Jumaat, 19 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RAPAT PERDANA BERSAMA ANWAR - LAUNGAN PECAT PENGKHIANAT BERGEMA

Posted: 19 Nov 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM tadi Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah digamatkan dengan laungan `PECAT' ke atas sesiapa sahaja yang mengkhianati parti. Majlis Rapat Perdana anjuran PKR yang dihadiri ribuan ahli serta penyokong PKR memenuhi kesemua ruang di dalam dewan berkenaan menampilkan pemidato utama iaitu Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim.

Terbukti, perhimpunan malam tadi Dewan MBSA menafikan segala tuduhan kununnya PKR bakal retak angkara beberapa individu yang pentingkan diri sendiri dan ingin `menakluk' PKR secara rakus dan tidak demokratik. Hampir kesemua pimpinan tertinggi parti hadir termasuk calon yang bertanding merebut jawatan di dalam parti. Sudah tentu peristiwa yang berlaku pada majlis malam tadi tidak akan disiarkan oleh media pencacai yang selama ini memberikan liputan berita dan kenyataan dari pengkhianat parti sahaja. Jika ada pun, media haprak ini pasti akan memutar belitkan apa yang sebenarnya berlaku.

Di dalam ucapannya, DS Anwar memberi peringatan, "Orang yang sayang parti tidak akan mengadu kepada media Umno yang sejak awal lagi hanya tahu menyerang, mencaci dan menfitnah parti". Anwar mengajukan soalan kepada ribuan yang hadir, "Apakah yang patut parti lakukan kepada pengkhianat ini?" Secara spontan, ribuan yang hadir melaungkan, "Pecat ! pecat ! pecat !

"Kita bersedia bertarung dengan musuh di luar, tetapi tugas pertama sekarang adalah untuk menghapuskan musuh di dalam parti", ujar Anwar dengan disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Anwar seterusnya mengingatkan semua ahli bahawa parti ini bukan milik tokeh-tokeh, perjuangan ini milik rakyat dan didukung oleh rakyat.

Jika dilihat kepada pidato Anwar malam tadi, jelas beliau tidak sedikit pun gentar dengan segala ugutan dari pihak tertentu. Ternyata mereka silap memilih lawan dan Anwar bukan lawannya. Anwar sudah lali dengan segala ujian, cercaan, fitnah bahkan dipukul setengah mati. Jika ada yang menyangka mereka layak untuk menggantikan Anwar di dalam PKR, mereka mungkin mengalami `sindrom perasan' yang berlebihan. Anwar tidak sempurna, beliau manusia biasa yang juga mempunyai banyak kelemahan tetapi mereka yang mengaku kununnya lebih berwibawa itu jauh lebih lemah bahkan tiada keberanian langsung untuk bertindak.

Pengkhianat ini mesti berani keluar dari PKR segera bukan menundakan tarikh untuk berbuat demikian. Beranilah bertindak tegas untuk menjadi pemimpin di dalam parti barunya nanti. /wfauzdin.blogspot.com

SETELAH ZAID PUAS MENYERANG PKR, KINI GILIRAN PKR MENYERANG BALAS

Posted: 19 Nov 2010 07:00 PM PST

Rapat Umum PKR label Zaid 'pengkhianat, kurang ajar'

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
November 20, 2010

SHAH ALAM, 20 Nov — Pemimpin kanan PKR malam tadi secara sebulat suara melepaskan 'peluru kritikan' terhadap Datuk Zaid Ibrahim habis-habisan sambil menyifatkan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sebagai "kurang ajar" dan "pengkhianat" parti.

Ketikan berucap pada program Rapat Umum Keadilan Selangor Bersama Datuk Anwar Ibrahim di sini - kira-kira 12 jam selepas Zaid menetapkan tarikh muktamad keluar PKR, barisan pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengecam tindakan Zaid yang menggunakan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia untuk menyerang pemimpin dan parti itu.

Malah majlis itu, yang diadakan seolah-olah untuk menjawab segala kecaman dan kritikan di sebalik isu Zaid keluar PKR, juga digunakan untuk melahirkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan ucapannya.

"Janganlah kita bercakap pada Utusan Malaysia. Munasabah atau tidak untuk bercakap hal rumah tangga kita kepada Utusan Malaysia?

"Tiada satu ahli dari PKR yang waras akan bercakap dengan Utusan Malaysia.

"Malah sejak parti ini ditubuhkan, tiada satu ahli pun yang bercakap dengan Utusan Malaysia yang selama ini mengecam kita," kata Saifuddin ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan Zaid sebagai "kurang ajar" apabila menyerang dan mempertikaikan kredibiliti Anwar, penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

"Orang yang cintakan parti tidak akan mempertikai Ketua Umum (Anwar).

"Beliau telah dipukul, diaibkan dan dipenjarakan selama tujuh tahun kemudian keluar untuk kukuhkan parti, bina kekuatan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat malah dapat lima juta undi daripada rakyat.

"Pemimpin seperti ini (Zaid) kurang ajar, jangan biarkan... setuju atau tidak untuk bersama dengan beliau? "Beliau mahu keluar parti 16 Disember... sebab nak jelajah nak dapat sokongan," katanya. Menurut Saifuddin, PKR akan menjadi sebuah parti terkuat di Malaysia.

"Pemimpin akan datang dan pergi tapi parti keramat akan terus bersama rakyat.

"Parti ini akan jadi parti terkuat di Malaysia," katanya. Semalam, Zaid mengumumkan akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu.

Sementara itu, Azmin menggesa kepimpinan tertinggi PKR supaya mengambil tindakan tegas terhadap "pengkhianat" dan "Trojan Horse" yang wujud dalam parti itu.

"Saya rayu Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Timbalan Presien dan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) supaya selesai Kongres PKR kepimpinan perlu tegas dan berani terhadap 'Trojan Horse' yang wujud dalam parti.

"Jangan tangguh atau bimbang dengan orang-orang seperti ini, kita bersama presiden jaga parti yang rakyat bina 12 tahun lalu.

"Yakin bila diserang kita akan bertambah kuat," katanya. Tambah Azmin, PKR perlu membuktikan kepada semua bahawa parti itu bukan parti nyamuk ataupun parti serpihan sebaliknya adalah sebuah parti yang kukuh memperjuangkan hak rakyat.

"Seringkali parti diserang tapi saya yakin dan percaya apabila diserang maknanya kita kuat. "Kalau kita parti nyamuk atau parti serpihan tidak mungkin kita akan diserang," katanya.

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata akan memberikan kerjasama kuat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam usaha mempertahankan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya hari ini melahirkan kesetiaan dan komitmen untuk mempertahankan Menteri Besar. "Selama ini kita telah saksikan kejayaan di Selangor dan kita akan mempertahankan dasar-dasar yang dibawa kerajaan negeri.

"Selain itu kita juga mahu reformasi yang dibawa ini diteruskan ke Putrajaya," kata Azmin. Bagi Syed Husin, keputusan untuk memboikot Utusan Malaysia adalah keputusan yang dicapai bersama parti komponen Pakatan Rakyat.

"Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?

"Jika orang ini hendak keluar... sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati," katanya.

Sebelum ini, Zaid berkata tindakannya keluar PKR bukan kerana beliau mudah mengalah dan suka melompat parti sebaliknya kerana telah muak dengan masalah dalaman parti itu.

Beliau berkata tindakan nekad meninggalkan parti yang dianggotainya kira-kira 18 bulan lalu juga kerana berpegang kepada prinsip kebenaran.

Zaid berkata, tidak wajar bagi sesetengah pihak untuk menyamakan keadaan yang dihadapinya sekarang berbanding ketika beliau berada dalam Umno.

Menurutnya semasa dalam Umno beliau dipecat keahliannya manakala di PKR, beliau secara sukarela menarik diri meninggalkan perjuangan parti yang diterajui oleh Anwar.

Akhir 2008, Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru serta ketua Umno Kota Baru, dipecat daripada Umno kerana tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat./Tranungkite

PKR TIADA TARBIYYAH, ZAID BOLEH MASUK PAS - ABDUL FATAH HARUN

Posted: 19 Nov 2010 12:21 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT yang berlaku di dalam PKR kini semakin di penghujungnya apabila kita telah dapat mengenalpasti siapa `pengkhianat' di dalam parti. Apa yang menimpa Zaid Ibrahim telah menarik minat YB Abdul Fatah Harun, Wakil Rakyat dari PAS Kelantan. Di dalam akhbar Sinar semalam, beliau telah memberi ulasan tentang isu Zaid yang akan keluar dari PKR.

Di antara lain, Abdul Fatah Harun menyatakan bahawa Zaid tidak mampu berubah sikap dari perangai Umno nya adalah kerana PKR tidak memberikan `tarbiyyah' kepada bekas Menteri ini dan juga sesiapa yang menyertai parti tersebut. Tidak seperti PAS katanya, Tarbiyyah sentiasa berjalan di dalam PAS agar setiap ahli setia dan bertanggungjawab kepada parti. Justeru itu, Zaid tidak dapat bertahan lama di dalam PKR akibat perangainya masih berperangai lama.

Saya tidak tahu semenjak bila PAS memulakan program Tarbiyyah ini, mungkin sewaktu Presiden PAS sendiri iaitu Datuk Asri Muda keluar parti, dan sewaktu Naib Presiden PAS iaitu Us Nakhaie Ahmad juga keluar parti dan memasuki Umno, PAS masih belum mengamalkan Tarbiyyah kepada ahli-ahlinya. Jika tidak, masakan kedua-dua tokoh utama ini boleh meninggalkan PAS. Terfikir juga oleh saya mengapa YB Zul Kulim yang dahulunya ahli PAS, kemudiannya masuk PKR dan seterusnya dipecat dari PKR kerana tiada disiplin telah sempat atau tidak menyertai Tarbiyyah dari PAS. Oleh itu, saya bersetuju dengan Abdul Fatah bahawa Tarbiyyah itu penting.

Wakil Rakyat PAS dari Kelantan ini juga menegur DS Anwar kerana terlalu cepat melantik Zaid ke jawatan penting, bahkan baru beberapa hari menjadi ahli PKR. Katanya, Zaid mestilah diberi masa untuk mengenali PKR sepenuhnya dan juga mengenali ahli-ahli PKR bawahannya sebelum dilantik memegang sebarang jawatan atau ditabalkan menjadi calon. Saya fikir ada betulnya hujah Abdul Fatah Harun ini. Pedulikan kisah Ibrahim Ali yang bukan pun ahli PAS telah diangkat sebagai calon oleh PAS di Pasir Mas.

Paling menarik perhatian saya, apabila Abdul Fatah menyatakan secara peribadi beliau menyokong penuh sekiranya Zaid Ibrahim ingin menyertai PAS, tetapi keputusan muktamad samada beliau diterima oleh PAS bergantung kepada keputusan PAS setelah dibawa ke pihak yang berkenaan. Saya sebelum ini juga telah menulis betapa baiknya jika Zaid menyertai PAS kerana beliau mungkin boleh ditarbiyyah agar tahu adab dan disiplin berjemaah. Masalahnya, adakah Zaid ingin kepada PAS kerana Zaid tidak mungkin ingin menjadi ahli biasa sahaja di dalam PAS.

Tidak dapat dinafikan, apa yang berlaku kepada PKR sekarang sedikit sebanyak menjejaskan PR. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Cuma, jangan ada di antara kita yang menambah-nambah cubitan itu. Saya yakin, PKR akan kembali tenteram setelah semua isu ini dapat diselesaikan. Salah satu beban akan terbuang dari PKR pada 16 Dis nanti./wfauzdin.blogspot.com

RAPAT PERDANA BERSAMA ANWAR - LAUNGAN PECAT PENGKHIANAT BERGEMA

Posted: 19 Nov 2010 08:04 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM tadi Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah digamatkan dengan laungan `PECAT' ke atas sesiapa sahaja yang mengkhianati parti. Majlis Rapat Perdana anjuran PKR yang dihadiri ribuan ahli serta penyokong PKR memenuhi kesemua ruang di dalam dewan berkenaan menampilkan pemidato utama iaitu Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim.

Terbukti, perhimpunan malam tadi Dewan MBSA menafikan segala tuduhan kununnya PKR bakal retak angkara beberapa individu yang pentingkan diri sendiri dan ingin `menakluk' PKR secara rakus dan tidak demokratik. Hampir kesemua pimpinan tertinggi parti hadir termasuk calon yang bertanding merebut jawatan di dalam parti. Sudah tentu peristiwa yang berlaku pada majlis malam tadi tidak akan disiarkan oleh media pencacai yang selama ini memberikan liputan berita dan kenyataan dari pengkhianat parti sahaja. Jika ada pun, media haprak ini pasti akan memutar belitkan apa yang sebenarnya berlaku.

Di dalam ucapannya, DS Anwar memberi peringatan, "Orang yang sayang parti tidak akan mengadu kepada media Umno yang sejak awal lagi hanya tahu menyerang, mencaci dan menfitnah parti". Anwar mengajukan soalan kepada ribuan yang hadir, "Apakah yang patut parti lakukan kepada pengkhianat ini?" Secara spontan, ribuan yang hadir melaungkan, "Pecat ! pecat ! pecat !

"Kita bersedia bertarung dengan musuh di luar, tetapi tugas pertama sekarang adalah untuk menghapuskan musuh di dalam parti", ujar Anwar dengan disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Anwar seterusnya mengingatkan semua ahli bahawa parti ini bukan milik tokeh-tokeh, perjuangan ini milik rakyat dan didukung oleh rakyat.

Jika dilihat kepada pidato Anwar malam tadi, jelas beliau tidak sedikit pun gentar dengan segala ugutan dari pihak tertentu. Ternyata mereka silap memilih lawan dan Anwar bukan lawannya. Anwar sudah lali dengan segala ujian, cercaan, fitnah bahkan dipukul setengah mati. Jika ada yang menyangka mereka layak untuk menggantikan Anwar di dalam PKR, mereka mungkin mengalami `sindrom perasan' yang berlebihan. Anwar tidak sempurna, beliau manusia biasa yang juga mempunyai banyak kelemahan tetapi mereka yang mengaku kununnya lebih berwibawa itu jauh lebih lemah bahkan tiada keberanian langsung untuk bertindak.

Pengkhianat ini mesti berani keluar dari PKR segera bukan menundakan tarikh untuk berbuat demikian. Beranilah bertindak tegas untuk menjadi pemimpin di dalam parti barunya nanti. /wfauzdin.blogspot.com

SIASAT YAYASAN SELANGOR, SIASAT JUGA KHIR TOYO

Posted: 19 Nov 2010 07:00 AM PST

Dedahkan Yayasan Selangor jangan lupa Khir Toyo


Oleh Roslan SMS

Dalam keghairahan mahu menebus kembali kekalahan mereka di Selangor, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengugut kononnya mahu mendedahkan secara terperinci penyelewengan di Yayasan Selangor khasnya yang melibatkan perbelanjaan majlis makan sempena ulangtahun yayasan itu.

Sesungguhnya tidak ada siapa pun dalam kerajaan negeri yang mahu melindungi sekiranya ada penyelewengan dalam yayasan berkenaan. Malah dalam Dewan Negeri Selangor baru-baru ini ahli-ahli dewan dari kerajaan negeri turut menuntut agar dilakukan penyiasatan dan malah MB sendiri berjanji akan melakukannya.

Kalau pun ada penyelewengan, ia melibatkan kakitangan yayasan, dan sewajarnya mereka diambil tindakan.

Dalam lonjakkan nafsu Noh mahu mendedahkan entah apa lagi, hari ini portal berita Malaysiakini menyiarkan apa yang berlaku dalam dapur Umno Selangor. Menurut laopran rumah "istana" Ketua Pembangkang, Khir Toyo disita oleh pihak MBSA kerana gagal membayar cukai taksiran atau cukai pintu selama 3 tahun!

Mahligai mewah yang meliputi tanah seluas 0.3 hektar di Shah Alam itu didakwa menelan belanja RM24 juta!

Khabarnya Khir bergegas bayar tunggakan berkenaan berjumlah RM11 ribu dan ini disahkan oleh pihak MBSA.

Ada tak bau-bau penyelewengan di sini? Khir yang sebelumnya seorang doctor gigi hanya menjadi MB Selangor selama tak sampai 8 tahun iaitu dari 2000 ke Mac 2008. Mungkin rakyat Selangor boleh bertanya Noh dimana Khir dapat wang sehingga mampu membikin istana sedemikian besar tak termasuk hartanya yang lain?

Kita nak dengar cerita Yayasan Selangor tapi dalam waktu yang sama tergiur juga mahu tahu kisah Khir Toyo ni.


http://n32.blogspot.com/

ANWAR `SEMBILANG BERBISA', RAIS YATIM `IKAN EMAS DALAM AKUARIUM', MANA LEBIH HEBAT?

Posted: 19 Nov 2010 01:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AGAK lama juga Rais Yatim menyepi. Semalam dia bercakap tentang DS Anwar setelah boss Rais, Najib memberi komen tentang kenyataan DS Anwar terhadap Malaysia sebuah Negara Islam Moden. Aku pun tidak tahu samada Umno selama ini menganggap Islam itu ada yang kunu, moden atau Islam yang sentiasa sesuai sepanjang zaman.
Justify Full
Kerajaan Turki di zaman Kamal Antartuk juga pernah digelar sebuah kerajaan Islam Moden. Jadi, tidak hairan juga Malaysia di bawah kerajaan Umno/Bn mendapat gelaran yang lebih kurang sama. Jika di zaman Kamal Antartuk, wanita Islam tidak dibenarkan bertudung atau menutup aurat, di zaman sekarang di negara kita isteri pemimpin pun bersepah yang tidak menutup aurat. Jadi, pelik apanya kita dengan pengiktirafan yang datangnya pula dari negara-negara `penyembah barat' itu?

Rais Yatim memberi perumpamaan kepada Anwar iaitu sebagai `ikan sembilang di dalam air yang keruh/berlumpur', di mana ikan ini akan menyengat kiri dan kanannya. Jika begitu perumpamaan Rais Yatim, saya rasa hebat sungguh Anwar Ibrahim. Buktinya, Umno kerap kali terkena `sengatan' dari Anwar. Bisanya sampai sekarang masih terasa. Oleh kerana `bisa'nya Anwar ini, maka tidak hairanlah ada usaha-usaha jahat untuk menghapuskannya. Jika Umno bernasib baik, tiadalah kena sengat tetapi apa yang selalu terjadi Umno kerap kali terkena sengat `ikan sembilang' ini.

Jika Anwar umpama `ikan sembilang bersengat', maka tentulah Rais Yatim layak menjadi `ikan emas di dalam akuarium'. Mana lebih hebat ? Ikan Sembilang ini jika mati pun, beliau akan melawan habis-habisan dan bukan mudah untuk menangkap ikan sembilang berbisa ini. `Ikan Emas' di dalam akuarium pula, sentiasa diberi makan dan kalau tidak diberi makan sekejap sahaja maka mati terapung lah ia di dalam akuarium dengan keadaan perut yang kembung. Maknanya, ikan emas ini mesti diberi makan. Rais Yatim pun begitu keadaannya. Sebab itulah beliau tidak boleh bertahan di luar Umno, beliau tinggalkan Parti Melayu Semangat 46 dan sanggup menjadi ikan emas di dalam akuarium.

Kesimpulannya, Rais Yatim secara tidak langsung mengiktiraf kehebatan DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Ahli2 Friends of Pakatan Rakyat London ditangkap kerana berparti liar tanpa permit polis London(astaghfirullah al azim..sama teruk ngn BN)

Posted: 19 Nov 2010 09:52 PM PST

Fasha sandha ni pun ahli umno jugak.. ahahahahahaa...mahathir dan sharizat jaleeeeeeel yg bagi borang... ahahahahahahaa


keluar tv3

baru aku tau BN ada kelab sahabat BN

mengamuk la sorang budak beringus

masa perhimpunan setan hari tu

pakatan rakyat ada friends of pakatan rakyat

yg dia buat kelasb sahabat BN boleh

pakatan rakyat buat friends of pakatan rakyat

tak boleh pulak?

adakah kerana friends of pakatan rakyat menggunakan bahasa inggeris?

bagaimana plak dengan UMNO yg merupakan akronim

daripada cantuman huruf2 daripada kosa kata

bahasa inggeris?

itulah dia kalau budak2 yg suka berparti liar

yg juga beringus

nk cakap politik masa perhimpunan setan

ahahahahahahahahaahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahhaha

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hahaha elok sangat la tu ... Big mama dah tak nak jadi Canselor Unisel

Posted: 19 Nov 2010 07:28 PM PST

Sultan Selangor Perkenan Rosmah Lepas Jawatan Canselor Unisel

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan hasrat Datin Seri Rosmah Mansor untuk tidak dilantik semula sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selepas kontraknya tamat Februari ini.

Rosmah memberitahu demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu.

"'Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya.

Turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kontroversi kedudukan Rosmah di universiti milik kerajaan negeri itu mula tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Isteri Perdana Menteri itu pernah menyatakan mahu melepaskan jawatannya kerana dianggap 'tidak kena' jika terus memegang jawatan di negeri diperintah parti pembangkang.

Bagaimanapun beliau terpaksa menanti sehingga Sultan Selangor membuat keputusan. - mStar
MS: Lagi satu aku dok tunggu bila rosmah nak kata "Saya tak akan lagi gunakan title "First Lady". Gelara itu bukan untuk saya. Saya sikit pun tak layak untuk gunakan gelaran tu. Tapi saya ni kan jenis perasan sikit, ala-ala kadok naik junjung, jadi saya gunakanlah. Apa saya nak risau kan, laki saya pun backing saya dalam Parlimen bila ada isu "First Lady" ni ditimbulkan .... hahahaha ... Selepas ini saya tak akan gunakan lagi gelaran 'First Lady' sebaliknya saya akan gunakan gelaran Lady Gaga ... oopppss bukan Lady Gaga, tapi "Lady Gagak " .... hahahahaha ...

"Siapa yang nak keluar ... keluar lah ..." - Dr Syed Husin Ali

Posted: 19 Nov 2010 07:13 PM PST

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar… keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih… Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.


Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran". - Malaysiakini

Godam Zaid untuk bersih parti dari "trojan horses"

Posted: 19 Nov 2010 06:39 PM PST

Oleh Fazy Sahir dan Jamilah Kamarudin

SHAH ALAM: Perhimpunan suaikenal anjuran PKR Selangor di sini malam tadi bertukar menjadi medan menggodam Zaid Ibrahim dalam usaha untuk membersihkan parti dari "trojan horses".

Walaupun beberapa pemimpin parti tidak menyebut nama individu berkenaan secara spesifik namun jelas mereka menghentam setiap kenyataan negatif bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu terhadap parti.

Zaid yang juga bekas menteri undang-undang mengambil keputusan keluar parti berkuatkuasa 16 Disember ini dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dari berbagai media cetak dan elektronik di kediamannya semalam.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, pesaing terdekat Zaid dalam jawatan timbalan presiden sebelum ini, dalam ucapannya merayu kepada kepimpinan tertinggi parti agar bertindak tegas dan berani untuk membersihkan "trojan horses" ini kelak.

Menurut beliau, gesaan Zaid supaya Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari parti disifatkan sebagai melampau.

Minta Anwar berundur tindakan melampau

Azmin berkata, "ada suara-suara sumbang……. jika suruh saya berundur saya terima. Tapi kalau suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur itu tindakan melampau.

"Beliau umpama orang tiada rumah, kita jemput masuk dan beri segala kemewahan, beri segala makanan dan tilam empuk, permaidani hebat…setahun nikmati kemudahan itu," tambah beliau.

Ujar beliau, "maka saya rayu Anwar, (Presiden) Wan Azizah (Wan Ismail), Timbalan Presiden (Syed Husin Ali), Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat selesai kongres……. kita perlu tegas dan berani untuk membersihkan 'trojan horses' yang wujud dalam parti.

"Jangan tangguh…sebab kita bimbang dengan orang-orang seperti ini.

Kita bersama presiden, Anwar dan rakyat sudah bina parti ini 12 tahun lalu," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 anggota PKR di Auditorium MBSA malam tadi.

Katanya, semakin banyak serangan diterima PKR beliau yakin parti itu akan bertambah kuat.

Penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang cukup lantang mengkritik Zaid mengalu-alukan pengunduran beliau daripada PKR.

"Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?," tanya Azmin.

‎​"Jika orang ini hendak keluar…sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati," katanya.

'Fikir banyak kali, jangan nanti 'gila bayang'

Sementara itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pemimpin yang keluar parti kelak agar tidak bertindak seperti orang 'gila bayang'.

Beliau turut merujuk kepada kes bekas setiausaha agung PKR P Jenapala yang menyaman parti berhubung pemilihan ini sebagai tidak dapat menerima hakikat.

Saifuddin menyifatkan Jenapala sebagai 'tidak dapat menerima hakikat' ekoran pemecatan dalam PKR sehingga bertindak untuk saman parti.

"Pemimpin seperti ini memang kurang ajar, jangan kita biarkan mereka. Setuju atau tidak untuk bersama dengan dia?," soal Saifuddin sambil disahut 'tidak' oleh para mereka yang hadir.

"Beliau mahu keluar parti 16 Disember….sebab nak jelajah nak dapat sokongan," kata Ahli Parlimen Machang itu tanpa menyebut nama individu terbabit.

Dipecat kerana muflis

"Mereka hantar saman sedangkan sebelum saya jadi setiausaha Jenapala sudah dipecat sebab muflis. Dia tidak terima hakikat dan hantar surat. Saya ingatkan kembali sebelum mahu bercerai fikir banyak kali, jangan nanti gila bayang"," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilihat lebih tenang daripada pemimpin lain yang cukup agresif ketika mengkritik dan mempersoal kesetiaan Zaid terhadap parti.

Beliau menekankan semangat setia kawan serta semangat perjuangan dalam parti berusia 12 tahun itu.

Tegas beliau, "kita perlu ingat bahawa kejayaan PKR bersama-sama Pakatan Rakyat mesti mementingkan rakan pasukan bukan diri sendiri, itu kekuatan kita.

"Setiap ahli wajar pegang prinsip perjuangan dan semangat setia kawan maka rakan lain turut terasa apabila 'cubit peha kiri peha kanan terasa sakit," katanya - FMT

Masih dara selepas 6 tahun berkahwin

Posted: 19 Nov 2010 05:03 PM PST

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mior Azlan Mior Kamarul Baid
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.

"Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai," katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.

"Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.

"Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.

"Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang bersemangat ketika di ranjang.

"Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara," katanya.

Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.

"Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.

"Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain," katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.

"Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.

"Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.

"Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.

"Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata," katanya.

Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain.

Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.

"Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya," katanya.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.

"Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri," katanya - Metro

Halim Saad - bekas bos Renong - nak beli KFC

Posted: 19 Nov 2010 06:08 AM PST

Halim Saad bids for KFC franchise owner

November 19, 2010KUALA LUMPUR, Nov 19 — Malaysia's QSR Brands has received a takeover offer from Idaman Saga, a vehicle linked to tycoon Halim Saad.

The company did not disclose any pricing details on the takeover offer. QSR said its board was deliberating on the proposal.

The shares of QSR were suspended from trading this morning along with its major shareholder Kulim and its subsidiary company KFC Holdings.

There had been speculation in the market that a foreign private equity firm was providing financial backing for Idaman Saga. — Reuters/TMI

Demo 'haram' : Mat Sabu Tian Chua Gobala dibebas

Posted: 19 Nov 2010 01:57 AM PST

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu. - Malaysiakini

Kenapa ahli Umno berkerumun pada Perkasa

Posted: 19 Nov 2010 01:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.

Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.

Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.

Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.

Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.

"Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu," soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.

Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.

Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh - HD

kalam Perantau

kalam Perantau


Mat Said ‘bohong’ lagi kerana nama?

Posted: 19 Nov 2010 08:00 PM PST

Oleh : Wan Kay   

Kuala Terengganu : Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.

Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.

Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.

Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh.

Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.

Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.

Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.

Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.

Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketahui.

Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.

Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.

Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.

Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.

"Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.

"Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium," ujarnya.

Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum 'tamat' (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.

"Saya belum tamat (khatam) lagi Quran 'besar' tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan," jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.

Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi 'dikhatamkan' usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.

Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.

"Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.

"Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui," ujarnya.

Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa 'pembohongan'.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.


Zaid: ‘Saya tidak sertai PAS, susah parti besar-besar ini’

Posted: 19 Nov 2010 04:00 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

PETALING JAYA, 19 Nov — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjelaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS sebaik sahaja keluar secara rasmi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 Disember ini.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, adalah lebih baik jika menubuhkan parti baru daripada menyertai PAS.

"Saya tidak akan masuk PAS, susah parti besar-besar ini.

"Lebih baik saya sendiri," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di sini pagi ini.

Terlebih dahulu ketika sidang media itu, Zaid berkata beliau akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini.

Beliau turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau "sudah pasti" akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun menurut Zaid, parti baru itu hanya akan ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong beliau.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sama ada parti Islam itu akan menerima Zaid sebagai ahli PAS bergantung kepada keputusan yang dibuat Zaid hari ini.

"Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

"Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu," kata Had yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan "dingin" dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Terdahulu kata Zaid, beliau menyertai PKR kerana mempercayai wadah perjuangan reformasi yang tulen yang diamalkan parti itu.

"Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

"Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu," katanya.

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

"Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.

"Saya juga amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli parti kepada saya selama ini.

"Ingin saya tegaskan bahawa karier politik saya adalah sesuatu yang kecil sahaja, (tapi) yang paling penting kepada kita ialah politik kotor dan penipuan yang mesti kita tentang walau dari mana ia datang," katanya.


Zaid keluar PKR kuat kuasa 16 Dis, tanding PRU-13

Posted: 19 Nov 2010 04:00 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
 
PETALING JAYA, 19 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu hari ini.

Zaid yang turut mengesahkan akan menubuhkan parti baru berkata, beliau "sudah pasti" akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan tahun depan.

Zaid pernah menang kerusi Parlimen Kota Baru pada pilihan raya umum 2004 ketika masih di Umno dan bertanding  pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu atas tiket PKR tetapi tewas.

Pada sidang media di rumahnya di sini hari ini, Zaid yang kelihatan terus membidas PKR dan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil keputusan itu ekoran perasaan kecewa terhadap parti itu dan kepimpinannya selain hasrat mahu menjana pembaharuan politik yang sebenar di negara ini.

Ketika ditanya signifikan tarikh 16 Disember yang dipilihnya, Zaid dengan ketawa besar berkata, Anwar sendiri memilih 16 September (2008) untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Pelan 16 September itu tidak menjadi kenyataan.

"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember.

"Sekurang-kurangnya saya tidak seperti beliau, mendakwa ada cukup Ahli Parlimen akan menyertai PKR. Bagi saya, saya hanya mengumumkan saya akan keluar PKR," kata beliau.

Bagaimanapun beliau berkata, tindakannya mahu keluar PKR dan kemungkinan menubuhkan parti baru tidak bermakna akan memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat.

"Saya mahu semua menjadi kawan saya.

"Sama ada Pakatan Rakyat terjejas atau tidak, kena tanya PAS dan DAP," kata Zaid.

Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu juga memberitahu, keputusan untuk menubuhkan parti baru itu akan dibentuk sekiranya mendapat sokongan daripada penyokongnya.

 "Saya kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kalau ada sokongan daripada penyokong saya akan tubuhkan parti baru tapi apa-apa pun kita tunggu reaksi daripada penyokong dulu," katanya.

Menurut Zaid, parti baru yang akan ditubuhkan itu akan berdasarkan prinsip prinsip yang adil, demokratik dan memperjuangkan isu-isu penting.

"Perjuangan parti baru ini berasaskan perjuangan yang betul, sebuah parti yang demokratik dan berteraskan isu-isu penting.

"Kalau nak tahu dengan lanjut tentang parti baru ini, kita kena tunggu ia ditubuhkan dulu," kata bekas pemimpin ini yang menyertai PKR pertengahan tahun lalu, beberapa bulan selepas dipecat oleh Umno.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekiranya sehingga pilihan raya masih belum ditubuhkan parti baru beliau akan bertandung sebagai calon Bebas.

"Soal di mana saya nak bertanding, itu saya masih belum tahu. Tapi saya memang akan bertanding.

"Sekiranya dalam tempoh itu belum ada parti baru, walaupun sukar untuk gagal, maka terpaksalah saya bertanding sebagai calon Bebas.

"Tapi kalau nak bertanding lebih elok jika berada di bawah satu label (parti), selain itu kita juga akan ada penyokong," katanya.

Tambah Zaid, rakyat di negara ini dapat membuat keputusan bijak dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tidak boleh nak anggarkan berapa ramai penyokong saya, nanti jadi macam PKR dan Umno pula.

"Tapi saya percaya rakyat cukup bijak untuk membuat keputusan, kalau mereka masih mahu berada dalam penipuan dan bermimpi mereka boleh bersama Anwar tapi mereka mungkin juga boleh memilih untuk bersama saya.

"Saya bukan Anwar yang anggap diri sebagai pemimpin alaf 21 dan saya juga bukan penceramah terbaik macam Anwar.

"Saya percaya masih ada penyokong yang mempercayai perjuangan saya. Saya meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat untuk memahami bahawa kita mesti berpegang teguh kepada prinsip dasar yang ikhlas walau dalam apa jua situasi," katanya.

Terlebih dahulu ketika mengumumkan keluar PKR, Zaid berkata tindakan tersebut disebabkan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan pemimpin kanan parti berhubung dengan pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang.

"Ini berikutan episod pemilihan parti di mana saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti seperti Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) tuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru.

"Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Azmin Ali (Naib Presiden PKR) pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti.

"Anwar pula menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser', fitnah dan putar belit ini memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya rasa hari ini mereka gembira," katanya.

Zaid, salah seorang calon jawatan timbalan presiden PKR menarik diri daripada saingan minggu lalu atas alasan kecacatan dan kepincangan dalam proses pemilihan dan awal minggu ini mengumumkan akan keluar PKR


Masuk PAS?: Kita tunggu dulu keputusan Zaid, kata Hadi

Posted: 19 Nov 2010 02:35 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi yang membabitkan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti itu.

Zaid yang sebelum ini membatalkan sidang media menjadualkan semula sesi bertemu pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, pagi esok. Malah ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hadi berkata, Zaid sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan secara rasmi sama ada akan keluar PKR ataupun tidak.

"Beliau (Zaid) belum buat keputusan untuk keluar PKR atau tidak. Jadi kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan.

"Saya tidak suka kalau bercakap soal kalau sahaja, kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan dibuat Zaid nanti," katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima Zaid sebagai ahli PAS, Hadi bagaimanapun berkata "kita perlu tunggu sahaja keputusan Zaid nanti.

"Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

"Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu," kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan 'dingin' dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kelmarin, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa menafikan laporan yang memetiknya sebagai berkata parti itu akan menerima Zaid, bekas Pengerusi PKR sebagai anggotanya.

Husam berkata laporan Bernama yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak tepat. Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.

Beliau mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang. Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Malah Zaid meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.
Hari ini, Anwar berkata, Zaid bebas untuk meninggalkan PKR jika mahu sambil menegaskan bahawa partinya telah memberikan ruang secukupnya termasuk memilihnya sebagai calon pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu. Kata Anwar, PKR telah memberikan banyak peluang dan layanan khas kepada bekas menteri Kabinet dan bekas pemimpin Umno itu.

Zaid juga disebut-sebut akan menubuhkan parti barunya bagi meneruskan perjuangan politik beliau.