Anak Bapa |
| You are subscribed to email updates from Anak Bapa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Anak Bapa |
| You are subscribed to email updates from Anak Bapa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
MIMPI SENJA |
| Dadah : Ameng dipenjara dan didenda Posted: 31 Oct 2010 09:58 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov — Penyanyi kumpulan Spring Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, hari ini dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya. Majistret Zaki Asyraf Zubir membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu. Zaki Asyraf turut memerintahkan Ameng, 42, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu selain pengawasan dari Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) selama tiga tahun. "Mahkamah telah mencapai keputusan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu yang bermula daripada tarikh sabitan," katanya. Bagaimanapun, Zaki Asyraf membenarkan penangguhan hukuman penjara dan pengawasan dengan mengenakan syarat tambahan Ameng perlu memfailkan notis rayuan pada hari ini juga dan wang jaminan sebelum ini iaitu RM3,500 dinaikkan menjadi RM5,500 dengan seorang penjamin. Peguam bela, Kamarul Zaman Abdul Rahman yang mewakili Ameng memberitahu mahkamah anak guamnya itu tiada masalah untuk membayar denda. Zaki Asyraf dalam keputusannya berkata keterangan tertuduh dalam prosiding membela dirinya bahawa wujudnya konpirasi untuk menjatuhkannya adalah tidak berasas dan tiada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapinya. "Selain keterangan saksi pendakwaan yang lain, keterangan tertuduh sendiri yang mana menyatakan dirinya dianiayai adalah satu alegasi yang tidak berasas dan tiada kena mengena langsung dengan pertuduhan ke atas beliau," katanya. Pada 12 Mei lepas, Ameng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3.45 petang 2 April lepas. Dia yang diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun. Pada 7 Sept lepas, mahkamah memerintahkan Ameng, 42, membela diri atas tuduhan itu. Seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dikemukakan sepanjang prosiding itu. — Bernama |
| Mahkamah tolak rayuan KDN - Raja Petra bebas Posted: 31 Oct 2010 09:31 PM PDT PUTRAJAYA, 1 Nov — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin kini bebas selepas Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung pembebasan beliau daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang diputuskan ekoran permohonan habeas corpus dua tahun lalu. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah dimaklumkan bahawa perintah tahanan ISA selama dua tahun ke atas pengendali blog Malaysia Today itu sudah pun tamat. Kementerian Dalam Negeri merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 November 2008 membebaskan Raja Petra (gambar) yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA. Awal September lalu, Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra. Oleh itu, Arifin yang bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra. Apabila ditanya oleh Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, Tun Majid menjawab: "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui." Ketika itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu mahkamah, rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telah pun tamat. "Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun," katanya. Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 September 2010. Pada 7 November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak adalah tidak sah. Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 September 2008. Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad. Dalam permohonan habeas corpus, Raja Petra menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai reponden - TMI |
| P Pinang akan terus beri sumbangan pada warga emas : Guan Eng Posted: 31 Oct 2010 07:48 AM PDT TASEK GELUGOR, 31 Okt — Kerajaan Pulau Pinang akan terus memberi sumbangan wang penghargaan kepada warga emas dan waris warga emas yang meninggal dunia selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu. "Selaku kerajaan negeri yang bertanggungjawab di Pulau Pinang, kami tetap berpendirian tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan dan usaha mana-mana pihak yang mahu menggagalkan usaha membantu dan membela nasib warga emas dan mereka yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini. Lim (gambar) berkata, inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai warga emas berusia 60 tahun dan juga waris kepada warga emas yang meninggal dunia adalah bagi mengiktiraf golongan warga emas di Pulau Pinang. Beliau juga berkata, oleh kerana kepimpinan kerajaan terdahulu gagal untuk menobatkan warga emas sebagai sesuatu yang amat berharga bagi mereka dan apabila usaha diambil kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mendapat sokongan rakyat, tindakan menggagalakan program ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang cemburu dan iri hati. "Telah beberapa kali kita menjelaskan bahawa kerajaan negeri memperoleh lebihan RM88 juta bagi kali pertama pada 2008 dan lebihan sebanyak RM77 juta pula pada 2009 hasil perbelanjaan berhemah dan jimat cermat. "Kerajaan negeri juga telah mendapat pengiktirafan dalam usaha menentang rasuah kerana pengurusan kewangan yang baik daripada Ketua Audit Negara buat kali kedua tahun ini," kata beliau pada majlis sumbangan RM1,000 seorang kepada 153 waris warga emas yang meninggal dunia, di Sungei Dua di sini pagi ini. Sehubungan itu kata beliau, warga emas khususnya masyarakat Islam diharap tidak terpedaya dengan fitnah dilemparkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bagi melihat sokongan terhadap PR luntur dan terhakis. Sebelum ini program penghargaan warga emas dengan sumbangan RM100 seorang oleh kerajaan negeri telah dipertikaikan oleh Umno Pulau Pinang apabila mereka mendakwa dana yang digunakan untuk menyalurkan wang tersebut datangnya dari punca yang tidak halal. Rentetan daripada itu beberapa siri program memulangkan kembali wang pemberian kerajaan negeri turut diadakan di Penaga, Seberang Perai Utara, Bayan Baru dan Balik Pulau. Pada 12 Oktober lalu pula, sejumlah besar warga emas dari Seberang Perai Utara telah menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan negeri apabila berhimpun di Dewan Haji Ahmad Badawi dan menyelar mereka yang telah diperdayakan oleh Umno Pulau Pinang agar memulangkan kembali wang penghargaan yang telah diterima. Namun, tindakan yang telah diambil Umno Pulau Pinang bagi mengelirukan warga emas tidak mendapat sokongan apabila sebahagian besar warga emas masih lagi turun beramai-ramai untuk menerima wang sumbangan tersebut. Pada 23 Oktober lalu, seramai 123 waris warga emas yang telah meninggal dunia turut menerima sumbangan kerajaan negeri dalam satu majlis diadakan di Yayasan Aman, Penanti. Sejumlah RM123,000 telah disumbangkan sebagai menghargai jasa waris-waris yang menjaga dan menghargai ibu bapa mereka semasa hayat mereka masih ada. Sementara itu sebanyak RM153,000 pula telah diberikan pada pagi ini kepada 153 penerima yang berada di Seberang Perai Utara. Lim juga menyelar pemimpin pembangkang di Pulau Pinang yang membuat tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan negeri semata-mata untuk mendapat sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang. "Cuma yang mereka sering war-warkan ialah sekeping salinan surat ucapan teruima kasih yang ditujukan kepada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang sebagai sumbangan dana untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) yang mana program RAK ini tidak ada kena-mengena langsung dengan program sumbangan dan penghargaan kepada warga emas. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penyelaras DUN Penaga, Rosidi Hussan yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Exco Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Hassan Mat Daud dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus. - TMI |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
| Tuu Diaaaa: Najib kena chicken pox, ROSMAH ambil alih tugas 'pemangku PM'! Posted: 31 Oct 2010 10:56 PM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Mana menteri-menteri lain? mana TPM Muhyiddin Yassin?..siapa Rosmah Mansor ni? pemangku Perdana Menteri Malaysia ke?..baca di SINI..sungguh terdesak RM ni.. Penulis tak nak cakap banyak..tumpuan penulis kini kepada blogger jumudian Umno..kita lihat apa pula alasan mereka kali ini dalam usaha mempertahankan RM (Rosmah Mansor), 'wanita pertama' kesayangan mereka.. Tanpa disedari, setiap langkah dan perlakuan RM bakal menghancurkan masa depan Najib dan Umno....terima kasih penulis ucapkan kepada penyokong 'kipas susah mati' Umno..teruskan memuji dan memuja RM, teruskan mengarang artikel mempertahankan RM, teruskan usaha kalian menyokong segala tindak tanduk RM... p/s: pada rakan-rakan facebooker, harap korang join page ini, "WANITA PERTAMA MALAYSIA"...tunjukkan penghormatan kita kepada Raja Permaisuri Agong Malaysia sebagai 'wanita pertama Malaysia' (First Lady of Malaysia), bukan RM!! Rosmah jadi Pemangku PM? KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri. ![]() "Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya. Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield. Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor. ![]() Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu. Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari. "Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi. "Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin. - harakahdaily Artikel berkaitan: 1. HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR! 2. Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno 3. 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno 4. Teguran buat Mufti Perak: "Ulamak muktabar wajib bersuara menegur pemimpin politik!" - mahaguru58 5. KOLEKSI berita/artikel mengenai Rosmah Mansor (video n picture) |
| PANAS: Mahasiswa turun Pilihan Raya Kecil: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pertahan GAMIS! Posted: 31 Oct 2010 05:34 PM PDT Oleh: Pria Malaya Satu lagi berita pedih untuk penyokong khususnya blogger tegar Umno!.. Sehari dua ini, mereka (blogger Umno) giat mencemuh dan menjaja berita kononnya mahasiwa yg turun ke Galas dan Batu Sapi adlah mahasiswa yg degil, melanggar AUKU, jenis malas belajar, 'kambing hitam' dan lain2 kutukan serta herdikan.. (Sekadar gambar hiasan: Mahasiswa UKM diperalat masa PAU baru2 ni boleh plak?..) Tidak cukup dengan itu, dilemparkan fitnah kononnya kehadiran mahasiswa ke Galas adalah dari arahan PAS dan Pakatan Rakyat..boleh lihat contoh di SINI, dan di SINI.. Hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Saifuddin Abdullah sendiri melalui laman facebook menyuarakan pandangannya, mempertahankan tindakan dan kebebasan mahasiswa-mahasiswa untuk turun pada pilihan raya.. Kalaupun ada mahasiswa yg terlibat (sy ada definisi sendiri ttg hal ini) dgn kempen d Galas & Bt Sapi, janganlah sampai mereka ditangkap dua kali! - Saifuddin Abdullah Sila rujuk facebook beliau di SINI..malah satu artikel/berita telah dikeluarkan oleh beliau di dalam blognya, mempertahankan tindakan GAMIS atas dasar untuk memberi penerangan berhubung dasar kerajaan..boleh rujuk di SINI... Akhir kalam, syabas penulis ucapakan kepada mahasiswa2 berani ini, dan anak muda seluruhnya..kalian adalah pelapis pemimpin masa hadapan...anak muda benci kezaliman, anak muda bangkit demi keadilan!..wallahua'lam.. p/s: Bagi mereka yg ingin mengenali lebih dekat siapa TMPT (yg satu2nya penulis hormati) ini, lihatlah video di bawah, atau baca artikel penulis bertajuk, "VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3".. Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas Gua Musang,9 p.m ;Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis. Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan. Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam. Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah. Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan. "Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman. (Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani. Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi. "Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak. "Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya. Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula ke balai berkenaan pada 14 November depan.- Malaysiakini Artikel berkaitan: 1. [Kemaskini] VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3.. 2. PANAS: Kelab Umno luar negara puji pemimpin PR dan Anwar, hentam pemimpin Umno! 3. Koleksi bergambar (bukti), Umno politikkan mahasiswa dan IPT!! 4. 'Halal' bagi Umno, 'Haram' bagi PR: Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno..(video inside) Berita berkaitan: - Warning Ditarik Balik : Mahasiswa Boleh Turun Galas-Menteri KPT - Mahasiswa di tahan polis (Malaysiakini) - TERBARU: Pejuangan mahasiswa tetap diteruskan (Mahasiswakini) |
| Pendaftaran Pengundi Baru: Syabas PAS dan Pakatan Rakyat PJ Utara! Posted: 31 Oct 2010 04:28 PM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Penulis pun nk ucapkan syabas kat PAS/PR bahagian PJ Utara ni, dan bahagian2 yang lain yg aktif menganjurkan/membuka kaunter pendaftran utk pengundi2 baru...tahniah!! Pada PAS KAwasan, Cabang PKR dan Bahagian DAP yg lain2 yg tak pernah atau belum menganjurkan kempen pendaftaran ini, harap2 segerakanlah niat tu, PRU ke-13 semakin hampir..wallahua'lam.. Pendaftaran Pengundi Baru: Syabas PAS/PR PJ Utara Tulang Besi mengucapkan seribu kali syabas dan tahniah kepada Pemuda PAS PJ Utara kerana menganjurkan kaunter pendaftaran pengundi baru pada 20/10/2010 di Subang Parade. Dilaporkan tidak kurang dari 200 pengundi baru telah berjaya didaftarkan. Kepada PAS-PAS Kawasan yang lain, PKR Cabang2 seluruh MAlaysia dan juga DAP diharap meniru dan menyemarakkan lagi contoh yang ditunjukkan oleh PAS PJ Utara ini. Jangan hanya syok sendiri, bercakap berdegar-degar dan apabila kalah pilihanraya baru nak tergadah. Waktu ada masa terluang macam sekarang, tidak mahu mendaftar pemilih, bila pilihanraya baru nak tergadah. Bila kalah, mulut masing-masing ternganga luas. ![]() ![]() ![]() Ingatlah pesanan orang tua-tua: Sediakan payung sebelum hujan. Setakat hidup saya selama ini, semua pepatah orang2 tua yang diajar pada saya ini benar belaka. Jangan setakat kuat berborak dan bercakap semata-mata. Kalau nak menang, WAJIB BUAT KERJA. Mendaftar pemilih WAJIB bagi semua PAS KAwasan, Cabang PKR dan Bahagian DAP. Masa sekarang untuk bekerja, bukan untuk melobi, tikam belakang ataupun berborak. Kalau tidak lupakan sahaja hasrat untuk ke Putrajaya. Sumber: www.malaysiawaves.com |
| GAMBAR berbicara: Mari kenali lebih dekat isteri calon PAS, Dr Zulkifli.. Posted: 31 Oct 2010 11:06 AM PDT
|
| Cili Kasi Taruk: Milo-Susu-Teh 1Malaysia, khas untuk pengundi GALAS!! Posted: 31 Oct 2010 07:26 AM PDT Kalau di BATU SAPI, boss suruh letak bendera BN pada jentera 'mee segera', di GALAS pula boss suruh letak logo 1Malaysia...BARU PENGUNDI NAMPAK!!!...;) ![]() ![]() ![]() Artikel berkaitan: - Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS.. - PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside) - Projek 'mee segera' Batu Sapi: "Boss cakap kene letak bendera BN, baru pengundi nampak.." |
| Projek 'mee segera' Batu Sapi: "Boss cakap kene letak bendera BN, baru pengundi nampak.." Posted: 31 Oct 2010 06:34 AM PDT p/s: Cuba teka berapa bendera BN yang kelihatan pada gambar di atas?...;) Artikel berkaitan: - PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside) |
| PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside) Posted: 31 Oct 2010 04:57 AM PDT Penyokong Umno nk bicara pasal rasuah politik?? tak payah la.. ![]() Koleksi artikel/kenyataan Mahathir tentang fenemena RASUAH dlm Umno - Rasuah dalam UMNO: Apa kata Tun Mahathir?..(video inside) Artikel berkaitan: - Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS.. |
| Lebih 200 ribu rakyat Malaysia sertai facebook bantah projek menara 100 tingkat!..(video inside) Posted: 31 Oct 2010 03:36 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Setakat artikel ini ditulis (5.45 pm), sudah 212,239 penyokong page ini direkodkan..satu jumlah yang amat tinggi yg berjaya direkodkan tidak sampai dua minggu!..apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan penyokong page 'kami sokong menara 100 tingkat' yang masih berusaha mencari pengaruh di kalngan rakyat Malaysia... Bagi pembaca yg mempunyai akaun Facebook yg belum atau ingin bersama-sama 200 ribu rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa menyatakan bantahan terhadap idea ini, sila klik pada link disebelah, "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower".. Padangan penulis.. Terus terang penulis katakan, penulis membantah projek ini bukan atas desakan atas mana-mana pihak, atau semata-mata idea ini datangnya dari Barisan nasional.. ![]() Tapi penulis bantah atas dasar perasaan dan naluri penulis yg kuat menyatakan, 'masih ramai rakyat yang sangat-sangat memerlukan, masih ramai rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu merempat dinegeri sendiri, keadaan ekonomi yang tidak menentu, masalah hutang negara yang kian bertambah, fenomena kenaikan barang dan pelbagai lagi... Apa salahnya wang sebanyak berbilion2 ini diagihkahn2 sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah dan Serawak, perbaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan, infrastruktur, sekolah-sekolah, hospital2, kemudahan pelajaran percuma untuk pelajar luar bandar dan pelbagai lagi.. Rasional projek.. Bantahan ini bukan bermakna kerajaan tidak boleh sama sekali membina projek mega berimpak tinggi seperti ini, tetapi apakah memadai Najib yang belum sampai satu penggal memerintah, yg belum 'matang' untuk menguasai dan memahami hal keadaan ekonomi negara (berbanding ketika era 22 tahun pemerintahan Tun Dr mahathir dahulu), tiba-tiba bercita2 besar mahu membina 'legasi' tersendiri, berangan2 besar ingin menempa nama dlm keadaan rakyatnya yg masih tidak menentu..korang fikir2kan.. Sebelum mengakhiri artikel ini, ada baiknya kalian membaca berita terbaru yang dipetik dari akhbar Kosmo! versi online di bawah..semoga menjadi pengajaran...fikir2kan... Hasil dari 54 Tahun Merdeka.... Masih ada rakyat Malaysia sendiri hidup bertedup dari panas matahari dan berlindung dari hujan dengan menetap di bawah jambatan.... ![]() (HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.) Hidup bawah jambatan KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun. Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor. ![]() Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung. Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan. Belanjawan hanya sibuk nak buat bangunan 100 tingkat, belanja RM 5 billion nak tunnuk kepada dunia supaya ramai pelancong... sedangkan pada hakikatnya masih ada rakyat yang hidup bawah jambatan... VIDEO: 1M Malaysian Against 100-Storey Mega Tower VIDEO: 1Malaysia menolak 1 Menara Warisan Merdeka/ 1Malaysia rejects 1Menara Warisan Merdeka |
| Tak cerdik juga rupanya 'kuda tunggangan' Umno (SPR) ni... Posted: 31 Oct 2010 02:29 AM PDT Oleh: Pria Malaya Fuh, kalau dekat pembangkang, laju je SPR ni keluar statement, keluar kenyataan bantah, pertikai, kritik, kecam pembangkang... Kalau berlaku dekat kerajaan Umno/BN, punya la diam menikus..dasar hipokrit perkakas Umno ini... Najib yang terang2 hulur rasuah 'I help You, You Help Me' masa PRK Sibu hari tu, langsung tak ditegurnya..khairy suatu masa dahulu di kelantan, menaja berpuluh2 buah bas utk pelajar luar Kelantan balik ke kelantan untuk mengundi, langsung tak jadi isu bagi SPR..apa beza taja dengan tiket free bas dgn wang kertas wahai SPR?? Suruhanjaya Penipu Rakyat? Korang tengok gambar atas tu, punyalah nk menghalalkan keputusan buat hari pengundian pada hari bekerja, dibuat perbandingan dgn PRK Manik Urai hari tu, kononnya walaupun dibuat pada hari bekerja, peratusan keluar mengundi tetap ramai, so tak jadi isu katanya... "Sebagai contoh, pada pilihan raya kecil Manik Urai yang dijalankan pada hari bekerja, lebih 83 peratus pengundi keluar mengundi tetapi pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, yang diadakan pada hari tidak bekerja, peratusan keluar mengundi hanya 70 peratus," -SPRSPR sedar atau tidak, masa PRK Manik Urai, Kelantan telah ishtihar cuti persitiwa utk seluruh negeri Kelantan?..gara-gara tindakan berat sebelah SPR, negeri kelantan terpaksa ishtiharkan cuti khas utk rakyat Manik Urai keluar mengundi? "Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," - MB KelantanSo pada SPR, jangan marah jika anda di cop sebagai perkakas, barua bagi kerajaan Umno/BN (baca di SINI)..wallahua'lam... ![]() Artikel berkaitan: - PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!! |
| Gambar-gambar kempen calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad..(siri 2) Posted: 30 Oct 2010 11:57 PM PDT |
| Gambar-gambar kempen calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad..(siri 1) Posted: 30 Oct 2010 11:56 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |