1 Nov: Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Galas 3 hari lagi, UMNO menerima kejutan hebat apabila Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.
Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menghantar permohonan itu kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan penerimaannya jam 10.45 pagi tadi.
Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno.
Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing."Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.
Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalkan segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.
Mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.
"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi.
Soberi berkata, selepas keluar Umno beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.
Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.
Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.
Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.
Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat. Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!"
Azian Ariffin, yang mewakili pemilik tanah di Balik Pulau, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.
Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.
Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.
Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka - malaysiakini
ALOR SETAR: Dia dikenali sebagai penyampai radio yang mempunyai ramai peminat sendiri namun itu tidak menghalang pihak berkuasa daripada menahannya atas tuduhan berkhalwat bersama pasangan berusia 24 tahun, malam kelmarin.
Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.
Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).
Difahamkan, 'orang kuat' stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.
Menurut sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati rumah berkunci.
Katanya, apabila pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati ada seorang wanita di dalam rumah itu yang turut berpakaian lengkap dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan mahram atau suami isteri.
"Lelaki itu mengaku mengenali pasangannya ketika wanita yang berasal dari Sarawak itu menjalani latihan amali di stesen radio berkenaan beberapa bulan lalu," katanya.
Sumber itu berkata, penyampai radio itu juga memberi alasan menemani pasangannya menjamu selera kerana wanita itu menyewa seorang diri di rumah berkenaan.
Difahamkan, penyampai radio itu terkenal di kawasan utara Semenanjung menduda sejak beberapa tahun lalu manakala wanita berkenaan masih bujang.
Sumber itu berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan penyampai radio berkenaan kerap bermalam di rumah wanita itu selepas waktu kerja atau pada hari cuti dan hanya pulang keesokan hari.
"Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. - myMetro
Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin menjawab cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahamad Maslan yang mencabar apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. PAS ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara Malaysia, bukan berada di bawah negara Mozambique.
Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini.
Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK10 pada 25 Jan 2010.
Dakwaan Ketua Penerangan Umno tidak ada pembangunan yang PAS laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manek Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula.
Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan Umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.
Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan PAS mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan hutang lapuk zaman Umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat rayalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan Umno.
Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat orang miskin, majoritnyai Melayu. Cabaran Penegrusi Anak, Saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut.
Sebelum beliau cabar apa PAS buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu ke mana wang Felda telah menguncup daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak Sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah - HD
GEORGE TOWN, 1 Nov – Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.
Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang.
Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan.
Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.
"Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya.
Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi.
Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas.
Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata ia merupakan cara pakatan pembangkang untuk menghalangnya mengikuti persidangan DUN dan perbahasan Bajet kali ini.
"Saya adalah ketua pembangkang yang paling vokal dan selalu mengkritik pemerintahan mereka, ini juga yang pertama berlaku dalam sejarah Pulau Pinang. Selepas ini Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Telok Bahang-BN) akan menggantikan tempat saya," kata beliau dipetik Bernama.
Beliau yang mengakui ''sakit hati'' dengan keputusan yang diluluskan itu menyifatkan corak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini lebih bersifat ''ala Guan Eng''.
Ditanya mengapa beliau tetap enggan memohon maaf walaupun berkali-kali diminta berbuat begitu beliau berkata:
"Untuk apa saya minta maaf, saya tidak bersalah, saya teraniaya, ini cara mereka untuk tutup mulut saya," katanya. - TMI
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
BRAVO Azmin !! Hari ketiga menyaksikan Azmin mendahului Zaid Ibrahim di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Aku tidak peduli apa yang KJ Ketua Pemuda Umno sebut, kurangnya ahli PKR hadir mengundi sebagai bukti PKR akan runtuh. Sebabnya, aku dah jemu dengar cerita PKR akan runtuh semenjak mula-mula parti ini bertapak. Apa yang aku tengok dan terbukti semua lihat, yang mahu runtuh dan karam adalah Umno.
Berbalik kepada pemilihan jawatan kedua tertinggi dalam PKR sekarang. Calon popular, Azmin pada ketika ini masih mendahului saingan terdekatnya Zaid. Kedua-duanya telah berkempen dengan berbagai cara, cuma yang boleh dipuji kedua-duanya tidak menggunakan kuasa `RM' (bukan Rosmah Mansor, tau!!). Ikut cerita, memang la ada kedua-duanya gunakan duit kununnya membeli undi. Kalau tanya penyokong Zaid, tentu Azmin yang gunakan duit. Begitulah sebaliknya jika ditanya pada penyokong Azmin. Apa yang pasti, tiada seorang pun berani bawa bukti ke pihak bertanggungjawab di dalam PKR untuk siasat dakwaan mereka. Justeru itu, kita anggap kedua-duanya bebas dari palitik wang yang sering menjadi amalan Umno itu.
Kedua-dua tokoh tersebut memang hebat pada pandangan ahli-ahli PKR di akar umbi. Sdr Mustafa Kamil Ayub juga tokoh yang hebat malah dilihat lebih hebat dari Zaid Ibrahim kerana beliau bergelumang susah dan senang bersama parti. Beliau wujud ketika era reformasi lagi bukan ketika parti ini sudah menjadi kuat seperti sekarang. Tetapi, sedikit kekurangan yang ada pada Sdr Mustafa Kamil adalah kerana beliau gagal di Cabangnya sendiri. Tetapi itu bukan syarat untuk dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR, apatah lagi beliau dilihat tidak banyak kontroversi sepanjang kempen berjalan.
Azmin Ali pula memang tokoh yang diharapkan boleh menggugat Umno di masa akan datang seandainya DS Anwar terkurung di dalam penjara. PKR memerlukan tokoh seperti Azmin yang boleh menaikkan semangat, berani dan teruji di dalam menghadapi gelombang reformasi alaf baru nanti. Tentu sekali Umno tidak mahu melihat Azmin berada di kerusi nombor dua, apatah lagi di sayap AMK pula Chegu Bard hampir pasti menjadi Penerajunya. Kedua-dua tokoh ini berkeupayaan membangkitkan semangat rakyat untuk terus menghumban Umno/Bn dari tampuk kekuasaan mereka sekarang.
Sehubungan itu, tidak hairanlah media-media kepunyaan Umno dan kerajaan sekarang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej Azmin. Bagi mereka Azmin adalah bayang-bayang kepada DS Anwar. Kita tidak melihat Azmin bertanding di bawah pengaruh DS Anwar, tetapi jika mereka menyebut Azmin adalah bayang-bayang DS Anwar, kita mungkin boleh menerimanya.
Apa pun keputusan pemilihan nanti, setiap penyokong wajib menghormatinya. Jangan dicari kelemahan sebesar hama tetapi tidak melihat kebaikan sebesar gajah. PKR bukan parti para Malaikat, begitu juga pemimpinnya. Pemilihan yang julung kalinya berasaskan `satu kepala, satu undi' yang diperkenalkan oleh parti ini sudah tentunya mempunyai beberapa kelemahan. Menjadi kewajipan pihak berkenaan di dalam parti untuk memperbaikinya agar di masa akan datang, segala masalah yang timbul akan dapat dikurangkan./wfauzdin.blogspot.com
Ikuti klip video ini bagaimana orang tua gila ini berbicara setelah beliau membuat onar di rumah seorang penduduk yang dilawati oleh Tuan Guru Nik Aziz. Apabila melihat video ini, saya ternampak dua tanduk tumbuh di atas kepalanya.....
Orang tua gila ini langsung tiada hujah. Hujahnya semata-mata PAS berkawan dengan DAP dan itulah sebabnya dia menjadi gila dan meroyan. Kesihan melihat orang tua seperti ini. Moga-moga orang tua kita tidak menjadi gila sepertinya. Mungkinkah ini hukuman Allah terhadapnya akibat terlalu menyokong Umno Apco? Wallahu Aklam.
KUALA LUMPUR, 1 Nov - Berkuatkuasa 2 November, harga minyak petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadikan harga terkini minyak petrol jenis terbabit kepada RM2.15 seliter. Kali terakhir harga minyak petrol RON97 dinaikkan adalah pada 15 Julai lalu yang menyaksikan lima harga barangan keperluan asas dinaikkan.
Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO ketika itu memberikan alasan bahawa kenaikan tersebut perlu bagi "mengurangkan beban subsidi" minyak petrol yang terpaksa ditanggung kerajaan. Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa harga minyak petrol RON 97 akan ditentukan melalui apungan yang terkawal sambil menetapkan bahawa hanya minyak petrol RON97 sahaja boleh dijual kepada kenderaan yang berpendaftaran luar negara.
Pemotongan subsidi berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan Kerajaan BN untuk mengurangkan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) yang diketuai oleh Idris Jala, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kenaikan harga minyak petrol RON97 berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini, dalam pembentangan bajet 2011 nya mengumumkan cadangan pembangunan beberapa projek mega, antaranya Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.
Projek-projek mega tersebut, katanya boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan disamping menarik minat lebih ramai lagi pelancong ke nagara ini. Idris pula, pada awal tahun ini juga pernah memberi amaran bahawa kenaikan lima harga barangan asas itu perlu bagi mengurangkan beban subsidi yang boleh menyebakan negara ini menghadapi kemungkinan muflis jika sebaang langkah pengurangan subsidi berkenaan tidak dilaksanakan./TVNews
MELEGAKAN, YB Azmin masih mendahului undian bagi jawatan Timbalan Presiden PKR setakat berita ini. Awalnya, dikatakan Dato Zaid meninggalkan YB Azmin sekitar 500 undi, tetapi di dalam sidang media terkini oleh Setiausaha Agung PKR YB Saifuddin, menyebut sebenarnya YB Azmin yang mendahului sekitar 500 undi. Kesilapan awal dikatakan kerana kesilapan kemasukan data.
Di dalam pemilihan besar di dalam parti seperti ini mengapa berlaku kesilapan sedemikian? Adakah petugas di bawah Setiausaha Agung tidak terlatih di dalam menguruskan kemasukan data? Ini bukan kesilapan kecil, kerana pemilihan di dalam PKR kini menjadi tumpuan seluruh negara hatta dunia luar juga memantau perkembangan pemilihan kali ini. Jangan ada tuduhan `sabotaj' atau konspirasi akibat kelemahan petugas seperti ini. Jika perlu, keluarkan petugas yang bertanggungjawab tersebut kerana memalukan parti.
Tidak hairan nanti, media pencacai akan mengambil peluang di atas kelemahan seperti ini. Maka, Setiausaha Agung perlulah menjawabnya.
KUALA LUMPUR 1 NOV : Kolumnis Awang Selamat dicabar membuktikan tuduhan beliau bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan parti paling rasis di dunia dalam satu perbahasan terbuka.
DAP memberikan tempoh seminggu kepada Awang Selamat mahupun Utusan Malaysia bagi memberikan jawapan sama ada akhbar itu berani tampil membuktikan tulisan Awang Selamat dalam kolum akhbar berkenaan.
"Penyerangan Utusan yang dimiliki oleh Umno terhadap DAP kian lama kian ektrem dan keterlaluan.
"Mereka turut menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas dasar kebajikan, pengambil alihan tanah untuk membina hub pendidikan, isu penjaja-penjaja dan lain-lain perkara di mana kami dituduh menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang," kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee.
Semalam, kolumnis Awang Selamat menulis bahawa DAP merupakan sebuah parti yang mempunyai agenda tersendiri antaranya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik.
"Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air.
"Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi tanpa menggunakan senjata.
"Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik," tulis Awang dalam kolum Mingguan Malaysia semalam.
Menurut Tony, perbahasan itu tertumpu kepada desakan-desakan Utusan dan Umno mengenai "DAP dan Melayu".
Bahkan ujarnya, penyunting dan pemilik Utusan Malaysia tidak seharusnya berselindung di sebalik nama pena untuk melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap DAP dan pembangkang.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga beranggapan, tindakan Awang Selamat dan Utusan Malaysia tidak ubah seperti penembak curi yang pengecut.
"Kami ingin memberikan peluang terbuka kepada Utusan Malaysia untuk membela diri mereka seperti hulubalang kaum yang tulen.
"Kami berani kerana benar dan berharap supaya Utusan Malaysia mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menghadapi pihak DAP yang dikatakan sebagai musuh utama mereka.
"Kami ingin membuktikan bukan sahaja kami tidak bertindak rasis, kami bersama-sama dengan rakan seperjuangan kami di Pakatan Rakyat, menambahbaikkan nasib orang Melayu bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di negeri lain di mana DAP merupakan sebahagian kerajaan negeri," tambah Tony.
Ujarnya lagi, DAP juga bersetuju sekiranya perbahasan ini dianjurkan oleh mana-mana pihak bebas termasuk Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) mahupun media milikan Umno seperti Tv 3.
"Kami sedia menunggu berita baik daripada Utusan Malaysia," tambah beliau./TVSelangor
Saya tidak pernah dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis ini. Tidak pula saya disogok dengan pelbagai imbuhan kain batik, tin Milo mahupun biskut Marie sehingga penulisan ini dikeluarkan. Kemungkinan besar "spiritual reward" yang mengasak diri saya untuk menulis penulisan ini. Itupun kalau anda samakan spiritual reward itu dengan pahala.
Ya, pahala! Benda yang kita semua cari. Orang bukan Islam sekarang pun sudah faham konsep dosa pahala. Tinggal nak mengucap syahadah sahaja. Insya Allah. Saya rasa sesak. Jiwa saya rasa kusut. Sejak dari tadika hingga sekolah rendah, menjengah sekolah menengah hingga kini saya di pengajian tinggi di luar negara, dua isu yang asyik-asyik diulang tiada berkesudahan. Saya harapkan penulisan ini bukan hanya didengar oleh orang yang berbuat perkara ini semata-mata sebaliknya pihak-pihak yang belum buat dan kemungkinan bakal buat, sila cakna dan ambil perhatian.
Anda semakin menghampiri kuasa, semakin itu kami selaku rakyat biasa perlu ingatkan anda. Lagipun, semakin pemimpin ditegur dan pemimpin berubah lantaran akur, semakin kami sayang anda semua - wahai para pemimpin yang sudi mendengar teguran dan nasihat. Pertama, isu biasiswa. Ada kawan saya menyuntik provokasi. Kenapa apabila kita bercakap tentang dasar-dasar baik seperti pemberian biasiswa, ia selalunya dinisbahkan kepada 'kerajaan Malaysia', tetapi apabila bila apabila kita bercakap tentang dasar-dasar jahat seperti percambahan kelab-kelab malam atau konsert Adam Lambert, serta merta ia dinisbahkan kepada 'Umno'? Provokasi yang terbaik pernah saya terima. Saya fikir dan terus fikir.
Sekali imbas macam betul kenyataan itu. Tetapi dua kali imbas, baru saya sedar, rakan saya sedang mengajar saya untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Setiap kerajaan ada tanggungjawab asasnya. Tanggungjawab asas kerajaan mudah, untuk memastikan kemudahan asas kepada rakyat dipenuhi. Asas seperti makanan dan tempat tinggal adalah di antara yang pasti. Ini termasuk juga pendidikan. Sejak tahun 1952, Artikel 2 di dalam Protokol Pertama di dalam Konvensyen Eropah berkenaan Hak-Hak Asasi Manusia telah mewajibkan semua pihak autoratif untuk memastikan hak pendidikan dalam kalangan rakyat dipenuhi.
Di peringkat global, Perjanjian Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Ekonomi, Sosial dan Hak-Hak Budaya tahun 1966 turut menekankan hak yang sama di dalam Artikel 13-nya. Oleh itu, memandangkan tanggungjawab memberikan pendidikan sebagai contohnya biasiswa adalah tanggungjawab asas kerajaan, maka biasiswa sama ada daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional mahupun daripada Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat hatta Kerajaan Persekutuan Sosialis mahupun Komunis, tidak harus dijadikan modal politik murahan semata-mata untuk menonjolkan perkara yang memang sepatutnya dilaksanakan. Ia perkara biasa, bukan perkara luar biasa yang harus sangat-sangat dibangga sehingga ke tahap menjadikan ia agenda.
Menyebutnya kita faham, tetapi menyanjungnya suatu perkara yang bagi saya agak berlebihan. Dari segi dasar yang bukan asas, atau dalam erti kata lain, dasar alternatif seperti undang-undang atau kelulusan program-program hiburan contohnya, itu sememangnya bergantung kepada pembawaan ideologi dan kefahaman pemerintah berkenaan isu-isu alternatif berkenaan. Dalam kes konsert hiburan oleh artis gay Adam Lambert, bagi kerajaan yang mementingkan hiburan untuk mendidik rakyat dengan mengetepikan sebarang anasir jahat daripada terpahat pasti akan sedaya upaya untuk tidak meluluskan konsert berkenaan.
Bagi kerajaan yang mementingkan hiburan untuk mendidik rakyat dengan mengetengahkan hiburan yang menjulang nilai-nilai positif yang proaktif dan efektif pasti akan sedaya upaya untuk mengetengahkan figur-figur yang layak dijadikan contoh kepada masyarakat. Nama-nama artis teladan seperti Sami Yusuf yang baru menerima anugerah Doktor Kepujian daripada University Roehampton di London kerana sumbangannya terhadap dinamisme dunia muzik global mahupun Cat Steven yang telah menerima anugerah Man for Peace oleh Mikhail Gorbachev itu akan dijulang konsert mereka.
Namun, syabas untuk kerajaan Umno atas kelulusan konsert Maher Zain yang begitu menyuntik jiwa untuk menyebarkan kebaikan. Cuma lagi elok, konsert-konsert yang menyebarkan kejahatan turut sama dinyahkan. Isu kedua adalah isu undi sesebuah parti akan masuk syurga ataupun neraka. Saya menarik nafas panjang. Menghelanya dengan tenang untuk cuba memikirkan dengan rasional berdasarkan ilmu tegukan 'alim ulama'.
Berdasarkan kefahaman saya, kalau kita sokong orang buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita gantikan orang baik dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita dapat pahala, insya Allah, Allah swt menjanjikan kita dengan syurga. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat baik, sudah pasti insyaAllah, syurga akan menjadi tempat balasan kita. Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi.
Perkara ini bukan sahaja untuk PAS malah juga untuk Umno. Kalau Umno urus negara dengan baik, ikut apa yang Allah swt suruh, tinggal dan cegah apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong Umno, kita akan masuk syurga juga. Sebaliknya, kalau kita sokong orang buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita gantikan orang jahat dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita dapat dosa, nauzubillah, Allah swt mengazab kita dengan neraka. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat jahat, sudah pasti nauzubillah, neraka akan menjadi tempat balasan kita.
Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk Umno malah juga untuk PAS. Kalau PAS urus negara dengan teruk, tinggal apa yang Allah swt suruh, buat apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong PAS, kita akan masuk neraka juga. Maka, isunya bukan sama ada PAS memainkan isu undi masuk syurga atau tidak, isunya sama ada kerajaan PAS atau Umno yang membawa kita kepada syurga atau neraka dek kerana dasar-dasar mereka.
Saya sudah kata dari awal, penulisan ini tidak dibayar. Ia adalah untuk mereka yang sudah buat salah dan bakal buat salah kalau tidak ditegur awal. Yang buat salah, silalah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Yang belum buat salah, berazamlah untuk tidak berbuat salah. Kelak, kami tidak akan mengundi orang yang menyeru kami ke neraka!
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mahu mendirikan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan perbelanjaan RM 5 billion tetapi tidak mampu menyelenggarakan jambatan kecil dan usang di Kampung Gas, Sandakan, lapor TV Selangor.
"Apa yang ada dalam Bajet 2011 yang mengutamakan penduduk Batu Sapi. Yang difikirkan oleh Najib ialah mahu mendirikan menara 100 tingkat dan mengkayakan kroni mereka.
"Balak berpuluh bilion diambil tapi jambatan kecil usang di Kampung Gas untuk kegunaan rakyat miskin pun tidak terjaga. Tak guna punya kerajaan!" perli Anwar sambil disahut dengan laungan Reformasi oleh penyokongnya pada ceramah petang semalam.
Sebelum ini calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah jatuh ke laut dua kali akibat keusangan jambatan di Batu Sapi. Kali terakhir beliau jatuh semasa mengggunakan jambatan itu di Kampung Gas.
Anwar berucap di hadapan lebih seribu penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat Sandakan petang semalam dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat.
Katanya, kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Najib yang mewakili Umno-BN.
Beliau berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada 'kubu besi' BN, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon PKR ke Parlimen 4 November ini menjadi pukulan kepada Umno-BN.
"Kita perlu ingat pada pilihan raya umum 2008 pengundi Semenanjung telah menolak Umno-BN dan undi popular yang Pakatan Rakyat perolehi ialah 51 peratus. BN hanya menang disebabkan undi Sabah dan Sarawak, sebab itu mereka label simpanan tetap.
"Pilihan raya Batu Sapi adalah rahmat Tuhan kepada rakyat Sabah, satu peluang kepada pengundi membuat gegaran di Parlimen, membawa isu-isu yang tidak mungkin diperjuangkan oleh wakil BN mahupun Sapp," kata Anwar.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.
"Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.
"Di Kedah pula selepas memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RN2,500, untuk pelajar universiti RM1,000 dan macam-macam lagi," katanya.
Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat Sabah membuat perubahan dengan bersama-sama melakarkan laluan ke Putrajaya bagi mengubah senario politik perkauman dan kronisme yang menjadi budaya Umno-BN sejak 50 tahun.
Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Sapi dianggap penting kepada rakyat Sabah khususnya dalam usaha mendapat pembelaan sebenarnya apabila diabaikan oleh pimpinan BN sejak sekian lama meskipun negeri itu makmur dengan sumber asli dan alamnya.
Seramai 1,615 pengundi pos di P185 Batu Sapi akan membuang undi bermula hari ini./Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.
"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.
Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.
Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.
Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.
Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.
Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.
"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin./Harakahdaily
PETALING JAYA 1 NOV : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution mengakui kesilapan teknikal menjadi punca menyebabkan orang ramai keliru dengan keputusan awal Pemilihan Pimpinan Pusat PKR hari ini.
Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim dikatakan mendahului dengan 3683 undi berbanding Azmin yang mendapat 3051 undi. Bagaimanapun keputusan rasmi yang dikeluarkan hari ini menunjukkan Zaid hanya mendapat 2529 undi. " Keputusan diperolehi ikut cara ini dan panggilan telefon yang diperolehi daripada pengawas. Jadi bila kita lakukan semakan balik kita dapati kesilapan dari sudut panggilan pengawas dan dimasukkan pada kiraan.. Jadi bila itu disedari , saya lakukan kembali semakan berdasarkan angka rasmi dan pengesahan dari pengawas sendiri," jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini.
Saifuddin turut meminta pihak media mendapat maklumat daripada sidang media mingguan beliau yang mengumpulkan data rasmi dari semua cabang. Ulas Saifuddin lagi."Kalau tanya kem calon A, dia akan kata begini dan kalau tanya kem calon B dia akan kata keputusan begini. Mereka juga hubungi bilik gerakan dan ada rangkaian sendiri, "
Beliau turut mengakui kesilapan itu bagaimanapun menolak sebarang pertikaian dan tuduhan tidak telus daripada parti itu bagi memenangkan calon tertentu. "Saya tolak disparensi, sebab itu saya buat sidang akhbar untuk bercakap keputusan semasa dan semua sumber yang diumumkan untuk mengurangkan spekulasi," kata beliau./TVNews
"SUDAH sampai masanya DS Anwar berundur", itu kata Dr Asri. Beliau tidak menyebut secara jelas mengapa perlu DS Anwar berundur. Cuma, beliau menyebut `politik design' DS Anwar kununnya tidak lagi bersesuaian atau tidak boleh diterima. Apa buktinya jika benar begitu? Dan, jika DS Anwar pernah berada di dalam parti dan kini kununnya sudah sampai masanya beliau perlu berundur, mengapa Dr Asri tidak pernah berada di dalam parti?
Persoalannya, mengapa Dr Asri tidak pernah ingin berjuang di dalam parti? Jika beliau tidak berminat untuk aktif di dalam parti dan sekadar untuk menjadi seperti `burung terbang bebas', maka jangan pula memandai menyuruh orang lain berundur dari politik kepartian. Apakah Dr Asri fikir politik itu `bidaah' atau tiada hukum yang mewajibkan berjuang di dalam parti? Apa `politik design' DS Anwar yang Dr Asri anggap tidak betul dan mungkin `haram' untuk kita bersama beliau? Jika Dr Asri boleh berikan hujah bahawa menyokong atau bersama parti yang dipimpin oleh DS Anwar itu bertentangan dengan ugama, saya fikir PAS lah parti pertama yang akan lari dari DS Anwar. Keengganan Dr Asri bersama gerakan Islam melalui PAS satu-satunya parti yang ingin perjuangkan Islam itulah seharusnya kita ragui.
Ini bukan melenting pasal Dr Asri menegur DS Anwar. Ianya sekadar menyuarakan rasa pelik mengapa Dr Asri mahukan DS Anwar tinggalkan perjuangan membela rakyat ini. Bukankah perjuangan itu tidak pernah tamat sehingga ke penghujung nyawa? Apa kata kita minta Dr Asri bersara dari berdakwah kerana beliau pun ada `design dakwah'nya yang kontroversi. Tentu Dr Asri rasa pelik bukan? Atau, mungkin Dr Asri bercita-cita mahu menggantikan DS Anwar sebagai tokoh agung itu? Cukupkah ketahanan Dr Asri untuk menerima ujian sepertimana DS Anwar telah alami? Jika sekadar ujian dibawa ke mahkamah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah, saya fikir belum cukup teruji lagi beliau.
Memang Umno amat suka jika DS Anwar berundur dari politik kerana mereka tahu kerana DS Anwar lah Umno sekarang hampir lingkup. Adakah kerana Umno suka, maka Dr Asri pun suka? Jika benar DS Anwar tidak lagi layak berpolitik, Dr Asri bawalah hujah dan sebut di mana tindakan atau dasar DS Anwar yang boleh menyesatkan umat Islam atau menghancurkan negara ini. Jika setakat menyebut `politik design', jangan lupa Dr Asri juga ada `Dakwah Design'nya yang tersendiri.
Terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pengunduran Tun Mahathir dan Pak Lah. Tun berundur kerana rakyat sendiri terlalu lama mahukan Tun berundur akibat kemungkaran dan kezalimannya. Pak Lah berundur akibat desakan dari ahli-ahli Umno sendiri. Mereka berundur bukan kerana memberi ruang kepada tokoh baru, tetapi TERPAKSA. Tidak pula Dr Asri sibuk menyuruh Najib berundur. Bukan Dr Asri tidak tahu Najib punya angkara bersama Rosmah yang terang-terang banyak melakukan kemungkaran yang nyata. Mengapa Dr Asri mendiamkan diri dan menuding jari pada DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com
ADA `wabak' baru kununnya melanda pemilihan pimpinan PKR. `Wabak' tersebut digelar `Wabak ABA' iaitu `Wabak Asal Bukan Azmin'. Nampaknya istilah wabak terpaksa digunakan apabila melihat Azmin terus berada di hadapan meninggalkan Zaid Ibrahim. Sebelum ini bukan main marah mereka kepada kumpulan Azmin yang dikatakan terlampau berkempen untuk menyingkirkan Zaid. Di dalam masa yang sama mereka cipta `wabak' yang sebenarnya tidak wujud langsung bahkan diada-adakan. Itulah hebatnya kempen di dalam pemilihan PKR kali ini.
Jadi tidak pelik jika ada pula `wabak' lebih hebat daripada itu, mungkin `Wabak ABZ' (Asal Bukan Zaid). Secara tidak sedar, mereka mendakwa seolah-olah Azmin sahaja yang berkempen menyentuh peribadi Zaid. Mereka lupakah apakah yang Zaid perkatakan tentang pemimpin parti sebelum ini? Zaid bukan menegur atau mengkritik parti atau pemimpin jika beliau menggelar Presiden sebagai `Diktator', Ketua Umum umpama `ahli biasa' dan Timbalan Presiden pula `nyanyu'. Bahkan, lebih hebat Zaid `mengadu' kepada akhbar milik Umno iaitu Utusan. Maknanya, jika berani `menyerang' jangan takut untuk `diserang'. Mengapa nampak salah Azmin sahaja?
Memang kita akui Zaid bertindak berani dan berprinsip apabila meninggalkan Umno akibat beliau menentang kezaliman Akta ISA. Itu kita `respect' tetapi lebih kita `respect' dengan Azmin kerana beliau bukan sahaja menentang akta ISA, bahkan beliau pernah menjadi mangsa akta tersebut.
Hujah menyebut menyokong Azmin seolah-olah meletakkan PKR sebagai `parti keluarga atau kroni' adalah hujah untuk memancing undi. Jika begitu keadaannya, tidak perlulah kita menyokong Chegu Bard. Bukankah Chegu Bard juga `ahli keluarga' DS Anwar? Di dalam PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah keluarga Mursyidul Am PAS. Maka, kronikah PAS itu? Ini hujah dangkal dan jika benar puak mereka tidak mahukan `keluarga atau kroni' berada di saf pimpinan PKR, sewajarnya mereka sebelum ini nasihatkan Zaid bertanding Presiden PKR. Mula-mulanya ada terbau Zaid ingin bertanding Presiden, tetapi mungkin dia berfikir seribu kali.
Zaid sejak awal seperti berbelah bahagi semata-mata kerana Azmin. Beliau awalnya seperti tidak berminat untuk bertanding apa jua jawatan. Tiba-tiba berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi bersedia menarik diri jika TS Khalid masuk menentang Azmin. Selepas itu tidak jadi, letak syarat pula ke atas YB Nurul Izzah. Jika YB Nurul Izzah bersetuju bertanding menentang Azmin, beliau bersedia menarik diri. YB Nurul Izzah juga berfikir seribu kali. Akhirnya, Zaid masuk juga bertanding menentang Azmin.
Tidak kisahlah beliau ingin bertanding jawatan nombor dua itu kerana hajat beliau untuk menentukan Presiden Parti agar tidak menjadi `Boneka'. Maknanya, adanya Zaid nanti DS Wan Azizah tidak akan menjadi `Boneka' lagi. Kita jangan lupa, `Boneka' inilah yang berada di dalam Parlimen mulanya keseorangan, kini partinya berjaya memerintah Selangor negeri yang terkaya itu. Siapa yang bantu `Boneka' waktu itu? /wfauzdin.blogspot.com
Kebanyakan pemerhati-pemerhati politik yang ada nama yang tersohor, telah pun membuat ramalan-ramalan mereka berhubung dengan keputusan PRK Galas yang akan berlangsung lagi 3 hari.
Dan kebanyakan ramalan-ramalan itu telah memihak kepada BN dimana ramalan yang mereka buat hanyalah melihat berdasarkan kepada faktor Ku Li semata-mata hanya disebabkan Gua Musang adalah kubu kuat BN dengan pengaruh dari Ku Li yang telah duduk dikerusi parlimen disitu sampai 'berakar'.
Tetapi ramalan-ramalan ini pasti silap banyak sebab pemerhati-pemerhati politik ini tidak boleh dan tak reti nak paham sifat dan kepala otak orang-orang Kelantan.
Kalau tidak, tak kan PAS boleh perintah Kelantan sekian lama? Dah berapa kali pilihanraya umum dah? BN masih gagal.
Menurut lapuran-lapuran terakhir yang telah diterima oleh gurkah-gurkah politik di'port' dari sana, Galas akan tetap menjadi kepunyaan PAS biar pun telah di'perang saiko' kata faktor Ku Li dengan pengaruhnya yang kuat di Gua Musang dan juga gula-gula yang telah ditaburkan.
Kalau kita belah dada orang-orang di-Galas, jangan terkejut kalau akan keluar sepanduk ni.. "Bagi kami ambil, pangkah tetap bulan".
dollah yankee -
Orang asli di sana pun dah start kata "Ku Li pun tak boleh pakai punya orang ..."