Selasa, 9 November 2010

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


AC Mizal Yang Pandai Atau Ramai Orang Melayu Yang Bodoh?

Posted: 09 Nov 2010 01:55 PM PST

kerangeleber

kerangeleber


Anwar's trials : Hard to believe the Najib g'ovt will hold a fair trial

Posted: 09 Nov 2010 06:07 PM PST

Haji : Bayangan perjalanan menuju kematian

Posted: 09 Nov 2010 04:00 PM PST

tak nak TAIB!

Posted: 09 Nov 2010 12:00 AM PST

umNgok seronok gila ketawa besar bila jadi gini!

Posted: 08 Nov 2010 11:00 PM PST

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Tukang Bisik Yang Jahat

Posted: 09 Nov 2010 08:26 PM PST

Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia

Posted: 09 Nov 2010 08:12 PM PST

MB Selangor sokong Greater KL tapi bukan menara 100 tingkat

Posted: 09 Nov 2010 08:07 PM PST

Gambar Najib dan Rosmah Mansor ketika muda...

Posted: 09 Nov 2010 08:02 PM PST

Menteri setuju Azizan Razak: Akui projek landasan keretapi berkembar punca banjir

Posted: 09 Nov 2010 07:55 PM PST

Kikis sifat merajuk ala UMNO

Posted: 09 Nov 2010 07:51 PM PST

Andai seorang perempuan itu datang...

Posted: 09 Nov 2010 07:46 PM PST

"JAMBAN" yg di-idamkan seluruh rakyat Malaysia

Posted: 09 Nov 2010 07:45 PM PST

Apa sudah jadi??

Posted: 09 Nov 2010 07:42 PM PST

Apa rosak RM65 juta ubahsuai Seri Perdana..atau orang yang tinggal disana yang rosak..!!

Posted: 09 Nov 2010 07:40 PM PST

UEM, KWSP dapat lampu hijau ambil alih PLUS

Posted: 09 Nov 2010 07:39 PM PST

Kereta Aminul dibawa ke mahkamah

Posted: 09 Nov 2010 07:37 PM PST

Umno Pulau Pinang lega Gerakan akhirnya pulih komitmen hadapi PRU-13

Posted: 09 Nov 2010 07:36 PM PST

BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

Posted: 09 Nov 2010 04:50 PM PST

Zaid tiada pilihan......kecuali berundur dari PKR.....

Posted: 09 Nov 2010 04:07 PM PST

Penipuan Dalam Pemilihan PKR Hanya Mainan Ejen Umno

Posted: 09 Nov 2010 03:59 PM PST

Soalan Salahuddin Mengenai Kereta Lama Di Parlimen Merisaukan Rakyat

Posted: 09 Nov 2010 03:55 PM PST

Sekretariat: Hampir Kesemua Syor & Cadangan Zaid Berkaitan Undi Telah Dipenuhi

Posted: 09 Nov 2010 03:51 PM PST

Poster lelaki terbakar diarak ke rumah Anwar

Posted: 09 Nov 2010 03:45 PM PST

Komponen BN MCA timbang beli Tanjong, terokai bisnes judi

Posted: 09 Nov 2010 03:43 PM PST

Surat terbuka kepada Presiden PKR

Posted: 09 Nov 2010 03:39 PM PST

Kelantan bentang ‘Belanjawan Penyayang

Posted: 09 Nov 2010 07:41 AM PST

BN tidak waras tolak usul potong gaji AG

Posted: 09 Nov 2010 07:05 AM PST

Mata lebam: Kabinet akan teliti usul potong gaji A-G

Posted: 09 Nov 2010 07:03 AM PST

Keputusan Terkini Pemilihan PKR 2010

Posted: 09 Nov 2010 05:56 AM PST

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Tukang Bisik Yang Jahat

Posted: 09 Nov 2010 04:52 PM PST

Siapakah tukang bisik? Apakah tugas tukang bisik? Bagaimana mereka boleh muncul? Dimana mereka berada?

Tukang bisik jika di Indonesia disamakan dengan tukang hasut. Tugas tukang bisik ini akan menghasut benda - benda negatif. Mereka sering memberi idea yang salah terhadap individu atau tokoh - tokoh tertentu. Maka apabila idea itu dibeli dan diguna - pakai oleh individu atau tokoh maka hasilnya segala gerak kerja mereka akan tempang dan salah.

Sekarang ini tukang bisik yang jahat sedang berkeliaran di sana - sini. Khasnya di dalam Parti Keadilan Rakyat. Mereka sedang cuba mempengaruhi pemikiran beberapa pemimpin yang ada didalam parti tersebut. Percaya atau tidak mereka ini tidak ramai. Mereka ini hanyalah segelintir individu yang cuba menanam saham keatas beberapa pemimpin tertentu yang dilihat berpotensi menjadi pemimpin besar. Maka mereka mula memasang jala atau jaring untuk memastikan pemimpin tersebut tersangkut dengan jerangkap samar mereka.

Mereka ini tidak semulia seperti Hishamuddin Rais, Syed Shahrir dan beberapa orang lagi. Orang yang mulia seperti mereka akan tetap pendiriannya. Mereka jika tidak suka dengan gaya membuli orang ini maka dengan tegas mereka katakan tidak. Hatta untuk bekerjasama juga tidak sanggup dilakukan. Tapi bagi mereka yang berhati syaitan kecil ini, mereka cuba makan keliling. Pihak A mereka bekerja pihak B mereka bekerja. Dibocornya rahsia pihak A dan dibocornya rahsia pihak B kepada A. Hasilnya perpecahan pasti berlaku. Hasil usaha yang dilakukan oleh mereka yang berhati syaitan ini.

Saya tidak salahkan Azmin Ali 100%. Tapi saya salahkan tukang bisik yang menghasut Azmin Ali untuk terus menganggu Tan Sri Khalid Ibrahim. Tukang bisik yang menghasut Azmin Ali untuk sabotaj jentera pilihanraya kecil Hulu Selangor terhadap Zaid Ibrahim. Tukang bisik seperti ini sedang rapat dengan Azmin Ali. Itu sebahagian contoh jenis - jenis tukang bisik yang berada didalam parti tersebut. Mereka ini tidak ramai. Tapi mereka inilah yang telah menganggu perjalanan parti tersebut. Mereka merasakan diri mereka cerdik pandai dalam politik. Padahal baru setahun jagung dalam politik. Tapi segala tindakan mereka bukannya membantu parti tapi merosakkan parti.

Mereka merasakan buah fikiran mereka dengan mencantas orang baik - baik adalah tindakan yang betul dalam politik. Tapi malangnya tindakan mereka telah menimbulkan persepsi yang negatif kepada rakyat. Mereka angkuh dengan mengatakan orang lain tidak sepandai mereka dan lemah segalanya. Tapi kita juga jangan terkejut jika kita dapati mereka yang kononnya ikhlas membantu rakyat modus operandi mereka sama saja dengan gerakan jentera Umno dan Barisan Nasional. Ada juga segelintirnya sedang bekerja dengan pihak tertentu di dalam Umno. Mereka inilah yang sedang membocor rahsia parti kepada Umno. Ya, mereka boleh katakan kita juga mendapat rahsia daripada pihak Umno tapi apakah balasan yang kita berikan? Rosakkan parti yang menjadi harapan kepada rakyat ini dengan memberi maklumat kepada Umno?

Buat Tukang Bisik yang hebat menghasut. Anda hebat sekarang ini kerana dapat memegang beberapa tokoh tertentu dalam parti. Tapi percayalah langkah anda pasti dapat dikesan. Jangan sampai rakyat mencemuh anda. Tindakan anda sebenarnya menyumbang kepada pepecahan yang wujud dalam parti ini. Ingat...tindakan jahat anda pasti akan dapat dikesan dan dihebahkan.

Dari
Dragsuperstar

Zaid... Kamu Sepatutnya Keluar Dari PKR...

Posted: 09 Nov 2010 04:50 PM PST

Mahathir turun daripada 'singgahsana' Umno kerana didesak oleh ahli Umno sendiri walaupun umum nampak ada episod drama sebabak 'hero' bercucuran 'airmata' di pentas utama Umno.

Mahathir tidak turun kerana desakan PAS mahupun PKR atau DAP. Jauh sekali desakan datang daripada para akademik atau pengulas politik kerana mereka adalah 'pengecut' kerana hanya memikirkan pangkat.....pangkat.....pangkat...., kalau ada pun Mahathir tidak akan turun semata-mata kerana sesuatu desakan. Biar keluar air mata darah sekalipun, Mahathir tidak akan turun semata-mata kerana desakan orang 'luar' Umno.

Begitu juga Pak Lah, beliau turun kerana desakan pimpinan Umno sendiri. Biar pun pembangkang mengkritik saban hari dan mendesak beliau turun.....beliau tidak akan turun.

Yang boleh menurunkan seseorang pemimpin hanyalah ahli sendiri dan rakyat......yakni kalah dalam sesuatu pilihanraya.

PAS turut mengalami desakan supaya diadakan EGM oleh seorang ahli akdemik terkenal yang juga merupakan pakar Perlembagaan Negara......namun majoriti ahli berpendapat berbeza dengan ahli akademik itu.

Sekarang giliran PKR pula mengalami desakan yang sama.

Anwar didesak supaya berundur dari PKR oleh mantan Mufti Perlis.....diikuti oleh seorang ahlinya, saudara Zaid Ibrahim.

Saya tidak hairan jika desakan datang daripada orang 'luar' kerana dalam amalan demokrasi hanya ahli sahaja berkuasa menaikkan atau menurunkan seseorang pemimpin.

Walaupun desakan daripada orang luar sedikit sebanyak terjejas juga kewibawaan seseorang pemimpin namun desakan hanya tinggal desakan.

Yang menghairankan saya Zaid yang juga merupakan seorang peguam, seharus lebih faham dalam tatacara berorganisasi.

Kerana untuk menurunkan saudara Anwar daripada menjadi Ketua Pembangkang, hanya ahli Parlimen (Pembangkang) sahaja boleh mengusulkannya di Parlimen.

Dan untuk meminta sauadara Anwar beri laluan kepada pimpinan lain sebagai Penasihat PKR.....hanya majoriti ahli boleh melakukannya.

Jikalau Zaid mempertikaikan ada manupulasi dalam pemilihan itu satu benda yang berlainan.....untuk mendesak Anwar berundur merupakan satu perkara yang berlainan.

Saya tidak berhajat untuk menyentuh bab manupulasi dan sebagainya kerana ahli-ahli PKR sendiri lebih arif dan maklum. Majoriti ahli lebih berhak bersuara.

Dalam hal ini, saya berpendapat Zaid tidak mempunyai pilihan kecuali beliau sendiri berundur dari PKR dengan memasuki parti lain atau menubuhkan parti baru atau mendapat sekian ramai ahli PKR yang sealiran dengannya mendesak diadakan satu EGM.

MUSTAFA BANTU ZAID UNTUK `ROBOHKAN RUMAH' HASIL AIR MATA RAKYAT

Posted: 09 Nov 2010 04:47 PM PST

48 jam tempoh diberi oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub, seorang calon Timbalan Presiden PKR yang ditolak oleh ahli-ahli Cabangnya sendiri kepada PKR untuk membatalkan pemilihan PKR yang sedang berjalan. Dakwaannya sama seperti Zaid, iaitu pemilihan yang berjalan sekarang tidak berlaku adil. Aku rasa terlalu lama masa 48 jam itu, bukankah lebih baik kasi masa 1 jam sahaja?

Bukan susah sangat nak batalkan, hanya SU Agung PKR umumkan saja tak sampai pun 3 minit rasanya. Aku pun tak tahu mengapa Sdr Mustafa Kamil mendapat `penyakit' yang sama seperti Zaid. Jika Zaid yang berkelakuan begitu aku tak pelik pasal Zaid ni dari awal lagi berputar-putar cakapnya. Cuba semak balik semua kenyataan Zaid bermula dari beliau diterima masuk dalam PKR sampai sekarang. Sdr Mustafa Kamil ni tokoh harapan aku kalau Azmin tidak dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR, tapi bila tengok perangai beliau sekarang fahamlah aku mengapa beliau tidak dipilih di Cabangnya sendiri.

Sejak semalam dan hari ini, `kenyang perut' media-media pencacai termasuk media yang bawa cerita Zaid minum arak, kaki judi dan sebagainya sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor itu dengan cerita yang keluar dari mulut Zaid dan Sdr Mustafa. Aku kesal Sdr Mustafa boleh hanyut sebegitu jauh angkara nafsu dan kuasa. Aku tidak ralat jika Zaid bersikap demikian kerana latarbelakang Zaid yang kita semua tahu.

Sdr Mustafa Kamil beri tempoh 48 jam kepada parti, jika tidak tindakan tegas akan diambil. Terasa nak ketawa pun ada tetapi lebih kepada simpati aku kat Sdr Mustafa. Cara percakapannya tidak langsung melambangkan beliau orang lama di dalam PKR. Bagaikan seorang `Presiden' lagak cakapnya sampai memberi `ugutan' akan mengambil tindakan tegas. Hebat Sdr Mustafa sekarang ini.

Maka, berkumpullah Sdr Mustafa di rumah Zaid menandakan `persahabatan' terjalin untuk sama-sama musnahkan `rumah' yang dibina dari air mata rakyat.
Tidak hairan jika Zaid yang ingin musnahkan `rumah' yang kita bina dengan berbagai dugaan dan rintangan sekian lama kerana Zaid baru saja `basuh kaki' masuk ke `rumah' kita itu. Peduli apa dia mahu runtuh atau terbakar `rumah' itu. Tapi, tergamak Sdr Mustafa ikut sekali? Bukankah beliau juga sama-sama bersusah payah bersama Azmin dan ramai lagi untuk membina `rumah' ini?

Kebakaran Kedai Hardware Di Ptg Pauh Sebentar Tadi!

Posted: 09 Nov 2010 08:17 AM PST

Kejadian Belaku sekitar Jam 8.35mlm Yang Memusnahkan Seluruh kedai Hardware Tersebut.






Terut Hadir Ketempat Kejadian Adun Permatang Pasir Ustz Salleh Man.







Dperbatasan

Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk!

Posted: 09 Nov 2010 07:54 AM PST

SAYA sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi punca masalah dalam parti berkenaan. Saya berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk tidak melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nayamuk membakar kelambu adalah bodoh.

Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.

Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. Saya percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. Saya yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa.

Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya.

Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong.

Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini sebagai agen pemecah belah?

Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja.


Dari M S O

ULAMAK UMNO MAT NOR DERIS KURANG AJAR DENGAN TOK GURU

Posted: 09 Nov 2010 07:43 AM PST

Politik Apa Yang Zaid Mainkan?

Posted: 09 Nov 2010 07:37 AM PST

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

"Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal," ujar Aziz.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan
proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.

"Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.

"Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka
pembaharuan Malaysia," tambah Aziz lagi.

Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.

Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.

"Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia
minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.

"Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik," kata
Aziz lagi.

Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.

Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.

"Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.

"Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu," jelasnya kepada Tv Selangor.

Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.

Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.

" Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri," katanya.


Dari TVSelangor

Zaid bukan pejuang sebenar

Posted: 09 Nov 2010 07:35 AM PST

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bukan pejuang sebenar, kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Mansor yang bertanding bagi satu daripada empat jawatan naib presiden berkata Zaid tidak dapat menangani tekanan daripada anggota parti di peringkat akar umbi.

"Saya tidak fikir Zaid seorang pejuang sebenar kerana apabila beliau menghadapi tekanan, beliau menyerah kalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri Pualau Pinang hari ini.

Semalam, Zaid dilaporkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dengan alasan pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

Dalam kenyataannya semalam, Zaid juga mengumumkan beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (I) berkata, apabila Zaid mendapati bahawa peluangnya tipis untuk menang, beliau menarik diri.

"Beliau (Zaid) tidak menghadapi tekanan daripada pimpinan parti tetapi suara-suara akar umbi memberi petunjuk bahawa beliau mungkin kalah, jadi beliau menarik diri," katanya.

Mengenai dakwaan Zaid berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil, Mansor berkata jika ada, beliau sepatutnya membangkitkan perkara itu melalui saluran yang betul dan bukan melalui media.

"Kita sepatutnya tidak menggunakan media untuk menyerang parti, tetapi membawa isu berbangkit pada mesyuarat parti untuk penyelesaian," katanya.

Bagaimanapun, Mansor yang kecewa dengan keputusan Zaid, juga mengakui bahawa parti itu kini dalam dilema bagi menangani masalah anggota baru parti yang mencari kedudukan.

"Mereka masih baru di dalam parti dan apabila gagal dalam cubaan untuk mendapatkan jawatan dalam parti, mereka membenarkan diri mereka dikawal 'musuh' untuk menyerang parti," katanya.

Anwar sedia undur jika desakan dari Pakatan Rakyat

Posted: 09 Nov 2010 07:31 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang.

"Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu," kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini.

Beliau juga mempersoalkan kesangsian masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali.

"Seperti yang diketahui terdapat kempen bersepadu di Utusan (Malaysia) menggunakan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin dan lidah pengarang akhbar itu tuntut saya letak jawatan.

"Saya tidak tahu ini sebahagian daripada kempen itu. Saya tidak tahu tetapi memang ada usaha bersepadu untuk singkirkan Anwar."

Katanya, jika ada desakan daripada Pakatan Rakyat menuntut beliau mengundurkan diri, beliau mungkin mempertimbangkannya.

Namun, Anwar berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan.

Utusan baru-baru ini menyiarkan artikel yang memetik Mohd Asri menggesa Anwar dan semua pemimpin "dinosaur" PKR supaya meninggalkan gelanggang politik.

Semalam, Zaid membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti.



-Malaysiakini

Zaid Menang Di 38 Cabang Berbanding Azmin 37

Posted: 09 Nov 2010 07:28 AM PST

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menempelak tuduhan Datuk Zaid Ibrahim, kononnya ibupejabat parti memihak kepada Azmin Ali dalam pemilihan itu dan tidak melayan sebarang cadangan beliau bersabit pemilihan itu.


Menurut Saifuddin hakikat adalah Zaid menang di 38 cabang PKR manakala Azmin di 37.

Azmin bagaimana mendahului dari segi majoriti undi kerana keahlian yang lebih besar di cabang-cabang yang dimenangi oleh beliau.

Saifuddin turut menegaskan bahawa rungutan beliau kononnya cadangannya untuk memperkasakan proses pemilihan ditolak adalah tidak berasas.

"Surat dari calon Zaid pada JPP dan sekretariat bertarikh 5 OKT ada tujuh cadangan. Pertama calon dibenarkan lantik 'polling agen' di setiap cabang. Cadangan dia kita terima pakai. Kedua kertas undi patut letak no siri. Cadangan ini diterima.

"Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. Senarai ahli berdaftar sahaja diguna pakai, yang ini kita buat. Ruang buang undi mesti diasing, kita buat. Masa perlu tetap dan ketujuh ahli yang bayar yuran parti mesti diberi peluang mengundi.

"Diakhir surat ini, Zaid kata harap cadangan dia diluluskan cepat supaya dia boleh buat keputusan samada mahu menerima pencalonan atau tidak. Hakikatnya, pada masa itu Zaid telah menerima pencalonan," terang Saifuddin.

Saifuddin kesal atas tindakan Zaid melontarkan tuduhan yang bertujuan mencemari kredibiliti ibupejabat PKR dan jawatankuasa pemilihan pusat.

Keputusan ahli PKR pada pemilihan adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi sebagaimana yang didakwa oleh Zaid.

"Zaid menang 38 cabang, azmin 37 cabang. Ini fakta. Bila Azmin mendahului alasannya mudah kerana mobilisasi Azmin yang baik. Itu diluar kuasa JPP dan sekretariat.

"Kalau kamu jaga baik mobilisasi kamu, maka baiklah politik kamu. 38 cabang 'solid' sokong Zaid. Kalaulah benar berlaku aktiviti memenangkan, mustahil Zaid mendahului 38 cabang," katanya.

Saifuddin berkata jentera calon-calon yang tidak dapat menjalankan tugas masing-masing tidak harus menunding jari kepada ibu pejabat parti.

"Atas pemintaan Zaid sendiri ada 'poling agen' dan 'counting agen' dibenar bertugas. Kegagalan calon lantik 'poling agen' untuk pantau pemilihan, jangan tuding JPP dan sekretariat, salahkan jentera kamu sendiri," katanya.

Dah Masuk Rumah Orang, Di Halau Pulak Tuan Rumah?

Posted: 09 Nov 2010 07:12 AM PST

Bayangkan `tuan rumah' pelawa kita masuk rumah kita. Tiba-tiba kita `halau' tuan rumah. Anwar jemput Zaid masuk PKR, dilayan baik, diberi peluang bertanding pilihanraya sebagai calon Parlimen Hulu Selangor. Diberi jawatan `percuma' sebagai Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan. Tiba-tiba `tuan rumah' dihalau.

Mahu cerita banyak nanti la lepas ni. Cuma nak komen sikit pasal Zaid ni. Terbaru, terus terang kata beliau layak ganti Anwar sebagai pemimpin dalam PKR dan PR. Nak muntah aku....berhenti dulu...sambung sat lagi...


p/s: Zaid sepatutnya lu yang kena angkat kaki...

Zaid Kecewa

Posted: 09 Nov 2010 02:20 AM PST

Hishammuddin Berdalih Tak Mahu Jawab Isu Mata Lebam

Posted: 08 Nov 2010 11:35 PM PST

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila beliau enggan menjawab isu berhubung kes "Mata Lebam" yang dibuat melalui pendedahan surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang meminta Menteri membuka semula kertas siasatan.

Kit Siang yang bangkit ketika Menteri mengakhiri hujah pergulungan perbahasan kementeriannya berkata isu tersebut adalah berkait dengan kewibawaan PDRM yang membabitkan pegawai tertinggi dalam badan itu.

Hishammuddin ketika membalas hujah tersebut berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam perbahasan sebelum ini.

Katanya, melalui maklumat yang diterima, tidak ada butiran berhubung isu berkenaan di dalam perbahasan.Kit Siang yang tidak berpuas hati mempersoalkan mengapa pegawai yang diarahkan kementerian tersebut tidak membuat catitan berhubung isu yang beliau telah bangkitkan semasa perbahasan Bajet 2011, minggu lalu.

Hishammuddin kemudiannya memberikan alasan kononnya atas faktor kekurangan masa untuk berbahas dan akan memberikan jawapan secara bertulis berhubung soalan yang dibangkitkan itu.

-SK

300 ribu undi pos Rela, misi BN tawan Selangor?

Posted: 08 Nov 2010 11:26 PM PST

PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan negeri itu melalui taktik undi pos.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota Rela di Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihan raya umum akan datang.

PAS, tegasnya memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.

"Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, ujarnya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihan raya.

Baru-baru ini, tambahnya rakyat telah dikejutkan tindakan SPR berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku Ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, katanya jumlah tiga negeri paling ramai pengundi "hilang layak undi awam" ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

Menurutnya, PAS menganggap itu adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno BN tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

Justeru, beliau mengharapkan supaya semua jentera pilihan raya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario tersebut.

"PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.

"BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno," ujarnya.

Anwar Dan Azmin Harus Letak Jawatan dan Tinggalkan PKR -Zaid

Posted: 08 Nov 2010 11:06 PM PST

Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.

Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.

"Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah," kata Zaid.

Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden.


p/s: Sepatutnya di antara Zaid Ibrahim , Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sapa yang sepatutnya meninggalkan PKR?

- Dperbatasan

GoMalaysian

GoMalaysian


(Video) Video Yang Menceritakan Bangunan Warisan 100 Tingkat

Posted: 09 Nov 2010 06:28 AM PST

Anti Mega Tower Part 1



Anti Mega Tower Part 2




Video ini diubahsuaikan oleh tsami87 (http://www.youtube.com/user/tsam87) dan telah diuploadkan ke youtube.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


Tukar Tiub

Tukar Tiub


JANGAN LUPA MALAM INI

Posted: 09 Nov 2010 06:53 PM PST




BERSIH MENJEMPUT SEMUA DATANG




nota:
sila datang dan ramaikan
pesta BERSIH malam ini
di dewan sivik petaling jaya

jangan lepaskan peluang
ada tunjuk ajar tentang erection
kah kah kah

AGENDA TIPU MELAYU

Posted: 09 Nov 2010 06:10 PM PST




TEMBAKAN MACAM INI KE ?



nota:
kalau macam ini
pasti lebih hebat
dari kesah cinta maut
bonnie dan clyde

kalau hollywood tahu kesah ini
pasti tahun depan ada filem
bertajuk : Les Malasie les Fou
kah kah kah



KERETA AMINULRASHID ADA 32 KESAN TEMBAKAN : SAKSI – berita hairan


Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, ada 32 lubang atau kesan tembakan ditemui pada kereta Proton Iswara Aeroback putih yang dipandu seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, yang mati terkena tembakan, April lalu, ketika diperiksa seorang ahli kimia dari Jabatan Kimia.

Saksi Pendakwaan ke-24, Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat, Seksyen Kriminalistik Bahagian Forensik, Jabatan Kimia, Dr Shaari Desa, berkata lubang atau kesan tembakan itu ditemui dari arah belakang pada cermin belakang, belakang kereta, sisi belakang kereta, ekzos, tangki minyak, bawah kereta dan pada tayar kereta berkenaan.

Beliau menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, berkata kereta itu diserahkan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Abd Halim Ismail pada 5 Mei lalu untuk diperiksa dan hasil pemeriksaannya, beliau menemui tiga jenis kerosakan iaitu kerosakan akibat pelanggaran, tembakan dan kerosakan lain.

Dr Shaari memberi keterangan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar dalam perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

JENG JENG JENG


nota:
ini mesti budak ini tembak diri dia
sendiri kalaut tidak macam mana
banyak sangat peluru. tak mungkin
ini kerja polis.

entah entah ini kerja ahli pkr
yang nak malukan kerajaan
mungkin juga kerja dap kerana budak ini melayu
kalau tidak ini mesti kerja ahli pas
kerana malam itu ada ceramah di shah alam
kah kah kah


MACAM MACAM DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU

Posted: 09 Nov 2010 05:51 PM PST




INI BAHASA APA ?




nota:
pening kepala mak cik felda
ketika di putra jaya
tersesat mak cik felda
cari punya cari
terjumpa coli bik mama kah kah kah


HANYA BAHASA MELAYU BAHASA RASMI : NIK SAFIAH - melayau

Hanya bahasa Melayu boleh diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini.

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Dr. Nik Safiah Karim berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak di negara ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak pernah melarang penggunaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat malah menggalakkan mereka menguasai bahasa antarabangsa itu.

"Kita juga telah menjadikan bahasa Inggeris selaku bahasa pengantar kedua di sekolah-sekolah selepas bahasa Melayu.

"Adakah ini masih belum mencukupi sehingga bahasa itu (Inggeris) juga perlu dijadikan bahasa rasmi?," soalnya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SEMUA ORANG TAHU BM INI BAHASA RESMI…. kah kah kah..

kah kah kah… TAPI GEROMBOAN SENDIRI TAK PEDULI…. kah kah kah..

woit… TAK PERCAYA?... kah kah kah..

kah kah kah... UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ITU BAHASA APA?.... kah kah kah..

kah kah kah... KENAPA UNIITED TIDAK BERSATU?.... kah kah kah

kah kah kah... NAK BUKTI LAGI ?... kah kah kah..

kah kah kah…. SURAT SURAT RESMI KERAJAAN PUN PAKAI BAHASA MAT SALLEH… kah kah kah..

kah kah kah… LAGI TAK PERCAYA?.... kah kah kah

kah kah kah… APA BENDA NYA PRECINT… kah kah kah..

kah kah kah… NAMA PRECINT INI BAGI SUSAH MAK CIK FELDA SAJE… kah kah kah..


nota:
semua nak tipu melayu
yang tipu melayu ini bukan orang melayu
kerana nama kumpulan mereka ialah
unuted malays national organisation kah kah kah

SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU

Posted: 09 Nov 2010 05:42 PM PST




PROJEK BAWAH TANAH


nota:
kenapa projek universiti ini
tak ada dalam belanjawan?
ini projek penting kerana
dapat mengeluarkan phd
dengan pantas sekali kah kah kah


KERAJAAN TETAP SOKONG BINA MENARA WARISAN MERDEKA - melayau

Kerajaan mengambil pendirian tetap menyokong serta mempertahankan perancangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat meskipun cadangan itu ditentang pihak pembangkang.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu dibuat kerana pembinaan menara berkenaan pasti menerima sambutan baik banyak pihak melalui pelaburan hartanah di samping memperlihatkan pembangunan negara di persada antarabangsa.

Lebih-lebih lagi katanya, pembinaannya di ibu kota langsung tidak menggunakan dana kerajaan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh PNB.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ini kes amat amat pelik.
gerombolan kata semua ini pakai duit pnb
tak ada duit kerajaan. betul ke ini?
kalau tak pakai duit kerajaan kenapa
pembinaan bangunan 100 tingat ini dalam belanjawan kerajaan
dan di bentangkan di parlimen.

pelik kan?

kalau duit syarikat itu sendiri kenapa projek hotel bawah tanah
Le China Doll oleh Cheng Ah Seng di bukit bintang
tidak dibentangkan dalam belanjawan ?

kenapa mek dogal yang akan buka 700 lagi kedai bangkai
tak disebut dalam belanjawan?

ini macam nak tipu orang melayu saje bunyinya kah kah kah



INI BETUL BETUL TIPU MELAYU

Posted: 09 Nov 2010 11:27 AM PST



MENANTU SIAPA INI?



nota:
diri sendiri tak ada ijazah
malas belajar beli ijazah
buat kolej ajar ekonomi
ada ilmu akounting ada aljibra
ada dacing ada neracha
untuk timbang ijazah jual kati kah kah kah


IJAZAH TIMBANG KILO

The University of Wales announced it had suspended its involvement with Fazley International College, pending investigation - BBC LONDON

A Malaysian pop star with a bogus doctorate has been running a college offering University of Wales degree courses, a BBC investigation shows.

A Bangkok college that Thai authorities say has been operating illegally, is also offering courses leading to degrees from the Welsh institution.

Week in Week Out examined the way in which the University of Wales validated courses in overseas institutions.

The university said it was dealing "thoroughly" with the issues raised.

The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration. But both came from a bogus university.

The pop star, who has four hit albums to his name, claimed the qualifications from the European Business School (Cambridge), an offshoot of the Irish International University, which was exposed as a sham by the BBC in 2008.

"We are not happy about what is happening, we are dealing with it and will deal with it very thoroughly and will learn lessons from what has happened".

Professor Nigel Palastanga said the University of Wales did not ask about his credentials, which were displayed prominently on the college website until he was confronted by BBC Wales' education correspondent Ciaran Jenkins in Kuala Lumpur.

Professor Nigel Palastanga, pro vice chancellor at the University of Wales, said the university was "concerned" about the issues raised in the programme.

"We are not happy about what is happening, we are dealing with it and will deal with it very thoroughly and will learn lessons from what has happened," he said.

The University of Wales announced it had suspended its involvement with Fazley International College, and would take no new admissions to its business administration and MBA courses until the matter had been investigated.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ZAMAN INTERNET INI MASIH ADA YANG NAK BELI IJAZAH... kah kah kah..

kah kah kah... MUKA MACAM BURIT AYAM .... ADA NIAT NAK ADA IJAZAH... kah kah kah..

woit... KALAU NAK IJAZAH... BELAJAR LAAA.... kah kah kah...

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

Posted: 09 Nov 2010 11:19 AM PST





HEBAT - LAGI KOGAT



nota:
cukup hebat
cukup gempaq
hantu pun datang mengundi kah kah kah









300,000 RELA BAKAL SELAMATKAN BN DI SELANGOR - mkini

PAS berharap sasaran membuat penambahan mendadak anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kepada 300,000 di Selangor menjelang 2011 tidak mempunyai kaitan dengan agenda BN yang didakwa cuba menawan Selangor melalui undi pos.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata angota pasukan itu tidak harus menjadi "tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos" dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.

"Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka," kata Idris.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… JANGAN INGAT BOLEH BERJAYA DENGAN PILIHANRAYA?…. kah kah kah..

kah kah kah…. GEROMBOLAN AJAK PAKATAN MAIN BOLA…. kah kah kah..

kah kah kah….. PADANG DAN BOLA GEROMBOAN PUNYA…kah kah kah..

kah kah kah…. REFREE DI BAYAR OLEH GEROMBOLAN… kah kah kah..

kah kah kah… PENJAGA GARIS DI BAYAR OLEH GEROMBOLAN… kah kah kah…

kah kah kah… PINTU GOL PAKATAMN 30 METER LUAS…. kah kah kah..

kah kah kah…. PINTU GOL GEROMBIOLAN 3 INCHI LUAS…. kah kah kah..

woit…. SAMPAI KIAMAT TAK AKAN MENANG…. kah kah kah..

woit… KENAPA TAK AJAK GEROMBOLAN MAIN KONDA KONDI…. kah kah kah..

kah kah kah… AJAK GEROMBOLAN TURUN KE JALAN RAYA…. kah kah kah


nota:
pilihanraya ini kalau boleh mengubah apa apa
telah lama pilihanraya ini diharamkan macam
buku komik zunar kah kah kah



SENYUM MAK JANDA

Posted: 08 Nov 2010 09:11 PM PST




BILA MAK JANDA DAPAT KUASA





CARI CHICKEN KUT !


nota:
pelik dah tua tua
baru kena demam champak?
betul ke ini ?
kah kah kah






PM MASIH JALANI RAWATAN LANJUTAN :TIONG LAI
- melayau

Najib Razak yang dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu lalu, masih lagi menjalani rawatan lanjut di hospital itu, kata Menteri Kesihatan,Liow Tiong Lai.

"Perdana Menteri semakin sembuh dan menunjukkan respon baik terhadap rawatan, bagaimanpun beliau masih perlu ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan lanjutan," katanya.

Dia berkata, Najib hanya boleh mula bertugas selepas mendapat laporan kesihatan dan perakuan daripada pakar-pakar perubatan mengesahkan bahawa beliau sihat sepenuhnya.
"Pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, beliau akan mula bertugas selepas laporan kesihatan beliau dikeluarkan oleh pakar ini," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


TT PEMECAH BERITA !!!! SIDANG AKHBAR ZAID IBRAHIM

Posted: 08 Nov 2010 08:12 PM PST





JENG JENG JENG !





nota:
awal dulu gua sudah cakap
kah kah kah
kah kah kah












AZMIN ALI PEMBAWA MASALAH DALAM PKR


zaid ibrahim baru sahaja mengadakan sidang akhbar.

turut bersama zaid ialah calon timbalan presiden mustapha kamal ayub.

zaid telah menerangkan bahawa jawatan kuasa pemilihan kelihatan
berat sebelah.

zaid meminta pemilihan ini di wafatkan dalam masa 48 jam.

zaid juga berkata masalah ini berpunca dari azmin ali dan
anwar ibrahim.



KENYATAAN MEDIA

9 NOVEMBER 2010

PEMBATALAN DAN PENJALANAN SEMULA PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT 2010


Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.

Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.


"KESINAMBUNGAN PERJUANGAN"
"KEMBALIKAN SUARA RAKYAT"



MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN
Calon Timbalan Presiden KEADILAN