Sabtu, 20 November 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Macam Pelik Je Azan Ni

Posted: 20 Nov 2010 09:14 PM PST

-Santai-


Cari N3 lama-lama disini

7 Perangkap Iblis

Posted: 20 Nov 2010 07:51 PM PST


Dalam mencapai kecintaan tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT, adalah menjadi kewajiban kepada setiap jiwa yang mengaku Muslim dan beriman kepada ALLAH SWT dan Rasulnya untuk memperdalamkan ilmu dengan segala daya tenaga.

Di dalam perjalanan untuk mencari ilmu yang asrar yakni tinggi tahap fahamnya serta pelbagai kemuliaan yang khatir, maka bersedialah dalam mengorbankan tenaga serta memerah usaha kepada guru-guru yang mursyid dalam memahami tingkatan tipuan syaitan.

Pelbagai daya syaitan dan iblis dalam meminggirkan usaha mukmin daripada ibadah kepada ALLAH SWT;

1. Syaitan dengan berterusan melarang manusia daripada taat kepada ALLAH.

Sedangkan kepada orang-orang yang sentiasa patuh kepada ALLAH SWT pasti menolak ajakan syaitan dengan berkata "aku mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT. Untuk itu, hanya bekalan di dunia ini mampu membawaku kepada akhirat yang kekal".

2. Dalam ibadat juga syaitan akan memujuk manusia meninggalkan taat kepada ALLAH SWT. Kata syaitan laknatullah ; "lakukan ibadatmu di waktu tua, masa masih muda".

Bagi hamba ALLAH SWT yang terpelihara pasti menyatakan "Kematianku bukan terletak ditanganmu wahai syaitan dan iblis laknatullah. Sekiranya aku menundakan beramal pada hari ini untuk hari esokku, dapatkah aku beramal pada masa yang akan datang? Sedangkan mati itu sahaja tidak tahu bila bakal menjemputku. Apakah yang akan ku jawab didepan Tuhanku?"

3. Sifat tergesa-gesa adalah sifat syaitan.

Maka syaitan akan mengesa manusia mempercepatkan amalan. Contohnya solat tanpa tomakninah, bagaikan ayam yang mematum-matuk makanan. Syaitan laknatullah akan mengatakan ; "cepatlah engkau beramal, perihal dunia yang lebih penting menantimu"

Manakala, bagi orang-orang yang selamat amalnya, pasti berkata ; "Amal yang baik tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna"

4. Kemudian, syaitan laknatullah akan meneruskan usahanya dengan tahapan lebih tinggi dengan menyuruh orang-orang yang soleh dan mukhlish beramal agar melaksanakan amal ibadat dengan sempurna agar tidak dicela orang lain.

Kepada orang-orang yang ikhlas amalnya pasti berkata ; "Cukuplah hanya ALLAH SWT sebagai penilai kepada segala amalanku, bukan kerana manusia aku ini beramal"

5. Tusukan hasutan syaitan diteruskan dengan membisikan pujian kepada orang yang beramal ; "hebat dan tersusun ibadatmu hingga engkaun kelihatan mempunyain darjat yang tertinggi berbanding orang lain"

Apabila mendengar lintasan itu, orang-orang soleh yang celik kehambaannya kepada ALLAH SWT akan berkata segala keaggungan dan pujian itu adalah dikembalikan kepada pemiliknya iaitu ALLAH SWT Yang Maha Jamil lagi Kamil. Bukanlah kekuatan itu miliku. ALLAH SWT adalah pemberi redha NYA hingga aku beramal sebagaimana diredhai NYA. Tanpa kurnia NYA Yang Esa, apalah yang dapatku harapkan daripada amalku yang tidak setanding dengan banyaknya dosaku.

6. Apabila mengetahui kegagalan usaha syaitan laknatullah, diteruskannya pula menghasut sesat manusia dengan cara yang lebih hebat. Caranya dengan membisikkan kepada manusia ; "bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr, jangan sampai diketahui amalmu itu oleh orang. Sesungguhnya hanya ALLAH akan mengkhabarkan kebaikan serta keikhlasanmu kepada orang lain"

Melihatkannya, menampakkan kebaikkan yang dilakukan pasti mendapat tempat di sisi ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Namun, kepada Ahlul Haq pasti menyedari itu adalah usaha syaitan laknatullah meletakkan penyakit riya di hati.

Berkatalah Ahlul Haq dengan kebesaran ALLAH SWT ;
"hai syaitan laknatullah, tiada guna segala usahamu menyesatkan ku. Engkau berpura-pura memperbaiki amalanku, sedangkan engkau menginginkan kerosakkan amalku. Aku adalah hamba ALLAH SWT, aku tertakluk kepada kekuasaan NYA. Jika DIA berkehendak, ALLAH akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. DIA lah yang akan menentukan duduk letak mulia atau hina amalanku. Tiadalah kekhuatiran kepadaku andai amalanku dinampakkan atau tidak di kalangan manusia, kerana itu bukan urusan makhluk setarafku"

7. Seterusnya, syaitan laknatullah dengan segala usaha akan mengoda manusia dengan membisikkan ; "hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sekiranya ALLAH telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari 'azali kelak, maka meninggalkan ibadah tidak akan memudaratkan dirimu. Dan jika ALLAH menetapkan dirimu sebagai orang yang celaka, tiada gunanya engkau beribadah, kerana engkau akan tetap celaka "

Ketika inilah lahirnya golongan jabariah, qadariyyah (perbuatan mereka bukan daripada ALLAH, tetapi terhasil daripada diri sendiri), bahkan mujjassimmah dengan meletakkan ketentuan berdasarkan akal. Pada rupa luarnya seakan berlainan, namun jauh tersimpang dari manhaj Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Berhati-hatilah kalian dalam menghadapi tipu daya syaitan laknatullah.
http://almukminun.blogspot.com/

Cari N3 lama-lama disini

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Menara 100 Tingkat; Antara Keinginan Sang "Isteri" atau Nafsu Sang "Suami"?

Posted: 20 Nov 2010 10:06 PM PST

"Lagi lama u sakit..bukan setakat 100 tingkat..huhuhu.tapi..macam-macam ada..huhuhu..kalah Astro ooo!!! "

usinkata;..patutla semua pihak yg terbabit dan terlibat dgn impian "Menara Warisan" saling tuding menuding dan keluar berbagai cerita ceriti...huhuhu rupanya semua itu umpama "mimpi saudagar mimpi yg menjual berbagai mimpi"
Namun sekarang ini persoalan yg sedang bermimpi..

"Siapa yg bermimpi..?"
"Siapa Saudagar Mimpi?"
"Siapa yg menjual mimpi ?"
"Adakah mimpi sangg suami melebihi isterinya?"
"Adakah mimpi sang isteri menyelam tenggelam timbul bersama KD Altantunya?"

"Adakah usinwafer bermimpi takala ini?"

huhuhu..mai pakat bacala petikan dari MerdekaReview ini..jangan biarkan diri anda diselubungi mimpi saudagar mimpi yg menjual mimpi...

PNB TIDAK BERNIAT UTK MEMBINA MENARA 100 TINGKAT

Pembinaan Menara 100 tingkat bukan perancangan asal

Seandainya diteliti rancangan asal pembangunan Warisan Merdeka yang disediakan PNB, kita akan mendapati bahawa Menara 100 tingkat ini tidak berada dalam plan asal, sehingga pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2011.  Maksudnya, idea pembangunan Menara 100 tingkat ini timbul hanya pada tahun ini dan bukan dimasukkan ke dalam plan pembangunan PNB sebelumnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Hamad Kama Piah, PNB telah membeli tanah 13 hektar dari Danaharta Nasional Berhad pada tahun 2000 dengan nilai RM320 juta.  Dan Lembaga Pengarah syarikatnya meluluskan satu projek bersepadu di atas tanah itu pada tahun 2004.  Walaupun projek ini dikaji setiap tahun dalam beberapa tahun yang lalu, namun projek Menara 100 tingkat ini tidak pernah muncul dalam projek tersebut sehingga tahun lalu.

BERNAMA memetik kata-kata Hamad Kama Piah pada 12 September 2009, bahawa PNB berniat untuk membangunkan satu projek bersepadu di tanah seluas 7.2 hektar di sekeliling Stadium Merdeka dan Stadium Negara.  Beliau memaklumkan bahawa kos pembangunan tersebut berjumlah RM3 bilion pada ketika itu.  Kata-kata ini menunjukkan bahawa projek tersebut tidak merangkumi Menara 100 tingkat.  Menara 100 tingkat ini hanya tersergam megah secara tiba-tiba dalam plan pembangunan Warisan Merdeka ketika Najib Razak (gambar bawah) membentangkan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010.

Sebagaimana yang diketahui, jumlah kos pembangunan projek Warisan Merdeka bernilai sebanyak RM5 bilion, termasuk Menara 100 tingkat, pusat membeli-belah dan apartment kediaman.  Antaranya, Menara 100 tingkat mencakupi kos sejumlah RM2.5 hingga 3.0 bilion.  Seandainya mengikut perancangan asal, kos projek ini hanya bernilai RM3.0 bilion.  Namun, ia melonjak sehingga RM5 bilion pada akhirnya, jelas disebabkan "transformasi"-nya menjadi Menara 100 tingkat.  Kos projek asal yang tidak termasuk pembinaan Menara 100 tingkat (RM3 bilion) mungkin berkurang sedikit untuk memberi laluan kepada pembinaan Menara 100 tingkat.

Daripada maklumat yang dipetik atas, nampaknya Menara 100 tingkat ini bukan ibu pejabat baru yang dirancang PNB.  Ia lebih kepada keinginan kerajaan Najib untuk membina Menara 100 tingkat, dan kemudian mengarahkan agar ia dipertanggungjawabkan kepada PNB - lantas menjadi ibu pejabat baru PNB, malah menjadi alasan untuk menjustifikasikan projek mega gajah putih ini.

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. Bebas

Posted: 20 Nov 2010 07:28 AM PST

Berita Oleh Hafiz Yatim

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).
Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]

bersih rally 271207 05Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Takbir, ciuman gembira

Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir.

