Isnin, 22 November 2010

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Skrip Raja Lawak Astro Musim Ke 4

Posted: 22 Nov 2010 12:51 AM PST

"lepas bersara ni..saya mahu lawan jadi Raja Lawak Astro ada wokey ka..???

Samy mau bikin "Pelan" untuk bersara 13 Disember ini...
Agaknya pelan tersebut mungkin seperti pelan MRR2....heheheeee

*INILAH ANTARA "Pelan" kata-kata yang tersohor yang pernah diucapkan SAMY VELLU.

1. Samy Velu Berkata Tentang Pos Laju; "Besoh kirim, hari ini juga sampai "

2. Di TV yang dia berkata dia malu; "Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam ceramah; "Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini" Lantas seseorang bertanya, "Datuk,sini takde sungai, buat apa bina jambatan? dan Samy dengan bangga membalas , "Kalao takde sungai,kita bina sungai"

4. Kata-kata Samy yang tersohor kepada pemberita; "Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"

5. Semasa krisis air; "Semua worang diminta jangan membuang aiyerr..!"

6. Tentang masalah sosial; "Worang-worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade.." * *

7. Semasa kempen derma darah di Sg.Siput; "Marilah kita semua menderma dare..."

8. Semasa memberi ucapan di pelbagai acara; "Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya saudara-saudari)

9. Semasa bising-bising tentang Al Arqam; "Saya gumbira bahawa didapati tiada
pemuda MIC terlibat dalam kes arqam" *

10. Juga lawak tersohor Samy; "Kita akan bina roket pigi matahari"..... Pemberita menjawab.."Tapi Dato, matahari terlalu panas untuk didekati"... Jawab samy.. "Itu tade masalah....kita hantar waktu malam".... *

sumber; Facebook ;- http://www.facebook.com/madzamtoklah

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

Posted: 22 Nov 2010 09:11 PM PST


Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.
Deep Throat JPM

terima kasih.

Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

1. Dato'Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.
2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings. 
 7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?

9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?
10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!

-Baca lagi ,klik disini-

Cari N3 lama-lama disini

Illuminati Dalam Dunia Hiburan,Kebetulan Atau DiRancang?

Posted: 22 Nov 2010 05:00 PM PST

Apa maksud di sebalik anugerah Oscars?
Setiap tahun akan diadakan anugerah Academy Awards untuk memberi anugerah kecemerlangan terhadap mereka2 yang berkaitan dengan perfileman seperti pengarah filem, pelakon filem dan penulis skrip. Ianya adalah upacara penganugerahan yang tertua dalam media perfileman. 

Anugerah yang diberikan berupa sebuah trofi / patung besi hitam bersalut emas Britannium yang berbentuk seorang lelaki yang memegang pedang salib di depannya. Sebenarnya patung itu adalah menyerupai tuhan Ptah (tuhan kraftangan) yang diagung2 kan oleh Freemasons, dan juga dikaitkan dengan Osiris (tuhan penyembah berhala mesir) yang dalam bahasa Mesirnya dipanggil Ausur.
oscar award
Sumber: http://hikmatun.wordpress.com/

Tag: dajal

Cari N3 lama-lama disini

Ular Berkaki(santai pagi)

Posted: 22 Nov 2010 03:02 PM PST

A snake with a single clawed foot has been discovered in China, according to reports.

Dean Qiongxiu, 66, said she discovered the reptile clinging to the wall of her bedroom with its talons in the middle of the night.

source
"I woke up and heard a strange scratching sound. I turned on the light and saw this monster working its way along the wall using his claw," said Mrs Duan of Suining, southwest China.
Mrs Duan said she was so scared she grabbed a shoe and beat the snake to death before preserving its body in a bottle of alcohol.


The snake – 16 inches long and the thickness of a little finger – is now being studied at the Life Sciences Department at China's West Normal University in Nanchang.

Snake expert Long Shuai said: "It is truly shocking but we won't know the cause until we've conducted an autopsy."

A more common mutation among snakes is the growth of a second head, which occurs in a similar way to the formation of Siamese twins in humans.




Cari N3 lama-lama disini

Logo Mata Dajal di Mid Valley

Posted: 22 Nov 2010 07:27 AM PST

Tag: Dajal







Di Midvalley juga adalah tempat sebuah consultant Yahudi beroperasi iaitu APCO Worldwide yang suatu masa dahulu menjadi pertikaian di Parlimen atas sebab keputusan kerajaan Malaysia membayar RM70 juta menggunakan khidmat APCO.
-Baca lagi disini-


Cari N3 lama-lama disini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Najib mahu pinda Perlembagaan mengenai Perkara Majlis Raja-raja(lates dari blog umno dan Berita Hairan)(abis la raja2 Melayu,mahathir punya kja la ni)

Posted: 22 Nov 2010 08:12 PM PST

hah....nampak tak..tu YDP AGONG 2020...sebelah PAK LAH...ahahahahahahha

(Tajuk adalah metafora,Najib tidak cakap nak pinda pun,sila rujuk http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemerintahanrajaberperlembagaanharusdipertahan_/Article)(khas buat yg tak baca surat kabar)

dah baca keratan akhbar tersebut?

tak pe baca ni dulu?

Najib ni nak pertahankan raja ke?

ke nak hina raja ke??

ye la..dia kata sistem skarang..

adalah terbaik dan terbukti menstabilkan kemanan dan politik negara..

maknanya...sistem absolute monarki dulu tak bagus la ye?

oh ye la..sbb sistem dulu la tanah MELAYU di jajah..

didatangi pendatang CINA DAN KELING...

ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahaha

kalau ye pembela MELAYU...

kembalikan kuasa kepada raja..

tak payah semua kuasa la..sikit2 pun boleh la....

ke takut Soi Lek dan Sami Belu letak jawatan terus lebih awal?

tak best la tak de mmbe lama sama2 main politik...

sbb asal MELAYU pun di bawah pemerintahan di raja...

ah..karang mufti PERAK dan mufti MELAYU MODEN sound aku plak...

kata aku ni kampung lak...

tau pun..semua orng nak ada kuasa..

nk jadi PM TPM dan IPM(isteri PM)..

aahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahaahahahahahahahahha

ye ke sis tem skarang ni menjaga kestabilan politik?

kalau ye stabil buat apa ada Akta Keselamatan Dalam Negeri..

ops..bahasa MELAYU..ada anak2 MELAYU tak paham kan..

Internal Security Act..ISA...

ahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahaaahha

oh..aku ingat PM kita ni MELAYU..

rupanya KELING....sbb dia ckp cam KELING...

ahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahha

kalam Perantau

kalam Perantau


Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?

Posted: 22 Nov 2010 10:00 PM PST

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

“Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka,” kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

“Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja,” kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011.

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR.

Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah.

Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau.


Nurul Izzah naib presiden PKR paling kanan

Posted: 22 Nov 2010 07:03 PM PST

Oleh : Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar menjadi naib presiden PKR paling kanan kini apabila beliau memenangi undi terbanyak dalam pemilihan PKR yang berakhir semalam.

Beliau mendapat undi tertinggi iaitu 13,170 mendahului naib presiden sekarang Tian Chua yang mendapat 11,460, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (8,891) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Othman (8,477) yang turut terpilih.

Sebagaimana dijangka, Azmin Ali memenangi jawatan timbalan  presiden apabila mendapat 19,212 mengalahkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden. Bagaimanapun, PKR berhak melantik dua lagi ke jawatan itu.

Berikut jumlah Undi yang diterima mereka:

Nurul Izzah – 13,170
Tian Chua – 11,460
Fuziah Salleh – 8,891
Dr Mansor Othman – 8,477
Dr Xavier Jayakumar – 6,984
Gobalakrishnan – 6,721
Yahya Sahri – 6,436

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya yang akan berlangsung minggu depan


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KETUA AMK - KEMENANGAN TIDAK `GENTLEMAN' ?

Posted: 22 Nov 2010 11:00 PM PST

Justify FullOleh: Mandor

ADA maklumat menyebut Chegu Bard tewas tipis kepada penyandang jawatan Ketua AMK sebelum ini iaitu Sdr Shamsul Iskandar di dalam pemilihan yang dianggap penuh `kontroversi'. Walau bagaimanapun, keputusan rasmi dijangka akan dimaklumkan semasa Kongres PKR Jumaat ini.

Dalam keputusan 14 November lalu, Shamsul memperoleh 3,981 undi manakala Badrul Hisham 3,273 undi, beza undi adalah sebanyak 708 undi. Perbezaan undi ini dikatakan semakin tipis di penghujung tempoh akhir pemilihan.

Apapun keputusannya, jelas bahawa sokongan terhadap Chegu Bard begitu kuat walaupun dikatakan terpaksa menempuh berbagai cabaran dan tekanan. Harapan penyokong-penyokong Chegu Bard untuk melihat anak muda ini mengemudi AMK jelas kelihatan sebelum musim pemilihan lagi. Harapan itu agak cerah apabila Sdr Shamsul Iskandar begitu bersungguh mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR atas alasan kununnya untuk memberi laluan kepada tokoh yang lebih muda.

Malang sekali, tidak semena-mena Sdr Shamsul membuat `U-Turn' dan bukannya `T-Junction' seperti yang didakwanya. Namun demikian, demi prinsip dan keikhlasan Chegu Bard terus nekad memasuki gelanggang. Keyakinan Chegu Bard terhadap sistem pemilihan yang adil dan telus membuatkannya merasa optimis untuk mencapai kemenangan. Beliau sedar selera anak muda mahukan perubahan, anak muda juga tidak mahu diperlekehkan sebagai `pejuang jalanan' semata-mata.

Beliau mahu membuktikan anak muda akan sanggup berada di mana sekalipun bukan hanya di jalanan untuk berdemontrasi. Sebab itu, beliau bersedia untuk berada di pentas debat terbuka dengan sesiapa sahaja untuk menerangkan aras dan misi yang ingin dibawanya. Ini menunjukkan anak muda bukan hanya berani di pinggir-pinggir jalan. Malangnya, sahutan demi sahutan oleh Chegu Bard untuk berdebat dipandang sinis.

Saya tidak berani untuk mengatakan kekalahan Chegu Bard adalah angkara penipuan atau ketirisan di dalam pemilihan ini. Tetapi saya bersetuju kemenangan yang mungkin diperolehi oleh Sdr Shamsul Iskandar itu adalah satu kemenangan yang penuh `kontroversi' dan dilihat tidak `gentleman'. Pada saya, masa depan Chegu Bard lebih cerah di masa hadapan dan beliau pastinya lebih bersedia untuk kembali ke gelanggang setelah sebegini hebat diuji.

KERTAS UNDI HILANG, CUBAAN SABOTAJ PARTI - SAIFUDDIN

Posted: 22 Nov 2010 10:00 PM PST

Saifuddin Nasution : Kertas Undi Dicuri Bertujuan Jatuhkan Imej PKR
22/11/2010


KUALA LUMPUR 22 NOV : Dua kertas undi hilang semasa dalam proses penghantaran dari ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat ke cabang-cabang yang terlibat dalam pemilihan semalam kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, disyaki kertas bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) tersebut telah dicuri.

"Kita telah mengesan dua kertas undi bagi pemilihan MPP hilang semasa proses penghantaran dari ibu pejabat ke cabang-cabang.

"Daripada dua kertas undi itu, salah satu melibatkan cabang Pandan, kedua-dua kertas undi kita kesan hilang semasa proses penghantaran.

"Bila kita sedari bahawa dua kertas undi telah hilang, kita telah memaklumkan kepada pengawas bertugas supaya tidak membenarkan kertas undi yang sama nombor siri dengan kertas undi yang hilang itu digunakan," kata Saifuddin kepada portal The Malaysian Insider.

Bagaimanapun proses pengundian berjalan lancar dan kertas undi baru telah digunakan bagi menggantikan kertas undi yang hilang.

"Jadi pemilihan hari ini (semalam) di dua cabang itu berjalan dengan lancar dan kertas undi tersebut tidak digunakan dan ia tidak sah kerana telah dicuri.

"Kita juga sekarang sedang menyiasat siapa indivdu yang terlibat dalam kehilangan dua kertas undi ini.

"Perkara ini kita juga sudah jelaskan kepada ahli dan tiada bantahan daripada mereka," katanya.

Saifuddin tidak menafikan kehilangan kertas undi berkenaan mungkin dilakukan oleh individu yang tidak senang dengan PKR, dan bertujuan mensabotaj perjalanan pemilihan parti.

"Malah kita percaya ia merupakan taktik untuk sabotaj perjalanan pemilihan parti, apa-apa pun kita masih menyiasat perkara ini.

"Kita juga bernasib baik kerana kehilangan dua kertas undi itu tidak menjejaskan perjalanan pemilihan hari ini (semalam). Ia juga tidak mengubah keputusan pemilihan yang berlangsung.

"Kita juga percaya kertas undi itu telah dicuri dengan niat untuk menjatuhkan imej PKR dan membayangkan bahawa pemilihan PKR ini berlaku dalam keadaan kucar-kacir. Tapi apa yang jadi persoalan bagaimana penulis blog tersebut boleh menerima kertas undi tersebut, kalau dia terima maknanya dia terima daripada individu yang mungkin terlibat dalam kehilangan dua kertas undi itu," tambah Saifuddin lagi.

Semalam adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian.

Sebanyak 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi berakhir 4 petang./TVNews

DI MANA PRESIDEN SEMASA `RAPAT PERDANA'?

Posted: 22 Nov 2010 09:00 PM PST

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI-AHLI YANG AMAT MENGECEWAKAN

Melalui Email

Sebagai seorang ahli parti yang setia, saya menunggu dengan penuh debaran perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam 19 November baru-baru ini. Saya jangkakan pucuk pimpinan, terutama Presiden parti akan menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskan isu-isu yang menjadi punca krisis yang sedang melanda parti dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memperbaiki parti dan memulihkan imejnya. Nyata jangkaan saya jauh meleset. Saya telah mengikuti perjumpaan tersebut melalui internet, suatu usaha yang pada hemat saya hanya membuang masa dan membazirkan tenaga eletrik.

Beberapa perkara telah menghampakan saya; dari yang agak kecil hinggalah ke besar. Biarlah saya mulakan dengan yang kecil tetapi berpotensi besar untuk memberi gambaran yang tidak diingini mengenai parti.

Pertama, kenapakah dianggap perlu berbelanja duit untuk meletakkan satu 'backdrop' besar yang memaparkan gambar-gambar bersaiz gergasi beberapa orang pemimpin? Kalau majlis dianjurkan oleh UMNO totok seperti Khir Toyo atau Azalina Osman, saya boleh fahamlah. Itu budaya dan mentaliti feudal UMNO untuk memuja dan mengagung-agungkan pemimpin. Tetapi kita PKR - parti Reformasi yang kononnya memperjuangkan budaya dan pemikiran politik baru. Kenapakah kita terikut-ikut dengan amalan-amalan jijik UMNO? Adakah sebab ini, mentaliti pemimpin kita masih mentaliti UMNO? Ini adalah suatu kebimbangan hati nurani saya yang terpaksa saya suarakan demi renungan semua.

Kedua, kenapa Presiden parti sendiri tidak hadir dan berucap di majlis yang digelar 'perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti'? Kelibat Presiden tidak kelihatan langsung. Bayangkanlah jika UMNO dilanda krisis, satu perjumpaan dipanggil dan yang naik ke pentas untuk memberi penjelasan ialah Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin, Adnan Mansor dan Ali Rustam. Rosmah Mansor pula menggunakan peluang itu untuk menonjolkan diri. Presiden UMNO pula bersembunyi di rumah. Blog-blog akan berpesta mengutuk UMNO. Apakah bezanya dengan perjumpaan PKR di mana Ketua Umum, satu jawatan yang tidak termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak dilantik, pula yang lebih senduk dari kuah sementara Presiden yang hakikatnya telah mendapat mandat dari para anggota parti untuk memimpin telah menghilangkan diri. Saya amat khuatir ini adalah satu petanda pucuk kepimpinan parti yang tidak menghormati perasaan dan pandangan ahli-ahli biasa.

Terakhir dan yang paling mengecewakan adalah perjumpaan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjelaskan isu-isu yang menimbulkan kontroversi serta untuk melegakan kegelisahan dan kecurigaan yang kini melanda para keahlian parti telah bertukar menjadi pesta pemujaan. Lawan dikeji, pemimpin dipuji. Perjumpaan tersebut bertukar menjadi sesi mengutuk Zaid Ibrahim. Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai kepincangan parti tidak dijawab langsung. Aturcara majlis Jumaat lepas mirip "roadshow" anjuran UMNO. Penuh dengan sepanduk-sepanduk memuja pemimpin, laungan-laungan memuji pemimpin. Di manakah perubahan yang di war-warkan?

Suara Presiden ialah suara rasmi parti, suara yang mewakili insan-insan kerdil yang menjadi ahli biasa parti. Saya merayu kepada Presiden untuk segera memberi perhatian dan menangani isu-isu yang kini timbul kerana ini membikin ketara kelemahan dan kecacatan parti. Suara dan penjelasan Presidenlah yang ditunggu-tunggu untuk menenteramkan kegelisahan para ahli biasa parti.

Sekian, Salam Reformasi.


ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568


22 NOVEMBER 2010

Blogger:

Email ini saya terima daripada penulis tanpa sebarang edit dilakukan. Mudah-mudahan apa yang baik dan benar boleh diambil, yang tidak baik atau tidak benar, anggaplah satu kelemahan biasa sesama manusia.

Saya menyanjung komitmen beliau terhadap parti. Terima kasih kepada Penulis.

VIDEO - AZMIN JANJI TUNAI MANIFESTO TIMB PRES PKR

Posted: 22 Nov 2010 08:00 PM PST

AKHIRNYA YB FUZIAH BERJAYA MENCURI TEMPAT KERUSI NAIB PRESIDEN

Posted: 22 Nov 2010 07:00 PM PST

Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR

Nov 22, 10 9:52am

Keputusan akhir pemilihan PKR tidak mengejutkan apabila Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

azlanKeputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Begitu juga dalam persaingan kerusi nombor tiga apabila dimenangi oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diekori oleh ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Malangnya, hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden.

Berikut jumlah bagi tujuh calon teratas:

  • Nurul Izzah - 13,170
  • Tian Chua - 11,460
  • Fuziah - 8,891
  • Mansor - 8,477
  • Xavier - 6,984
  • Gobalakrishnan - 6,721
  • Yahya Sahri - 6,436

Sebanyak 17 calon bertanding merebut jawatan itu.

azlanKeputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan.

Keputusan ini bermakna, kecuali Tian Chua, semua naib presiden yang terpilih merupakan muka baru.

Buat pertama kali juga, terdapat penyertaan wanita mengisi kerusi nombor tiga itu, bahkan bukan satu, tetapi dua wakil.

Bagaimanapun, tiada kaum India terpilih mengisi jawatan itu walaupun mereka dikatakan mewakili 35 peratus daripada keseluruhan anggota PKR.

Satu-satunya penyandang yang mempertahankan jawatan itu R Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang tewas kali ini.

Bagaimanapun, masih terdapat dua kuota lantikan untuk kerusi itu.

Bagi pemilihan sayap Pemuda dan Wanita, difahahamkan dua penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan Zuraida Kamaruddin berjaya mempertahankan masing-masing./Malaysiakini

TAHNIAH PKR KERANA `MENGELUARKAN' ZAID LEBIH AWAL DARI 16 DIS

Posted: 22 Nov 2010 05:00 PM PST

Zaid bukan lagi anggota PKR

Aidila Razak
Nov 22, 10

PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja.

NONEKatanya, PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya".

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik.

"Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," katanya sinis.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, biro politik PKR membuat keputusan itu selepas bermesyuarat semalam.

"Mengikut perlembagaan, anggota boleh hilang taraf kalau dipecat atau tulis surat (mahu berhenti), (dan) Zaid telah tulis surat," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya./Malaysiakini

TANGGUH DULU PENGUMUMAN PEMENANG JAWATAN DI DALAM PKR

Posted: 22 Nov 2010 02:33 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN pemimpin di dalam PKR telah pun berakhir. Sepatutnya berakhirnya pemilihan kepimpinan di dalam parti yang julung kali mempraktikkan amalan demokrasi terbaik secara teorinya setakat ini haruslah melegakan kita semua.

Namun mengapa ianya tidak berlaku? Secara amalannya, mungkin pemilihan kali ini dipandang Justify Fullsinis oleh sebahagian ahli-ahli parti sendiri. Bukan sedikit rungutan atau protes yang dapat kita lihat pada mata kasar, dan tidak kurang juga banyak aduan serta bukti yang telah dikemukakan. Kesemuanya itu memerlukan perhatian serius dari pimpinan parti.

Pedulikan mereka yang mendedahkan segala kelemahan parti kepada pihak media yang dikuasai oleh Umno. Kita perlu sedar, bukan semua mengadu kepada media haprak tersebut. Ada lagi ahli yang setia dengan parti yang tidak mahu bersubahat dengan media tersebut. Tetapi, adakah saluran dalaman yang mereka telah gunakan berkesan setakat ini?

Kita tidak mendakwa kesemua yang mereka laporkan berkaitan kepincangan yang berlaku sepanjang pemilihan ini betul kesemuanya. Tetapi, mampukah kita menolak kesemua dakwaan tersebut tanpa dilakukan siasatan dengan adil? Inilah yang dipersoalkan sekarang.

Saya berharap agar parti tidak mengumumkan sebarang keputusan di dalam pemilihan yang baru diadakan itu melainkan setelah parti menyiasat dan mengumumkan hasil siasatan ke atas semua laporan dan dakwaan oleh beberapa pihak. Cara paling baik dan berkesan adalah pimpinan parti hendaklah memanggil kesemua calon yang bertanding terutamanya di peringkat MPP termasuk AMK dan Wanita untuk diberi taklimat terperinci bagaimana siasatan dilakukan dan hasil siasatan yang telah dijalankan.

Setelah dapat dikenalpasti beberapa kepincangan samada di peringkat Cabang mahu pun peringkat Pusat, maka pemilihan perlu diadakan semula di peringkat mana yang didapati berlakunya kepincangan tersebut. Mungkin ini adalah salah satu jalan keluar untuk menjernihkan keadaan./wfauzdin.blogspot.com

CABANG REMBAU JUGA PERLU DIBATALKAN DAN DIBUAT SEMULA - CHEGU BARD

Posted: 22 Nov 2010 10:08 AM PST

Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar

Nov 22, 10 7:09pm
Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

NONEMenurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

NONEBadrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

NONE Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."/Malaysiakini

`PENGISTIHARAN PERMATANG PAUH' ASAS PERJUANGAN PARTI - AZMIN

Posted: 22 Nov 2010 08:44 AM PST

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan proses pembersihan pengkhianat selepas kongres parti ahad ini. Perkara ini dinyatakan demikian oleh pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Parlimen hari ini. Ikrar Azmin itu ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulan yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang. Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi

Pemilihan PKR yang menutup tirainya Ahad lalu adalah bagi mengilap semula idealisme perjuangan, membersihkan parti daripada pengkhianat serta persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Azmin menegaskan bahawa salah satu dokumen penting yang dipegang anggota parti adalah 'pengiystiharan Permatang Pauh' yang dilancarkan pada tahun 1998 dan menjadi asas kepada perjuangan PKR.

"Saya mengajak anggota parti untuk kembali kepada dokumen ini, untuk mengkhadamnya, menghayatinya dan berpegang kepada prinsip yang berkenaan.

"Yang kedua, saya mengajak anggota parti bersama-sama dengan pimpinan memupuk kesetiaan di dalam parti, bagi saya perjuangan massa dan perjuangan rakyat seperti keadilan memerlukan prinsip kesetiaan untuk memastikan tiada pengkhianatan di dalam parti.

Ini kerana kata beliau, jika ada pemimpin yang khianat, bukan sahaja imej parti tercalar tetapi tamadun pun boleh runtuh.

"Anggota parti mahu pemimpin yang diuji dan teruji, yang setia untuk meneruskan kepimpinan parti.

"Kita juga akan anjur kem latihan secara bersiri yang melibatkan kepimpinan dan anggota parti untuk memahami prinsip kesetiaan dan idealisme parti.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut menegaskan bahawa pemilihan parti ini juga adalah untuk memperkukuhkan organisasi parti yang mana PKR sebagai gerakan reformasi memerlukan satu struktur organisasi yang jelas dan mantap.

"Ini adalah supaya kita dapat turun ke bawah, bertemu dengan anggota parti dan rakyat untuk menjelaskan dasar-dasar parti dan program yang dijalankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Dengan maklumat ini, saya yakin rakyat akan bersama-sama dengan keadilan untuk membawa perubahan dalam PRU ke-13 nanti," ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan dan juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata konsep satu anggota satu undi adalah bagi memantapkan dan memartabatkan sistem demokrasi dalam PKR.

Ujar beliau, walaupun terdapat sedikit kelemahan dari segi logistik yang tidak dapat diandaikan yang mana menurutnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa menguruskan sebanyak 222 cabang PKR yang mengadakan pemilihan parti.

"Kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pillihan raya bagi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memerlukan beberapa juta untuk perbelanjaan, inikan pula kita yang menguruskan pemilihan untuk 400,000 anggota di seluruh negara.

"Banyak lagi harus kita lakukan bagi menegaskan atau memantapkan lagi satu anggota satu undi dalam masa 3 tahun selepas ini," ujar Fuziah.

Walau apa pun beliau yakin tidak ada parti dalam komponen Barisan Nasional yang berani untuk mengendalikan pemilihan seperti ini kerana tidak berani menghadapi masalah seperti yang dhadapi PKR.

(TVSnews)

JIKA KITA BUKAN SAMPAH DALAM PARTI, BUAT APA NAK EMOSI SANGAT?

Posted: 22 Nov 2010 12:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel ini, harus diakui di dalam PKR sememangnya ada sampah. Sampah inilah yang kita semua patut campakkan. Sebelum itu, kita kena kenalpasti siapakah dia sampah-sampah itu? Bukan main hentam tuduh orang ini dan orang itu sampah, silap-silap kita termasuk dalam golongan sampah tersebut.

Jujurnya kita akui terlalu ramai di antara kita yang terdiri dari reformis yang bersusah-payah berjuang untuk parti ini. Tetapi tidak semua reformis ini berjuang dengan ikhlas, ada yang mahu habuan dan pembalasan. Malahan, ada yang bercerita semula segala jasa baiknya terhadap DS Anwar dan keluarga. Semuanya memberi alasan berjuang untuk parti dan ingin melihat parti ini menjadi kuat.

Ezam juga bersusah payah dahulu, begitu juga dengan Roslan Kassim, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam, Hamdan Taha dan ramai lagi. Akhirnya ke mana mereka? Syabas, buat mereka yang dahulu susah tetapi masih setia dengan parti. Andaian jika Azmin menang, parti menjadi teruk adalah andaian dari persepsi yang salah. Parti menjadi teruk atau musnah jika yang menang itu mendapat kemenangan melalui jalan yang salah. Tidak kiralah samada Azmin atau siapa sahaja.

Mengapa diungkit penyatuan PRM ke dalam PKR? Apa silap dan salahnya Dr Syed Husin? Oleh kerana DR Syed Husin memberi menyebut agar parti membuang segala sampah yang ada di dalam PKR maka Dr Syed Husin patut dicaci? Jika kita merasakan kita bukan sampah, apa salahnya beliau berkata demikian? Jangan cepat terasa sangat. Berfikirlah dengan waras.
Jangan asyik berbangga dengan susahnya kita dahulu berjuang sehingga menganggap mereka yang baru masuk parti seolah-olah bukan pejuang. Itu ego namanya.

Kritiklah parti, tiada masalah. Mengapa dikaitkan dengan orang itu dan orang ini? Jangan bermain emosi semata-mata tidak suka kepada seseorang pemimpin. Perjuangan yang ikhlas, InsyaAllah akan diberkati dan disukai orang. Jangan kita suka berbuat baik, tapi mahu dipuji dan dipuja orang. Ibarat kita mohon derma, bila orang tidak mahu menderma kita maki hamun orang itu. Ikhlaskah?/wfauzdin.blogspot.com