Rabu, 20 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


PANAS: Kelab Umno luar negara puji pemimpin PR dan Anwar, hentam pemimpin Umno!

Posted: 20 Oct 2010 08:11 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

MEMALUKAN! Pemimpin Umno dikritik secara terang-terangan oleh wakil Kelab Umno luar negara (Moscow dan Seoul) dalam rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani sempena Perhimpunan Agung Umno 2010..

Dakwa wakil kelab Umno luar Negara ini, pemimpin2 dlm kerajaan (Umno) susah untuk didekati, banyak protokal dan sebagainya, sehingga menjadi punca penolakan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional..

Dalam masa yang sama, mahasiswa pro-kerajaan ini memuji gaya kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sebagai seorang yang humble, sederhana, mudah didekati dan sebagainya..

Kalau dah penyokong (mahasiswa) tegar Umno pun buat pengakuan 'berani mati' ini, korang fikirlah apa reaksi anak muda negara yang lainnya..mungkin di sini menjawab persoalan, kenapa kerajaan begitu bersungguh2 mahu menyekat mahasiswa daripada bebas berpolitik...fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Hipokrit bukan? kata mahasiswa tak boleh berpolitik, tetapi kelab Umno luar negara ini boleh plak, apa kes?..


VIDEO: Anwar Ibrahim Sangat Rendah Diri - Kelab UMNO



Artikel berkaitan:
- [Kemaskini] VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3!!
- Koleksi Umno salahguna/berpolitk dlm IPT dan sekolah! (bukti bergambar)

Berita tak gempar: Anak sulung Allahyarhamah Sosilawati sertai puteri Umno..

Posted: 20 Oct 2010 07:15 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sesungguhnya kita tidak terkejut dengan berita ini...rasanya semua sedia maklum siapakah allahyarhamah Sosilawati..seorang yang rapat dengan kepimpinan dalam kerajaan (Umno)..

Apa pun, seperti kata Tok Guru Nik Aziz, pembelaan terhadap mangsa kezaliman tidak mengenal warna kulit, pangkat dan kumpulan..kita tetap menuntut keadilan buat arwah..

Semoga kes ini segera diselesaikan, dan semoga Allah mengampuni dosa beliau seterusnya diletakkan bersama orang2 yang soleh...wallahua'lam..

p/s: Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas..


'Halal' bagi Umno, 'Haram' bagi PR: Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno..(video inside)

Posted: 20 Oct 2010 05:06 AM PDT



Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.



"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok. - MK

VIDEO: Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?



Artikel berkaitan:
- Koleksi Umno salahguna/berpolitk dlm IPT dan sekolah! (bukti bergambar)

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


YB GOBALA, JANGAN BERLIDAH BIAWAK CUKUPLAH

Posted: 20 Oct 2010 06:00 PM PDT

Oleh: Mandor

SETELAH dihentam oleh beberapa blog, akhirnya YB Gobala menyebut beliau bukan berniat untuk keluar parti apabila mengkritik JPP di dalam pemilihan pimpinan PKR baru-baru ini. "Belum terfikir buat masa ini untuk keluar parti', begitu lebih kurang kata-kata YB Gobala. Buat masa ini? Masa akan datang, belum tahu.

Apa pun kata beliau, kita lihat dahulu setakat mana pendiriannya terhadap parti. Sejarah ada bukti orang yang bercakap begitu, akhirnya `lidah menjadi biawak'. YB Zul Kulim dahulu pun pernah sebut tidak akan tinggalkan parti, tetapi beliau terus mencari jalan untuk `dikeluarkan' dari parti. Akhirnya `doa' YB Zul Kulim dimakbulkan. Mungkinkah YB Gobala telah berguru dengan MP Kulim Bandar Baru itu? Jika tidak, bagus lah dan jika benar pun bagus juga./mandor.blogspot.com

DATO ZAID, SDR SHAMSUL PUNYAI PERSAMAAN ?

Posted: 20 Oct 2010 01:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, ada yang berkata Dato Zaid dan Sdr Shamsul Iskandar ada sedikit persamaannya. Dato Zaid adalah calon yang dikatakan bakal memberi saingan kepada YB Azmin bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Manakala, Sdr Shamsul pula menjadi pesaing tunggal kepada Chegu Bard di dalam perebutan jawatan Ketua AMK.

