Selasa, 30 November 2010

Anak Bapa

Anak Bapa


Besar Mana Otak Puak-Puak PERKASA?

Posted: 30 Nov 2010 10:46 PM PST


Kalau boleh nak buat tak peduli aje pada segala gelagat puak-puak PERKASA ni. Buang masa dan tenaga kerana puak-puak ini ada otak sebesar guli, itu pun kalau ada. Apa yang mereka fikirkan sabanhari ialah bagaimana nak bergaduh atau memaki hamun dengan orang yang tak sealiran dengan mereka.

Tajuk mereka tak habis-habis tentang perkauman, betapa kononnya Melayu mereka lebih hebat daripada Melayu orang lain. Jika ada yang membawa pendekatan atau gagasan yang berbeza, maka mulalah puak-puak yang tak berotak ini menjerit melalak menuduh golongan berkenaan dengan segala tuduhan yang jijik dan keji. Terbaru apabila Wan Azizah mengenengahkan gagasan Ketuanan Rakyat maka beliau digelar sebagai pelacur politik.

Anak Bapa naik bingung kat mana yang tak kena dengan kenyataan beliau. Jika kita mendakap demokrasi maka benar sekali konsep Ketuanan Rakyat ini. Jika kita mengamalkan sistem kasta maka Ketuanan Melayu jadi relevan sementara bangsa-bangsa lain dianggap rakyat kelas dua.

Hairan juga bila pula orang Melayu jadi tuan. Kalau hak-hak keistimewaan Bumiputera tu kita boleh faham kerana ia termaktub dalam perlembagaan negara, tapi Ketuanan Melayu? Lepas tu tuduh pemimpin PKR telah menghina raja-raja Melayu pula. Kat mana logik hujah mereka Anak Bapa masih tak nampak lagi sampai sekarang. Mungkin puak-puak ini tinggal di planet lain?

Hari ini Dr. Mahathir buat kenyataan kalau konsep 1Malaysia nak berjaya maka seluruh rakyat kena belajar macamana nak lupakan keturunan dan bangsa masing-masing. Jadi Anak Bapa nak tanya puak-puak PERKASA ini kenapa tak maki hamun Dr. Mahathir dan buat laporan polis terhadapnya.

Anak Bapa: Nampak terang lagi bersuluh kaitan antara PERKASA dengan UMNO .......

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Hidup Melayu

Posted: 30 Nov 2010 07:43 AM PST


Bismillahirahmanirrahim..


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, mungkin  puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada kaum yang menghinakannya dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, 

(kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah keimanan dan , sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulahlah orang yang zalim."
surah al Hujurat  ayat 11

Assalamualaikum,salam blogger.
Sekarang satu malaysia dok sibuk pasal ketuanan melayu,kononnya ada pihak yang nak runtuhkan ketuanan melayu nak buang segala hak istimewa orang melayu.Di satu pihak lagi kononnya nak bela melayu ,nak jadi hero melayu.Mengajak rakyat untuk bersama-sama dengan puaknya mempertahankan hak orang melayu.
Betul atau tidak perjuangan kedua-dua pihak ini hanya Allah yang tahu.Mungkin mereka cuma menggunakan isu ni untuk kepentingan politik masing-masing.Untuk mencari pengaruh agar dapat sokongan rakyat.sedangkan dalam hati hanya nak gunakan politik untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Saya nak komen mudah saja.saya tak rasa bangga sedikitpun jadi melayu sebab melayu hanya bangsa berdasarkan keturunan dan warna kulit anugerah Allah sama macam bangsa-bangsa lain.Kita tak pernah berjuang untuk jadi melayu,cina ,india arab.atau apa bangsa sekalipun.saya jadi melayu sebab mak ayah saya melayu.dia cina sebab mak ayah dia cina.Kalau nak bangga dengan bangsa, orang Israel lah yang paling tinggi sekali darjatnya sebab ramai nabi-dan rasul dilantik dikalangan bangsa mereka.tapi
Allah tidak memandang mulia berdasarkan bangsa dan warna kulit.yang mulia disisi Nya hanyalah iman dan taqwa.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa atau harta kamu, tetapi Allah memandang kepada hati kamu" HR Muslim

Jangan bangkitkan kisah sebelum merdeka ,kerana tanah Malaysia ini(dulu tamah melayu) hanya dihuni oleh orang melayu maka melayu jadi tuan.Tapi sekarang kita kena terima hakikat ,keadaan sudah berubah sebab mereka juga rakyat malaysia dan lahir di Malaysia.Adakah kita nak halau semua bangsa-bangsa lain dari bumi malaysia?

Saya lebih bangga jadi orang Islam,sebab islam adalah pilihan kita sendiri,nak jadi Islam kita kena berjuang melawan nafsu syaitan.Kita kena berjuang melawan bisikan dan hasutan musuh-musuh islam yang tak kenal penat lelah setiap hari membelanjakan wang yang banyak untuk memurtadkan kita.Kalau iman tak kuat memang mudah termakan pujukan dan tipudaya mereka.Islamlah yang betul-betul berharga dari bangsa.Berapa ramai melayu kini yang murtad.di malaysia sendiri sudah ada persatuan melayu murtad.

Sekarang mungkin kita boleh buat slogan melayutu Islam dan Islam tu melayu sebab majoriti masyarakat Islam di malaysia adalah melayu,tapi keadaan itu makin berubah sedikit demi sedikit.
Orang melayu makin ramai yang tukar agama,bahkan bangsa cina dan India semakin ramai memeluk Islam.Jika kita masih nak mempertahankan bangsa melayu semata-mata apa akan jadi jika satu hari nanti di malaysia orang dari bangsa lain lebih ramai yang islam dari melayu sendiri.adakah kita masih nak bagi keistimewaan pada melayu murtad dan menafikan hak mualaf semata-mata kerana dia bukan melayu.

Bagi saya lebih baik istimewaan melayu ditukar kepada hak Istimewa Islam tak kira apa bangsa sekalipun asalkan dia islam dia ada hak istimewa.Itu baru betul ikut cara islam.


Cari N3 lama-lama disini

Gempar Di Parlimen Menteri Nyaris Kena Potong Gaji

Posted: 30 Nov 2010 03:13 AM PST


KUALA LUMPUR 30 NOV: Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika
tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.
   
Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 anggota Parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut
berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan.
   
Selain Chin, hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.
   
Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.
   
Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih
daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.
   
Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut',
malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila
diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.
   
Terdahulu Dzulkefly dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai
sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu

gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.
   
Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti
diwujudkan di Thailand.
   
Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian.
   
Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang

bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan.- Bernama.


Cari N3 lama-lama disini

Israel Mahu Bina 625 Rumah Baru

Posted: 30 Nov 2010 02:42 AM PST


30/11/2010 - Pengarah peta dan pusat kajian di Orient House Khalil Tufakji Ahad lalu mendedahkan Israel mahu membina 625 unit rumah baru di penempatan Ze'ev Pisgat,yang didirikan di tanah Palestin dalam daerah Hezma dan Beit Hanina, Baitulmuqaddis timur.

Tufakji berkata rancangan Israel ini bertujuan untuk meluaskan penempatan ini dan membina penempatan Yahudi yang baru, selain membina taman di atas kawasan seluas 300 dunums selepas mendirikan penempatan ini.

Beliau juga menegaskan yang Israel merancang untuk membina landasan kereta api antara Tel Aviv dan penempatan di Tebing Barat bagi menghubungkan penempatan ini dengan kawasn pantai, memisahkan utara dari selatan Tebing Barat dan melakukan pembersihan etnik di daerah lembah Yordan.

http://palestinkini.info/


Cari N3 lama-lama disini

kalam Perantau

kalam Perantau


Antara Lembu Khalid & Lembu Najib. Mana satu rasuah dan Korban?

Posted: 30 Nov 2010 09:31 PM PST

Oleh : Ustaz Saiful Bahri Mamat

Dulu gawat masa Hari raya eidul adha apabila MB Selangor mengagihkan 46 ekor lembu korban untuk HariRaya Adha. Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut. Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak – kawasan Parlimen Abdul Khalid – ketika Hari Raya Korban yang lalu.

Masa itu PR baru menang. Ramai yang nak jadi pahlawan. Para media pun nak tunjuk juara mengampu mereka. Pemuda UMNO ketika menyerang MB Selangor itu memberi sebab dan alasan dengan menyebut amalan korban ni adalah satu amalan yang dikhaskan untuk dilakukan oleh seseorang individu. Amalan korban bukan ditujukan kepada institusi. Kalau suruh institusi yang buat korban, nilai amalan dan pahala tu tuhan nak bagi siapa pulak. Jadi, di sini sudah wujud dua kesalahan.

Pertama melakukan amalan korban tidak mengikut seperti mana tertib yang tuhan syaratkan iaitu kepada individu muslim dengan duit poket sendiri.

Kedua, mengarahkan institusi perbendaharaan kerajaan pula menanggong kos amalan korban bagi pihak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ini adalah satu penipuan serentak yang dilakukan terhadap tuhan dan manusia. Inilah bahananya bila amalan agama pun mahu dijadikan sandaran untuk persembahan politik..

Khalid Ibrahim pula menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak).

Beliau berkata : Kerajaan negeri sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.

"Saya peka dengan tuduhan ini yang dilemparkan tentang menyalahgunakan kuasa dalam isu pembelian 46 lembu untuk program korban diperingkat Perlimen Bandar Tun Razak untuk 46 buah surau dikawasan itu.

"Lembu tersebut sebenarnya disumbangkan oleh sebuah syarikat milik agensi kerajaan negeri" tambahnya ketika diminta mengulas tuduhan ini.

Tegas beliau, dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk membeli lembu-lembu tersebut. Sebaliknya, lembu itu telah didermakan oleh enam anak syarikat dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat.

Entah kenapa SPRM senyap aje isu ini hingga kini. Kot-kot tak boleh makan. Apatah lagi pengerusi GERAK pun dah lompat menyertai PKR. Puak-puak UMNO pun mungkin dah habis suara kot nak menyalak. Tahun ini sunyi sepi. SPRM pun mungkin sibuk, mungkin terlalu banyak kes-kes rasuah?. Ish yang ni tak sempat nak siasat ke?

Eidul Adha 2010: Najib bahagi 659 ekor lembu kepada Umno bahagian Pahang.

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ibadah korban bukanlah diertikan sebagai penyembelihan haiwan semata-mata tetapi perlu diterjemahkan kepada skop yang lebih luas.
Beliau berkata ibadah korban perlu dilihat sebagai suatu konsep yang menuntut setiap umat Islam berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan negara mereka.

“Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop kecil penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas iaitu pada setiap saat dan ketika. “Kita mesti menggandakan korban tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik". katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan lembu-lembu korban untuk Parlimen Pekan di sini, Selasa.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan ketua-ketua Bahagian Umno bahagian di Pahang. Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagih-agihkan kepada 14 bahagian Umno di Pahang dan 55 buah masjid di kawasan Parlimen Pekan- BERNAMA

Hah! Macamana yang ini ni? Apakah makna korban yang lebih luas? Selama ini UMNO faham secara sempit ke? Berjuang atas nama bangsa tu sempit ke luas. Dalam masa yang sama slogan 1 Malaysia, berbilang kaum pulak. Pemimpin UMNO kekadang melarang mencampur adukkan ibadah dan politik. Mereka nakkan sekular. Dah bagi lembu ke Bahagian UMNO di Pekan Pahang tu apa? Lidah mereka ni bercabang berapa sebenarnya? Kekadang tak faham mana satu nak ikut pemimpin-pemimpin UMNO ni bercakap? Inilah bahana apabila si jahil menjadi pemimpin! rakyat akan dilembukan. Mufti dibisukan. Bila berkuasa yang lain menjadi mangsa.

Semoga Eidul-Adha kali ini dapat kita mempertingkatkan perjuangan kita. Bukan hanya sekadar berupaya melakukan pengorbanan terhadap lembu dan kambing sahaja. tetapi mempertingkatkan jihad kita ke arah menegakkan cita-cita Islam di negara tercinta ini.

Jangan lupa kita pakat-pakat korbankan UMNO-BN dalam Pru-13 nanti


Resolusi Persidangan Shah Alam : Meneruskan cita-cita Rakyat

Posted: 30 Nov 2010 04:00 AM PST

Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat
29 November 2010, Shah Alam, Selangor

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan:

  • Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
  • Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai  berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
  • Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
  • Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
  • Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

  • Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
  • Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
  • Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
  • Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
  • Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri.

Komited

Kami selanjutnya komited untuk "meneruskan cita-cita rakyat" berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

  • Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
  • Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
  • Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
  • Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
  • Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
  • Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
  • Menjamin 'security' makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
  • Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam "dana kelab" (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
  • Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan;
  • Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat;  berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri;  dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Menteri Besar Kelantan)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Lim Guan Eng
(Ketua Menteri Pulau Pinang)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak
(Menteri Besar Kedah)


Pakatan perlu ofensif untuk tawan negeri-negeri lain

Posted: 30 Nov 2010 01:00 AM PST

Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat dilihat sebagai membawa kembali Pakatan Rakyat ke landasan yang betul bagi menawan Putrajaya, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

TV Selangor melaporkan Lim juga menolak tanggapan Pakatan Rakyat sudah berkubur dan tidak lagi senada. Malah, katanya, gabungan itu terus erat terutama selepas terbentuknya Resolusi Persidangan Shah Alam, semalam.

“Kita masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia.

"Saya percaya bahawa persidangan kemuncak ini ini merupakan peristiwa penting bagi ‘turn around’ Pakatan Rakyat, ‘turn around’ untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Lim berucap pada sesi penggulungan persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung di kediaman pegawai kerajaan Seksyen 7 di Shah Alam.

Menurut Lim, hanya pertukaran kerajaan dapat menjadikan Malaysia negara demokrasi normal.

Malah katanya, Pakatan Rakyat perlu menjadi ‘ofensif’ dan merampas kembali Perak selain menawan negeri utama seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang serta Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

“Hanya jika ada perubahan radikal yang bermakna perubahan kerajaan. Ia boleh jadi transformasi asas yang besar di negara ini dan inilah harapan yang diberi apabila berlaku tsunami politik dua tahun dulu.

"Untuk pertama kali, rakyat Malaysia melihat kemungkinan perubahan berlaku dan pilihan raya umum depan merupakan saat penting menentukan sama kita dapat menjadi negara demokratik yang normal,” katanya.

Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, rakyat perlu melihat tiada perubahan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai program kononnya telah diperkenalkan sejak 20 bulan beliau menerajui BN.

“Kita lihat saja laporan berita. Setiap hari satu peringatan bahawa keadaan masih tak berubah walau banyak yang diperkatakan mengenai ‘reform’ dan transformasi, samada slogan baru 1Malaysia Najib atau GTP, rancangan negara untuk perbaiki kehidupan, penuhi ‘standard‘ antarabangsa,” katanya.

Hadi: Perbaiki kelemahan

Sementara itu, bagi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu muhasabah atau memeriksa kelemahan dan kekuatan diri bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan mereka.

Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik ini penting agar menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

“Seterusnya marilah kita membuat muhasabah bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan mengambil kekuatan dari perubahan yang telah kita lakukan dalam pilihan raya umum ke-12 dengan kita membina kejayaan itu melalui pencapaian kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan penerusan agenda yang berjaya,” kata Abdul Hadi.

Dakwa ahli parlimen Marang itu lagi, usaha kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang berhadapan serangan dan penindasan kerajaan pusat sehingga semua perbuatan mereka diperhati teliti dan diperbesar media kawalan Umno-BN haruslah menjadi kebanggaan.

“Kerajaan Menteri Besar dan Exco untuk bertahan adalah kejayaan yang perlu dibanggakan. Kita menyedari kita berdepan dengan demokrasi yang salah, tidak tulen dan tak sama rata sehingga kita berdepan dengan amalan federalisme yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak mengikut polisi federalisme yang sebenarnya,” katanya.

Abdul Hadi turut menyelar sikap segelintir pegawai kerajaan negeri yang bersikap tidak profesional dan melakukan sabotaj kerana memihak kepada BN.

“Dalam masa yang sama kita berdepan dengan kakitangan kerajaan yang tidak semuanya bertugas secara profesional. Ada diantaranya mempunyai semangat kepartian, yang menjadi duri dalam daging yang tidak melancarkan jentera kerajaan walau dalam amalan sistem demokrasi.

"Pegawai kerajaan haruslah bekerja di bawah kerajaan parti yang memerintah walaupun apa kepercayaan yang dianut oleh parti itu. Kadang-kadang kita berhadapan dengan hal seperti ini yang tentu menyebabkan Menteri Besar dan Exco tidak selesa menjalankan tugas mereka,” katanya yang berpengalaman mentadbir Terengganu selepas pilihanraya umum 1999.

Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada pilihan raya lalu tetapi kehilangan Perak tahun lalu setelah campur tangan kerajaan Pusat.


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JIKA DS ANWAR PULANGKAN PINGAT DAN GELARAN, ZAHRAIN KATAK MAHU KUTIP ?

Posted: 30 Nov 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SIANG tadi aku ternampak Zahrain katak keluar di muka TV, sebelahnya Zul Kulim firaun besar. Belum beliau bercakap lagi, aku dah tau apa `taik' yang bakal keluar dari mulutnya. Terbukti benar kata aku. Zahrain katak `menasihati' raja-raja agar menarik balik gelaran yang dikurniakan kepada DS Anwar Ibrahim. Alasannya adalah semata-mata `ketololan'nya mengulas isu ketuanan Melayu yang kununnya DS Anwar ini mengkhianat orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Siapa si katak bacul ini untuk mendesak raja-raja Melayu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar? Kerusi yang dia duduk itu pun sepatutnya boleh menebalkan mukanya yang sudah sememangnya tebal itu. Termasuklah si Zul Kulim firaun besar yang duduk di sebelahnya ketika diwawancara oleh media. Betapa bahalolnya Zahrain apabila menyebut sekiranya raja-raja tidak mahu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar, maka DS Anwar hendaklah memulangkan semula gelaran itu. Tidak tahu adab punya MP, dia ingat DS Anwar ini mahu bersifat kurang ajar sepertinya.

Jika jiran kita atau sesiapa sahaja yang menghulurkan buah tangan atau makanan kepada kita, kita hendaklah menerimanya dengan ikhlas dan berterima kasih. Jika kita terima, kemudiannya kita pulangkan semula itu kurang ajar, tidak beradab dan sombong namanya. Yang peliknya, orang lain pula sibuk-sibuk suruh jiran kita minta balik pemberian yang dia beri pada kita atau sibuk-sibuk suruh kita pulangkan kembali pemberian jiran kita itu. Kalau tidak gila, bodoh namanya orang itu. Mungkin itulah yang diajar oleh mak bapak Zahrain kepadanya tentang adab.

Semua orang tahu, sudah beberapa kali DS Anwar sebut sekiranya beliau diminta memulangkan kesemua anugerah atau pingat yang beliau miliki sekarang, beliau akan suruh isterinya DS Wan Azizah siapkan dulang dan kumpulkan kesemua pingat tersebut dan diletakkan di depan pintu pagar. Jika Zahrain teringin, datanglah kutip nanti. Selama ini Zahrain sangka kesemua gelaran yang ada pada DS Anwar itu diminta oleh DS Anwar? Beliau ingat DS Anwar sepertinya yang kuat mengampu dan membodek untuk hidup?

Rakyat menyokong perjuangan DS Anwar bukan kerana gelaran yang ada padanya. Jika diambil kesemuanya pun, tiada sedikit pun kesan ke atas sokongan rakyat terhadap beliau. Terbukti, ketika DS Anwar di dalam Abim kemudian memasuki Umno dengan tanpa gelaran ketika itu, pengaruh DS Anwar sudah cukup kuat. Gelaran tidak boleh membantu apa-apa kepada perjuangan membela nasib rakyat, dan gelaran itu juga tidak akan dibawa ke dalam kubur.

Zahrain katak, sama juga seperti Zul Kulim firaun besar tidak habis-habis busuk hati dan dengki kepada DS Anwar. Inilah di antara contoh orang Melayu yang DS Anwar kata tidak boleh diangkat menjadi `tuan' di dalam negara ini. Ketuanan Melayu seperti Zahrain katak, Zul Kulim firaun besar, Ezam sesumpah dan beberapa orang yang busuk hati itu lah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu dan menjadikan Melayu dilihat tidak bermaruah.

Mereka tiada hujah, lalu keluarlah segala `najis' di dalam perut yang mereka simpan selama ini untuk diluahkan melalui mulut yang Allah anugerahkan kepada mereka. Mereka sepatutnya yang tebal muka menenggek di atas kerusi yang pengundi-pengundinya dahulu tidak redha beliau di situ. Jika mereka benar-benar ada maruah, kosongkan kerusi itu segera. Jawapannya, kirim salam mereka berani berbuat demikian kerana mereka semua adalah dayus dan bacul. / wfauzdin.blogspot.com

BENARKAH DAP AKAN MENJADI TPM JIKA PR MENGUASAI PUTRAJAYA?

Posted: 30 Nov 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tidak tahu samada benar atau tidak bahawa DS Anwar pernah memberi kenyataan bahawa sekiranya PR berjaya menduduki Putrajaya, maka TPM akan diisi oleh Pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Keraguan saya ini timbul kerana isu ini sudah lama dimainkan, dan ternyata ianya tidak benar apabila pemimpin PR menafikan pernah membincangkan isu tersebut. Kali ini, saya tidak mendapat maklumat samada benar atau tidak kenyataan dari Ketua Pembangkang itu.

Apa yang saya dapat maklumat bahawa Presiden PAS menyatakan bahawa isu TPM tidak pernah dibincangkan lagi oleh pimpinan PR setakat ini. Walau bagaimanapun, saya mempunyai pandangan bahawa sekiranya pemimpin DAP ingin dilantik sebagai TPM, maka sudah sewajarnya pemimpin PAS juga mesti diletakkan ke jawatan itu. Itu pun sekiranya DS Anwar ditabalkan menjadi PM. Begitu juga, jika pemimpin PAS dipilih sebagai PM maka sewajarnya juga TPM diisi oleh PKR dan DAP. Ini bermakna jawatan TPM boleh diwujudkan dengan dua jawatan iaitu TPM1 dan TPM II.

Saya yakin sekiranya PR berjaya memerintah Pusat, maka DS Anwar akan dipilih sebagai PM. Oleh itu, jawatan TPM 1 lebih sesuai dan wajar diberi kepada PAS dan TPM II diberi kepada DAP. Ini bermakna jawatan TPM 1 lebih besar kuasanya dari TPM II dengan mewujudkan forfolio yang bersesuaian dengan parti tersebut.

Namun demikian, perbincangan dan sepakatan di dalam PR adalah satu-satunya kaedah yang lebih sesuai untuk mengatasi hal ini. PR dipercayai akan menerima apa jua keputusan asalkan tidak melanggar Perlembagaan yang ditetapkan. Tidak mustahil jika PAS lebih dominan di dalam PRU ke 13 nanti, dan ini tentunya akan memerlukan perbincangan dan keputusan yang berbeza.

Melihat kepada situasi yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang sekarang, hati saya lebih condong untuk menyatakan bahawa jawatan PM nanti adalah milik PAS walaupun saya sejak dahulu lagi ingin melihat DS Anwar berada di kerusi nombor satu kerajaan. Mungkin terlalu awal untuk kita membicarakan hal ini, kerana perjuangan yang bakal kita hadapi masih penuh dengan liku-liku dan cabaran. Apa yang penting, kita mesti sampai ke sasaran kita terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com

ADA `BENDA' DALAM TUBUH CHE PUAN AISHAH ?

Posted: 30 Nov 2010 06:00 PM PST

Agendadaily bersemuka dengan Uncleseekers…dia beri tempoh
21 hari Cik Puan Aishah kahwin

Sewaktu dalam perjalanan turun dari Janda Baik untuk balik ke Kuala Lumpur petang Isnin, masih banyak yang bermain dalam pemikiran kami.

Sebelum itu lebih dua jam saya bersama dua wartawan Agendadaily Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz dan Helme Hanafi serta jurugambar Mohd Hiekal bersemuka dengan Syed Abdullah Alattas yang lebih dikenali sebagai Uncleseekers.

Lelaki berusia 44 tahun ini kebelakangan ini menjadi bahan bualan apabila menulis di laman blognya mengenai hubungannya dengan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Aishah.

Pelik…memang pelik orangnya. Itu yang kami sama-sama dapat simpulkan semasa cuba merumuskan hasil perbualan yang panjang dengannya untuk mencari jawapan kepada berbagai-bagai persoalan yang berbangkit hasil tulisan sebanyak tujuh siri di laman blognya itu.

Anak kepada penulis buku politik terkenal ini, Syed Hussin Alattas, tertawa panjang apabila kami memberitahu ramai pembaca dan kami juga jadi semakin keliru mengenai jalan cerita hubungannya dengan Cik Puan Aishah apabila membaca dari satu siri ke siri yang lain.

Dia nampaknya tidak kisah dan seperti hendak menyerahkan kepada mereka yang membaca laman blognya itu membuat tafsiran sendiri mengenai kisah yang sensasi itu.



"Pembaca bebas untuk membuat tafsiran atau andaian sendiri.... saya tulis apa yang terjadi,'' ujarnya.

Setakat ini sudah berbakul-bakul kutukan daripada pembaca terhadapnya kerana menulis tentang hal itu. Rata-rata mereka merasa martabat seorang bekas Permaisuri Agong perlu dipelihara.

Syed Abdullah sebaliknya mendakwa dia membuka kisah ini semua untuk menggambarkan Cik Puan Aishah juga seorang manusia biasa yang perlu menjalani hidup seperti orang lain sekalipun pernah duduk di atas takhta di Istana Negara.

Lokasinya kami berbual dengannya di Wadi Hana, Janda Baik. Mulai jam 5 petang kami menembak pelbagai soalan kepadanya untuk mengorek lebih dalam mengenai kisahnya dengan Cik Puan Aishah.

Apa yang pasti Syed Abdullah tidak berganjak dari jalan cerita yang digambarkan dalam laman blognya.

Kini yang orang tertunggu-tunggu ialah kemunculan bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang dia dakwa akan buka habis segala-galanya.

Menjawab soalan mengenai buku itu, Syed Abdullah mengakui ia belum siap lagi.




Katanya dia akan siapkan buku itu Sabtu ini - tarikh akhir atau 'deadline' yang dijanjikan dengan pencetak.

Adakah dia nak teruskan juga dengan penerbitan buku itu sekalipun ramai yang mengutuknya.

Uncleseekers ada jawapannya.

Kata Syed Abdullah kepada kami dia bersedia 'tekan brek', yakni hentikan penerbitannya dengan syarat Cik Puan Aishah berkahwin dalam tempoh 21 hari dari sekarang.

'Saya sememangnya mahu mengeluarkan buku yang memuatkan kisah percintaan syyhh.. saya dengan bekas permaisuri itu dalam tempoh 21 hari lagi. Tetapi, saya sedia untuk menahan pengeluaran buku, termasuk menghentikan cetakannya, jika, Aishah berkahwin dalam tempoh itu. Itu janji saya,' katanya. "Ini bermakna, dia (Cik Puan Aisyah) ada 20 hari untuk berbuat demikian. Jika tidak buku itu akan saya keluarkan,' kata Syed Abdullah.

Semasa perbualan itu dia turut menceritakan bibit-bibit pertemuan yang memulakan segala-galanya, termasuk bagaimana dan cara mana dia membantu mengeluarkan "benda" dari dalam tubuh Cik Puan Aishah, disaksikan ahli keluarga bekas Permaisuri Agong itu sendiri. Kami juga telah dibawa ke bilik rawatan di mana dia dakwa berlakunya "pengalihan" atau "pengeluaran" benda dari tubuh Cik Puan Aisyah yang dikatakan hanya memakan masa selama 5 minit.


Syed Abdullah yang sudah lapan tahun menduda dan pernah dua kali berkahwin juga mengaku telah memperkenalkan Cik Puan Aisyah kepada seorang professor bagi merawat penyakit kronik bekas Permaisuri Agong itu yang dakwanya menghidap barah payudara. Dia yang yang sebelum ini hanya dikenali menerusi rancangan televisyen 'Seekers' ini juga tetap berpegang pada dakwaannya Cik Puan Aisyah menyintainya dan pernah mengajaknya berkahwin. "Tetapi saya langsung tidak ada hati dengannya dan tidak terlintas sedikitpun untuk berkahwin dengannya kerana saya sudah ada sayang saya," ujar Syed Abdullah yang juga mempunyai dua orang anak dan dua cucu.

Dia berkata demikian ketika ditanya adakah akan berkahwin jika tidak timbul halangan daripada bapa bekas Permaisuri Agong itu. Paparan cerita dan gambar dalam pose yang intim di dalam blognya sejak 2 November lalu mendapat perhatian ramai hingga jumlah pelawat ke laman blognya naik mendadak bagai roket naik ke bulan. Namun dia kena berdepan dengan keraguan pada kesahihan ceritanya.

Syed Abdullah juga didakwa sengaja mencari publisiti dan kontroversi bagi tujuan peribadi, iaitu untuk melariskan produknya.

Selain bakal mengeluarkan buku, dua buah filemnya juga bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Ada juga komen dakwa Syed Abdullah menggunakan jampi atau ilmu hitam serta ilmu pengasih untuk memikat wanita, termasuk Cik Puan Aishah./AgendaDaily

MAHATHIR SURUH LUPAKAN SEJARAH DAN KETURUNAN, TAK SURUH TARIK ANUGERAH ATAU PINGAT KE?

Posted: 30 Nov 2010 04:00 PM PST

Dr M: Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya

Hazlan Zakaria
Nov 30, 10

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

NONEKatanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera," kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India," katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar./Malaysiakini

APA SUDAH JADI DENGAN PERAK DI BAWAH ZAMBRY?

Posted: 30 Nov 2010 12:33 PM PST

Kewangan negeri merosot lagi

IPOH – Kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu menyusut sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, sekali gus menunjukkan situasi membimbangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang di Parlimen, menunjukkan jumlah wang Kerajaan Negeri telah berkurangan dari RM774.57 juta kepada RM689.25 juta iaitu kemerosotan sebanyak 11 peratus.

Menurutnya, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan sejak memerintah.

"Senario ini berbeza ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan negeri.

"Bagaimanapun, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih, menteri besarnya (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28 Oktober, disusuli satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3 Ogos dan dijangka defisit ketika pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kepada paras RM29 juta lagi," katanya pada sidang media di Wisma DAP negeri di sini, semalam.

Kor Ming berkata, jumlah defisit kerajaan negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta.

Katanya, di bawah pemerintahan BN, Perak turut dilanda projek awam yang melibatkan belanja puluhan juta ringgit, tetapi terbengkalai, dinaiki semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

"Apa yang mengejutkan antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai itu, sekurang-kurang lima projek melibatkan belanja RM5 juta berada dalam kawasan menteri besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor./Sinar

JIWA BESAR APABILA MENGAKUI KESILAPAN

Posted: 30 Nov 2010 10:25 AM PST

PKR Mohon Maaf Jika Bukan Islam Tersilap Makna Ayat Al-Quran

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat Al Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR pada Ahad.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan S.Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada Al Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat Al-Quran itu, PKR memohon maaf.

Pada kongres ke-7 itu selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul."Dia hanya untuk menceritakan bagaimana Al Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya...saya ta tahu itu kesilapan, " kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu itu semasa sidang akhbar Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang di sini pada Isnin.Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir pada sidang itu berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat Quran.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.Sementara itu Abdul Khalid berkata pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding./Detikdaily

Nik Aziz: UMNO sengaja timbulkan suasana tidak senang

Posted: 30 Nov 2010 10:00 AM PST

| Nov 29, 2010

Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat kali kedua berlangsung hari ini di Kompleks Kediaman Pegawai Kerajaan di Seksyen 7 di sini, yang menyaksikan tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri berazam untuk mengukuhkan kerja sama bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.


Persidangan sehari ini dihadiri Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Dalam ucapan perasmian, Abdul Khalid berkata, persidangan ini adalah medium penting untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menggalas amanah rakyat berdasarkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan yang baik.

Katanya, persidangan ini juga ruang penting untuk membolehkan persoalan dasar, strategi dan program yang telah dilaksanakan di setiap negeri terlibat dikongsi sebagai panduan atau pengajaran kepada semua pihak.

Abdul Khalid berkata, negeri-negeri Pakatan Rakyat menghadapi pelbagai cabaran selama hampir tiga tahun memerintah tetapi berjaya mematahkan cubaan yang bertujuan menggagalkan usaha-usaha melakukan reformasi pentadbiran negeri.

Beliau berharap, persidangan kali ini dijadikan landasan untuk berkongsi pengalaman untuk meningkatkan tahap perkhidmatan sekali gus memperkukuhkan pentadbiran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bezakan kawan dan lawan

Lim Guan Eng pula berkata, pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengubah tanggapan bahawa mereka ini bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah negeri pemerintah dan perlu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaik mungkin.

Katanya, pemimpin negeri Pakatan Rakyat tidak perlu terlalu birokratik atau terikat dengan protokol kerana pemimpin Pakatan Rakyat perlu kekalkan budaya pemimpin berjiwa rakyat.

"Kita perlu kekalkan nilai-nilai mesra rakyat dan mudah didampingi yang kita amalkan sebelum menjadi kerajaan pemerintah. Paling penting kita tahu bezakan yang mana lawan dan kawan," katanya.

Lim juga menasihatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya mendapatkan sokongan kakitangan awam dan tidak mengabaikan mereka menjadi nadi pentadbiran sesebuah negeri.


Nik Aziz Nik Mat (gambar kanan) pula menasihatkan negeri-negeri pakatan Rakyat terus bersatu menentang serangan media arus perdana yang terus memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, semua masalah yang timbul di negara ini adalah mainan UMNO yang sengaja menimbulkan suasana tidak senang rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Azizan Abdul Razak berkata, Pakatan tidak boleh terlalu yakin untuk terus berkuasa dan jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai pengajaran apabila PAS tewas di Terengganu dan menang tipis di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat Kedah semakin selesa dengan pentadbiran Pakatan di Kedah yang mengamalkan ketelusan dan berjaya meningkatkan hasil negeri menerusi pembalakan.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menyampaikan ucapan penggulungan pada malam ini.

*Kenyataan dari Sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor./MerdekaReview

JIKA DS ANWAR PULANGKAN PINGAT DAN GELARAN, ZAHRAIN KATAK MAHU KUTIP ?

Posted: 30 Nov 2010 07:24 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SIANG tadi aku ternampak Zahrain katak keluar di muka TV, sebelahnya Zul Kulim firaun besar. Belum beliau bercakap lagi, aku dah tau apa `taik' yang bakal keluar dari mulutnya. Terbukti benar kata aku. Zahrain katak `menasihati' raja-raja agar menarik balik gelaran yang dikurniakan kepada DS Anwar Ibrahim. Alasannya adalah semata-mata `ketololan'nya mengulas isu ketuanan Melayu yang kununnya DS Anwar ini mengkhianat orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Siapa si katak bacul ini untuk mendesak raja-raja Melayu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar? Kerusi yang dia duduk itu pun sepatutnya boleh menebalkan mukanya yang sudah sememangnya tebal itu. Termasuklah si Zul Kulim firaun besar yang duduk di sebelahnya ketika diwawancara oleh media. Betapa bahalolnya Zahrain apabila menyebut sekiranya raja-raja tidak mahu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar, maka DS Anwar hendaklah memulangkan semula gelaran itu. Tidak tahu adab punya MP, dia ingat DS Anwar ini mahu bersifat kurang ajar sepertinya.

Jika jiran kita atau sesiapa sahaja yang menghulurkan buah tangan atau makanan kepada kita, kita hendaklah menerimanya dengan ikhlas dan berterima kasih. Jika kita terima, kemudiannya kita pulangkan semula itu kurang ajar, tidak beradab dan sombong namanya. Yang peliknya, orang lain pula sibuk-sibuk suruh jiran kita minta balik pemberian yang dia beri pada kita atau sibuk-sibuk suruh kita pulangkan kembali pemberian jiran kita itu. Kalau tidak gila, bodoh namanya orang itu. Mungkin itulah yang diajar oleh mak bapak Zahrain kepadanya tentang adab.

Semua orang tahu, sudah beberapa kali DS Anwar sebut sekiranya beliau diminta memulangkan kesemua anugerah atau pingat yang beliau miliki sekarang, beliau akan suruh isterinya DS Wan Azizah siapkan dulang dan kumpulkan kesemua pingat tersebut dan diletakkan di depan pintu pagar. Jika Zahrain teringin, datanglah kutip nanti. Selama ini Zahrain sangka kesemua gelaran yang ada pada DS Anwar itu diminta oleh DS Anwar? Beliau ingat DS Anwar sepertinya yang kuat mengampu dan membodek untuk hidup?

Rakyat menyokong perjuangan DS Anwar bukan kerana gelaran yang ada padanya. Jika diambil kesemuanya pun, tiada sedikit pun kesan ke atas sokongan rakyat terhadap beliau. Terbukti, ketika DS Anwar di dalam Abim kemudian memasuki Umno dengan tanpa gelaran ketika itu, pengaruh DS Anwar sudah cukup kuat. Gelaran tidak boleh membantu apa-apa kepada perjuangan membela nasib rakyat, dan gelaran itu juga tidak akan dibawa ke dalam kubur.

Zahrain katak, sama juga seperti Zul Kulim firaun besar tidak habis-habis busuk hati dan dengki kepada DS Anwar. Inilah di antara contoh orang Melayu yang DS Anwar kata tidak boleh diangkat menjadi `tuan' di dalam negara ini. Ketuanan Melayu seperti Zahrain katak, Zul Kulim firaun besar, Ezam sesumpah dan beberapa orang yang busuk hati itu lah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu dan menjadikan Melayu dilihat tidak bermaruah.

Mereka tiada hujah, lalu keluarlah segala `najis' di dalam perut yang mereka simpan selama ini untuk diluahkan melalui mulut yang Allah anugerahkan kepada mereka. Mereka sepatutnya yang tebal muka menenggek di atas kerusi yang pengundi-pengundinya dahulu tidak redha beliau di situ. Jika mereka benar-benar ada maruah, kosongkan kerusi itu segera. Jawapannya, kirim salam mereka berani berbuat demikian kerana mereka semua adalah dayus dan bacul. / wfauzdin.blogspot.com

KELIRU AKU DENGAN CUCU MAT KILAU.....

Posted: 30 Nov 2010 06:52 AM PST

Kenapa perlu berbolak balik?

Cucu Mak Kilau, salah seorang editor blog Pahangdaily 'akan' menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar tersebut memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan.

Cucu Mak Kilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd. Ramli pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya lalu di Dun Kemayan, Pahang.

Sebelum ini CMK ada menyebut 'akan' keluar parti PKR atas berberapa alasan yang malas saya nak ulas di sini. Ramai sangat pimpinan PKR yang semacam 'akan' keluar parti di atas dasar tak puas hati dengan parti. Saya pun tak tahu apa sebenarnya dia orang nak pada parti dia orang.

Setahu saya PAS juga ramai pimpinan tak puas hati dengan parti. Tapi taklah main 'akan' - 'akan' keluar parti. Mereka diam-diam aje dan sambil menjalankan aktiviti secara 'senyap-senyap'.

Kalau ada pun yang bising dalam PAS, itu mesti jenis tak bayar yuran keahlian PAS. Seperti Tulang Besi, ooi dia ni nak saman parti. Tubunh Tabung Guaman. Akhir cerita, duit tabung RM10 ribu lebih lesap entah ke mana. Tak ada audit juga. Saya pun tak tahu ada sesetengah pembaca blog si Tulang Besi buat tak kisah duit Tabung Guaman ini.

Saya rasa engkau orang dah faham apa aku nak kata kepada CMK yang pernah mengemparkan masyarakat internet kerana mencium DS Anwar dikhalayak ramai.

Pasal blognya (PahangDaily) diserang virus pada 10.00 PM 25 Nov 2010 ini pun satu lagi lawak. Saya yang tak ada asas IT pun rasa macam nak tergelak aje. Buatlah lawak lain.

Virus pun dapat bagi amaran. Baik punya virus.


Saya hairan apa pasal, link ini akan ke laman PASPAHANG.ORG?


Tapi kalau engkau orang buka source codenya, engkau orang akan tahu 'silap mata' sebalik kejadian yang ada.

Klik supaya besar dan boleh baca source codenya.

Orang berniaga biasanya 'declare' bangkrap jika tak boleh bayar hutang. Tak tahu apa muslihat http://pahangdaily.blogspot.com/ dalam hal ini./BatuApi

ISU KETUANAN MELAYU - PERKASA DICABAR BERDEBAT

Posted: 30 Nov 2010 06:03 AM PST


Kepada Sdra. Arman Azha Abu Hanifah, yang berlagak 'Wira' hanya kerna menjawat jawatan Ketua Wira dalam pertubuhan Perkasa, sila sambut cabaran ini.

Saya mencabar saudara untuk menganjurkan debat terbuka dengan pemimpin atau wakil Parti Keadilan Rakyat.

Tajuk Perdebatan:

"Konsep Ketuanan Melayu Yang Digendang Oleh Umno Telah Banyak Membantu Bangsa Melayu, Sebarang Usaha Menghapuskan Konsep Tersebut Adalah Pengkhianat Bangsa Melayu"

Dalam debat tersebut dengan tajuk di atas, seharusnya PERKASA menjadi Pencadang dan Parti KeADILan sebagai Pembangkang.

Debat tersebut mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang wakil daripada Pertubuhan saudara dan 3 orang wakil daripada Parti Keadilan Rakyat.

Pengadilan perdebatan mestilah dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia dengan kaedah acara tersebut dipancarkan secara langsung oleh semua saluran RTM dan TV3.

Semua Raja-Raja dan Sultan Melayu dinasihatkan untuk menonton siaran langsung tersebut./kerajaanrakyat.blogspot

KONTRAKTOR MELAYU P.PINANG DAPAT LEBIH 70 PERATUS, LIM GUAN ENG DIANGGAP ANTI MELAYU?

Posted: 30 Nov 2010 04:00 AM PST

Kontraktor Melayu Pulau Pinang Lebih Maju Bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat
29/11/2010


PULAU PINANG, 29 NOV - Kontraktor Melayu di negeri ini berjaya memenangi lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri sekaligus membuktikan bahawa mereka boleh bersaing dan berdaya maju.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'. Menurut Lim, ia menyanggah dakwaan negatif seumpama itu selama ini dan juga membuktikan keberkesanan sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri.

"Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.,

Menurutnya lagi, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil juga telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang, "Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya. Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd./TV News

Pas dakwa dicerobohi

Posted: 30 Nov 2010 03:00 AM PST



KULAIJAYA – Pas Kawasan Kulaijaya membuat laporan polis berhubung dakwaan pencerobohan oleh anggota polis semasa ceramah berkaitan Hari Raya Korban yang dianjurkan parti itu pada 20 Nobember lalu, di Tadika Pasti Taman Anjaria, Felda Taib Andak di sini.

Laporan polis itu dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kulaijaya, Rohaizat Kasim, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kulaijaya, Mohd Suhairi Ismail mendakwa, tindakan menceroboh masuk ke dalam premis mereka adalah men�yalahi undang-undang dan melanggar demokrasi rakyat Malaysia.

"Kami kesal apabila tindakan pencerobohan ini yang dilakukan oleh individu yang arif dalam bidang perundangan, namun bertindak demi kepentingan politik.

"Situasi ini jelas menghalang proses demokrasi dan kebebasan kami untuk menyalurkan maklumat dan informasi kepada orang ramai," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Suhairi berkata, kehadiran anggota yang turut mengadakan sekatan jalan raya dan berkawal di sekitar lokasi ceramah yang diadakan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan hadirin yang hadir.

"Pada hari kejadian, banyak sekatan jalan raya dilakukan malah pasukan polis simpanan (FRU) turut berkawal di sekitar lokasi.

"Keadaan ini menyebabkan orang ramai takut dan seolah-olah mencerminkan ceramah yang dijalankan adalah satu jenayah sedangkan kami sudah mengemukakan permohonan mengadakan ceramah dua minggu sebelum kejadian namun ditolak," katanya.

Katanya, laporan polis berkenaan akan turut dilampirkan kepada Ketua Polis Johor, Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Jawatankuasa Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami berharap tindakan tegas diambil berhubung isu ini agar perkara sama tidak berulang dan memberi pengajaran kepada pihak berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan mengambil tindakan berdasarkan Seksyen 27, Akta Polis iaitu mengadakan perhimpunan haram.

"Pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap mereka di bawah Seksyen 27, Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.

"Permohonan mereka sebelum ini untuk mengadakan ceramah berkenaan ditolak atas faktor-faktor keselamatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan mana-mana pihak agar tidak meneruskan tindakan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan awam sekiranya permohonan tidak diluluskan./Sinar

Pas tanya, siapa punca

Posted: 30 Nov 2010 01:00 AM PST




IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri melihat trend Barisan Nasional (BN) meletakkan punca perpecahan hanya kepada Pakatan Rakyat (PR) semata-mata tanpa melihat apa yang berlaku dalam parti itu sebenarnya adalah satu perpecahan yang nyata.

Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata, kenyataan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pemuda BN yang juga Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Negeri, Mustafar Rahadi yang meletakan punca perpecahan umat Islam daripada Pas dilihat sebagai tidak relevan.

Menurutnya, persoalan kenapa Mustafar tidak memilih UMNO, tetapi menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) sebagai ideologi politiknya.

"Dewan Pemuda Pas menyarankan agar Mustafar menyertai UMNO bagi membuktikan bahawa tiada perpecahan sendiri dalam BN. Sudah tentu juga ahli Melayu dalam parti Gerakan perlu menyertai UMNO bagi mengelakkan perpecahan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Salman berkata, sebagai sebuah parti Melayu dalam BN, sudah tentu keahlian mana-mana parti itu perlu menjadikan UMNO sebagai keutamaannya.

"Dewan Pemuda Pas mengambil peluang mengalu-alukan pertemuan dengan Pemuda PPP Negeri dalam masa terdekat jika ingin mendapatkan penjelasan berkaitan Islam.

"Kami bersedia memberikan penjelasan agar segala salah faham dan kekaburan dapat dijernihkan semula serta berharap akan menjadi kenyataan," katanya./Sinar