Gobalakrishnan kelihatan terlalu gembira dengan keputusan itu dan lantas mencium pipi peguam Jason Tay.

Mereka yang lain: Mohd Salim Yeslam, 25, Ahmad Razali Abd Rahman, 53, Razali Abdul, 37, Mohd Asri Ahmad, 37, Muhd Harith Fatillah Shahabudin, 27, Saleh Mohamad Tahir, 50, Azahar Yusop, 46, Sulaiman Ahmad, 60, Taib Abdullah, 36, Mohd Abi Salam Ariffin, 28, Ishak Othman, 36, dan Mohd Zad Abdullah, 42.

Dua lagi merupaka tertuduh juvana dari Kedah.

Kesemua mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat, merangkumi laman Masjid Negara, Jalan Istana, Jalan Raja Laut dan sekitar pusat membeli-belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman Rahman antara jam 1 hingga 4 petang pada 10 November 2007.

kalam Perantau

kalam Perantau


Pilihanraya mungkin antara April dan Jun 2010

Posted: 20 Nov 2010 10:14 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh petugas parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka diadakan antara April hingga Jun tahun hadapan.

Bercakap dalam majlis makan malam jentera pilihan raya PAS Wilayah Persekutuan di Taman Cempaka, Pandan Jaya malam tadi, beliau juga tidak menolak kemungkinan PRU 13 diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

“Pilihan raya sudah hampir dengan kita. Saya menjangkakan pilihan raya berlaku antara bulan April hingga Jun tahun hadapan, itu paling awal. Ini bacaan politik berasaskan situasi politik yang ada di negara ini.

“Saya boleh membuat kesimpulan, kalau pilihan raya Sarawak diadakan pada April tahun hadapan ini menunjukkan kemungkinan pilihan raya itu diadakan sekali dengan pilihan raya umum,” kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Turut serta pada majlis itu seorang lagi naib presiden, Salahudin Ayub.

Kata Mahfuz, PAS perlu menyiapkan jentera medianya sendiri di setiap lajnah bagi melawan manipulasi media Umno yang membuat laporan berat sebelah.

“Amat perlu untuk media kita membuat serangan balas kepada serangan media mereka. Sebab itu dalam situasi sekarang, tidak cukup Harakah dan akhbar alternatif yang lain tetapi dalam lajnah penerangan sendiri perlu ada pasukan media sendiri menggunakan segala teknologi maklumat yang ada,” katanya.

Beliau turut memuji langkah PAS Wilayah mengadakan program mengutip dana sedemikian bagi membuat persiapan awal.

Kemenangan Di Galas dan Batu Sapi bukan petanda baik bagi BN

Sementara itu, Salahuddin berkata, kemenangan BN di pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi baru-baru ini bukanlah petanda baik bagi BN untuk mengekalkan kemenangan mereka dalam PRU akan datang.

“Berdasarkan dua pilihan raya kecil yang berlangsung, penganalisis politik berpandangan keputusan itu tidak mencerminkan pandangan umum di peringkat nasional.

“Walaupun BN menang selesa kita melihat cara media melaporkan kemenangan itu juga tidak begitu memberangsangkan mereka, laporan cuma satu hari sahaja,
kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, pemimpin Umno BN sendiri tiak begitu ghairah meraikan kemenangan itu, seolah-olah masih berada dalam kebimbangan dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

“Kemenangan itu tidak menjadi topik penting bagi Umno untuk dibanggakan dan suhu perbahasan di Parlimen dan bila melihat riak wajah pemimpin Umno mereka tak begitu ghairah untuk meraikan kemenangan yang mungkin berlaku atas beberapa faktor itu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga ujarnya, tidak mengeluarakan satu kenyataan yang tegas bagi mengakui kemenangan mereka dan bersedia menghadapi PRU awal.

Justeru ujarnya, PAS dan Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang yang luas untuk menguasai PRU 13.

“PAS sebagai parti yang berpengalaman luas, harus bijak mengambil peluang ini dengan mengadakan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi BN,” katanya.


Yang Terbaik Untuk Zaid

Posted: 20 Nov 2010 06:45 PM PST

Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my)

MINGGU lalu penulis telah bertanya, bagaimakah kerjaya politik Datuk Mohd Zaid Ibrahim akan berakhir dalam PKR. Hari ini kita semua sudah memperolehi jawapannya – beliau mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.

Langkah paling logika yang akan diambil oleh tokoh politik paling kontroversi tahun ini adalah untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Hasrat untuk menubuhkan parti baru ini pun telah siang-siang lagi diumumkan oleh Zaid iaitu ketika beliau mengadakan roadshow di Kedah, Khamis lalu untuk menjelaskan kepada ahli-ahli PKR mengapa beliau bertindak menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Kini segala-galanya bergantung kepada Pendaftar Pertubuhan. Secepat manakah proses pendaftaran parti politik baru yang akan diketuai oleh Zaid Ibrahim akan diluluskan.

Yang Terbaik Untuk Zaid

Semalam (Ahad), penulis membuat andaian di dalam kolum penulis di Mingguan Mstar bahawa apabila Zaid mengumumkan untuk menubuh parti baru yang akan dinamakan Keadilan Baru seandainya dipecat, ternyata itulah yang sedang dialu-alukannya. Ternyata andaian penulis silap.

Beliau tidak menunggu untuk dipecat sebaliknya beliau mengumumkan keluar dari Keadilan. Namun itulah yang disyorkan oleh penulis kepada Zaid semalam. Jalan keluar terbaik untuk Zaid adalah untuk dia meninggalkan parti itu dan tubuh partinya sendiri. Itu lebih baik dan itu lebih sesuai untuk orang yang berperwatakan sepertimana Zaid Ibrahim ini.

Ini kerana dia masuk parti orang yang dah bersarang dan bertapak lama dan cuba merubah parti itu ikut acuan dan cara pemikirannya. Anwar, Wan Azizah dan Azmin adalah PKR dan PKR adalah mereka. Mereka orang lama yang dah berjuang dan bercalar balar berperang ketika zaman reformasi dan zaman jatuh bangun PKR dulu tiba-tiba nak disuruh berhenti oleh Zaid. Mana ada jalan.

Paling senang buka parti baru sebagaimana yang dia sendiri tengah pertimbangkan itu. Penulis percaya, Pendaftar Pertubuhan boleh dengan segera mempermudahkan permohonan Zaid sekiranya dia membuat permohonan. Sehubungan dengan itu juga, Zaid boleh menggariskan piagam dan halatuju parti baru yang diterajuinya itu mengikut acuan dan kepercayaannya selama ini.

Angka Yang Mengugat

Bila berbuat demikian, dia tidak perlu lagi nak kena rujuk kepada pucuk pimpinan atau orang atas kerana dia yang paling atas. Pada masa yang sama, semua 3,988 penyokong Zaid yang sehingga dia menarik diri daripada bertanding telah memberi undi dan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya boleh beramai-ramai keluar PKR dan sertai Keadilan Baru.

Jumlah itu pun dah cukup ramai dan ini belum termasuk lagi ahli di cabang-cabang lain yang belum sempat mengundi Zaid. Dengan jumlah undi asas 3,988 yang diterimanya, penulis berani membuat kesimpulan, jika hari ini Zaid mengisytiharkan tubuh parti baru, paling minima pun, tidak kurang daripada 6,000 orang anggota Keadilan yang akan keluar untuk turut serta bersamanya.

Itu kita cuma ambil angka konservatif belum termasuk lagi bukan ahli Keadilan yang menyokong cara politik Zaid yang serba berani ini. Campur sana campur sini, "satu Malaya" termasuk Sabah dan Sarawak, senang-senang Zaid boleh kumpul antara 10,000 hingga 15,000 ahli baru dalam tempoh satu minggu sahaja.

Ini adalah satu angka yang mengugat PKR sebenarnya. Maka tidak hairanlah "musuh politik" Zaid paling utama, Azmin Ali dengan segera pada hari Jumaat cuba "memujuk" Zaid agar tidak terburu-buru dalam langkahnya untuk menubuhkan parti baru. Azmin menasihati Zaid agar terus berjuang dalam PKR walaupun terdapat perbezaan pendapat dan cara berpolitik. Azmin lantas mengingatkan Zaid ketika dia menyertai PKR dahulu, ia adalah atas semangat bersama untuk meneruskan agenda melakukan perubahan dan reformasi.

Malangnya, Zaid tidak lagi berkongsi semangat dan citarasa yang sama kerana baginya, yang tidak sama ialah mereka bukan dia. Maka sebab itulah dia sedang 'mengamuk' sekarang


keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Musa Aman ditahan kerana dituduh merasuah RM59 juta oleh DAP(lates dari berita hairan dan blogger UMNO sabah)

Posted: 20 Nov 2010 03:40 AM PST

alamak silap gamba!!!!! ini musa hasan...dia nk belakon gerak khas yusof haslam tak lama lagi ni...ahahahahahahaha

Musa Aman sudah umum..

mahu belanja sama kawan2 untuk parti...

parti Barisan Nasional..

semua 59 ADUN BN SABAH...

akan dapat sejuta sorang..

duit belanja untuk setahun..

2011...

peruntukan untuk rakyat Sabah...

selamani...

1963 hingga 2010...

berapa peruntukan untuk semua ADUN untuk rakyat SABAH??

boleh kasi rewind??

RM1 JUTA untuk rakyat..kononla..

elaun untuk setiap ADUN berapa plak???

yg heran RM 1 JUTA untuk 59 ADUN BN...termasuk MUSA AMAN la...

untuk ADUN DAP bg berapa??? RM 2 juta ke RM singgit....

ini tk bole jadi..ini sudah kira rasuah...

tapi aku tk cukup bukti..

tu la tak leh repot SPRM...

ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

MUSA AMAN!!!!!!..UMNO kata tak perlu undi CINA INDIA...

tapi perlu bg duit RM 1 juta untuk sorang ADUN MCA dan lain2 ADUN CINA di DUN SABAH..

aramaiteeeeeeeeeeeeeeee

ahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahhahahahahaha

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MUSUH PARTI BUKAN ZAID SAHAJA, JPP JANGAN JADI `JIN PEMUSNAH PARTI'

Posted: 20 Nov 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS Anwar di dalam Rapat Perdana di MBSA semalam menegaskan tumpuan parti sekarang adalah untuk menentang `musuh di dalam parti'. Kita harus kenal, musuh di dalam parti bukan Zaid seorang sahaja yang pada saya terang-terang menjalankan kerja yang tidak membina maruah parti, sebaliknya mengambil langkah yang songsang untuk menjejaskan parti. Tetapi, adakah Zaid sahaja musuh parti?

Ada musuh yang kita tidak nampak, tidak kurang bahayanya kepada parti. Mereka ini seolah-olah menjalankan kerja untuk menaikkan seseorang yang mereka suka melalui cara halus. Jika Zaid sahaja musuh parti, paling tidak pun selepas 16 Dis parti kita dikira selamat. Tetapi, saya rasa kita masih belum selamat kerana mungkin terdapat lagi musuh yang lebih hebat dari Zaid dan peranan mereka lebih efektif dari Zaid untuk menghancurkan parti. Mereka ini sukar untuk dikatakan musuh kerana mereka dilihat berada di bawah pentadbiran PKR Pusat.

Saya tidak tahu samada PKR Pusat sedar atau tidak peranan mereka ini. JPP yang mengendalikan proses pemilihan parti semakin dibimbangi peranan mereka. Mungkin tidak adil untuk kita mendakwa keseluruhan JPP bertindak sebagai musuh `halimunan' di dalam parti, namun dakwaan demi dakwaan beserta bukti dan fakta menyebut ada kakitangan JPP yang menjadi ejen pemusnah parti. Mereka tidak melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh parti dengan telus, adil dan profesional.

Melalui surat atau laporan yang dikemukakan oleh calon AMK, Chegu Bard kepada Presiden Parti memohon agar siasatan dilakukan secara adil dan menyeluruh. Chegu Bard bukan hanya menyebut adanya berlaku penipuan atau keraguan di dalam beberapa pemilihan di Cabang, malahan beliau mengemukakan bukti dan fakta. Ini lah yang amat saya puji dan sepatutnya kita semua puji apa yang dilakukan oleh Chegu Bard. Beliau bertindak waras, berhemah dan penuh profesional. Anda boleh baca laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di sini, bukan untuk anda percaya seratus peratus tetapi yang penting kita mahu siasatan dilakukan segera.

Memang tepat sekali apabila Presiden Parti memuji tindakan calon Ketua AMK itu kerana melakukan teguran atau protes secara penuh berhemah dan bertanggungjawab. Memadaikah dengan hanya memuji tindakan Chegu Bard? Chegu Bard tidak perlu kepada pujian sebaliknya beliau mahu PKR dibersihkan dari `musuh halimunan' seperti ini. Adakah perbuatan Chegu Bard itu sebagai pengkhianat parti? Terlalu jauh bezanya tindakan Chegu Bard dari apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim.

Seperti yang Chegu Bard katakan kepada saya melalui SMS, beliau tidak takut kepada undian yang beliau terima tetapi beliau lebih takut kepada penipuan yang berlaku secara terang dan sengaja. PKR tidak harus menghalalkan penipuan kerana pemimpin yang lahir hasil dari penipuan tidak akan mendapat keberkatan dan pastinya pemimpin itu nanti akan bersikap penipu sepanjang masa.

Sudah pasti calon yang sekarang mungkin selesa dengan undi yang mereka perolehi setakat ini seperti Azmin, Nurul Izzah, Shamsul Iskandar dan beberapa yang lain tidak akan merasa seronok jika mereka menang secara penipuan atau melalui proses yang tidak demokratik. Kita juga tentu sekali tidak senang dan redha jika pemimpin kita dipilih melalui cara kotor sedemikian.

Parti mesti bertindak ke atas semua laporan yang dikemukakan dengan fakta dan bukti seperti laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di atas. JPP adalah Jawatankuasa Pemilihan Pusat mesti mengelakkan dirinya menjadi `Jin Pemusnah Parti' (JPP). Jangan kerana adanya beberapa ahli atau ejen yang dilantik oleh JPP bertindak merosakkan parti, maka keseluruhan nama JPP menjadi busuk umpama bangkai. JPP mesti bersihkan namanya segera, dan buktikan bahawa JPP sebenarnya bertindak menjadi wakil suara kepada semua ahli parti. Jika itu mampu dilakukan oleh JPP, maka JPP akan dihormati.

Saya amat setuju jika pemilihan dlakukan semula ke atas mana-mana Cabang yang terbukti berlakunya penipuan atau salah laku. Tidak perlu melakukan pemilihan semula kepada semua yang tidak terlibat. Tetapi adakah parti bersedia untuk melakukannya? Hanya komitmen dan kesedaran dari pimpinan parti sahaja yang boleh akukan demi untuk keadilan. Saya yakin, Presiden dan juga kesemua pimpinan pusat mahu melihat parti ini diterajui oleh mereka yang bersih dan jujur. Kebersihan dan kejujuran tidak akan wujud dari punca yang tidak bersih dan jujur.

Laporan seperti yang dibuat oleh Chegu Bard bukan laporan yang dihantar kepada Utusan Malaysia atau TV3. Laporan ini dikemukan kepada parti dan parti perlulah bertindak segera dengan adil. Chegu Bard tidak mengadu kepada media pencacai seperti yang Zaid Ibrahim lakukan. Apakah parti tidak malu atau segan dengan tokoh muda ini?/wfauzdin.blogspot.com

KEBENARAN APA ? - DR SYED HUSIN ALI

Posted: 20 Nov 2010 09:00 PM PST

Syed Husin: Siapa nak keluar PKR, keluarlah

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

NONE"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran"./Malaysiakini

USTAZ AZHAR IDRUS DI MASUKKAN KE WAD ICU ?

Posted: 20 Nov 2010 08:00 PM PST

Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah yang gigih serta mempunyai ramai peminat..

Oleh: WFAUZDIN NS

BETULKAH berita yang saya terima ini? Saya terima maklumat dari Tranungkite dalam ruangan forum yang menyebut bahawa Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus kini berada di Wad ICU Hospital K.Terengganu.

Mudah-mudahan ada yang dapat memberi pengesahan. Sekiranya benar, marilah kita bersama berdoa agar Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik buat Ustaz Azhar. Wallahu Aklam.

Hadi: Memali berdarah kerana takut berhujah

Posted: 20 Nov 2010 07:00 PM PST

Nov 20, 10 12:41pm

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan peristiwa berdarah Memali yang berlaku 25 tahun lalu menggambarkan kemuncak 'ketakutan' Umno untuk berhujah dengan PAS.

Katanya, semuanya bermula apabila PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno, seterusnya membawa kepada cadangan perdebatan antara kedua-dua wakil parti, lapor Harakahdaily.

hadi awang 010807 "PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika merasmikan sambutan ulang tahun memperingati peristiwa Memali di Baling, malam tadi.

NONEBermula semalam, Pemuda PAS menganjurkan sambutan tiga hari jubli perak memperingati peristiwa pada tahun 1985 itu, yang menyaksikan 14 orang terbunuh ketika menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim dan pengikutnya kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menggugat keselamatan negara.

Pengisian sepanjang program itu, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

NONE Abdul Hadi mendakwa, kerajaan kemudiannya memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan menggunakan akta ISA untuk menahan pemimpin parti Islam itu.

Menurut akhbar web PAS juga, Abdul Hadi berkata, ramai pemimpin PAS ditahan polis ketika itu walaupun Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya masih bebas.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah. Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," dakwa Abdul Hadi lagi./Malaysiakini

PILIH SIAPA SAHAJA ASALKAN BUKAN YANG GUNAKAN MEDIA MILIK UMNO - ANWAR

Posted: 20 Nov 2010 05:00 PM PST

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama

S Pathmawathy
Nov 20, 10

Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar soal calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

selangor pkr gathering 201110 swearing Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad PKR dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah pramg berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya./Malaysiakini

KARPAL PERNAH BERITAHU ANWAR, ZAID TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Posted: 20 Nov 2010 04:00 PM PST

Zaid Tak Boleh Dipercayai : Karpal
20/11/2010


PULAU PINANG 20 NOV : Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.

Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu. "Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.

Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah. "Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

Selain diangkat oleh Anwar untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Zaid turut dipilih menganggotai Biro Politik selain menjadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Zaid kemudian menuduh Anwar dan pimpinan PKR lain sebagai kononnya tidak mendokong amalan demokrasi, malah meminta Anwar untuk meninggalkan parti itu.

Karpal berkata Zaid bebas untuk menubuhkan parti baru namun ia tidak sekali-kali akan mengusarkan Pakatan Rakyat. "Jika Zaid Ibrahim mahu tubuhkan satu parti politik dia boleh, Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dari zaid Ibrahim," kata beliau.

Ketika mengumumkan hasrat menubuhkan parti baru, Zaid tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan Umno atas isu-isu tertentu. /TVNews

PEMILIHAN PKR - AZMIN, NURUL IZZAH DAN FAUZIAH MASIH SELAMAT?

Posted: 20 Nov 2010 10:30 AM PST

Minggu penentu pemilihan PKR bermula

Nov 20, 10 4:02pm
Minggu penentu bagi calon-calon majlis pimpinan pusat (MPP) PKR bermula apabila 57 lagi cabangnya melangsungkan pemilihannya di seluruh negara bermula pagi tadi.

Hari ini, anggota PKR di sekurang-kurangnya 15 cabang lagi - enam di Selangor, enam di Sarawak dan tiga di Johor - akan membuat pilihan masing-masing.

Manakala esok sebanyak 37 cabang lagi akan melangsungkan proses berdasarkan konsep "satu anggota satu undi" di Sarawak (16 cabang), Johor (17), Selangor (7), dan Sabah (1 cabang).

azlanLima lagi cabang yang sebelum ini belum mengadakan pemilihannya (Parit Sulong, Penampang, Silam, Kimanis, Kuala Langat) turut mengadakannya dalam dua hari ini.

Setakat ini belum dapat dipastikan cabang-cabang itu akan mengadakannya hari ini atau esok.

Dalam pemilihan minggu terakhir, tumpuan kini beralih daripada kerusi timbalan kepada jawatan naib presiden yang mana persaingan antara 17 nama-nama besar dalam parti itu masih sengit.

Tiada sesiapa yang dilihat betul-betul selamat buat masa ini ekoran hanya empat tempat sahaja yang diperuntuk dipertandingkan.

Setakat ini, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih di depan dengan 11,042 undi, diekori Pengarah Strategi PKR Tian Chua (9,542), Fuziah Salleh (7,878) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (7,448).

Di belakang mereka, dua calon berbangsa India - ahli parlimen Padang Serai N Gobalakhrisnan dan exco Selangor Xavier Jayakumar - mengekor rapat, masing-masing dengan 5,288 dan 4,840 undi.

Manakala, bagi kerusi timbalan presiden pula, persaingannya dilihat kurang menarik lagi selepas calon heavyweight Datuk Zaid Ibrahim menarik diri, malah membaut keputusan keluar daripada PKR pada 16 Disember depan.

Pengunduran itu terus melonjakkan majoriti Azmin Ali kepada lebih 11,000 undi apabila pencabarnya yang tinggal Mustaffa Kamil Ayub dilihat gagal menarik undi daripada penyokong Zaid setaka ini.

Azmin kini mendapat 14,751 undi manakala Mustaffa pula mendapat 3,401 sahaja. Kedua-dua mereka naib presiden PKR./Malaysiakini

MUSUH PARTI BUKAN ZAID SAHAJA, JPP JANGAN JADI `JIN PEMUSNAH PARTI'

Posted: 20 Nov 2010 07:59 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS Anwar di dalam Rapat Perdana di MBSA semalam menegaskan tumpuan parti sekarang adalah untuk menentang `musuh di dalam parti'. Kita harus kenal, musuh di dalam parti bukan Zaid seorang sahaja yang pada saya terang-terang menjalankan kerja yang tidak membina maruah parti, sebaliknya mengambil langkah yang songsang untuk menjejaskan parti. Tetapi, adakah Zaid sahaja musuh parti?

Ada musuh yang kita tidak nampak, tidak kurang bahayanya kepada parti. Mereka ini seolah-olah menjalankan kerja untuk menaikkan seseorang yang mereka suka melalui cara halus. Jika Zaid sahaja musuh parti, paling tidak pun selepas 16 Dis parti kita dikira selamat. Tetapi, saya rasa kita masih belum selamat kerana mungkin terdapat lagi musuh yang lebih hebat dari Zaid dan peranan mereka lebih efektif dari Zaid untuk menghancurkan parti. Mereka ini sukar untuk dikatakan musuh kerana mereka dilihat berada di bawah pentadbiran PKR Pusat.

Saya tidak tahu samada PKR Pusat sedar atau tidak peranan mereka ini. JPP yang mengendalikan proses pemilihan parti semakin dibimbangi peranan mereka. Mungkin tidak adil untuk kita mendakwa keseluruhan JPP bertindak sebagai musuh `halimunan' di dalam parti, namun dakwaan demi dakwaan beserta bukti dan fakta menyebut ada kakitangan JPP yang menjadi ejen pemusnah parti. Mereka tidak melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh parti dengan telus, adil dan profesional.

Melalui surat atau laporan yang dikemukakan oleh calon AMK, Chegu Bard kepada Presiden Parti memohon agar siasatan dilakukan secara adil dan menyeluruh. Chegu Bard bukan hanya menyebut adanya berlaku penipuan atau keraguan di dalam beberapa pemilihan di Cabang, malahan beliau mengemukakan bukti dan fakta. Ini lah yang amat saya puji dan sepatutnya kita semua puji apa yang dilakukan oleh Chegu Bard. Beliau bertindak waras, berhemah dan penuh profesional. Anda boleh baca laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di sini, bukan untuk anda percaya seratus peratus tetapi yang penting kita mahu siasatan dilakukan segera.

Memang tepat sekali apabila Presiden Parti memuji tindakan calon Ketua AMK itu kerana melakukan teguran atau protes secara penuh berhemah dan bertanggungjawab. Memadaikah dengan hanya memuji tindakan Chegu Bard? Chegu Bard tidak perlu kepada pujian sebaliknya beliau mahu PKR dibersihkan dari `musuh halimunan' seperti ini. Adakah perbuatan Chegu Bard itu sebagai pengkhianat parti? Terlalu jauh bezanya tindakan Chegu Bard dari apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim.

Seperti yang Chegu Bard katakan kepada saya melalui SMS, beliau tidak takut kepada undian yang beliau terima tetapi beliau lebih takut kepada penipuan yang berlaku secara terang dan sengaja. PKR tidak harus menghalalkan penipuan kerana pemimpin yang lahir hasil dari penipuan tidak akan mendapat keberkatan dan pastinya pemimpin itu nanti akan bersikap penipu sepanjang masa.

Sudah pasti calon yang sekarang mungkin selesa dengan undi yang mereka perolehi setakat ini seperti Azmin, Nurul Izzah, Shamsul Iskandar dan beberapa yang lain tidak akan merasa seronok jika mereka menang secara penipuan atau melalui proses yang tidak demokratik. Kita juga tentu sekali tidak senang dan redha jika pemimpin kita dipilih melalui cara kotor sedemikian.

Parti mesti bertindak ke atas semua laporan yang dikemukakan dengan fakta dan bukti seperti laporan yang dibuat oleh Chegu Bard di atas. JPP adalah Jawatankuasa Pemilihan Pusat mesti mengelakkan dirinya menjadi `Jin Pemusnah Parti' (JPP). Jangan kerana adanya beberapa ahli atau ejen yang dilantik oleh JPP bertindak merosakkan parti, maka keseluruhan nama JPP menjadi busuk umpama bangkai. JPP mesti bersihkan namanya segera, dan buktikan bahawa JPP sebenarnya bertindak menjadi wakil suara kepada semua ahli parti. Jika itu mampu dilakukan oleh JPP, maka JPP akan dihormati.

Saya amat setuju jika pemilihan dlakukan semula ke atas mana-mana Cabang yang terbukti berlakunya penipuan atau salah laku. Tidak perlu melakukan pemilihan semula kepada semua yang tidak terlibat. Tetapi adakah parti bersedia untuk melakukannya? Hanya komitmen dan kesedaran dari pimpinan parti sahaja yang boleh akukan demi untuk keadilan. Saya yakin, Presiden dan juga kesemua pimpinan pusat mahu melihat parti ini diterajui oleh mereka yang bersih dan jujur. Kebersihan dan kejujuran tidak akan wujud dari punca yang tidak bersih dan jujur.

Laporan seperti yang dibuat oleh Chegu Bard bukan laporan yang dihantar kepada Utusan Malaysia atau TV3. Laporan ini dikemukan kepada parti dan parti perlulah bertindak segera dengan adil. Chegu Bard tidak mengadu kepada media pencacai seperti yang Zaid Ibrahim lakukan. Apakah parti tidak malu atau segan dengan tokoh muda ini?/wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - PEMIMPIN UMNO BIMBANG JIKA IA BERJAYA

Posted: 20 Nov 2010 01:00 AM PST

Sistem Pemilihan PKR....UMNO Mahu Ianya Gagal

Oleh: Iqbal

"Seprti biasa umno bergerak menggunakan media2 serta agensi-agensi milik kerajaan. Ini kerana mereka merasakan kemudahan-kemudahan ini nenek moyang mereka punya. Setiap kali bila musim pemilihan barisan pemimpin parti-parti dalam PR berlangsung maka liputan yang luar baisa diberikan sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Sebenarnya di alaf baru ini, alaf maklumat dihujung jari dimana maklumat tiada sempadan. Malah majoriti masyarakat hari ini bukannya seperti zaman Pak Pandir. Masyarakat hari ini lincah bukan saja dari segi gerak gerinya malah lincah dalam menilai sesuatu maklumat.

Di Malaysia budaya politknya masih bersifat ortodok ( yang masih dikekal diamalkan oleh parti umno ).Hari ini dimana ganjaran ,laba dan wang ringgit menjadi taruhan maka budaya politik yang bersifat ortodok ini memberi natijah yang buruk. Oleh kerana memiliki kekuasaan mak ini memberi peluang yang tanpa sempadan untuk para pemimpin tertinggi umno untuk mengumpul dan menghimpun seberapa banyak harta dan wang ringgit. Projek-projek mereka boleh ada-adakan. Kelulusan ditangan mereka. Maka sebab tiap kali datang musim pemilihan dalam umno , ini ialah saat keemasan bagi para perwakilan umno mengumpul 'sedikit ' wang dan habuan. Para calon pula tidak teragak-agak melabur untuk memastikan perwwakilan mengundi mereka.

Oleh sebab itu apabila PKR memperkenalkan sistem pemilihan baru , ianya memberi tamparan kepada umno. Kebimbangan umno ialah sekiranya sistem pemilihan secara terbuka kepada semua ahlinya berjaya, maka tidak dapat tidak akan kedengaranlah suara dari ahlinya atau bekas pemimpinnya supaya memperkenalkan sistem seperti PKR. Sistem ini tentunya tidak akan dipersetujui sama sekali poleh para pewakilan dan dalam kalangan pemimpin tertinggi umno.

Para pemimpin umno bukannya jenis reti berusaha dan berkerja keras. Mereka dibesarkan dengan budaya JANGAN PINTAS. Nak kaya ada jalan pintas. Begitu juga nak jadi ketua ada jalan pintasnya iaitu MEMBERI SOGOKAN kepada para perwakilan. Rasuah adalah sindrom yang tidak dapat diubati dalam umno.

Oleh itu kita dapati umno melalui media yang mereka kuasai dan juga melalui ejen2 upahan yang berpura menjadi ahli PKR , berusaha keras dalam percubaan mereka menggagalkan proses pemilihan PKR.

Kepada PKR teruskan langkah anda melakukan perubahan bukan saja dalam parti tetapi juga perubahan di Putrajaya . Jangan bimbang dengan rintangan dan halangan. Ingat bukan satu yang mustahil untuk menyingkirkan umno dari tampok pemerintahan. Umno seperti manusia juga ada had umurnya./Tranungkite