Nuffnang

Pengikut

Siulan Apadianie

0
sumber :-

Siulan Apadianie


Jelmaan "HANTU AYAQ dan HANTU PADI di Selangor..???

Posted: 25 Nov 2010 03:21 AM PST

"Adakah ini hantu ayaq yg dimaksudkan..hmmm..xmcm hantu pon..tapi ada iras2 sikit cuma xpakai "kot" ja.."

"Yang ni pula...selalu kita tgk..tapi ini bukan "orang-orang" ka..??  orang bukan orang ni tugasnya utk halau binatang perosak padi..??..tapi hantu padi tue pon ada gak iras2 mcm orang-orang ni..cuma xpakai "kot"..ja..kalau pakai "kot"..dah dekat2 nak sama..


usinkata;..Dalam dunia ni..ada bermacam-macam jenis hantu...tak kira la bangsa mana pun..mmg berbagai jenis hantu..
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dgn penemuan 2 ekor hantu yg selalu kita dengar namanya..tetapi rasa lain mcm pulak..nk kata hantu tapi kaki jejak tanah..nk kata badan berselimut kain kapan..tetapi yg ni siap berkot lagi..adoiii..hantu apa nie..???
Adakah zombie.??? @ mayat idup..??..tapi hantu 2 ekor ni makan nasi mcm org lain jugak..xdala makan otak manusia ..
Sudah..agaknya Persatuan Hantu-Hantu Seluruh Semenanjung belum lagi register hantu 2 ekor ni kot..huhuhu..
Apapon..kesahihan samada mereka 2 ekor ini..benar2 hantu atau tidak belum dapat dipastikan..kemungkinan besar pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) perlu membuat siasatan menyeluruh..
Adalah diharapkan kesahihan dan identiti hantu 2 ekor ini dapat dikenalpasti secepat mungkin utk mengelakan berlakunya kegelisahan dan kebimbangan yg diharap tidak berlanjutan utk berlakunya huru-hara dikalangan rakyat Malaysia..
Ini kerana 2 ekor hantu yg didakwa itu terdiri dari "HANTU AYAQ DAN HANTU PADI"..
Kedua-dua sumber iaitu ayaq dan padi merupakan keperluan asas buat seluruh rakyat Malaysia..


"HANTU AYAQ"

Dibawah ini adalah kisah mengenai "Hantu Ayaq" tue..dikatakan sedang mengganas di Selangor..harap pihak berkuasa cepat-cepatla lakukan sesuatu agar negeri lain tidak menghadapi masalah yg sama..ancaman dari "Hantu Ayaq" sebegini..

Petikan dari Merdekariview...(nk baca full masuk sendiri la Merdekareview huhuhu)

Air Nadi Kehidupan


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Ketua Pengurus Eksekutif SYABAS adalah Rozali Ismail yang juga merupakan bendahari UMNO Selangor, dengan gaji RM5.1 juta setahun hasil daripada perlantikan di SYABAS.  Syarikat itu juga pada tahun 2005 telah mengimport paip-paip bernilai RM375 juta daripada sebuah syarikat Indonesia yang dimiliki Rozali Ismail.  Hampir 72% daripada kontrak SYABAS yang bernilai hampir RM600 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut secara rundingan terus dan bukannya secara tender terbuka.

"Yang ni Tan Sri..bukan "Hantu Ayaq" yg dimaksudkan ..huhuhuhu..

Kerajaan Negeri Selangor pula telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan satu model pengurusan air yang menyeluruh, sebagai penyelesaian untuk mengurangkan tarif air di Selangor.  Bagi tujuan tersebut Kerajaan Selangor telah mencadangkan penubuhan satu entiti baru dengan keuntungan operasi yang paling rendah iaitu sekitar 0-1% bagi pengurusan air di Selangor.  Usaha kerajaan Selangor untuk mengembalikan air kepada rakyat ini tidak disenangi oleh beberapa pihak yang sudah lama memperoleh faedah daripada keuntungan yang dicatat oleh Puncak Niaga, syarikat induk SYABAS.

Sifat yang ditunjukkan oleh syarikat swasta yang memperoleh konsesi air, khususnya SYABAS, ialah berorientasikan keuntungan dan bukannya kepentingan rakyat sebagaimana yang sepatutnya dilakukan oleh syarikat milik Kerajaan Persekutuan.

Di Malaysia pula, rakyat masih berdiam diri, masih menanti, masih memperhati, tatkala ancaman terhadap hak asasi ke atas bekalan air kian menjadi-jadi.  Barangkali rakyat Selangor mengharapkan Menteri Besar Selangor berusaha menyelesaikan masalah ini, namun penyelesaian sebenar adalah di tangan rakyat sendiri.  Kita mempunyai pilihan sama ada kita mahu syarikat-syarikat swasta terus merompak duit kita dan memberi khidmat yang tidak seberapa atau menuntut kembali hak asasi kita terhadap air.


Utk itu..jika tiada tindakan drastik utk menangkap "hantu Ayaq" adalah wajib bagi kita semua utk turun bersama mendesak agar "Hantu Ayaq" dicekup oleh bomoh yg terorrr !!

Kat bawah ni..antara bomoh2 yg handal..mai kita tgk apa yg dirumuskan oleh bomoh jalanan ini..

Bomoh TTkata;-

woit… RAMAI WARGA TAK TAHU …. APA YANG TERJADI…. kah kah kah..

kah kah kah... RAMAI TAK SEDAR... APA YANG BERLAKU... kah kah kah

woit… INI HASIL DARI DASAR PENSWATAAN AIR….. kah kah kah..

woit… DULU AIR, API, JALAN RAYA …. SEMUA RAKYAT PUNYA…. kah kah kah..

kah kah kah… CILAKA MADEY… BUAT HELAH..DIPANGGIL PENSWASTAAN.... kah kah kah..

kah kah kah....BAGI SEMUA INI PADA KRONI DAN ANAK BINI… kah kah kah

"HANTU PADI"


Dibawah ini sebuah kisah tragis yg juga turut berlaku di negeri Selangor..(huhuhu nasib baik xjadi kat Kedah)..
Kita suma sudah amat maklum..akan berlakunya kisah jelmaan pelbagai jenis hantu di Selangor..suatu kita dahulu..heboh menceritakan betapa kejamnya Hantu Pasir..utk itu kita tinggalkan kisah lama..kita tengok kisah baru pula..Hantu Padi..

psstt....nak habag skit..ada org kata hantu-hantu yg mengganas diselangor ni dh lama..hantu-hantu ni ada tuanya..dikatakan dari seberang (Indonesia)..aku dengar2 ja..xsilap aku hujung namanya ada bunyi Loyo..Boyo..Coyo..Moyo..Soyo..lebih kurang gitu la..huhuhu..

Ini berita penuh dari MalaysiaKini..huhuhu..aku tau hampa malas nk baca full..sekali aku copy full..huhuhu

SPRM didesak siasat firma padi mencurigakan



"Hoii..hoii !!!..hampa jangan pikir yg bukan-bukan..ini bukanlah Hantu Padi yg dimaksudkan..ini Menteri oiii..mana bole jadi "Hantu Padi"..huhuhu


Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (bawah, kanan) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat yang didakwa tidak mempunyai loji benih.

Katanya, siasatan juga wajar dijalankan berhubung pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

"Satu siasatan harus dibuat di peringkat dalaman dan juga oleh SPRM untuk melihat kenapa proses pemberian tender ini tidak dibuat secara telus iaitu diberi kepada syarikat yang sebahagiannya tidak mempunyai loji benih. Sebaliknya mereka ini menyewa loji benih di bawah Kementerian Pertanian.

"Kontrak membekal baja organik skim subsidi padi Malaysia 2010 juga diberi kepada syarikat yang tak ada pengalaman dalam membuat baja organik," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurutnya, mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih.

"Kenapa diberikan kepada satu syarikat yang tidak punya loji benih? Syaratnya ia mesti diberikan kepada syarikat yang ada loji benih untuk proses benih padi," katanya.

Beliau berkata, kementerian seharusnya mengutamakan syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberikan pulangan yang lebih banyak kepada petani.

Menurut Mahfuz, Selasa lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Dalam jawapannya dia (Noh) mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang tetapi dia elak menjawap soalan saya sama ada dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu," kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz menteri itu gagal menjelaskan mengapa pertubuhan besar seperti MADA hanya diarahkan mengeluarkan 5,000 tan padi sedangkan ia berkemampuan mengeluarkan sekurang-kurangnya 15,000 tan.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TERCEMARKAH KONGRES KEADILAN KALI INI ?

Posted: 25 Nov 2010 07:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA jam sahaja lagi Kongres PKR akan berlangsung. Sepatutnya kongres ini adalah tempat berhimpun bagi menyatukan hati semua ahli PKR dari semua peringkat dan ianya disambut seolah-olah menyambut perayaan besar di dalam parti. Mungkinkah impian ini terlaksana?

Saya amat simpati apabila membaca tulisan seorang pejuang muda di dalam blognya di sini. Nada tulisan seperti merayu dan memohon agar pimpinan parti dapat mendengar luahan mereka. Tidak perlu lagi saya sebutkan apa yang mereka mahu dan perjuangkan kerana saya telah banyak menyiar dan mengulas isi hati mereka kepada parti.

Tidak terbayang oleh kita bagaimana sayangnya mereka kepada parti ini. Mereka tidak mengambil jalan sepertimana jalan yang dilalui oleh Zaid Ibrahim walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka ini mempunyai pemikiran yang sama dengan Zaid. Bezanya, Zaid menggunakan jalan yang salah lagi sesat. Mereka tidak. Mereka akur dengan kehendak parti agar menyuarakan segala masalah, teguran, cadangan atau kritikan melalui saluran yang sah lagi halal. Namun, apakah parti menghargainya?

Saya petik sebahagian dari tulisan yang terdapat di dalam blognya itu.

"Ayuh menyertai kempen Mencari Keadilan Selamatkan Keadilan, dengan menghadirkan diri pada kongress kali ini mengenakan baju yang berwarna hitam sebagai tanda protes. Juga akan diagihkan riben dan armband di perkarangan kongress untuk dipakai sebagai tanda sokongan terhadap protes yang merujuk kepada kepincangan Pemilihan 2010." (edyesdotcom)

Adakah sampai ke peringkat ini parti mahu mereka bertindak? Jangan salahkan mereka jika ianya dilakukan semata-mata untuk mencelikkan pimpinan parti yang mungkin `terlelap' seketika. Jangan cuba gelar mereka `pengkhianat' sekiranya mereka terpaksa lakukan ini semua. Tepuk dada, tanyalah hati yang jujur mengapa golongan muda ini terpaksa melakukan tindakan yang sudah pasti mereka sendiri kurang seronok untuk melakukannya. Mengapa?

Mereka bukan orang `upahan' Zaid, jauh sekali orang upahan Umno atau pun Jenapala. Mereka adalah pendukung PKR yang diterajui oleh DS Wan Azizah bersama Ketua Umum yang amat mereka sanjungi. Tentu tidak seronok kita melihat di dalam Kongress ini nanti `uniform' kita berbeza antara biru laut dan hitam. Sekali lagi tanpa dijemput, pihak media pencacai ini akan `kenyang' dengan laporan yang mereka saksikan pada kongres ini nanti. Sekali lagi, jangan salahkan mereka.

Mereka tidak minta banyak, mereka tidak minta projek atau minta jadi calon Pilihanraya Umum akan datang. Mereka cuma mahu parti siasat dan ambil tindakan dengan adil atas segala laporan yang mereka telah kemukakan. Jika parti telah bertindak, parti mesti dedahkan hasil siasatan tersebut dan jangan dipendamkan. Saya penuh yakin, kesemua mereka akan berpuas hati jika parti berjaya membuktikan bahawa tiada salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan yang telah dijalankan.

Mereka bukan protes kelemahan proses pemilihan kerana mereka akur bahawa kelemahan itu tetap wujud memandangkan pemilihan format ini pertama kali diadakan. Apa yang mereka desak dan pohon adalah siasatan ke atas dakwaan berlakunya salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan kali ini, itu sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

KONGRES PKR - NURUL IZZAH BAWA SUARA TERTINDAS ?

Posted: 25 Nov 2010 05:00 PM PST

Kongres PKR: Rumah tak siap pahat berbunyi?

Nov 25, 10 1:36pm

Selepas sebulan pemilihan yang penuh 'kontroversi', kongres tahunan PKR mulai esok dijangka menjadi ibarat 'rumah siap pahat berbunyi'.

pkr congress agm kota baru 300510 crowdSemua mata kini tertumpu sama ada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berjaya menteramkan kemarahan sebilangan anggota parti, sekali gus memulihkan perpaduannya demi menghadapai pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, perwakilan dijangka menyentuh soal keperluan parti kembali kepada agenda asal.

Bagaimanapun, sama ada wujud ejek-mengejek sesama 2,460 perwakilan berhubung isu 'pengkhianat' atau 'kuda Trojan' (musuh dalam selimut) yang sering dibangkitkan pemimpin kanannya, Tian berpendapat politiking dalaman sudah tamat.

hulu selangor by-election voting day 250410 tian chua"Politik biasanya berlaku sebelum kongres. Jadi bila tiba saatnya berkongres, politik itu saudah tamat dan kita kena hadapi realiti," katanya sambil mengharapkan perwakilan boleh menunjukkan kematangan mereka.

Kata Tian (kiri), seperti biasa, mood optimis akan mewarnai atmosfera di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tempat mereka bersidang.

Sementara itu, pemerhatii politik berpendapat, pertembungan antara penyokong tegar Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim – yang bertembung pada awal persaingan kerusi timbalan presiden – tidak dapat dielakkan.

Perwakilan tak mampu disekat

Bagaimanapun, bagi Azmin – yang menang bergaya sebagai timbalan presiden – tidak sahaja menghadapi pengikut setia Zaid.

"Mereka tidak semestinya pro-Zaid. (Tetapi) masih ramai antara perwakilan yang tidak sukakan Azmin. Saya rasa Azmin pun turut dihentam," kata sumber parti.

azlan"Sudah tentu mereka diingatkan tidak fokus pada personaliti, sebaliknya lihat pada gambaran lebih besar. Tetapi jika perwakilan tetap mahu mengkritik pemimpin tertentu, tiada yang mampu menyekatnya."

Sementara itu, sebagai parti pertama di Malaysia yang menghadakan pemilihan langsung kali pertama, pelbagai aduan salah laku dan salah tadbir muncul.

Isu ini dipandang berat oleh tokoh-tokoh yang bertanding, terutamanya oleh 'kem bukan Azmin' seperti Zaid dan Mustaffa Kamil Ayub.

Malah Isnin lalu, laporan calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang diserahkan kepada presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini tersebar meluas di internet.

NONEBagi pemerhati politik ini, sudah tentu isu itu sukar dianggap telah selesai.

Golongan yang tidak berpuas hati ini hanya bergantung harap pada anak sulung Anwar Nurul Izzah Anwar ,yang mana beliau dijadual menjadi salah seorang pembahasnya.

Ini kerana ahli parlimen Lembah Pantai pernah hadir ke program membincangkan aduan salah laku dan salah tadbir pemilihan yang dianjurkan oleh Badrul Hisham sebelum ini.

Masih belum diketahui beliau akan terlibat membahaskan usul apa, tetapi beliau pastinya ingin keluar daripada bayang-bayang bapanya, apatah lagi setelah dikatakan mendapat undi terbanyak untuk kerusi naib presiden./Malaysiakini

BOLEHKAH PAS MENERAJUI PR?

Posted: 25 Nov 2010 11:54 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT di dalam PKR nampaknya ada harapan untuk penyelesaian memandangkan setakat ini kesemua mereka yang bertanding termasuk yang mungkin tewas baru-baru ini telah menggunakan akal yang bijak menangani masalah yang berlaku. Tiada yang memburukkan parti atau pemimpin setakat ini setelah berambusnya Zaid dari PKR.

Tahniah penyokong Zaid, syabas juga buat penyokong Sdr Mustafa Kamil dan Chegu Bard. Mereka telah menggunakan segala saluran yang ada untuk menegur dan memperbetulkan parti. Apa jua hasilnya, kita doakan semoga PKR terus mantap dan terus mara bersama PR ke Putrajaya, InsyaAllah.

Apabila berlakunya kemelut PKR yang diperbesarkan oleh media haprak, maka ada segelintir dari kita yang mencadangkan agar PR diberi peluang untuk diterajui oleh PAS. Ada asasnya cadangan ini dibuat memandangkan situasi yang berlaku, tambahan pula PAS kini giat di dalam mempromosikan parti tersebut sebagai parti yang bakal menggantikan Umno. Menggantikan Umno bukan bermakna meneruskan dasar atau budaya Umno, tetapi sebagai parti pilihan bagi masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. Satu cadangan yang baik dan patut dipertimbangkan semasak-masaknya.

Saya cuma tidak bersetuju jika alasan PAS menerajui PR semata-mata kerana kemelut yang dihadapi oleh PKR atau masalah yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Alasan ini tidak kukuh untuk menjadi faktor mengapa PAS perlu memimpin PKR. Pada saya, pemimpin PAS boleh menggantikan DS Anwar sekiranya pemimpin itu dilihat mempunyai ketokohan, wibawa dan mempunyai intelektual yang tinggi sehingga dihormati oleh rakan-rakan di dalam PR. Sekarang, dari segi disiplin jemaah, PAS jauh meninggalkan PKR kerana zaman pemimpin dan ahli yang keluar dari PAS telah lama berlalu. PAS banyak belajar dari peristiwa itu sebagaimana PKR baru belajar mengenainya.

Disiplin ahli yang kuat dan jitu dari PAS merupakan salah satu faktor untuk kita yakin dan percaya PAS boleh memimpin PR. Walau bagaimanapun, terdapat faktor yang lebih besar perlu dilihat oleh PAS. Adakah PAS boleh meyakinkan rakannya seperti DAP untuk menerima pemimpin PAS sebagai ketua? Bagi PKR, pada pendapat saya ahli-ahli di kalangan Melayu dan berugama Islam mungkin tiada masalah menerima pemimpin PAS sebagai peneraju PR. Cuma, mungkin masih ada di kalangan pemimpin atau ahli yang terdiri dari Non Muslim agak sukar menerimanya.

Justeru itu, PAS mulai sekarang mesti lebih bijak mendekati golongan ini. Pemimpin PAS mesti membuktikan segala tindak tanduk mereka tidak mendatangkan keraguan kepada rakan di dalam PR. Tentulah ada di kalangan mereka ini gusar sekiranya PAS menerajui PR, kesempatan ini akan digunakan oleh PAS untuk mendekati Umno. Bagi saya, mustahil PAS akan bertindak sedemikian kerana sehingga kini PAS tidak pernah mengkhianati rakan mereka. Tetapi, mungkin tidak kepada beberapa pemimpin di dalam DAP dan PKR.

Faktor penting juga, pemimpin yang boleh menerajui PR ini mestilah tokoh yang bukan sahaja ternama di dalam negeri, tetapi ternama juga di luar negara. Kebijaksanaan dan kepintaran di dalam mengatur strategi politik juga amat penting sebagai peneraju PR. DS Anwar telah berjaya menyatukan PAS dan DAP dan memimpin PR dengan stategi yang baik serta berkesan. Walaupun DS Anwar tidak sempurna mana, namun kejayaannya itu banyak membantu PR keseluruhannya.

Seandainya DS Anwar perlu diganti, sudah tentu kita mahu melihat penggantinya kalau tidak dapat melebihi ketokohannya sekurang-kurangnya berjaya menyamai kepimpinannya. Saya akur sekarang ini DS Anwar diasak sedemikian rupa, sudah tentulah di peringkat usia beliau yang semakin tua sedikit sebanyak `stamina'nya berkurangan.

Maka, amat baik juga jika cadangan untuk memberi laluan kepada PAS memimpin PR difikirkan semasak-masaknya. Siapakah tokoh PAS itu? Bagi saya tidak kira siapa pun asalkan mempunyai ketokohan, kebijaksanaan dan mempunyai pandangan yang jauh dan tajam dengan situasi politik di negara ini. Pendek kata, mestilah lebih hebat dari yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com

TERCEMARKAH KONGRES KEADILAN KALI INI ?

Posted: 25 Nov 2010 09:21 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA jam sahaja lagi Kongres PKR akan berlangsung. Sepatutnya kongres ini adalah tempat berhimpun bagi menyatukan hati semua ahli PKR dari semua peringkat dan ianya disambut seolah-olah menyambut perayaan besar di dalam parti. Mungkinkah impian ini terlaksana?

Saya amat simpati apabila membaca tulisan seorang pejuang muda di dalam blognya di sini. Nada tulisan seperti merayu dan memohon agar pimpinan parti dapat mendengar luahan mereka. Tidak perlu lagi saya sebutkan apa yang mereka mahu dan perjuangkan kerana saya telah banyak menyiar dan mengulas isi hati mereka kepada parti.

Tidak terbayang oleh kita bagaimana sayangnya mereka kepada parti ini. Mereka tidak mengambil jalan sepertimana jalan yang dilalui oleh Zaid Ibrahim walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka ini mempunyai pemikiran yang sama dengan Zaid. Bezanya, Zaid menggunakan jalan yang salah lagi sesat. Mereka tidak. Mereka akur dengan kehendak parti agar menyuarakan segala masalah, teguran, cadangan atau kritikan melalui saluran yang sah lagi halal. Namun, apakah parti menghargainya?

Saya petik sebahagian dari tulisan yang terdapat di dalam blognya itu.

"Ayuh menyertai kempen Mencari Keadilan Selamatkan Keadilan, dengan menghadirkan diri pada kongress kali ini mengenakan baju yang berwarna hitam sebagai tanda protes. Juga akan diagihkan riben dan armband di perkarangan kongress untuk dipakai sebagai tanda sokongan terhadap protes yang merujuk kepada kepincangan Pemilihan 2010." (edyesdotcom)

Adakah sampai ke peringkat ini parti mahu mereka bertindak? Jangan salahkan mereka jika ianya dilakukan semata-mata untuk mencelikkan pimpinan parti yang mungkin `terlelap' seketika. Jangan cuba gelar mereka `pengkhianat' sekiranya mereka terpaksa lakukan ini semua. Tepuk dada, tanyalah hati yang jujur mengapa golongan muda ini terpaksa melakukan tindakan yang sudah pasti mereka sendiri kurang seronok untuk melakukannya. Mengapa?

Mereka bukan orang `upahan' Zaid, jauh sekali orang upahan Umno atau pun Jenapala. Mereka adalah pendukung PKR yang diterajui oleh DS Wan Azizah bersama Ketua Umum yang amat mereka sanjungi. Tentu tidak seronok kita melihat di dalam Kongress ini nanti `uniform' kita berbeza antara biru laut dan hitam. Sekali lagi tanpa dijemput, pihak media pencacai ini akan `kenyang' dengan laporan yang mereka saksikan pada kongres ini nanti. Sekali lagi, jangan salahkan mereka.

Mereka tidak minta banyak, mereka tidak minta projek atau minta jadi calon Pilihanraya Umum akan datang. Mereka cuma mahu parti siasat dan ambil tindakan dengan adil atas segala laporan yang mereka telah kemukakan. Jika parti telah bertindak, parti mesti dedahkan hasil siasatan tersebut dan jangan dipendamkan. Saya penuh yakin, kesemua mereka akan berpuas hati jika parti berjaya membuktikan bahawa tiada salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan yang telah dijalankan.

Mereka bukan protes kelemahan proses pemilihan kerana mereka akur bahawa kelemahan itu tetap wujud memandangkan pemilihan format ini pertama kali diadakan. Apa yang mereka desak dan pohon adalah siasatan ke atas dakwaan berlakunya salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan kali ini, itu sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

MINTA HARAKAH MOHON MAAF ?, SORRY LAH OK

Posted: 25 Nov 2010 05:00 AM PST

Harakah tidak perlu mohon maaf

SHAH ALAM, 24 Nov – Pengarang lidah rasmi PAS Harakah, Taufek Yahya memberitahu pihaknya yakin tidak ada kepentingan bagi akhbar Harakah memohon maaf kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad kerana memutarbelitkan fakta seperti yang diminta oleh ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan.

Laporan yang disiarkan Harakah bertarikh 15 November lalu adalah benar dan bersandarkan fakta, ujar beliau. "Kalau dilaporkan itu benar, apa kepentingan Harakah untuk minta maaf." "Pada saya apa yang diucapkan, itulah yang dilaporkan. Lagipun program itu dihadiri ratusan orang. Dan setakat ini tidak ada pula kita mendapat bantahan daripada peserta seminar itu sendiri atau lain-lain ahli panel mengatakan laporan itu tidak tepat," ujar Taufek.

Bernama hari ini melaporkan, Farid meminta akhbar berpengaruh pembangkang itu untuk meminta maaf berhubung laporan berjudul "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian" dalam forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas. Seraya beliau memberikan tempoh 14 hari kepada Harakah berbuat demikian, sebelum tindakan perundangan diambil.

Bagaimanapun, menurut Taufek, tindakan Farid itu mungkin ada kaitannya dengan tekanan yang diterimanya dari kepimpinan Umno negeri berikutan tindakan mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa di negeri itu. "ADUN Pulau Betong itu juga rasanya membuat komen mungkin setelah mendapat teguran atau tekanan daripada pemimpin pemimpin Umno negeri. "Kalau itu merupakan satu pengakuan, apa yang hendak dipertikaikan sendiri oleh ADUN Pulau Betong itu," soal Taufek yang hairan dengan tindakan Farid itu.

Tambah Taufek lagi, apa relevannya Farid mengambil masa yang lama untuk 'mengesan' laporan Harakah yang dikatakan memutar belit kenyataannya. "Kalau berita itu tidak benar, mengapa beliau mengambil masa yang lama bagi ADUN Pulau Betong itu untuk mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang dilaporkan oleh Harakah. "Buat masa ini kita masih bertegas mengatakan bahawa apa yang dilaporkan itu benar," ujarnya lagi.

Taufek turut mengingatkan Farid bahawa laporan yang disiarkan oleh Harakah berdasarkan kepada apa yang diperkatakan oleh Farid dalam forum yang dihadiri ratusan orang dan bukannya dipetik dari mana-mana. "Kalau laporan itu tidak tepat dan terbukti laporan itu tidak tepat, mereka boleh menafikan dan kita boleh menyiarkan penafian itu. Tetapi kalau apa yang dilaporkan itu benar, mereka harus menerimanya lah," tambah Taufek lagi.

Harakah dalam keluaran 15 November itu turut melaporkan Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang./TVNews

MENYANGKAL TUDUHAN KE ATAS DR SYED HUSIN ALI

Posted: 25 Nov 2010 01:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TABIK dan syabas buat Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa `pengkhianat' di dalam parti adalah sampah sarap yang mesti dibuang dari parti. Terhindarnya sampah sarap ini nanti, maka InsyaAllah, parti lebih baik. Siapakah `pengkhianat @ sampah' yang dimaksudkan oleh beliau? Perkataan yang mudah sebegini pun ada yang tidak faham.

Di dalam kenyataannya, sedikitpun beliau tidak menyebut bahawa pengkritik parti itu adalah pengkhianat yang dipanggil sampah. Pengkritik lain, pengkhianat pun lain, Jauh bezanya. PKR parti yang sering dikritik dari dalam dan luar. Sehingga kini pun, masih ramai anggota parti yang mengkritik parti tanpa menggunakan `lidah syaitan' iaitu media milik Umno/Bn, dan mereka bukanlah pengkhianat atau sampah yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden PKR itu.

Pengkhianat dan mereka yang bergelar sampah itu adalah mereka yang menggunakan saluran `haram' yang disepakati oleh semua pimpinan PR sebagai media yang tidak boleh diguna pakai langsung untuk menyuarakan kritikan ke atas parti. Utusan Malaysia atau TV 3 umpamanya, adakah pernah media seperti ini menyanjung walau sedikitpun apa yang PR telah buat? Tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr Syed Husin Ali, bahawa pengkhianat patut keluar atau dibuang jauh-jauh dari parti kerana mereka bersekongkol dengan `musuh' parti.

Sekiranya kita mahu kritik parti tanpa menggunakan saluran haram tersebut, tiada masalah asalkan apa yang dikritik itu untuk kebaikan parti. Apakah menghina bekas Presiden PRM serta ahli-ahli PRM yang bergabung dengan PKR itu satu kritikan untuk kebaikan parti? Jika parti boleh menerima kemasukan kesemua ahli PRM untuk digabungkan bersama PKR, hanya beberapa kerat yang tidak bersetuju maka terpulanglah samada untuk terus bersama parti atau keluar sahaja dari parti. Buat apa perlu diulas kisah gabungan PRM ke dalam PKR? Mengapa diperlekehkan Dr Syed Husin dengan mengatakan beliau tidak pernah menang pilihanraya? Itu kritikan terbaikkah?

Apakah PKR perlu hidup dengan `geng-geng reformasi' sahaja tanpa ada usaha untuk memperluaskannya? Berapa ramai orang-orang kuat dari kumpulan reformasi dahulu tiada masalah dan boleh menerima gabungan PRM dengan PKR. Walaupun mungkin ada yang membantah, namun keputusan parti menerima gabungan itu ternyata bijak. Cuma, mereka yang merasa `tertinggal' atau ada tujuan lain sahaja yang sanggup mengungkit penggabungan ini.

Justeru itu, amat cetek fahaman sesiapa yang menganggap kenyataan Dr Syed Husin Ali itu adalah satu kenyataan biadab. Sila beri hujah apa yang biadabnya kenyataan itu, tetapi sebelum kemukakan hujah baca balik apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden PKR tersebut.

Sekali lagi, tahniah dan syabas buat Dr Syed Husin Ali yang masih komited terhadap parti walaupun jangkamasa beliau sebagai Timbalan Presiden PKR tinggal beberapa hari lagi. Pedulikan kata-kata mereka yang sentiasa mencari salah orang lain tanpa sedar kesilapan sendiri itu biarpun mereka menggelar dirinya pejuang reformasi yang terlalu banyak jasanya. Mungkinkah tulisan saya kali ini juga mendapat `bayaran' dari tokoh yang tidak bertanding ini? Wallahu Aklam. /wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

0
sumber :-

keAZAManMalaysia


Lim Guan Eng eksiden,meninggal,bersedia untuk PRK(1961-2010)bendera dikibar separuh tiang(lates dari nan yang siang pau)

Posted: 25 Nov 2010 04:25 AM PST

ahahahaha manyak syiok!!!!!!!dalam kenangan..(1961-2010)ahahahahahaha

ahahahahahahahahahaha

buat yg tk tengok tv3 tadi..

lim guan eng sihat wal afiat...itu tajuk saja kasi metafora

yg mampus tu bekas km pineng...

nak tau..

pembaca berita baca apa?

dia baca..

bekas km pineng ini,lim chong eu telah banyak berjasa dalam bidang perindustrian di

pulau pinang..

salah sorang melayu pinang dah diinterbiu..

dan dia presiden pemenang..

apa tu?carik la sndiri mendenye..

lelaki melayu itu berkata..

cina ni dah banyak membantu pembangunan pulau pinang..

ahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaa

kontranya..

mmg dah membangun industri di pineng..

melayu pineng membangun mana?

kalau membangun tk dak la masuk tv3..

tapi dah lupe ke tanah melayu dah makin terhakis..

bukan terhakis dek ombak laut mahupun tsunami..

tetapi terhakis pemilikannya oleh melayu...

apedehal leh dipuji cina mati ni?

kasi taruk la..

dia ni bekas km pineng..

kasi kaw2 taruk..

ini cina suda makan tanah melayu pineng..

u mati wa punya hati manyak senang..

tak pasal2

cina ni mati..

meninggal tanah untuk kaum dia...

najib mati?

tinggal la anak2 cucu dia..

ahahahahahahahaahhahahahahaahahahahahahhahahaahhahahahahahahahahahahahahaha

ini nak buat state funeral....

ada berani umno semua nk merusuh kat pagar cam slalu?

sudah2 la woi..



Kami Sokong Tokguru

0
sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Blogger Umno Kecewa Tak dapat Habuan

Posted: 25 Nov 2010 07:56 PM PST

Penulis blog UMNO yang hadir dalam program yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan di Shah Village Hotel melihat bagaimana penulis-penulis blog handalan UMNO menyuarakan kekecewaan kerana usaha mereka dalam mempertahankan UMNO tidak dipandang oleh kepimpinan UMNO. 

