Khamis, 18 November 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


(18SG)Dilapah Hidup-Hidup.Apa Punya Manusia ni..

Posted: 18 Nov 2010 05:55 PM PST

A News investigation has uncovered what appears to be the appalling treatment of animals being killed for their fur in China.


The investigators filmed animals that were kicking and writhing as workers ripped their skin from their bodies. If the animals struggled too much, workers stood on the animals' neck Or they beat the animals' heads with knife handles until the creatures stopped moving.


It's also a very slow process, and they usually start from the feet(paw)-up, giving the animal plenty of time to endure the pain. After their fur was peeled, the animals' bodies were tossed into a pile like so much trash, Most still alive, breathing in ragged gasps and blinking slowly. One investigator recorded a skinned raccoon dog, tossed onto a heap of carcasses; it had enough strength to lift its bloodied head and stare into the camera.


it raised its head, blinked with its remaining eyelashes and then lay its head down to continue dying for anything from 2-3 Hours.




Cari N3 lama-lama disini

Pandangan Dr.Asri

Posted: 18 Nov 2010 05:40 PM PST

SAYA amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya.

Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam. Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis.
Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak.

Firman Allah: (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maidah, ayat 8).

Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar.
Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka!

TAMBAH KELIRU
Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa 'ala-Taliban' yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media.
'Juru-juru fatwa' yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan 'peperangan' boleh diambil jika ada keperluan.

Tetapi dalam masyarakat kita agak terbalik iaitu 'perang dahulu' tanpa sebarang penerangan awal yang jelas. Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan.

Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!

MASUK MASJID
Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat.

Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.
Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w.
Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: "Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?" Jawabnya: "Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu". Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya.

Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih". Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan kepadamu". Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: "Bebaskan Thumamah".
Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah". Beliau juga berkata: "Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi.

"Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..".
Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam.
Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i.
Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H): "Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi'i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka". (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut: "Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid". (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

LUASKAN FUNGSI MASJID
Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi 'centre for Islamic Information' yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam.

Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan bukan muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam.
Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan.

Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?
-Mstar-



Cari N3 lama-lama disini

Berkat Kejujuran

Posted: 18 Nov 2010 02:56 PM PST

-Merenung sejenak-

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir karena menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu. Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas?

Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.
Wallahua'lam...


Cari N3 lama-lama disini

Majulah kondom Untuk Negara

Posted: 18 Nov 2010 09:12 AM PST

Seiring dengan rancangan masadepan PM Najib untuk menjadikan Malaysia Hub hiburan maka satu langkah yang "bijak" telah dirancang untuk mendidik anak-anak bangsa "berhibur" sejak kecil lagi.

Pendidikan Seks:Tahniah UMNO, 2011,Pelajar Akan Diajar Akan Diajar Tentang Kegunaan KONDOM Seawal Tahun Satu


foto ini agak sensitif tapi jangan terkejut sekiranya perkara sebegini terjadi di Malaysia.........

UBN seolah-olah merestui seks bebas dikalangan pelajar sekolah, pendidikan seks akan diajar di semua sekolah di Malaysia mulai tahun depan (2011) bermula dari pelajar sekolah rendah Tahun 1 lagi.

Kita sedia maklum di negara barat salah satu objektif pendidikan seks ialah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bawah umur, bukan untuk mengelakkan diri daripada berZINA.

Kesimpulannya UBN memang tidak langsung mahu mengambil pendekatan untuk mengharamkan ZINA seperti yang telah disarankan oleh Agama Islam walhal mereka mengatakan bahawasanya Malaysia ini adalah sebuah Negara Islam…..Tidak cukupkah bukti ini untuk menyatakan bahawa UMNO sememangnya tidak mahu menjalankan Syariat Islam dari segi apa pun……..

- naimnikmat


Cari N3 lama-lama disini

Software Baru,Baik Punya

Posted: 18 Nov 2010 04:01 AM PST



Zaman dah berubah. teknologi setiap saat berkembang. Komputer dan internet menjadi sesuatu yang amat penting. Dengan adanya komputer dan internet para-para pembuat program sentiasa mengkaji dan mencipta alat, software, gadget atau widget yang boleh diaplikasikan kepada komputer dan internet kini.

Monitor,

Tidak kira samada CRT (cathode ray tube) atau LCD (Liquid Crystal Display) yang kita gunakan sebagai monitor pada komputer kita. Ianya harus dicuci dari kesan-kesan habuk yang melekat pada screen.

Percaya atau tidak dengan perkembangan teknologi yang pesat ini, kini para-para programer hanya mengunakan satu software ringan dan mudah untuk memcuci screen komputer.

Tapi ada orang kata software ni najis. aku pun tak pasti. Mintak tolong siapa-siapa tengokkan software ni. Siapa-siapa yang nak cuba boleh klik di SINI. software ni free je.


Cari N3 lama-lama disini

Kehebatan Tanah Haram, Kota Mekah

Posted: 18 Nov 2010 12:46 AM PST

Assalamualaikum,salam blogger
saya terjumpa artikel ni masa membaca info-infio islamik kat internet.
Betul atau tidak wallahua'lam.saya pasekan disini untuk bacaan bersama.

Rahsia Kota mekah

Dikhabarkan, kota mekah mempunyai sistem pertahanan yang terbaik dalam dunia ini. Disebabkan lokasi yang strategik iaitu di atas pusat bumi, graviti-graviti yang tinggi memebentuk satu pertahanan gelombang, yang mana setiap tembakan peluru berpandu tak kan berjaya melintasi kawasan langit kota mekah, malah terpantul semula.

Sekiranya serangan bom secara kuno dilontarkan, ia tak mampu untuk menghampiri kota mekah. Mekah ibarat dilindungi oleh satu perisai lutsinar yang berbentuk spiral. Lantas ingin melakukan pencerobohan secara jalan darat, percayalah, apabila tiba sahaja para tentera di situ, mereka tak mampu untuk bergerak kerana graviti yang tinggi itu. Mengapa? Sekiranya seseorang berniat jahat, dirinya akan memancarkan aura negatif.

Aura negatif yang terpancar,secara langsung akan dineutralkan oleh graviti ini. Kalo korang yang pernah pergi mekah, mesti korang akan rasa sayu kan bila tengok kaabah. Begitulah perumpamaannya.

Selain itu, rahsia kota mekah ini juga telah diketahui bahawa sekiranya Kota Mekah ditawan, maka orang tersebut telahpun menguasai bumi dan angkasa. Ianya lebih hebat dari nuklear. Bagaimana? Dengan memancarkan satu tembakan laser tepat kearah angkasa, dunia akan gelap gelita. Segala perkakasan elektronik tidak berfungsi. Satelit akan terhempas kebumi. Senjata nuklear juga tak mampu dilancarkan.

Kota mekah tak boleh dikorek langsung, ataupun diangkat batu sekalipun. 

Pernah ketika pada masa zaman Uthman bin Affan, beliau cuba untuk mengangkat batu batan di sekeliling kaabah, dan pada malamnya, seluruh bumi Makkah bergegar. Sejak dari itu, kaabah yang dilihat kekal hingga ke hari ini.


Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Zaid: ‘Saya tidak sertai PAS, susah parti besar-besar ini’

Posted: 18 Nov 2010 11:29 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

PETALING JAYA, 19 Nov — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjelaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS sebaik sahaja keluar secara rasmi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 Disember ini.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, adalah lebih baik jika menubuhkan parti baru daripada menyertai PAS.

"Saya tidak akan masuk PAS, susah parti besar-besar ini.

"Lebih baik saya sendiri," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di sini pagi ini.

Terlebih dahulu ketika sidang media itu, Zaid berkata beliau akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini.

Beliau turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau "sudah pasti" akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun menurut Zaid, parti baru itu hanya akan ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong beliau.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sama ada parti Islam itu akan menerima Zaid sebagai ahli PAS bergantung kepada keputusan yang dibuat Zaid hari ini.

"Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

"Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu," kata Had yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan "dingin" dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Terdahulu kata Zaid, beliau menyertai PKR kerana mempercayai wadah perjuangan reformasi yang tulen yang diamalkan parti itu.

"Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

"Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu," katanya.

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

"Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.

"Saya juga amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli parti kepada saya selama ini.

"Ingin saya tegaskan bahawa karier politik saya adalah sesuatu yang kecil sahaja, (tapi) yang paling penting kepada kita ialah politik kotor dan penipuan yang mesti kita tentang walau dari mana ia datang," katanya - TMI

Rasmi Zaid keluar PKR - Akan bertanding pada PRU 13

Posted: 18 Nov 2010 10:51 PM PST

Gambar : Abdullah Yusof/BH


CECILIA VICTOR
Friday, November 19th, 2010


PETALING JAYA: It is official. Former Parti Keadilan Rakyat (PKR) Federal Territory chief and Wangsa Maju chief Datuk Mohamad Zaid Ibrahim has withdrawn as a member of the party.

Zaid announced his decision at a Press conference this morning at his residence in Tropicana Golf Resort, in Damansara.

Zaid decided to call it quits after being accused by PKR's top dogs that he had bad intentions and supposedly planned to establish a new party even before standing in for the party's election which started on Oct 29 and the official results were expected to be out on Nov 26-Nov 28 during the party's congress.

"They called me a Trojan Horse and a sore loser," said Zaid. "Both Dr Syed Husin Ali and Azmin Ali had spoke of my so-called bad intentions in their attempts to interrupt the party's leadership ever since I first joined the party."

Regarding the accusations thrown at him by PKR leaders, Zaid said, "I am indeed very upset with these accusations made by certain people in PKR."

"When I was with PKR, I had no intention whatsoever to form my own party," said Zaid, adding that he practices a principle of great significance in politics.

"Even Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR adviser) said my contribution to the party had not been futile but I was even accused as being lazy, disloyal, and ignorant of the party's fight."

However, Zaid said he will continue to fight for democracy. "I can't comment on when exactly I will set up the party. All I can say now is that it will be a multi-racial party which will focus on democracy."

He also said he would stand in the next general election and asked his supporters to be patient as he will continue to fight for political reformation.

"I am planning to come up with the best implementation for all races, equal rights for all. I have met with many politicians from other parties and would like to work together as one," said Zaid after giving his heartfelt gratitude to his supporters for standing by him through his toughest times - Malay Mail

Hebat orang Malaysia ni ... Warga Malaysia ditahan godam Bank Pusat AS

Posted: 18 Nov 2010 06:22 PM PST

2010/11/19

NEW YORK: Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam.Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat AS di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara AS.

Pasukan Perkhidmatan Perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

"Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua Perkhidmatan Perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'. - AFP/BH

Shamsul diperdaya

Posted: 18 Nov 2010 04:26 PM PST

SEREMBAN: Terpengaruh untuk mendapatkan harta yang dikatakan milik bekas Presiden Sukarno, enam rakan sepejabat kerugian RM16,000 yang mereka laburkan kononnya untuk mencairkan harta bekas pemimpin nombor satu Indonesia itu.

Seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Shamsul, 30-an, berkata, segalanya bermula apabila dia bersama rakan diperkenalkan mengenai pelaburan pencairan harta Sukarno itu oleh seorang lelaki berusia 40-an di sebuah restoran di sekitar Bandar Baru Nilai, di sini, pada 13 Oktober lalu.

Menurutnya, lelaki itu memberitahu pewaris harta yang kononnya berjumlah AS$3.2 bilion (RM10 billion) itu adalah anak Sukarno yang dibawa ke negara ini ketika masih kecil dan dia kini dalam proses mendapatkan semula harta berkenaan yang didakwa berada dalam kawalan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Bagaimanapun, kami diberitahu harta itu perlu 'dicairkan' terlebih dulu dan memerlukan bantuan daripada pelabur atau digelar 'jemaah' untuk menyalurkan kos pelepasan mencecah puluhan ribu ringgit.

"Kos itu dianggap sebagai pelaburan untuk memastikan kelancaran proses pencairan harta berkenaan antaranya membabitkan urusan polis, kastam, imigresen dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Selepas harta itu dicairkan, setiap pelabur akan menerima pulangan balik pelaburan sebanyak lima kali ganda termasuk bonus yang didakwa mencecah jutaan ringgit dalam tempoh hanya seminggu," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, pada masa yang sama pelabur juga diminta tidak mendedahkan hal berkenaan kepada sesiapa kerana semua urusan adalah sulit.

Shamsul berkata, untuk meyakinkannya dan rakan lelaki itu turut menunjukkan dokumen didakwa surat asal Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menyatakan terdapat perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan White House (kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat) serta FBI (Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat).

"Selain itu, lelaki berkenaan turut menunjukkan slip pemindahan wang sebanyak RM250 juta dari sebuah bank di London ke akaun bank tempatan yang dikatakan milik pewaris harta terbabit bertarikh 12 Oktober 2010," katanya.

Shamsul yang terpengaruh dengan kata-kata lelaki itu kemudian bersetuju membayar kos pelepasan dengan memasukkan wang berjumlah RM2,500 ke dalam akaun bank seorang lelaki dipercayai orang kanan sindiket terbabit.

"Namun, janji yang diberikan berkaitan pulangan balik pelaburan termasuk bonus dalam tempoh seminggu ternyata palsu semata-mata dan gagal diperoleh sehingga ke hari ini," katanya yang membuat laporan polis.

Menurutnya, selain dirinya, lima lagi rakan sepejabatnya turut membuat pelaburan dengan jumlah berbeza-beza antara RM2,000 dan RM3,000 yang menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira RM16,000.

"Saya percaya selain kami berenam, ramai lagi individu termasuk di negeri lain turut terpedaya dengan helah licik sindiket ini. Saya membuat pendedahan ini supaya orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak turut menjadi mangsa," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan berkata seorang lelaki berusia 30-an dipercayai orang kanan sindiket berkenaan ditahan pihaknya di sekitar Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, minggu lalu.

"Kami merampas sebuah komputer riba dipercayai milik ketua sindiket berkenaan dan beberapa slip atau resit bank.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang memburu dalang sindiket yang berasal dari Muar, Johor," katanya.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan bergiat aktif sejak beberapa bulan lalu dan turut memburu mangsa di beberapa negeri lain.

"Sehubungan itu, kami meminta mangsa yang turut terpedaya supaya tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - myMetro

'Dinasti Azmin' bakal mendominasi PKR

Posted: 18 Nov 2010 08:18 AM PST

Bahagian Pertama

Oleh Nazli Ibrahim

Pusingan terakhir pengundian Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parit Keadilan Rakyat (PKR) yang berbaki 52 cabang bakal dilangsungkan hujung minggu ini dijangka tidak banyak mengubah kedudukan calon bertanding.

Dengan tinggal dua hari pengundian, jika peratusan yang keluar mengundi pusingan sebelumnya diambil kira, keputusan bayangan beberapa jawatan utama parti sudah dapat diduga.

Antara yang menarik perhatian apabila pemimpin yang dianggap sebagai orang Azmin dilihat mendominasi barisan pemimpin bayangan PKR sekaligus menandakan bermula era 'dinasti Azmin' dalam PKR.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, hingga saat ini boleh dianggap 99 peratus Azmin Ali hampir pasti dinobatkan ke jawatan nombor dua parti itu.

Ditambah pula dengan penarikan diri pesaing terdekatnya sebelum ini, Dato Zaid Ibrahim hanya memudahkan lagi laluan beliau untuk menduduki kerusi yang dikosongkan oleh Senator Syed Husin Ali.

Bagi Mustaffa Kamil Ayub yang memungut 3,401 undi ketika ini, sudah agak mustahil untuk memintas Azmin yang memperolehi 14,751 undi.

Jawatan Naib Presiden

Pola yang sama turut berlaku dalam persaingan merebut empat kerusi Naib Presiden yang didahului oleh Nurul Izzah Anwar dengan 11,042 undi, Tian Chua (9,524), Fuziah Salleh (7,878) dan Mansor Othman (7,448).

Berada pada kedudukan nombor lima, Gobalakrishnan dengan jumlah undi yang dikutip 5,288 kurang 2,160 dari undi diperolehi Mansor, boleh dianggap kedudukan yang sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.

Undian tinggi diperolehi oleh Nurul Izzah daripada peringkat ahli akar umbi ini sekaligus menolak dakwaan negatif sesetengah pihak bahawa beliau bergantung kepada populariti bapanya semata-mata.

Malah dalam dunia politik PKR, kedua-dua tokoh dalam generasi yang berbeza ini turut menampakan perbezaan dari segi sokongan dan pendekatan dalam berpolitik. - FMT

ESOK: Barisan bayangan AMK, Wanita 'dinasti Azmin'

PENGANGGURAN DAN MODAL INSAN MALAYSIA

Posted: 18 Nov 2010 08:12 AM PST

Bahagian 2: PENGANGGURAN DAN MODAL INSAN MALAYSIA

Modal insan gagal dipupuk oleh kerajaan di kalangan majikan

Situasi di dalam sektor sumber manusia hari ini juga sedikit sebanyak tidak mempunyai ruang yang cukup untuk maju dalam kerjaya. Inilah kelemahan dasar modal insan atau 'human capital' negara ini yang menyaksikan Malaysia telah jatuh ke belakang di dalam amalan modal insan di dalam organisasinya tidak kira awam ataupun swasta. Buktinya baru beberapa hari lalu, Kuala Lumpur dilaporkan jatuh ke tangga 48 dari tangga 40 di antara 65 bandaraya besar dunia yang dilaporkan oleh sebuah firma perunding pengurusan terkenal dunia, AT Kearney. Firma berkenaan berasa ragu-ragu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk menjadikan ibu kota Malaysia ini sebagai kota berkelas dunia dengan kelemahan yang ada.

Antara penyebab utama yang menurunkan Malaysia kali ini ialah kelemahan di dalam rancangan dan pelaksanaan program modal insan (human capital planning). Malaysia ditegur kerana masih menekankan kepada pembangunan fizikal semata-mata apabila Pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang digarapkan oleh Najib masih gagal menitikberatkan isu pekerja dan modal insan. Pada hari ini, Malaysia sudah benar-benar berada dalam keadaan kaget apabila para pekerja masih dianggap sebagai mesin atau alatan untuk sesebuah organisasi untuk tujuan membuat untung semata-mata dan bukannya sebagai aset agar bakat pekerja dapat diasuh, diberikan peluang latihan pembangunan diri, peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya yang berpanduan dan memperolehi sistem penilaian prestasi kerja yang telus melalui KPI dan kompetensi.

Disebabkan keadaan ini, para majikan tidak berasa hairan sekiranya pekerjanya meninggalkan syarikat kerana mereka tidak rasainya sebagai satu kehilangan besar. Untuk itu mereka menumpukan Bahagian Sumber Manusia semata-mata untuk pengambilan pekerja sedangkan di negara-negara maju, kehilangan atau turnover staf adalah satu kerugian besar organisasi dan bahagian sumber manusia mereka lebih menumpukan usaha kepada modal insan terutamanya dalam merangka latihan industri, program menggalakkan pembangunan bakat (talent)dan peluang kenaikan dalam kerjaya yang menjuruskan kepada pengekalan staf di dalam syarikat. Bahagian sumber manusia mereka juga tidak lagi membuat banyak kerja-kerja sumber manusia yang dianggap ortodoks seperti pengambilan pekerja semata-mata sebagai fungsi utama mereka tetapi lebih menumpukan kepada aspek pembangunan organisasi.

Di kalangan syarikat dan firma di Malaysia, hanya yang dilihat sebagai kehilangan besar pada staf mereka yang membawa masuk wang yang banyak ke dalam syarikat sekiranya meninggalkan syarikat mereka terutamanya di sektor perbankan dan kewangan terutamanya pekerjaan berkaitan dengan pemasaran. Ini adalah kerana bentuk budaya kerja yang masih wujud di Malaysia yang hanya mementingkan wang masuk semata-mata yang mana keadaan ini pernah wujud di Amerika Syarikat lebih kurang 30 tahun yang lalu.

Apabila masa kini terus berlalu, keadaan di Amerika Syarikat dan negara-negara maju bukan sahaja mencapai negara berpendapatan tinggi, tetapi juga beralih dari mementingkan keuntungan total kepada melahirkan bakat-bakat yang terbaik di dalam industri dengan melaksanakan sistem modal insan yang menekankan kepada aset kemanusiaan untuk masa depan syarikat yang lebih bertahan lama dalam dunia persaingan. Jika kita masih pada tahap yang sama ini sehingga tahun 2020, maka Wawasan 2020 akan hanyalah satu khabar yang indah dari rupa.

Majikan masih mempunyai kuasa penentu mutlak skim gaji dan manfaat pekerja

Di Malaysia, bukan sahaja peluang pekerjaan yang semakin kurang untuk golongan yang berijazah tetapi sikap majikan yang kini mampu berkuasa mengawal dan menentukan gaji pekerja. Ini kerana mereka tidak bimbang untuk tidak mendapat pekerja baru sekiranya pekerjanya berhenti. Bagi mereka, berduyun-duyun mahasiswa yang ada di luar untuk mendapatkan pekerjaan itu walaupun dengan gaji yang rendah. Ada syarikat yang sanggup menyediakan program persaraan secara sukarela atau lebih dikenali sebagai VSS dan ada juga secara paksa atau MSS untuk menyingkirkan golongan pekerja lama yang memperolehi gaji yang tinggi. Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka mencari pekerja muda yang boleh ditawarkan dengan gaji yang rendah.

Maka dengan itu peluang pekerja lama untuk maju ke hadapan dalam kerjaya dan mempertingkatkan kualiti hidup mereka semakin berkurangan. Selain dari kemampuan majikan menentukan gaji pekerja baru yang hanya mahu memerah habis keringat yang sebolehnya ke atas pekerja mereka dengan gaji dan manfaat pekerjaan yang rendah, inilah yang boleh ditakrifkan sebagai kegagalan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di dalam memperkasakan sistem modal insan di kalangan majikan kita. KSM perlu menyedarkan majikan-majikan di Malaysia bahawa syarat mencapai negara k-ekonomi menjelang 2020, mereka perlulah mula menganggap setiap individu yang bekerja dengan mereka adalah aset yang perlu digilap dan dijagai.

Malaysia menguar-guarkan keyakinannya di dalam media dan di meja-meja perbincangan di dalam dan luar negara bahawa kita mampu mencapai negara maju menjelang 2020. Bagi pendapat saya, Malaysia yang bakal memasuki dekad yang baru tidak lama lagi, sebenarnya amat sukar sekali untuk mencapainya. Petanda-petanda dan penanda aras ekonomi yang ada memang menunjukkan negara akan terus berkembang makro ekonominya tetapi akan sampai satu masanya akan menurun kerana golongan pekerja semakin penat bekerja, revolusi buruh akan mengambil tempat akibat mereka sedar kerajaan menyokong majikan dan produktiviti yang berkurangan beserta dengan masalah kualiti. Ini seterusnya lambat-laun akan membantutkan pembangunan ekonomi yang berterusan untuk mencapai agenda transformasi ekonomi nasional.

Bukan itu sahaja, masalah ini akan menjadi faktor penolak kepada pelabur luar negara untuk memindahkan pelaburan mereka dari negara ini dan kini perkara ini memang sudah pun mula berlaku. Maka, masalah-masalah dalaman pekerja, perkara-perkara berkaitan modal insan, pendidikan, perkongsian ilmu antara institusi akademik dan swasta perlu diberikan perhatian segera sekiranya kita masih kepinginkan status negara maju dalam masa terdekat ini.

Namun begitu, tahun 2020 yang hanya 10 tahun dari sekarang, bagi mencapainya adalah satu perkara yang mustahil buat masa sekarang. Faktor yang menyumbang kepada kemungkinan kecil bagi mencapainya adalah kerana pemimpin negara utama negara yang lebih gemar berpolitik daripada melakukan kerja yang diamanahkan rakyat untuk pembangunan negara. Mereka lebih nampak sibuk melakukan apa sahaja menerusi agenda politik untuk memastikan mereka terus berkuasa dan terus lupa bahawa mereka menerima gaji daripada rakyat pada hari ini untuk mentadbirurus negara ini supaya menjadi lebih baik.

Ingatlah! Masa tidak menunggu kita dan balaslah balik amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Tidak kira siapalah yang bakal membentuk kerajaan di masa depan, BN atau Pakatan Rakyat tetapi kepentingan negara ini adalah jauh melampaui batas politik masing-masing. Menyempurnakan amanah adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam dan ia juga dititikberatkan di dalam ajaran agama-agama yang lain.

# Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Pemilihan PKR : Bekas timbalan SU Agung saman PKR

Posted: 18 Nov 2010 02:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Bekas timbalan setiausaha agung PKR, Jenapala Perumal Subaan menuntut mahkamah mengisytiharkan beliau layak bertanding jawatan nombor dua parti itu pada pemilihan pusat yang sedang berlangsung sekarang.

Jenapala memfailkan saman di Mahkamah Tinggi hari ini.

Beliau juga mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa pelucutan hak untuk bertanding jawatan timbalan presiden diisytiharkan sebagai tidak sah.

Dalam samannya, Jenapala menamakan Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan.

Pada September lalu, Saifuddin berkata, Jenapala sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota PKR setelah beliau dipecat dari keanggotaan pada Februari tahun lalu kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

Oleh itu, Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam pemilihan PKR.

Justeru, kata Saifuddin, tindakan Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan - TMI

dollah yankee

dollah yankee


Guan Eng: "Rakyat yang mesti diutamakan"

Posted: 18 Nov 2010 06:50 PM PST

Berita baik dari Lim Guan Eng, minggu lepas semasa menggulung perbahasan bajet kerajaan negeri PR Pulau Pinang dalam Dewan Undangan Negeri yang bersidang, 'RAKYAT TETAP DIUTAMAKAN' bila Guan Eng mengumumkan yang skim bantuan 100 ringgit program penghargaan warga emas akan dilebarkan lagi.

Dan bermula tahun 2011 golongan ibu-ibu tunggal atau lebih femes sebagai mak-mak atau kak-kak 'JANDA-JANDA' dan juga OKU juga akan berpeluang menerima bantuan skim 100 ringgit yang diumumkan itu.

Sebaik saja mendengar berita itu, ada jiran-jiran gurkah-gurkah politik di'port' yang tergolong dalam golongan 'JANDA-JANDA' yang layak untuk mendapat bantuan ini telah datang kerumah salah seorang gurkah-gurkah politik di'port' ini untuk meminta bantuan bagaimana mahu mendaftarkan diri mereka kedalam program itu.

Seorang janda muda, umur 25 tahun yang namanya Siti berkata jika dia mendapat bantuan itu, boleh lah beli barang-barang keperluan dapur atau beli buku-buku pelajaran untuk anaknya yang berusia 7 tahun.

Gurkah politik di'port' ini boleh dapat rasa kegembiraan di-hati Siti yang bekerja sebagai seorang Jurujual di supermarket, apabila kerajaan negeri PR bersikap bertimbang rasa dan menghargai 'struggles' mereka, walaupun ianya hanya bernilai 100 ringgit namun ia sesuatu yang besar bagi mereka.

Dengan nada seperti seorang Ketua Puteri Siti menambah "..bukan senang tau nak membesarkan anak seorang diri, terutamanya dengan sikap dan persepsi serta diskriminasi masyarakat tentang janda-janda, tetapi sekurang-kurangnya kerajaan PR telah mengiktiraf usaha kami dan anak-anak kami membesar dengan sihat dan baik..."

Seorang daripada rakan Cik Siti ini yang juga seorang janda berusia 35 tahun yang kematian suami dalam satu kemalangan berkata, dengan duit ini boleh lah dia membawa keluar 2 anak daranya untuk makan-makan diluar "...depa misti suka punya..." katanya.

Walaupun 100 ringgit ini bukanlah besar, sebab bagi gurkah-gurkah politik di'port', sekali isi minyak kereta saja pun dah 115 ringgit, tetapi sekurang-kurangnya ia sebagai 'token' untuk menghargai 'JANDA-JANDA' dan OKU dalam mengharungi kos hidup yang tinggi.

" Ini macam 'ang-pow' lah untuk mak-mak janda dan orang-orang cacat dan kurang upaya".



dollah yankee -
sedang tunggu apa pulak umno nak buat??

Masalah pembantu rumah tak reti bahasa

Posted: 18 Nov 2010 04:45 AM PST

dia ini pun pembantu rumah juga, tetapi pembantu rumah yang telampau ... kah..kah..kah..
Ingat kan bila kerajaan kita telah menggantikan pembantu-pembantu rumah warga Indonesia dengan pembantu-pembantu rumah warga Kampuchea selepas kerajaan mereka(indonesia) membekukan penghantarannya akibat ketidakpuasan hati selepas banyak insiden, kita pun rasa selesai lah masalah ini, tetapi sudah timbul benda lain pula iaitu masalah bahasa.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang ada 'hire' maid dari Cambodia ini terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berhubung dalam memberi arahan kerja. Gurkah ini kata 'maid' itu satu patah perkataan 'English' pun haram tak tau.

Gurkah ini berkata dia terpaksa memberikan kelas bahasa inggeris yang 'simple' seperti mengajar nama-nama buah dan sayur-sayuran dan lain-lain. Yang lawak sekali bila dia pun kena belajar sedikit sebanyak bahasa cambodia untuk mengetahui beberapa perkataan yang ada sangkut paut dengan dapur bagi memudahkan 'communications' beliau dengan pembantu rumah Kampuchea itu. Kalau tidak bila kita suruh buat sesuatu dia akan angguk tetapi lain yang dibuatnya.

Gurkah ini juga bercerita bagaimana pembantu rumahnya warga Cambodia ini datang dari 'ulu banat' mana pun tak taulah, sebab mula-mula datang dulu pagi-pagi dia tak pernah mandi dan nak buka pili air pun dia tak reti.

Keluarga gurkah ini terpaksa banyak bersabar kerana hampir semua benda didalam rumah itu terlalu baru bagi 'maids' ini, tetapi dia dapati yang pembantu rumah Cambodia ini seorang yang cerdik dan cepat belajar.

Entah macam mana nasib gurkah ini ada sedikit baik bila seorang sahabat telah menghadiahkan satu kamus English - Khmer untuk memudahkan lagi masalah 'communications' gurkah politik ini.


dollah yankee -
Kalau dapat pembantu rumah yang terlampau pun leceh juga, boleh bergaduh dengan bini selalu

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


3 STRATEGI BUSUK UMNO MENANG DI GALAS

Posted: 18 Nov 2010 06:22 AM PST


بسم الله الرحمن الرحيم


klik untuk besarkan

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Memperingati 25 Tahun Memali

Posted: 18 Nov 2010 07:56 PM PST

Zaid hantar surat keluar PKR, ikrar tubuh parti baru

Posted: 18 Nov 2010 07:53 PM PST

Zaid keluar PKR kuat kuasa 16 Dis, tanding PRU-13

Posted: 18 Nov 2010 07:48 PM PST

Penarikan Diri Daripada Keahlian Parti Keadilan Rakyat

Posted: 18 Nov 2010 07:28 PM PST

Mustaffa hantar wakil serah bukti kepincangan pemilihan PKR

Posted: 18 Nov 2010 07:25 PM PST

Parti komponen gusar 'rakan BN' dibenar bertanding

Posted: 18 Nov 2010 07:22 PM PST

Penggodam M'sia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit

Posted: 18 Nov 2010 07:20 PM PST

Zaid to quit on Dec 16 in mockery of Sept 16

Posted: 18 Nov 2010 07:18 PM PST

Barisan AMK, Wanita PKR bayangan ‘dinasti Azmin’

Posted: 18 Nov 2010 07:16 PM PST

Bacul

Posted: 18 Nov 2010 07:01 PM PST

MAHAFIRAUN BERFATWA PULAAAAK

Posted: 18 Nov 2010 07:00 PM PST

Khairy masuk kabinet pecah-belahkan Umno

Posted: 18 Nov 2010 06:50 PM PST

Ketua Pemuda PAS patut jadi wartawan Harakah

Posted: 18 Nov 2010 06:47 PM PST

Raja Petra: People Only Vote for Pakatan Out of Hate for BN

Posted: 18 Nov 2010 06:44 PM PST

DAP takut bayang-bayang sendiri

Posted: 18 Nov 2010 06:40 PM PST

ISA: Perkasa desak Najib tidak tunduk gesaan IBAHRI

Posted: 18 Nov 2010 06:37 PM PST

SPRM mula siasatan penuh atas YS

Posted: 18 Nov 2010 06:35 PM PST

Ubah hidup jika mahu gembira

Posted: 18 Nov 2010 06:33 PM PST

PKR Tak Akan Berjaya Melakukan Perubahan Selagi Amal Politik Naungan - Zaid Ibrahim

Posted: 18 Nov 2010 04:03 PM PST

Pakatan: Itu manifestasi Dr M, kami yakin rampas Perak dan kekal 4 negeri

Posted: 18 Nov 2010 03:57 PM PST

BN Rampas Dua Negeri: Mahathir Enggan Terima Hakikat

Posted: 18 Nov 2010 07:14 AM PST

Pertikai Penasihat Ekonomi Selangor: Cari Populariti Semata-Mata

Posted: 18 Nov 2010 07:12 AM PST

Ambil Masa Pulihkan Selangor- Ng Suee Lim

Posted: 18 Nov 2010 07:11 AM PST

Tidak Logik Idea Calon Bebas Boleh Membantu PR

Posted: 18 Nov 2010 07:10 AM PST

TERIMA KASIH ZAID!

Posted: 18 Nov 2010 06:55 AM PST