Ahad, 7 November 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Sokongan terhadap BERSIH 2.0!

Posted: 07 Nov 2010 12:48 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Penulis bersetuju dengan 11 perkara yang digariskan oleh Bersih 2.0...

Penulis berharap pemimpin Pakatan memberi perhatian terhadap isu ini..berikan sokongan walaupun Bersih 2.0 ini dikatakan telah di'swatakan' kepada badan NGO...

Oleh kerana kita berada di ambang Pilihan Raya Umum yang ke-13, maka perkara ini perlulah dipandang berat, dan digerakkan semaksimum mungkin..

Jika pemerintah terus berdegil dan bongkak, maka tiada cara lain melainkan mengerah rakyat ke jalan raya!!..


JEMPUTAN PELANCARAN BERSIH 2.0 BERSATU DAN MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA

Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihan raya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihan raya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan.

Perjalanan untuk reformasi pilihan raya adalah ranjau di dalam proses demokratik bagi mendapat kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara. Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan.



Isu-isu utama di dalam reformasi pilihan raya termasuk:

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.

2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.

3. Reformasi di dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) media akses yang bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.

5. Tempoh kempen minima 21 hari yang bermakna.

6. Amalan-amalan adil dan professional di dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.

7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

9. Reformasi di dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.

10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya kecil bagi badan perundangan di peringkat persekutuan mahupun negeri.

11. Menegaskan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas, yang mengambil bahagian di dalam politik di dalam dan di luar kampus.



BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi yang dibawa mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.

Dengan ini, kami, dengan rasa rendah diri ingin menjemput anda dan organisasi anda untuk bersama-sama kita dalam memastikan pilihan raya akan datang dan masa depan kitabersih, adil dan demokratik.

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 p.m. – 10.30 p.m.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

BERITA TERBARU...

SPR-Bersih bincang memo 11 perkara sehari sebelum Bersih 2.0 dilancar



KUALA LUMPUR, 7 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 Selasa ini — sehari sebelum pertubuhan bukan kerajaan itu dilancarkan — ketika spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengesahkan pertemuan itu kepada The Malaysian Insider.

Bersih 2.0 mengemukakan memorandum 11 perkara kepada SPR Julai lalu dan pertemuan itu sepatutnya berlangsung akhir Ogos lalu tetapi ditangguhkan.

Bersih pernah mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Perhimpunan tahunan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini membuat ketetapan agar gerakan Bersih dihidupkan semula bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 yang bebas dan adil.

"Sepatutnya kami jumpa akhir Ogos lalu tetapi tak jadi sebab saya kurang sihat ketika itu.

"Kami akan bertemu dengan Bersih, saya sedia mendengar pandangan mereka, saya harap mereka juga akan mendengar pandangan kami (SPR)," kata Abdul Aziz merujuk kepada memorandum Bersih 2.0 ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Saya tidak tahu apa motif mereka, tetapi saya berharap mereka akan bersikap jujur, kami pun akan mengadakan pertemuan dengan pandangan terbuka dan jujur," katanya lagi.

Sambil menekankan banyak perkara dibangkitkan Bersih 2.0 sudah pun dilaksanakan, kata Abdul Aziz, SPR akan menjelaskan kepada pemimpin Bersih 2.0 kedudukan suruhanjaya termasuk perkara yang boleh dilaksanakan dan idea yang tidak boleh dikuatkuasakan.

"SPR ada kekurangan dan kekangan, misalnya soal kewangan dalam melaksanakan sesuatu perkara baru. Saya harap mereka akan terima dan faham aspek ini.

"Jika ada perkara baik, kita akan terima dan laksanakan, tiada masalah untuk dilaksanakan," kata beliau sambil menambah, SPR terus-menerus melaksanakan pendekatan pembersihan, dipercayai merujuk kepada tindakan membersihkan daftar pemilih.

"Saya pun mahu Bersih tolong kami menjalankan kerja-kerja pembersihan ini," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz hairan kerana memorandum dikemukakan Bersih 2.0 tidak menyertakan soal menghadapi situasi ketika proses penamaan calon dan pengundian di mana SPR berhasrat mengelakkan ketegangan dengan mengurangkan himpunan penyokong parti dalam jumlah yang terlalu ramai.

Insiden ketegangan ketika hari mengundi disaksikan semasa pilihan raya kecil kerusi DUN Galas, Kelantan Khamis lalu.



"Cara bagaimana kita boleh mengelakkan suasana yang tegang ketika hari penamaan calon dan hari pengundian tidak dimasukkan langsung dalam memorandum Bersih.

"Jadi, saya akan bangkitkan perkara ini dalam pertemuan dengan Bersih, harap mereka juga akan membantu SPR dalam hal ini," katanya lagi.

Bersih 2.0 akan dilancarkan di Petaling Jaya, Rabu ini serentak program melanjutkan usaha ke arah pilihan raya bersih dan adil.

"Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan Bersih 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

"Bersih 2.0 percaya hanya menerusi pilihan raya bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenal pasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan.

"Perjalanan untuk reformasi pilihan raya adalah ranjau dalam proses demokrasi, termasuk kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urus tadbir baik dan pengelastarian dalam pembangunan negara," kata Ambiga dalam surat jemputan majlis pelancaran Bersih 2.0.

Kata Ambiga, sebagai waraganegara setiap rakyat boleh menjadikan impian ini satu kenyataan.

Antara isu utama dalam reformasi pilihan raya disertakan dalam memorandum Bersih 2.0 termasuklah:

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti

2. Penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda

3. Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem lebih fleksibel bagi semua pengundi

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti bertanding

5. Tempoh kempen minimum 21 hari

6. Amalan-amalan adil dan profesional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian tidak adil ('malaportionment, gerrymandering') yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang

7. Pendaftaran automatik untuk semua pengundi layak

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun

9. Reformasi dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan mengehadkan kecenderungan terhadap politik wang

10. Pentadbiran tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri

11. Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik dalam dan di luar kampus

"Bersih 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian.

"Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang," kata Ambiga.

Abdul Aziz berkata, beliau juga ada dijemput menghadiri majlis pelancaran Bersih 2.0.

"Ya, saya pun ada terima jemputan agar hadir tetapi saya tidak dapat pergi kerana ada majlis lain di Perak," katanya lagi. - TMI

Pemimpin Umno cuba bermain politik isu banjir - Sultan Kedah dukacita

Posted: 06 Nov 2010 11:48 PM PDT



BERITA 1

Banjir: Shahrizat jangan bermain politik

ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.

"Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau," ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.

Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.

"Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.

"Jadi, sepatutnya beliau sebagai menteri boleh coordinate dengan jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacu empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar," jawab Mahfuz terhadap kenyataan Shahrizat.

Mahfuz juga membandingkan sikap kesudian membantu Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Shahrizat apabila beliau memintanya untuk mendapatkan bantuan bot besar di kawasan parlimennya, Pokok Sena untuk mencapai kawasan penempatan banjir terputus.

"Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.

"Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart," katanya.

Situasi penempatan banjir

Mengenai situasi di pusat penempatan banjir, Mahfuz menyifatkan keadaannya sesak dan kurang selesa kerana terpaksa meletakkan hampir dua ke tiga ribu orang di sesebuah pusat penempatan banjir, dan ada pusat penempatan banjir yang terputus bekalan air dan juga elektrik.

"Cuma saya lihat koordinasi masalah penempatan ini – ini juga kelemahan jabatan kebajikan di bawah Shahrizat ini sebab satu-satu tempat pemindahan itu, kalau ia nak digazet ia perlu kebenaran daripada jabatan kebajikan.

"Jadi inilah masalahnya, kadang-kadang kreativiti dan inovasi jabatan kebajikan itu agak perlahan – dia hanya lihat tempat-tempat yang biasa – yang akhirnya kita terpaksa melambakkan 2,000 dan 3,000 orang di satu tempat," ujarnya sambil menambah mangsa banjir semakin meningkat dengan air mula memasuki kawasan bandar Alor Setar dengan keadaan di kampung yang masih ditenggelami air.

BERITA 2

Banjir: Sultan Kedah lahir rasa dukacita, minta ketepi fahaman politik



ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda dengan nasib rakyat negeri itu yang berdepan kesukaran akibat dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah.

Bertitah pada majlis taklimat khas banjir di sini hari ini, baginda turut meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tampil membantu demi kepentingan seluruh rakyat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu.

"Beta berasa amat dukacita di atas kejadian bencana banjir yang melanda seluruh rakyat negeri Kedah yang tercinta ini, tapi beta percaya ada hikmah di sebalik semua ini. "Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat Allah dan yang penting sama-sama mengambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini," titah baginda.

Pada majlis itu baginda turut mengumumkan sumbangan RM500,000 daripada hasil zakat negeri, serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir di Kedah. Terdahulu Sultan Kedah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun berangkat melawat rakyat jelata yang terbabit dengan bencana itu di pusat pemindahan di Stadium Suka Menanti di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Md Hanipah.

Sultan dan Sultanah Kedah meluangkan masa hampir sejam bersama rakyat jelata di pusat pemindahan itu, sebelum berangkat ke Wisma Darul Aman untuk taklimat khas banjir.

Sementara, YSB turut menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada individu yang tidak mahu dikenali bagi membantu mangsa banjir di Kedah. - Bernama

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Banjir Kedah, media arus perdana gelapkan fakta, MB sendiri turun padang

Posted: 07 Nov 2010 09:57 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR 8 NOV: Sejak dari hari pertama banjir berlaku di Kedah terutamanya di Padang Terap,Pendang, Pokok Sena dan di Alor Setar wakil-wakil rakyat PAS adalah pihak yang paling awal sekali turun padang bagi memberi bantuan kepada mangsa di sana.

Menceritakan pengalaman membantu mangsa, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria berkata, sebaik mendapat panggilan dari PAS Kawasan ketika beliau sedang bersidang di Parlimen seminggu lalu, beliau terus bergegas pulang ke Padang Terap.

Tujuannya satu, hanya untuk mengerakkan bantuan seberapa daya bertemu mangsa banjir bagi menghulurkan bantuan disamping menjaga aspek keselamatan mangsa.

Setibanya di Padang Terap beliau terus menziarahi mangsa banjir dilebih 30 kampung di bawah Parlimen Padang Terap yang dilanda banjir sejak akhir Oktober.

"Malah MB sendiri turun padang, sampai ke kawasan saya di Padang Terap, beliau beri bantuan kepada penduduk di sini, nak tahu tanyalah penduduk di sini.Tak logik langsung depa (Umno/BN) melalui media tuduh kami tak turun padang, walhal kami turun sebaik berlaku banjir.

"Kami pun bukan mendapat liputan mana-mana media arus perdana, sebab itu mudah mereka (Umno/BN) mempropagandakan isu kononnya kami (PAS Kedah dan Kerajaan Negeri) tak peduli," katanya.

Sambil menyifatkan ia satu lagi propaganda jahat Umno/BN, beliau yang juga Exco Pemuda PAS Pusat berkata, apa yang penting rakyat di semua pusat pemindahan tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Beliau juga menyifatkan apa yang dilaporkan media Umno/BN kononnya tiada bantuan segera hanyalah satu lagi siri penghinaan ke atas Pegawai-pegawai kerajaan yang sejak dari awal bersengkang mata membantu.

"DO, Penghulu, pegawai-pegawai kerajaan negeri semuanya bertungkus lumus membantu.Apa yang disiarkan oleh media sebenarnya menghina pegawai-pegawai ini," ujarnya.

Katanya mungkin ada seorang dua dari kalangan ahli Umno yang ditemui oleh
akhbar arus perdana untuk mendapatkan respons, dan apa yang dilaporkan
hanyalah sekadar 'propaganda' dan tuduhan tidak berasas.

Mengulas mengenai laporan kononnya hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang membantu mangsa, Mohd Nasir berkata apa yang dilaporkan itu sebenarnya 'bertentangan dengan semangat federalisme'.

Dalam membicarakan soal bantuan banjir ini, JKM adalah agensi yang antaranya dipertanggungjawabkan membantu dengan fungsinya juga dibantu oleh negeri-negeri, katanya.

Ujar Nasir JKM sebenarnya adalah agensi bersama negeri dan pusat, sementara peruntukannya adalah dari kerajaan negeri Kedah yang setakat ini berjumlah RM1 juta.

"Kita turun terus kepada mereka yang menjadi mangsa, bukan setakat macam pimpinan Umno/BN yang turun hanya sehari dua, lepas tu bagi bantuan sedikit, masuk surat khabar, yang kami beri bantuan sejak dari awal," katanya hampa.

Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam7 November berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar.

Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang.

Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat. Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang melibatkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga).

Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang pada 7 November melibatkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga pukul 8 pagi 8 November, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, 10 di Padang Terap, 32 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 2,722 orang daripada 339 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat manakala 10 pusat pemindahan ditutup.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS

Posted: 07 Nov 2010 06:21 PM PST

Agenda Cuba Jejas Kredibiliti Parti Dibidas : Syed Husin

Posted: 07 Nov 2010 06:15 PM PST

SAPP Tunggu Tawaran Pakatan Rakyat Sertai Gagasan Tolak BN

Posted: 07 Nov 2010 05:57 PM PST

Tahun 2013 : Penembusan Internet Seluruh Selangor

Posted: 07 Nov 2010 05:51 PM PST

Kesal Umno Amalkan Budaya Samseng : Faekah

Posted: 07 Nov 2010 05:28 PM PST

Zaid Ibrahim... Apa Sudah Jadi Bro...???

Posted: 07 Nov 2010 05:21 PM PST

Salahkan Blogger!! bukan diri sendiri...

Posted: 07 Nov 2010 05:18 PM PST

KEADILAN Elections: Security Features and Electoral Procedures

Posted: 07 Nov 2010 05:17 PM PST

BERJAGA JAGA DAN BERHATI HATI - SELALU GUNAKAN BAJU HUJAN

Posted: 07 Nov 2010 04:46 PM PST

Yang Silap Pastinya Kita, Yang Benar Semuanya Dia.

Posted: 07 Nov 2010 04:45 PM PST

PAS guna cara agama serang saya, kata Zambry..."karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam"

Posted: 07 Nov 2010 04:41 PM PST

Zaid letak semua jawatan PKR, tarik diri saingan timbalan presiden

Posted: 07 Nov 2010 04:37 PM PST

Withdrawal from Deputy President contest

Posted: 07 Nov 2010 04:36 PM PST

Zaid tarik diri, letak semua jawatan PKR

Posted: 07 Nov 2010 04:32 PM PST

Tsu Koon janji lebih tegas, mahu guna ‘kung fu mentadak’

Posted: 07 Nov 2010 07:51 AM PST

GERAKAN: Cuaca ekonomi, politik masih buruk

Posted: 07 Nov 2010 07:50 AM PST

Banjir: BN hanya berlakon, tuduh melulu

Posted: 07 Nov 2010 07:45 AM PST

Awang Selamat wartawan pendusta

Posted: 07 Nov 2010 07:44 AM PST

Selepas pemilihan 1/3 cabang, Azmin kekal di depan

Posted: 07 Nov 2010 07:41 AM PST

Hidup gerila

Posted: 07 Nov 2010 07:40 AM PST

TPM: Dengar degup jantung rakyat

Posted: 07 Nov 2010 04:49 AM PST

Parti komponen BN diminta turun padang selesaikan masalah rakyat sebelum PRU

Posted: 07 Nov 2010 04:48 AM PST

PKR sec-gen: No leaked ballot papers, no polls manipulation

Posted: 07 Nov 2010 04:46 AM PST

Pemilihan Keadilan ‘halal’ dihentikan segera

Posted: 07 Nov 2010 04:45 AM PST

Pemilihan PKR: Dakwaan Haris berniat jahat

Posted: 07 Nov 2010 04:44 AM PST

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Mari berpantun.....

Posted: 07 Nov 2010 08:06 AM PST



Dollah Badawi dah lama pergi
Datang Najib jadi pengganti
Macam perompak ganti pencuri
Rakyat juga yang makan hati

Negeri maju Melaka namanya
Isytihar sendiri muka tak malu
Agensi kerajaan habis diperkuda
Pemimpin kaya rakyat ditipu

Mata lebam ditumbuk sendiri
Mamak Bendahara punya angkara
Umpama lilin membakar diri
Sampai hati disuruh bersara

Dipenjara difitnah perkara biasa
Jadi fitrah para pejuang
6 tahun dalam penjara
Madu tak susut sepah nak dibuang

Hassan Al-Bana syahid di jalanan
Imam Nawawi dipenjara sang penguasa
Tidakkah sang alim dapat pengajaran
Menyanggah mungkar sirah para syuhada??

Arsenal KO Chelseapun KO
Man United juga jadi pilihan
Kalau takut dengan risiko
Usah bicara tentang perjuangan

dollah yankee

dollah yankee


Di Galas bolehlah tunjuk X!!

Posted: 07 Nov 2010 04:02 AM PST

Rakyat marhein dibawah tak teruja langsung dan tak terkejut bila BN/umno dengan barua-barua mereka macam TV3 suku dan lain-lain stesyen TV serta media-media cetak sedang 'bergencok' sakan dengan kemenangan mereka di Batu Sapi dan Galas, dan bukan lah perkara baru kalau mereka akan menyambutnya sampai 40 hari 40 malam.

Pada PRK di Galas kelmarin, pada satu kawasan, BN/umno telah menang dengan 200 majoriti undi di 4 saluran, sedangkan pada PRU 2008 PR/PAS telah menang di 4 saluran itu dengan majoriti 400 undi. Itu pun dah kata yang rakyat dah berubah untuk BN/umno...Gila!!!

So, bila BN/umno kata rakyat dibawah sudah mula mahu berubah untuk kembali menyokong BN/umno dan mereka sudah bersedia untuk menghadapi peperangan yang lebih besar iaitu PRU-13 hanya kerana mereka telah menang di dua tempat ini, maka gurkah-gurkah politik di'port' kata yang mereka ini dah start pasang angan-angan.

Gurkah-gurkah politik di'port' juga kata yang di Batu Sapi dan Galas boleh lah BN/umno tunjuk X, tunjuk ranggi, sebab Batu Sapi dan Galas ini adalah kawasan ulu. Kalau paper hari ini hanya pukul 3 petang saja baru boleh baca. Bas-bas awam yang melalui Galas pukul 5 dah habis. Naik motor di Galas pun tak gaduh kalut nak pakai helmet, ulu atau tidak lu sendiri pikir lahh...!

Suasana politik di Batu Sapi dan Galas pula jika dibandingkan dengan suasana politik di pekan-pekan besar dan di bandar-bandar besar macam di Kedah, Penang, Selangor, Perak, Johor sikit, cukup besar 'gap' atau jurangnya, macam epal dengan nangka.

Kalau Ku Li pula tak habis-habis dengan cerita hasil strategi 'door to door approach' nya yang telah membuahkan kejayaan dan mahukan BN/umno menggunakan strategi ini pada PRU akan datang dibandar-bandar dan pekan-pekan besar dalam negeri-negeri tadi. Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata Ku Li boleh 'terberak' ditengah jalan kalau nak buat 'door to door approach' di bandar-bandar dan pekan-pekan besar ini. Di Galas boleh laa...!

PR/PAS, walaupun tewas di Galas dan Batu Sapi ini namun masih tetap utuh bila mereka telah berjaya mendapatkan ramai pengundi-pengundi baru yang berpotensi menyokong PR pada PRU-13 akan datang pada kempen-kempen pendaftaran pengundi dan ahli baru mereka.

Di alam siber pula, PR tetap nombor wahid dan sentiasa didepan bila portal-portal on-line dan blog-blog politik yang pro BN/umno tak terangkat muka mereka bila sentiasa menerima serangan-serangan daripada pengunjung-pengunjung yang pro PR.

Walaupun prestasi PR sedikit terbantut dalam penguasaan mereka pada PRK-PRK yang telah diadakan sejak PRU 2008 akibat kekalahan ini, namun mereka masih tetap menjadi pilihan rakyat dibawah apabila menang 8 dari 13 PRK yang telah berlaku. Anda tak percaya?? Kalau tak percaya pergilah ke majlis ceramah-ceramah politik dan perjumpaan PR yang sentiasa ada pada tiap-tiap minggu dimana-mana juga, andalah lihatlah sendiri dengan mata kepala anda akan sambutan dari rakyat bawah terhadap PR.



dollah yankee -
Kalau belah dada Zahid Hamidi pasti akan keluar gambar Anwar Ibrahim..Kah..Kah..Kah..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Yang Silap Pastinya Kita, Yang Benar Semuanya Dia.

Posted: 07 Nov 2010 06:39 PM PST

Yang Silap Pastinya Kita, Yang Benar Semuanya Dia.


Merah, Biru, Putih. Cantik!!!

Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya mengangkat nama dan menjulang tinggi martabat pemimpin PKR.

Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya menghamput nama dan menginjak hina maruah dan jasa pemimpin Umno.

Saya tidak pernah minum bersama Zaid Ibrahim tetapi saya pernah makan semeja dengan Azmin Ali. Saya tidak pernah bersalam dengan Najib Razak tetapi saya kerap bersalaman, malah berpelukan dengan Anwar Ibrahim. Saya pernah ke pejabat Perdana Menteri tetapi saya selalu di pejabat Ketua Pembangkang. Saya tidak ambil pot jika ada pelawaan untuk menghadiri majlis oleh pemimpin Umno tetapi saya pasti akan usahakan untuk bersama dalam majlis bersama pemimpin PKR.

Seingat saya, semasa saya rajin bersama rakan-rakan Umno Johor (sebelum 1998) saya juga amat kritikal dalam perbincangan. Malahan dalam banyak hal, bangkangan saya jauh lebih keras dan kasar dalam menyampaikan ketidakpuasan hati. Kalau sekarang saya hanya dapat berjumpa dan bicara dengan pemimpin PKR dalam majlis yang dijemput, dengan pemimpin Umno, saya boleh berborak panjang di ruang tamu rumah mereka, ikut masa saya!

Demi mengharapkan suatu perubahan, saya memilih untuk tidak bersama rakan-rakan yang masih di dalam Umno. Saya memandang PKR dan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan yang awal anggapan dapat mengangkat kembali maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

Sekitar tahun 2003, dalam satu perjumpaan santai dengan Khaled Nordin (Dato' Sri) pernah saya dinasihatkan, "engkau jangan tersilap catur". Saya bertegas menyatakan pandangan dan fahaman saya betul. Saya bertegas menyatakan Anwar dan wadah perjuangannya wajar disokong. January 2010 lalu, Khaled telephone saya dan bertanya khabar, "Fi, apa khabar dengan wadah perjuangan kau?" Saya tidak jawab dan membawanya kepada topik lain. Saya sedar, dia memperli saya. Saya juga sedar, dia amat arif apa yang berlaku dalam PKR. Saya tidak mengalah dan detik hati mengatakan, mungkin Khaled yang yang silap. Tetapi.... !!!

Satu malam, sekitar bulan Ramadhan lalu di Puchong, saya berkesempatan untuk minum tea dan pekena roti canai dengan YB Marsom Paing (ADUN Dengkil, Selangor). Bersama lima rakan lain, kami bersembang tanpa menyentuh sedikitpun hal politik kepartian. Sembangan kami hanya menjurus kepada hal kemasyarakatan dan sedikit hal agama. Nyaman sembang kami. Topik kami berkisar tentang isu tol yang berselerak disetiap penjuru Puchong. Kami menganyam isu pasir yang masih tersembunyi. Kami berseloroh hal ada pemimpin yang bukan hanya takutkan isteri malah menjadi isteri kepada isteri.

Dalam seminggu dua ini, saya titipkan hal parti dokongan saya, PKR. Saya menegur, malah memarahi anak saya kerna saya menyayangi mereka. Saya juga mengkritik, malah bertengkar dalam beberapa hal berkaitan Umno satu ketika dulu kerna saya pernah sayangkan Umno. Maka, saya juga mengkritik, menegur dan membidas cara dan kaedah pengurusan dalam beberapa arena kepimpinan PKR kerna saya sayangkan PKR. Malangnya, kritikan dianggap hinaan. Bidasan dinilai sebagai cacian. Teguran dipandang sinis.

Silapnya saya kerna saya terlupa, "Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya mengangkat nama dan menjulang tinggi martabat pemimpin PKR."

ZAID LETAK SEMUA JAWATAN DALAM PKR

Posted: 07 Nov 2010 06:32 PM PST

"Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.


"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," katanya..

"Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap," katanya dalam satu kenyataan di blognya.

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


7 Ciri Wanita Yang Membuatkan Aku Rasa Dia Hot

Posted: 07 Nov 2010 08:06 PM PST

Justice For All

Justice For All


Hanya UMNO Parti Tunggal Dalam BN

Posted: 07 Nov 2010 04:00 AM PST

UMNO bukannya Abang, tapi taiko. Sebab itulah mereka anggap parti komponen BN lain macam sampah je.

Perwakilan GERAKAN selar 'abang dalam BN'

Perwakilan GERAKAN hari ini menyelar tindakan kepimpinan "abang dalam BN" yang didakwanya terlalu sombong, sekali gus menyebabkan mereka hilang sokongan.

Isu itu dibangkitkan dalam perbahasan usul ucapan dasar presiden di hari terakhir persidangan parti itu ke 30 di Menara PGRM, Kuala Lumpur hari ini.

Wakil Melaka Gan Peng Lam berkata dalam BN, hanya satu parti dilihat lebih berkuasa daripada parti komponen lain.

"Dalam BN, Umno berdiri melampaui yang lain. MCA, MIC, GERAKAN, PPP hanya penonton," kata Gan.

Beliau memberi contoh bagaimana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, mengumumkan mata pelajaran sejarah wajib lulus di program Umno, ketika ia jelas hal dasar kerajaan.

"Kenapa tidak umumkan selepas sidang media selepas mesyuarat kabinet atau dalam acara lain?" soalnya.

alkerohi

alkerohi


Najib boleh diperiksa dalam 24 jam, rakyat Malaysia ?

Posted: 07 Nov 2010 04:30 PM PST

Percayakah rakyat Malaysia, Najib Bangsawan Perdana Menteri Malaysia dilakukan rawatan pemeriksaan kesihatan hanya dalam tempoh 24 jam di Kementerian Kesihatan.

Rakyat biasa akan diberikan janji temu sampai 14-24 bulan. Dari penyakit tahap pertama boleh masuk sampai ke tahap keempat.

Kemudian pegawai-pegawai perubatan akan berkata, "kasihan pesakit ini. Dia lambat datang pada kita. Tahap penyakitnya sudah sampai ke peringkat keempat. Hidup mati ditangan tuhan"

Ismail Merican tunggu untuk mempopularkan dirinya dalam kes-kes besar. Seperti kes Najib. Mukanya boleh keluar hari-hari dalam media perdana sepertimana ia popular dalam kes SARS.

Ayam daging (Ismail Merican) Kesihatan ini tidak kelihatan membawa perubahan. Begitu juga Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya kelihatan tidak bermaya kerana sudah lapan tahun tidak boleh menjadi Ketua Pengarah Kesihatan.

Nasib rakyat Malaysia sebagai pesakit. 24 jam tak mungkin, 24 bulan boleh jadi !

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERJAGA JAGA DAN BERHATI HATI - SELALU GUNAKAN BAJU HUJAN

Posted: 07 Nov 2010 12:08 PM PST




MELANCUNG BOLEH TAPI BAWA BAJU HUJAN



nota:
panas atau hujan
yang penting baju hujan kah kah kah


WARGA WAJIB WASPADA

SYPHILIS IN PREGNANCY AS a sexually transmitted infection (STI) is an important public health problem because it can lead to serious complications such as spontaneous abortion, stillbirth, and congenital infection.

In Mongolia, over the past decade syphilis, as well as other STIs, has increased in the aftermath of the sudden breakup of the socialist regime and rapid political and economic changes.1Also the incidence of syphilis in pregnant women during delivery has increased from no reported cases in 1988 to 21 cases in 1999 and 26 cases in 2000 in the State Research Center on Maternal and Child Health (MCH), whereas the number of deliveries has decreased. Congenital syphilis was recorded in 2 new case reports in 1995 in Ulaanbaatar and has continuously increased to 43 new cases in 2000.

Early detection and treatment of syphilis in pregnant women is a standard measure for preventing congenital syphilis.With this noble purpose, antenatal syphilis screening (ASYS) on the first day of registration of a pregnant woman is a mandatory procedure. Now there are new evidence and recommendations that routine testing should be repeated in the third trimester, even in low-prevalence areas.

Current regulations regarding ASYS in Ulaanbaatar, Mongolia, stipulate that only a few specialized laboratories for sexually transmitted diseases (STD) at the STD clinics and district general hospitals are allowed to perform the ASYS test. Also, only venereologists at the STD clinic and STD cabinets of district general hospitals are authorized to treat syphilis-infected pregnant women and undertake contact tracing.

Although every antenatal care (ANC) clinic has a laboratory for urine, blood, and biochemical tests, they do not perform the serological syphilis test. Therefore, they have to send each woman to an STD laboratory for syphilis testing.



TUKAR TIUB PEMECAH BERITA !!!!

Posted: 07 Nov 2010 12:03 PM PST





ZAID IBRAHIM TARIK DIRI


I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

I have made this decision because there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.

I wish to thank all the members who have supported me and placed their faith in the cause of reform. It is of utmost disappointment that I am unable to continue in this flawed election process. I remain committed to the Opposition's cause and will continue to speak about the issues of the common people. Together, we will continue our unabated struggle towards a better government for the people.

Finally, I hope those adoring fans of Anwar Ibrahim will no longer regard me as a "spoiler" standing in the way of their march to Putrajaya. I wish them well.

ZAID IBRAHIM
MONDAY, 8 NOVEMBER 2010


SEBELUM KE JALAN RAYA - DATANG KE SINI DAHULU

Posted: 07 Nov 2010 11:58 AM PST





JEMPUTAN UNTUK SEMUA





SPR-BERSIH BINCANG MEMO 11 PERKARA SEHARI SEBELUM BERSIH 2.0 DILANCAR
- minsider

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 Selasa ini — sehari sebelum pertubuhan bukan kerajaan itu dilancarkan — ketika spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengesahkan pertemuan itu kepada The Malaysian Insider.

Bersih 2.0 mengemukakan memorandum 11 perkara kepada SPR Julai lalu dan pertemuan itu sepatutnya berlangsung akhir Ogos lalu tetapi ditangguhkan.

Bersih pernah mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Perhimpunan tahunan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini membuat ketetapan agar gerakan Bersih dihidupkan semula bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 yang bebas dan adil.

Antara isu utama dalam reformasi pilihan raya disertakan dalam memorandum Bersih 2.0 termasuklah:

- Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti

- Penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda

- Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem lebih fleksibel bagi semua pengundi

- Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti bertanding

- Tempoh kempen minimum 21 hari

- Amalan-amalan adil dan profesional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian tidak adil ('malaportionment, gerrymandering') yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang

- Pendaftaran automatik untuk semua pengundi layak

- Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun

- Reformasi dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan mengehadkan kecenderungan terhadap politik wang

- Pentadbiran tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri

- Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik dalam dan di luar kampus


nota:
jangan suka komplin dan membebel
jangan selalu kata spr taik kucing
datang dan tunjukan marah anda
ambil bahagian dan libat kan diri
jangan membebel tak henti henti
kering air liur nanti kah kah kah

DALAM KEDAI KOPI

Posted: 06 Nov 2010 09:27 PM PDT





JAM
12.30

dah keluar dari hotel.

pagi ini makan dim sum lagi - kemudian pindah
ke kedai kopi tan lee seng - tak pergi pun
mencuba kedai stesen - pasti penuh-

di kedai kopi minum kopi o c dan roti bakar
di kedai dim sum minum teh china dan kueh pau

kemudiansekali lagi masuk kedai kopi - kali ini
hanya minta kopi o - tapi dah beli 300 grm
kopi tan yang dibuat di kampong banjar-

CUACA

cukup indah -panas dan hebat - menarik untuk bergerak
sesudah kopi - akan menuju ke tangkak - kemudian ke melaka
sebelum ke kl - apa yang di cari tak tahu.

BERJALAN JANGAN DIRANCANG

berjalan tanpa di rancang adalah nikmat berjalan
berjalan wajib tak ada tujuan
apa yang ditemui tanpa di rancang pasti menarik

berjalan yang di rancang menbosankan
tidak ada adventure

sekali dulu aku pernah tidur di bawah jambatan
selama tiga hari sebelum masuk ke kota zurich

sebelum itu aku pernah tidor di kaki stesen kereta api
di lisbon - pernah tidor di tepi ladang gandum di belanda

semuanya jadi ingatan
bayangkan kalau aku tidor di hotel pasti pagi
ini aku tidak akan menuliskan hal ini

hidup ini adalah satu perjalanan
sampai adalah membosankan
disana akan terus di sana


nota:
amoi tuan punya kedai kopi ini
ceritakan bagaimana dia terjumpa satu jam
tangan rolex yang penih dengan intan
tujuh bulan dia menunggu - tuan nya datang kemabli
di hadiahkan satu angpau dan satu lencana yang
terpampangdi kedai ini


LAPORAN AKAN DIBUAT KEMUDIAN

sesiapa datang ke kluang wajib datang melihat
lencana ini yang terpampang dalam kedai kopi ini.