Rabu, 1 Disember 2010

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Tangguh pemilihan 18 bulan, Najib bimbang kelibat Muhyiddin-Ku Li

Posted: 30 Nov 2010 11:57 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

Sekonyong Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan partinya menangguhkan pemilihan kepimpinan Umno pada tahun hadapan sehingga tahun 2013 iaitu penangguhan selama 18 bulan.

Apakah yang tersirat disebalik pengumuman ini, menelah isu ini Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, Najib sebenarnya menghadapi krisis keyakinan yang sangat parah dalam Umno.

Manakan tidak dengan beberapa orang dikiri kanannya termasuk Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengintai peluang untuk menduduki kerusi nombor satu dalam Umno dan kerajaan (selaku PM).

Sejak awal Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah menyedari kelibat Muhyiddin yang secara rekodnya adalah orang paling berjasa menaikkannya dengan menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui dukungan Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya.

Kini 'wajah' Muhyiddin yang turut serta menghentam kepimpinan Abdullah membayangi Najib yang kurang disenangi kelompok pimpinan veteran Umno kerana kelibat isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai 'de facto PM', katanya.

Rosmah kata Mahfuz pastinya memberikan buah fikiran kepada Najib untuk mencari langkah selamat dengan mengumumkan penangguhan selama 18 bulan.

Kata Mahfuz, dari riak kenyataan Najib yang tidak berselindung menyatakan penanguhhan untuk elak perpecahan sudah membayangkan Presiden Umno itu kini dalam keadaan yang sangat tersepit.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran semula (come back) bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) setelah berjaya memenangkan Umno/BN dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas, ia memberi kerimasan kepada Najib, mahupun Muhyiddin.

"Ada kemungkinan mereka berdua (Najib dan Muhyiddin) juga merasakan tidak selesa dengan kemunculan semula veteran politik Umno ini (Ku Li) yang memiliki pengaruh dan kekuatan di akar umbi, silap percaturan dua pimpinan Umno ini tewas kepada veteran Umno ini," dakwanya.

Najib juga bimbang dengan pemilihan yang memberi kesan negatif kepada Umno/BN dalam menghadapi pilihan raya umum sekitar Mac hingga Jun ini, ujarnya.

Disebabkan itu, penangguhan terpaksa dibuat sehingga satu tarikh yang sangat lama jaraknya, katanya.

Kenapa perlu bermusuh sesama Islam?

Posted: 30 Nov 2010 11:46 PM PST

Mutakhir ini timbul pula isu Maghribi yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Repulik Islam Iran.

Entah kenapa tiba-tiba Maghribi sanggup memutuskan hubungannya dengan Iran, walhal Iran sebagai sebuah negara Islam yang benar-benar tidak gentar dengan tekanan yang mereka hadapi dari Amerika Syarikat.

Sebut sahaja Iran, ramai yang kata negara ini Syiah, pimpinannya Syiah dan presidennya Syiah.Apakah tiada alasan lain yang jauh lebih 'rasional' dalam memutuskan persoalan Iran?

Negara-negara kesatuan Arab dilihat membisu dalam isu Palestin dan Lubnan, dan tatkala Lubnan dan Palestin dicengkam penindasan rejim Zionis Israel, Iran negara yang datang membantu.

Negara-negara Arab yang lain semuanya tunduk kepada Amerika, lantas ada pimpinan negara Arab tanpa segan silu berbaik dengan Israel, memberi peluang kepada negara haram itu untuk terus menekan Palestin.

Ini suatu fakta yang tidak boleh kita sangkalkan, namun ada juga manusia di bumi Malaysia ini yang nampak jalan Maghribi memutuskan hubungan dengan Iran sebagai suatu perkembangan yang baik.

Inilah masalah yang sedang melanda umat Islam hari ini, mereka lebih rela bekerjasama dengan negara haram berbanding terus menjalinkan kerjasama dengan negara Islam yang sedikit lain fahamannya....

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AYUH BERHIMPUN, BUKAN ORANG PR SAHAJA YANG AKAN MENANGGUNG NANTI..

Posted: 01 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PADA 05hb Dis (Ahad) jam 12.00 Tgh ini semua masyarakat terutamanya di Lembah Kelang dan seluruh Negeri Selangor tidak kira apa pun bangsa, ugama dan fahaman politik mereka wajib turun dan berhimpun di Masjid Negara. Terutamanya kepada kaum Melayu yang tidak sudah-sudah dengan `ketuanan Melayu'nya. Kali ini mereka akan tahu sejauh mana `tuan'nya mereka di tanahair sendiri.

Pada hari tersebut, satu kempen `Kembalikan Air Kami' akan diadakan dan satu memorandum akan diserahkan kepada Ke Bawah Duli YMM Seri Paduka di Istana Negara. Bukan untuk membuat kecuh atau ingin menunjuk kekuatan, tetapi hanya untuk mengadu nasib ke bawah Duli YMM Tuanku. Maka, usah lagi difikirkan samada kita ini ahli atau penyokong Umno, PKR, PAS, DAP atau parti apa pun, yang penting tuntutan kita bersama ini adalah untuk faedah bersama.

Jika kadar bil air dinaikkan, bukan ahli PKR atau PAS juga DAP sahaja yang terpaksa membayar, tetapi seluruh rakyat di Negeri Selangor akan terlibat. Untuk menzahirkan kita ini `tuan' kepada negeri atau negara ini, maka tiada jalan lain kita terpaksa menghentikan hasrat pihak yang mahu `mencekik' darah rakyat ini.

Baru-baru beberapa hari minyak telah pun dinaikkan. Ada yang dangkal menyebut, minyak RON 97 dinaikkan tidak mengapa kerana majoriti rakyat menggunakan minyak Ron 95. Persoalannya, sampai bila kita ingin diperbodohkan? Tergamak kerajaan membiarkan rakyat menikmati minyak kualiti sedemikian sedangkan minyak yang ada di perut bumi negara ini hak rakyat bersama. Di dalam isu minyak, kerajaan berani berbuat apa saja asalkan kita masih berfikiran cetek.

Sekarang isu air pula. Bersusah payah Kerajaan Negeri Selangor memikirkan kaedah tertentu untuk memberi nikmat kepada rakyat agar air yang diturunkan oleh Allah ini dapat dinikmati oleh semua. Tiba-tiba ada pihak yang ingin `berniaga' dengan mencari untung berlebihan hasil dari nikmat Allah ini. Mereka akan berbuat apa sahaja asalkan mereka boleh hidup mewah dengan `menghisap darah' rakyat. Masakan kita masih berdiam diri juga?

Ayuh, kita masih ada tempat untuk mengadu. Kita mengadu ke bawah Duli YMM Tuanku, kemudiannya kita akan mengadu kepada yang Maha Esa. Berdoalah agar mereka yang `merompak' air ini agar terbuka hatinya sebelum mati di mana liang lahadnya nanti ditenggelami air./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM?

Posted: 01 Dec 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEDIKIT untuk saya mengulas apa yang ditulis oleh BatuApi di dalam blognya. Beliau mengulas tentang apa yang saya ulas terhadap tulisan seorang lagi penulis, dan akhirnya saya dan juga Penulis yang saya ulas dipanggil `anak-anak api dalam serkam' oleh BatuApi.

Saya juga tidak berminat asalnya untuk membincangkan siapakah yang patut mengetuai PR atau menjadi PM jika PR berkuasa. Tulisan saya itu sekadar untuk menjawab tulisan rakan saya yang banyak memperlekehkan PKR serta mengungkit-ngungkit kisah lalu. Itu yang menyebabkan saya terasa untuk menulis.

Seperti juga BatuApi yang tidak habis-habis menyebut isu UG, Anti Hadi dan sebagainya. Untuk apa? Saya faham kerana BatuApi ingin menjawab segala tuduhan tentang isu tersebut, walaupun saya merasakan isu ini sudah lama tidak dimainkan. Namun, di dalam mengulas tulisan saya itu pun BatuApi sempat selitkan pasal UG. Jadi, saya pun bertujuan begitu juga kerana saya rasa tidak manis jika kita sibuk bercerita tentang parti kita lebih layak jadi ketua, parti kita lebih banyak berjasa dan sebagainya. Tentu BatuApi pun bertujuan begitu mengapa beliau terlalu fobia dengan sesiapa jua yang menyebut UG.

Jika kesemuanya ini difikirkan, tentu kita bertiga termasuk BatuApi boleh digelar `anak-anak api dalam serkam'. Tidak kah begitu?/wfauzdin.blogspot.com

KERIS TELANJANG UMNO UMPAMA KERIS PENGANTIN

Posted: 01 Dec 2010 09:00 PM PST

Ketuanan Islam: Alternatif yang enggan difikirkan?

Oleh: Nasrudin Hassan

Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor .

Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini .

Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat .

Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting :

A. ] Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .UMNO dan BN awal - awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh.

Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? .

Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri .

B. ] Tidak salah perjuangkan bangsa dan pertahankannya sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan .Melalui perlembagaan Malaysia yang sedia ada telah dimaktubkan hak keistemewaan orang melayu . Saya tidak prejudis mengenainya bahkan mempertahankan hak bangsa dan berbangga dengan bangsa kita melayu juga adalah adalah suatu yang tidak bertentangan dengan Islam . Sebagaimana nabi saw sendiri berbangga sebagai bangsa Arab Quraisy .

Terutama majoriti penduduk negara ini ialah melayu dan mereka pula rata - ratanya masih perlu pembelaan kerana taraf hidup yang rendah angkara amalan kronisme dan dasar ekonomi yang korup oleh kerajaan UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu .[ Lantaran selama ini hanya segelintir melayu yang kaya raya dan harta negara berlegar dari kalangan pembesar dan kroni mereka. ]

Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa yang saya maksudkan tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba . Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang.

C. ] Saya mencadangkan Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu tajaan UMNO dan BN .Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua .Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim yang rata - rata pemimpin Pakatan Rakyat termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam .

Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah .

Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan Islam . Saya menegaskan demikian bukan bermakna Islam memaksa manusia menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka.

Seperti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadikan Khlaifah Umar bin Abdul Aziz sebagai idola dan contoh kepimpinannya , maka perlu difahami bahawa Khalifah umar bin Abdul Aziz menjadi hebat kerana Islam yang diyakininya./DetikDaily

CHEGU BARD KELUAR PKR ? TINGGINYA HARAPAN MEREKA

Posted: 01 Dec 2010 07:00 PM PST

Bekas MPP Keadilan dan calon Angkatan Muda keluar parti

Tuesday, 30 November 2010
Image
Bekas MPP Keadilan dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin di beritakan akan meninggalkan PKR setelah berhempas pulas memimpin parti itu dan juga menerajui gerakan reformasi.

Chegubard yang lantang dalam isu-isu khususnya Altantuya dan amat agresif dalam reformasi jalanan diberitakan akan meninggalkan perjuangan PKR. Sumber mengatakan Badrul telah dijanjikan Anwar Ibrahim jawatan tinggi (merujuk kepada ucapan Anwar Ibrahim pada konvensyen PKR baru-baru ini) dalam Parti Keadilan Rakyat sungguhpun tewas dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan tetapi menolak tawaran tersebut.