Yang mengecewakan bagi mereka adalah UMNO menyalurkan bantuan kepada mereka yang salah – tidak menjurus kepada penulis dan pemilik laman blog yang baik dan ramai pembaca. Penyaluran bantuan dibuat oleh UMNO secara membuta tuli – lebih kerana pemberian kepada kronis yang tidak menyumbang tenaga untuk berada di barisan depan mempertahankan UMNO.
UMNO masih leka sehingga ada "bloggers" yang mengatakan bahawa dia kecewa dan benci dengan perangai sesetengah kepimpinan UMNO yang masih tidak sedar apa yang berada di depan mereka. Kepimpinan ini patut disingkirkan – kerana mereka gagal melihat kedudukan sebenar UMNO dan gagal menyedari hakikat yang ada masa kini.
Program yang sebenarnya mahu membincangkan peranan media arus perdana dan bloggers dalam menuju kepada tuntutan demokrasi yakni pilihan raya menjadi medan untuk bloggers UMNO menyuarakan kekecewaan mereka. Kekecewaan ini lebih memuncak kerana ada kepimpinan UMNO yang dikatakan menyalah salurkan dana bantuan yang sepatutnya di terima oleh bloggers UMNO tetapi tidak.
Kegusaran bloggers UMNO adalah kapasiti dan kemampuan mereka semakin berkurangan. Mereka terpaksa melakukan kerja-kerja mempertahankan UMNO dengan kedudukan yang daif sedangkan UMNO mampu membantu. Selain dari itu bagi mereka UMNO masih gagal melihat diri, membuat penilaian diri untuk memacu kemenangan. Nasihat demi nasihat diberi tetapi kepimpinan yang bertanggungjawab hanya kaku dan beku.
UMNO bagi mereka masih tidak sedar. Dalam kemelut suara kekecewaan itu – timbul satu kenyataan kuat oleh salah seorang bloggers – jangan salahkan saya sekiranya akhirnya saya tidak mengundi – kerana saya tidak mahu memberi undi kepada mereka yang buruk – gagal melihat kepentingan perjuangan UMNO secara total, gagal memperakui keperluan  media baru dan hanya mementingkan diri dalam UMNO. Kami bloggers tidak akan menerima kepimpinan tersebut dan seharusnya menjadi tanggungjawab kami membersihkan mereka diri terus memimpin UMNO dan akhirnya merugikan UMNO.

Di petik dari  : http://umno-reform2.com/front/



Cari N3 lama-lama disini

Taati Allah Dan Rasul (Full Audio)

Posted: 25 Nov 2010 07:53 AM PST

Ustaz Budak(Syamsul Zaman)


Cari N3 lama-lama disini

Hadis Akhir Zaman

Posted: 25 Nov 2010 05:08 AM PST

Sekadar peringatan pada diri


Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. 
Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. 

Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari Muslim



Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan

kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
Cari N3 lama-lama disini

Funny Accident(santai Petang)

Posted: 25 Nov 2010 02:34 AM PST


Funny Accident - Watch more Funny  Videos

Pengajarannya,jangan terlampau gembira,kecelakaan boleh berlaku bila-bila masa dimana sahaja.

"Ingatlah Allah diwaktu senang nanti Dia akan "mengingatimu" di waktu susahmu.
Ingatlah Allah ditengah-tengah keriuhan orang ramai,nanti Dia akan "mengingatimu" sewaktu engkau keseorangan di alam kubur.


Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Lagi blogger UmNO belasah UmNO/Agensi Kerajaan

Posted: 25 Nov 2010 05:17 PM PST


TIBA-TIBA MARDITECH dipersoalkan peranannya. Agensi di bawah Mardi ini yang septautnya bertrnggungjawab sepenuhnya untuk mengetuai badan kajian agensi itu tiba-tiba bertukar arah menjadi penganjur kepada program MAHA yang diadakan setiap tahun dan tahun ini berlangsung di Serdang,Selangor. MAHA dikatakan menelan kos penganjuran hingga RM 20 juta pada setiap kali pengajurannya.

MARDITECH hilang punca dan lari daripada tanggungjawab asal penubuhannya yang sepatutnya memfokus kepada penyelidikan pertanian dan perternakan di mana hasil kajian tersebut akan diimplementasi oleh MARDI dan juga FAMA namun hari ini badan itu menjadi promoter atau tauke funfair.Kerja-kerja yang Marditech lakukan ini tersasar jauh daripada fungsi penubuhan asalnya.

Mengapa Marditech jadi begini?Apakah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani tidak mampu menganjurkan sendiri ataupun melantik mana-mana syraikat lain yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran supaya peranan agensi ini tidak diperlekehkan dan Marditech kekal dalam struktur asas penubuhannya yang tidak mencampur aduk perniagaan dan kaji selidik.

Berapa banyak pula untung yang dikaut oleh Marditech dan siapakah yang mencatur untung rugi dalam kos pengiklanan yang melibatkan berbagai-bagai seperti pamplet,banner,flyers dan iklan-iklan lain yang berkaitan.Tangan siapa yang menggerakan Mareditech ini hingga Kementerian sanggup memperkecilkan peranan serta menyeleweng daripada asas penubuhannya?

Apakah penubuhan Marditech ini juga merupakan satu lagi silap mata Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani kerana agensi ini juga dilantik seorang Ketua Pemuda Bahagian yang dikatakan cukup rapat serta dilihat seperti anak emas kepada Menteri terbabit sebagai Ahli Lembaga Pengarah.Apa peranan Ketua Pemuda ini sedangkan beliau langsung tidak mempunyai kepakaran seperti yang dimahukan untuk menganggotai agensi tersebut?

Ketua Pemuda Bahagian ini pula langsung tidak ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengkajian pertanian dan perternakan.Bagaimana kumpulan yang dilihat mempunyai kepakaran boleh menerima masuk beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah ataupun beliau hanya berselindung sebagai Lembaga Pengarah tetapi melaksankan kerja-kerja Pengerusi seperti Nalakaruppan walaupun hanya seorang Pengurus Besar tetapi beliaulah yang membuat keputusan segalanya.

Lebih malang lagi, sekiranya campurtangan politik untuk menghalalkan segala tindakan sumbang dalam agensi berkenaan ianya secara tidak langsung mencerminkan wujud penyalahgunaan matlamat dan tujuian Marditech ditubuhkan.

Agensi ini semakin jelas dan boleh dilhat telah dijadikan alat oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dan menjadikan MAHA sebagai satu lagi tempat mengumpul wang untuk kepentingan peribadi walaupun kikta tidak menafikan MAHA ini banyak memberikan peluang kepada usahawan-usahawan untuk mengembangkan hasil pertanian mereka.

Namun yang kita persoalkan adalah kewajaran MardiTech mengambil peluang menguruskan penganjurannya kerana kita sudah melihat ada ciri-ciri penyelewengan apatah lagi isteri Ketua Pemuda Bahagian yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah MardiTech ini mempunyai syarikat pengiklanan dan percetakan yang beroperasi di Bandar Baru Selayang.Apakah tidak wujud kepentingan peribadi dalam soal ini?Adakah ketua Pemuda Bahagian itu tidakj menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi pengurusan MardiTech supaya segala promosi dilaksanakan oleh syarikat milik isterinya itu?

Menurut sumber, MardiTech menguruskan segala bentuk promosi termasuklah khemah-khemah gergasi yang dikatakan menelan kos beratus ribu ringgit dan segala keputusan penganjuran ini terletak sepenuhnya di tangan MardiTech itu sendiri dan kita berkeyakinan beliau menggunakan hubungan intimnya dengan Menteri terbabit untuk menguasai agensi tersebut dan menjadikan kedudukannya lebih berkuasa daripada Pengerusi MardiTech itu sendiri.Bohonglah dan satu penipuan besar dilakukan andainya kalau Menteri tidak tahu ini semua!

Pengurusan MARDI sendiri jangan sampai dilihat turut bersekongkol melaksanakan agenda jahat dan berkepentingan daripada orang-orang tertentu yang sedang galak mempergunakankan MardiTech ini dan mereka harus bangun nertindak untuk menyelamatkan agensi itu daripada jadi kuda tunggangan pemimpin yang buta tentang fungsi penubuhannya.

Dalam perkembangan lain, gelagat dan karenah Ketua Pemuda Bahagian ini semakin hangat diperkatakan.Malah sudah ada pihak yang menggambarkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang begitu berkepentingan dan amat rakus menggunakan kuasa,ruang dan peluang yang diberikan bagi mengkayakan diri sendiri serta kroni.Pun ada yang begitu sinis mempersoalkan kewajaran hubungan beliau yang terlalu intim dengan Menteri seolah-olah segala tindakannya dihalalkan oleh Menteri terbabit dan Menteri langsung tidak berani bertindak di atas salah laku dan penyelewengan yang beliau lakukan.

Noh Omar juga sebagai Menteri dilihat mengundang nasib malang apabila beliau dikelilingi oleh keparat-keparat politik yang rakus dan tamak kuasa mempergunmakan kedudukan beliau dan ada yang menyimpulkan sekiranya terjadai apa-apa di atas kedudukan Noh sebagai Menteri, keparat-keparat politik inilah orang yang pertama akan meninggalkan Noh sendirian merenung nasib malangnya.

Sejarah Tan Sri Rozali Ismail seharusnya Noh mengambil iktibar apabila budak kesayangannya itu sanggup meninggalkan Rozali yang pernah menyuapnya RM10,000 sebulan dan sejarah yang sedang berlaku dalam diri Ahmad Bhari juga patut dijadikan teladan apabila Ketua Pemuda ini langsung tidak menghormatinya walaupun bekas Ketua Bahagian Selayang itu adalah orang yang memperkenalkanya kepada Noh Omar.Ketua Pemuda UMNO ini akan menggunakan apa sahaja cara asalkan matlamatnya tercapai walaupun terpaksa menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan jawatan dan kuasa.

Jelas selain keparat politik,ini juga wajah-wajah dedalu politik yuang menumpang ranting tetapi meninggalkan ranting itu setalah merlihat cabang lain yang cukup kukuh dan mampu memenuhkan tembolok kerakusan politik,harta dan kuasa.

Dalam soal isu baja sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO ini menafikan beliau terlibat menyusun semua syarikat tetapi dalam masa yang sama, beliau sendiri yang membayar bon jaminan tiga syarikat ke atas projek itu walaupun jelas ianya sudah melanggar peraturan ataupun syarat-syarat Kementerian.Nampak sangat Kementerian tunduk kepada desakan walaupun jelas syarikat-syarikat tersebut tidak memeunhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian.

Ketua Pemuda ini juga sedang ditunjuk untuk mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan kita melihat Pergerakan Pemuda Selangor akan mengundang petaka yang maha besar dalam pergerakan mereka sekiranya Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO Selangor bersetuju dengan perlantikan tersebut. Sudahlah negeri dijajah PKR, dilantik pula Ketua Pemuda bahagian yang tidak ada jati diri dah sahsiah perjuangan UMNO dalam dirinya.

UMNO yang sedang bergelut dalam proses menggembalikan Selangor ke tangan Barisan Nasional seharusnya mempunyai pemimpin yang sanggup berjuang tanpa mengira ganjaran dan kita percaya untuk mendapatkan sokongan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor, sebagai orang muda, akan ada yang gelap mata apabila ditawarkan ganjaran untuk menyatakan sokongan terhadap perlantikan itu.


Kalau Menteri sendiri boleh tutup mata dengan segala karenahnya apa sangatlah dengan kekuatan jati diri yang ada dalam diri Pemuda yang semakin terumbang ambing ketika ini.Dan Pemuda UMNO Selangor tidak memerlukan ahli perniagaan yang banyak duit tetapi mereka memerlukan pemimpin yang sanggup berjuang untuk parti mereka dan bukan kerana kepentingan peribadi.Pemuda UMNO Selangor harus memiliki seorang pemimpin yang sanggup berjuang untuk menjuarai isu demi kepentingan parti dan rakyat negeri itu. Jadi kalau UMNO Selangor berpendirian, jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri itu perlu seorang pemimpin yg berwang bertimbun, tenderkan sahaja - Sanggah Tok Janggut

Ibu diperkosa di depan anak

Posted: 25 Nov 2010 03:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

"Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

"Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan," katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

"Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

"Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit," katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan - myMetro

Cerita malam Jumaat -

Posted: 25 Nov 2010 07:07 AM PST

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Marilah kita mengambil ikhtibar dari kisah ini wahai sahabat pembaca sekalian.

Wallahhualam

PAS Nibong Tebal, Kepala Batas dan Tasek Gelugor buat laporan polis isu kain rentang

Posted: 25 Nov 2010 05:18 AM PST


PULAU PINANG, 25 Nov: Setakat petang ini, tiga PAS kawasan di Pulau Pinang telah membuat laporan polis tentang dua kain rentang (banner) yang bertulisan 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam' yang dipasang di lokasi tertentu di negeri ini bermula malam tadi.

PAS Nibong Tebal telah mendahului tindakan tersebut di Balai Polis Nibong Tebal pada pukul 1.00 tengahari tadi apabila mendapati empat banner dipasang untuk menimbulkan provokasi serta memaparkan tiga wajah pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, timbalannya, Helmi Harun dan naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah.

Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.

"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan. Kami terus ke balai polis buat laporan supaya polis bertindak segera menyiasat siapa yang buat perkara itu," katanya.

PAS Kawasan Kepada Batas dan Tasek Gelugor berhimpun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas mulai jam 5.00 petang bagi tujuan yang sama.

Manakala Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Helmi Harun dijangka mengadakan sidang media pada pukul 8.30 malam ini untuk menyatakan bantahan terhadap kain rentang itu = HD

Surat terbuka kepada Pengerusi SPR

Posted: 25 Nov 2010 04:42 AM PST

24 November 2010

Kepada Tan Sri Abd Aziz Yusuf
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

Perkara: Memohon maaf atas kritikan saya

Tuan, merujuk kepada di atas, saya seperti nama di atas merupakan seorang penulis politik di beberapa akhbar media cetak, akhbar portal dan blog ingin memohon maaf atas kesilapan beberapa kenyataan dalam artikel saya yang pernah diterbitkan.

Sebagai seorang penulis politik yang tidak bertuankan sesiapa dalam politik negara, saya agak bebas mengkritik mana-mana pihak yang saya fikirkan perlu termasuk pihak tuan sendiri.

Oleh kerana saya melihat terlalu banyak kepincangan apabila setiap kali pihak tuan mengendalikan perjalanan pilihan raya, maka pihak tuan sering menjadi sasaran mudah saya.

Kritikan dan kecaman saya terhadap pihak tuan tidak terbatas dari satu sudut sahaja, malah saya sentiasa menyerang dari segenap ruang yang ada.

Ketika itu, pada pendapat saya, SPR tidak ubah kalau bukan budak suruhan Umno-BN pun, sekurang-kurangnya sudah tentu menjadi alat kepada mereka.

Saya juga berpendapat, SPR adalah suruhanjaya yang paling tidak berwibawa dalam menjalankan mana-mana pilihan raya dalam negara ini.

Dalam erti kata lain, saya menganggap prestasi SPR adalah yang terburuk dalam mengendalikan mana-mana pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun baru-baru ini saya mula menyedari akan kesilapan saya meletakkan SPR di kedudukan paling terburuk, setelah menyaksikan satu lagi pilihan raya yang diadakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini.

Saya dapati pilihan raya yang dikendalikan oleh parti tersebut mempunyai kepincangan dan penipuan yang berlipat kali ganda lebih buruk dari apa yang pihak tuan pernah lakukan untuk parti pemerintah.

Saya percaya, niat mereka juga sama dengan pihak tuan, iaitu untuk menjaga pihak yang memegang tampuk kuasa dengan apa cara sekalipun. Cuma saya percaya kaedah yang mereka gunakan adalah kaedah penipuan yang lansung tidak pernah terfikir oleh pihak tuan.

Salah satu contoh mudah, saya percaya pihak tuan tentu tidak pernah terfikir untuk melarikan peti undi, apatah lagi membawa peti undi balik ke rumah tuan.

Walaupun ianya kedengaran agak melucukan, tetapi hakikatnya ia memang berlaku dalam pilihan raya parti tersebut yang baru sahaja selesai minggu sudah.

Setelah saya menilai semula apa yang berlaku, saya mendapati pilihan raya yang dijalankan oleh pihak tuan tidaklah seburuk mana jika dibandingkan dengan pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik itu.

Maka pada masa ini jelaslah, bahawa andaian saya sebelum ini yang menganggap kewibawaan pihak SPR adalah yang terburuk adalah salah kerana pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik tersebut didapati jauh lebih buruk.

Bagaimanapun saya tidaklah bermaksud menarik kembali kenyataan yang pernah saya lemparkan kepada pihak tuan kecuali dari segi kedudukan terburuk sahaja yang berubah apabila ada lagi yang lebih buruk.

Saya juga ingin memaklumkan kepada pihak SPR, adalah amat wajar jika pihak SPR meneruskan usaha untuk memenangkan parti pemerintah dalam PRU 13 akan datang dan ia satu usaha yang perlu walau dengan apa cara sekali pun tanpa mengira sekotor mana sekali pun.

Pihak parti yang menjalankan pilihan raya tadi tentunya dengan mudah menerima dengan hati terbuka jika kekalahan mereka disebabkan penipuan yang SPR lakukan nanti.

Saya berpendapat sedemikian berasaskan hakikat mereka sendiri turut telah dapat menerima penipuan sebagai satu cara yang halal untuk mencapai matlamat mereka ketika pilihan raya.

Tambahan pula, saya turut berpendapat seandainya mereka ini memenangi PRU 13 nanti saya percaya kelak jawatan-jawatan tertinggi dalam SPR akan diisi oleh orang-orang yang sama dalam jawatan kuasa pilihan raya parti itu.

Jika ini terjadi, maka dalam PRU seterusnya (14) nanti akan jadi lebih haru biru. Mungkin pembangkang dalam parlimen ketika itu telah pun pupus disebabkan semua kerusi parlimen dan DUN dimenangi oleh mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf kerana meletakkan pihak SPR di kedudukan terburuk sebelum ini walaupun sebenarnya pihak yang menjalankan pilihan raya parti itu lebih buruk.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Beduk Canang

Kongres PKR ke-7 bakal dicemari protes

Posted: 25 Nov 2010 12:52 AM PST

Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Kongres Nasional 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ketujuh yang bermula esok sehingga ahad (28 November) bakal dicemari dengan protes daripada sekumpulan ahli parti itu sendiri bagi membantah kepincangan sepanjang proses pemilihan berlangsung.

Melaungkan slogan 'Kempen Selamatkan Keadilan', kumpulan yang dikenali sebagai Suara Anak Muda itu difahamkan akan memakai baju T berwarna hitam, selain riben 'headband' dan 'armband' yang sama warna sebagai tanda protes.

FMT juga difahamkan kira-kira 100 penyokong Suara Anak Muda akan mula mengedarkan risalah kepada perwakilan, pemerhati, media dan orang ramai sepanjang Kongres PKR yang dijadualkan berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula esok.

Selain risalah, riben, 'armband' dan 'headband' yang tertera perkataan 'Selamatkan Keadilan' turut diedarkan di perkarangan dewan bagi meraih sokongan.

"Risalah itu mengandungi fakta serta bukti kepincangan sepanjang proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat dan juga Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC).

"Dalam kempen risalah itu juga, kita mahu Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diselamatkan daripada terus dikellilingi oleh individu berkepentingan yang menjadi penasihat tidak rasmi (campurtangan) Anwar sehingga menimbulkan banyak keputusan yang tidak sepatutnya daripada beliau dan Biro Politik," kata sumber dalaman kumpulan itu.

Kempen itu katanya bertujuan untuk menarik perhatian pemimpin tertinggi termasuk Presiden PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya mendengar keluhan mengenai proses pemilihan MPP yang dikatakan sebagai demokrasi namun didapati tidak bersifat telus.

"Kerunsingan Pemilihan 2010 ini sedikit pun tidak menimbulkan rasa benci terhadap perjuangan PKR, cuma perasaan benci yang meluap-luap itu hanyalah terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

"Lebih menjengkelkan apabila ianya seolah-olah dibiarkan berlaku. Apabila keadilan itu dinafikan dalam parti yang berlandaskan Keadilan - apakah makna Keadilan?" soal beliau.

Ditanya jika protes itu didalangi pemimpin tertentu untuk menggagalkan perjalanan Kongres PKR, beliau menafikan malah menganggap ia sebagai satu kempen untuk menyedarkan orang ramai supaya mendesak pemimpin parti memandang serius segala aduan dan masalah yang berlaku di setiap cabang dan sepanjang proses pemilihan.

"Saya menyeru kepada semua anggota parti terutamanya anak muda menyertai kumpulan kami untuk bersama-sama mencari keadilan yang kian terperosok.

"Jika Pemilihan 2010 adalah satu punca kepada barah yang bakal merosakkan parti, maka kitalah yang menjadi ubatnya untuk melawan barah tersebut," katanya - FMT

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT