Ahad, 24 Oktober 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Geram tengok isteri tuan rumah .... dia buka kain tunjuk 'burung' nya .. ahaa

Posted: 24 Oct 2010 05:23 PM PDT

AMPANG: Padah kerana menunjukkan kemaluannya, seorang lelaki kemaruk seks ditahan suami pemilik rumah yang disewanya sebelum diserahkan kepada polis di Pandan Jaya, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu itu, lelaki warga Pakistan terbabit menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 20-an yang juga pemilik rumah disewanya ketika berada di tandas rumah berkenaan.

Menurut sumber polis, lelaki terbabit yang berusia 30-an dan bekerja sebagai tukang sapu pada mulanya menggunakan bilik air di rumah itu.

"Mungkin disebabkan ghairah melihat pemilik rumah sewanya, dia membuka kainnya dan menunjukkan kemaluan kepada wanita itu.

"Melihatkan tindakan lelaki terbabit, wanita itu takut, namun mendiamkan diri sebelum menceritakan kepada suaminya," katanya.

Menurutnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan lelaki terbabit memaklumkan kejadian kepada polis.

"Siasatan mendapati lelaki terbabit menyewa bilik di tingkat dua rumah kedai yang didiami pasangan berkenaan dan dia sudah menetap di situ sejak beberapa bulan lalu.

"Ketika kejadian, mangsa dan suspek hanya tinggal berdua dan suami wanita berkenaan tiada di rumah kerana keluar bekerja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan wanita terbabit dan penahanan lelaki itu

Layanan 3 dalam 1

Posted: 24 Oct 2010 08:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yang merantau ke ibu kota untuk mencari rezeki.

Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa, batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.

Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai kegiatan itu.

Siasatan mendapati 'perniagaan' gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.

Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk mencari wang dengan cara mudah dan selamat.

"Aktiviti ini saya lakukan secara 'part-time'. Bila ada pelanggan hubungi saya menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.

"Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yang mahu saya urut betul-betul. Ada juga yang hanya mahukan urutan batin dan khidmat seks.

"Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yang memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya," katanya yang mampu memperoleh pendapatan hingga RM3,000 sebulan.

Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.

Malah, katanya, setiap pelanggan yang mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah dan diminta datang ke situ.

"Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.

"Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan saya," katanya.

Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.

Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.

"Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.

"Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup banyak bagi kerja separuh masa," katanya.

Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yang terpengaruh dengan rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.

Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.

"Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa mereka ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.

"Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yang mana satu, urut biasa atau batin," katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.

Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.

"Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?

"Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa. Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.

"Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya hanya memilih pelanggan yang tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan melegakan kesakitan, saya tetap melayan," katanya yang menawarkan khidmat sepenuh masa, termasuk malam = metro

PRK Batu Sapi : Ketua PKR Tuaran wakili Pakatan Rakyat

Posted: 24 Oct 2010 02:45 AM PDT

SANDAKAN, 24 Okt — Ansari Abdullah, seorang peguam dan ketua PKR Tuaran dipilih mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Namanya diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi. -TMI

MENYUSUL LAGI

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Anda adalah Hakim - Pemilihan Pimpinan Pusat PKR 2010

Posted: 24 Oct 2010 09:01 AM PDT

Calon-calon pemimpin yang ingin bertanding.....Perlu "Benar-Benar" berubah andainya
Rasa Jujur Serta Ikhlas Mahu Meneruskan Agenda Perubahan Itu Sebenarnya !


Pemilihan PKR 2010 semakin hampir sekarang. Rata-rata calon kini mula mengorak langkah bagi memasuki fasa terakhir kempen mereka. Masing-masing mahu pastikan "satu ahli satu undi" berpihak kepada mereka.

Kuala Pilah, Senaling dan Jemapoh telah menjadi lokasi kempen yang dihadiri hampir kesemua calon2 yang ingin bertanding. Nama2 besar seperti Nurul Izzah, Mansor Osman, Mustapha Kamel Ayub, Samsul Iskandar dgn barisan masing2 telah mula menapak. Kami percaya....Esok atau lusa Azmin, Zahid dan yang lain2 seterusnya akan singgah untuk berkempen untuk menerangkan menofesto masing2.


Dalam sibuk berkempen, nampaknya masih ada
beberapa kerat pemimpin yang terleka dan terlupa matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu, ramai yang dilihat ikhlas berjuang untuk membawa agenda perubahan buat rakyat. Kini, hari demi hari nampaknya ada diantaranya semakin terkeluar daripada landasan peruangannya.

Adakah laluan Putra Jaya semakin hampir...dan ada diantaranya berangan2 menjadi Menteri.?


Benarlah katanya oleh Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) sebelum ini agaknya. Teguran ikhlas mereka terhadap parti dianggap "tidak manis" bagi sesentengah pemimpin, namun bagi rakyat itu adalah tanggungjawab sebenarnya. Kami juga melihat,

Segelintiranya kini semakin hari semakin alpa dengan matlamat asalnya. Ada yang ingin bertanding sudah melihat pengaruh dan kuasa itu menjadi pokok utama perjuangan mereka. Malah, mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin utama biarpun "ilmu di dada" masih tidak berada ditahapnya. Ada juga pemimpin yang selama ini tidak mahu ke depan, kini mula "terhegeh-hegeh" ingin berada di barisan utama. Kuasa dan pangkat kini menjadi tajuk utama mereka, sedangkan perjuangan asal untuk membawa agenda perubahan kepada rakyat itu diketepikan buat seketika.

Pada awalnya, permainan ini tidak ketara. Namun, mutakhir ini ia semakin terasa dan mereka seolah-olah semakin lupa tentang hakikatnya. Inilah yang menjadi persoalan dan apa yang amat ditakuti oleh rakyat. Mereka takut PKR yang berubah, bukan agenda perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat itu.

Tinggalkan Amalan Jahiliah BN Jika Mahu Berubah


Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sekarang ini. Yang ingin menjadi pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas mahu berubah. Rakyat diatas pagar yang menyokong mereka sebelum ini, bukanlah dek kerana melihat PKR itu secara keseluruhannya. Mereka mengundi PKR kerana melihat parti itu benar mahu melakukan agenda perubahan dan dalam masa yang sama mereka benci serta ingin menolak UMNO Barisan Nasional.