Badrul baru-baru ini menjadi tumpuan bila surat yang ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat mengenai kepincangan pemilihan mengakui bahawa surat itu adalah surat beliau tetapi BUKAN untuk tatapan umum, hari ini dikatakan tidak menghadiri konvensyen parti Keadilan baru-baru ini. Tindakan tidak menghadiri konvensyen itu menguarkan spekulasi bahawa Badrul Hisham akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Sumber – sumber lain apabila ditanya oleh www.umno-reform2.com mengatakan bahawa hubungan dengan Badrul terputus sejak hari kedua Konvensyen.

Meninggalkan perjuangan PKR juga dikatakan akan memberi impak kuat kepada gerakan reformasi jalanan PKR. Badrul begitu aktif dalam menyertai demonstrasi jalanan dan dikatakan adalah pejuang reformasi radikal jalanan. Sumber lain turut memaklumkan bahawa Badrul mendapat sokongan beberapa aktivis reformasi yang lain dan semestinya gerakan reformasi jalanan akan terganggu akibat penarikan diri Badrul dari PKR. Setakat ini masih tidak jelas sama ada Badrul akan menyertai UMNO sungguhpun desas desus itu sudah mula kedengaran.

Pihak kami turut dimaklumkan Badrul yang agak rapat dengan kami sebelum ini tidak dapat dihubungi untuk tujuan memberi komen mengenai kedudukan beliau dalam PKR. Selain dari itu ramai mereka yang berada dalam PKR mengakui bahawa terdapat kepincangan dalam pemilihan untuk semua jawatan khususnya Ketua Angkatan Muda dan Timbalan Presiden. Mereka mengatakan Anwar Ibrahim melanggar semua ruangan semata-mata untuk menjayakan Azmin Ali serta kumpulan mereka.

Azmin yang sering mendapat perhatian emas Anwar Ibrahim dikatakan adalah punca bagi mereka yang meninggalkan PKR dan keadaan ini dikatakan amat berlarutan. Ke mana Badrul Hisham Shahrin akan tuju sekiranya beliau meninggalkan PKR. Adakah UMNO pilihannya?/Umno-reform2

`3 A' LEBIH BERMARUAH DARI `2 Z'.....

Posted: 01 Dec 2010 04:00 PM PST

Oleh: Mandor
APA kata Zul Kulim firaun besar di dalam blognya, begini bunyinya, "Bagi teman, kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini.(zul4kulim.blogspot.com)

Pakatan `3 A' yang dimaksudkan oleh Zul firaun besar ini adalah Anwar, Azizah dan Azmin. Kenyataan di atas yang dipetik dari blog Zul firaun besar adalah lanjutan dari modal sahabat karibnya Zahrain. Mereka terkenal juga dengan `2 Z' iaitu Zul firaun besar dan Zahrain. Bezanya `3 A' lebih bermaruah dari `2 Z' yang duduk di kerusi yang di`haram'kan oleh pengundi-pengundinya. Tetapi kerana muka tak tahu malu dan mahu cari makan maka menenggek lagi mereka di situ,

Sebelum mahu suruh DS Anwar pulangkan kesemua anugerah yang mereka sebutkan itu, cuba tengok dulu `punggung' mereka duduk di atas kerusi siapa? Jika ada maruah, pulangkan dulu kerusi itu sebelum menyuruh DS Anwar pulangkan anugerah. Raja-Raja tidak minta suruh pulang, mengapa DS Anwar perlu biadab dan ego mahu pulangkan? Sedangkan kamu `2 Z', rakyat sudah lama suruh kamu pulangkan kerusi itu, mengapa tidak dipulangkan? Takut tidak boleh makan kah anak bini kamu?

Aku malas mahu tulis banyak-banyak, aku nak tunggu `2 Z' ni jawab mengapa mereka masih menenggek kat kerusi itu./mandor.blogspot.com

KETUANAN MELAYU - NIK AZIZ PERTAHAN PRESIDEN PKR

Posted: 01 Dec 2010 02:26 PM PST

Islam lebih besar: Nik Aziz

PASIR MAS - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep ketuanan Melayu di negara ini.

Menurutnya, memperteguh agama Islam adalah lebih penting berbanding mempertahankan konsep ketuanan Melayu yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.

"Menggunakan nama Islam ini lebih mustahak dan diterima oleh bangsa lain serta tidak menimbulkan permasalahan. Bangsa Cina atau India dan sebagainya yang masuk Islam boleh menerima agama ini berbanding ketuanan Melayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran di Kampung Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, ADUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Wan Azizah pada Kongres Nasional PKR Ahad lalu yang mahukan konsep ketuanan Melayu dihapuskan supaya anak dapat membesar dengan visi ' bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah'.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya masyarakat sering menggunakan perkataan ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain mahukan bangsa mereka diangkat seperti mana bangsa Melayu.

"Dengan menggunakan ketuanan Islam ini, tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka. Itulah kelebihan Islam yang boleh diterima semua bangsa tanpa ada sebarang masalah," katanya.

Mengenai ketuanan Melayu yang ditinggalkan Pakatan Rakyat (PR), Nik Aziz berkata, "Bumi yang dipijak hari ini adalah Tanah Melayu dan kini sudah ditukar kepada Malaysia serta pertukaran nama itu sudah lama berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz menegaskan bantuan yang mahu diberi kepada mangsa yang menerima bencana tidak mengira kebakaran ataupun banjir ini, tidak boleh meletakkan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri.

"Bantuan ini haruslah datang dari ahli keluarga, jiran dan sebagainya dan kerajaan ini adalah pihak yang ketiga memberi bantuan.

"Kita perlulah menghulurkan bantuan sesama manusia dan berkorban dalam membantu mereka yang menghulurkan serta tidak mengharapkan sumbangan daripada kerajaan semata-mata," katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam.

Beliau berkata, hidup susah dan senang adalah lumrah manusia dan bagi mereka yang mempunyai rezeki yang lebih, boleh disumbangkan kepada mereka yang ditimpa bencana.

Katanya, memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah persediaan untuk akhirat./Sinar

NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ?

Posted: 01 Dec 2010 01:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno.

Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang. Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR.

Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM?

Posted: 01 Dec 2010 08:37 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEDIKIT untuk saya mengulas apa yang ditulis oleh BatuApi di dalam blognya. Beliau mengulas tentang apa yang saya ulas terhadap tulisan seorang lagi penulis, dan akhirnya saya dan juga Penulis yang saya ulas dipanggil `anak-anak api dalam serkam' oleh BatuApi.

Saya juga tidak berminat asalnya untuk membincangkan siapakah yang patut mengetuai PR atau menjadi PM jika PR berkuasa. Tulisan saya itu sekadar untuk menjawab tulisan rakan saya yang banyak memperlekehkan PKR serta mengungkit-ngungkit kisah lalu. Itu yang menyebabkan saya terasa untuk menulis.

Seperti juga BatuApi yang tidak habis-habis menyebut isu UG, Anti Hadi dan sebagainya. Untuk apa? Saya faham kerana BatuApi ingin menjawab segala tuduhan tentang isu tersebut, walaupun saya merasakan isu ini sudah lama tidak dimainkan. Namun, di dalam mengulas tulisan saya itu pun BatuApi sempat selitkan pasal UG. Jadi, saya pun bertujuan begitu juga kerana saya rasa tidak manis jika kita sibuk bercerita tentang parti kita lebih layak jadi ketua, parti kita lebih banyak berjasa dan sebagainya. Tentu BatuApi pun bertujuan begitu mengapa beliau terlalu fobia dengan sesiapa jua yang menyebut UG.

Jika kesemuanya ini difikirkan, tentu kita bertiga termasuk BatuApi boleh digelar `anak-anak api dalam serkam'. Tidak kah begitu?/wfauzdin.blogspot.com

TPM - NIK AZIZ SEDIA TERIMA DAP KERANA.....

Posted: 01 Dec 2010 07:54 AM PST

Nik Aziz sedia terima Kit Siang sebagai TPM

Dis 1, 10 6:45pm

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz shake hand with limkit siangNik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.

"Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa.

"Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam.

Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul.

"Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur," katanya./Malaysiakini

PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN

Posted: 01 Dec 2010 01:00 AM PST

OLEH: WFAUZDIN NS

MAKA terserlah lagi kejahilan pemimpin Umno berkaitan agama, apabila Ketua Umno Bahagian Kota Raja iaitu Ir Kamaruzzaman Johari bangkit mengulas isu ketuanan Melayu. Apabila ramai pemimpin Umno mengulas isu tersebut, beliau pun ingin mengulas tetapi ingin nampak hebat maka dikaitkan isu ketuanan Melayu dengan Islam. Cabaran beliau kepada PAS untuk Justify Fullmendapat reaksi PAS di dalam isu ini ternyata mempamirkan kejahilannya. Baca kenyataan beliau di sini.

Hajatnya mungkin untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, kerana Presiden PKR yang mula menyentuh isu ini semasa Kongres PKR baru-baru ini. Sebenarnya Ketua Umno tersebut tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah, bertambah lagi beliau tidak faham apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan teramat jahilnya beliau tentang dasar perjuangan PAS. Apa kena mengena ketuanan Melayu dengan dasar PAS? PAS bukan dasarnya Kebangsaan, PAS dasarnya Islam dan Islam itu lebih menyeluruh melangkaui kaum. Itu beliau kena faham dahulu sebelum ingin mencabar PAS.

Lebih menyesatkan lagi, beliau menyebut, "Sekiranya Pas ikhlas mempunyai agenda mahu memperjuangkan agama Islam di negara ini, mereka harus terlebih dahulu ada tanggungjawab dan peranan membela nasib orang Melayu yang beragama Islam bukannya terlibat sama dengan idealisme PKR menghumban Ketuanan Melayu," katanya (Sinar). Maksudnya, Melayu adalah penentu kepada Islam? Ertikata, Islam kena bergantung dengan kaum Melayu? Mati Melayu, maka hancurlah Islam?

Di mana pemimpin Umno ini belajar saya tidak tahu. Selama 50 tahun lebih Umno berjuang untuk Melayu kununnya, tetapi di mana kedudukan Islam sekarang? Cuma sekadar diletakkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, itu sahajakah perjuangan Umno? Teramat sesat lagi menyesatkan orang yang mendakwa bahawa jika ingin lihat Islam kuat dan berdaulat, kena kuatkan kaum Melayu dahulu. Ini memberi erti Islam itu berada di bawah telapak kaki kaum Melayu, dan pandangan ini satu pandangan yang teramat jahil lagi sesat.

Jika beginilah kefahaman beliau terhadap Islam, lebih baik beliau tidak perlu bercakap lagi. Kita bimbang, percakapannya nanti akan merosakkan akidahnya sendiri dan menyesatkan golongan yang jahil. Orang seperti inilah yang ahli-ahli Umno mahu angkat sebagai pemimpin mereka.

