Sabtu, 23 Oktober 2010

Anak Bapa

Anak Bapa


Sasau Ke Nyanyuk?

Posted: 23 Oct 2010 12:19 AM PDT


Berikut petikan ucapan wakil Puteri UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO ketika menyokong usul berhubung agama dan pendidikan:

"Ada anasir global mahu tengok Islam hilang. Islam dizahirkan dari persepsi negatif oleh mereka yang benci Islam," katanya mengulas ucapan Najib itu. Tambahnya, PAS adalah dalang sebenar yang memburukkan wajah Islam di negara ini. "Menghina Islam dan menjauhi Islam, ia bukan dilakukan anasir luar tapi saudara sesama Islam. Inilah kerja PAS," katanya.

Katanya lagi, Umno telah berusaha menjaga martabat Islam melalui beberapa isu yang diperjuangkan, termasuk ketika Islam dipersendakan melalui satu karikatur Nabi Muhammad yang menimbulkan kontroversi pada akhir 2006. "Saat Islam dipersenda dengan karikatur, pemimpin Umno yang perjuangkan isu tersebut," katanya.

Sejak bila UMNO bela Islam? Masa Dr. Mahathir kata salam sama dengan selamat pagi, Nabi Muhammad saw tak cukur janggut sebab tak ada pisau cukur Gillete, orang mati syahid tak dimandikan di negara Arab sebab tak ada air, dan macam-macam lagi penghinaan kepada Islam, apa yang ahli UMNO buat. Membisu seribu bahasa ………

Baru-baru ini dengan isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang-orang bukan Islam, mendoakan orang-orang bukan Islam dalam khutbah, samada orang bukan Islam boleh baca Al-Qur'an, orang-orang bukan Islam masuk masjid, bantuan negeri daripada hasil judi (?) dan pelbagai lagi isu, semua pendekatan yang diambil UMNO bercanggah dengan pandangan Islam. Sebaliknya pandangan PAS yang sentiasa konsisten dengan syariat menyebabkan rakyat dapat lihat keluasan dan keindahan agama Islam.

Kini ditambah pula kaitan UMNO dengan gerakan perkauman PERKASA, semakin jelas menunjukkan kesesatan dan keasabiyahan UMNO berbanding dengan kesederhanaan PAS.

Anak Bapa hairan kenyataan ini dibuat seolah-olah yang bercakap baru bangun dari tidur 100 tahun dan tak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling. Tetapi bila difikir balik, apalah yang nak dihairankan sangat kerana semua pimpinan UMNO dari atas sehingga ke bawah serupa saja. Mereka jelas kelihatan samada sasau atau nyanyuk kerana memikirkan Putrajaya yang akan tumbang ke tangan PR dalam pilihanraya akan datang.

Anak Bapa: Untuk makluman si puteri oi, dalam isu yang melibatkan Islam, PAS dahulu akan ke hadapan memperjuangkannya kerana itu dasar parti kami. Jangan kata isu karikatur menghina Nabi saw saja, isu apa pun kita akan menjuarainya termasuk penghinaan Islam oleh UMNO!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERSIDANGAN UMNO SEPERTI BIASA, PENTAS MENGAMPU PEMIMPIN

Posted: 23 Oct 2010 11:00 PM PDT

Terbukti: Perhimpunan Agong UMNO Sekali Lagi Jadi "Pentas Budaya" Dan "Pesta Hiburan"
Buat Puak-Puak UMNO Karat Sejak Dulu Kini Dan Selamanya


Nampak, Perhimpunan Agong UMNO yang baru berakhir semalam jelas sekali masih gagal untuk memperjuangkan Islam di negara ini sebenarnya. Sudahlah perhimpunan selama lima hari itu dianggap sebagai "pentas budaya" oleh beberapa orang penganalisis politik berasakan kepada ia menjadi gelanggang untuk para pemimpin meluahkan gurindam, puisi, pantun dan lawak jenaka semata-mata. Namun, hakikatnya "wal hasil balik asal", tiada apa yang diperjuangkan sebenarnya.

Masing-masing hanya sibuk untuk mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan tanpa mahu berpijak di bumi yang nyata. Malah ada kenyataan yang sanggup mengatakan bahawa parti UMNO itu akan hilang jika Melayu itu hilang. Banyak lagi kenyataan yang jelas tidak masuk dek akal diluahkan oleh pada perwakilan yang membahaskan usul sepanjang perhimpunan tersebut. Ternyata, pemimpin UMNO masih mengganggap bahawa parti itu sahaja yang dapat membela orang Melayu di negara ini. Bagi mereka, Melayu adalah UMNO dan mana-mana orang Melayu yang tidak menyokong "parti karat" itu dianggap sebagai pengkhianat dan penderhaka. Dalam masa yang sama juga mereka langsung tidak membicarakan soal masalah-masalah dan kecelakaan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu itu sendiri.

Misalnya masalah tanah rizab Melayu yang semakin menyusut atas nama pembangunan, masalah gejala sosial dan murtadnya anak-anak Melayu dan masalah orang-orang Melayu yang terus ditindas di bumi sendiri. Semua ini tidak mahu dibicarakan kerana ia amat sensitif dan boleh menggugat kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu./PDO

PAHANG DAILY BETULKAN BERITA, SAPP BUKAN WAKILI PR DI PRK BATU SAPI

Posted: 23 Oct 2010 09:52 PM PDT

Ramai pihak yang menghentam PDO kononnya membuat laporan salah tentang calon Pakatan Rakyat di Batu Sapi ialahh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee (foto). Dalam laporan tersebut, pihak kami mengatakan beliau mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah pada 4 November ini. Sebenarnya, Pakatan Rakyat akan diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan SAPP seperti yang diwar-warkan. Yong Teck Lee bertanding atas kapasiti SAPP dan ini bermakna pilihanraya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru sebenarnya. Oleh itu pihak kami memohon maaf atas penyiaran laporan tersebut. Ia berlaku secara tidak sengaja berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh krew kami di Sabah. Kesulitan amatlah dikesali dan dengan ini kami menarik balik laporan tersebut. Kesilapan dan kesalahan adalah perkara biasa dalam mana-mana media cetak, namun kenapa bila ia berlaku kepada PDO penyokong Pakatan Rakyat sendiri mengutuk, menghentam dan menuduh kami sengaja mahu memporak perandakan Parti Keadilan Rakyat tu sendiri. Harap Maklum dan terima kasih. PDO

ROSMAH, SEBELUM BUAT TANYA ULAMAK DULU, BUKAN SUDAH BUAT ULAMAK KENA TANYA KAMU

Posted: 23 Oct 2010 06:00 PM PDT


Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

Rusli Yasmin

KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

"Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya./Harakahdaily

PUTERI UMNO DAN MUSLIMAT PAS SAMA ?

Posted: 23 Oct 2010 11:50 AM PDT

Muslimat PAS tiru Puteri Umno ?
Oleh: Mandor

MAHU tergelak pun ada, kesihan pun ada apabila mendapat tahu di sini bahawa Puteri Umno mendakwa PAS telah mula meniru mereka. Apa yang aku tahu, semakin hari semakin banyak Umno meniru PAS atau PR. Contohnya terbaru cuti bersalin 90 hari.

Usahlah Puteri Umno terperasan pula. Dari segi pemakaian pun sudah jauh beza Muslimat PAS dengan Puteri Umno. Dari segi dasar lagi la jauh beza malahan jauh bertentangan. Soal PAS kafirkan Umno, itu soal lapuk, soal fitnah terhadap PAS yang Umno sendiri cipta. Sebab itu, bila suatu ketika mahu diadakan debat Umno - PAS tentang tajuk `PAS KAFIRKAN UMNO', mengapa Umno takut berdepan dalam debat tersebut? Jawapannya, sebab Umno tahu bahawa tajuk itu tidak akan membantu mereka bahkan akan kena di atas kepala Umno sendiri.

Maka, Umno buat debat `olok-olok' kununnya debat `Umno - PAS' dalam isu `Takfir'. Anda boleh lihat di dalam youtube debat olok-olok berkenaan. Dalam debat tersebut, kununnya ada ulama Umno dan `ulama PAS'. `Ulama PAS' dilakonkan oleh ulamak Umno juga tetapi dikira lebih cerdik sedikit dari ulamak Umno dalam debat tersebut. Lucunya, dalam debat isu `Takfir' yang olok-olok itu pun ulama Umno terduduk. `Ulama PAS' lakonan mereka secara `tidak sengaja' membelasah ulama Umno. Ini menunjukkan bahawa perjuangan PAS yang berlandaskan Islam, berpandukan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak itu tidak mampu di`tipu' oleh Umno di dalam lakonan debat mereka. Maha Suci Allah, Al-Quran itu adalah Mukjizat dan tiada siapa boleh memperdaya Al-Quran.

Jadi, dakwaan Puteri Umno yang `suku masak' dalam politik itu adalah dakwaan `penyedap hati'. Dalam usul agama mereka di Perhimpunan Umno kali ini, Puteri Umno sebenarnya tiada modal untuk berucap. Mereka tidak berdaya untuk menegur Rosmah yang menjadi `Penaung' dalam satu festival pakaian Islam yang mempamirkan unsur sesat itu. Sewajarnya Puteri Umno di dalam usul agamanya simpati dengan maruah wanita Islam yang dipersendakan oleh Rosmah. Namun, apakan daya sedangkan `ularmak muda' dalam Umno pun `cover' si Rosmah. Tunggu sahajalah Umno akan jahanam angkara Rosmah./mandor.blogspot.com

Si Abu Nawas Dalam Umno

Posted: 23 Oct 2010 11:19 AM PDT

PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa komromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda selaku pengundi.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan Melayu. Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberita tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti. Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Uncapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripad ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa./MSO

Hadi: Calon PAS ada kelebihan di Galas

Posted: 23 Oct 2010 11:05 AM PDT


Okt 23, 10
PAS yakin calon parti itu mempunyai kelebihan dalam pilihan raya kecil DUN Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada Pilihan Raya Umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli Mohamad di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran Umno itu.

"Pada pilihan raya umum lepas, Dr Zulkefli mendapat majoriti 300 undi di kawasan Galas walaupun beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang kepada Tengku Razaleigh.

Galas adalah salah sebuah DUN yang terletak dalam kawasan parlimen Gua Musang.

"Ini bermakna tidak mustahil untuk PAS menang di Galas dalam pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata bagaimanapun, PAS hanya meletakkan keyakinan 48 peratus peluang untuk menang pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarih penamaan calon manakala pengundian pada 4 November.

- Bernama

AHLI PARLIMEN PUN BOLEH HILANG ?

Posted: 23 Oct 2010 04:00 AM PDT

MP Kota Samarahan Hilang : Satu Lagi Pilihan Raya Kecil?

KUALA LUMPUR 22 OKT- Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadan lalu.

Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet.

Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulaiman akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'.

Bagaimana pun persoalan yang lebih penting ke mana Sulaiman pergi menghilang sehingga rakan Dewan Rakyat, Charles Santiago daripada Pakatan Rakyat

mewakili DAP mengatakan beliau akan cuba mendapatkan jawapan Speaker Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab nanti.

Beliau dikatakan tidak pernah sekali hadir pada persidangan Parlimen lalu lantas menimbulkan pertanyaan dikalangan anggota Dewan Rakyat yang lain.

Sulaiman adalah Ahli Parlimen Samarahan, memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan terus dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Kritikan dalam media terhadap sikap beliau yang tidak menunjukkan minat di dalam tugas kementerian akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Sulaiman pada Disember tahun lepas.

Alasan yang diberikan oleh ayahnya adalah kerana Sulaiman masih bersedih atas kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009.

Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian mendakwa Sulaiman telah tidak kelihatan di kawasan pengundinya sejak Jun 2009.

"Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau. Apa yang kami dengar hanyalah khabar angin bahawa beliau sakit," kata Baru.

Setiausaha MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula berkata penduduk di Kota Samarahan sudah mula meungut disebabkan ketiadaan wakil rakyat mereka sekurang-kurangnya sejal tujuh bulan lalu.

"Sesuatu perlu dilakukan. Tidak adil bagi rakyat yang memilih beliau tetapi tidak mendapat perkhidmatan darinya. Parlimen juga harus berbuat sesuatu," kata Abang Zulkifli. -Suara Keadilan

APABILA SDR SHAMSUL `BERTIKAM' DENGAN CHEGU BARD

Posted: 23 Oct 2010 01:00 AM PDT

Oleh: Mandor

NAMPAKNYA kemaraan Chegu Bard untuk duduk dikerusi Ketua AMK seperti tidak dapat dihalang lagi. Di mana-mana terdengar cerita betapa anak muda dari Rembau ini memang wajar diangkat menjadi pemimpin golongan muda di dalam PKR. Bukan kerana Sdr Shamsul Iskandar tidak baik, tetapi zaman beliau sudah ke penghujungnya dan beliau sebenarnya lebih layak untuk naik setingkat lagi menduduki kerusi Naib Presiden PKR.

Buktinya, pencalonan yang diterima oleh Sdr Shamsul untuk kerusi Naib Presiden adalah tinggi di belakang YB Fuziah Salleh. Namun, Sdr Shamsul tidak `menghormati' kepercayaan yang telah diberikan oleh Cabang-Cabang yang mencalonkannya. Beliau mengambil langkah undur ke belakang disaat tenaga beliau diperlukan di barisan hadapan. Tindakan ini sedikit sebanyak `menganggu' mood ahli-ahli yang mahu melihat Sdr Shamsul membimbing Chegu Bard di barisan hadapan dan bukannya ingin melihat Sdr Shamsul `menghunus keris' terhadap Chegu Bard.

Buat Chegu Bard pula, selangkah kaki memasuki gelanggang, pantang pendekar berundur. Misi memperjuangkan reformasi samada di jalanan atau tidak mesti diteruskan. Saya yakin, meskipun jika Nurul Izzah yang memasuki gelanggang untuk berdepan dengan Chegu Bard, anak muda Rembau ini tidak akan berganjak walau setapak. Kita cukup kenal dengan Chegu Bard./mandor.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dengar Kuliah La Pulok

Posted: 23 Oct 2010 08:13 AM PDT

Tanggungjawab suami oleh Ustaz Kazim Elias

http://www.almuttaqin.tv


Cari N3 lama-lama disini

Kelantan VS Kedah Live

Posted: 23 Oct 2010 07:08 AM PDT

Radio kelantan streaming x dapat dilayari mlm ni.dengar radio alternative kat sini

http://yazidanefantasy.com/?p=3869

 -Anok2 kelate buleh chat sini sambil tunggu keputuse-

[ Copy this | Start New | Full Size ]



Cari N3 lama-lama disini

Selangkah ke Alam misteri(Santai Petang)

Posted: 23 Oct 2010 03:28 AM PDT


Di petik dengan izin:
http://mountdweller.blogspot.com/
Malam semalam Pak Din dan enam orang teman ke rumah Gadis yang diceritakan selalu hilang diambil/bawa oleh makhluk misteri.

Mengikut cerita Ibunya memang dia hilang sekiranya alpa. Pernah disorok di dalam kubur selama tujuh jam. Di bawa ke Bukit Keluang dan ada masanya dirosok di atas siling dan bumbung.

Sejak dua minggu sebelum puasa, memang keluarga ini menderita diganggu makhluk itu. Derita ini bermula sengan peristiwa gadis ini terluka kena kaca yang pecah dan urat ibu jari kakinya terputus. Di masa inilah makhluk itu datang menghisap darah dari liang lukanya.

Mengikut gadis ini makhluk itu huduh. Rupa fizikalnya macam beruk. Pak Din syak makhluk itu adalah Hantu Raya.

Inilah gadis malang yang menjadi mangsa itu
Mangsa dan Ibunya
Suasana di luar rumah keluarga ini
Siling yang ditendang dan dipecahkan oleh Makhluk itu kerana mengamuk
Di atas pokok manggis ini, mangsa pernah disorok
Nampak semacam dua makhluk anih di atas bumbung rumah
Tapi Pak Din sendiri kurang pasti
Dua makhluk yang Pak Din besarkan
Satu lagi imej makhluk lain


Cari N3 lama-lama disini

Islamic Fashion Show Bercanggah Dengan Islam (Ust Zaharudin)

Posted: 22 Oct 2010 11:20 PM PDT



'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.
Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.
Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama 'Islam' bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-
  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia  agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama 'Islam' dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama 'Buffet Ramadhan' juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari'ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.
Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label 'Islam' untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.
Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)
Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI
Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan 'meluat' membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan 'close minded'. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.
Apabila itu dilakukan malah di'organisasi'kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt
وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.
Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.
Justeru, ingatan buat  penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS
Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.
Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.
Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu

 Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.
Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.
Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :
إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت
Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu" ( Riwayat Al-Tirmidzi)
Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH
Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.
Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.
Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.
Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya
Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',
Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,
Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,
Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat 'menyerang' kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?
Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel  di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.
Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama 'Islam' pada festival mereka.
Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.
Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM
Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.
Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama 'Islam' pada pertunjukan fesyen itu.
Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.
Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.
Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.
Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2010

lagi artikel berkenaan disini:  http://naimnikmat.blogspot.com/2010/10/akhirnya-muncul-ulama-muda.html

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Muhyidin mula rasuah orang Galas,Ulama muda UMNO gembira duduk dibawah ketiak Rosmah,Sekolah Cina dan Tamil hina pelajar Melayu,

Posted: 23 Oct 2010 09:30 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

ada yg dari mutakhir ada yg dari nasional BH...ehehehe

Muhyidin dah mulakan dah rasuah pilihanraya dia...bagus tol dia..menggunakan kapasiti sebagai MENTERI PELAJARAN untuk merasmikan PROJEK PERUMAHAN di GALAS yg bernilai RM300 juta...konklusion nye mudah saje di sini..selama UMNO memerintah..MELAYU hanya akan mendapat rumah apabila ADUN atau MP mereka MAMPUS ke JALAN ALLAH...itu je..pembayaran dia pun ok...RM190 setiap bulan...kalau aku dapat sign untuk rumah tu..aku sewakan RM250 sebulan...sewa ekonomi...dengarnya dah lulus lama..tapi nk PRK GALAS baru la projek nk jalan..

MAHADEY kata NAJIB berjaya naikkan semula semangat UMNO...bagi aku..perhimpunan setan yg berlalu tidak lain hanya perhimpunan MENGUTUK PEMBANGKANG,MENGAKU MELAYU TK TENTU PASAL,MELIBATKAN MAJLIS RAJA2, dan BERKOKOK KONON BERANI DENGAN BANGSA LAIN...tetapi herannya soal KUOTA BUMIPUTERA untuk MASUK ke IPTA tidak pula dibangkitkan...macam dah banyak kali aku kata..takut CHUA SOI LEK MAROH... ahahahaha

Nak tubuh majlis ulama UMNO???tubuh la wahai UMNO oi..jangan hanya berpeluk tubuh dan suka besetubuh...yg mengusulkan nk tubuh ini majlis ni pun seorang ulama muda...macam aku tk tau..dah tubuh majlis ulama muda..mesti dapat habuan daripada ROSMAH kan??itu la...ulama muda ni mmg nak duduk dibawah ketiak ROSMAH...adoi...ISLAM lagi sekali diDUIT2kan UMNO...mula la nanti..MUFTI PERAK mula mengendeng menebeng nak berdampeng dengan MAK CIK ROSMAH korang... ahahahaha

Wanita UMNO plak nak ramai guru MELAYU berada di sekolah Tamil dan Cina... ahahaha yg MELAYU MAMAK pegi skolah TAMIL la!!!!!! yg MELAYU JAWA MATA CEPET gi la SEKOLAH CINA... ahahahahahahaha...yg boleh aja pun BM je la...ahahahahaha...yg heran..tak nak plak mintak cikgu CINA dan KELING aja skolah MELAYU AS KNOWN AS SEKOLAH KEBANGSAAN????..apsal?? takut WEE KA SIONG plak marah ke???

jangan sampai CHUA SOI LEK mintak KERAJAAN tubuhkan SEKOLAH MENENGAH CINA plak!!!!!!!! ahahahahahaha

Sekian terima kasih..hepi weekend...ahahahahahahahahaha..seronok la orng GALAS dapat rumah..sebulan RM190 je...ok la dari duduk rumah papan cam aku ni...bak kata NAJIB..BERSYUKUUUUUUUUUUUR...

Najib suruh Melayu,Cina dan India sembah dan bersyukur pada UMNO,Najib akui bagi lesen judi,arak,pelacur,rumah urut,Najib guna duit pikat imam

Posted: 23 Oct 2010 03:44 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

dah habis dah perhimpunan setan2 UMNO ni ye...

NAJIB mengaku UMNO lah yg bagi segala lesen kepada semua CINA dan INDIA...ahahahaha dia kata UMNO lah yg bagi lesen gula,beras dan satelit...ahahahahaahaha dia lupa..yg lesen judi,lesen arak,lesen kelab malam,pelacuran,rumah urut pun UMNO la jugak yg kasi... ahahahahaahahaha

Selain itu,Najib mintak rakyat tanpa mengira kaum.. ahahahaha supaya bersyukur kepada UMNO... ahahahaha...UMNO lah yg tolong semua rakyat di MALAYSIA..pakai duit GELANG MAS WANITA UMNO... ahahahaa....aku tk tau plak konsep bersyukur kepada PERDANA MENTERI selain bersyukur kepada ALLAH SWT.... so macam mana ni??? kalau berterima kasih tu boleh la kot...nk terima kasih pun tk guna...KUOTA ANAK MELAYU MASUK IPTA SUDAH MANSUH... ahahahahahaahahahahaha

NAJIB juga kata ada IMAM yg dah lepas jawatan nk balik jadi IMAM sbb kenaikan gaji..wei UMNO sudah pakai duit untuk agama nih... ahahaha nk mintak gak pandangan RAJA2 kerana mereka yg menaung agama ISLAM..bukan AYATOLAH KOMENI... aahahahahahaha..konon nk bg kerja dekat lepasan AL-AZHAR... ahahaha wei..belajar agama nk buat duit ke nak mendapat barakah daripada ALLAH ni wei???? ini lg satu kelemahan MELAYU... ahahahahaha

skang ni aku ngah tengok 3 orng UMNO tngah borak2 pasal perhimpunan di TV3..tadi..mereka2 itu bercakap bahawa kekalahan UMNO pada PRU 13 adalah kerana masalah dalaman UMNO... ahaha dah kalah lagi mau kaver...ahahahaha....moderator bertanya..apa beza WAJIB LULUS SEJARAH ??yg penganalisis menjawab pelajar belajar sejarah untuk lulus SPM.. ahahahaha nasib baik yg lagi sorang backup..dengan menjawab sebenanya SEJARAH perlu dihayati..masalahnya..kalau BELAJAR SEJARAH dan LULUS pangkat E- pun..adakah diorang ni menghayati sejarah??? ahahahahahaha...aku sure ramai la pelajar FEL SPM.. ahahahahaa

apa2 pun..kata akhir NAJIB...DEMI ISLAM,DEMI MELAYU,DEMI MALAYSIA..HIDUP UMNO... mana HIDUP MELAYU dan ISLAM??? simpan dalam kocek baju MELAYU ke???

ahahahahahahahahahahaha

Najib sahkan Mamak adalah Melayu,Muhyidin keluar 10 juta duit kerajaan tanpa pengetahuan kabinet,SEJARAH WAJIB LULUS SPM

Posted: 23 Oct 2010 02:14 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

terlates dari tv9...perhimpunan setan2 umno..

EDITED:NAJIB SAHKAN MAMAK ADALAH ORANG MELAYU! ahahahahahahahaha ini lates dalam speech dia ok..ahahahahaha..melompat2 la SHAREEEEZAT,MEREEEEECAN,NAIIIIIIINA,dan MUKHREEEEEEZ...aahahahahahaha

padan muka budak2 SPM..SEJARAH skarang WAJIB LULUS...yahooooooooooooooooooo...aku dulu dapat A2 SEJARAH..tak belaja kereh2 pun.. ahahahaha bila?? 2013..bukan aku saja2 buat lawak ni...MUHYIDIN yg announce..baru tadi... ahahahahaahahahaha...

Terus sekali nak keluar 10 juta duit kerajaan untuk bagi insentif dan dividen untuk guru2 ke ape ntah..tak sempat catch up la... ahahaha tengok....senang2 je duit kerajaan keluar..tak payah tunggu bajet 2011..mcm sial kalau UMNO pegang duit..apa2 pun..PERMATA dapat 111 juta....sekolah rendah agama can kiss NAJIB's ass gudbai... ahahahahaaahaha...

jangan terkejut sekali diinterview balik si MUHYIDIN..dia ngn KEMBANG BONTOT kata benda tu lom MUKTAMAD...tak pun menteri2 MCA tk luluskan....ahahahaha

Ops..skang NAJIB nak bagi speech..banyak benda nk kena denga ni.. ahahahaa

c u egen..

ahahahahahaha

Shapie Apdal cabar perintah Sultan Selangor,Ulama Muda UMNO di bawah ketiak Rosmah,Khairy terus-menerus bodek Ayahandanya Najib,

Posted: 23 Oct 2010 12:00 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

terlates daripada Berita Harian..dibahagian MUTAKHIR..sebenarnya BH pun amik dari
BERNAMA..ahahahaaha

EDITED:ahahahahaa dalam ucapannya di perhimpunan setan UMNO...SHAPIE APDAL nk suruh JK BAHAROM pegi ke surau2 dan masjid2 untuk carik pengundi... ahahahah wei...itu politik di MASJID la tu...nnti leh la solat hajat untuk kes CHUA SOI LEK plak... ahahahahahahahahaha...ok la daripada solat tengah jalan cam penyokong PAS..kan?? kan?? kan??? ahahaha UMNO gilo babi.....mungkin ada pengecualian kot..kat negeri2 lain je kot... ahahahahaha PIEE oooooo PIEE...ahahahaha..Selangor je tak...ahahahaha

Ulama muda UMNO..tegur pembangkang...jangan buat tuduhan melulu..ini semua pasal fesyen ISLAMIK la ni... ahahahahahaha adoiiiiiii....ahahahahahha itu dia..penangan berada di bawah ketiak ROSMAH....dia buat cammana pun kena puji...ahahahahahaha..lantak ko la ULAMAK MUDA oi... ko jawab la ngn ALLAH... ahahahahaahahhaa..tapi aku respek dia ni..dia berani BACKUP ROSMAH..MUFTI PERAK senyap terberak dah....KJ BAHAROM garu kepala...MASHITAH lak terus mencheetah... ahahahahahaa

Skang aku ngah tengok TV1..tengok perhimpunan tongong setan2 UMNO...KJ abang korang ngah bagi speech..yg tak leh tahan..dia nk bodek NAJIB baik punya..konon NAJIB dengar suara anak muda...dia sempat kata UITM,UIA dan UKM tu semuanya hasil perjuangan UMNO...ahahahahahaha....UITM...mungkin...UIA... ahahahahaha wei UIA dulu pun mintak tabung OIC..mana pakai duit GELANG MAS wanita UMNO.....ahahahahaha..UKM???tmpat yg aku nk sangat masuk lepas STPM dulu.. aku tengok stesen ketapi UKM..bederet anak2 angkat CHUA SOI LEK... ahahahaha.....ex gf aku amoi pun kat situ..ramai lg classmate masa form 5 bertapak kat situ...yg cina2 la....ahahahahaha....berkeruk2 bercakap pasal hak MELAYU..balik2 ekonomi..tak da seko pun bercakap pasal KUOTA MELAYU untuk IPTA lg...i m waiting...

yg tak leh tahan..tak habis2 dengan rumah mampu milik untuk golongan muda... ahahahahaha nak sangat duduk sendiri??? bil air bil letrik tak mampu bayar...ahhahahaha........itu je la modal..dah ada rumah sndiri terus jadi sarang maksiat... well..anak2 muda..DARAH MUDA..

sempat lagi ni dia kutuk pakatan rakyat... ahahahahahaha....konon pakatan rakyat tak konsisten..NAJIB yg asyik tak MUKTAMAD ok je... ahaha boleh lg ko bodek...ahahahahaha smpat kata..kat SELANGOR macam2 jadi...a ah...budak SRA dapat buku teks free..family aku bayar bil air kurang sikit... ahahaa nk tunggu KHIR TOYO???selagi tk kering duit zakat selagi tu la.... DOT DOT DOT...korang habiskanlah.. ahahahahaha

teruskan menontong perhimpunan setan... ahahahaa

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Kemaskini] Persidangan Agung UMNO, Semua Dangdut Kat KL Penuh Dengan "Orang UMNO"...??

Posted: 23 Oct 2010 07:26 AM PDT



Memetik artikel dari sebuah blog pro-Umno...
GEMPAR Kereta milik exco Pemuda UMNO Malaysia???

terkejut sedang elok jalan-jalan disekitar KL Ternampak sebuah kereta mewah Giler kat sebuah lobi hotel yang berdekatan dengan PWTC

Beragak-agak lah nak datang Persidangan Pakai kereta macam tu
Najib datang PWTC pun naik Proton Perdana je

Heran Bin Ajaib
sumber: http://kerisputera.blogspot.com/2010/10/gempar-kereta-milik-exco-pemuda-umno.html

TERBARU: satu lagi 'berita gempar' yang dicilok dari blog fanatik Umno..sila baca di bawah...
Persidangan Agung UMNO, Semua Dangdut Kat KL Penuh Dengan "Orang UMNO"...??



Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!

Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…

Ade member cerita pagi tadi, bila dia dengan geng dari Penang pegi dangdut nie terserempak dengan kawan2 UMNO, bila pegi dangdut yang lain pulak pun jugak ramai "kawan kawan" UMNO….

Hmmmmm enjoy la bang, sesekali…!

sumber: http://lydiausm72.blogspot.com/2010/10/persidangan-agung-umno-semua-dangdut.html

p/s: Buktinya dah dilampirkan..sumber dari blog umno sendiri...kalau penyokong umno tak puas hati, sila 'terjah' blogger umno dahulu...;)

[Kemaskini] Isu IFF: Penulis jawab ketua '40 ulamak muda' Umno...

Posted: 23 Oct 2010 05:48 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Astaghfirullahal-ad'zim...apa nk jadi dengan 'ulamak muda' Umno ini...sanggup mempertahankan Rosmah Mansor semata-mata beliau adalah isteri pemimpin tertinggi parti Umno, sanggup membela (isteri) seorang pemimpin walupun jelas keterlibatan beliau dalam kemungkaran...

Kalau nak bodek pun janganlah sampai membenarkan perkara yang bathil...pada 'ulamak muda' Umno ini, sila baca artikel penuh Dr MAZA di SINI, dan Ust Zaharudin di SINI untuk lebih kefahaman..(atau masih nak salahkan pembangkang apabila kedua2 tokoh agama negara ini (neutral) turut mempertikaikan Rosmah?)

Terang-terang Rosmah terlibat dalam kes ini..utk pengetahuan ketua 'ulamak muda' Umno ini, Malaysia adalah antara 3 negara penganjur untuk IFF ini selain Jakarta dan Monte Carlo..dan 'kuasa' dan pengaruh yg ada pada Malaysia terlalu besar berbanding negara Jakarta dan Monte Carlo..buktinya boleh baca di SINI..

Kerana itulah sebagai muslim kita patut persoal dan membantah pihak penganjur termasuklah Rosmah sebagai penaungnya..bukan sahaja pembangkang, malah terdapat beberapa blogger Umno turut mempertikaikan Rosmah dlm kes ini, antaranya blogger Cucu Tok Selampit:

"Berbalik kepada isu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF), saya menyokong penuh tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang seperti PAS MP untuk Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali, yang meminta Kerajaan supaya mengkaji semula penglibatan Malaysia di dalam IFF kerana bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam lebih malang mereka berani menghina Rasulullah SAW dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian secara terbalik."
Kalau tak cukup seorang, penulis bawa 3 lagi blogger otai Umno yg tidak bersetuju dan mengecam keras Rosmah Mansor..boleh baca pada tajuk, "Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno"...

Ternyata puak 'ulamak muda' ini terdesak utk mengambil hati 'tuan' mereka dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini..penulis bersetuju dengan Penarik Beca..tittle yang dipegang oleh Rosmah Mansor sebagai PENAUNG IFF cukup kuat utk menyabitkan beliau dengan perkara ini, beliau juga dikira bersubahat dan wajar dipertanggungjawabkan...

"...Adakah apabila perbuatan menghina Islam dianjurkan, penganjur sahaja yang salah? Penaung kepada penganjuran kejahatan menghina Islam itu tak salah sepenuhnya? Menaungi festival hina Islam tidak salah sepenuhnya?!! Punya nak jadi pecacai Umno, fakta pun diputarbelitkan."
Dan penulis ada ulas secara terperinci kenapa Rosmah wajar bertanggungjawab dalam hal ini, sila rujuk di SINI...sila baca sehingga terakhirnya..jika salah, buktikan dan penulis sedia perbetulkan..

Akhir kalam...penulis harap berita ini disebarkan pada khalayak umum..biarkan rakyat yg menilai siapakah geng 'ulamak muda' Umno ini..siapa di pihak yg benar, siapakh yg sebaliknya...utk yg terakhirnya, suka penulis melampirkan kembali artikel seorang blogger pro-kerajaan mengulas mengenai Rosmah Mansor kononnya 'first lady' Malaysia, sila baca di SINI...wallahua'lam...

p/s: Di bawah adalah 'JAWAPAN balas' oleh wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS),
SERTA kenyataan rasmi Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berkaitan IFF ini...

1. KENYATAAN GAMIS

Kenyataan balas kepada Ulama' Muda Umno

Islamic Fashion Show telah menimbulkan dan meledakkan kemarahan ummat Islam dalam Negara kita. Isu ini dibesarkan lagi bilamana diketahui bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur adalah penaung kepada festival tersebut. Tambah menariknya bila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib sendiri yang hadir ke majlis berkenaan.

Beberapa siri bantahan dibuat oleh NGO, parti politik, dan orang ramai berkaitan isu ini. Mahsiswa juga tidak ketinggalan, namun amat mendukacitakan bila pihak polis mengambil tindakan awal untuk menghalang bantahan diperingkat mahasiswa yang diadakan semalan, bertempat di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur. Bilangan pihak polis cukup ramai seolah-olah kami ingin membuat rusuhan dikawasan masjid. Kenapa pihak polis dilibatkan dalam isu ini?

Mahasiswa cukup terkilan dengan hujah dangkal seorang ulama' muda UMNO yang mempertahnkan rosmah dalam isu IFF ini. Hujah yang diberikan ialah Rosmah hanya penaung, bukan penganjur. Kalau orang kampung baca kenyataan ini pun cukup lucu kerana penaung kepada sesuatu program itu merupakan orang kuat yang menyokong dan membantu penganjuran majlis berkenaan.

Tambahan pula yang hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia yang kononnya boleh menjadi penasihat kepada Barack Obama dalam isu islamophobia.

Selain itu, disebutkan juga ialah soal adab menegur pemimpin. Saya nak Tanya Ulama' muda UMNO ini, Rosmah Mansur ni pemimpin ke? Sejak bila rakyat memilih dia menjadi pemimpin dalam system demokrasi? Apa jawatan dia? Sesungguhnya dia bukanlah pemimpin kami dan mahasiswa tidak pernah mengiktiraf dia sebagai fist lady mahupun apajua pengiktirafan selain hanya seorang isteri kepada perdana menteri.

GAMIS berharap agar ulama' muda ini berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan yang hanya menyerlahkan budaya politik ampu yang ada dalam UMNO. Ulama' muda ini perlu selari dengan hasrat presiden UMNO yang inginkan budaya politik baru dalam parti. Kami bukan berpihak kepada mana-mana parti, namun kita menilai disiplin ilmu dan keabsahan hujah dalam menilai sesuatu isu. Renungan bersama yang kita boleh jadikan iktibar :

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu dan menjayakan lagi agenda maksiat. Maka, kehadiran, sokongan dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah. Inikan pula suatu pertunjukan fesyen yang jelas melanggar hukum Allah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W yang dicintai.

Mahasiswa hanya ingin dengar permohonan maaf daripada isteri perdana menteri secara terbuka kepada semua umat Islam dan soal taubat itu hendaklah diselesaikan dengan Allah secara terus.

Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)

2. KENYATAAN ILMAN

Kenyataan Rasmi ILMAN Berhubung Isu Islamic Fashion Festival

"Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu penganjuran pertunjukkan fesyen yang mana secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w.

Pertunjukkan fesyen ini telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.

Apa yang dikesalkan adalah penaung kepada pertunjukan fesyen ini yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang beragama Islam.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan dukacitanya melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang juga merupakan seorang muslimah khususnya dan kesal terhadap penganjuran program ini secara umumnya.

Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w? Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? ILMAM melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

ILMAM dengan ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Malaysia atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi 'Syaitan Bisu'. Ingatlah firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"(Surah As-Sof:2-3)

ILMAM juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina.

Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)

Artikel berkaitan (IFF):
1. [Kemaskini] ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)
2. Bukti 'Festival Fesyen Islam' hina Islam: Penaung FFI Rosmah Mansor harus bertanggungjawab!
3. Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno
4.
TERBARU (23 OKTOBER) - Festival Fesyen Islam (IFF): Penulis jawab tuduhan blogger Umno...
5. Gambar sekitar demo desak penaung IFF Rosmah Mansor mohon maaf di seluruh negara..(video inside)

Artikel berkaitan Rosmah Mansor:
- 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
- Koleksi entry berkiatan Rosmah Mansor yang mesti anda lihat

Fitnah calon PAS khalwat dengan ibu sendiri: Umno semakin keterlaluan dan biadap!

Posted: 23 Oct 2010 03:02 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sungguh biadap dan keterlaluan..penyokong jumud Umno sanggup melakukan apa sahaja sehingga melemparkan fitnah kejam terhadap lawannya demi mengejar cita-cita politiknya...

Ini bukan yang pertama...jika anda ingat, mereka penyokong tegar Umno melalui laman forum MYKMU pernah dahulu menuduh seorang Yb muslimat PAS dari Selangor melakukan khalwat dan zina, namun ternyata ianya adalah dusta dan fitnah yang jahat..

Tidak belajar dari kesilapan, kali ini mereka meneruskan kempen menfitnah calon PAS Galas kononnya telah berkhalwat dengan ibunya sendiri..astaghfirullah..di mana kewarasan penganut-penganut tegar Umno ini?...

Setakat ini, blog2 pro-Umno yg pernah menyiarkan artikel fitnah ini masih belum membuat permohonan maaf, jangan pelik sekiranya mereka hanya tersenyum melihat berita ini tanpa sedikit pun rasa kesal dan bersalah, sekurang2nya misi awal mereka telah berjaya....wallahua'lam...


Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus. - MK