Begitu juga dengan ahli PKR sendiri, mereka masuk ke dalam parti atas alasan melihat serta mahu parti yang didokong ini lebih baik dari parti lama zaman jahiliah mereka dulu. Maka yang dari UMNO mahu PKR lebih baik dari UMNO. Mana yang dari MIC, MCA, GERAKAN pun begitu juga. Mereka seboleh-bolehnya mahu melihat PKR sebagai wadah perjuangan baru buat rakyat. Mereka mahu keluar dari zaman kebathilan dan kembali ke landasan kebenaran.


Namun, jika mereka melihat segala kebobrokan yang ditinggalkan itu kini terpalit semula kepada PKR maka, jangan salahkan mereka jika dalam PRU13 nanti mereka tidak mahu lagi mengundi PKR atau Pakatan Rakyat khasnya. Maka, siapakah yang harus dipersalahkan?. Jika dulu, amalan seperti politk wang, gila kuasa, cantas mencantas, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, lobi melobi menjadi alasan untuk mereka meninggalkan parti lama mereka.

Kini, mereka kian panik dan gusar apabila amalan itu sewenangnya berada pula dalam PKR yang kini menjadi parti pilihan mereka untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin PKR harus sedar bahawa, jika mereka benar mahu berubah semua itu harus ditinggalkan.


Amalan itu kini menular dalam PKR terutamanya menjelang hari kemuncak pemilihan 2010 ini. Sama ada ia disedari atau tidak, itulah realitinya. Sukar untuk dinafikan ia berlaku, kerana masing-masing sibuk mahu mengangkat pemimpin masing-masing. Kempen memburukkan pihak lawan walhal sesama parti kini menjadi amalan dan mainan penyokong calon yang bertanding.

Apakah ini budaya yang ingin dibawa dalam sebuah parti yang kononnya mahu membuat perubahan?. Perubahan apa yang mahu dibawa jika meniru semula amalan lama dalam parti yang pernah mereka sanjung dulu. Kini, rakyat semakin bingung melihat senario yang berlaku. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan jika amalan ini semakin parah dan menjadi wabak berbahaya dan akan merebak dalam parti itu nanti. Bukankah, lama kelamaan parti akan hancur dek budaya yang jelas tidak berakhlak ini.


Apa yang pasti.....30hb Oct ini...khususnya ahli-ahli PKR Kuala Pilah yang bakal membuang undi bertempat di Pejabat Dataran Jemapoh, jangan kita biarkan mereka2 bersifat Umno yang menawarkan diri di jadikan pemimpin kita....

Tahi2 lalat yg di sebarkan Umno BN yang cuba diserapkan ke PKR harus dihapuskan dengan kuasa perlembagaan baru...

Anda adalah hakim....Undi anda adalah undi penentu ke arah perubahan politik baru. Kuasa mutlak ditangan anda...

Agenda Sulit UMNO Aibkan Ku Li di Pilihanraya Galas?

Posted: 24 Oct 2010 05:25 AM PDT


UMNO mempunyai agenda tersembunyi melantik Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Umno-BN bagi pilihanraya kecil Galas dan ia berkait rapat dengan budaya menabur fitnah peribadi yang sinonim dengan parti berkenaan.

Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata UMNO tidak ubah seperti talam dua muka yang cenderong kearah kepura-puraan.

Beliau berkata, dalam pada UMNO sendiri menyerang dengan menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap calon PAS bagi pilihanraya kecil Galas, Dr Zulkefli Mohamad, perkara yang sama juga mungkin ditujukan kepada Ku Li oleh UMNO sendiri.

"Kita tidak dapat menafikannya kerana sebelum ini kita melihat serangan Umno-BN terhadap Ku Li memang serius, dan Ku Li pula hanya diangkat, dipuja, dan disanjung semasa pilihanraya kecil ini, jadi usaha Umno-BN mengambil Ku Li sebagai pengarah pilihanraya sebenarnya usaha untuk memerangkap Ku Li,"

Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak terperanjat sekiranya Ku Li dijadikan sebagai kambing hitam jika UMNO gagal menawan Galas dan sememangnya percaturan berkenaan sudah dicongak oleh kumpulan-kumpulan tertentu sekaligus mahu menyaksikan kareer politik ahli Parlimen Gua Musang terbabit terkubur.

"Kita lihat dalam konteks politik, jika beliau berjaya merampas kerusi Galas, akan menaikkan imej Presiden Umno-BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Perhubungan Umno dan yang lain-lain tetapi jika beliau gagal, bebanan kekalahan terpaksa dipikul sepenuhnya oleh Ku Li," jelas beliau.Li.

Tuan Ibrahim seterusnya mendedahkan bahawa wujud beberapa kumpulan berasingan di dalam Umno sendiri dan ada antaranya yang tidak sehaluan dengan Ku Li.

"Tidak mustahil kalau wujudnya kumpulan-kummpulan sebegini di dalam Umno yang cuba membuat sesuatu untuk menjatuhkan kredibiliti Ku Li, terutamanya di Gua Musang," jelas beliau lagi.

Ibrahim menambah keadaan demikian boleh dilihat dengan situasi pemilihan calon Umno untuk Pilihanraya Galas masih belum selesai akibat percanggahan pendapat antara kumpulan-kumpulan dalam Umno sendiri.

Justeru, katanya budaya menabur fitnah peribadi terhadap calon parti pembangkang bukanlah sesuatu yang baru dan ia sebenarnya mainan politk Umno-BN menyembunyikan kekucar-kaciran gabungan itu sendiri.

PRK DUN GALAS - UNDILAH CALON Pakatan Rakyat-PAS

PRK DUN GALAS - UNDILAH CALON PAS

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindak-tanduk sedemikian dapat dilihat dihampir kesemua pilihanraya kecil dan umum yang diadakan di negara ini sambil menjelaskan bahawa dakwaan terhadap Dr Zulkefli merupakan satu pembohongan kerana wanita yang didakwa oleh media UMNO merupakan ibu Dr Zukefli sendiri.

"Budaya fitnah sepatutnya tidak berlaku dalam mana-mana pilihanraya kerana penggunaan isu peribadi calon yang bertanding untuk oleh phak lain yang juga bertanding bercanggah dgn Akta Pilihanraya," tegas beliau.

Beliau berkata, tindakan Umno-BN cuba mewujudkan suasana yang gawat dengan menggunakan nama ibu Dr Zulkefli amat bercanggah dengan norma dan nilai yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan khususnya PAS.

"Kita juga berharap agar para penyokong kita tidak membuat serangan peribadi khususnnya terhadap calon lawan kerana isu peribadi melibatkan elemen etika dan adat di dalam konteks Islam yang perlu dipertahankan," kata beliau lagi.


Ansari Bawa Harapan Rakyat Batu Sapi - PKR

Posted: 24 Oct 2010 04:56 AM PDT



Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.

Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5. 03 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini.

Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini.

Tegas Anwar calon yang diumumkan akan membawa perjuangan membela rakyat Sabah terutamanya isu tanah ke peringkat lebih tinggi.

Hadi dalam ucapannya menegaskan walaupun pilihanraya 4 November di Batu Sapi merupakan satu pilihanraya kecil namun memberi makna besar kepada Sabah dan negara.

Tegas Hadi Awang, walaupun pilihanraya ini pilihanraya kecil namun memberikan makna yang besar kepada Sabah dan negara.

"Rakyat diberi peluang untuk menjadi hakim siapakah yang akan memimpin kerajaan. Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi merupakan pilihanraya ke-13 sejak Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lepas.,"kata Hadi.

Sebelum itu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah memberikan ucapan yang senada dan komitmen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Lebih 5,000 orang memenuhi dewan yang terletaknya lebih kurang 10 kilometer daripada pusat bandar Sandakan.

Sementara itu, Dewan Masyarakat Sandakan akan dijadikan pusat penamaan calon pada Selasa 26 Oktober dan pusat penjumlahan rasmi 4 November ini.

Sebanyak 12 pusat mengundi iaitu enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting dibuka, dan sebuah bot akan disediakan untuk kegunaan petugas ke satu pusat mengundi yang terletak di sebuah pulau, iaitu Pulau Timbang.

Pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas.

Pada perkembangan lain,Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) .

Semalam, Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya. SAPP Keluar BN hujung tahun 2008.


Ciuman Kasturi Buat Nik Aziz: Sempena Genap 20 Tahun Mentadbir Kelantan

Posted: 24 Oct 2010 04:40 AM PDT

Tahniah Dari Seorang Rakyat

MEREKA atau individu yang merasakan saya sebagai seorang peminat kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin tidak percaya kalau saya sudah tidak bertemu muka dan bersalaman dengan beliau hampir tiga tahun.

Apa lagi orang masih melihat konteks batin dan naluri kemanusiaan saya dengan beliau cukup kuat. Ia tercermin di mana-mana saja akan hal ini. Kandatipun saya sesekali mengkritik beliau, tetapi kritikan itu akan lebih mengemenkan lagi tali konteks batin saya dengan beliau. Orang tahu dan beliau sendiri tahu bahawa kritikan saya tidak lebih daripada sang ibu kerbau yang menanduk anaknya kerana ingin memberi peringatan. Sesungguhnya tandukan itu tidak akan merodak ke hulu hati si anak yang mulia.

Antara saya dengan beliau ada perjanjian dan ba'iah yang tidak mungkin difahami oleh sesiapa. Hanya kami saja yang sedia maklum. Apakah lafaz dan ikrar hanya terbungkus dalam hati kami yang disaksikan malaikat di kiri dan di kanan. Ianya sangat peribadi untuk diangkatkan di sini. Justeru atas kekemasan tali perhubungan itu saya tidak pernah merasakan yang Tok Guru terkedu hati atau marahkan saya, kalau saya jadi sebaliknya. Tidak..

Rasanya ketika Tok Guruku itu sedang berbulan madu dengan sambutan sempena genap 20 tahun pentadbirannya selaku MB Kelantan dewasa ini tidak elok kalau saya mencungkilkan sebab musabab kenapa saya tidak bertemu muka dengannya. Biarlah ia menjadi sebahagian sejarah antara kami - terutamanya saya. Mungkin dilain lembaran dan keadaan akan diceritakan kenapa saya merajuk sendiri tanpa diketahui pun oleh Tok Guru.

Namun beliau tahu akan sebab musabab perenggangan itu. Tahu sangat. Selalunya kalau saya lama tidak muncul di Kelantan ataupun berada di laluan di mana-mana dewan untuk beliau menuju ke pentas untuk bersalam dan mencium tangannya, dia akan bertanya kenapa, lama tidak timbul kalau beliau merasakan saya lama tidak menemuinya? Atau pun akan bertanya sihat ke dan buku baru apa judulnya?

Apabila beliau bertanya demikian saya mengira dia mengunci segala pergerakan saya dalam ainu politiknya.

Hari ini atau tepatnya 21 Oktober lalu genap 20 tahun Tok Guru menerajui Kelantan Darulnaim sebagai MB. Satu kejayaan besar dan rekod tersendiri buatnya. Saya mengira rekod ini tidak mungkin akan terpecah oleh mana-mana tokoh baik dari Pas ataupun Umno selepas ini. Dua dekad, satu jangka masa terlalu panjang yang menunjukkan betapa stabilnya pemerintahan seseorang itu dalam politik kontemporari ini. Pastinya tanpa ada senjata ampuh dan politik bijaksana ianya tidak akan sampai ke tahap itu. Dalam hal ini pada saya Tok Guru memiliki cenduai politik yang sangat menyerap dan mujarab.

Kalau orang Umno berbangga dengan pencapaian Dr Mahathir Mohamad menjadi PM selama 22 tahun, maka orang Pas juga perlu berbangga dengan pencapaian Tok Guru Nik Aziz itu. Bahkan orang Pas patut merasakan mereka merasakan kebanggaan mutlak kerana pencapaian Nik Aziz bukan atas politik adu domba, politik menggunakan kuasa tetapi politik kesedarhanaan dan tulus ikhlas. Mahathir berjaya menjadi PM kerana kelicitan beliau menyingkir seorang demi seorang kawan politiknya yang dianggap menjadi musuh tanpa berhati perut.

Mahathir singkir Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu perlawanan penuh misteri dan tertanya-tanya sampai kini tahun 1987. Ada berpendapat kekalahan Tengku Razaleigh hanya dengan kekurangan 53 undi adalah kekalahan yang palsu. Selepas itu Dr Mahathir menyingkirkan Musa Hitam. Terbaru dan amat menghuruharakan parti itu menyingkirkan Anwar Ibrahim menerusi satu konspirasi yang memalukan ummah dan negara tahun 1998.

Namun tidak begitu dengan Tok Guruku Nik Aziz. Dia tidak menyingkir sesiapa, dia tidak memanipulasikan kuasa dan kedudukannya untuk terus kekal dan tercokol di atas kerusinya. Beliau bukan bersikap autokrasi untuk mengekalkan diri atas jemala kekuasaan. Sebaliknya dia diminta dan dirayu oleh rakyat. Disokong dan didoa oleh rakyat. Jadi sokongan rakyat kepadanya lebih kudus dan murni daripada kekaguman kepada Mahathir Mohamad.

Barang kali tidak melampau kalau dikatakan, jikalau Allah tidak memberi kesempatan Pas memerintah Malaysia, tetapi cukup bagi orang Pas buat ketika ini menerima kehadiran Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan di mana aura kehebatannya turut sama dirasai oleh segenap lapisan rakyat dan jiwa negara ini.

Saya sebagai peminat beliau sedari kecil bebangga atas pencapaian Tok Guru. Syabas dan tahniah. Sebenarnya wajar kalau Tok Guru mampu melalui dua dekad pentadbiran atau lebih panjang dari itu. Kekuatan yang ada kepadanya bukan memanipulasi kuasa politik tetapi ia adalah rahmat dan pertolongan Allah. Beliau tidak berlawan dengan musuh menerusi politik struggle tetapi dengan menyerah kepada Allah. Itu saja senjata utama baginya, berdoa dan meminta keredhaan Allah.

Kalau Nik Aziz mengharapkan kepada kuasa politik semata-mata pasti dia tidak akan sampai ke takah itu. Dia akan mati di tengah jalan. Dia tidak bermain dengan kuasa politik dan menjadikan nafsu sebagai pengawalnya. Keikhlasannya membimbing dia terus untuk memerintah Kelantan. Sekali lagi doa menjadi senjata dan perawat sukadukanya. Yang memberi kekuatan dan daya istiqamah yang tinggi.

Dalam melihat perjalanan politik Tok Guru sebagai MB dan ahli siasah, bohonglah kalau di sepanjang dua dekad itu beliau tidak pernah dibaham kedukaan atau tidak menangis. Atau tidak pernah dioleng rasa cemas dan walang atas permainan pihak musuh.

Atas sifatnya sebagai manusia biasa, beliau juga tidak dapat terlepas dari segala pencaroba itu. Selaku peminatnya dan pendamping secara halimunan saya menyaksikan akan detik-detik yang memberi cemas kepadanya. Detik-detik menjadikan dia menggeletar dan takut kepada Allah kerana tidak dapat terus menjaga negerinya sekiranya kekuasaan Islam menerusi Pas hilang.

Ada dua peristiwa yang berlaku di depan mata dan ini juga dapat dirasai oleh rakyat seluruhnya bagaimana Tok Guru pernah berada dalam keadaan cemas yang membimbangkan. Pertama ialah ketika berlaku krisis dengan pihak istana Kelantan tahun 1995 selepas Tengku Razaleigh menguburkan Semangat 46 untuk mendakap semula Umno. Kerana waktu itu istana diperalatkan oleh golongan tertentu telah menganggu Tok Guru Nik Aziz. Tugas dan tanggungjawabnya sebagai MB dicabar dan diganggu. Matlamatnya satu mahu melemahkan kerajaan Tok Guru.

Dengan krisis ini sehingga berlaku sesuatu yang tidak seharusnya berlaku yang rasanya tidak manis untuk disebut semula di sini. Dalam krisis ini Tok Guru dihina sebagai manusia dan MB. Beliau seakan akan hilang segalanya, termasuk kerajaan Kelantan. Namun berkat kesabaran dan doa akhirnya krisis itu mereda dan keadaan kembali pulih. Pihak yang memusuhinya juga akhirnya mengangkat tangan surrender atas kebenaran.

Bayangkan kalau bukan sembarangan, beliau boleh tewas dalam mengharungi krisis berkenaan. Betapa bukan kecilnya krisis itu bila mana seorang MB dinafikan haknya, maruahnya diinjak bila mana huluran salamnya tidak mahu disambut oleh sultan. Kejadian ini bukan dalam kamar sempit tersembunyi tetapi di khalayak. Peritiwa itu penakanya mahu melondehkan maruah Tok Guru itu.

Beluam ada sejarah dalam politik negara ini MB yang berkrisis dengan istana dapat meneruskan pentadbirannya. Seorang demi seorang MB yang menghadapi masalah dengan sultan akhirnya membungkus tikar bantal pulang ke rumah. Namun ini tidak terjadi kepada Tok Guru. Pihak istana yang mendapat nasihat tidak betul akhirnya kembali ke jalan benar, menerima Tok Guru sebagai memanda menteri semula yang bertakwa dan beriman. Semua ini ialah kerana pendekatan dan sikap tasamuh diamalkan oleh Tok Guru yang senantiasa berdoa siang dan malam meminta Allah menunjukkan kebaikan kepada semua.

Saat cemas kedua yang saya saksi ialah pada malam keputusan pilihan raya umum ke 11 tahun 2004. Tidak ada detik dan suasana yang saya rasakan telah menelorkan kerimasan begitu dahysat kepada seorang Tok Guru dan MB. Semuanya kerana Pas kehilangan banyak kerusi. Beliau begitu bimbang sekali Pas akan kehilangan kerajaan, namun disudut hati kecilnya kalau kehilangan itu demi kebaikan tentu beliau redha.

Sepanjang malam itu di atas pejabat Pas di Jalan Dato' Pati Kota Bharu beliau bersolat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Sedulang buah-buahan yang dihidang untuk menghambat kerisauan sementara menunggu keputusan langsung tidak disentuhnya. Wajahnya juga muram durja. Tatkala ada perkhabaran jahat mengatakan BN sudah menguasai 2/3 kerusi Dun Kelantan, saya nampak wajahnya pucat dan beliau kelihatan nanar untuk mencari bilik air bagi mengambil wuduk mendirikan solat bagi mendamaikan jiwa.

Tiada kesayuan pada saya melebihi kesayuan malam itu melihat keadaan Tok Guru. Kalaulah malam itu saya boleh membeli tunai segala keresahan dan kewalangannya, tentu sekali saya akan memborongnya semua sekali. Tidak rela melihat seorang tok guru semulia dan seikhlas itu berdukadurja begitu. Tetapi, inilah kelebihan Tok Guru dan orang yang bergantung kepada Tuhan. Baginya apa yang akan berlaku semuanya atas kehendak Allah dan manusia tidak boleh menghalangnya.

Selepas itu tidak ada lagi bala besar yang menimpa dirinya. Kalau pun ada ada cerita-cerita dalaman parti yang boleh membingkitkan telinganya. Semuanya dapat diatasi dengan sikap tawaqus dan doa memanjang. Sikap adil atas kebenaran dan sikap tegas kerana kebenaran menjadikan ubat atas segala itu. Justeru mereka yang cuba untu mengkhinatinya menjadi relai dan insaf sendiri.

Paling akhir ialah serangan jahat ke atasnya yang cuba menghancurkan personaliti beliau sebagai seorang tok guru. Serangan ini dibuat berangkaian dengan serangan ke atas anak menantunya. Tuduhan kononnya beliau menerima rasuah untuk mengerjakan haji adalah satu perbuatan jahat yang sungguh tidak bermoral dan keji. Ia benar-benar mengilan dan mendukacitakan hati Tok Guru berkenaan. Malahan rakyat Kelantan yang tidak berpihak kepada mana-mana warna (parti) juga kesal atas fitnah melampau itu.

Sekali lagi atas kesabaran dan kebenaran beliau berjaya mengatasi segalanya. Dan kekecewaan itu telah digandakan pula oleh Tuhan, di mana tahun ini beliau dikatakan akan mengerjakan haji, bersama Sultan Mohamad Ke 5. Inilah kerja Tuhan yang tidak ada sesiapa dapat membacanya dan menghalangnya. Semalam Tok Guru di keji dan dihina ataupun dipermainkan, tetapi hari ini esok darjatnya diangkat setinggi-tingginya.

Menilai segala kejayaan, pengorbanan dan kesungguhan Tok Guru menjadi MB dan mentadbir Kelantan selama 20 tahun rasanya tidak terbalas oleh sesiapa pun. Jasa dan pengorbanan itu sangatlah besar. Hanya Allah jugalah yang boleh membalas. Dan seperti telah dijanjikan apabila genap saja 20 tahun Tok Guru jadi MB dan membawa Kelantan menerajui perubahan, Allah talaala memberi ganjaran duniawi besar kepadanya dengan mentakdirkan Tengku Mohamad Faris Petra menjadi sultan Kelantan yang baru.

Gandingan antara Tok Guru dengan Sultan Mohamad Ke V adalah gandingan seperti cekrawala bulan dan mentari. Tok Guru memerintah dengan cahaya kelembutan, Sultan Mohammad Ke V memerintah dengan cahaya ketegasan dan keadilan. Dan ciumanku di perkarangan hotel Fully Inn Gua Musang malam kelmarin adalah ciuman kasturi sebagai cederahati dari seorang marhaen kepada seorang memanda kesayangan Sultan.














Anak Bapa

Anak Bapa


Malaysia Tanpa UMNO (1)

Posted: 23 Oct 2010 11:33 PM PDT



Lebih 50 tahun rakyat memberi mandat kepada UMNO dan sekutunya untuk memerintah negara ini dan negeri-negeri di dalamnya. Sepanjang tempoh tersebut, jika pun ada kekalahan mereka, ia dianggap terlalu kecil dan terhad kepada negeri-negeri Pantai Timur sahaja. Fenomena ini berterusan sehingga pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang lepas di mana UMNO dan BN telah menerima tamparan yang hebat apabila kehilangan kuasa 2/3 majoriti di parlimen dan pemerintahan di 5 buah negeri (6 jika Wilayah Persekutuan dikira sebagai 1 negeri).

Amat wajar bagi kita, rakyat untuk menilai secara objektif pencapaian sesiapa saja yang diberi amanah pemerintahan agar hanya yang terbaik sentiasa diberi mandat dan sebagai langkah menghindari "makhluk perosak" daripada terpilih dan kemudian menyalahgunakan kuasa pemerintahan yang diberi. Dan tentulah kaedah yang paling baik dalam membuat penilaian ini ialah dengan membuat perbandingan dari mula mereka memegang kuasa sehingga ke hari ini.

Buat permulaan, memadai rasanya jika kita hadkan perbincangan kepada beberapa aspek penting sebagai gambaran kepada bentuk pemerintahan yang dibawa oleh kerajaan UMNO dan BN.

Aspek pertama adalah berhubung dengan kualiti pemerintahan. Keadilan, kesaksamaan, tadbir urus yang baik, kebebasan, dan kebajikan merupakan tiang seri kepada suatu pemerintahan yang baik dan berwibawa. Cuba kita lihat sejak meredeka hingga ke hari ini, adakah kualiti pemerintahan UMNO/BN lebih baik, sama atau bertambah teruk?

Dari segi keadilan, kita lihat bagaimana ekonomi difaraidkan sesama Bumiputera UMNO dan suku sakat BN. Negeri yang diperintah oleh pembangkang dinafikan hak walaupun jelas peruntukan undang-undang berhubung dengannya . Isu geran per kapita dan royalti minyak Kelantan dan Terengganu umpamanya yang dinafikan kerajaan persekutuan UMNO/BN jelas menunjukkan kezaliman kepada rakyat negeri-negeri berkenaan.

Suku-sakat UMNO dan BN mendapat layanan istimewa dalam semua perkara sementara rakyat lain mendapat layanan kelas kedua dalam apa jua kehidupan. Jika dulu rakyat yang layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran tetapi kini semua terpaksa berhutang untuk belajar. Kita malah mendengar banyak kes anak-anak Melayu Islam di IPTA dan IPTS terpaksa menjual tubuh di hujung-hujung minggu bagi menampung kos pelajaran kerana pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kesaksamaan undang-undang atau "rule of law" yang menjadi teras kepada negara yang adil dan merdeka dipunahranahkan oleh UMNO dan BN. Perlembagaan dirobek-robek sesuka hati mereka asalkan memenuhi citarasa dan membantu mengekalkan kuasa mereka. Perbicaraan kes Altantunya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan rampasan kuasa di Perak jelas menunjukkan ketidaksamaan undang-undang di negara ini. Hakim-hakim kini berpuak-puak dan jawatan hakim-hakim kanan dipastikan diisi oleh kalangan mereka yang rapat dengan UMNO dan BN. Persepsi masyarakat tentang mahkamah negara ini menjunam dari teruk kepada parah.

Anak Bapa: "Rela hancur tulang belulang, rela nyawa berpisah dari jasad demi mempertahankan Putrajaya" ……. terdesak sungguh nak mempertahankan kuasa a.k.a GILA KUASA!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


SEDIA TAWAN: Gambar sekitar Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010

Posted: 24 Oct 2010 02:56 AM PDT

Program: Ijtima Kepimpinan PAS Terengganu 2010
Tarikh: 23 Okt 2010/ 9.00 pagi
Lokasi: Kg. Tanjung, Batu Rakit, K. Terengganu






































Berita berkaitan (Harakahdaily)
- PAS teguh hadapi Umno BN
- Realisasi agenda PAS ganti Umno

TERDESAK tarik pengundi Melayu: Umno sedia gadai prinsip benarkan berpolitik di Masjid

Posted: 24 Oct 2010 01:30 AM PDT



"Tertarik saya apabila salah seorang Naib Presiden UMNO mencadangkan masjid dijadikan pusat pendaftaran pengundi baru UMNO. Bukankah dalam akidah UMNO, politik dan masjid tidak boleh bercampur? Adakah UMNO sudah menukar prinsipnya? Selepas bangunan tergadai, UMNO kini menggadai prinsip?" - FB 'Nik Abdul Aziz Nik Mat'

Umno guna masjid, surau untuk daftar pemilih

KUALA LUMPUR: Umno akan mengunakan masjid dan surau untuk mendaftar ahli sebagai pengundi berikutan hampir 700, 000 ahli parti belum berbuat demikian, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal

"Saya akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharum akan mengadakan program tersebut.

"Selepas pembersihan keahlian Umno dilakukan, daripada 3,5 juta ahli hampir 700,000 orang yang tidak mendaftar menjadi pengundi.

"Kita akan mengadakan kempen di seluruh negara, InsyaAllah masjid dan surau akan digunakan," katanya dalam ucapan penggulungan sempena perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Shafie yang juga pengerusi biro keahlian Umno berkata, usaha yang dilakukan untuk merampas negeri yang kalah belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Katanya, keadaan ini cukup membimbangkan.

Shafie membandingkan jumlah pendaftaran yang dibuat oleh parti pembangkang dengan BN.

"Di Johor, pembangkang mendaftarkan 18,129 dan BN pula sekitar 17,000 lebih. DAP mendaftarkan 13, 125 orang pengundi baru, manakala Umno hanya 3,005 orang.

"Di Pulau Pinang, BN mendaftarkan pengundi baru seramai 6,266, manakala Pakatan Rakyat seramai 22, 195 orang," katanya .

Shafie yang juga pengerusi Umno Kedah berkata, dalam pilihanraya umum lalu di DUN Air Hitam (Kedah) Umno kalah 506 undi kepada calon PAS kerana 1,400 ahli umno tidak mendaftar sebagai pemilih.

Manakala, katanya, DUN Pantai Merdeka, calon Umno tewas dengan majoriti 305 undi kepada PAS kerana 1,160 ahli Umno tidak mendaftar sebagai pemilih.

"Saya bimbang jika kita gagal mendaftarkan pengundi kita akan gagal. Kita harus bangkit untuk mendaftarkan pengundi baru di kalangan ahli Umno," katanya. - FMT

Artikel berkaitan:
- Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar)
- BONGKAR! Bukti jelas Umno berpolitik dalam masjid: Wujud dana JIHAD menentang PAS!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SOKONGAN KEPADA CHEGU BARD TIDAK HARUS DENGAN MEMBURUKKAN AZMIN

Posted: 24 Oct 2010 06:00 PM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN Ketua AMK menyaksikan sokongan terhadap tokoh muda yang dilihat radikal, berani serta istiqomah di dalam perjuangannya iaitu Chegu Bard semakin bertambah. Saingan tunggal beliau di dalam perebutan Ketua AMK ini adalah Sdr Shamsul Iskandar yang sinonim dipanggil `Sam' sahaja oleh rakan-rakan di dalam parti. Sam juga tidak banyak menghampakan PKR sepanjang beliau memegang teraju Ketua AMK.

Kebolehan Sam menerajui AMK boleh dikatakan berjaya sehingga beliau disokong penuh oleh kebanyakan Cabang PKR untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR. Apabila Sam menyuarakan hajatnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden, maka sokongan terhadapnya begitu baik dengan mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas YB Fuziah Salleh. Namun, Sam mengambil keputusan drastik melangkah ke belakang semula untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK. Tindakannya itu satu kesilapan besar kerana kebayakan ahli-ahli kini sudah bersedia untuk menabalkan Chegu Bard ke kerusi Ketua AMK.

Situasi kempen di dalam pemilihan kali ini tidaklah seteruk mana walaupun dikatakan adanya unsur-unsur atau budaya Umno diserapkan. Paling berbeza adalah tiadanya laporan atau aduan berlakunya unsur rasuah politik wang sepanjang pemilihan di dalam PKR. Masalah teknikal seringkali menimbulkan kekecohan di dalam pemilihan kali ini dan ianya menimbulkan persepsi bahawa adanya campurtangan untuk menentukan siapa yang dipilih. Walaupun kelihatan kecil, namun jika PKR tidak memperbetulkannya maka ianya akan menjadi barah di dalam PKR di masa-masa akan datang.

Menyebut tentang kempen pemilihan Ketua AMK kali ini, propaganda yang dimainkan oleh mereka yang menyokong seseorang calon kelihatan lebih kepada bentuk psikologi. Para penyokong kadangkala terlalu bekerja kuat untuk menentukan kemenangan terhadap calon yang mereka suka. Maka, timbul berbagai cerita di dalam blog-blog sekarang ini. Ada yang berbentuk spekulasi dan tidak kurang juga berbentuk `tuduhan nakal'. Mungkin cara inilah yang dikatakan oleh sesetengah pihak menyerupai cara Umno. Sukar juga untuk kita nafikan.

Chegu Bard pernah dituduh menerima wang jutaan ringgit agar mempengaruhi sokongan AMK terhadap seorang calon jawatan tertinggi parti. Beliau juga dikatakan pasti menang jawatan Ketua AMK kerana beliau adalah di kalangan keluarga terdekat DS Anwar. Chegu Bard juga didakwa hanya memperjuangkan reformasi jalanan semata-mata sehinggakan pernah disindir mengapa tidak mengadakan perhimpunan atau menaikkan banner ketika menyerahkan borang penerimaan pencalonan Ketua AMK yang lalu. Ini semua telah dijawab oleh Chegu Bard dengan baik dan berfakta. Jelas, Chegu Bard berupaya menangkis `serangan nakal' seperti ini.

Saya cuma agak terkilan kerana disaat Chegu Bard kini mendapat sokongan tinggi sebagai Ketua AMK, terdapat golongan yang dikatakan begitu kuat semangatnya menyokong Chegu Bard cuba untuk mencalarkan imej Chegu Bard. Sokongan terhadap Chegu Bard dilihat agak melampau sehingga mengaitkan nama DS Anwar dan juga salah seorang calon Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Dakwaan bahawa kemasukan Sdr Shamsul (Sam) semula ke gelanggang perebutan jawatan Ketua AMK adalah atas kehendak DS Anwar dan Azmin adalah satu dakwaan yang amat mendukacitakan.

Mengapa perlu dikaitkan dengan kedua-dua orang ini untuk kita menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard? Saya adalah penyokong kuat Chegu Bard sejak awal lagi dan saya merasa mengapa nama DS Anwar dan Azmin dikaitkan. Ini menimbulkan persepsi samada DS Anwar atau Azmin yang tidak suka Chegu Bard atau Chegu Bard yang tidak suka kedua-dua tokoh ini. Di antara kedua-dua sangkaan seperti itu, satu pun tidak dapat memasuki akal saya walaupun saya banyak membaca tulisan dari rakan-rakan di dalam blog yang menyokong Chegu Bard.
Saya khuatir, strategi seperti ini akan memburukkan imej Chegu Bard yang selama ini kita kenal sebagai pejuang yang tidak memerlukan publisiti, belas kesihan atau prejudis. Apakah kita sangka penyokong-penyokong DS Anwar atau Azmin yang bukan sedikit itu gembira dengan dakwaan seperti di atas? Tidakkah merugikan kita untuk melihat Chegu Bard sebagai pemenang kerusi Ketua AMK?

Pada saya, Chegu Bard tidak boleh dipersalahkan dalam kempen seperti ini. Mungkin di luar kawalan beliau akibat terlalu `ekstrim'nya penyokong Chegu Bard. Saya tetap berpegang kepada kenyataan Chegu Bard bahawa beliau akan menyokong Azmin, Zaid dan juga Mustafa Kamil sebagai Timbalan Presiden PKR. Lebih dari itu, saya menganggap satu persepsi yang boleh mencalarkan `kebersihan dan kesucian' yang ada pada Chegu Bard.

Saya amat bimbang jika cara membabitkan Ketua Umum dan Azmin di dalam perkara ini dijalankan oleh mereka yang mahu melihat Azmin tumbang di dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, bukan untuk melihat Chegu Bard menang. Rengkas cakap, mereka mahu Azmin tersungkur dan mereka tidak kisah apa yang terjadi kepada Chegu Bard nanti. Tidak cukupkah cerita demi cerita berkaitan Azmin?

Apa pun, saya mengharapkan Chegu Bard dapat mengawal perkara ini agar beliau berjaya menduduki kerusi Ketua AMK yang baru. Sudah pasti PKR akan bertambah `ummphh' dan `power' jika Timbalan Presiden PKR adalah Azmin dan Chegu Bard sebagai Ketua AMK kerana inilah tokoh yang paling ditakuti oleh Umno. /wfauzdin.blogspot.com

HANYA DENGAN SPM BOLEH JADI PENGURUS DAN BOLEH JADI WAKIL RAKYAT

Posted: 24 Oct 2010 04:26 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO telah mengumumkan nama calonnya untuk bertanding di dalam PRK Dun Galas bagi menentang calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad. Tanpa ditanya, Muhyiddin menyebut calon Umno itu hanya berkelulusan SPM. Kita tidak mempertikaikan apa jua kelulusan calon Umno itu kerana di dalam Umno kelulusan tidak penting.

"Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin." (Malaysiakini). Itulah hebatnya orang Umno, dengan hanya kelulusan SPM boleh menjadi seorang Pengurus. Janji main politik dan ikut cakap Umno sudah memadai. Di dalam negara dilambakkan dengan masalah pengangguran, ramai yang terpelajar masih menganggur, orang politik berkelulusan SPM boleh jadi Pengurus. Jadi, tidak hairanlah jika mereka angkat lagi untuk menjadi YB pula, mungkin akan ke tahap Menteri walaupun kelulusan SPM. Syaratnya mesti ikut cakap Umno, jangan melawan dan kena buat-buat `bodoh'.

Taruhan Abdul Aziz calon Umno ini adalah jawatan Pengurus. Jika beliau menang (Na'uzubillah), dikira beruntunglah juga. InsyaAllah, jika beliau tewas beliau mungkin mendapat tawaran kerja lain setelah meletakkan jawatan Pengurusnya itu. Mungkin ini adalah janji Umno kepadanya kerana saya rasa bukan mudah untuk Abdul Aziz terima tawaran jadi calon menentang PAS. Apatah lagi kerjaya beliau menjadi taruhannya.

Samada berkelulusan SPM atau Oxford sekali pun, selagi berada di dalam Umno otaknya tetap sama. Kadangkala seperti otak orang tidak bersekolah. Muhyiddin sebagai contoh, jawatan TPM dan beliau juga orang terpelajar, tetapi banyak percakapannya seperti `orang tidak sekolah'. Kerana apa? Kerana duduk di dalam Umno sebab itu mindanya `terkunci rapat' seperti rapatnya kunci yang menutup isu `Hak Istimewa Orang Melayu' seperti Najib perkatakan baru-baru ini./wfauzdin.blogspot.com

UCAPAN `PUTUS ASA' NAJIB DI PERHIMPUNAN UMNO

Posted: 24 Oct 2010 01:38 PM PDT


TANDA PUTUS ASA NAJIB DALAM PIDATONYA DI PERHIMPUNAN UMNO

Oleh: Dr Chen Man Hin (MALAYSIATODAY)

Terjemahan :wrlr

Pidato pembukaan Najib di Majlis UMNO telah mengejutkan blogger, peselancar internet dan publik.

Media utama memiliki disensor sambutannya Najib sebelum Majelis UMNO, diisi dengan ancaman jatuh badan, kehilangan nyawa dan pembersihan etnis untuk menghindari menyebabkan panik dan kehilangan dukungan di kalangan rakyat dan investor.Pembunuhan Altantuya dan tuduhan palsu Facebook sodomi terhadap Anwar dan sekarang pidato, dicampur dengan ancaman pembersihan etnik mengungkapkan sisi gelap Najib.

Bagaimana Anda mendamaikan ini dengan pembicaraan manis 1 Malaysia dan Malaysia adalah untuk semua ras?Sekarang jelas bahwa kita berhadapan dengan menteri kepribadian aplit utama, yang suka berdolak dalih dalam setiap percakapannya.

Ancaman yang diucapkan pemimpin UMNO adalah pelanggaran serius protokol demokratis dan harus dibawa ke parlimen.PBB harus diinformasikan dan biarkan mereka melihat perbedaan antara pidato di semasa perhimpunan agong UMNO, dan pidato Najib dilakukan sebelum Majelis PBB.

Ianya berkemungkinan jadi Najib dipengaruhi oleh keras para pemimpin UMNO inti yang merasa bahwa mereka kehilangan kendali, dan satu-satunya cara untuk UMNO untuk bertahan hidup adalah kembali ke ideologi mereka terpercaya Ketuanan Melayu (supremasi Melayu), hak Melayu (hak) dan 30 % kuota bumi.

Sumber: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

POLL SINAR BERKENAAN BAJET 2011 - RAKYAT TERUS MENOLAK BAJET SELUAR DALAM

Posted: 24 Oct 2010 12:00 AM PDT

Pendapat anda mengenai Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan Jumaat lepas..
Sangat berpuas hati
10%
Puas hati
4%
Tidak berpuas hati
63%
Sekadar melepas batuk di tangga
19%
Tidak kisah
4%
Jum. Undian : 6866

Sumber Carta Di atas: Sinar harian.com

Bajet yang dibentangkan oleh Najib masih hangat diperbahaskan di kalangan rakyat jelata. Cuma, di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini sahaja tiada yang serius untuk membicarakannya. Jika ada pun, semuanya cerita yang mengampu dan membodek. Adakah rakyat percaya bajet ini baik untuk rakyat?

Sinar Harian.com mengadakan Poll berkaitan isu ini. Lihat keputusan semasa Poll berkenaan setakat berita ini ditulis. Rakyat secara jelas menolak `bajet seluar dalam dan kosmetik' Najib tersebut. /wfauzdin.blogspot.com

SIMPATI DENGAN NASIB MAHASISWA, GABUNGAN MAHASISWA UKM BERI KATA DUA

Posted: 23 Oct 2010 11:32 PM PDT

Isu Mahasiswa Sertai Perhimpunan Agung Umno, GMUKM Beri Kata Dua

SHAH ALAM 24 OKT: Isu penglibatan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini wajar dipandang serius oleh semua pihak khususnya pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kelmarin berkata kedua-dua mahasiswa berkenaan, dipercayai pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina didapati telah mengambil bahagian dalam perbarisan perasmian Perhimpunan Agung Umno.

"Kita bersimpati dengan nasib kedua mahasiswa ini yang jelas dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan agenda politik mereka.

"Kedua-dua mahasiswa berkenaan tidak harus diarahkan ke program tersebut atas kapasiti badan beruniform yang dianggotai mereka kerana ia dilihat mencabuli etika disiplin badan beruniform tersebut yang seharusnya bersifat non-partisan," kata GMUKM.

GMUKM seterusnya mendesak pentadbiran UKM menangani isu ini dengan lima tuntutan, yang pertama mendesak pihak pentadbiran UKM menjalankan siasatan secepat mungkin bagi menjawab persoalan yang timbul berikutan isu ini.

Keduanya, menurut kenyataan itu lagi, pihak pentadbiran UKM digesa memberikan penjelasan bagaimana sebuah universiti yang sepatutnya bersifat bebas partisan bertindak untuk pihak tertentu mempergunakan mahasiswa dalam program parti politik mereka.

GMUKM juga meminta pihak pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi memberi penjelasan sama ada mahasiswa tersebut akan diambil tindakan sama seperti empat mahasiswa UKM yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana didakwa membabitkan diri dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor April lalu.

Disamping itu, kenyataan GMUKM juga menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Datuk Seri Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes ini.

Akhir sekali, gabungan mahasiswa berkenaan juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan pentadbiran UKM secara terang pernah menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik dalam sebuah majlis rasmi di dalam UKM.

"GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa mempunyai idealisma tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik," sebut kenyataan itu lagi.

Menurut GMUKM, mereka amat berharap kampus UKM akan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul.

TVSelangor, pada 21 Oktober lalu menyiarkan laporan dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menyertai raptai Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra namun sehingga kini ini tiada tindakan dikenakan kepada mereka.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan berlaku dwi-standard terhadap mahasiswa yang terlibat dalam politik terutama yang membabitkan parti pembangkang dengan mengenakan Akta AUKU terhadap mereka namun menutup sebelah mata sekiranya melibatkan Umno.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata kerajaan tidak memandang serius perkara ini walaupun disokong oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional(BN) termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri terhadap cadangan pindaan AUKU.

"Kerajaan tidak berhasrat langsung untuk membuka ruang kepada pelajar universiti. Kedua, syarat-syarat yang ditetapkan banyak berlaku 'double-standard'," kata beliau lagi

Dalam sidang parlimen 20 Oktober lalu, Anthony meminta penjelasan Menteri Pengajian Tinggi berhubung cadangan membenarkan penuntut universiti menganggotai parti politik dalam masa terdekat namun ditolak.

Beliau menambah AUKU yang dikuatkuasakan di institut pengajian tinggi tempatan seharusnya tidak bersifat pilih kasih jika kerajaan mahu akta tersebut dihormati semua pihak./TVSelangor