Oleh yang demikian, tidak perlu PAS menjawab cabaran dari pemimpin Umno ini kerana cabaran beliau itu sendiri sudah cukup menyesatkan. Sebab itu jangan hairan mengapa PAS tidak mahu bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Mahathir pernah cuba buang anaknya(sumber blogger umno yg anti-mahathir)

Posted: 01 Dec 2010 10:40 PM PST

jangan main2...ini pak det pandai main lidah tau..frenh kiss champion tau...terer kanilingus ni....ahahahahahahaahahaha....hidup kedah!!. .ahahahahahaaktuih..ini lidah la jugak yg suka temberang......ada bran??

yg tak baca surat khabar..

sila baca surat khabar..

itu tajuk saja kasi saspen..

mahathir tetap seorang bapa penyayang..

dr mahathir kata..

ini malaysia belum cukup pengetahahuan dalam mengendali sisa buangan nuklear..

kontranya...

betul ke kata2 mahathir ni?

malaysia ini ramai cerdik pandai..

jadi engineer dalam pelbagai bidang..

mekanikal,teknikal,elektrikal,robotikal,praktikal dan macam2 lagi praktikal,

semuanya lahir setiap tahun dengan mendapat ijazah..

malaysia juga ada fdi..

malaysia juga ada internet broadband..

semua maklumat boleh masuk keluar..

takkan la nk adjust sisa nuklear ni satu isu plak..

malaysia dah penah lancar satelit ke angkasa..

ini kan pula nk adjust sisa nukelar..

kalau cam tu ...

aku nk soal..

cukupkah pengetahuan malaysia dalam bidang teknologi nuklear?

yg sampai nak menjana elektrik dari plutonium?

nanti bertambah kaya la rusia dan negara2 pengeluar uranium dan plutonium..

nnti najib leh bawak isterinya ke kanada australia dan rusia..

kononnya tujuannya untuk berunding pasal pembelian uranium..

ideanya..

kerajaan bn sedang was2 dalam usaha teknologi nuklear..

dan mahathir pulak bukak mulut untuk buat2 alasan..

sama jugak ngn kes menara warisan..

pumpang2

last2 najib announce pnb akan teruskan kalau mempunya daya komersial..

mmg sial..

Anwar Ibrahim bakal bubar PKR,serah borang keahlian UMNO Januari 2011 di sebuah kongres di PWTC(SERIUS:sumber blogger UMNO dan Berita Hairan)

Posted: 01 Dec 2010 06:15 AM PST

control hensem encik anwar oi..control...ahaha posing sakan tu...ahahahahahahahaha

yg tak baca surat khabar..

sila baca atau beli surat khabar..

berita hairan hari ini punya khabar..

ketua umum barisan bertindak perpaduan melayu..

osman abu bakar

lebih kurang cam anwar ibrahim la..

jawatan ketua umum wa cakap lu..

mengumumkan bahwa satu kongres..

bukan kongres pkr

tetapi kongres perpaduan melayu akan diadakan januari depan..

dekat mana..

dekat PWTC..

tempat perhimpunan setan..

dia menjemput para mahsiswa,ahli2 ngo dan semua ahli politik tak kira pembangkang mahupun barisan..

untuk datang beramai2 bermusyawarah bermuzakarah pasal hal ehwal melayu dan Islam..

dia juga turut mengundan ketua umum pkr kita.,.

yg hensem dan masih tegap..walaupun pernah matanya lebam

tak lain tk bukan,anwar ibrahim mp permatang pauh..

kontranya..

mahukah anwar ibrahim pergi semula ke pwtc?

kem lamanya..

bagaimana pula dengan saiful bukhari

ketua umum mangsa liwat kebangsaan malaysia?

adakah dia juga turut dijemput..

kita tunggu januari 2011..

ahahahahahahahahahahaahhahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahaahhaahah

kalam Perantau

kalam Perantau


kenapa u tak rogol i?

Posted: 01 Dec 2010 04:09 AM PST

Oleh : Hilmi Halim    

Kisah benar ini  berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).

Dia pun tanya perogol itu..

"Why don't you do anything to  me on that night even though you know that I'm alone?"

(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim."

(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


'Ketuanan Islam' lebih penting - TGNA

Posted: 01 Dec 2010 09:19 PM PST

PASIR MAS: 'Ketuanan Islam' lebih penting dan perlu diutamakan berbanding ketuanan-ketuanan lain, termasuk Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada pihak menggunakan 'Ketuanan Melayu' sebagai sumber perjuangan mereka, sudah tentu akan ada pihak lain mahukan bangsa mereka (Cina dan India) diangkat seperti mana bangsa Melayu.

Beliau menegaskan perkara ini kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini semalam.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, menggunakan nama Islam lebih benar dan diterima oleh bangsa lain serta tidak menimbulkan sebarang masalah dan kontroversi.

"Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding 'Ketuanan Melayu' yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa (Melayu) sahaja apabila mereka menerima Islam kelak," ujar beliau.

Mengulas mengenai kesediaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuang slogan 'Ketuanan Melayu' dalam kongres parti, Nik Aziz berkata, dengan menggunakan 'Ketuanan Islam', tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya ia diterima baik oleh mereka.

Hanya Islam perlu didaulatkan

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib menegaskan isu 'Ketuanan' mempunyai ikatan akidah kerana ia melibatkan soal kedaulatan.

Beliau memberitahu Harakah dalam sesi wawancara khas di Gombak, 30 November lalu, penggunaan istilah 'Ketuanan Islam' lebih tepat dan mendasari ajaran Islam kerana hanya Islam sahaja perlu didaulatkan bukannya bangsa.

"Jika bangsa didaulatkan, menjadi 'tuan' sudah tentulah ia mengundang kemarahan bangsa lain yang juga mahu menjadi 'tuan'.

"Oleh itu Islam datang untuk meleraikannya dan mengesyorkan keadilan terhadap semua bangsa di dunia ini termasuklah di Malaysia. Islam bukan milik Melayu, bukan milik India dan bukan milik Cina. Malah bukan milik mana-mana bangsa pun di dunia ini.

Katanya, selain dari 'Ketuanan Islam', tiada ketuanan lain yang lebih mulia dan dihormati. Sebaliknya, ketuanan-ketuanan lain itu akan menimbulkan pelbagai konflik kerana ia menentang fitrah sunatullah. - FMT

Dua pelajar IPTA bersekedudukan cuba buang bayi

Posted: 01 Dec 2010 03:51 PM PST

KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.

Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.

Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.

Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.

Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

"Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. "Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

"Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.

Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.

"Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991," katanya.

Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali - myMetro

Mai tengok sebab apa umno tangguh pemilihan MT

Posted: 01 Dec 2010 05:43 AM PST

Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Keputusan Umno menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan sehingga tahun 2012 mungkin memberi petanda parti itu mahu menyembunyikan kelemahan krisis dalamannya sementara menghadapi pilihan raya Sarawak dan umum (PRU) dalam masa terdekat.

Pengajaran daripada proses 'ketelusan' pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhirnya hanya menampakkan kelemahan sendiri,

Umno dilihat mengambil langkah selamat untuk menunda pemilihan yang sepatutnya berakhir pada tahun depan bagi memberi laluan kepada pimpinan baru meneraju parti sepanjang penggal 2011/2014.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P Sivamurugan berkata, penangguhan itu menguatkan lagi spekulasi tentang tarikh pilihan raya Sarawak yang dijangka berlaku seawal Mac tahun depan manakala PRU 13 pula diramalkan pada suku terakhir tahun yang sama.

Menyifatkannya sebagai satu percaturan yang baik bagi mengelak Umno kehilangan sokongan rakyat serta pengaruh antara parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya nanti, Sivamurugan bagaimanapun berkata keputusan itu umpama 'ubat penahan sakit' yang hanya bersifat sementara.

"Saya percaya keputusan Umno itu mungkin hendak mengelak permusuhan dalaman parti yang boleh mengganggu peluang BN memenangi pilihan raya.

"Untuk memenangi sesuatu pilihan raya tak semestinya perlu bergantung kepada kelemahan parti lawan.

"Kalau Umno tak bertindak sebegini mungkin mereka berhadapan krisis dalaman yang serius sebab kalau parti sendiri tak kuat bagaimana nak lawan pihak musuh (dalam pilihan raya)," katanya kepada FMT hari ini.

Umno enggan amal budaya politik terbuka

Pendapat sama turut disokong Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang secara terbuka mengkritik Umno kerana masih enggan mengamalkan budaya keterbukaan politik untuk setiap ahlinya.

Membandingkannya dengan PKR yang mengamalkan sistem pemilihan demokrasi satu ahli satu undi, kedegilan Umno mengekalkan 'status quo' katanya hanya menampakkan lagi tanda-tanda wujudnya pergelutan antara 'kem Najib' dan 'kem Muhyiddin' dalam parti itu.

Aziz juga berkata, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bimbang kedudukannya akan terancam jika pemilihan MT Umno akan diteruskan kerana sukar meletakkan calon pilihan semasa pilihan raya nanti sekaligus menghalangnya daripada terus mengekalkan kuasa dalam parti.

Ini kerana katanya 'pertarungan' dalam pemilihan MT Umno itu nanti bakal menjadi tiket penting bagi pemenang dan barisan pilihannya menerajui parti itu sekaligus menjadi kuasa penentu dengan parti komponen lain dalam BN.

"Jika mereka meneruskan pemilihan MT Umno, individu yang memenanginya ada kuasa besar untuk mengukuhkan pengaruh dan menentukan individu yang berada dalam badan kuasa perundangan (Parlimen) dan eksekutif (Kabinet).

Masalah budaya politik naungan

"Umno sejak dari dulu lagi terkenal dengan masalah budaya politik naungan dan cantas-mencantas sesama ahlinya.

"Hala tuju politik mereka tidak akan kemana-mana jika sistem pemilihan 'autokrasi' mereka masih tetap tidak berubah," katanya.

Hal ini ditambah dengan pandangan Dr Sivamurugan yang berpendapat parti 'Ketuanan Melayu' itu masih belum bersedia menghadapi pilihan raya yang sama.

Ini kerana katanya berdasarkan keputusan mesyuarat tertinggi Umno semalam yang mahu mengadakan rombakan dalam badan perhubungan negeri, kursus cawangan kepada ahlinya serta merancang mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang pencapaian yang dilakukan BN sejak tahun 2008.

"Mereka perlukan masa…begitu juga dengan MIC yang mahu melihat sama ada presiden barunya Datuk G Palanivel mampu menerajui parti dengan baik dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi masyarakat India dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Namun beliau percaya MIC mungkin 'terselamat' daripada tekanan krisis pemilihan yang boleh menggugat imej BN untuk menghadapi PRU 13 memandangkan parti itu akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2012.

Dr Aziz bagaimanapun menolak pendapat penangguhan pemilihan MT Umno itu adalah satu langkah yang baik untuk parti itu terus kekal relevan sebagai parti yang mempertahankan kedudukan kaumnya dalam Perlembagaan.

"Tidak semestinya langkah (penangguhan) itu baik jika politik dalaman Umno masih ditahap lama malah ia akan terus menjadi barah dan membusung sehingga tidak mampu diselamatkan lagi," katanya.

Isu nasional

Pendapat Dr Aziz itu disokong dengan kenyataan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa penangguhan pemilihan MT Umno itu tidak akan memberi impak yang besar kepada keputusan pilihan raya Sarawak dan PRU 13 sekiranya isu nasional masih tidak dapat diselesaikan.

Beliau merujuk isu nasional kepada masalah kestabilan ekonomi negara, isu Sabah dan Sarawak, keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ketelusan kerajaan BN memerangi rasuah serta beberapa isu lain yang membelenggu negara sejak tahun 2008.

Tokoh ekonomi itu berkata, apa yang penting adalah prestasi yang dibuktikan serta manifesto yang sudah dilaksanakan barisan kepimpinan Najib sejak PRU 12 yang lalu.

"Rakyat bukannya mahu melihat politik perkauman terus dimainkan untuk memenangi sesebuah pilihan raya kerana mereka tahu politik sempit itu hanya akan menimbulkan ketidakharmonian pemerintahan demokrasi negara.

"Sebaliknya rakyat sekarang sudah celik dan bijak menilai apa yang kerajaan BN janjikan selama ini untuk membela rakyat dan memajukan ekonomi negara," katanya. - FMT

PRU 13 Mac depan - DSAI

Posted: 01 Dec 2010 12:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini.

Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.

"Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR," kata Anwar kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu.

Ketua Pembangkang itu juga menggesa Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) patut menyatakan tarikh awal mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, Mac atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan... saya letakkan persoalan ini dan cabar perdana menteri kerana sudah ada petanda bahawa beliau mahukan pilihan raya umum lebih awal," katanya.

Dengan merujuk kepada kecaman Umno-BN mengenai kekecohan dan kelemahan mengadakan pemilihan secara langsung yang pertama baru-baru ini, Anwar menambah, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Najib mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Malam tadi, Najib berkata Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat – pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan bagi mengelakkan 2011 berubah menjadi tahun "medan pergelutan politik".

Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti," katan Presiden Umno ini.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. - TMI

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Dana Kata Ber"Hantu" yang mem"beku"kan..

Posted: 01 Dec 2010 07:49 PM PST

"sapa pandai tangkap "momok"..try cari sat..nak tengok cmna rupanya"

usinkata;..Belegar dikepala mencari sebab musabab kenapa Najib dan MTnya menangguhkan pemilihan jawatan UMNO disemua peringkat selama 18 bulan..
Macam-macam ayat-ayat berhantu yg keluar dari halkum baik ahli parti UMNO sendiri mahupun bukan ahli terutamanya penyokong PR khusunya PKR..
Hati ini percaya..ramai sekali penyokong PR khususnya PKR kecewa UMNO "kecut teloq" utk meneruskan pemilihan jawatan disemua peringkat.Ini kerana para penyokong PR-PKR terlepas peluang utk menyerang UMNO sepertimana UMNO menerusi semua media yg menjadi kuda tungganganya melumatkan PKR saban hari sehinggalah setelah selesai Kongres PKR..

UMNO dan ahli-ahlinya bernasib baik..tetapi "jerat takan lupakan pelanduk"

Kata Ber"hantu"

Ini antara kata ber"hantu" yg dipercayai menghalang pemilihan jawatan UMNO disetiap peringkat.
Ayat berhantu ini iaitu Najib dibayangi "momok" sudah diketahui oleh seluruh umat melayu dan rakyat Malaysia..dan susuk"momok" itu sendiri tidak lain tidak bukan Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin.
Dan kata ber"hantu" ini diutarakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar..

petikan MalaysianInsider

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Najib mungkin takut hilang sokongan sebagai Presiden Umno sekiranya pemilihan secara langsung dilaksanakan seperti yang dijadualkan awal tahun depan Ini kerana menurut beliau dasar liberalisasi politik dan ekonomi yang diperkenalkan .Najib sejak menjadi Perdana Menteri April tahun lalu seakan menggamit protes senyap daripada akar umbi Umno sendiri

"Najib sebenarnya nak pastikan bahawa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti beliau kekal sebagai Perdana Menteri "Mungkin selepas beberapa dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang dilaksanakannya sebelum ini dia Najib berasa sedang menerima protes dalaman Umno sendiri Ditambah dengan karisme Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang dilihat tegar mempertahan kepentingan Melayu serta pernah mempersoal hala tuju gagasan "1 Malaysia"

Najib sebelum ini Mahfuz yakin bahawa pertimbangan politik Najib kian mencemaskan sekarang

"Najib mungkin bertambah cemas apabila akar umbi Umno melihat Muhyiddin sekarang lebih 'Umno' daripada Najib

Mahfuz berkata pendirian Muhyiddin bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia Najib

"Najib menghitung semua ini sekarang kerana jika diadakan juga pemilihan agung Umno juga boleh menyebabkan beliau Najib hilang jawatan dalam parti presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional dan dalam kerajaan perdana menteri "

Tambah Mahfuz Najib sendiri mungkin yakin bahawa BN kekal mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum depan berdasarkan beberapa perubahan politik yang ditempuhi oleh PAS DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat Disebabkan itu Mahfuz berkata Najib tidak mahu dikhianati oleh Muhyiddin pada ketika rakyat menyokong Umno dan BN

 "Kalau Barisan Nasional kekal memerintah selepas pilihan raya umum nanti mungkin Najib mempunyai kekuatan politik untuk mempertahankan jawatannya presiden Umno dari dikhianati oleh kem Muhyiddin bagaimana kalau Najib kalah jika pemilihan agung Umno 2011 diadakan sekarang Pun begitu sekiranya Umno dan BN ditolak rakyat nanti mungkin Najib sendiri pasrah sekiranya akar umbi parti menolaknya pada pemilihan tersebut

 "Kalau Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum depan mungkin tidak masalah bagi Najib jika hilang kepercayaan sebagai Presiden Umno ".

Kata-kata ber"hantu" yg diutarakan oleh Mahfuz seakan selari dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO iaitu Muhyidin Yassin dan kenyataan itu dilaporkan didalam Utusan Malaysia yg ramai tahu tidak "sangatlah" memihak kepada Najib didalam isu UMNO..sepertikata Mahfuz..."Muhyidin dilihat lebih UMNO dari Najib"
Dan jangan lupa Utusan Malaysia ini milik UMNO dan bukanya milik bersama BN..

Ahli UMNO diingat tidak buat spekulasi


KUALA LUMPUR 1 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak terutamanya ahli UMNO supaya tidak membuat sebarang spekulasi di atas penangguhan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang sepatutnya berlangsung tahun depan.


Timbalan Presiden UMNO berkata, seperti yang dijelaskan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, penangguhan itu sudah biasa dilakukan bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya ke arah pengukuhan parti.


"Penangguhan ini bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan parti, selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.


"Jadi, jangan buat sebarang spekulasi, yang mustahak keputusan telah dibuat dan jangan fikir soal pemilihan kerana dalam politik bila ada pemilihan, masing-masing mahu dapatkan kedudukan dalam parti.


"Apa yang penting kini, parti kita UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan. Jangan fikir soal jawatan, kedudukan dan sebagainya. Itu akan kita tetapkan pada masa akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara (MTN) di Parlimen di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Dana UBN

Selain dari ayat-ayat ber"hantu" yg menghalang pemilihan jawatan parti UMNO disetiap peringkat selama 18 bulan itu..antara bahan yg membuatkan pemilihan itu dibekukan sudah tentu ianya terdiri daripada DUIT...
Umum tahu ..takala pemilihan jawatan didalam UMNO..politik wang-rasuah politik sudah menjadi kembar bagi UMNO..
Ini bayangan yg diutarakan oleh seorang OKU Selangor (Orang Kuat Umno Selangor) yg ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman didalam Harakahdaily...http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29629:selagi-dana-politik-umno-belum-terisi&catid=86:editor-harakah&Itemid=126

petikan Harakahdaily

 "Aku yakin, Najib Razak tidak akan mengadakan pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Dana atau tabung Umno masih kosong. Belum diisi secukupnya bagi membeli undi rakyat. Mereka perlu masa lebih panjang untuk lancar projek besar dan raih wang panas."


"Mudah saja," katanya, "Umno-BN perlukan duit sehingga ribuan juta ringgit untuk gerakkan jentera kempennya. Duit itu ada dalam projek-projek kerajaan yang kosnya sengaja ditinggikan berkali ganda."


"Bukankah sekarang banyak projek dibuat secara tender terbuka?" pintas saya, nampak sangat macam soalan bodoh.


"Bila pula Najib jadi bodoh macam tu? Semenjak zaman Pak Lah, yang janjikan ketelusan itu pun, banyak projek mega diuruskan secara rundingan terus. Lutfi, bukankah kau juga yang selalu sebut, Umno dan rasuah itu kembar siam yang tak boleh dipisahkan? Hang masih ingat kes Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yackob? Masa SPRM serbu pangsapuri dia di Butterworth, ada wang tunai lebih RM2 juta," jawabnya lancar.


"Itu kes kecil yang kebetulan terbongkar. Banyak lagi duit politik Umno yang terkumpul secara senyap dan diuruskan dengan begitu sistematik, tetapi tidak pernah dikesan," tambah beliau, sambil berjanji akan menjelaskan modus operandinya kepada saya.


"Kau tahu, kebanyakan dana politik Umno ini diuruskan secara rasmi, bukan lagi
di bawah meja? Malah dalam proses rundingan tender dan penentuan harga, peruntukan untuk dana politik Umno ini disebut secara jelas!" sambungnya.

Dari apa yg dihamburkan oleh OKU Selangor itu..bayangkan utk menghadapi PRU 13 UMNO memerlukan berjuta-juta RM utk menyambung talian hayatnya utk mencengkam Malaysia sekali lagi..
Utk itu jika dijalankan juga pemilihan jawatan disetiap peringkat..berapa pula RM jutanya perlu disediakan utk memastikan kemenangan pihak yg inginkan kuasa dan jawatan..
Ini sudah menyebabkan lebihan kos..ini dah double kos..contoh utk Pemilihan Jawatan UMNO 1 juta tambah pula PRU 13 1 juta..ini dah jadi 2 juta..

Disaat-saat dana UMNO dan BN semakin kering..adalah sukar utk menjalani Pemilihan Jawatan UMNO dan PRU13..untuk itu UBN memerlukan banyak lagi waktu utk merembat apa yg ada diMalaysia utk memastikan survival mereka selepas PRU13.
Dan apa yg kita tahu..rembat merembat sedang berjalan..perlukan dipaparkan disini apa yg sedang dirembat oleh UBN..huhuhu...carilah sendiri..jangan jadi malas..

SATU PERMOHONAN..

Posted: 01 Dec 2010 04:53 PM PST


Kepada kawan-kawan dan pengunjung blog "pekak" ini..Saya mewakili kawan saya Muhammad Naim B Muslim (800504-02-5984) ingin memohon bantuan kewangan kepada anda semua..

Ayah kepada Muhammad Naim sekarang berada di wad IJN utk menjalani pembedahan pintasan jantung pada 10.12.2010..

Kos keseluruhan pembedahan ini sebanyak RM 34,000 dan kawan saya ini masih kekurangan RM 3000 lagi..

Diharap saudara-saudari yg sudi menolong kawan saya ini..dapat salurkan bantuan kewangan ke dalam akuan BANK ISLAM diatas nama isterinya;

AKAUN BANK ISLAM - NORHAYATI BINTI AZMI ; 02-020-02-054771-2

utk makluman lanjut..boleh terus menghubungi kawan saya Muhammad Naim No Tel ; 014-3033134