Jumaat, 22 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

ULARMAK MUDA DALAM UMNO MULA TERPALIT `NAJIS' DALAM `TONG NAJIS'

Posted: 22 Oct 2010 09:02 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pembangkang terutamanya PAS yang kena belasah oleh `Ularmak Muda' Umno apabila PAS mengkritik dan menentang penganjuran `Festival Busana Islam' (IFF) yang melibatkan bini Najib si Rosmah. Seperti yang kita jangkakan, `ularmak' Umno ini menyalahkan PAS kerana `tidak tarik tangan' si Rosmah dan `menasihat' beliau. Itulah yang Islam ajar, kata si `ularmak' ini. Baca sini.

Bukan salah si Rosmah, katanya. Si Rosmah hanya `Penaung', yang salah `Penganjur'. Lihatlah betapa `ularmak' ini mempertahankan si Rosmah. Beliau mengaku tidak bersetuju penganjuran itu dikaitkan dengan Islam, tetapi untuk menunjukkan `ularmak' ini tidak bersetuju, maka disebutlah sang Rosmah `tidak bersalah' kerana dia hanya `Penaung'. Jika begitu hukumnya, bolehlah kita menjadi `Penaung' syarikat Judi, kilang arak dan pelacuran kot.

`Ularmak' muda yang duduk dalam `tong najis' cuba untuk mencuci najis di dalam tong berkenaan. Awal mula kita sudah lihat bagaimana najis terpalit di sebahagian tubuhnya. Pecayalah, tidak lama lagi seluruh tubuh si `ularmak' ini dipenuhi najis. Siapa di antara mereka sekarang sedang `menarik tangan' si Rosmah dan memberikan nasihat umpama si bapa beri nasihat kepada anak yang belum `mumayyiz'. Cubalah, jika ada keberanian `ularmak' itu untuk mendekati Rosmah, jauh sekali untuk menasihatinya.

Pendekatan PAS waktu ini amat lembut untuk menegur bini Najib yang semakin jauh terpesong itu. Cara demontrasi aman dan menghantar memorandum itu kasar sangatkah? Mana lebih kasar dengan semburan air kimia atau belantan di kepala oleh FRU? Beranikah `ularmak' ini memberi jaminan bahawa Rosmah bersedia untuk menerima tazkirah dari PAS tentang isu ini? Jika ada jaminan, saya percaya PAS sanggup bersemuka dengan Rosmah malahan lakinya Najib itu. Kalau `ularmak' dalam Umno itu pun tidak dapat mendekati Rosmah dan menasihatinya, masakan PAS dapat berbuat demikian. Jika `ularmak' muda itu sudah pun berjumpa Rosmah, mengapa Rosmah tidak mematuhi nasihat dari `ularmak' muda itu?

Nampaknya memang jelas, tepat seperti yang kita jangkakan bahawa kehadiran `ularmak' muda di dalam Umno hanyalah untuk mempertahankan sang Rosmah. Di dalam perhimpunan Umno di PWTC, di depan Najib, mereka mempertahankan Rosmah. Oleh itu, apa lagi ahli-ahli Umno mahu tunggu? Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela Islam di dalam Umno? Jika mereka benar-benar cintakan Islam, mereka wajib keluar dari Umno sertamerta./wfauzdin.blogspot.com

S/AKHIR KEDUA - KELANTAN MESTI BALAS JASA KEDAH

Posted: 22 Oct 2010 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini adalah penentuan siapakah pasukan yang akan mara ke perlawanan akhir Bola Sepak Piala Malaysia. Di Kota Bharu, Kelantan akan menyambut tetamunya dari negeri jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman setelah Kelantan dilayani dengan baik di Alor Star Rabu lalu. Manakala, Negeri Sembilan akan bertemu dengan Johor FC sebagai misi balas dendam kekalahan negeri Perpatih itu 0 - 1 di tangan kelab berkenaan Rabu lalu di Paroi.

Saya lebih tertarik dengan pertemuan Kelantan - Kedah malam ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. Satu pertemuan menarik dan pastinya sengit di antara kedua-dua pasukan di bawah negeri pemerintahan PAS tersebut. Keputusan seri tanpa jaringan di Alor Star Rabu lalu sedikit memberi peluang kepada Kelantan, namun Kedah hanya perlu menang 1 - 0 atau setidak-tidaknya keputusan 1 - 1 untuk Kedah melangkah ke Final.

Di Alor Star, Kelantan telah membuktikan bahawa penyokong-penyokong setia mereka tidak `segedebe' yang didakwa. Tahniah kepada Kedah kerana melayani tetamu dari negeri Che Siti Wan Kembang itu begitu baik sekali sehingga ke wisil penamat, perlawanan berjalan dengan amat baik sekali. Inilah `budi' yang mesti dibalas oleh penyokong-penyokong Kelantan. Adalah diharapkan penyokong-penyokong fanatik Kelantan akan melayani kunjungan Kedah di atas semangat kesukanan yang tinggi.

Hiasilah seluruh stadium dengan bendera negeri masing-masing. Tentunya lebih meriah dan menarik lagi jika kedua-dua penyokong Kelantan dan Kedah membawa mengibarkan bendera bulan sebagai tanda `kita bersaudara dan kita seperjuangan'. Bendera bulan yang dapat memenuhi stadium di Kota Bharu nanti sedikit sebanyak sebagai pembekal semangat kepada rakyat Kelantan yang akan berjuang pula di PRK Dun Galas. Tidak salah juga jika para penyokong yang hadir untuk mengibarkan bendera berlambangkan keris tanpa sarung itu untuk menunjukkan sukan ini mempunyai latar belakang politik yang berbeza tetapi boleh bersama di dalam satu stadium. Apa yang penting, tiada provokasi seperti kebiasaannya di dalam hari penamaan calon pilihanraya.

Seperti di Alor Star Rabu lalu, stadium dipenuhi dengan bendera negeri dan juga bendera bulan. Mungkin inilah salah satu faktor `melembut'kan sedikit hati penyokong-penyokong Kelantan yang datang. Kali ini, penuhilah stadium di Kota Bharu dengan `cahaya rembulan'. Secara peribadi, saya yakin Kelantan akan melangkah ke Final. Siapakah lawannya nanti? Saya percaya Negeri Sembilan bersedia menanti Kelantan di Final nanti. Selamat Berjuang./wfauzdin.blogspot.com

Gugur kes liwat Anwar jika mahu tarik pelabur

Posted: 22 Oct 2010 06:00 PM PDT

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.

Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.

"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.

"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.

Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.

"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.

"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."

Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.

"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).

"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.

Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.

"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya./Malaysiakini

JOM JOIN FB INI TANDA ANDA MENENTANG MENARA 100 TINGKAT IDAMAN NAJIB

Posted: 22 Oct 2010 12:18 PM PDT

Penyokong Facebook anti-menara melepasi 100,000
Okt 22, 10

Sebuah laman Facebook untuk membantah rancangan pembinaan menara 'Warisan Merdeka' setinggi 100 tingkat di ibunegara, mendapat sokongan lebih 100,000 peminat dalam masa tidak sampai seminggu.

Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 101,327 penyokong sehingga jam 9.50 malam ini.

Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang.

Pertambahan jumlah penyokong itu merupakan petunjuk peningkatan kritikan rakyat Malaysia yang mahu wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan lain.

Bangunan Warisan Merdeka' itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia, jauh melebihi ikon Petronas - Menara Berkembar setinggi 88 tingkat yang siap dibina pada 1998 - dan pernah menjadi yang tertinggi di dunia.

Dua hari lalu, pencipta laman tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, menuduh Facebook menyekat akses ke laman tersebut.

Mereka mengatakan disekat daripada meletakkan sebarang mesej.

Bagaimanapun, akses mereka dipulihkan setelah laman itu dikategorikan semula oleh Facebook sebagai laman komuniti dan bukannya laman peminat.

