayu akan rebah jika kita membiarkan pemimpin Melayu merompak, menyamun, merasuah, menyeleweng dan mengangkut wang rakyat sewenang-wenangnya. Dalam isu TPM dikalangan Cina, perkiraannya mudah sahaja, dalam amalan demokrasi yang ada hari ini, siapa menang dialah yang akan tentukan bentuk bagaimana kepimpinan yang mentadbir, dasar dan pendekatan.Tak perlu ia dipolemikkan hingga kita menuruti sahaja gerak tari yang dilayangkan media pro-Umno. Setersunya, dalam persoalan isu TPM ini, yang penting ialah apa yang diperingatkan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa kita perlu perkuatkan dahulu parti, sebelum sibuk-sibuk nak membincangkan soal Putrajaya. Ya ada benarnya, sasaran perlu berdasarkan kepada sejauhmana gerak kerja kita telah lakukan, jangan nanti 'yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat"... Orang politik boleh memikirkanya, namun mungkin selera, nafsu dan pendekatan sahaja yang berbeza.terpulang pada masing-masing untuk meneliti, apakah pendekatan yang dibuat akan membawa keuntungan, atau sebaliknya.. Persoalan pertarungan politik, siapa cerdik dan dapat menguasai massa dengan sokongan yang kuat, dialah yang akan menang.Dalam hal ini kepimpinan Pakatan Rakyat perlu segera merobah suasana agar 'mood' kembali kepada kita/////.... |
You are subscribed to email updates from Politiksukusakat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
RAKYAT MARHAEN |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |