Sabtu, 30 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Pondok panas MCA lengang: MCA boikot PRK Galas?

Posted: 30 Oct 2010 09:34 PM PDT



"Dengar khabarnya komponen BN dari MCA memboikot PRK Galas berikutan kenyataan seorang pemimpin UMNO yang mengatakan mereka tidak perlukan undian daripada pengundi bukan Melayu. Hal ini tidak dapat disahkan namun hasil risikan, dilihat khemah gerakan jentera MCA bagi membantu kempen UMNO di daerah Galas dilihat kosong tidak berpenghuni."

Sumber: milosuam.blogspot.com

Live From Galas: (GAMBAR) 'Auww' besepah di Galas

Posted: 30 Oct 2010 09:29 PM PDT



"Live From Galas: (GAMBAR) 'Auww' besepah di Galas

Pengundi- pengundi Galas, Sila nilai. Kemanakah PM kite nak bawa rakyatnya!!!

Bersesuaianlah nak menjadikan Malaysia Hub Hiburan..
fikir-fikirkan.."


Sumber: demokrasi93.blogspot.com

Latar belakang pendidikan calon: Umno Gua Musang cuba tipu pengundi Galas?

Posted: 30 Oct 2010 10:40 AM PDT


(Klik gambar untuk paparan lebih jelas..)

"Live from Galas: (GAMBAR) UMNO tipu kelulusan pendidikan calon

UMNO menggunakan taktik kotor dengan membohongi rakyat tentang status kelulusan pendidikan calon BN. Semasa penguguman calon tempoh hari, menyatakan bahawa calon BN berkelulusan SPM sahaja. Tetapi melalui penyebaran risalah di DUN Galas menyatakan calonnya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian di UUM.

bak kate penduduk di Galas "kalo tok tipu buke UMNO namo nyo"


Sumber: http://demokrasi93.blogspot.com

KHAS untuk pengundi Galas dan Batu Sapi: Masihkah anda ingat penipuan ini?

Posted: 30 Oct 2010 10:29 AM PDT



Kerajaan Umno/BN telah melancarakn Projek 'Pembangunan DUN Anak Angkat Barisan Nasional' ketika berlangsungnya kempen PRK Manik Urai bulan Julai baru-baru ini..apakah janji-janji ini telah terlaksana?..

p/s: Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas..


Sumber: FB 'Ceramah Terkini'

[Kemaskini] JUARA PIALA MALAYSIA 2010: Tahniah pemain dan penyokong The Red Warrior!..(video inside)

Posted: 30 Oct 2010 08:28 AM PDT

Tahniah juga diucapkan kepada Tok Guru selaku Menteri Besar Kelantan, dan Tuanku Sultan Kelantan Muhammad ke V !!

Sesunguhnya ini adalah hadiah bermakna buat seluruh rakyat Kelantan!
















Semoga kemenangan di Galas akan menyusul!! Allahuakbar!

TERBARU : Timbalan Menteri Besar Kelantan mengumumkan bahawa esok 31 Oktober 2010 adalah hari cuti peristiwa bagi Negeri Kelantan..


(Sekadar gambar hiasan: Siapa kata bawah pemerintahan ulamak bola tak boleh menang?...)

Piala Malaysia: Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan

Oleh SURYATI MOHD NOR

KUALA LUMPUR: Kelantan menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2 - 1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam.

Gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang, Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan pemain tengah, Mohd Badhri Radzi, 65'.

Manakala penyerang Negeri Sembilan, Shahrulain Abu Samah menjaringkan gol tunggal pasukannya seawal minit ke-13.

Perlawanan akhir tersebut diadili oleh Subkhiddin Mohd Salleh. - mStarOnline







Artikel berkaitan:
- VIDEO rakaman panggilan HOT.FM: Pesan Tok Guru kepada pemain dan penyokong pasukan Kelantan

p/s: Akan dikemaskini..

VIDEO rakaman panggilan HOT.FM: Pesan Tok Guru kepada pemain dan penyokong pasukan Kelantan

Posted: 30 Oct 2010 02:51 AM PDT



VIDEO: Amanat Tok Guru Nik Aziz kepada Penyokong The Red Warriors: GOMO KLATE GOMO



Kelantan janji wang tunai buat The Red Warriors

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Tidak seperti musim lalu, kerajaan negeri Kelantan akan memberi imbuhan berupa wang tunai kepada pemain pasukan bola sepak The Red Warriors Kelantan yang berjaya ke final Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemberian wang tunai tersebut ekoran kerajaan negeri merasakan ianya lebih sesuai berbanding imbuhan menunaikan umrah yang diberikan musim lalu.

"Imbuhan ada, tahun lepas kita bawa ke tanah suci, tapi dapat dirasai oleh suami sahaja, isteri tak dapat rasa apa-apa.

"Jadi tahun ini kita ubah teknik sikit, kita bagi wang tunai supaya suami sebagai pemain dapat rasa, isteri sebagai penonton dapat rasa, anak-anak pun seronok," katanya kepada stesen radio HotFM semalam.



Beliau bagaimanapun tidak memberitahu berapa jumlah yang akan diberikan kepada setiap keluarga pemain tersebut.

Sabtu, 30 Oktober ini, Kelantan akan berdepan pasukan Negeri Sembilan, pada Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil.

Pertemuan ini adalah kali kedua berturut-turut selepas bertemu pada peringkat akhir musim lalu dengan kemenangan milik Negeri Sembilan 3-1.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengingatkan penyokong Kelantan yang akan hadir ke stadium agar menjaga adab dan tatasusila dan tidak menimbulkan kekecohan.

"Saya nak tengok penyokong jaga tatsusila, jangan ada keganasan, semangat kesukanan kena jaga molek.

"Kita rakyat dan kerajaan negeri Kelantan duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab," katanya penuh harapan.

Beliau bagaimanapun optimis Kelantan mampu membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu pada pertemuan Sabtu ini.



"Saya sebagai rakyat Kelantan berdoa agar kita berjaya..InsyaAllah kita harap kita berjaya," tambahnya.

Ditanya pengalamannya bermain bolasepak, beliau memberitahu meminati sukan itu sejak kecil.

Malah katanya lagi, bahagian lututnya kini masih terdapat kesan kececederaan akibat bermain bolasepak sebelum perang Jepun lagi.

"Saya muda dulu main bola sebelum perang Jepun, ketika itu saya duduk pondok.

"Lepas Asar main bola, kawan saya sepak, kena lutut kanan saya smpai hari ni cedera. Orang tak tahu tu.

Beliau turut memberitahu, selain bermain bola sepak, beliau juga aktif dalam sukan berkuda.

"Ayah saya ada empat ekor kuda, kami empat beradik berlumba kuda.

"Bila saya menang, saya lepas tangan atas kuda tu, tiba-tiba biawak melintas, kuda terkejut dan berhenti mengejut, jatuh la saya.

"Lutut saya rosak sebab bola, belakang saya rosak sebab kuda, jangan main-main," ceritanya. - HD

HOT: Calon Barisan Nasional Batu Sapi tak pandai cakap Melayu?

Posted: 30 Oct 2010 01:47 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Dengar cerita, calon Barisan Nasional bagi parlimen P.185, Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, tidak pandai berbahasa Melayu?

Berita ini ada di laporkan dalam media elktronik semalam..

Apakah ini benar?..

Apa reaksi pemimpin dan penyokong Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)??

Bagaimana seorang calon yang akan diwakilkan oleh rakyat ke parlimen tidak boleh berbahasa Melayu?..bagaimana ingin menjadi suara rakyat Batu Sapi jika tidak boleh berbahasa Melayu di parlimen?

Dulu bukan main...

Jika dahulu, mereka penyokong tegar parti PEKEMBAR begitu lantang mengkritik pemimpin2 non-malay dalam Pakatan Rakyat, khususnya segelintir pemimpin DAP yang tidak fasih (tidak lancar) berbhasa Melayu..



Kononnya itu membuktikan pemimpin DAP adalah seorang yg rasis atau tegar semangat perkaumannya, tidak bergaul dengan orang Melayu, anti Melayu, tiada semangat patriotik, dan pelbagai lagi kecaman, makian malah tohmahan dihemburkan kepada Pakatan Rakyat termasuklah PAS..

So, apakah respon mereka pejuang rasis Umno kali ini?

Calon bukan Melayu VS calon Melayu/Muslim

Apa pula reaksi mereka bila Umno merestui BN meletakkan calon bukan Melayu/Islam di kawasan majoriti Islam? (perempuan pulak tu)..apakah prinsip mereka pejuang Umno sebenarnya dlm hal ini?

Selama ini punyalah takut2kan rakyat kononnya Melayu akan hilang kuasa di negara sendiri, Melayu akan merempat di negeri sendiri, kuasa Melayu akan hilang, dan lain2..so, ini apa cerita?



Penulis timbulkan isu ini bukan atas dasar rasis atau perkauman..percayalah kami penyokong PR tidak se'rasis' penyokong asobiyah Umno..

Tetapi sengaja penulis postkan artikel ini untuk menguji puak2 hipokrit dalam Umno...kalau perkara2 di atas dilakukan oleh PR, penulis yakin habis sepakat 'juak-juak' rasis Umno ini menuduh PR telah melacurkan budaya dan jatidiri bangsa, perjuangkan PR adalah perjuangan utk orang Cina, PR tidak cintakan bahasa sendiri, bukti PAS dan PR adalah boneka DAP, PR punca orang Cina semakin mendapat kuasa dan pelbagai lagi..


Untuk akhirnya, penulis tuntut penjelasan dan respon penyokong khususnya blogger Umno dalam isu ini..wallahua'lam....

Bukti BN bertindak ZALIM: Kerana sokong Pakatan Rakyat, subsidi baja ditarik

Posted: 30 Oct 2010 01:03 AM PDT



Kerana sokong PR, subsidi baja getah ditarik

GUA MUSANG, 29 Okt: Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.

"Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.

"Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat," katanya kesal, ketika ditemui di sini.

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .

PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi di situ sebanyak 471 orang.

Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah.

Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.

Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketika ditemui Nurul Izzah berkata, jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

"Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka," kata beliaui.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga boleh menakutkan Barisan Nasional.

"Kita tengok pergerakan jentera parti kita boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS, " ujarnya.

Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PIALA MALAYSIA - KIBARAN `BULAN PURNAMA' MENGUBAT HATIKU

Posted: 30 Oct 2010 10:22 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada pasukan Kelantan yang baru mencipta sejarah malam tadi menggondol Piala Malaysia setelah berjaya menewaskan Juara Bertahan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan berjaya membuktikan bahawa pasukan yang `tidak kaya' mampu untuk bergelar juara asalkan mempunyai semangat berjuang yang kental. Kemenangan 2 - 1
ke atas Negeri Sembilan disaksikan oleh jutaan peminat bola sepak dalam negara dengan diiringi kibaran `bulan purnama' serta terlihat juga kibaran `keris tanpa sarung' di tengah lautan penonton.

Memang tepat jangkaan di dalam Poll yang saya adakan sebelum ini bahawa pilihan pengunjung blog telah memilih Kelantan muncul sebagai juara dengan mendapat undian 83 %. Saya sebagai anak jati Negeri Sembilan turut kecewa dengan kekalahan Negeri Sembilan malam tadi, namun kekecewaan saya tidaklah sampai sukar untuk melelapkan mata sejurus perlawanan tamat. Hati terubat seketika apabila melihat kibaran `Bulan Purnama' dikibarkan dikaca TV sepanjang perlawanan. Bukan mudah untuk menyaksikan suasana seperti ini.

Skuad Kelantan yang dipimpin oleh bekas orang kuat Umno Kelantan, Anuar Musa telah mengharumkan nama Kelantan di bawah kerajaan Tuan Guru Nik Aziz. Bayangkan sekiranya MB Kelantan dapat hadir di stadium malam tadi, tentulah gegak gempita seluruh stadium. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini sudi menambah peruntukan atau bantuan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai penyuntik semangat untuk musim depan. Tahniah juga kepada Anuar Musa yang tidak berpolitik di dalam mengendalikan skuad Kelantan.

Kemenangan di Bukit Jalik telah tercapai. Kini kita menanti apakah kemenangan bakal tercipta di PRK Dun Galas? Sekiranya PAS menang di Dun Galas, rakyat Kelantan pastinya bertuah menikmati kemenangan berganda ini. Tahniah Kelantan, Syabas Negeri Sembilan yang berjaya ke Final./wfauzdin.blogspot.com

TIMB PRES PKR - GILIRAN AZMIN DAHULUI ZAID ?

Posted: 30 Oct 2010 10:06 PM PDT

Pemilihan PKR sengit, Azmin pintas Zaid
Okt 31, 10

Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini berjaya memintas Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti yang amat tipis.

Menurut sumber-sumber daripada ibu pejabat PKR, Azmin kini di depan dengan kelebihan kira-kira 10 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya itu.

Bagaimanapun, menurut sumber-sumber itu lagi, ibu pejabat parti hanya akan mengeluarkan keputusan penuh pemilihan di 32 cabang itu lewat tengah hari ini.

"Keputusan tidak dapat dikeluarkan awal kerana sampai jam 3, 4 pagi, masih ada keputusan yang baru sampai.

"Lagi pun semalam lebih banyak cabang mengadakan pemilihan (semalam) berbanding hari pertama (kelmarin)," jelas sumber-sumber itu.

Sumber yang rapat dengan Azmin mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 38 cabang, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memintas Zaid dengan keseluruhan 1,456 undi.

Zaid didakwa mendapat 836 undi manakala Mustaffa mendapat 418 undi.

Bagaimanapun, calon naib presiden Jonson Chong - yang dikatakan regu Zaid - mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 42 cabang, ketua PKR Wilayah Persekutuan itu terus mendahului dengan mendapat sebanyak 1,552 undi.

Menulis di laman Twitter, Jonson mendakwa Azmin mendapat 1,509 undi, sementara Mustaffa pula memperolehi 636 undi.

Setakat jam 10.47 malam tadi, semakan Malaysiakini daripada 11 daripada 32 cabang yang mengadakan pemilihannya semalam, Zaid mendapat 861 undi, Azmin mendapat 845 dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 446 undi.

Hari ini 27 lagi cabang akan mengadakan pemilihannya. Ia akan berlangsung di 6 cabang di Pulau Pinang, 8 di Perak, 7 di Pahang, 4 di Melaka dan 2 di Negeri Sembilan./Malaysiakini

DALAM PWTC BERDEGAR HEBAT, AKHIRNYA "AMPUNKAN KAMI...AMPUN KAN KAMI..."

Posted: 30 Oct 2010 01:00 AM PDT

Kenyataan Rasis: Johari Mohon Maaf

Sumber MerdekaReview

KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Johari Abdul Ghani hari ini memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk mengguris hati atau meminggirkan masyarakat Cina dan India di kawasan parlimen di bawah tanggungjawabnya.Ketika menjawab komen dalam blognya www.joharighani.blogspot.com hari ini, beliau mendakwa ucapannya dalam mesyuarat tertutup bersama ahli-ahli Umno pada Julai lalu telah disalah erti.

Beliau berkata, "bukan niat saya untuk memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dan India sehingga saya dilabel sebagai rasis. "Tetapi saya lebih bimbang tentang undi Melayu yang semakin merosot yang diperolehi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) 2008 di mana BN tewas kepada PAS di Parlimen Titiwangsa," jelas beliau.

Menurut beliau, mesyuarat tertutup itu berkisar kepada para pengundi Melayu dan pendekatan yang perlu diambil oleh Umno untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang-orang Melayu. Ujar beliau, "bukannya saya tidak peduli tentang pengundi Cina dan India. Fokus saya ialah perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu dan bagaimana berdasarkan analogi yang mudah, 70% sokongan pengundi Melayu boleh membawa kepada kemenangan.

Johari dilaporkan berkata dalam Youtube, bahawa Umno tidak perlu kepada undi kaum Cina dan India jika mendapat 70% pengundi Melayu untuk menang kerusi Parlimen Titiwangsa. Kenyataan yang panas ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan daripada orang-orang Umno sendiri, lebih-lebih lagi daripada masyarakat Cina dan India./Tranungkite

Kenyataan rasis: Johari mohon maaf

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Najib umum konsert Paris Hilton,Mahsiswa barua UMNO di Galas,AUKU tak lama mansuh,Shahrizat nak sertai PKR,Ansari suwey konfirm kalah di Batu Sapi

Posted: 30 Oct 2010 10:20 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

sumber Berita Minggungan..

NAIB terus inovatif dan dinamis..kini dia mncadangkan penubuhan GMM...pergerakan global kumpulan kesederhanaan... ahahaha ntah apa2lah..korang faham ke matlamat dia...dia punya nama bukan main estetik lagi...ahahahahaha..alih2 cerita nya pasal ekonomi ekonomi ekonomi duit wang money and fulus... ahahahahaahahaha..nanti Paris Hilton nak datang MALAYSIA... ahaha paris hilton ni tok2 kiai di INDONESIA tak teringin nak jumpa..apa kata korang redy kasut kat tangan untuk baling kat paris hilton SU Negara Amerika itu.. ahaha

PARIS HILTON...aku cuba maksudkan hillary clinton..bukan hillary duff..

sekali betul2 la ROSMAH jumpa bankimoon..alah jumpa pun guna APCO la ni.. ahahahahahaa.. kononnya bankimoon mewakili PBB berminat la..kena la tu..BABI jumpa SU PERSATUAN BABIBABI BERSATU.... ahahahaahahaha...

PBB...persatuan bola baling..

PAKATAN RAKYAT tunggu mas berpecah??? ini kata2 RAZALI IBRAHIM.. ala yg hensem tu....ahahaha asal nak PRK je kata berpecah...asal nak PRK je PAKATAN nak berpecah... yg heran dulu bergaduh nak letak calon KELENG KE MELAYU kat HULU SELANGOR tak plak berpecah????ceh...

KELENG...spesis manusia

GERAKAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA...ahahahahahaha nak beri penerangan mengenai dasar kerajaan di PRK DUN GALAS??? ahahahahahaa..wei...LANCAW sama u all.. ahahaha..presidennya kata AUKU membolehkan mahsiswa berpolitik...aku denga kat membe2 lain mahsiswa tak boleh berpolitik..eh...MUHYIDIN dan KHALED NODIN sndiri kata tak boleh..ini apa cerita ni?? sekejap boleh sekejap tak boleh...ini macam KELENG pun tara buat la tambey...ahahahahaha...nak terangkan dasar apa???1MALAYSIAL??? ahahahaha aku tau la mak bapak korang loaded kroni kuat UMNO....sbb tu la korang sokong 1MALAYSIA kan??? ahahahahaa..nak terangkan bajet 2011??? berapa banyak peruntukan untuk MAHASISWA ANAK MELAYU ISLAM dan BUMIPUTERA NAJIB bagi ni?????? budak2 ni dah sama taraf dengan ulama2 muda..dah terperap bawah ketiak ROSMONGGOL..dah habis belajar keluar kerja macam setan...tak dak kualiti..kerja ngn CINA tak naik pangkat dah tu salahkan CINA.aaahahaahahahahaha..tambah lagi..bukan nk tolong mana2 parti politik...tapi ini bukan soal tolong parti politik ke tidak.,.skang lu sudah kata mahasiswa leh bepolitik..menteri kata tara buleh...ayoyoyoyo tambey.. ahahahaha

1MALAYSIAL.....MALAYSIA dilanda sial...

PAS dah berjangkit dengan UMNO..politik wang...rasuah..nak belanja plak orng mengundi di GALAS..dah tu nak pusing ayat macam UMNO...sebagai kos perjalanan..masalahnya korang guna duit...ahaahaha..NIK AZIZ nak naik haji orng sponsor pun orang dah kata rasuah..sampai tak jadi orang tua naik haji..huh...adoi...tu lah dia..kalau dah slalu dekat ngn UMNO..bejangkit2 jugak... mmg ye pun...tak leh dinafikan...rasuah ni macam DEMAM CAMPAK..CIKENPOK...MISLES..

CIKENPOK..jangan samakannya dengan CIKENCOP..

ish si SHAHRIZAT ni..konon PKR hanya layak jadi NGO...setau aku UMNO tu la yg patut jadi NGO... ahahaha mana ada orng berparti nk bela kaum..kalau NGO tu logik la jugak...politik ni paling general berasaskan ideologi..ISLAMIK itu salah satu ideologi..tak tau lak bela melayu tu pun ideologi???well..ZAHID HAMIDI mmg dah konfirmkan si SHAHRIZAT ni MELAYU..so wazup?..dia kata kepimpinan PKR teruk...ahahahahahaha...dia jeles AZIZAH dapat jadi preseden..yg dia tu si SHAHRIZAT paling tinggi KETUA WANITA JALANG UMNO.. ahahahahaha

JALANG...spesis tumbuhan yg sering dilihat tumbuh bersama2 lalang..

heran ANSARI jatuh??aku tak heran..segala yg wujud di sarawak dan sabah mmg tak kuat...ahahaahahahaa ada yg kata ANSARI jatuh ni maksudnya suwey..apa lah korang ni..fikir la positif sikit..tengok ANSARI jatuh dah kondem ANSARI kalah..dah macam denga burung gagak mengilai kita nak kata ada orang dekat2 area tu nak mampus..cuba cerdik kan sikit pemikiran korang..wei kalau PKR menang BATU SAPI..fuh best wo....mmg NAJIB jadi NAJIB NAZAK la wei... ahahahaa..

SUWEY..bahasa cina..bermaksud malang...bukan lagu maikel buble..

sekian terima kasih..teruskan mengundi BNNNNNNNN

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Piala Malaysia: Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan

Posted: 30 Oct 2010 09:47 AM PDT


Oleh SURYATI MOHD NOR

KUALA LUMPUR: Kelantan menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2 - 1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam.

Gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang, Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan pemain tengah, Mohd Badhri Radzi, 65'.

Manakala penyerang Negeri Sembilan, Shahrulain Abu Samah menjaringkan gol tunggal pasukannya seawal minit ke-13.

Perlawanan akhir tersebut diadili oleh Subkhiddin Mohd Salleh.

Pasukan:

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Mohd Alif Samsudin, Muhd Shukor Adan,Aidil Zafuan Abdul Radzak, (Mohd Asyraf Mohd Al Japri), Tengku QayyumUbaidillah Tengku Ahmad, Qhairil Anwar Roslani, (Mohd Shaffik Abdul Rahman)Ching Hong Aik, Abdul Halim Zainal, S. Kunanlan, Idris Abd Karim, Shahurain AbuSamah.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, (Akmal Rizal AhmadRakhli), Mohd Farisham Ismail, Rizal Fahmi Abdul Rosid, Zairol Fitree Ishak,Mohd Shakir Shaari, (Khairan Eroza Razali), Mohd Badhri Mohd Radzi, MohdNorfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, (S. Chanturu)Hairuddin Omar.

Man: Tahnioh lah weh...

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Lu Tunggu Ayah Saya Meninggal Dulu..

Posted: 30 Oct 2010 08:45 PM PDT

 Ini adalah berita gosib yang tidak dapat dipastikan kebenarannya,tapi jika gosib ini benar .ia adalah satu kegembiraan yang besar kepada ummat Islam di Malaysia terutama penyokong pakatan rakyat.
Dikatakan peristiwa ini berlaku disatu majlis ceramah yang dihadiri oleh KM P. Pinang ,Lim Guan Eng

Seperti biasa,dalam ucapannya,dia selalu bercerita tentang  kehebatan Umar Abd Aziz.tentang kejujuran saidina Umar Abd Aziz dan segala macam kehebatan tokoh Islam yang menjadi idolanya itu.


Beliau berkata, sejak sekian lama..., Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Beliau juga berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Nak dijadikan cerita,dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu....???

Guan Eng jawab, dulu semasa saya dipenjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh Islam yang hebat ini....

Dalam kisah yang lain pula, Mat Sabu pernah berkata kepada Lim Guan Eng, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng dengan selamba  menjawab, " Lu... tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."
 -ijoks2009-
-Alhamdulillah,Takbir!!-
Apa kata kalau suatu hari nanti Lim Guan Eng benar-benar memeluk Islam,ternganga pemimpin umno yang fitnah dia selama ini.



Cari N3 lama-lama disini

Hari ini Kelantan Cuti Raikan Kemenangan

Posted: 30 Oct 2010 06:28 PM PDT


Buat pertama kalinya Kelantan muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan itu turut menebus kekalahan musim lalu yang tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan yang juga pada saingan akhir.

Sempena kemenangan, hari ini Kelantan telah diumumkan cuti. Pengumuman telah di buat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Bukit Jalil selepas menyaksikan sendiri detik bersejarah semalam.

Beliau yang mewakili TGNA juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain.


Cari N3 lama-lama disini

Hadiah Untuk Tuanku

Posted: 30 Oct 2010 08:24 AM PDT


HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

"Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.

Ternyata impian pasukan Kelantan itu menjadi kenyataan Malam ini.
Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

PEMAIN Kelantan, Hairuddin Omar berjaya melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan, Tengku Qayyum Ubaidillah (kanan) pada aksi perlawanan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. – Foto Osman Adnan
Foto: Berita Harian
Cari N3 lama-lama disini

Berita Panas ,TG.Nik Aziz Buat Ceramah Di Hospital

Posted: 30 Oct 2010 02:41 AM PDT

Ramai terkejut kunjungan Tok Guru, Dr Zul ke hospital

GUA MUSANG, 29 Okt: Kehadiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed ke Hospital Gua Musang pagi tadi mengejutkan banyak pihak termasuk pesakit.




harakahdaily

Katak Lompat Lagi Di Batu Sapi

Posted: 30 Oct 2010 12:08 AM PDT

SANDAKAN: Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno.
Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini, Sabtu.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.
Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka. - BERNAMA


Cari N3 lama-lama disini