Jumaat, 29 Oktober 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tinggal serumah tapi tak buat apa-apa ... Pelakon Aida Khalida

Posted: 29 Oct 2010 07:32 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.

"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.

"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.

"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.

"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat.

"Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri.

"Walaupun dia mahu kembali bersama saya dan mengajak untuk berkahwin semula, rasanya penceraian adalah yang terbaik buat kami.

"Tiada lagi perasaan sayang yang berbangkit," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Seribu Kali Cinta.Melalui kehidupan solo semula, Aida kini lebih selesa dengan kehidupan barunya.

Baginya, ia merupakan satu rahmat yang diterima daripada Allah S.W.T untuk menjadikannya seorang wanita yang lebih tabah mengharungi kehidupan bersendirian.

"Kini hidup saya lebih positif. Walaupun penceraian itu nampak seperti buruk, ia ada kebaikannya. Kadang kala, penceraian bukanlah suatu perkara yang teruk. Saya percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

"Apapun, buat masa sekarang ini saya enggan berfikir tentang kahwin atau mencari teman hidup baru.

"Bagi saya, jika mempunyai seseorang untuk dijadikan suami, saya perlu menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri lagi sekali. Kalau pengorbanan itu dihargai, tak apa juga," ujarnya yang sedang merancang membuka perniagaan sebagai pemborong tudung. - mStar

Dicabul bapa selama 7 tahun

Posted: 29 Oct 2010 06:15 PM PDT

"Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu," kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.

"Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.

"Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan," katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.

"Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.

"Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri," katanya.

Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.

Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.

"Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

"Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan - metro

Pembununhan Sosilawati : Suspek utama disaman RM40 juta oleh keluarga Sosilawati

Posted: 29 Oct 2010 05:22 PM PDT

'Kami bukan tamakkan duit'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syah Rul Aswari Abdullah

KUALA LUMPUR: "Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.

"Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.



"Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya," kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.

Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.

Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.

"Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini," katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.

Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.

Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati

Najib dan kerajaan Malaysia disaman

Posted: 29 Oct 2010 11:01 AM PDT

MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Srinivasan & Co di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Menurut Jeyakumar, pada 29 Mei tahun lepas, beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Namun ujarnya, permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan.

"Oleh sebab itu saya failkan satu kes. Kita mengatakan cara mereka mengagihkan peruntukan itu tidak betul. Kerajaan mesti telus, mesti bagi kepada semua ahli Parlimen melalui prosedur yang betul dan ada satu senarai bagaimana duit ini digunakan di setiap kawasan supaya semua ahli Parlimen," kata beliau kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau juga memberitahu, awal tahun ini beliau mendapat satu surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah.

Namun katanya, pihak terbabit mekalumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut.

"Jadi ke mana wang ini? Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini," katanya yang merupakan ahli parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sehubungan itu beliau mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak kerajaan yang ejals mengamalkan 'double standard' terhadap ahli parlimen pembangkang HD

Senarai mangsa korban nahas bas di Genting Sempah

Posted: 29 Oct 2010 10:49 AM PDT


Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam tadi.

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Dulu Doktor check pungkoq Saifool Sekarang Karpal "Korek" Pungkong Doktor pulak

Posted: 29 Oct 2010 12:19 AM PDT

"hampa tunggula wahai doktor2..berkawan la dengan Jin-Jin UBN ..jangan terberak dlm mahkamah sudah...hampa sedang berdepan dengan bomoh-bomoh Anwar Ibrahim tau..huhuhu"


usinkata;....apala kartunis Ronasina nie...otak saifool xkosong la..tapi ada taik yg xdiberakan selama 3 hari tue..huhuhu..
Dan yg paling kesian..huhuhu OKU2 yg percayakan Pungkoq Saifool xberak 3hari dan xsolat jumaat kerana darurat..huhuhu..
Kalau TT kata saifool berak naik ke kepala keluar ke telinga..huhuhu sudah tentu OKU pun berak naik ke kepala keluar ke lubang hidung..huhuhu.

makin lama berjalan makin sarkis la mahkamah kita..si pendakwaraya berbelit2 si doktor terkulat2 terbelit2..

apa yang aku paling nk gelak sampai terkencin...
dulu saifool jumpa doktor suruh doktor check lubang pungkoq dia...
skrg si doktor pulak Karpal nk korek lubang pungkong dia..huhuhu...
Saifool kata dia xberak 3 hari..janganpula doktor 3 org ni terberak2 dlm mahkamah nanti tekanan akibat disoalbalas Karpal..huhuhu..
Nasib hampala..sapa suruh bersahabat dgn Jin-Jin suruhan UBN..sekali terserempak dengan bomoh DAP daaa..huhuhu..

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


HANGAT: Gambar warga Cina giat kempen untuk kemenangan calon PAS, Dr Zul!

Posted: 29 Oct 2010 05:49 PM PDT

KEMPEN GALAS: Ceramah PKR berjaya himpun warga minoriti Gua Musang

Posted: 29 Oct 2010 05:39 PM PDT

2010.10.27 Ceramah Keadilan di Kampung Baru Gua Musang



















Artikel berkaitan:
- Gambar sekitar ceramah PAS di Galas: Ribuan hadir termasuk kaum Cina dan India!..(video inside)

GEGAR SABAH: Gambar ribuan rakyat sekitar Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah HEMPAS 2010!..(video inside)

Posted: 29 Oct 2010 11:38 AM PDT

Program: Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) 2010 anjuran Pakatan Rakyat
Tarikh: 24 Oktober 2010
Lokasi: Dewan Hakka Sandakan






























VIDEO: BATU SAPI BY ELECTION PREVIEW V1



Artikel berkaitan:
1. GEMPAK: Gambar sekitar Majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan 18 ranting baru KEADILAN Sabah
2. Pengasas Umno Sabah tinggalkan Umno: "Umno gagal bela hak rakyat Sabah!" - Datuk Karim
3. GEMPAR SABAH: Pakatan Rakyat terus unggul di Sabah - Terbaru Umno lumpuh di Tenom!
4. Lagi berita HANGAT: Presiden Penaja EX-USNO Sabah tinggalkan BN, sertai Pakatan Rakyat!
5. Berita baik BATU SAPI: Pengasas Umno Sabah ishtihar akan bantu calon Pakatan Rakyat!

Berita berkaitan:
- PANAS Batu Sapi: Majlis penamaan calon BN dipulau, penyokong Umno protes calon BN!
- [Kemaskini] HANGAT: Gambar sekitar Hari Penamaan Calon P.185 Batu Sapi
- Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS (Malaysiakini)
- GAMBAR: Bukti Sabah terus MUNDUR di bawah pemerintahan kerajaan Umno/BN!

Teguran buat Mufti Perak: "Ulamak muktabar wajib bersuara menegur pemimpin politik!" - mahaguru58

Posted: 29 Oct 2010 10:40 AM PDT

Oleh: mahaguru58 (Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim MBA)

Ulamak muktabar wajib bersuara menegur pemimpin politik!


(Berdasarkan laporan berita Utusan Malaysia 25/10/2010 bertajuk, "Ulama tak mahu campur politik - Mufti Perak"...)


Begitulah laporan suratkhabar tentang ulasan Mufti Perak Sahibus Samahah Tan Sri Dato Dr Harussani Zakaria tentang kenyataan Wakil UMNO Perak Datuk Rosli Husin bahawa para ulamak haruslah memainkan peranan yang lebih aktif menangani isu berkaitan agama yang di timbulkan parti pembangkang agar para ulamak tidak kelihatan sebagai terkena sindrom bisu!

Bagi saya, pendapat Tan Sri Harussani bahawa para ulama mengambil sikap membisu terhadap isu isu yang ditimbulkan oleh parti parti politik supaya mereka tidak mahu terlibat didalam mana mana parti politik adalah salah.

Salah kerana peranan ulama muktabar melangkaui kepentingan politik baik yang melibatkan pemerintah mahupun pembangkang.

Ulama sebenar wajib berdiri teguh memperjuangkan kalimah Allah dan Ad Deenul Islam tanpa memperbezakan mana mana pihak yang menyentuh apa apa perkara yang berkaitan dengan kesyumulan Islam dan sebarang perkara yang bersangkut paut dengan hal ehwal Islam dan kehidupan umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Tidak bererti bagi seseorang alim ulama untuk terus memegang mana mana jawatan ketua jabatan atau kementerian yang memantau hal ehwal Islam mengambil sikap berdiam diri atau memejamkan mata, memekakkan telinga dan diam membisu bilamana timbul sebarang permasaalahan berkaitan Agama Islam kita dipersada kebangsaan tanpa membezakan akan siapakah dia yang mengutarakan masaalah tersebut samada dari pihak pemerintah sendiri, pembangkang mahupun badan badan bukan kerajaan atau individu?

Ulama yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu ikut campor didalam menangani apa apa isu berkaitan Agama Islam kerna tidak mahu terlibat didalam politik hanya ulama su'.

Ulama su' yang mengkhianati amanah dan kepercayaan ummah terhadap mereka dan hanya bersuara bilamana merasakan selamat bagi mereka untuk berlaku demikian di atas dasar tidak mahu berselisih faham atau pendapat dengan pemerintah. Didalam lain pengertian inilah dia 'Ulama Cari Makan'.

Salah silap pemerintah dia buat tak tahu je. Takut kena pecat jika berani bising.

Apalah gunanya ada 'ulama 'rubberstamp' begini? Asyik dok 'Na`am Na`am' memanjang?

Kita tidak perlukan ulama sedemikian.

Ulama begitu eloklah meletakkan jawatan kerana tidak ada gunanya ia memegang jawatan sebagai mufti atau ketua jabatan agama Islam tetapi diam membisu seribu bahasa dari bersuara menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar tak kiralah samada kemungkaran dan kemaksiatan itu dilakukan pihak pemerintah ataupun Baginda Tuanku Tuanku Sultan dan Raja Melayu sekalipun!

Ulama yang diam tidak bersuara menyatakan yang hak terhadap mana mana pemerintah yang tersasar tersilap didalam pemerintahan mereka sama sama bersyubahat didalam kerja kerja maksiat tersebut dan tidak layak memimpin umat Islam didalam hal ehwal mereka.

Saya sudah seringkali menulis menegur para pemerintah supaya mengemaskan hal ehwal rumahtangga mereka terlebih dahulu sekiranya mahu rakyat jelata mengikuti suruhan mereka tetapi sayangnya amat sedikit diantara mereka yang kononnya 'Ulul 'Amri kita yang mahu memerintah isteri masing masing menutup aurat dan menjalani kehidupan sebagai Muslimin dan Muslimat sebenar di tanahair ini.

Para pemerintah negara dan negeri serta kementerian itu dan ini kokok berderai derai di pentas politik tanahair berpekik bagaikan panglima Melayu dan Mujahidin Islam tetapi isteri masing masing bertabarruj macam nak mampos, rambut dikepala masing masing bagaikan singa Afrika semberono terjongos dengan jambul mengalahkan mendiang Elvis Presley!

Tak ada seorang pun mufti atau mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama Melayu Muslim seMalaysia pernah diberitakan menegur kekhilafan pemimpin politik seperti ini sekian lama ini.

Sila tunjukkan pada saya dan sesama Islam di Malaysia ini akan bukti teguran mufti atau ulama muktabar Malaysia jika ada?

Saya sedia menarik balik artikel ini dan menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada ulama berkenaan secara umum di sini!!!

Ramai yang mengirim emel kepada saya meminta saya menulis menegur isteri Perdana Menteri Malaysia kerna menjadi peneraju Festival Fesyen Islam yang tak seIslam mana pun malah menjadi bahan maki hamun kebanyakan umat Islam yang tersinggung dengan cara pendedahan aurat para model antarabangsa di Monte Carlo memperagakan dada dan aurat aurat yang lain secara paling biadap tetapi di raikan sebagai 'fesyen Islam'!!!

Islam siapa?

Jika penerajunya sendiri sudah togel rambut macam singa Afrika macam mana lah nak di harapkan penganjur festival fesyen 'Islam' itu nak memastikan fesyen fesyen yang diperagakan itu menepati piawaian apa yang kita semua sudah terima sebagai busana Muslimin dan Muslimah?

Tengok lah siapa penganjur nya?

Macamanalah intipatinya hendak menepati Syariat Islam jika acuannya sudah memang tidak memenuhi ciri ciri fesyen Muslimin dan Muslimat itu sendiri?

Mana ada suara mufti memperbincangkan perkara ini secara terbuka dengan kedudukan dan kuasa yang diperuntukkan baginya menangani perkara perkara melibatkan maruah ummah seperti ini?

Tak ada kedengaran apa apa pun!

Maka tidak salahlah sekiranya ada yang menuduh para mufti dan ulama kita sebagai mereka yang makan gaji buta!!!

Apa mufti mufti kita mahu digelar begitu?

Setakat dunia ni bolehlah nak membisu, tunggulah sahaja akan azab Allah Subhanahu Wa Ta'ala bilamana meninggal dunia nanti?

Di dunia ini boleh lah nak glamor macam itu dan ini, siap sampai ke tanah kubur pun tak hendak kalah didalam menonjolkan kedudukan duniawi masing masing.

Kat Tanah Perkuburan Mont Kiara dan Jalan Ampang, gah kubur kubur orang yang kononnya VVIP dan VIP, siap meninggikan dinding kubur masing masing dengan marmar itu dan ini, batu nisan siap berukir dengan pangkat dan kedudukan masing masing selama dok hidup, dengan gelaran gelaran kebesaran berjela dipahat sebagai tanda prestij simati, siap dengan 'carpet grass' nya dan bunga bunga hidup ditaruh didalam pasu kristal diganti saban hari oleh penjaga kubur yang dibayar upahnya!

Hello brader! Bilamana sahaja kita yang mengiringi jenazah beredar pergi dari kubur tuan tuan mufti, ulama gitu gini, maka akan datanglah Sayyidina Mungkar dan Naqir menghampiri tuan.

Dia tak ambil 'pot' tentang siapa tuanhamba?

Tan Sri ke Tun ke, dia peduli apa?

Maka akan di soal siasat lah akan tuanhamba, para mufti yang tak mahu mengambil tahu akan hal ehwal duniawi selama memegang jawatan sedemikian dan alpa terhadap tugas dan tanggungjawab memimpin ummah dan menegur para pemerintah selama tempoh tuan tuan bertugas?

Jawablah nanti 'Ana tak campor politik!'
Tengok apa respons mereka kelak?
Bertugas lah kerana Allah!
Jangan dok buat raplah!

Sumber: mahaguru58.blogspot.com

Oleh: Pria Malaya

Kepada penyokong dan pendokong Umno yg masih mempertahankan tindakan kerajaan, yg masih bersungguh2 membela Mufti Perak, '40 ulamak muda' Umno dan sewaktu dengannya, sila JAWAB artikel blogger pro-kerajaan ini dahulu sebelum 'ada hati' ingin berhadapan dengan pembangkang..semoga mengambil pengajaran...wallahua'lam...


Artikel berkaitan:
- Transformasi Najib-Rosmah: Lebih banyak kelab malam dan spa akan dibina..(kertas cadangan di dalam)
- [Kemaskini] Isu IFF: Penulis jawab ketua '40 ulamak muda' Umno...

GAMBAR: Bukti Sabah terus MUNDUR di bawah pemerintahan kerajaan Umno/BN!

Posted: 29 Oct 2010 09:13 AM PDT





Oleh: Pria Malaya

Gambar di atas adalah gambar terbaru yang dirakam ketika jentera wanita PKR sedang berkempen di Batu Sapi Khamis lalu (28 Oktober 2010)...sungguh sedih lagi menginsafkan...

Betullah kata orang, dimana Umno kuat, disitu rakyat merempat..apabila rakyat miskin, maka mudahlah utk BN menggula2 dan memperbodohkan rakyat terutama ketika musim pilihan raya...contoh boleh lihat pada gambar di atas..



(Sekadar gambar hiasan: Dimana Umno kuat di situ, rakyat merempat...)

Gambar dibawah pula menunjukkan kedhaifan sebuah sekolah di Sabah, sebuah negeri 'jajahan' Umno buat sekian lama..sungguh sedih tatkala melihat anak bangsa masih dibelenggu dengan masalah seperti ini walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun....

Daripada Najib/Umno membazirkan masa dan wang untuk membina menara 100 tingkat untuk bermegah2, ada baiknya Najib memikirkan tentang masalah dan nasib mereka, nasib anak bangsa kita, nasib warisan generasi kita..fikir2kan....














Berita berkaitan:
1. RAKYAT SABAH MISKIN BERTAGAR, LEBIH TERUK DARI MISKIN TEGAR (SabahKini)
2. 23 DALAM SETIAP 100 RAKYAT SABAH MISKIN DI BAWAH UMNO-BN

VIDEO panas Galas: Orang ASLI bersedia gempur UMNO/BN!

Posted: 29 Oct 2010 06:34 AM PDT

BIADAP: Blog Umno 'provoke' Sultan, Istana Kelantan nafi khabar angin blogger Umno!

Posted: 29 Oct 2010 04:53 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Gambar di atas adalah diambil dari salah satu blog pro-Umno, 'cikguleepk.blogspot.com'..tajuk yang agak biadap terhadap Tuanku Sultan Kelantan...

Dan banyak lagi blog2 pro-Umno dilihat sengaja mencetuskan 'provokasi' terhadap diri Tuanku Sultan Kelantan walaupun (kononnnya) dalam nada yang berlapik..

Sentimen negatif ini sengaja diheboh2kan bagi menekan pihak istana, khususnya Sultan Kelantan...buktinya, hari ini pihak istana terpaksa tampil kehadapan bagi menjawab khabar angin yang direka-reka oleh penyokong Umno ini...

Sungguh terdesak dan biadap mereka sehingga cuba mengaitkan istana dalam kempen perang politik mereka...ternyata hubungan erat kerajaan negeri dan pihak istana tidak menyenangkan mereka..

Akhir kalam, cuba korang bayang tajuk yang sama seperti diatas telah dibuat oleh penyokong PR khususnya DAP?..apa reaksi penyokong rasis Umno?..fikir2kan..wallahua'lam..


GUA MUSANG, 29 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang masuk hari keempat hari ini, mula "panas" dengan dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS menggunakan Sultan Kelantan untuk memancing undi.

Khabar angin tersebar luas di Gua Musang sejak pagi tadi bahawa Sultan Muhammad V akan mengunjungi Gua Musang hujung minggu ini untuk mengurniakan geran tanah pada satu majlis kerajaan negeri, yang didakwa akan digunakan untuk menaikkan reputasi PAS menjelang hari pengundian minggu depan.



Bagaimanapun Istana Kelantan menafikan Sultan Muhammad V akan berada di Galas menjelang hari pengundian 4 November ini.

Blog pro-Umno The Unspinners mendakwa kerajaan negeri bercadang untuk memberi 1,200 Orang Asli geran tanah.

Satu lagi blog, Bigdogdotcom pula mendakwa adalah malang jika Sultan Muhammad V dimanipulasikan oleh sebuah parti politik ketika kempen, laporan yang dilihat mendakwa Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan pihak istana.

"Adalah malang jika Duli Yang Maha Mulia Sultan digunakan sebagai alat oleh sesetengah pihak ketika kempen proses demokratik, khususnya dalam pilihan raya.

"Pilihan raya adalah persaingan antara parti politik dan ahli-ahli politik," kata tulisan blog yang disiarkan semalam.

Bagaimanapun sumber-sumber Istana Kelantan menafikan yang Sultan Muhammad V akan melawat Galas dalam tempoh terdekat.

Sumber itu menambah, baginda juga telah menangguhkan kesemua pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan sebelum 4 November.

"Malah, Sultan pun tiada di negeri dan baginda tidak akan mengunjungi Gua Musang sehingga pilihan raya berakhir," kata satu sumber istana kepada The Malaysian Insider.

Sultan Muhammad V yang dimashyurkan sebagai sultan bulan lalu telah mengunjungi bahagian Gua Musang minggu lalu sebelum bermulanya tempoh berkempen untuk mengurniakan geran tanah kepada lebih 100 penduduk.

Bagaimanapun difahamkan tiada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu.

"Tidak ada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu disebabkan sensitiviti, Tuanku hanya diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawainya," kata sumber.

"Sultan bijak, baginda tahu peranan baginda, baginda faham situasi, jadi baginda tiada rancangan untuk melawat Gua Musang ketika tempoh berkempen," katanya.

Dalam pada itu, Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad yang mengesahkan tiada kunjungan diraja ke bahagian Gua Musang menjelaskan, majlis pengurniaan geran tanah minggu lalu telah dijanjikan oleh Sultan Muhammad V tahun lalu ketika baginda masih pemangku Sultan Kelantan.

"Mereka yang menerima geran tanah merupakan mereka yang memohon terus kepada baginda, ketika baginda masih Tengku Mahkota," kata Halim.

"Permohonan ini diluluskan baru-baru ini dan Tuanku memutuskan untuk mengurniakan secara peribadi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya.

Halim menafikan ia keputusan politik.

"Ia adalah rutin baginda. Bukan sahaja di Gua Musang, baginda melawat seluruh negeri untuk menyampaikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukannya," kata Halim.

"Istana tidak terlibat dalam kempen. Mereka boleh berkata apa yang mereka mahukan, tetapi istana tidak terlibat dalam politik," kata Halim lagi.

Jentera kempen Barisan Nasional diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, ketua Umno Gua Musang, yang merupakan anggota kerabat diraja. - TMI

Gambar sekitar ceramah PAS di Galas: Ribuan hadir termasuk kaum Cina dan India!..(video inside)

Posted: 29 Oct 2010 03:17 AM PDT

KEMPEN 1

















KEMPEN 2













p/s: Lagi gambar menyusul..





Sumber gambar: Greenboc dan minaqjinggo

Lagi politik SAMSENG: BN pasang kain rentang halang petugas PR temui penduduk kampung

Posted: 29 Oct 2010 12:17 AM PDT



Larang PR Berkempen, BN Mahu Bawa Rakyat Batu Sapi Ke Politik Zaman Batu

SANDAKAN 29 Okt - Barisan Nasional membawa budaya politik Malaysia ke zaman batu apabila memasang kain rentang di bilik gerakannya di Kampung Istimewa melarang petugas Pakatan Rakyat memasuki perkampungan tersebut untuk menemui pengundi.

Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari pada masa persada politik negara sedang menuju ke arah pembudayaan dan kerangka politik baru malangnya Umno dan BN dilihat ingin membawa rakyat kembali kepada zaman kegelapan politik penuh kezaliman, pemikiran kuno dan politik lama.

"Kita tidak mahu kembali kepada politik tahun 1960-an yang diamalkan oleh BN seperti mana yang kita lihat di Kampung Istimewa semalam. Mereka memasang kain rentang yang melarang pembangkang memasuki kampung itu.

BNN mahu kita kembali kepada zaman batu tetapi kita mahu bawa budaya politk baru yang melibatkan debat, diskusi dan perbincangan bagi memberi peluang kepada pengundi Batu Sapi membuat pertimbangan dan seterusnya pilihan alternatif yang paling baik di antara tiga calon yang bertanding," kata Ansari pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pagi tadi.

Semalam Suara Keadilan melaporkan kira-kira 20 anggota pasukan petugas perayu undi dan culaan dari Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh dan Bayan Baru telah dihalang oelh samseng Umno daripada menemuim pengundi Kampung Istimewa di kawasan Dewan Undangan Negeri
Sekong.

Mereka telah diugut dan dilemparkan kata-kayta kesat dan diancam dengan kekerasan serta memaksa penduduk menutup pinti rumah dan tidak memenerima kedatangan petugas KEADILAN...- SuaraKeadilan

Berita terdahulu..
- TERDESAK: Kumpulan gengster Umno/BN halang dan ugut petugas wanita Keadilan di Batu Sapi..
- Video Umno Melaka 'mengganas': Sudahlah ganggu ceramah PR, berlagak sombong pulak tu!