keAZAManMalaysia |
You are subscribed to email updates from keAZAManMalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
keAZAManMalaysia |
You are subscribed to email updates from keAZAManMalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
Tarif air Johor naik: Kenapa puak gerombolan tidak bising? Posted: 15 Nov 2010 10:01 PM PST Oleh: Pria Malaya Berita ini agak lewat, tp penulis nak post jugak utk info bersama.. Ketika negeri Kedah mengumumkan kenaikkan tarif air sebulan yang lalu, punyalah heboh satu negara..media pro-Umno seperti biasa ditugaskan utk menghangatkan isu ini di ruang2 media.. Tidak cukup dgn itu, di'upah'nya beberapa penyokong Umno bawahan untuk berdemontrasi, para blogger jumud Umno pula berhempas siang dan malam merangka artikel utk dipublishkan di dalam blog2 mereka... Hari ini (beberapa minggu yg lalu), apabila kerajaan negeri Johor mengumumkan kenaik tarif air di Johor, semua pemimpin Umno ini jadi bisu dan pekak..satu habuk pun tak komen, media perdana dimandulkan..rakyat khususnya pembaca Utusan Malaysia (contohnya) menjadi semakin sempit dan jahil maklumat... Rasional kenaikan di Kedah.. Sedangkan negeri Kedah adalah antara negeri yang termurah tarif airnya, dan terakhir semakan harga dibuat adalah pada tahun 1993, iaitu hampir 17 tahun lamanya... "Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) Dato' Adzmi Haji Din mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah mulai 1 Oktober 2010. Secara puratanya kenaikan tarif air hanyalah RM0.10 bagi setiap meter padu air.*Baca selanjutnya di SINI... Perenggan terakhir di atas membuktikan kenyataan Ketua Pegawai SADA di atas adalah benar..negeri Johor akhirnya telah mengumumkan kenaikannya, dan penulis yakin selepas ini negeri2 lain akan menyusul... Korang bayang la, Kedah naikkan tarif air dari RM0.53/m3 kepada 27%, tetapi Johor naikkan dari RM0.98/m3 kepada 60%...kenaikan mana yang lebih tinggi?..sudah la negeri Johor negeri yang tertinggi tarif airnya, dinaikkan lagi sehingga 60%..korang fikirlah sendiri... Akhir kalam..ternyata pemimpin Umno termasuklah pencacai2 bawahannya adalah manusia yang hipokrit dan bermuka2..ini termasuklah barisan bloggernya...mohon disebarkan berita ini kpd seluruh rakyat...wallahua'lam.. Pelarasan tarif air Johor JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau. (Di atas adalah senarai tarif air yang diambil dari website rasmi Jabatan Bekalan Air malaysia..klik utk paparan lebih jelas...) "Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor. "Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja," katanya. Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin. Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar. "Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)," katanya. Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri. Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai. - SH |
PAS tawar Zaid: "Dalam terang atau gelap, tolong jangan janji apa-apa" Posted: 15 Nov 2010 09:27 PM PST Oleh: Pria Malaya Artikel di bawah di cilok dari blog 'cenangau.blogspot.com'...penulis setuju apa yang diperkatakan..pada kepimpinan PAS, sila take note...bukan shj kpd Zaid, juga pada sesiapa sahaja ahli2 baru... Moga menjadi pengajaran berguna bukan sahaja kepada PAS, malah juga pada parti PKR sendiri...fikir2kan... Dalam terang atau dalam gelap, tolong jangan janji apa-apa mKini melaporkan.. Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.mStar pulak melaporkan Salahuddin Ayub kata.. "Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.Kalau tengok dari 2 laporan media tu memang nampak sikit bercanggah. Husam nampak jelas semacam mengalu-alukan kalau Zaid nak masuk PAS. Mungkin dia ada plan sendiri atau pun mungkin jugak dia bercakap mengikut kemahuan PAS Kelantan. Salahuddin pulak nampaknya tak begitu mengalu-alukan. Sambil mengungkit kontroversi yang dikaitkan dengan Zaid dia kembalikan kuasa untuk menerima keahlian kepada mesyuarat PAS Pusat dan memang pun kuasa tu milik Jawatankuasa PAS Pusat yang perlu bermesyuarat dan meluluskan semua permohonan keahlian masuk PAS. Persoalannya, patut atau tidak PAS terima kalau Zaid memohon masuk PAS. Kalau ikut hati aku, memang aku kurang bersetuju Zaid masuk PAS. Pada aku akan lebih banyak mudharat dari kelebihan kalau Zaid ada dalam PAS. Tapi kalau tanya kau, aku akan jawab jawapan standard. "PAS For All" maksudnya PAS terbuka kepada semua jika dia cukup syarat untuk jadi ahli PAS macam yang digariskan oleh Perlembagaan PAS. Moga-moga kalau dia masuk PAS, PAS Kelantan akan dapat "tarbiah" Zaid Ibrahim jadi seorang yang hebat. Cumanya kalau dia diterima jadi ahli PAS aku harap PAS terima dia tanpa sebarang syarat atau janji, tak kira dalam terang atau dalam gelap. Kalau dia rasa dia layak untuk jadi pemimpin dalam PAS biar ahli yang tentukan. Biar ahli yang tentukan sama ada dia layak atau tidak jadi pimpinan dalam pemilihan. Aku harap jangan ada "syura" di mana-mana peringkat untuk bagi dia jawatan dalam PAS, walaupun di peringkat kepimpinan cawangan. Pasainya, proses pemilihan pimpinan dalam PAS jugak adalah sebahagian dari "tarbiah." Sumber: cenangau.blogspot.com |
VIDEO: Apabila orang agama masuk Umno... Posted: 15 Nov 2010 02:16 AM PST VIDEO 1 : Agenda Besar Ummu Hadhari VIDEO 2 : Nasihat Dr Mashitah Soal jawab 'Ustazah' Masyitah di dalam Metro Ahad ,27 Jun 2010 Jawapan Islam sebenar berdasarkan Hadith riwayat Muslim... |
ETP Najib-Rosmah: Majoriti pembaca Utusan Umno TIDAK YAKIN ia dilandasan yang betul Posted: 15 Nov 2010 01:57 AM PST Bancian: 47.6% tidak yakin dengan ETP Najib Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP. Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat. Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). - MK |
You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MIMPI SENJA |
Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid Posted: 15 Nov 2010 10:28 PM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov — Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam. Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata. "Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka. "Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini. "Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk 'Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid' dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama," kata Husam (gambar). Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar. - TMI MENYUSUL LAGI |
Posted: 15 Nov 2010 10:14 PM PST LONDON: Seorang pemuda ditahan kerana disyaki cuba merogol ibunya dan mencungkil mata wanita itu tidak lama selepas polis memeriksa kediaman mereka. Mangsa, 53, hilang deria penglihatan akibat kejadian itu. Pemuda berusia 22 tahun itu ditahan ketika melarikan diri dari rumah dalam keadaan berbogel sambil melompat di atas kereta. Dua jam sebelum itu beberapa pegawai polis memeriksa kediaman dua beranak itu selama 30 minit selepas menerima aduan jiran bahawa pemuda itu melontar objek seperti komputer dan televisyen ke luar rumahnya. Pemuda itu tinggal bersama ibunya, seorang jururawat dan adik perempuannya di kediaman empat bilik di Slough, Berkshire. Dua jam kemudian, pemuda itu berlari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel dan melompat ke atas kereta jiran yang membelok di simpang jalan. Seorang saksi berkata, pemuda itu melompat dari sebuah kereta ke kereta lain sebelum dirempuh hingga melambung lalu tercampak di tepi jalan. Polis mendapati ibunya mengalami kecederaan di mata dan kemungkinan diserang secara seksual. - Agensi/Metro Maya |
Bini Najib bimbang rakyat Malaysia gemuk? ... kah kah kah Posted: 15 Nov 2010 09:01 PM PST Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah mengadakan lawatan ke sebuah ladang organik di New York bersama Michelle Obama, yang berkempen bagi tabiat pemakanan sihat bagi melawan kadar obesiti yang meningkat di Amerika. Kenapalah dibawaknya Rosmah ke lading organik? Banyak lagi isu lain yang boleh dikemukakan, kenapa pulak isu obes? Macam perli Bigmama aje? Lawatan ke Stone Barns Center, sebuah pusat pendidikan berasaskan ladang seluas 32 hektar terletak 40 kilometer ke utara bandar raya New York, sambil memerhatikan pelajar gred tiga menuai, memasak dan menikmati hidangan sayur segar, telur dan produk ladang lain. Rosmah, yang mengakui beliau tidak gemar makan sayur ketika muda berkata, program seumpama ini amat berguna bagi menggalakkan kanak-kanak makan sayur-sayuran yang ditanam di laman sendiri, menyedia dan memasak dan khususnya tanpa bahan kimia dan pengawet. Rosmah menyuarakan kebimbangan mengenai obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia yang mungkin disebabkan peningkatan pengambilan makanan segera dan kurangnya senaman. Bagi anda yang merasa latihan olahraga yang dilakukan sudah mencapai tahap tepu dan sudah tidak menghasilkan kemajuan, anda memerlukan bentuk senaman baru. Apa kata lari menggunakan paracut. Menurut Murat Gecmen, pelatih dan pemilik FitInFitness, England kaedah ini amat efektif untuk memberi kejutan pada sistem otot. Melakukan sprint dengan mengikatkan paracut kecil di belakang sangat efektif dan meningkatkan heart rate dan menambah kekuatan otot khususnya meningkatkan otot-otot kaki, paha dan tubuh. Amacam? Sanggup ke? Apa salahnya ikut nasihat isteri PM tu…nak jaga permasalahan obes rakyat semakin teruk kini. - HD |
Remaja 14 thn dirogol bergilir-gilir Posted: 15 Nov 2010 03:29 PM PST 'Main gitar' bergilir-gilir Oleh Hadzlihady Hassan AMPANG: Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu. Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah. "Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan," katanya. Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran. "Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar. "Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya," katanya. Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat. "Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans. "Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan," katanya. Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya. "Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir. "Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya," katanya. Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis. "Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan. "Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya - myMetro |
PAS Selangor pula pelawa UmNO sertainya Posted: 15 Nov 2010 06:26 AM PST Oleh Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Nov – PAS Selangor pula mempelawa Umno negeri menyertai parti tersebut daripada terus mengajak agar komponen Pakatan Rakyat itu menjalin kerjasama dengannya bagi memperkukuhkan Barisan Nasional (BN). Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Ghazali membuat pelawaan ini menjawab pendirian Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang terus mengajak PAS agar menyertai BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat. "Ahli-ahli Umno dan pimpinan Umno meninggalkan wadah perjuangan mereka yang usang itu dan bersama PAS dalam mengejar cita-cita perubahan dan kebaikan buat umat," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. "Arus perubahan ini, syaratnya mereka perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat," jelas Roslan. Ekoran itu, Roslan menganggap pelawaan Ahmad itu sebagai sesuatu yang janggal bagi PAS negeri. "PAS Selangor merasakan janggal apabila Datuk Ahmad mempelawa PAS menyertai BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat," jelas Roslan. Dalam pada itu, Roslan berkata Umno negeri sepatutnya menyertai Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin serta akar umbi parti itu ikhlas memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. "PAS Selangor menawarkan agar ahli-ahli Umno termasuk pimpinan mereka berfikir semasak-masanya dan menginsafi bahawa untuk maju ke hadapan PAS lah alternatif terbaik untuk mereka. "Inilah masanya demi memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negera," kata beliau yang merujuk kepada seruan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya PAS menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13 kelak. Tambah Roslan, Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali telah pun menggerakkan jentera pilihan raya parti agar saki baki kerusi Umno di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu berupaya diganti oleh wakil rakyat PAS kelak. - The Malaysian Insider |
Posted: 15 Nov 2010 04:17 AM PST Bernama Monday, November 15th, 2010 18:29:00 KUALA LUMPUR: Pas will always open its door to former members of other political parties, including former Parti Keadilan Rakyat (PKR) Federal Territory chief Datuk Zaid Ibrahim, to join the Islamist party. Pas vice-president Datuk Husam Musa, who said this, revealed that Pas had previously offered Zaid a place in the party but he preferred to be with PKR. "He (Zaid) is in a position to join any party...we did invite him to join Pas before but he declined, so it's up to him now to join which party," Husam told Bernama after he was interviewed by Bernama TV on its 'Hello Malaysia' programme at Wisma Bernama, here, today. Zaid, who is former minister in the Prime Minister's Department, had on Nov 8 made the shocking decision to quit all his party posts and to withdraw from the contest for the deputy president post, citing cheating in the party elections as his reason. He also called on PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim and its vice-president Mohamed Azmin Ali to withdraw from the party, blaming them for the problems in PKR. On Pas' defeat by Barisan Nasional (BN) in the Galas state seat by-election on Nov 4, Husam said Pas accepted the result with an open heart, but the party would from now on pay more attention to BN. "BN seemed very happy with the victory but what is more important is how BN draws up its strategy for the next general election. That is what Pas is more concerned about," said the Kelantan state executive councillor for Economic Planning, Finance and Welfare. In the Galas by-election, Pas' candidate Dr Zulkefli Mohamad lost to BN's, Abdul Aziz Yusoff by 1,190 votes. Asked on PAS' preparations for the next general election, Husam said the party would step up efforts to get more people, especially youths, to register as voters and to strengthen cooperation among the Pakatan Rakyat component parties. "We have other strategies which we will discuss later, to ensure Pakatan Rakyat does even better in the 13th general election," he said - BERNAMA |
... itu la yang susahnya "Semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah DSAI" - SU PKR Pahang Posted: 15 Nov 2010 02:31 AM PST Oleh Muda Mohd Noor PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang Razali Alias berkata kemelut dalam PKR telah menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu. Menurutnya, kemelut itu berlaku kerana semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah "restu" Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini politik yang tidak sihat. Semua berpunca daripada politik naungan kerana masing-masing mahu duduk di bawah ketiak Anwar. Semua mahu menjadi orang Anwar, menjadi orang yang dinaungi Anwar," katanya ketika dihubungi hari nini. Beliau mengulas kemelut PKR yang menyaksikan calon timbalan presiden yang juga Pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti. Razali menambah, masa depan PKR kini bergantung kepada sejauh mana pimpinan parti menangani kemelut itu. Zaid, bekas menteri undang-undang juga dikatakan akan bertindak untuk keluar PKR. "Kemelut PKR ini berpunca daripada pemilihan secara langsung yang menyebabkan terdedah pelbagai kemungkinan. Pemilihan secara langsung, ada baik dan ada buruknya. (Tetapi) yang buruk telah tersebar keluar, kini orang membuat persepsi buruk terhadap PKR, orang lihat PKR lemah. "Apa yang berlaku sekarang ialah wujud suasana tidak sihat dalam PKR. Sedikit sebanyak terjejas untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya. PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan dari cabang (bahagian) hingga presiden melaksanakan satu ahli satu undi - di mana setiap ahli boleh memilih. Zaid yang menyertai PKR Julai tahun lalu menarik diri dari pertandingan timbalan pesiden kerana mendakwa berlaku ketidaktelusan dan penyelewengan jumlah pengundi. Beberapa pemimpin lain turut menyuarakan perkara sama. Naib Presiden PKR Azmin Ali kini mendahului seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun, keputusan penuh akan diumumkan dalam kongres parti akhir bulan ini. Bagaimanapun, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata kemelut dalaman adalan perkara biasa bagi parti politik dan persatuan. "Dalam isu PKR saya tidak nampak PKR kurang sokongan. Sokongan rakyat macam dulu juga. Saya yakin PKR akan berjaya dalam pilihanraya umum akan datang," katanya. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
bumiperak |
Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban Posted: 15 Nov 2010 05:30 PM PST Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka. Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan. Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas). |
You are subscribed to email updates from BUMI PERAK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Kami Sokong Tokguru |
Tahniah Pengarah Pelajaran Terengganu Posted: 15 Nov 2010 06:45 PM PST BESUT 14 Nov. – Setiap pelajar Muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan. Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Razali Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar. Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu. "Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula, tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan," katanya kepada pemberita, di sini. Selain itu, katanya, semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini. – Bernama -ijoks2009- satu langkah yang baik sepatutnya di perluaskan untuk seluruh negara.Diharap program ini berterusan jangan hanya hangat-hangat taik ayam saja. |
3GP Melayu,Hakikat Bukan Rekaan Posted: 15 Nov 2010 03:26 PM PST Assalamualaikum,dan salam blogger bagi yg belum menyertai keluarga besar Islam.. Kehidupan kita sehari-hari tidak dapat lari dari tangungjawab,dan tangungjawab yang paling besar ialah tangungjawab kepada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad) Kisah dibawah saya petik dari http://marhaenkacak.blogspot.com adalah salah satu dari beribu-ribu kisah sedih yang menganmbarkan betapa teruknya sistem moral masyarakat islam sekarang. Satu hari ni aku adala buat Program Pemeriksaan Mata kat satu sekolah area Setapak/Wangsa Maju...... memang ari tu jenuh aku cek mata budak2 sekolah menengah ni.... Maklumla.... kadang2 bukan budak2 yang bermasalah mata je yang nak cek, budak2 yang menggatal saja2 nak cek pun ramai.....hahaha.... Walaupun aku rase nak marah je budak2 yang mengada2 ni, aku tetap bersabar n cek la jugak mata budak2 ni.... takpela.... aku pun faham tingkah laku budak2 baru nak up ni... mesti la sume bende nak cuba.... nak2 kalau kawan2 ada kat situ mestila orang lain pun nak sibuk sama....hehehe.... Tenguk budak2 ni teringat lak aku kat zaman kenakalan aku kat sekolah dulu...hahaha Bila dah habis aku cek mata budak yang terakhir, aku pun saja2 je la bertanya ngan seorang budak laki ni yang still ada kat bilik kesihatan sekolah ni.... "Dik, amacam belaja? ok tak cikgu kat sekolah ni?" Kata budak lelaki tu, "ok la bang....kalau tak best pun layankan jer...hehehe.." "hahaha...ko ade awek tak sekarang ni?..." Aku pun tanya soklan untuk suka2....... "mestila ada bang.....orang hensem cam saya mesti la ada awek...." sengih budak lelaki yang bernama Usop ni.... "oooo....abang pun takde awek lagi.....budak2 skang ni memang pandai cari awek....ajarla abang sket ilmu ngorat2 ni...." kate aku sambil saja nak 'up' kan moral budak ni....hehehe.... "hahaha....boleh bang..... belanja la saya makan kat kantin....hihihihi" Aku pun terpikir idea yang best lagi untuk bertanya...... "ko tunjuk la gambar awek ko kat aku....Baru aku belanja ko kat kantin...amacam?..." Budak tu pun menunjukkan gambar awek nya kepada aku dengan muka bangga n riaknya.... Alangkah terkejutnya aku gambar yang si Usop ni tunjukkan ialah gambar SEPARA BOGEL diorang berdua dalam satu bilik......... "kurang asam ko yek.... ni ko kat mane ni ngan awek ko ni....??" "ala bang....ni kat rumah saya ni.... masa ni mak bapak saya takde.... saya pun apa lagi..... bawak la awek saya ke rumah....hihi... dapat la saya rasa puas2 malam tu...." "Saya geram bang.... orang kata saya ni 'LOSER' pasal tak dapat 'MAIN' dengan pompuan lagi.... diorang kata saya ni 'TERUNA TERLAJAK' ..... So, saya pun geram la.... tu la yang saya ajak awek saya ni datang rumah.... Dia pun pun on jer....hahaha...." Aku pun terdiam mendengar penjelasan budak ni...... Lepas tu aku pun ajak dia ke kantin sambil belanja si Usop ni makan nasi berlauk ayam dan horlick ais segelas.... ----------------------------------------------------Berbalik kepada tangungjawab sebagai seorang Islam,apakah tangungjawab kita hanyalah kepada anak-anak kita sahaja,dan membiarkan perkara itu berlaku di depan mata jika ianya tidak melibatkan saudara kita? Sedarkah kita dengan membiarkan kemungkaran berlaku didepan mata memnyebabkan turunnya bala bencana dari Allah yang akan menimpa keseluruhan masyarakat. Saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakan masaalah agama,tapi hanya inilah yang saya mampu lakukan untuk menyedarkan masyarakat kita yang seakan-akan pura-pura tidur dengan isu akhlak anak-anak kita yang makin buruk. Siapa yang bersalah? sama-sama kita fikir.Tak perlulah saya huraikan panjang - lebar disini. Pada saya semua kita bersalah.Ibu-bapa,guru-guru,kerajaan,,mediamasa,dan masyarakat. Saya nak petik satu kisah menarik yang saya pernah baca tentang seorang pemuda yang menegur kemungkaran dengan caranya yg tersendiri. Dikatakan pemuda ini,suka berjalan-jalan di tepi pantai dan tempat-tempat rekreasi jika ada kelapangan.Jika dia terserempak dengan pasangan kekasih sedang bercengkerama apa yang dia buat ialah, duduk tidak jauh dari pasangan tersebut ,keluarkan surat yasin yang sentiasa dibawanya bersama dan membacanya secara perlahan namun masih dapat didengar oleh pasangan tersebut.Akhirnya pasangan tersebut akan malu sendiri dan beredar dari situ. |
Posted: 15 Nov 2010 02:01 PM PST -Santai Pagi- Jom kita test power line tenet. Saya punya 512kb je,tu pun waktu malam je,kalau siang 250kb. Sila test kat sini speedtest.streamyx.com.my |
Ka'abah Adalah Pusat Bumi(Terbukti SecaraSaintifik) Posted: 15 Nov 2010 04:02 AM PST |
Coke/Persi + Mentos = Racun Rumpai Posted: 15 Nov 2010 01:00 AM PST Jika sayang diri anda dan keluarga anda. Hindarkan anak-anak anda dari makan coklat Mentos bersama coke atau pepsi. Jangan makan Mentos sebelum atau selepas minum Coke atau Pepsi. Campuran kedua-kedua bahan ini akan bertukar menjadi racun sianida. Racun sianida adalah racun yang paling kuat kesan diantara semua racun. Racun sianida banyak digunakan dalam membuat proses membuat racun rumpai dan indusri melombong emas. Kebanyakan sungai yang berhampiran lombong emas dicemari racun sianida. Bayangkan dari ujikaji yang dilakukan. Apabila kedua bahan ini dicampur boleh menghasil letupan. Jika kita makan/minum kedua-kedua bahan ini. Adakah perut anda akan meletup atau sebaliknya. Sila sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai jika anda sayang mereka. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Jazakallah khairan. http://resepirahsiaku.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
kalam Perantau |
You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
SAHIH ZAID AKAN TINGGALKAN PKR, TAPI MAHU TUNGGU KENA HALAU DULU? Posted: 15 Nov 2010 10:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MAHU keluar atau tidak, wahai ZAID? Di dalam berita yang dilaporkan di dalam Malaysiakini semalam, Zaid dikatakan sememangnya ingin keluar dari PKR. Tetapi, beliau lebih suka jika DS Anwar pecat beliau. Apa punya orang seperti ini? Jika mahu keluar dan meluat kepada pemimpin yang ada di dalam PKR, buat lah keputusan sendiri, mengapa perlu tunggu kena pecat? Ingin raih simpati? Bak kata Anwar, "Jika saya umumkan keluar dari PKR hari ini, esok Umno akan buat `majlis korban' awal". Saya pula berpendapat, jika Zaid umumkan keluar dari PKR hari ini, hari ini juga ramai di kalangan ahli-ahli PKR akan `gantung pisang' dan buat kenduri besar. Di dalam kenyataanya, beliau meluat dengan Anwar kerana Anwar adalah perosak kepada PKR. Tidak mengapa lah Zaid berkata begitu kerana beliau baru `sehari dua' berada di dalam PKR. Mungkin beliau sangka Anwar baru seminggu memimpin PKR. Semasa Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, PKR bangkit dari satu kerusi Parlimen dan merampas beberapa kerusi dari Umno/Bn sehingga berjaya menawan Selangor. Ketika itu kebangkitan PKR mengejutkan Umno. Mungkin Zaid ingat waktu itu Anwar tiada di dalam PKR lagi. Apabila Zaid masuk PKR, dia merasa Anwar pun baru masuk sepertinya dan sebab itulah dia mendakwa Anwar perosak PKR. Siapa perosak sebenarnya? Saya hairan mengapa Zaid yang kununnya berprinsip dan berani, begitu takut untuk buat keputusan yang beliau sendiri yakin dengan keputusannya. Beliau yakin PKR telah dirosakkan oleh Anwar dan beliau mengakui akan keluar dari PKR, mengapa tidak keluar sekarang? Mengapa perlu menunggu parti menghalaunya? Kita masuk rumah orang, dilayan dengan baik, diberi tidur di bilik istimewa, diterima sebagai ahli keluarga tuan rumah, kemudiannya kita `berak' merata-rata di dalam rumah tersebut. Kita maki hamun tuan rumah, dan saban hari kita menjerit-jerit menyebut untuk lari dari rumah berkenaan, mengapa kita perlu tunggu sampai tuan rumah halau kita? Itu kerja orang gila. Hanya orang gila sahaja yang kita perlu panggil Polis untuk menghalaunya keluar dari rumah kita. Masakan Zaid sudah gila?/wfauzdin.blogspot.com | ||||||
ZAID BOLEH SERTAI PAS TETAPI BUKAN ZAID YANG ADA SEKARANG Posted: 15 Nov 2010 08:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS SAYA menyokong sepenuhnya kenyataan Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub berkaitan isu Dato Zaid Ibrahim. Naib Presiden PAS itu menyatakan bahawa Zaid Ibrahim berhak untuk memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya, tetapi samada PAS menerima atau menolaknya terletak di tangan PAS setelah meneliti dari semua aspek. Mungkin Zaid Ibrahim merasakan beliau sudah tidak secucuk dengan PKR, memandangkan DS Anwar dan YB Azmin masih tetap ingin setia bersama perjuangan PKR. Hanya dua makhluk ini lah yang membuatkan Zaid bercita-cita untuk menubuhkan parti baru. Melainkan jika DS Anwar dan Azmin bersedia berundur dan menyerahkan `leher' PKR kepadanya untuk di`sembelih'. Sekiranya beliau tidak berminat dengan DAP, Umno juga awal-awal lagi tidak mahu menerima seorang yang pentingkan diri sendiri, sudah tentu PAS termasuk di dalam perkiraan Zaid seandainya beliau membatalkan hasratnya untuk menubuhkan parti baru. Saya bersyukur sekiranya PAS dipilih oleh Zaid menjadi wadah perjuangannya kerana beliau akan mendapat tarbiyyah di dalam PAS nanti bagaimana untuk menjaga adab berjemaah dan menghormati pemimpin. Tidak semua yang memasuki PAS boleh menjadi pemimpin yang baik, contohnya seperti Zul Kulim Bandar Baru yang berada di dalam PAS kemudiannya masuk PKR, keluar PKR dan kini langsung `bertelanjang' tanpa parti. Tetapi masih ramai pemimpin yang ditarbiyyah oleh PAS mampu menjadi pemimpin yang baik serta berakhlak tinggi. Mungkin ada di kalangan PAS merasa bimbang seandainya Zaid menyertai PAS, dikhuatiri Zaid akan `menghalau' Tuan Guru Hj Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz keluar dari PAS pula dan beliau berkata beliau layak menjadi Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS. Kebimbangan itu mungkin berasas tetapi saya berpendapat Zaid tidak mungkin akan berbuat demikian. Di dalam PAS majoriti bukan kuasa mutlak, tetapi majoriti di dalam PAS mestilah diperakui oleh Majlis Syura Ulamak. Ini membuktikan PAS meletakkan hukum Islam sebagai hukum tertinggi di dalam membuat keputusan. Adakah Zaid bersedia untuk menerima dasar PAS itu? Saya yakin, sekiranya Zaid sudah berada di dalam PAS, beliau pasti akur dengan segala dasar PAS. Seandainya beliau masih mengekalkan cara pemikirannya seperti sekarang, Zaid pasti akan ketinggalan di dalam PAS. Usahkan untuk menjadi Presiden PAS, untuk menjadi Wakil Rakyat sahaja PAS meletakkan syarat yang amat ketat agar setiap Wakil Rakyat PAS dilihat bermoral dan berakhlak. Mereka yang merokok tidak akan dicalonkan oleh PAS, apatah lagi mereka yang berkekalan melakukan dosa-dosa besar yang lain. Zaid perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum menyertai PAS. Saya bimbang setelah beliau menyertai PAS, apabila beliau ingin merebut sebarang jawatan di dalam PAS akan timbul pula nanti PAS menipu dan pilih kasih di dalam pemilihan setelah mendapati dirinya tidak mendapat sokongan. Ertinya, Zaid mesti berubah. Zaid boleh sertai PAS, tetapi bukan Zaid yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
NAIB PRESIDEN PKR - DUA TOKOH WANITA DI DALAM `TOP FOUR' Posted: 15 Nov 2010 06:00 PM PST
Nurul Izzah Anwar mengekalkan kedudukannya di tempat teratas bagi jawatan naid presiden PKR dengan mengutip 11,042 undi dengan pengundian hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Beliau diikuti rapat oleh pengarah strategi PKR, Tian Chua (9,524 undi), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (7,878) dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman (7,448) berada di kedudukan nombor tiga dan empat. Keputusan rasmi itu adalah selepas ahli PKR di Selangor - negeri dengan jumlah ahli parti tertinggi mengundi pada hujung minggu lalu. Bagi jawatan timbalan presiden - Azmin Ali mendahului Mustaffa Kamil Ayub dengan majoriti lebih 11 ribu undi setelah Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan mengumumkan meninggalkan PKR hari ini. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata selepas selesai 165 cabang, Azmin mendapat 14,751 undi, manakala Mustaffa mendapat 3,401. Beliau mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini. Bagi jawatan Ketua AMK, penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin mendapat 3,981undi, manakala Badrul Hisham Shahrin mendapat 3,273 undi. Bagi jawatan timbalan ketua AMK, ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendapat 3,908, manakala ADUN Teja Chang Lih Kang mendapat 3,054 undi. Bagi jawatan ketua Wanita, penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendapat 4,510. Manakala dua pencabarnya Suraya Sudin mendapat 1,181 undi dan Animah Ferrar mendapat 967 undi. Bagi jawatan timbalan ketua Wanita pula, exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail mendapat 5,167 undi, manakala Asmah Abdul Kadir memperolehi 1,126 undi. Pada sidang media itu juga, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata perjalanan proses pemilihan 165 cabang berakhir hujung berjalan dengan lancar. Malah, beliau juga berharap baki 57 cabang lagi juga akan berlangsung seperti yang diharapkan. "Saya menggesa anggota parti keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab (minggu hadapan)," katanya. Ditanya mengenai peratusan pengundian yang berakhir sejak semalam, Saifuddin berkata sebanyak 8.4 peratus daripada keseluruhan anggota telah keluar mengundi. PKR mendakwa mempunyai 400,000 anggota parti di seluruh negara. Saifuddin juga menolak andaian bahawa keputusan Zaid Ibrahim menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden telah mengurangkan peratusan pengundian. "Sewaktu beliau beliau bertanding, peratusan keluar mengundi 7 hingga 8 peratus. Selepas beliau menarik diri, begitu juga (peratusan itu). "Jadi tidak ada peratusan signifikan membenarkan andaian itu," katanya./Malaysiakini | ||||||
AZMIN MAHU SELANGOR BANTU IKS SECARA SERIUS Posted: 15 Nov 2010 05:00 PM PST
Seorang anggota penyokong kerajaan negeri berkata peruntukan berjumlah RM2 juta bagi pembangunan usahawan industri kecil sederhana (IKS) di Selangor bagi 2011 adalah amat kecil. Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata IKS di Selangor perlu dibangunkan kerana ia mampu menjana sumber pendapatan bagi Selangor. Peranan IKS di dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah negara telah terbukti sebagaimana di Korea Selatan dan Taiwan, katanya semasa membahaskan Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2011 di sidang Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini. Jika kerajaan negeri betul-betul serius untuk membangunkan IKS, beliau berkata peruntukan untuk membangunkan sektor itu perlu ditingkatkan, katanya. Azmin juga berkata takrifan IKS yang diguna pakai oleh kerajaan negeri perlu diperluaskan daripada industri kampung kepada industri maklumat dan perkhidmatan. - Bernama | ||||||
ZAID SEMAKIN HAMPIR IGAUAN UNTUK MENJADI `GHAFAR BABA' ? Posted: 15 Nov 2010 01:46 PM PST Zaid, Bisu Sajalah Mulut! Oleh Hj Azizi Hj Abdullah Secara peribadi saya rasa bukan saya seorang yang meluat dengan perangai Zaid Ibrahim. Zaid sepatutnya tidak jadi Zaid sekarang. Zaid sepatutnya jadi seperti Zaid ketika dia diserang sewaktu menjadi calon PKR di Ulu Selangor dulu, yang penuh sopan, tawaduk, rendah diri sehingga ketika itu nama Zaid melonjak dan dihormati. Dengan ketawadukannya ketika itu Zaid dapat mententeramkan dirinya sendiri dan PKR, penyokong, walaupun isu beliau dengan arak sebelumnya tersangat berat hendak ditangkis Sayang Zaid bertukar hanya kerana kononnya 'prinsip.' Saya tertanya-tanya perangai yang sebegini datangnya dari mana? Untuk apa seseorang masuk sesuatu parti politik kemudiannya apabila secara prinsip tidak setuju, dijadikan parti politik dan pemimpin sebagai tempat hentam dan perlekeh. Prinsip bukan tempikan dan bercakap, tapi sikap! Dalam Malaysia orang politik seperti ini ada dua tapi berlainan cara dan berlainan sebab. Pertama YB Zulkifli Nordin yang terumbang ambing kritikannya seperti mencari tapak baru tapi takut dibayangi ' hantu ' politik itu sendiri. Manakala Zaid menganggap semua hal, semua perkara, semua benda, semua dasar dalam politik yang diceburinya, beliau sahaja yang betul. Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain. Sebenarnya Umno dan dasarnya tidak mengajar begitu, tetapi budaya ahlinya itulah yang menjadikan seseorang yang lompat keluar dari Umno selalu ada kerak daki keUmnoannya, sedangkan dasar parti Umno tidak menyuruh begitu. PKR bukanlah parti yang semua betul dan baik. Tapi Zaid menghentam PKR telah membuka ruang orang berfikir siapa Zaid yang sebenarnya dan ruang fikiran itu tidak menyebelahi Zaid. Bagi Zaid jika semua betul dalam PKR, pada Zaid ada yang tak betul sehinggalah beliau berada di atas untuk memberitahu, inilah yang betul. Zaid yang belum berhenti menyerang kepimpinan PKR dan orang-orang 'khusus' kelihatan seperti orang yang memukul dan mencakar dada kerana marah sedangkan kesan cakar dan tumbukan itu ke dadanya sendiri. Yang terbaik bagi PKR ialah tidak menyambut tepukan dan cakaran itu. Ketua Umumnya bersikap seperti tidak dengar apa pun. Diharap sehingga Zaid keluar dari PKR nanti seperti yang diakui dalam Malayskini 15 Nov 2010, PKR tidak akan meratap berhiba sebaliknya buatlah kenduri pulut kuning dengan sepanduk 'Sayonara.' Mustahil Zaid akan bersama DAP tetapi kemungkinan bersama Pas jika Zaid masih ingin bermain politik berprinsipnya. Bagaimana pun Pas diharap tidaklah seghairah Ketua Umum PKR menyanjung kehebatan Zaid ketika itu kerana Pas melihat yang orang yang bertaqwa sahaja yang patut menyertai, bukan orang yang berprinsip sendiri http://aziziabdullah.blogspot.com | ||||||
SUDAH ADA PARTI BARU, ADAKAH ITU PARTI ZAID ? Posted: 15 Nov 2010 12:31 PM PST
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan terus bergerak ke hadapan walaupun tanpa penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar daripada parti. Saifuddin berkata, keadaan ini terbukti melalui sokongan rakyat terhadap parti itu dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini. Katanya, pada tahun 1999, parti itu mendapat 789 ribu undi, manakala 2004 memperolehi lebih 400 ribu undi, sementara pada 2008, PKR mendapat 1.5 juta undi. "(Oleh itu) tanpa atau dengan Datuk Zaid Ibrahim, rekod kita itu menceritakan tentang keindahan parti (ini)...Sila daftar (menjadi) ahli parti kami," kata Saifuddin yang disambut dengan ketawa kecil kira-kira 20 pemberita. Bercakap kepada pemberita selepas sidang medianya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini, Saifuddin berkata, tindakan Zaid untuk berundur daripada PKR juga tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu. "Anggota akan terus berjuang dengan PKR. Saya ucapkan selamat berjaya (kepada Zaid). "Untuk parti, kita akan terus mara ke hadapan," katanya dan menambah, beliau belum menerima surat rasmi daripada Zaid yang mengumumkan niat untuk berundur daripada parti itu pagi ini. Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai penubuhan sebuah "parti Keadilan baru" oleh Zaid, Saifuddin menyifatkan tindakan itu sebagai satu perkembangan baik kepada politik negara. "Tetapi saya tidak mahu mendedahkan parti apakah itu dan saya dapat tahu bahawa Zaid telah pun meletakkan orang-orangnya dalam parti baru itu," dakwanya seperti dilaporkan Bernama. Zaid yang juga bekas menteri kabinat menyertai PKR pada Jun tahun lalu selepas meninggalkan parti Umno./Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |