Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS BIMBANG DENGAN `PENIPUAN' PKR ? BIAR BETUL KAWAN....

Posted: 13 Nov 2010 11:00 PM PST

TERASA nak tegur sikit tajuk berita yang disiarkan di dalam blog rakan Justice for All, bertajuk "PAS BIMBANG DENGAN KRISIS & PENIPUAN PKR" di sini.

Mungkin tajuk itu telah diedit dan bukan tajuk sebenar yang diambil oleh rakan saya tersebut. Tidak kisahlah tentang `mengedit' tajuk ni, tetapi daripada berita yang dibaca di bawah tajuk itu, tidak tepat sama sekali perkataan PENIPUAN diletakkan sebagai tajuk. Sekiranya tajuk "PAS BIMBANG DENGAN KRISIS PKR' pun sudah kira baik tanpa ditambah `penipuan'. Saya telah baca keseluruhan berita itu, tetapi langsung tiada perkataan `penipuan' yang diperkatakan oleh pemimpin PAS yang mengulas tentang krisis di dalam PKR sekarang. Tentulah tidak baik jika kita mendakwa pemimpin PAS `mengesahkan adanya penipuan', sedangkan ianya belum dapat dipastikan.

Memang PKR sedang alami sedikit krisis, tetapi tentang penipuan itu belum dibuktikan dan PKR sedang menyiasatnya sepertimana jaminan yang diberikan oleh Presiden PKR. Diharapkan dapat diperbetulkan agar tidak mendatangkan salah faham sesama kita di dalam PR./wfauzdin.blogspot.com

MEDIA PENCACAI KENA TIPU - ADA YANG BERHIMPUN TIDAK TAHU SEBAB APA DIA BERHIMPUN?

Posted: 13 Nov 2010 10:00 PM PST

100 berdemo depan ibu pejabat PKR
Regina Lee
Nov 13, 10


Kira-kira seratus orang bersama kanak-kanak berhimpun di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini untuk 'protes' singkat 30 minit mendesak parti itu menghentikan pemilihannya yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Penganjurnya P Jenapala mendakwa sekumpulan anggota PKR hadir ke situ bagi membantah "sangat tidak gembira"terhadap dakwaan salah laku dalam perjalanan pemilihan parti itu.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.

Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit.

Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.

Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti".

"Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya./Malaysiakini

DI SEBALIK KRISIS, AZMIN MASIH MENDAPAT SOKONGAN - ADAKAH PEMILIHAN INI JUGA SATU PENIPUAN JUGA?

Posted: 13 Nov 2010 08:00 PM PST

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Wangsa Maju Azmin (27), Mustaffa (16)
(44 daripada 1,368 anggota keluar mengundi)

Jasin Azmin (92), Mustaffa (9)
(102 daripada kira-kira 1,100 anggota keluar mengundi)

Kota Melaka Azmin (28), Mustaffa (25)

Kepong Azmin (17), Mustaffa (4)
(21 daripada 500 anggota keluar mengundi)

Titiwangsa Azmin (24), Mustaffa (8)
(32 daripada kira-kira 1,200 anggota keluar mengundi)

Bayan Baru Azmin (72), Mustaffa (31)

Balik Pulau Azmin (139), Mustaffa (3)

Bukit Bendera Azmin (50), Mustaffa (1)

Nibong Tebal Azmin (19), Mustaffa (62)

Setiawangsa Azmin (14), Mustaffa (32)

Muar Azmin (19), Mustaffa (3)
(22 daripada 619 anggota keluar mengundi)

Pasir Salak Azmin (60), Mustaffa (110)
(170 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Bagan Datok Azmin (79), Mustaffa (66)
(151 daripada kira-kira 1,600 anggota keluar mengundi)

Teluk Intan Azmin (33), Mustaffa (46)

Batu Azmin (46), Mustaffa (57)
(106 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Setiu Azmin (18), Mustaffa (1)

Kuala Nerus Azmin (44), Mustaffa (6)

Hulu Terengganu Azmin (32), Mustaffa (10)

Kuala Terengganu Azmin (16), Mustaffa (1)

Marang Azmin (9), Mustaffa (6)

Dungun Azmin (49), Mustaffa (3)

Besut Azmin (12), Mustaffa (36)

Kemaman Azmin (62), Mustaffa (9)
(71 daripada lebih 800 anggota keluar mengundi)

Segambut Azmin (39), Mustaffa (6)
(45 daripada kira-kira 800 anggota keluar meengundi)

Tanjong Malim Azmin (57), Mustaffa (183)
(243 daripada 2,816 anggota keluar mengundi)

Sumber: Malaysiakini

PENGADIL MACAM CELAKA !!

Posted: 13 Nov 2010 07:00 PM PST

Malaysia tumbang angkara pengadil


REAKSI Safiq yang ternyata kecewa selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China semalam. Malaysia tewas 0-3.

MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan. Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China. "Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil. "Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil. Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti. "Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.


KONTROVERSI... Williams melayangkan kad merah kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (tengah) pada aksi di Stadium Tianhe, Guangzhou semalam. Malaysia tewas 0-3.

Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning. "Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok./Kosmo

DI SEBALIK ZAID MINTA ANWAR UNDUR, ANWAR, NIK AZIZ DAN W.AZIZAH TERSENARAI 500 TOKOH MUSLIM PALING BERPENGARUH DI DUNIA 2010

Posted: 13 Nov 2010 05:00 PM PST

TG Nik Aziz, DS Anwar dan Wan Azizah Tersenarai 500 Individu Muslim
Paling Berpengaruh Dunia 2010
,



KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre. Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda. "Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010. Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli. "Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal. Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sumber: Muslimeen United

JENAPALA...KEPALA...JENAPALA...KEPALA...AIYOOOOO!!!

Posted: 13 Nov 2010 02:22 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TV 3 suku, dan boleh dikatakan semua media pencacailah senang cerita, memberi liputan meluas demontrasi di depan Ibu Pejabat PKR, di PJ semalam. Sumber Malaysiakini menyebut hanya lebih kurang 100 sahaja yang berhimpun dan ada sumber lain menyebut sekitar 200 orang. Demontrasi itu dikepalai oleh Jenapala. `Jenapala, kepalai'. Lebih kurang la tu.

Siapa Jenapala? Tentunya berbangsa India. Partinya apa? Diberitakan sudah lama dipecat dari PKR. Demontrasi untuk apa? Kununnya tidak puas hati dengan pemilihan kepimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Apa kena mengena dengan Jenapala yang `mengapalai' demontrasi tersebut sedangkan dia sudah lama dipecat dai PKR?

Maknanya, demontrasi itu semata-mata untuk nak kelentong TV3 suku yang bodoh bin bahlol itu. Lagi lucunya, ada beberapa orang tua yang turut serta berhimpun di situ, apabila ditanya oleh wartawan Malaysiakini apa tujuan berhimpun, mereka sendiri tidak tahu. Perhimpunan pula lebih kurang 30 minit saja. Aku rasa lagi lama kalau aku buang air besar.

Apabila TV3 suku siarkan demontrasi tersebut, terdengar pula suara entah dari mana mengarahkan supaya sepanduk diangkat untuk dirakamkan gambar di TV. Maka, budak-budak dan beberapa orang tua yang tidak tahu apa pun patuh. Apa yang aku tengok rata-rata kulit gelap. Maklumlah di`kepalai' oleh Jepala!!

Ayoo..yoo..Deyy...ini macam perhimpunan mau kasi Anwar jatuh ka? Itu Gerakan Anti Samy (GAS) lagi ribu-ribu berkumpul, Sammy pun tarak tumbang. Machaa...aiyooo...terima kasih banyak la pasal U hantar email pada saya jemput datang sana...nasib baik saya tarak datang. Kalau saya datang, aiiyooo...manyak malu woooo...Yang datang pun sama banyak itu Anwar punya Staf Opis wooo....

APA SUDAH JADI BERPASUKAN BADMINTON KITA?

Posted: 13 Nov 2010 01:28 PM PST

Badminton malu besar


CHONG WEI gagal menyumbang mata pertama
Malaysia apabila tewas kepada Boonsak semalam.

SKUAD badminton negara menerima kejutan terbesar apabila tewas 2-3 kepada Thailand pada aksi suku akhir saingan berpasukan lelaki Sukan Asia 2010 di Gimnasium Tianhe, Guangzhou semalam.

Bibit-bibit kegagalan Malaysia mula terjelma apabila pemain perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wee tewas 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak Ponsana. Bagaimanapun, beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong kembali menceriakan kem Malaysia apabila menyumbang mata sulung selepas mudah membenam Sudket Prapakamol-Songphon Anugritayawon 21-12, 21-13.

Pemain perseorangan kedua, Hafiz Hashim meletakkan Malaysia di hadapan apabila menundukkan Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-14, 21-18) untuk menjadikan kedudukan 2-1. Namun beregu kedua negara, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal menghadiahkan kemenangan yang dicari apabila tewas 23-21, 12-21, 16-21 kepada Maneepong Jongjit-Bodin Isara.



Malaysia mengakhiri saingan semalam dengan noktah kegagalan apabila pemain perseorangan ketiga, Daren Liew tewas 16-21, 16-21 kepada Suppanyu Avihingsanon.

Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek berkata, kekalahan kepada Thailand itu sesuatu yang cukup tidak disangka. "Saya rasa sedih kerana kita tewas pada peringkat suku akhir. Sepatutnya kita tak boleh tewas kepada Thailand. "Segalanya bermula apabila Chong Wei tewas. Kita mula risau Hafiz tidak mampu untuk menghasilkan satu mata tetapi Hafiz berjaya bangkit dan mencatat kemenangan. "Tetapi saya harus akui beregu kedua kita tampak begitu tertekan dan tidak dapat beraksi dengan selesa apabila diasak.

Begitu juga dengan Darren pada perlawanan penentuan," kata Misbun ketika ditemui selepas perlawanan. Ditanya kenapa Chong Wei tewas kepada Boonsak sedangkan sudah lebih dua tahun dia tidak tewas kepada jaguh Thailand itu, Misbun berkata, pemain No. 1 dunia itu sedang dalam proses pemulihan selepas demam. "Memang Chong Wei tampak tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya tetapi dia tetap perlu diturunkan kerana kita perlukan satu mata daripada beliau," jelas Misbun.

Sementara itu, barisan wanita negara turut gagal mara ke separuh akhir acara berpasukan apabila tewas mudah 0-3 kepada Korea Selatan./Kosmo

TINDAKAN TEGAS KEPADA YANG MENYALAHI ETIKA PEMILIHAN - DS WAN AZIZAH

Posted: 13 Nov 2010 11:11 AM PST

Presiden PKR 'arah' henti kritik sama sendiri
Nov 13, 10

Ekoran, 'kontroversi' dalam pentadbiran pemilihan PKR, presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan pemimpin parti itu supaya mengelakkan kritikan peribadi sesama sendiri.

Menurutnya, ini kerana perkara sebegitu hanya akan "membuka ruang kepada musuh".

"Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti.

"Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti," katanya yang menang tanpa bertanding sebagai presiden dalam pemilihan langsung kali pertama itu.

Dalam satu kenyatan hari ini, Wan Azizah (kiri) memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR dan beliau sendiri akan memberi perhatian serius terhadap kritikan yang dibuat melalui perbagai cara.

"Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan," katanya.

Semalam, Pengerusi PJR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman menyerahkan Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.

Resolusi enam perkara itu berkaitan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan.

Wan Azizah juga menyifatkan tindakan menyerahkan resolusi itu merupakan proses yang baik mengikut saluran yang tepat dan menunjukkan kematangan anggota dalam menangani isu-isu berbangkit/Malaysiakini

DI SEBALIK ZAID MINTA ANWAR UNDUR, ANWAR, NIK AZIZ DAN W.AZIZAH TERSENARAI 500 TOKOH MUSLIM PALING BERPENGARUH DI DUNIA 2010

Posted: 13 Nov 2010 09:53 AM PST

TG Nik Aziz, DS Anwar dan Wan Azizah Tersenarai 500 Individu Muslim
Paling Berpengaruh Dunia 2010 ,



KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre. Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda. "Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010. Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli. "Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal. Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.


Sumber: Muslimeen United

NAIB PRESIDEN PKR - BERI PELUANG KEPADA YB FUZIAH

Posted: 13 Nov 2010 02:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam PKR semakin ke penghujung. Jawatan paling panas sekarang adalah bagi kerusi Timbalan Presiden PKR di mana dua tokoh lama dan berpengalaman bakal bersaing untuk menabur bakti kepada perjuangan. YB Azmin Ali akan berhadapan dengan Sdr Mustafa Kamil Ayub, kedua-dua mereka telah membuktikan kesetiaan terhadap parti.

Satu lagi jawatan yang tidak kurang panasnya adalah jawatan Ketua AMK yang menyaksikan pertarungan `adik-beradik' iaitu di antara penyandang Sdr Shamsul Iskandar dengan Sdr Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Pertarungan di antaranya agak sengit dan sehingga kini tiada siapa boleh meramalkan pemenangnya.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, dimaklumkan buat masa ini YB Nurul Izzah masih berada di hadapan. Terdapat seorang lagi calon di kalangan wanita yang turut bertanding iaitu YB Fuziah Salleh, MP Kuantan. Di dalam masa yang semakin suntuk ini, saya mengharapkan agar YB Fuziah Salleh dapat diberi tempat menduduki kerusi Naib Presiden PKR. Meskipun dikatakan agak sukar untuk menempatkan beliau di situ memandangkan berlakunya pecah undi di antara beliau dan YB Nurul Izzah.

Sekiranya pengalaman di ambil kira, ketokohan dan prestasinya selaku Wakil Rakyat, memilih YB Fuziah Salleh sebagai salah seorang Naib Presiden PKR tidaklah merugikan. Beliau telah cukup terlatih dan telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai MP Kuantan dan juga tugas yang diamanahkan oleh parti kepadanya. Sepanjang kempen pemilihan kali ini, YB Fuziah boleh dikatakan di antara calon yang tidak mendatangkan sebarang kontroversi atau membuat sesuatu angkara yang boleh menyusahkan parti. Ini membuktikan beliau redha dengan apa jua keputusan parti dan menyerahkan kepada ahli-ahli untuk menilai kebolehannya.

Beliau amat peka kepada tugas-tugas yang boleh memartabatkan parti. Di mana-mana kawasan pilihanraya, YB Fuziah boleh dikatakan sanggup berkampung bagi membantu parti. Seorang yang berpengalaman mengatur strategi kempen, jasa beliau terhadap parti tidak boleh dinafikan sama sekali. Diyakini beliau mampu membawa parti ke arah yang lebih gemilang dan boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin sekali pun. Di dalam Parlimen, beliau mampu berhujah dengan baik dan bermutu.

Mudah-mudahan YB Fuziah Salleh diberi tempat menduduki kerusi Naib Presiden PKR. /wfauzdin.blogspot.com

JANGAN ADAKAN PEMILIHAN SEMULA JIKA MENGARUT WALAU TSUNAMI MELANDA

Posted: 13 Nov 2010 01:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TSUNAMI bakal melanda PKR jika pemilihan di dalam parti yang sedang berlangsung sekarang tidak dibatalkan. Begitulah kata seorang teman iaitu cucu pahlawan Pahang Mat Kilau. Jika tidak silap saya cucu ini telah membuat pengumuman untuk keluar dari PKR sebelum ini atas Justify Fullalasan lebih kurang alasan Zaid jugalah. Dan, saya telah pun ulas tentang hal tersebut sebelum ini di dalam artikel saya.

Tidak kisahlah samada sudah keluar ke belum cucu ini daripada PKR. Saya cuma berminat untuk mengulas apa yang dikatakan Tsunami bakal melanda PKR jika tidak diadakan pemilihan semula. Masalah benar atau tidak jangkaan cucu ini, Wallahu Aklam. Sepertimana yang pernah didakwa dan diramalkan oleh beberapa pihak beberapa tahun dulu yang mengandaikan PKR bakal terkubur, tetapi Alhamdulillah, apabila semakin banyak pengkhianat yang keluar dari PKR, parti ini lebih baik dari sebelumnya.

Sewaktu segerombolan dari orang kuat PKR keluar parti seperti Zahid Md Arif, Ruslan Kasssim beserta geng-geng mereka, kemudian disusuli oleh yang orang muda yang berpengaruh di dalam parti iaitu Sdr Ezam, ramai meramalkan PKR benar-benar terkubur kali selepas itu. Alhamdulillah, pengkhianat keluar maka parti bertambah sihat. PKR terus diuji dengan beberapa Adun/MP yang menjadi `katak', dan ada yang ditendang keluar namun PKR tetap releven di mata rakyat. Justeru itu, apabila timbul isu seperti pemilihan parti yang dikatakan tidak telus itu, dan lebih penting lagi Zaid kini sedang mengoncang `tiang seri rumah' PKR, adakah menandakan Tsunami yang lebih besar?

Sebab itulah saya lebih suka agar parti mengambil serius atas segala dakwaan terhadap parti. Parti juga mesti memberi perhatian dan peka terhadap tingkah laku Zaid sejak kebelakangan ini. Lihat gerak geri Zaid, menunjukkan beliau tidak serius untuk memperbaiki kelemahan seperti yang didakwanya. Beliau hanya mencari beribu alasan untuk menghalalkan tindakannya merosakkan parti.

Persoalannya, mengapa pemilihan perlu ditangguh atau dibatalkan? Adakah hanya kerana persepsi semata-mata atau sememangnya ada bukti kukuh dan jelas? Jika terbukti, nah, parti mesti tegas untuk mengambil tindakan. Sdr Mustafa Kamil Ayub lebih cerdik dari Zaid Ibrahim di dalam menangani masalah ini. Beliau sanggup berdepan dengan pihak parti beserta aduan dan mungkin bersama bukti yang beliau ada. Tetapi, Zaid? Adakah Zaid mahu Utusan atau TV3 menghakiminya atau membantu mengatasi masalah parti ini? Beliau kini ke hulu ke hilir bukan untuk menambahkan ahli parti, tetapi untuk memberikan imej yang tidak baik kepada parti. Kegagalan Zaid untuk bersemuka adalah menunjukkan beliau bacul sebagai pemimpin.

Kesimpulannya, tidak perlu adakan pemilihan semula semata-mata ingin puaskan nafsu Zaid dan beberapa penyokongnya. Pemilihan WAJIB diadakan jika TERBUKTI ada kepincangan yang berlaku di dalam pemilihan. Tugas mencari bukti itu bukan tugas DS Anwar, Azmin mahupun JPP, tetapi pihak yang menuduh. Jika sekadar bercakap di luar, dihebahkan di dalam blog maka itu membuang masa. Pemimpin mesti berani kerana benar sekurang-kurangnya berdepan dengan badan yang dilantik oleh parti kalau pun tidak seberani Pahlawan Mat Kilau. Cucunya, saya tidak tahu./wfauzdin.blogspot.com

ZAID SUDAH SEBARIS DENGAN ZUL KULIM ?

Posted: 13 Nov 2010 12:30 AM PST

Image Hosted by ImageShack.us Oleh: anak_muar

"Zaid baru-baru telah membuat satu kejutan dengan menarik diri dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandinginya pada pemilihan parti tidak lama lagi.Ia disebabkan jurang undi diantara beliau dengan Azmin semakin jauh ketinggalan.Beliau sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan yang berbentuk kontroversi mendakwa cara pengundian yang dijalankan adalah tidak telus dan berlaku penipuan.

Tambah mengejutkan lagi beliau juga meletak semua jawatan dalam parti yang disandang.Seterusnya beliau melakukan serangan terbuka khusus kepada Anwar dan Azmin dengan menggesa bahawa kedua-dua orang lama dalam parti ini perlu berundur kerana menjadi punca permasalahan dalam parti selama ini.

Tindakan beliau ini secara tidak langsung telah memberikan saham besar kepada musuh politik PKR-PR iaitu UMNO-BN.Media milik UMNO memberikan liputan yang sepenuhnya isu Zaid ini dengan memberi gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang teruk dan busuk seterusnya bakal hancur.Zaid lantang bercakap soal demokrasi tetapi beliau mahu menang sahaja dalam pemilihan dan sama sekali tidak mahu kalah.

Apabila menyedari undian terhadap beliau mula merosot maka tuduhan demi tuduhan dikeluarkan terhadap beliau sendiri iaitu PKR. Zaid tidak sedar bahawa beliau telahpun membunuh karier politik beliau sendir dalam tindak tanduk yang tergesa-gesa serta tidak profesional. Orang seperti Zaid sekarang ini agak sukar diterima oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia ini tidak kira dari pihak pembangkang mahupun pemerintah kerana bimbang dengan tindak-tanduk Zaid yang boleh memecah-belahkan parti politik.Jauh sekali bakal dipilih sebagai ahli parlimen dan ADUN pada PRU kerana rakyat sudah tidak yakin akan prinsip beliau.Kerana selepas PRU-12 lanskap politik negara telahpun berubah dimana rakyat cukup cukup cerewet dalam memilih wakil mereka di parlimen mahupun ADUN.

Kini Zaid sudah sebaris dengan individu seperti Zulkifli Nordin,Tan Tee Beng, Zahrin,Woo Chee Kiong dan ramai lagi.Mereka ini tidak akan dipilih oleh rakyat lagi pada PRU-13 kerana sikap mereka yang tidak berpendirian serta bertindak melulu dalam tanpa memikirkan jangka masa panjang.

Sejarah bakal melebelkan mereka pemimpin lompat sepanjang zaman. Tiada yang perlu dibanggakan sumbangan mereka terhadap negara dan rakyat.Mereka lebih kepada membuat kontroversi dari melakukan tugas sebagai pemimpin. Adakah Zaid sudah bersedia menjadi seperti mereka ini?/Tranungkite

SATU RANCANGAN UNTUK KUBURKAN PKR MELALUI MAHKAMAH?

Posted: 12 Nov 2010 11:30 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

INGATKAH anda sejarah Umno pernah diharamkan? Mungkin ramai yang tidak tahu Umno sekarang adalah `benih baru' yang ditanam oleh Tun Mahathir. Jika anda mahu tahu sejarah Umno, mengapa ianya diharamkan suatu ketika dan kenapa `benih baru' ditanam semula, anda bolehlah bertanya dengan Ku Li atau Rais Yatim. Mereka arif tentang sejarah ini.

Seimbas lalu, saya petik dari blog rakan Greenboc tentang sejarah pengharaman Umno secara ringkas. "Pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai 'Umno 11′. Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan." (Greenboc).

Mengapa perlu kita imbas kembali sejarah Umno yang banyak mengkhianati orang-orang Melayu ini? Ini adalah untuk belajar dari sejarah parti yang hampir pupus itu, mengapa parti itu diharamkan suatu ketika. Ringkasnya, Umno diharamkan adalah kerana ketamakan kuasa Tun Mahathir yang mahu menghalang kemaraan Ku Li. Apabila saluran mahkamah digunakan oleh kumpulan yang sanggup merosakkan parti asalkan musuh mereka tidak dapat menguasai parti berkenaan.

Tidak mustahil hal yang sama boleh berlaku kepada PKR. Kita akan lihat siapa nanti yang tergamak membawa masalah dalam parti ini ke mahkamah, walaupun ruang dibuka seluas mungkin untuk mereka di dalam parti. Rasa tidak puas hati tentang pemilihan di dalam PKR kali ini banyak kedengaran, apatah lagi dijadikan bahan berita utama oleh media pencacai. Pihak parti juga telah memberikan kenyataan dan berjanji untuk menyelesaikannya sehingga sanggup memberi masa untuk mereka yang tidak puas hati itu mengumpul bukti untuk disiasat. Malahan, Presiden Parti DS Wan Azizah yang dikatakan `tidak berminat' dengan Azmin pun membuat kenyataan untuk menyiasat segala dakwaan tetapi bagi menghormati kehendak majoriti akar umbi, tanpa adanya bukti kukuh salah laku setakat ini, maka pemilihan mesti diteruskan.

Mungkin ada pula yang menukar tuduhan mereka selama ini dan menganggap DS Wan Azizah `berpihak' kepada Azmin apabila meneruskan pemilihan. Jika pemilihan dibatalkan dan dilakukan semula tanpa asas dan bukti kukuh, tentunya penyokong Azmin akan mendakwa pula DS Wan Azizah menyokong Zaid mahu pun Sdr Mustafa Kamil. Tentu sekali ini menimbulkan dilema buat Presiden Parti, lantas beliau berpegang kepada fakta yang ada iaitu pemilihan mesti berjalan dan siasatan perlu juga dilakukan.

Tentang isu samada parti akan dibawa ke mahkamah atau tidak, itu terpulanglah kepada mereka samada ingin digelar sebagai pengkhianat atau tidak. Apa yang penting, kita jangan meletakkan diri kita `satu kepala' dengan pengkhianat yang bakal muncul nanti./wfauzdin.blogspot.com


keAZAManMalaysia

0
sumber :-

keAZAManMalaysia


Krisis PKR satu sandiwara(pecah rahsia lagi)

Posted: 13 Nov 2010 08:00 PM PST

Skarang PKR tengah ada krisis pemilihan..

teringat aku kat UMNO yg dah pinda perlembagaan..

kalau PKR ada masalah dengan ini stail punya pemilihan...

tak mustahil UMNO punya pemilihan pun akan jadi sawan..

maunye tidak semuanya pakat2 jutawan..

setakat nk politik wang ngn kawan2..

mmg dah jadi kebiasaan..

ideanya..apa yg berlaku ngn PKR skang..

tak mustahil akan jadi kat pemilihan UMNO akan datang..

kita tengok..

jawa lanun turki rembau mamak berlawan...

lawan bagi duit dekat kawan2..

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Rozali Ismail CEO Syabas bekal paip dari syarikat sendiri di Indonesia?

Posted: 13 Nov 2010 06:04 AM PST


•Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
•Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
•Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Pelan Syabas:

Tahun Kenaikkan Tarif

2009 37%

2012 25%

2015 20%

SYABAS

1.Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
2.RM 325 juta 'hilang' apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.

3.Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.

4.RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

5.Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Pelan Selangor:
Tahun Kenaikkan Tarif

2009 12%

2012 12%

2015 12%


Apakah pelan Selangor?

1.Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

2.Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.

3.Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan".
4.Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.

5.Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.

Pilihan di tangan anda!

Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah

Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!


kalam Perantau

0
sumber :-

kalam Perantau


UPSR 2010: Presiden PAS ucap tahniah

Posted: 13 Nov 2010 05:41 AM PST

Marang, 12 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.

"Jadikan kecemerlangan tersebut sebagai panduan untuk mencari keredhaan Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laman twitter.

Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu.
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimana pun kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dinasihatkan tidak berputus asa dan terus berusaha lagi untuk masa hadapan disamping sentiasa berdoa kepada Allah Taala untuk kejayaan yang akan datang dalam PMR dan SPM.



Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Tahniah Tuan Guru Presiden...

Posted: 12 Nov 2010 10:25 PM PST

Setuju bebenor teman dengan apa yang TGHA ucapkan di bawah. 100% teman setuju.

Kita perlu perkasakan parti, berstrategi dan bijak dalam melawan Umno dan BN.

Ada dua tiga perkara teman nak tambah:

1. Jangan dok bersilat sesama sendiri tak habis-habis. Harap2 kalau main bola semua main bola. Tektik berbeza tak pa. Tapi jangan pulak ada yang sibuk nak main rugbi. Punah yob.

2. Kesemua manifesto PRU ke 12 harap cepat2 laksanakan. Slogan PAS For All mesti dikotakan. Ini adalah benchmark untuk mengukur intergriti dan kredibiliti PAS dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

3. Jangan malas. Kerap sangat di Selangor ni sebagai contoh, kalau tak buat apa2 salahkan Umno salahkan Sultan. Jemu orang di bawah ni mendengornye. Bukan apa, kalau betul Sultan tak bagi tu lainlah kira, takut2 ianya menjadi alasan yang mudah (conveniently) untuk tak nak buat apa2. Bukan tak boleh buat tapi malas.

Nasihat teman mudah saja....kalau malas berhenti dari jawatan yang ada sekarang. Berlaku adillah kepada parti dan rakyat sekelian. Duduk kerusi empuk lama2 buat apa kalau jadi beban.

Umno-BN mesti undur secara hormat jika kalah PRU-13, kata Hadi

SHAH ALAM, 13 Nov — Sambil menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno tidak patuh terhadap undang-undang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendesak parti Melayu terbesar itu berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Hadi berkata Umno yang merupakan teras kepada Barisan Nasional (BN) sepatutnya perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.

"Saya minta Umno undur diri secara terhormat sekiranya kalah, mengaku kalah sahaja. Jangan nak cari jalan menang. Macam di Perak dulu, sudah kalah terima sahajalah, begitu juga dengan undi Orang Asli.

"Parti yang memerintah kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kita untuk memerintah.

"Kita tahu Umno ada masalah tapi masih cuba nak tutup tapi akhirnya akan terdedah juga," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan program PAS Sedia Ganti Umno di sini hari ini.

Perak merupakan antara lima negeri dimenangi Pakatan Rakyat tetapi jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 berkata Putrajaya — merujuk kepada nadi pentadbiran kerajaan persekutusan — "mesti dipertahankan walau apa pun terjadi."

Pakatan Rakyat pula secara menggerakan tema kempen "Bergerak Menuju Putrajaya".

Hadi (gambar) yang juga Ahli Parlimen Marang juga menggesa jentera parti itu supaya memperkuatkan parti Islam itu dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Kita kena rancang strategi, kita perlu tingkatkan kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya.

"Kita nak capai kemenangan dengan kekuatan sendiri bukan kerana kelemahan lawan.

"Justeru, program yang kita anjurkan hari ini amat penting supaya jentera memahami polisi dan strategi parti," katanya.

Terlebih dahulu dalam ketika merasmikan program tersebut, Hadi berkata PAS perlu mempunyai kekuatan dan strategi yang baik untuk menghadapi Umno-BN dalam pilihan raya.

"Kita berlawan dengan Umno macam berlawan dengan orang bodoh, orang gila. Tiada undang-undang.

"Kalau nak lawan kita kena ada kekuatan sendiri, kena ada strategi sendiri, kena ada cara untuk berlawan denga musuh dan kita kena gerakkannya di peringkat akar umbi.

"Umno tidak boleh memerintah selama-lamanya, siapa yang boleh ambil alih negara? Sebab itu kita tawarkan diri, biar Umno berehat," katanya.

Beliau yang juga bekas menteri besar Terengganu meminta supaya jentera parti itu mendapatkan sokongan daripada semua pengundi termasuk orang bukan Melayu dan juga ahli Umno.

"Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga (diperlukan). Kita juga perlu undi daripada ahli Umno juga.

"Sebab itu kita kena rancang strategi dan gunakan pendekatan untuk membawa mereka kepada kita. Kita harus bersikap terbuka dalam perkara ini," katanya.

Progam sehari itu disertai kira-kira 1,200 ahli PAS termasuk pimpinan PAS peringkat negeri.

AdlyZahari

0
sumber :-

AdlyZahari


ALI RUSTAM MESTI DISIASAT

Posted: 13 Nov 2010 06:05 PM PST

  1. KUALA LUMPUR: Kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.
  2. Ketika mendedahkan perkara ini kepada Harakah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga.
  3. Beliau mahu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat sehingga ke akar umbi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MAIM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam serta mereka yang terlibat dalam isu ini segera.
  4. Dakwanya, Kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.
  5. Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83.
    Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.
  6. "RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.
  7. "Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tegas beliau.
  8. Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.
  9. RMSB telah berjaya menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.
  10. MAIM yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106.
  11. Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.
  12. PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan:
  13. Penjualan Tanah Milik MAIM di Lot 105 dan Lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.
  14. Pengunaan wang zakat RM13.85 juta yang sepatutnya tidak digunakan bagi membina Kompleks MAIM, sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang layak.
  15. Penyerahan Hak Milik Tanah. MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT 83 kepada RMSB pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplek MAIM mengikut perjanjian asal.
  16. Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB? Apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB?
  • PAS Melaka juga tegas Adly, turut kesal kerana kerajaan Umno-BN gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga kelemahan berikut dikenalpasti dalam sebuah negeri berstatus "Negeri Maju" seperti:
  • Penjualan tanah milik MAIM. Mengikut rekod, nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11 juta pada 2008.
  • Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM.
  • Gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan.
  • Proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan.
  • Kelemahan dalam penyelenggaraan Daftar Harta Wakaf, Harta Faraid Dan Sewa Hartanah.
  • Pencerobohan Tanah Baitulmal.
  • Tanah Wakaf Tidak Dapat Dikenal Pasti Lokasi

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ada 7 Kesilapan DS Anwar & Pemimpin Pakatan Rakyat

Posted: 13 Nov 2010 08:42 PM PST

Sepasang kekasih dicekup ketika tidur

Posted: 13 Nov 2010 08:42 PM PST

'Ini mungkin balasan Tuhan'

Posted: 13 Nov 2010 08:35 PM PST

Zaid tercalar sementara PKR terpalit

Posted: 13 Nov 2010 08:20 PM PST

Bekas Pemimpin Umno-BN Dalam Pakatan Rakyat Perlu Jelaskan Visi Kepada Rakyat

Posted: 13 Nov 2010 08:19 PM PST

Gambar terkini Tok Guru Nik Aziz di Mekah

Posted: 13 Nov 2010 08:13 PM PST

PAS mesti terbaik

Posted: 13 Nov 2010 08:10 PM PST

PAS perlu ubah pendekatan

Posted: 13 Nov 2010 08:09 PM PST

Sudah sampai masa Umno diganti

Posted: 13 Nov 2010 08:09 PM PST

Tangan Kiri Kanak-kanak Yang Ditetak Disambung Semula

Posted: 13 Nov 2010 08:08 PM PST

UMNO takut dengan kebangkitan anak muda keadilan

Posted: 13 Nov 2010 08:07 PM PST

Projek Mega Telan Nyawa, Mayat Belum Ditemui

Posted: 13 Nov 2010 08:05 PM PST

Umno terus ajak PAS bersama BN, bukannya gantikan Umno-BN..ha..ha..ha..

Posted: 13 Nov 2010 08:02 PM PST

Pembebasan Suu Kyi dialu-alukan

Posted: 13 Nov 2010 08:02 PM PST

Pemuda PAS: Tak cukup pengundi baru antara punca gagal di Galas

Posted: 13 Nov 2010 07:59 PM PST

Terkini Pemilihan PKR: Azmin 8,706, Mustaffa 2,176

Posted: 13 Nov 2010 08:12 AM PST

Even the 'dead' voted in Batu Sapi

Posted: 13 Nov 2010 06:43 AM PST

Ini Gambar Wartawan Kurang Ajar

Posted: 13 Nov 2010 06:17 AM PST

Berapa Agaknya Upah Untuk Mereka Berdemo? Zaid Tentu Ada Jawapannya..

Posted: 13 Nov 2010 06:16 AM PST

Gambar Rosmah Mansor terkini...

Posted: 13 Nov 2010 06:11 AM PST

Wan Azizah puji cara Chegubard tangani krisis Keadilan

Posted: 13 Nov 2010 05:29 AM PST

Kata-kata Pejuang Tulen

Posted: 13 Nov 2010 05:28 AM PST

BN bimbang kesan 'pembaziran' Yayasan S'gor

Posted: 13 Nov 2010 05:22 AM PST

Protes Cabang Kuala Nerus

Posted: 13 Nov 2010 05:16 AM PST

Jam 9 malam : Pemilihan PKR: Azmin 8,368, Mustaffa 1,915

Posted: 13 Nov 2010 05:13 AM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT