Rabu, 27 Oktober 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


YB Saifudin Jawab Fuad Zarkasyi

Posted: 27 Oct 2010 07:20 PM PDT










Cari N3 lama-lama disini

Engkau Memang Manusia Durjana.

Posted: 27 Oct 2010 03:58 PM PDT


Anda mesti ingat adegan ini.Adegan ini dipetik dari filem "seniman Bujang Lapok"karya Alahyarham Tan Sri P.ramle
S.Syamsudin begitu marah bila dia lihat adegan seorang lelaki yang ingin memancung isterinya hanya kerana masakan tak sedap.Kita mesti tak percaya jika memang ada lelaki durjana macam tu.Tapi di zaman sekarang memang ada.
Sila baca berita di bawah.


KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.
Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

"Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

"Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf," katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

"Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya," katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.






Cari N3 lama-lama disini

Misi Kempen Orang Asli Bermula

Posted: 27 Oct 2010 12:07 AM PDT

27 Oktober, Gua Musang : Calon PAS bagi DUN Galas, Dr.Zulkefli bin Mohamed akan memastikan rakyat dan penduduk di Galas akan terbela. Beliau pada hari ini menyatakan misi selaku calon PAS dan Pakatan Rakyat didalam Sidang Media yang diadakan pagi ini di Markaz Induk PRK N45 Galas di sini.

PAS bersungguh-sungguh dalam menawarkan perkhidmatannya kepada pengundi di sini sementara UMNO/BN pula memilih pendekatan yang sederhana.


Misi Calon PAS/PR, Dr.Zulkefli bin Mohamed ;

1. Meneruskan khidmat cemerlang Allahyarham YB Che Hashim Bin Sulaiman.

2. Berusaha untuk menyelesaikan isu yang berkaitan permohonan pemilikan tanah yang tertangguh.

3. Sebagai pemudah cara bagi Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pembangunan di DUN Galas.

4. Mengadakan rawatan kesihatan bergerak kepada rakyat di DUN Galas.

5. Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri menubuhkan satu Urusetia Khas untuk menguruskan hal - hal berkaitan orang Asli.

DUN Galas mempunyai sekitar 6,500 orang asli dan beliau yakin masyarakat Orang Asli akan dapat menerima dengan baik misi dan gerak kerja yang dijalankan oleh PAS. Hal ini adalah kerana PAS telah berjaya mentadbir Kelantan dengan baik selama 20 tahun.

"Saya tidak melihat sebarang masalah dalam keadan tersebut. Dan saya telah pun sampai kepada Pos Hau yang jaraknya lebih kurang 3 jam lebih bersama-sama  dengan sebahagian wakil media yang ada hari ini." kata beliau kepada wartawan

PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negeri mula berkampung disini sejak satu minggu yang lalu untuk sama-sama membantu Jentera PAS Kelantan untuk memenangkan DUN Galas pada 4 November akan datang.
"Kekuatan kami adalah kerjasama yang erat diantara kami daripada PAS dan daripada jentera Pakatan Rakyat." ujar beliau lagi.
http://www.buletinonline.net
 
Cari N3 lama-lama disini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Najib jemput Paris Hilton,Puteri UMNO dirogol di Galas,Rosmah jadikan sari pakaian Islamik,BN nak buat Menara untuk orang Asli

Posted: 27 Oct 2010 07:55 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

Sumber pagi ini..BH

Hillary Clinton nak datang Malaysia...ahahahaha sebelum ini sibuk menyatakan ANWAR ada hubungan sulit dengan AMERIKA..semenjak NAJIB memerintah selalu jugak beliau ulang-alik ke AMERIKA..manakalah pengikutnya terus membisu tidak berkata apa2... ahahahaahaha..kenapa mereka tak nak kata NAJIB ni FREEMASON..?? ahahahaha..nasib baik hillary clinton bukan PARIS HILTON

ROSMAH bagi taklimat dekat bini PM INDIA pasal PERMATA...ahahaha itu semua tulisan di dalam akbar..apa yg dibincangkan sebenarnya adalah mengenai PESEN ISLAMIK iaitu meletakkan kalimah MUHAMMAD di atas pakaian di bahagian dada ataupun di bahagian tetek.. ahahahahaa..dah tu begger2 jahit la banyak lagi kalimah arabik ke atas kain sari bini KOHILAN PILLAY.. ahahahahaha

KABINET akan membincangkan isu kontrak..NAZRI AZIZ sudah potong stim..DEB yg semangatnya telah dijanjikan NAJIB akan diteruskan bermakna kontrak hendaklah dibagi secara senyap dan kroni dan rasuah...jikalau nak telus pergilah jadi EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG dibawah pemerintahan KALIPAH CELAKA GUAN ENG.. ahahaha adakah NAZRI AZIZ juga sudah jemu dengan DEB kerana mahukan semangat 1MALAYSIA diamalkan dalam pemberian kontrak??? ahahahaha biol biol dan biol.. ahahahaha

MUHYIDIN makin biol..dia boleh kata yg PAS tiru UMNO iaitu bekerjasama dengan bukan ISLAM dalam politik.. ahaha ini punya statement pun boleh masuk BERITA HAIRAN ka???tak HAIRANlah sbb mmg akhbar ini digelar BERITA HAIRAN... ahahahaa....MUHYIDIN belum masuk UMNO lagi masa PAS menjalinkan kerjasama dengan BN pada masa dahulu..many many many elephant years ago.. ahahahahahahahah

10.8 juta untuk projek kesejahteraan orang asli..ORANG ASLI taraf mereka tidak setanding dengan BUMIPUTERA yg bernama ROSMAH MANSOROS kerana ROSMAH dapat peruntukan sebanyak RM111 juta...jadi orang ASLI diharapkan agar terus menerus menyokong BARISAN NASIONAL yg ADIL dan SAKSAMA... ahahahahahaa..adakah 10.8 juta ini akan digunakan untuk mebina sebuah lagi menara 10 tingkat yg bernama MENARA ORANG ASLI??? ahahahaha

PUTERI UMNO diminta menjaga keselamatan semasa berkempen..takut mereka akan dirogol,diraba, dan sebagainya..maklumlah...kalau dah kena rogol dan raba nanti..mereka akan diambil gambar mereka terlebih dahulu untuk disiarkan aurat dan body mereka yg serba mantap untuk sajian minda anak2 muda di alam CYBER...ahahahahahahaa supaya masing2 boleh stim dalam malam beraksi seorang diri..malangnya apabila dilaporkan kepada polis..polis tidak mampu menenmui sebaran cap jari yg berlogokan PAS PKR mahupun DAP... ahahahahaha..kerana apa bila dibuata analisa berulang kali ternampak logo DACING di atas bahu,punggung dan dada puteri UMNO yg menjadi mangsa jenayah seksual itu tadi.. ahahaha

MUSA AMAN yakin dengan pungundi CINA..apa bila jilkalau BATU SAPI dimenangi PKR mulalah MUHYIDIN YASIN kata CINA tak sedar diuntung dibagi projek dan dibagi segala lesen tapi tak mahu mengundi BARISAN NESENEL...

ANIFAH AMAN kata pembangkang hanya pandai mengkritik..aik dah nama pun membangkang mengkritik je lah pandainya...dah tu..BN nama je BARISAN NASIONAL tapi tak mampu memberikan NASI kepada setiap rakyat di MALAYSIA..????

SPRM tutup enam kes siasatan projek..alahai..dah banyak sangat kes rasuah..so yg profil tinggi macam biasa akan settle je.. ahahahahahahaha

ahahahahahaha..teruskan menyokong BARISAN NASIONAL..demi BANGSA,NEGARA dan BANGSAT NEGARA... ahahahahahahahah


bumiperak

bumiperak


Ku Li merajuk dipenamaan calon DUN Galas

Posted: 26 Oct 2010 11:38 PM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah, who was appointed BN's director for the Galas byelection, was nowhere to be seen at the district office-turned-nomination centre. Even as Ab Aziz walked through the gates of the district office, he was not flanked by any Umno stalwart – only Wanita chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and MCA vice-president Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Trailing behind was Umno secretary-general Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

While Tengku Razaleigh led the procession to the District Office, he did not complete the journey to accompany Ab Aziz in submitting his nomination papers – opting instead to wait down the hill.

As 10am approached – when nominations closed – Tengku Razaleigh was yet to make his appearance at the nomination centre.  SUN 27 Okt

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KES LIWAT II - DOKTOR AKUI TIADA UJIAN TENTUKAN PELINCIR DIGUNAKAN

Posted: 27 Oct 2010 10:16 PM PDT

Liwat II: Karpal tuntut dokumen 3 doktor HKL
Okt 28, 10

Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula, ia terpaksa ditangguhkan seketika.

Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.

Ini berikutan peguam bela utama, Karpal Singh yang ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.

8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.

9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.

"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu."

Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.

Mahkamah berehat seketika.

9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.

Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.

9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.

9.26am: Mahkamah bersambung.

9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.

9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.

Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.

9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.

10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.

10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.

11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya.

11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas.

11.42am: Sankara Nair mengambil-alih daripada Karpal dan sedang memasang projektor LCD.

11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali.

12.02pm: Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan./Malaysiakini

DAP DITUDUH `KAFIR HARBI', YANG MENUDUH ITU MAHU DIGELAR APA?

Posted: 27 Oct 2010 06:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

PRK Dun Galas telah memulakan medan pertarungan yang dijangka sengit di antara calon Umno dan PAS. Umno sebuah parti sekular berteraskan kebangsaan mempunyai cita-cita tinggi untuk merampas kerusi tersebut dari PAS sebuah parti yang berteraskan Islam. Pertembungan ini adalah di antara golongan sekular iaitu yang memisahkan ugama dan politik serta urusan keduniaan yang dibawa oleh Umno dengan satu lagi golongan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam.

Di antara kedua-dua golongan ini, siapakah yang dipilih oleh pengundi-pengundi di Dun Galas? Biarpun PAS yang mewakili PR bertanding di situ, namun Umno seperti tidak bersedia untuk berdepan dengan PAS. Maka, serangan Umno dilihat tertumpu kepada DAP yang juga merupakan sekutu PAS di dalam PR. PAS dilihat lebih `gentleman' dengan berdepan terus dengan Umno dan tidak mensasarkan MCA mahupun MIC. Inilah kehebatan PAS di dalam setiap pilihanraya.

Diberitakan terdapat sepanduk yang menggelar DAP sebagai `Kafir Harbi'. Mereka mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP. Sebelum kita menjawab persoalan bodoh mereka itu, kita ingin bertanya kepada mereka adakah mereka faham apa yang dikatakan `Kafir Harbi' itu? Jika mereka tidak faham, mereka perlu bertanya kepada `Ularmak Muda' yang ada bersama mereka. Jika `Ularmak Muda' itu membenarkan dakwaan mereka yang menyebut DAP adalah `Kafir Harbi' ini bermakna memang wajar `Ularmak Muda' tersebut berada di dalam parti sekular yang mereka dokongi itu.

Seandainya hujah mereka berpandukan kepada fahaman mereka bahawa DAP menolak perlaksanaan hukum hudud yang dicita-citakan oleh PAS sebagai dalil bahawa DAP itu `Kafir Harbi', kita bertanya kembali adakah Umno yang mengaku Islam itu menyokong hukum hudud? Bahkan, kita turut ingin tahu semenjak Umno memegang tampuk pemerintahan negara, pernahkah Umno bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud iaitu salah satu dari hukum Allah itu? Jika bercita-cita pun tidak pernah, jauh sekali untuk merancang melaksanakan hukum tersebut.

DAP sekadar menentang secara lisan, itu pun oleh beberapa kerat pemimpinnya akibat mereka tidak beriman dengan Islam. Karpal Singh menentang hukum hudud semata-mata berdasarkan Perlembagaan Negara dari aspek perundangannya. Manakala Umno menentang hukum tersebut bukan lagi secara lisan, bahkan Umno telah pun menggunakan kuasanya untuk menentukan hukum ini tidak akan dilaksanakan. Buktinya, pemimpin Umno dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno pernah menggunakan kuasanya untuk menyekat hukum tersebut dari dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Justeru itu, siapa lebih `Harbi'? Orang yang tidak beriman dengan Al-Quran menolak hukum dari Al-Quran atau orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi secara terang-terangan menolak hukum Al-Quran? Sebelum ini, pemimpin Umno bercita-cita untuk memperkenalkan judi bola sepak Piala Dunia. Terbaru pula, ada rancangan untuk memperluaskan Pusat-Pusat Hiburan demi para pelancung. Amat memalukan, sebuah negara yang mengaku Negara Islam sanggup mengkhianati amanah Allah semata-mata untuk pelancung asing. Tidak cukup dengan itu, ada pula isteri pemimpin Islam yang menjadi Penaung kepada `Festival Busana Islam' yang sesat itu.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghancurkan golongan sesat seperti ini. Menyokong mereka bererti kita juga lebih teruk dari DAP yang dikatakan `Kafir Harbi' itu. Syabas kepada DAP yang menjadi teman penerang semak samun sepanjang perjalanan kita menuju ke arah mendaulatkan Islam./wfauzdin.blogspot.com

MALAYSIA HUB HIBURAN - DR ASRI BIDAS NAJIB

Posted: 27 Oct 2010 09:46 AM PDT

Asri : Najib Seolah-olah Pinggirkan Islam


KUALA LUMPUR 27 OKT: Rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan malam selaras dengan Program Transformasi Ekonomi atau ETP dilihat sebagai meminggirkan Islam, kata bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin.

"Ini amat bahaya kepada kerajaan sekarang. Ini langkah yang tidak bijak ketika kepimpinan Perdana Menteri sekarang dan Umno dikritik, ini menambah lagi prasangka dan kritikan orang. Sekali sekala nampak macam nak mengangkat Islam, sekali sekala seperti dipinggirkan (Islam) dalam pentadbiran negara kita" kata beliau.

Menurut pelan tindakan ETP yang dilancarkan oleh Najib, jumlah kelab malam terkemuka akan ditambah manakala lebih banyak konsert akan dianjurkan dan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dilonggarkan.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan rasional Umno-Barisan Nasional cuba meningkatkan pendapatan negara dengan menambah jumlah kelab malam.

"ETP ini perlu ditarik balik kerana beri kesan kepada orang Islam dan bukan Islam," Dr Asri memberitahu TV Selangor.

"Kerajaan perlu tarik balik kerana jika tidak, ia akan jadi 'pukulan terhebat' untuk kerajaan. Sudahlah dianggap tidak mesra dengan orang Melayu oleh beberapa pihak, ia juga dianggap tidak mesra dengan Islam," tambah beliau.

Menurut pelan tindakan ETP, kerajaan Umno-BN pimpinan Najib merancang untuk menubuhkan zon-zon hiburan yang merangkumi kelab malam yang diberi kelonggaran dari segi waktu operasi.

Penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu adalah untuk menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan, menurut pelan tindakan ETP.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.

Selain itu syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa akan dilonggarkan bagi membolehkan lebih banyak artis luar negara dari Barat dan negara lain mengadakan pertunjukan di Malaysia.

Dr Asri berkata rancangan untuk menjadikan Malaysia hab hiburan malam akan mempunyai kesan politik selain kesan sosial.

"Saya lihat langkah ini akan memberi kesan besar kepada persepsi masyarakat Islam. Sudahlah kerajaan sekarang kehilangan sokongan daripada orang bukan Islam, ini juga akan menyebabkan (kerajaan) hilangnya sokongan akibat persepsi negatif umat islam," tegas beliau.

"Sudahlah yang sedia ada(kelab malam) kita tidak mampu kendalikan dengan baik dengan gejala sosial meningkat saban hari, kita tambah lagi. Kenapa kerajaan tidak pilih cadangan lain? Mislanya pusat hiburan alternatif yang lebih bersopan seperti nasyid, atau hiburan tradisi yang tidak melanggar nilai-nilai kesopanan?," kata Dr Asri./TVNews

KES LIWAT II - DR RAZALI DIASAK OLEH KARPAL

Posted: 27 Oct 2010 09:29 AM PDT

Liwat II: Hakim nafi Anwar akses nota perubatan
Okt 27, 10

Peguam Karpal Singh - yang disahkan negatif denggi tetapi masih lemah kerana cirit-birit - tiba di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari ini untuk menyoal siasat doktor Hospital Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis.

Kira-kira setengah jam kemudian, para wartawan kemudiannya dibenarkan masuk ke dewan mahkamah.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan timbalan pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria CK Wong kemudian masuk ke mahkamah.

Manakala peguambela CV Prabhakaran juga masuk ke mahkamah bersama pakar forensik Australia Dr David Wells.

Anwar pula tiba sekitar jam 2 petang bersama bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat.

Mereka diikuti dengan pasukan peguam ketua pembangkang itu - Sankara Nair, Param Cumaraswamy Ram Karpal and Karpal Singh.

Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis.

Kira-kira setengah jam kemudian, wartawan pula kemudiannya dibenarkan masuk ke dewan mahkamah.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan timbalan pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria CK Wong masuk masuk ke mahkamah.

2.10pm: Doktor HKL Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan.

2.13pm: Karpal mula menyoalsiasat Dr Razali.

Dr Razali memberitahu mahkamah bahawa laporan perubatan awal Saiful disediakan pada 29 Jun - sehari selepas mangsa diperiksa.

Bagaimanapun, ia dikeluarkan hampir dua minggu kemudiannya pada 10 Julai.

2.24pm: Dr Razali berkata beliau tidak ingat pada laporan perubatan awal - 10 Julai itu sama ada dia tandatangan di setiap muka surat. Tetapi bagi laporan perubatan bertarikh 13 Julai, dia tandatangan di semua mukasurat laporan berkenaan.

2.27pm: Karpal memohon untuk mendapatkan nota perubatan oleh doktor-doktor HKL sewaktu memeriksa Saiful selama tiga jam.

Mohd Yusof membantah permohonan tersebut kerana ini tidak dirujuk kepada saksi.

Karpal berkata isu boleh dibangkitkan sewaktu soal-siasat.

"Kita tidak mahu berulangnya insiden mata lebam di mana doktornya, Dr Abdul Rahman Yusof, diminta melakukan sesuatu yang beliau tidak mahu buat."

Karpal menjelaskan bahawa Dr Abdul diminta memberi keterangan bahawa kecederaan mata lebam itu dilakukan oleh Anwar sendiri.

"Tentunya, kita mahu ini dalam kes ini," katanya.

2.55 Mahkamah berihat untuk membolehkan hakim membuat keputusan sama ada untuk mengarahkan Dr Razali mengemukakan nota-nota perubatan sewaktu memeriksa Saiful.

Hakim Zabidin meminta Karpal terus menyoalsiasat Dr Razali berhubung perkara lain yang tidak berkaitan dengan nota perbuatan itu.

Bagaimanapun, Karpal berkata, beliau tidak boleh meneruskan soal-siasat itu tanpa nota-nota berkenaan.

3.17pm: Sidang mahkamah diteruskan. Hakim Zabidin membenarkan permohonan peguambela untuk mendapatkan laporan awal pemeriksaan perubatan itu, yang bertarikh 10 Julai.

3.18pm: Berlaku kekeliruan apabila Karpal berkata beliau mahu serta-merta nota tersebut, jika tidak beliau tidak dapat meneruskan soal-siasat terhadap Dr Razali.

Kedua belah pihak berhujah mengenai perkara itu.

3.24pm: Selepas mendengar hujah Karpal dan Yusof, Hakim Zabidin menjelaskan bahawa beliau hanya membenarkan pemberian laporan perubatan yang bertarikh 10 Julai 2008.

Karpal meminta rihat selama 20 minit untuk membincangkan perkara itu.

3.29pm: Pasukan pembelaan Anwar berbincang dengan pakar perubatan mereka Dr David Wells.

3.38pm: Mahkamah bersidang semuala tetapi tiada kelihatan kelibat Dr Razali. Beliau ke bilik air. Hakim Zabidin tersenyum dan berkata, "Kita akan tunggu saksi itu."

3.41pm: Dr Razali tiba di mahkamah dan mengambil tempatnya di kandang saksi.

4.12pm: Meskipun diasak berulang kali oleh Karpal, Dr Razali enggan merujuk kepada nota awal klinikal berhubung sejarah perubatan Saiful, khususnya lawatan awalnya ke Hospital Pusrawi.

(Meskipun Karpal gagal mendapatkan nota perubatan, namun beliau boleh meminta maklumat secara langsuing daripada saksi sebagai rujukan apabila menyoal di mahkamah. Namun Dr Razali enggan merujuk kepada nota berkenaan).

Dr Razali berkata hanya ada satu laporan kimia.

4.16pm: Karpal memohon supaya sesi mahkamah hari ini ditangguhkan.

4.18pm: Sesi mahkamah berakhir. Perbicaraan akan bersambung pada jam 8.30 pagi esok./Malaysiakini

`DAP KAFIR HARBI' - SEPANDUK DARI MELAYU ISLAM YANG JAHIL UGAMA DI GALAS

Posted: 27 Oct 2010 07:00 AM PDT

Kain rentang 'DAP harbi' - Pakatan berang
Lee Way Loon
Okt 27, 10

Sehelai kain rentang dijumpai pagi ini tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?"

Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.

Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'.

Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi.

Kain rentang itu kemudiannya diturunkan oleh pekerja pilihan raya PAS dan DAP.

Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik.

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

"Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam," katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

"Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adal;ah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Pua./Malaysiakini

WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANGAN BERSEDIH

Posted: 27 Oct 2010 04:42 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena atau `tanpa dirancang' maka perkampungan di Gua Musang mencipta rekod `kampung WIFI' pertama di Malaysia. `Kebetulan' projek tersebut dijalankan di Gua Musang sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Galas akan berlangsung. Sebelum ini `kebetulan' juga berlaku di Bagan Pinang apabila kem tentera dijanjikan dengan kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal sewaktu PRK Dun Bagan Pinang.
Setiap kali berlakunya PRK, ada sahaja `projek kebetulan' dan kesemuanya diakui dan dipercayai oleh SPR dan SPRM sebagai `kebetulan'. Jika bukan `kebetulan', sudah tentu ianya merupakan rasuah politik dan ianya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tetapi kerana `kebetulan' makan dibolehkan.

Saya tidak tahu samada di Bagan Pinang kem tentera di situ sudah menikmati kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal atau belum. Tetapi, apa yang pasti `projek' pertama selepas Tan Sri Isa Samad menang di Dun Bagan Pinang adalah `projek' Tan Sri Isa sendiri iaitu beliau berkahwin baru setelah kematian isterinya. Saya difahamkan oleh rakan tentera di sana, satu apa pun tidak berjalan sebagaimana yang dijanjikan.

Saya anak Jelebu, MP Jelebu adalah DSU Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi. Di kampung saya, usahkan kemudahan WIFI, rangkaian 3G pun tiada. Lojiknya, tentulah kawasan Jelebu terlebih dahulu mendapat kemudahan WIFI tersebut memandangkan MP Jelebu adalah Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. Lagi pun, Jelebu dirasakan lebih baik pembangunannya sedikit dari Gua Musang, cuma bas sahaja yang bermasalah di Jelebu. Namun demikian orang Jelebu jangan kecewa, mungkin jika ada Wakil Rakyat di tempat kita mati nanti adalah WIFI tu tiba secara `kebetulan'.

Gua Musang terdapat ramai masyarakat Orang Asli dan di dalam PRK Dun Galas ini masyarakat Orang Asli akan diberi keistimewaan. Bayangkan orang-orang Asli ini akan menggunakan kemudahan WIFI di rumah mereka. Saya tidak tahu samada majoriti rumah di Gua Musang sudah memiliki komputer atau tidak. Tetapi, WIFI tetap diberikan cuma bila projek ini akan bermula, Wallahu Aklam. Mungkin esok, lusa, tulat, tahun depan atau selepas `kiamat'. /wfauzdin.blogspot.com

Kerajaan bayar RM26,000 sehari untuk kediaman Najib dan Muhyiddin

Posted: 27 Oct 2010 03:53 AM PDT

27/10/2010


KUALA LUMPUR, 27 Okt - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau./TVNews


kalam Perantau

kalam Perantau


BATU SAPI : EX-USNO IKRAR SOKONG PEMBANGKANG

Posted: 27 Oct 2010 04:00 PM PDT

Oleh: DATU BADARUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

Assalamualaikum wbkth,

SELARAS dengan prinsip Perjuangan USNO, "Berjuang Tetap Berjuang", kami tidak pernah lari dari perjuangan ini, untuk membela nasib Bangsa, Agama dan Negara khasnya berpaksikan matlamat untuk melindungi kepentingan ahli-ahli USNO, Generasinya, serta Rakyat Sabah keseluruhannya.

Sejarah telah membuktikan bahawa USNO, Parti Kermerdekaan Sabah Pimpinan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha telah berjaya membebaskan kita dari belenggu penjajahan sejak 50 tahun dahulu. USNO adalah peneraju Kemerdekaan yang mewakili rakyat Sabah dalam perundingan kemerdekaan kita, serta mengariskan syarat penyertaan kita untuk bersama menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Pra-syarat Perjanjian Perkara 20 Atau 20 Point yang digariskan oleh USNO Pimpinan Tun Datu Haji Mustapha telah dikemukakan kepada British dan IGC bagi melindungi Hak dan Kepentingan Rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia hendaklah dimasukan sebagai sebahagian Dari Perjanjian Malaysia.

Parti Kemerdekaan ini telah berbuat demikian semata-mata kerana ingin melindungi masa depan Rakyat Sabah di dalam persekutuan Malaysia, USNO bukanlah Parti yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan Kuasa, Harta Dan Perkauman, tetapi tertubuhnya USNO pada 23 Desember 1961 adalah untuk melindungi Kepentingan Rakyat Sabah dan Kepentingan Bumiputera Sabah dan yang lebih penting Kestabilan Politik Negara Malaysia.

Pembubaran USNO secara teknikal ini tidak semesti menjadikan alasan bahawa rakyat Bumiputera Sabah , mantan ahli USNO , Generasi Muda Sabah, Anak-anak tidak boleh mendaftarkan USNO semula sebagai NGO atau Parti Politik yang mewakili mereka demi masa depan generasi muda Sabah. Apa lagi jika Penubuhannya ditolak tanpa sebab dan alasan Oleh Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

USNO adalah Lambang Pembebasan Rakyat Sabah dari belenggu Penjajahan Kapitalisme, Kolonialisme dan Neo-Kolonialisme yang seharusnya kekal menjadi pelindung kepentingan generasi muda anak-anak Sabah masa kini dan masa akan datang.

Kepentingan menghidupkan semula USNO samalah juga ertinya 'Menjaga Kepentingan Kemerdekaan Sabah' Di dalam Persekutuan Malaysia kerana kami yakin USNO akan bertindak sebagai pelindung kepentingan Rakyat Sabah dan bukan sebagai Parti Politik yang hanya berpesta di setiap pilihanraya dan selepas itu berkuasa dan berpoya-poya.

Kami telah berusaha untuk menubuhkan Kelab USNO Sabah secara serius dan teratur dalam bentuk NGO, Kami telah melantik Penal Guaman untuk meneliti Pendaftaran NGO USNO. Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Undang-Undang tubuh Persatuan, Kami telah menemui Perdana Menteri Malaysia. Kami telah menemui Ketua Menteri Sabah bagi menerangkan hasrat dan tujuan NGO USNO tanpa mengganggu kepentingan Politik UMNO di Negeri Sabah, bahkan memberikan sokongan terbuka kepada Kerajaan Barisan Nasional BN bagi mengelakan syak wasangka, sekian lama usaha telah dibuat secara diplomasi, perundingan di peringkat atasan sehingga ke Perdana Menteri Malaysia, Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhhan di Putrajaya dan juga perundingan dengan ketua eklusif Negeri bagi memberi laluan kepada NGO USNO diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan Pimpinan Barisan Nasional.

Usaha juga telah dilakukan oleh pihak Ex-USNO untuk turun padang pasa 2007/2008 bagi meninjau hasrat bekas ahli USNO yang ingin melihat USNO wujud semula dalam bentuk NGO, hasilnya kami telah menubuhkan wakil-wakil USNO di 25 Parlimen di Sabah, 60 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dapat mengumpul antara 200- 3,000 ahli bagi membuktikan bahawa USNO terus raleven untuk menjaga kepentingan mereka di seluruh Sabah.

Namun semua usaha ini sia-sia setelah kami menerima penolakan pendaftarannya pada 26 Februari 2009 melalui satu surat dari Pendaftar Pertubuhan bertarikh 24 Jun 2008, Bil : PPM/SBH 1880 / 07 (1) yang ditanda tangani sendiri oleh Ketua Pengarah ROS Dato Haji Mohd. Alias Bin Kalil, tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Rayuan demi rayuan telah dipinta kepada kepada mereka yang bergelar Pelindung perjuangan Bangsa, Agama dan Negara, namun semuanya tidak berhasil; seolah-olah kebebasan untuk berpersatuan telah mati, sistem Demokrasi telah mati. Manakala Parti Kemerdeaan Rakyat Sabah sengaja dimatikan oleh pihak berkuasa kerana dihantui oleh Sindrom Takut Dengan Nama Usno, Fobia dengan laungan USNO, Gentar dengan sokongan yang diterima oleh USNO dari akar umbi.

Jesteru itu kami dari Kelab USNO Sabah telah membuat ketetapan pada Mesyuarat AJK Penaja EX-USNO kali ke 12, pada 24 Oktober 2010, selaras dengan kehendak bekas ahli-ahli USNO untuk 'Mentranfomasikan Usno Ke arah Pembangkang'; maka hari ini kami ingin ucapkan "Sayonara" kepada Barisan Nasional.

Kami bersiap sedia mengadakan kerjasama dengan PAKATAN RAKYAT di peringkat Persekutuan sementara di peringkat Negeri kami juga telah membuat keputusan untuk mengadakan 'Joint-Force' dengan parti-parti Tempatan dari Sabah seperti SAPP dan beberapa parti di Negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya umum PRU-13; di samping itu kami akan memberikan kerjasama kepada wakil Pakatan Peringkat Negeri Sabah.

Kepada Kumpulan yang berhasrat menghidupkan USNO dalam bentuk Parti Politik, kami menyarankan supaya melupakan hasrat itu sementara waktu, kerana kami melihat hasrat dan tujuan murni tuan-tuan akan sia sia sehaja seperti mana yang kami lalui bertahun-tahun berhadapan dengan pihak yang mempunyai 'Sindrom Takut, Gentar Dan Fobia Terhadap Nama Usno.'

Marilah kita semua Rakyat Sabah, mantan USNO, Parti USNO 2006 & 2008, Generasi muda USNO, Pemuda Pemudi Sabah, Bangunlah. Ubahlah haluan Ke arah TRANFOMASI bersama USNO yang lebih aggresif menghadapi Pilihanraya PRU13 akan datang bersama Pasukan Pembangkang.

Bagi maksud Pilihanraya kecil Batu Sapi Sabah, yang akan diadakan 4 November 2010, Ex-USNO Sabah menyeruh supaya semua ahlinya, semua Bekas USNO yang berada dalam UMNO di kawasan berkenaan supaya mengubah haluan memberikan undi dan sokongan kepada Calon Parti Pembangkang demi nama Usno ke arah Tranformasi Politik Usno.

Berjuang Tetap Berjuang!

(NOTA: Datu Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha ialah Presiden Penaja NGO EX-USNO Sabah)


Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut

Posted: 27 Oct 2010 05:00 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib 

WawiBatuSapi2SANDAKAN 27 Okt – Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

“Semalam saya lewat, orang Sabah bilang ‘limpas’ pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

“Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela,” kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

“Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

“Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

“Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan,” jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

“Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

“Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi ‘slum area’ atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

“Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan,” kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai ‘penganggu’ Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

“Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini


Batu Sapi : Wan Azizah, Ansari Temui Rakyat

Posted: 27 Oct 2010 03:30 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib    

IMG_3510SANDAKAN 27 Okt – Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari Abdullah tidak membuang masa untuk terus menemui rakyat bagi berkempen dan mendekati masalah yang mereka hadapi sejurus selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi semalam.

Bersama-sama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ansari berpeluang beramah mesra dengan rakyat di kawasan Jalan Leila dan Bandar Nam Tung yang menyambut mereka dengan baik sekali.

Turut serta dalam kempen melawat rakyat termasuk Exco Selangor, Elizabeth Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Sahamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

Kebanyakan penduduk yang ditemui menunjukkan respons yang positif kepada kempen agar mereka memilih Ansari bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat pada PRK Batu Sapi 4 November depan.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi yang bakal di adakan 4 November depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ansari, calon Barisan Nasional Datin Tsen Thau Lin dan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dari Parti Maju Sabah.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Batu Sapi, Datuk Edmund Chong dalam satu kematian jalan raya di Tanjung Aru 8 Oktober lalu.

Pagi ini Ansari bersama Dr Wan Azizah sekali lagi bertemu rakyat di beberapa kawasan sekitar Batu Sapi termasuk program sarapan pagi, lawatan ke Pasar Tanah Merah dan Pasar MPS, melawat Pulau Timbang dan merasmikan Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Bandar Ramai-Ramai pada pukul 5.00 petang nanti.

Ceramah kelompok di Kampung Bahagia akan juga diadakan pada pukul 8.00 nanti bersama pimpinan Pakatan Rakyat


Calon PAS syor tubuh Urusetia Orang Asal

Posted: 27 Oct 2010 02:47 AM PDT

Oleh : Mohd Nor Yahya   

GUA MUSANG, 27 Okt: Keprihatinan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad terhadap nasib masyarakat Orang Asal jelas terbukti apabila beliau berhasrat untuk mencadangkan penubuhan sebuah urusetia yang khusus bagi menjaga kebajikan masyarakat berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Markas Besar PAS di Bandar Lama Gua Musang, pagi ini.
Pada masa ini, kerajaan negeri telahpun mempunyai tiga urusetia iaitu Urusetia Penerangan Negeri, Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO serta Urusetia Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Keluarga.

Tambahnya, tujuan utama penubuhan urusetia tersebut adalah untuk memastikan pelbagai hal ehwal yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asal akan diuruskan secara cepat dan cekap.

"Dengan adanya urusetia seperti ini, ia boleh membantu secara langsung kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli milik Persekutuan dalam meneruskan pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli ini," ujar beliau.