Rabu, 3 November 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


8 vs 3: Apakah calon Pakatan Rakyat di Galas dan Batu Sapi berjaya turuti mereka?

Posted: 03 Nov 2010 10:08 AM PDT

Mereka sudah berjaya...


Pemenang PRK Permatang Pauh : PKR


Pemenang PRK Kuala Terengganu - PAS


Pemenang PRK Bukit Selambau - PKR


Pemenang PRK Bukit Gantang - PAS


Pemenang PRK Penanti - PKR


Pemenang PRK Permatang Pasir - PAS


Pemenang PRK Permatang Pasir - PAS


Pemenang PRK Manek Urai - PAS

Bagaiman dengan calon Pakatan Rakyat kali ini?


Calon PRK Galas - PAS


Calon PRK Batu Sapi - PKR

Semoga mereka berdua diberikan kemenangan dalam PRK kali ini seterusnya mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka di atas, insyaAllah...

Apa pun, sama ada menang atau kalah, anak muda ini tidak akan sesekali menyerah kalah atau mengundur diri, apatah lagi merasa kecewa dan sedih..perjuangan demi keadilan dan kebenaran mesti diteruskan, sehingga kemenangan berjaya digenggam...insyaAllah...

Kita jumpa lagi!..wallahua'lam...


Umno/BN terdesak: Pancing gadis seksi tarik pengundi DUN GALAS

Posted: 03 Nov 2010 05:01 AM PDT



Sumber gambar SINI...

Bawah pula, 2 video terdahulu, sama juga ketika berkempen PRK...korang tengok dan fikirkan..






Artikel berkaitan:
- SENSASI BERANI! Video cara Umno sambut kemulian Syawal!..
- Hj Zahid Hamidi dan tarian separuh bogel (rajasedaka.wordpress.com)

MengIslam masyarakat Asal Galas: Berita Harian Fitnah Tuan Guru Nik Aziz!

Posted: 02 Nov 2010 11:09 PM PDT



Sudah menjadi tugas media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain untuk mencari jalan mencipta dan menyebarkan propaganda yang memberikan keuntungan ataupun faedah kepada kerajaan Barisan Nasional.

Kali ini Berita Harian memainkan peranan untuk memutar belitkan berita dan gambar-gambar mengenai peristiwa di Lojing di mana Tuan Guru Nik Aziz Mengislamkan tiga Orang Asal <--Sila klik. Sebaik sahaja meng "Islamkan" ketiga tiga orang asal tersebut, Tuan Guru Nik Aziz memberikan wang zakat kepada muallaf tersebut lantaran mereka sudah dikira sebagai satu daripada asnaf yang layak menerima wang zakat.

Sebaliknya Blog-blog pro kerajaan memutar belitkan cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz merasuah Orang Asal agar mengundi PAS. Manakala gambar di bawah pula adalah screenshot dari keratan akhbar Berita Harian. Berita Harian sengaja memutar belitkan cerita dari "wang zakat kepada membeli undi".




ReJaM©"Lihatlah, kalau perbuatan baik mengislamkan orang Asli ini pun tergamak diputarbelitkan sehingga begitu rupa, apalagi perkara lain?" - Milosuam.blogspot.com

Sementara Harakahdaily pula melaporkan...

Orang Asal diberi wang zakat selepas masuk Islam

GUA MUSANG, 3 Nov: Umno didakwa benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asal yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya.

Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang Asal yang menganut Islam.

Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, tidak timbul sama sekali duit yang diberi kepada pemuda Orang Asal yang menganut Islam sebagai rasuah pilihan raya kerana ia merupakan pemberian zakat.


(Berbandingan antara dua darjat: Kedua2nya di Galas...)

"Islam menggalakkan saudara baru dibantu bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. Jadi bantuan tidak seberapa yang diberi kelmarin ketika kunjungan Menteri Besar ke penempatan Orang Asal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru.

"Saudara baru termasuk dalam lapan asnaf yang perlu dibantu terutamanya melalui sumbangan duit. Jadi isu ini nampak sangat dipolitik Umno selepas mereka kehabisan modal," katanya.

Dalam Islam, terdapat lapan asnaf yang layak menerima zakat. Salah satu darinya adalah saudara baru atau mualaf iaitu mereka yang baru masuk Islam.

Laman berita Umno semalam menganggap PAS terdesak apabila merasuah wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi Orang Asal di perkampungan Sendrop.

Pemberian duit zakat kepada tiga Orang Asal tersebut disumbang Tabung Amanah Tok Kenali sebagai bantuan awal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru selepas menganut Islam.



Bagaimanapun bagi Umno pemberian zakat seolah-olah hina bagi mereka. Ini secara tidak langsung menggambarkan Umno benar-benar memperjuangkan kebendaan tanpa menghiraukan kehidupan rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, Umno cuba menyembunyikan perkara sebenar pemberian zakat disampaikan Menteri Besar kepada tiga Orang Asal yang menganut Islam.

Katanya, segala strategi Umno bagi memburukkan PAS ternyata menyimpang jauh termasuk juga isu khalwat yang dijaja mereka terkena kepada batang hidung pemimpin Umno sendiri.

Artikel berkaitan:
- Hikmah semasa berkempen di Galas: Tok Guru Islamkan 3 orang penduduk Asal

~penarik beca

~penarik beca


Jangan buka pintu fitnah dalam tempoh berkempen

Posted: 03 Nov 2010 12:01 AM PDT

dollah yankee

dollah yankee


PRK Galas: Sori, pengundi Galas tak baca blog politik!!!

Posted: 02 Nov 2010 09:56 PM PDT

Minta maaf, orang-orang di-Galas tak baca internet. Jadi kalau blogger-blogger yang pro BN/umno rasa kempen-kempen mereka melalui media elektronik atau melalui blog-blog politik boleh meng'saiko'kan kepala otak pengundi-pengundi Galas untuk memancing undi, mereka silap banyak. Jadi, blogger-blogger yang pro BN/umno boleh tulis apa pun, boleh cakap apa juga benda yang tak baik tentang Pakatan Rakyat/PAS, pengundi-pengundi Galas tak akan tahu pun.

Kalau kem BN/umno di Galas rasa media-media cetak kepunyaan mereka mampu mereka-reka cipta benda-benda tak betul untuk tatapan pengundi-pengundi Galas, juga mereka silap sebab orang-orang di Galas tidak mesra akhbar-akhbar harian yang ada. Mereka 'fobia' dengan cerita-cerita yang dibuat-buat didalam akhbar-akhbar harian yang pro BN/umno ini. Senang cakap, orang-orang di Galas tak baca paper.

Blog dan internet mereka tak baca, paper juga mereka tak baca, jadi sumber dari mana mereka dapat berkenaan dengan isu-isu semasa politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya??

Orang-orang di-Galas hanya dapat maklumat melalui kempen ceramah-ceramah yang telah diatur oleh Pakatan Rakyat, dan dalam ketika mendengar ceramah-ceramah itu lah risalah-risalah seperti Galas Kito, Buletin Darulnaim serta Harakah yang memuatkan cerita-cerita benar berhubung dengan isu royalti minyak, kepincangan pentadbiran kerajaan persekutuan, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, pengundi hantu, Tengku Li hilang masa hari penamaan calun dan macam-macam lagi isu-isu yang besar dan kotor dalam BN/umno menjadi pengganti kepada paper dan internet untuk diedar kepada pengundi-pengundi di-Galas dan mereka begitu gembira untuk membacanya dengan senang hati.

Di khabarkan juga oleh gurkah-gurkah politik di'port' yang akhbar Berita Hairan dalam usaha mereka untuk membantu BN/umno berkempen dan untuk 'counter-atack' risalah-risalah dri PAS/Pakatan Rakyat itu, juga telah mengeluarkan risalah-risalah tentang salah tadbir kerajaan PAS Kelantan TG Nik Aziz, tapi oleh kerana orang-orang Galas tak baca paper, maka risalah dari Berita Hairan itu banyak tak terusik, dan hanya diedar kepada kalangan penyokong-penyokong dan petugas-petugas pilihanraya BN/umno dari luar sahaja. Ini menunjukan yang orang-orang di-Galas tak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari kem BN/umno itu dan tak termampu mereka untuk cuci kepala otak pengundi-pengundi DUN Galas.

"Demo buat lawok dehhh..!!" itu yang orang-orang dan pengundi-pengundi di-Galas kata bila menatap risalah-risalah yang telah di keluarkan oleh Berita Hairan untuk BN/umno.

"Kito mesti ikut amanat Tok Guru wehh..!!" kata yang lain selepas 'meng-keronyok' risalah-risalah dari Berita Hairan yang diedarkan kepada mereka.

Cina-cina di Galas pula kata "PAS/Pakatan Rakyat perlukan undi orang-orang cina jika mahukan Putrajaya, jadi kita akan bagi laluan kepada Dr.Zulkefli".

dollah yankee -
Yang nak pangkah pada PRK ini adalah orang-orang Galas, bukan BigDog.com, bukan Rocky Bru, bukan Tukar Tiub, bukan Kuda Kepang dan bukan juga dollah yankee...

Kah..Kah..Kah..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE FROM GALAS AND BATU SAPI

Posted: 03 Nov 2010 06:00 PM PDT

COVER IT LIVE

Posted: 03 Nov 2010 03:01 PM PDT

PILIHANRAYA BATU SAPI DAN JUGA GALAS.


AKAN DI PANCARKAN SEAWAL MUNGKIN HARI INI....TETAP BERSAMA BLOG INI DENGAN MEMBERI KOMEN,GAMBAR,PERATUSAN DAN JUGA LAIN-LAIN MAKLUMAT.

JIKA PILIHANRAYA DI MANEK URAI..KITA MENDAPAT BANYAK INFO DARI BERBAGAI SUMBER YANG BERADA DI DALAM BILIK UNDI.

PERDANA MENTERI......

Posted: 03 Nov 2010 03:00 PM PDT

UNDILAH PARTI BARU.....SPReM. ANTARA 2 DAREJAT .NAK TAU APA CITA TENGOK...... 2 BERITA YANG BERBEZA

Posted: 03 Nov 2010 02:58 AM PDT




1. BERBARIS AMBIL DUIT DI PEJABAT MCA?????? WALAU DI NAFIKAN ???-BUKAN RASUAH


2. TN GURU BERI WANG ZAKAT KEPADA SAUDARA BARU YANG MEMELUK ISLAM-RASUAH


1

SIAPA EGEN AMERIKA?

Posted: 03 Nov 2010 02:48 AM PDT


KALAU ANWAR JUMPA SAH NAIK MENCANAK ANWAR EGEN AMERIKA???

POLIS..POLIS...POLIS...MEREKA AMBIK RASUAH..BUKAN ZAKAT...ORANG CINA TAK KENAI ZAKAT

Posted: 03 Nov 2010 02:35 AM PDT


Joseph Sipalan | Nov 3, 10 3:14PM
dikemaskini 4:30pm Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.










NIK AZIZ BERI WANG ZAKAT SPReM KATA RASUAH.

PENGUNDI AMBIL DUIT DI SANDAKAN SPReM KATA BUKAN RASUAH




Justice For All

Justice For All


Siaran Langsung Hari Pengudian PRK Galas & Batu Sapi

Posted: 03 Nov 2010 07:36 PM PDT

Saya yakin yang PAS akan menang di Galas..Batu Sapi, kedudukannya 50-50. Tapi macam ada harapan untuk Yong Teck Lee lakukan kejutan..

LIVE COVERAGE ! Pilihanraya DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi !!

Kita Doakan Kejayaan PR Hari Ini

Posted: 03 Nov 2010 06:40 PM PDT

Semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada PR di PRK Galas dan Batu Sapi..

Penentuan Batu Sapai, Galas hari ini

Masa pengundian: 8 hingga 5 petang

Pengiraan undi: Bermula 6.30 petang

Keputusan: 9 malam

8.25am: (Galas) Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.

8.15am (Galas) Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

(Batu Sapi) Di SMK Agama Sandakan di Taman Mawar - salah satu pusat pengundian terbesar - hanya beberapa orang sahaja yang turun mengundi. Ia merupakan kawasan majoriti Cina.

8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkifli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

8.00am Cuaca baik mengiringi pemilih bagi membuat keputusan di 12 pusat pembuangan undi DUN bawah parlimen Sandakan, Sabah.

Kesesakan jalan raya mula berlaku di depan pusat pengundian SMK agama di Taman Mawar apabila pemilih bula bergerak.

Bagi DUN ini, berlaku pertembungan tiga penjuru antara calob Linda Tsen Thau Lin (BN), Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR)

Daripada 12 pusat pengundian, dua akan ditutup lebih awal - satu pada jam 3 petang dan satu lagi pada jam 4 petang - disebabkan jumlah pemilih yang kecil di kawasan tersebut. Semua peti undi lain ditutup pada jam 5 petang.

Sebelas sekolah dipilih sebagai tempat pengundian manakala sebuah lagi perpustakaan daerah digunakan.

UMNO Main Kotor Sebelum Pengundian Hari Ini

Posted: 03 Nov 2010 05:59 PM PDT

Tanda Awal Kekalahan UMNO di Galas..

Gambar Asal

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura
Terkini 3 Nov 2010 - Angkara siapa ??? Hasil tinjauan awal Team IT Pemuda Dun Sura yang baru sahaja menjejakkan kaki di PRK Dun Galas pada jam 1 pagi 3 November 2010. Tidak pasti samada perkara ini sudah lama atau baru sahaja berlaku.Yang penting kita sama-sama berkongsi cerita-cerita asam garam di Pilihanraya Kecil Dun Galas ini.Secara logiknya tentulah didalangi pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan pemasangan kain rentang ini. Tanpa menuduh mana-mana pihak, perbuatan tidak bertamaddun ini amatlah dikesali disaat pihak lawan melaungkan kononnya kempen secara persahabatan. - muslimenunited

Takde Gunanya Berkokok BN Amal Roswah, Kalau PR Tak Ambil Tindakan Undang-Undang

Posted: 03 Nov 2010 05:06 PM PDT

Apalagi Keadilan. Pohonlah injunksi larang BN Bertanding dalam PRK Batu Sapi. Dakwa BN kerana roswah. Bukannya berkokok je kata UMNO Roswah pengundi Batu Sapi..

DSC_0726SANDAKAN 3 Nov - Kurang 24 jam dari hari pengundian pilihan raya kecil batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi esok, Umno-Barisan Nasional bertungkus lumus dengan memberi rasuah dalam pelbagai bentuk untuk meredakan gelombang rakyat yang dijangka menggunakan hak mereka yang di jamin di bawah Perlembagaan untuk menolak parti itu di peti undi.

Suara Keadilan serta petugas Pakatan Rakyat telah memperolehi bukti dalam bentuk gambar dan video perbuatan Umno-BN yang menabur segala macam insentif dan gula-gula politik membeli undi di Batu Sapi. Tinjauan di kawasan perumahan rakyat MPS di Karamunting semalam mendedahkan bagaimana bilik gerakan BN di kawasan tersebut secara terang-terangan mengagihkan lebih 30,000 keping zink yang berharga kira-kira RM18 sekeping kepada penduduk di situ.

Ketika ditanya salah seorang penerima 'bantuan' BN memberitahu setiap penerima mesti menunjukkan bukti slip daftar mengundi yang dikeluarkan oleh bilik gerakan.

Setiap pengundi mendapat 10 keping zink namun penduduk yang tidak berpeluang menikmati 'imbuhan' BN melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sikap diskriminasi terhadap mereka.DSC_0734

Di sebuah hotel terkemuka di sini Suara Keadilan mendapat maklumat BN menghulurkan RM1,000 kepada berpuluh-puluh pengundi yang pergi ke hotel tersebut untuk menerima wang tunai sebagai imbuhan unuk memberi undi mereka kepada BN.

Dua hari lalu Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor, Dr Daroyah Mohd Alwi membongkar tindakan BN yang mengepilkan wang tunai sebanyak RM30 pada setiap slip daftar mengundi di Kampung Segaliud. IMG_3085

Salah satu slip tersebut telah ditunjukkan oleh salah seorang pengundi Batu Sapi kepada Dr Daroyah."Beliau pergi ke bilik gerakan BN untuk menyemak daftar mengundi dan kemudian diberi slip yang telah dikepilkan wang. Jadi ini jelas BN memang memberi rasuah kepada pengundi," kata beliau

Dulu Fitnah Calon PAS Galas Berkhalwat..Sekarang Fitnah Dr Zul Kaki Rokok Pula..

Posted: 03 Nov 2010 03:49 PM PDT

UMNO ni tak habis-habis fitnah orang. Dulu fitnah calon PAS, Dr Zul berkhalwat. Alih-alih tak kena kerana nama perempuan yang kononnya berkhalwat dengan Dr Zul, adalah ibu sendiri. Takkan anak dan mak duduk serumah dikatakan khalwat. Kali ini UMNO dah habis modal dan gila meroyan, tuduh calon PAS merokok pula. Katanya Nik Aziz tipu rakyat Galas kerana pilih calon PAS yang merokok.

Ini gambar yang blogger gila UMNO ambil (sini), kononnya gambar Dr Zul isap rokok.

Dan ini gambar sebenar Dr Zul.

Nah..nampak perbezaan yang ketara antara keduanya. Gambar dari blog umno, 'dr zul' bermisai. Sedangkan dia takde misai. Nampak sangat blogger UMNO ni menipu. Ntah gambar sape diambilnya, pastu kata Dr Zul isap rokok. Memang berdosa besar betul kaki fitnah ni. Apapun buat pengundi Galas, tengoklah gelagat ahli UMNO ini. Suka memfitnah dan adu domba. Sesuai ke kaki fitnah jadi tok wakil. Tentulah tak sesuai kan..

* Ini gambar betul-betul...bukan photoshop. Huduh betul perangai betina UMNO

Maaf Kasar Malam Ni...'Ustaz' Md Nor Deris Sebenarnya Spesis Syaitan

Posted: 03 Nov 2010 07:28 AM PDT

Mohd Nor Deris ni sapo? Sampaikan ada kasyaf suruh tak salam dengan Tok Guru Nik Aziz. Pastu tuduh PAS tak ikut Al-Quran. Woooi, adakah UMNO ikut ayat ini..

(Terjemahan): " Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al Quran, Surah Al Maa-idah, Ayat 38).

Ada ke UMNO buat ini?? Tu belum lagi bab zina, minum arak, bunuh dan roswah..semuanya UMNO guna hukum kafir diceduk dari India dan British. Satu lagi nak tanya Md Nor Deris, acu cuba try terangkan, kenapa Perlembagaan PAS dan UMNO berbeza dalam dasar mereka. Cuba buat perbandingan jika anda benar-benar celik.

Perlembagaan PAS

BAB YANG KETIGA: TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Perlembagaan UMNO

FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara

UMNO perjuangkan melayu, bukannya islam. Nah Md Deris, tangan pemimpin UMNO syaitan ke atau tangan pemimpin PAS. Atau Md Deris itu sendiri manusia berwajah syaitan. Syaitan bisu pertahankan UMNO yang sesat..

Calon SPM UMNO Guna Penari Separa Bogel Untuk Menang Di Galas

Posted: 03 Nov 2010 06:48 AM PDT

Apa kes ni UMNO. Sampaikan sanggup suruh penari separa bogel berkempen untuk UMNO. Kalau menang, bukan kerana kewibawaan calon SPM, tapi kerana penari bogel. Memang benarlah UMNO ni sesat. Buat 'Ustaz' Md Nor Deris, adakah ini tak dinamanya tentera ahzab???

SPR Lebih Busuk Dari Kolam Indah Water

Posted: 03 Nov 2010 04:43 AM PDT

SPR merupakan jabatan kerajaan yang paling hampeh kat negara ini. Banyak tindakannya yang bias, tak adil. Kalau ada laporan PR buat hal dalam PRK, tak sempat naik lif, terus terjun tangga siasat pemimpin PR itu. Terbaru kes Tok Guru Nik Aziz bagi zakat kat orang asli. Belum apa-apa lagi, dah nak siasat. Tapi bila Puteri UMNO dan Muhyiddin bagi roswah, dipejamnya mata rapat-rapat oleh SPR ini. Mana dia keadilan. Memang tak halal duit kita bayar gaji kakitangan SPR ini. Teruk betul..

Satu lagi SPR ni lebih suka ikut telunjuk UMNO daripada rakyat. UMNO tak nak buat cap jari, diikutnya kata UMNO itu. Soal pengundi hantu, usah ceritalah. Memang hampeh. Lepas ni kalau PR memerintah Malaysia, apakata kita tukar je nama SPR ini. Sebab SPR ni dah busuk namanya. Lebih busuk dari kolam Indah Water.

Kalau suruh 10 orang angkat tangan setuju yang SPR kaki roswah, sudah tentu 9 orang angkat tangan setuju..testlah kalau tak percaya