Menurut Facebook, laman peminat hanya boleh mewakili individu, jenama atau organisasi tertentu.

Tetapi pemilik laman anti-menara itu bertegas bahawa mereka memang dari mula lagi, telah mendaftarkannya sebagai laman komuniti.

Dua laman Facebook pro-menara

Sementara itu, terdapat dua laman Facebook pro-menara - 'Kami Sokong Menara Warisan' - dengan 251 penyokong, dan 'I See the Benefits of PNB's 100-story Tower' dengan 38 penyokong.

Rancangan untuk projek mega itu, yang akan dibina dan dibiayai oleh syarikat kaitan kerajaan - Permodalan Nasional Bhd (PNB) - terdiri daripada tiga fasa dan dijadual siap pada 2020./Malaysiakini

KALAU MAHU SOKONG ZAID PUN, JANGAN SAMPAI SAMAKAN PKR DENGAN UMNO

Posted: 22 Oct 2010 08:00 AM PDT

Oleh: Mandor

ZAID punya pasal ada pulak member kita kata PKR sudah macam Umno. Kununnya PKR tidak beri keadilan pada Zaid. PKR tuduh Zaid ejen Umno bila Zaid kritik pemimpin PKR. Banyak lagi lah dakwaan puak-puak yang sokong Zaid Ibrahim tu. Benarkah PKR sama seperti Umno? Jika benar, aku pun tak sokong PKR tapi bukan nak sokong Umno tapi aku masuk PAS terus.

Cakap pasal Zaid ini, yang dok kata kat Zaid tu bukan suara rasmi PKR, tetapi suara dari beberapa ahli atau pimpinan PKR yang melihat Zaid pun seperti Umno cara politiknya. PKR sudah beri lampu hijau Zaid masuk bertanding walaupun sebelum itu Zaid dok kata macam-macam kat Ketua Umum PKR, Presiden dan Timbalan Presiden PKR. Ketua Umum status sama seperti ahli biasa PKR, Presiden PKR umpama `boneka' dan Timbalan Presiden PKR `nyanyu' (nyanyuk). Itu semua terbit dari mulut Zaid yang bersopan santun itu. Itu kritikkah atau tidak, aku tak tau lah.

Tetapi bila Zaid bercakap begitu, dia ingat semua pemimpin dan ahli PKR boleh terima cakap dia apatah lagi Zaid tidak membawa sebarang fakta dan bukti. Bahkan Zaid tidak membuat sebarang laporan kepada pihak yang berkenaan di dalam parti. Itu semua Zaid hebahkan dalam media. Zaid juga berkata beliau tidak peduli arahan parti supaya memboikot akhbar Utusan setelah Zaid diwawancara oleh akhbar milik Umno itu. Itu pun PKR tidak ambil tindakan pada Zaid kerana PKR bukan seperti Umno. Siapa kata PKR seperti Umno?

Kalau Zaid boleh hina dan kritik orang lain apatah lagi pemimpin utama partinya sendiri, apa standard Zaid tidak boleh dikritik oleh pemimpin serta ahli parti? Hebat sangatkah Zaid sehingga orang lain kena taat cakapnya? Soalnya siapa yang mulakan dahulu? Bila Zaid mulakan jangan marah jika orang lain mengikut rentaknya. Kita tidak kisah Zaid berbohong banyak kali, kerana PKR sentiasa buka pintu Zaid untuk masuk bertanding walaupun baru `dua hari' dalam parti. Dulu dia kata, tidak berminat merebut jawatan dalam parti. Kemudian, ingin merebut jawatan Timbalan Presiden. Kemudian lagi, sanggup undur diri jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kemudiannya pula berkata, sedia undur diri jika Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden. Itulah Zaid punya prinsip.

PKR tetap memberi ruang Zaid bertanding. Kini beliau telah berada di dalam gelanggang. Adat orang bertanding, mestilah ada penyokong masing-masing. Jika Zaid boleh berkempen beserta penyokong-penyokongnya berkempen dengan berbagai cara dan propaganda, pihak lawannya juga samalah. Jika tidak mahu diserang dalam gelanggang, baik jangan masuk gelanggang. Jika tidak mahu di`serang' secara kasar, jangan mulakan bermain kasar. Pendekar mesti berani bertarung, jangan raih simpati dengan menuduh orang lain menggunakan taktik kotor atau sebagainya. Percayalah Zaid, PKR tidak akan menjadikan kamu `Ghafar Baba' jelmaan baru. Kita bertarung dalam gelanggang, tamat pertandingan keluar gelanggang jabat salam. Habis cerita.

Zaid diserang, Azmin juga tidak kurang mendapat serangan sehinggakan didakwa sebagai orang paling berkuasa di dalam PKR. Kununnya DS Anwar pun kena ikut cakap Azmin. Wah, hebat Azmin. Jika begitu bodoh sangatlah Azmin kerana tidak lawan DS Wan Azizah sahaja sebagai Presiden. Lagi cerita, kununnya Azmin hasut Shamsul Iskandar buat `U - Turn' bertanding mengekalkan jawatan Ketua AMK kerana Azmin tidak mahu Chegu Bard menang mudah. Ini semua Azmin kena hadapi macam Zaid kena hadapi.

Apa yang penting, di dalam pemilihan kali ini tiada rasuah politik dan dendam kesumat. Selesai sahaja pertandingan, kembali kita bersatu menentang Umno. Jangan setelah selesai pertandingan, kita terhegeh-hegeh berjumpa Utusan akhbar milik Umno itu untuk mengadu masalah atau meraih simpati. Memang akhbar itu sentiasa kemaruk dan lapar kepada berita yang memburukkan parti. /mandor.blogspot.com

RUPANYA BANYAK YANG ZAID TIDAK TAHU PASAL ANWAR DAN PKR

Posted: 22 Oct 2010 07:00 AM PDT

Sivarasa balas kenyataan Zaid berkenaan PKR dan perbicaraan DSAI

| Oct 22, 2010

Saya merasa tidak percaya atas serangan terkini Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan). Kadang-kalanya saya terfikir apakah beliau terlupa yang beliau merupakan anggota Keadilan dan beliau sedang bertanding jawatan Timbalan Presiden. Adalah menjadi sangat tidak bertanggungjawab, malahan berniat jahat untuk beliau menggambarkan Keadilan sebagai parti dengan satu isu - yang hanya berminat untuk menjuarai Anwar Ibrahim (DSAI) dan perbicaraan beliau yang sedang berlangsung sekarang.

Zaid (gambar kiri) sendiri tahu mitos ini tidak benar dan ianya sesuatu yang hanya biasa dapat kita dengar dari ahli politik UMNO-BN. Sejak lebih sedekad yang lalu, Keadilan berkembang pesat dan telah memainkan peranan besar dalam membina perikatan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama juga Keadilan mengangkat prinsip politik progresif tulen berbilang kaum. Hal ini telah membawa kepada pembentukan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang kami percaya bakal menimbulkan cabaran kuat terhadap BN pada pilihanraya umum akan datang.

Lagi mengejutkan ialah apabila Zaid menyatakan parti ini tidak mampu membela rakyat hanya kerana Keadilan mempertahankan DSAI. Sekali lagi, kenyataan Zaid ini merupakan teguran ala UMNO-BN. Zaid sendiri sebenarnya sudah tahu bahawa parti ini memiliki rekod baik membela rakyat dalam berbagai isu-isu yang melibatkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan budaya.

Saya (Sivarasa, gambar kanan) amat yakin Zaid pasti sedar bahawa menjamin keadilan untuk DSAI tidak semestinya hanya bermaksud menyediakan pasukan peguambela terbaik. Tetapi ianya turut melibatkan kempen di luar mahkamah untuk mendedahkan kelicikan Kerajaan yang menggunakan institusi-institusi awam penting untuk menganiaya lawan politik.

Sekali lagi, kenyataan bahawa DSAI telah memiliki barisan peguambela terbaik lantas tidak ada apa lagi yang perlu dibuat - pasti jelas sangat mirip seperti pandangan UMNO-BN, dan sudah tentu teruk apabila ia datang dari mulut seorang pemimpin Keadilan.

Jika beliau tidak tahu, implikasi perbicaraan DSAI sekarang dan dahulu memperlihatkan kepada kita tentang kesemua hal yang salah dengan wajah demokrasi pura-pura UMNO-BN - suatu demokrasi yang membolehkan kerajaan hari ini menggunakan kesemua jentera negara termasuklah kehakiman, polis, pejabat Peguam Negara serta bahkan hospital untuk mereka-reka bukti palsu dan menganiaya lawan-lawan politik UMNO-BN.

Apakah Zaid sudah terlupa, DSAI telah dipenjara selama enam tahun atas tuduhan palsu dan sekarang sekali lagi beliau berdepan dengan nasib yang sama. Pastilah sangat kejam dan amat tidak mengenang budi untuk Keadilan secara tiba-tiba menggugurkan DSAI di saat parti ini menjadi kekuatan politik negara.

Saya cukup bingung hendak memahami strategi kempen Zaid yang cenderung menegur parti dan kepimpinannya kepada umum secara berterusan - memandangkan Zaid adalah sebahagian daripada kepimpinan Keadilan. Adalah lebih memanfaatkan sekiranya Zaid memperkuat dan memperjuangkan dasar, proses dan isu-isu Keadilan termasuklah penganiayaan UMNO-BN terhadap DSAI.

*Kenyataan media Sivarasa Rasiah selaku Naib Presiden Keadilan, juga ahli parlimen Subang./Merdeka Review

NIK AZIZ DIHINA DALAM PERHIMPUNAN UMNO OLEH ANAK KELANTAN

Posted: 22 Oct 2010 05:00 AM PDT

Demi kuasa, Umno Kelantan tergamak hina Nik Aziz

Oleh Ahmad Albab

Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO.

Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:

"Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan."

Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dgn DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V.

Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan.

Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V?

Fikir-fikirkanlah../Anwaribrahim.blogspot

TAK ELOK JERIT-JERIT DALAM RUMAH - CHEGU BARD

Posted: 22 Oct 2010 03:00 AM PDT

Majlis menghantar borang setuju tanding

Pada ahad lepas sah saya telah hantar borang untuk bertanding jawatan Ketua AMK Pusat memenuhi kehendak teman-teman yang memberikan pencalonan. Terima kasih dan amat hargai kepercayaan teman - teman semua.

Malam minggu itu saya masih memenuhi program Pakatan Rakyat di Langkawi pagi itu sebaik selepas subuh bergegas ke jeti ambil feri paling awal. 9.30 pagi dari Kuala Kedah memecut ke Damansara menuju ibupejabat untuk menghantar borang persetujuan bertanding. Hanya berkemeja T kerana baju kemeja yang ada satu lagi untuk dipakai bagi program malam nanti iaitu di dua tempat Sg. Petani dan Gurun Kedah.

Sampai saja YB Lih Kang dan teman - teman lain sedia menanti. Zulkifli Ibrahim, selaku ko ordinator yang dilantik sibuk memastikan semua borang teman-teman di isi dengan betul. Borang cheGuBard diserahkan hahaha baru nak di isi. Keadaan meriah , bagus semua meraikan demokrasi ada yang berarak dengan penyokong dengan banner tertulis nama - nama negeri dari seluruh negara (haha walaupun yang bawa bukan dari negeri itu).

Ada juga yang main selamat dengan bisik ke telinga 'cikgu, saya sokong cikgu tapi kena duk berarak sama sebab nanti susah sebab 'dia' yang bantu saya jadi ahli majlis dan bla ...bla ...bla...'

'saya terpaksa sebab segan dia yang lantik saya...' hahaha macam ni pun ada dalam KEADILAN ?

Tapi ada juga yang bisik, cikgu susah nak menang sebab depa pakai isu tolak cheGuBard sebab bawa cina untuk jadi timbalan hahahaha....... saya kata kalau sebab bawa YB Lih Kang saya menjadi risiko tak mengapa risiko itu dah ditanggung 12 tahun dulu bila masuk KEADILAN kerana Umno tuduh nak jual Melayu bila masuk parti perbagai kaum.

satu lagi ramai yang kecewa, bab ni cheGuBard minta maaf pada mereka. ramai yang tunggu untuk che'GuBard berarak dengan penuh provokasi....rupanya ada yang syok tunggu untuk tengok.... tapi cheGuBard datang sempoi je pakai kemeja T biasa jalan biasa dengan teman - teman.... bila depa tanya cheGuBard jawab ' kalau lawan regim cheGuBard pasti akan berani berarak, provok dan seumpamanya, kalau untuk lawan regim pasti cheGuBard buat kemeja T seragam dan banner menarik ..... ini bersaing adik beradik tak payah le sungguh - sungguh terjerit berarak belanja besar lagipun FRU bukan ada

Ingat pesan mak tak elok jerit - jerit dalam rumah..../chegubard.blogspot

PRK DUN GALAS - FITNAH PERTAMA TERHADAP CALON PAS

Posted: 22 Oct 2010 02:12 AM PDT

Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata
Abdul Rahim Sabri
Okt 22, 10

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus./Malaysiakini

HINA ISLAM - DI MANA SUARA PENASIHAT AGAMA PM DAN ULAMAK MUDA ?

Posted: 22 Oct 2010 01:00 AM PDT

Khairul Izwan
Kita sering menuding jari kepada amerika dengan menyatakan bahawa AS adalah kepala pengganas dunia. AS berlagak sebagai polis dunia dalam misi untuk mengamankan dunia. Pemimpin- pemimpin negara Malaysia juga tidak terkecuali merujuk AS sebagai polis dunia. Kini polis dunia itu telah berusaha membersihkan imej Islam dengan mengikis islamophobia.

Usaha itu telah di sahut oleh perdana menteri sendiri. Perdana menteri berusaha mengikis Islamophobia ini. Antara langkah awal perdana menteri mengikis islamophobia ini ialah, menghantar Rosmah mansor menuntut ilmu bagi memulihkan gejala sosial buang bayi ke Belgium. Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan Malaysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama. Sabda nabi " aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedu-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul".

Tetapi mengapa gejala sosial sering berlaku dalam Negara kita. Kenapa gejala Islamophobia itu wujud? Kerana kerajaan sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain. Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu. Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah? Adakah mereka menolak Al-Quran? Kitab mukjizat nabi Muhammad. Jawapanya, mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam.

Beginikah pemimpin yang kita mahukan? Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah. Kini, Najib dan Rosmah Mansur lebih terbuka fikiran mereka. Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah. Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama " Islamic Fashion Show ". Sangat menarik dan sangat hebat. Rupa- rupanya, program tersebut menggayakan pelbagai fesyen.

Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah Mansor. Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka. Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah jelmaan Mustafa Kamal Attarturk. Program tersebut telah menghina nama dan imej islam. Inilah petanda- petanda bahawa kejahilan agama berleluasa. Kalau dia jahil sendiri tak apa tapi, sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ayah pin. Bahkan lebih teruk dari binatang ternakan.

Ramai- ramai kita bantah tindakan melampau menhina dan memfitnah Islam ini. Di mana golongan dan penasihat agama kepada perdana menteri. Adakah mulut mereka di bisukan. Kenapa dibiarkan program menghina Islam berjalan. Kenapa? Persoalan yang sering di putarkan. Jika mereka masuk ke tangki najis, pasti najis tersebut akan terpalit. Pasti badan juga akan busuk. Bantahan tetap bantahan. Kita tukar kerajaan dalam PRU-13 nanti sebagai bantahan kepada penghina Islam. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang./Harakahdaily

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA

Mana dia ulama muda UmNO? : Awat hangpa diam, ... ni pun ulama ula mak

Posted: 22 Oct 2010 05:13 PM PDT

PERMATANG PAUH, "Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat fardhu Jumaat tadi.

Seramai 200 orang jemaah mengadakan bantahan secara aman terhadap Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan bakal diadakan lagi pada bulan depan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung festival berkenaan kerana sanggup menggadai agama Islam semata-mata untuk mendapatkan publisiti.

"Kenapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf pada umat Islam di dunia atau khasnya di Malaysia," ujarnya.

Katanya, Rosmah yang juga mendapat gelaran baru 'First Lady' tidak wajar bertindak membelakangkan para agamawan disebabkan mahu namanya berada di kemuncak.

"Jelas isteri Datuk Seri Najib menghina Islam menerusi penganjuran festival yang berselindung di belakang nama Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema ketika merasmikan program tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, dua masjid dijadikan lokasi bantahan berkenaan iaitu di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Jamek Permatang Janggus bagi zon Seberang Perai - HD

Khalid 5 dan Hala 3 - Pasangan tunang termuda di dunia

Posted: 22 Oct 2010 04:34 PM PDT

DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing. Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju untuk dijodohkan.

Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.

Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.

"Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun," kata Juma.

"Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia," tambah Juma.

Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan menjejaskan persekolahan mereka.

"Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat universiti," tutur Juma.

Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs. Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi bersamanya.

"Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu nampaknya memang sangat luhur," kata Juma.

"Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan."

"Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan anak kami," kata Juma lagi. - Agensi

Apa kata Dr Mohd Asri mengenai Islamic Fashion Fest

Posted: 22 Oct 2010 03:40 AM PDT

Apakah ini ciri-ciri pakaian Islam? Mungkin Rosmah dapat menjawab ...

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah 'Islamik'.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan 'Islamic fashion' mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

MS : Kita tunggu apa Big Mama nak cakap. Kita tunggu juga Mufti UmNO seperti Harussani apa dia nak kata pada bini najib tu ... Kita tunggu Menteri Agama juga apa nak komen ... sampai hari ni semua masih senyap ...

PRK Galas : "Saya tidak pernah ditangkap khalwat, saya tidak merokok" calon PAS - Dr Zulkefli

Posted: 22 Oct 2010 01:27 AM PDT

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.

Gugur kes liwat Anwar jika mahu tarik pelabur

Posted: 22 Oct 2010 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.

Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.

"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.

"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.
Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.

"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.

"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."

Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.

"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).

"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.

Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.

"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya. = Harakah

kalam Perantau

kalam Perantau

Batu Sapi : PKR masih letak harapan runding

Posted: 22 Oct 2010 04:00 PM PDT

Harakahdaily    

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali masih memberikan harapan untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku di Batu Sapi.

Bagi beliau, pertandingan tiga penjuru di Batu Sapi antara calon Pakatan dari PKR, SAPP dan PBS dari BN sesuatu yang tidak baik.

“Sayang tak dapat elak tiga penjuru di Batu Sapi,” kata Syed Husin dalam twitternya.

Namun begitu, beliau tetap menaruh harapan agar berlaku pertandingan dua penjuru sahaja di Batu Sapi.

“Masih ada masa runding dan elak (tiga penjuru),” tulis beliau dalam twitternya.

Ekoran itu, beliau berkata, suasana lebih baik kelihatan di Galas berbanding Batu Sapi.

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calon dari PKR akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya Batu Sapi itu.

Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyerahkan Pakatan Rakyat Sabah membuat rundingan bagi menentukan calon mereka di Batu Sapi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, PAS juga berminat untuk bertanding di Batu Sapi kerana 61 peratus pengundinya adalah beragama Islam.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu semalam.

Bagaimanapun, PKR dan SAPP bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”.

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam semalam diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa bertanding manakala pada pilihan raya umum 2008 mengalahkan calon bebas

Galas : Tuduhan khalwat tu fitnah UMNO

Posted: 22 Oct 2010 03:00 AM PDT

Oleh Abdul Rahim Sabri
 
Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno – Umno Online – yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

“Fitnah semata-mata, – boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia,” katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

“Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah,” kata Dr Zulkefli.