Apakah yang dikatakan ada persamaan di antara Dato Zaid dengan Sdr Shamsul? Samada mereka nafikan atau tidak, hakikatnya mereka berdua mempunyai kekurangan dari segi prinsip dan keberanian untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri. Dato Zaid pada perkiraan saya mempunyai 4 tindakan yang menunjukkan beliau mempunyai sifat seperti yang saya katakan tadi.

Pertama, Dato Zaid pernah umum tidak akan merebut jawatan dalam parti. Kedua, beliau berubah fikiran dan ingin bertanding di dalam pemilihan parti bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, malahan cuba menguji sokongan dengan kemungkinan bertanding jawatan Presiden Parti. Ketiga, Dato Zaid menyebut sanggup berundur dari pertandingan sekiranya Tan Sri Khalid menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Apabila Tan Sri Khalid mulanya menawarkan diri untuk bertanding, Dato Zaid membisu. Keempat, beliau mengubah fikiran dengan menyebut beliau akan memberi laluan pula kepada YB Nurul Izzah sekiranya YB Nurul bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ini semua diperkatakan oleh Dato Zaid sebelum mereka semua menghantar borang samada untuk bertanding atau tidak. Kebetulannya, Tan Sri Khalid dan Yb Nurul mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu. Justeru itu, mahu atau tidak Dato Zaid terpaksa teruskan jua. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Sdr Shamsul lebih kurang juga. Bersemangat awalnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR kununnya untuk memberi laluan kepada tokoh muda menerajui AMK. Pengumuman beliau itu dibuat agak `grand' juga iaitu jika tidak silap sewaktu program ceramah di Johor yang dikatakan mendapat gangguan dari pihak keselamatan. Kita semua amat gembira dengan keputusan Sdr Shamsul itu kerana ini akan membolehkan Chegu Bard mudah untuk menerajui AMK.

Tidak semena-mena Sdr Shamsul membuat `U-Turn' pula setelah agak jauh perjalanan. Beliau menyebut beliau bukan buat `U- Turn' tetapi `T-Junction'. Pada saya di mana datangnya `T-Junction' jika berpatah ke tapak asal? Atau beliau lupa asal usul beliau? Saya tidak ambil tahu kenapa dan mengapa `U-Turn' terpaksa dibuat walaupun ada yang menyebut `steering' Sdr Shamsul telah di`ganggu'. Kununnya ada pihak yang tidak mahu melihat Chegu Bard menang mudah setelah Sdr Rafizi `melarikan' diri. Maka, Sdr Shamsul mesti buat `U-Turn' untuk menghalang Chegu Bard.

Diperkatakan ini semua kerja YB Azmin atas arahan DS Anwar. Pulak dah!! Apa kena mengena dengan YB Azmin dengan DS Anwar? YB Azmin sendiri pun belum tentu menang atau tidak kerusi Timbalan Presiden PKR, mengapa beliau membuang masa menentukan kerusi rebutan orang lain? Sebelum ini ada yang menuduh Chegu Bard pasti menang Ketua AMK kerana ada pengaruh DS Anwar yang juga ada ikatan kekeluargaan dengan Ketua Umum PKR itu. Tuduhan ini dinafikan oleh Chegu Bard di dalam blognya. Nah, sekarang timbul pula cerita DS Anwar dan YB Azmin tidak `redha' Chegu Bard menjadi Ketua AMK. Mengarut punya cerita. Ini semua cerita yang dibawa oleh puak yang tidak mahu YB Azmin menang jawatan Timbalan Presiden PKR. Mereka berharap tiada undian untuk YB Azmin dari ahli AMK yang ramai menyokong Chegu Bard.

Pendapat saya, Sdr Shamsul melakukan kesilapan besar apabila membuat `U-Turn'. Sekarang kita lihat sokongan terhadapnya semakin merosot. Apakah Sdr Shamsul beranggapan Chegu Bard akan memberi laluan kepadanya seperti pemilihan lalu setelah beliau membuat `U-Turn'? Kita mengenali Chegu Bard, sekali beliau melangkah menyengseng lengan di dalam gelanggang, beliau berpantang undur. Bak kata lagu Ally Noor/Mastura dalam loghat Negeri Sembilan, "Bercacak-cacak koghih (keris) dan lombing (lembing), Ketuo AMK den ambik juo"...

Mungkinkah Sdr Shamsul Iskandar akan menjadi seperti kata pepatah " Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendung Keciciran". Semuanya ditangan ahli PKR menentukan./wfauzdin.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


YB Saifuddin vs Fuad Zarkasyi(Part 3)

Posted: 20 Oct 2010 07:16 PM PDT

 Koleksi Wacana Perdana
-Part 1 & 2-

Wacana Perdana bertempat di Kelantan Trade Center
Ahli panel:
Saifudin Nasution ,YB Machang
Dr.Makmur ,Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam
Dr.Fuad Zarkasyi, Timb. Men. Pelajaran
Mederator:
Dr.Mohd Agus Yusuf,UKM
  
Download versi penuh(Audio) Disini 


Cari N3 lama-lama disini

kalam Perantau

kalam Perantau


“Taiko” Yong Teck Lee Jadi Tumpuan Di Batu Sapi

Posted: 20 Oct 2010 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi Selasa depan, perhatian kini bertumpu pada bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee yang disebut-sebut antara tokoh yang mungkin mewakili Parti Maju Sabah (SAPP) dalam pembabitan sulung parti itu pada pilihan raya sejak meninggalkan Barisan Nasional (BN) tahun lepas.

Popular dengan gelaran "Sabah Taiko" dalam masyarakat Cina, presiden SAPP berusia 52 tahun itu sendiri tidak menolak kemungkinan akan menjadi calon parti berkenaan dengan berkata kini beliau layak bertanding kerana tempoh hilangkelayakannya kerana melakukan kesalahan pilihan raya, sudah berakhir.

Anggota SAPP lain yang mungkin diletakkan untuk mewakili parti itu ialah setiausaha agung Datuk Richard Yong dan anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Karamunting Poon Kee Yang.

Pada 2001, Yong hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun kerana melanggar peraturan dalam pilihan raya umum 1999 berhubung papan iklan dan apabila hukuman itu ditarik balik pada 2006, beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum 2008 apabila permintaan SAPP agar parti itu meletakkan calonnya bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu yang disandang Parti Bersatu Sabah (PBS), ditolak oleh BN.

SAPP dijadual mengumumkan calonnya di Sandakan pada majlis perasmian pejabat baru parti itu di sana Sabtu ini.

Selain BN, parti itu akan berdepan dengan calon parti gabungan PKR-DAP-PAS yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan rakyat, yang telah membuat pengumuman akan bertanding pada pilihan raya kecil itu pada Selasa.

Senario berlakunya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil ini mewujudkan suasana tidak selesa bagi tiga pihak berkenaan, yang dijangka mengumumkan calon masing-masing hujung minggu ini.

“Pilihan raya ini ialah bagi BN-SAPP-PR. Bagi BN, mereka ingin menonjolkan kekuatan mereka, manakala bagi SAPP dan PR pula, mereka ingin menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai petunjuk dalam usaha memperkukuhkan kedudukan masing-masing dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” kata penganalisis politik Rizal Zamani Idris.

Rizal, pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan sengit kerana ia melibatkan pertandingan secara terang-terangan antara BN dan pakatan pembangkang.

“SAPP belum lagi teruji (setelah meninggalkan BN). Kita tidak tahu kekuatan sebenar mereka, walaupun Datuk Yong telah bercakap tentang pelbagai isu yang dekat di hati rakyat Sabah. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, BN akanmenang mudah kerana undi untuk pembangkang akan berpecah,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis percaya SAPP tidak mungkin meletakkan Yong sebagai calonya kerana risiko yang ditanggung adalah terlalu besar sekiranya beliau kalah, termasuk tamatnya riwayat parti itu.

Inilah sebabnya BN lebih suka sekiranya Yong dan PR bertanding kerana ia akan memberi kelebihan kepada mereka. Malah, beberapa parti komponen BN dipercayai begitu ingin “melumpuhkan” Yong melalui pilihan raya itu.

“Beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai wira Sabah, berjuang untuk rakyat Sabah. Kini, beliau perlu buktikan kemampuannya kepada rakyat Sabah. Kalau saya boleh pergi ke Sandakan untuk bertanding, diapun boleh juga,” katapresiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew.

Liew berkata sekiranya Yong mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan meletakkan calon lain, ini menunjukkan ahli politik veteran Sabah ini “melarikan diri daripada menghadapi keputusan rakyat.”

“Malah, sekiranya SAPP membuat keputusan untuk tidak bertanding atau PR menyokong SAPP, ini menunjukkan bahawa selama ini mereka mempunyai pakatan dan mengadakan kerjasama. Apapun keputusan yang mereka ambil, ia akan meletakkan mereka dalam keadaan yang sukar untuk dijelaskan,” katanya.

Beberapa sumber dalaman parti berkenaan berkata keputusan SAPP dan Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu menunjukkan mereka tidak mempercayai satu sama lain.

Beberapa anggota PR berkata mereka percaya SAPP dijadikan umpan oleh BN untuk memecahkan undi, manakala beberapa anggota SAPP pula berkata sebenarnya, SAPP mengatur langkah strategik untuk membolehkannya mempunyai kuasa tawar-menawar bagi mendapatkan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Pada perkiraan SAPP, dengan mengumumkan bahawa mereka berminat untuk bertanding bagi kerusi ini akan meletakkan diri mereka dalam keadaan lebih baik untuk berunding bagi mendapatkan kerusi, bukan saja bagi pilihan raya kecil ini, tetapi juga pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang,” kata seorang anggota parti itu.

SAPP telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka ingin bertanding bagi 40 kerusi negeri pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.

“Sebenarnya, SAPP bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada pilihan raya kecil ini. Sebabnya mudah saja, mereka mahu melihat berapa banyak undi yang mampu mereka raih dan dalam kalangan parti pembangkang, parti mana yang mendapat paling banyak undi,” kata anggota parti itu.

Tetapi, bagi SAPP, sama ada Yong bertanding atau tidak, bukan menjadi isu utama mereka berdasarkan kenyataan timbalan presidennya Datuk Eric Majimbun bahawa mereka perlu meletakkan calon bagi kerusi itu kerana SAPP merupakan partiuntuk negeri di Sabah.

“Persoalannya bukan sama ada kami boleh menang atau tidak, sama ada kami akan disembelih atau tidak, tapi mengenai sokongan yang diberi kepada kami. Kalau kami mengalah, ke mana lagi kami hendak pergi? Kalau kami tidak bertanding di Batu Sapi, di mana lagi kami nak bertanding? Kami tak boleh pergi bertanding di Sarawak atau Semenanjung. Kami hanya boleh bertanding di Sabah,” katanya. – BERNAMA


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Iklan Raya - TV3suku didenda RM50 ribu

Posted: 20 Oct 2010 10:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 21 — TV3 has been slapped with the maximum RM50,000 compound for its controversial Hari Raya advertisement Sinari Lebaran as it had "humiliated and insulted" Islam.

Information, Communication and Culture Deputy Minister Datuk Joseph Salang Gandum, in his reply to a question from Zulkifli Noordin (Ind-Kulim-Bandar Baru) during Question Time in Parliament this morning, confirmed that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had completed its investigation of complaints made against the advertisement under section 206(3) of the MCMC Act and had decided to slap the television station with the maximum compound.

"In reference to the case, which was said to have insulted and humiliated Islam, TV3's Sinari Lebaran, I would like to state here that MCMC has completed its investigation and has decided to fine TV3 with the maximum compound of RM50,000 under the Act," he told the House.

TV3 took the advertisement off the air just before Hari Raya following objections from several Muslim groups who complained that it contained elements of Christmas in it and was degrading to Islam.

MORE TO COME

Saya tidak mungkin bersama dia (tunang) lagi - Rozaliya

Posted: 20 Oct 2010 04:39 PM PDT

Gambar : mStar


KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: "Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.''

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

"Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.

Hati saya sudah tertutup,'' katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

"Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

"Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,'' ujarnya.

Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: 'Ada dua lelaki sedang mengekori' dan 'abang datang cepat, saya takut': beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.

Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.

Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

"Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,'' jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu - Kosmo

Rozaliya - gadis yang dilaporkan hilang di Kuantan - ditemui di Bukit Bintang KL

Posted: 20 Oct 2010 09:10 AM PDT


KUANTAN: Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di sini 13 Oktober lepas ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner (ACP) Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga.

"Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai," katanya kepada pemberita di sini Rabu malam.

Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini, Rabu lepas.

Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Nor, 24, yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini.

Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.

Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yang memaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya.

Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam ini dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi Mohd Nor.

Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran. - BERNAMA

Kalau kata UmNO penakut boleh la kot ya ...

Posted: 20 Oct 2010 06:35 AM PDT

Umno mahu rayu, elak pilihan raya kecil DUN Kuala Nerang

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ekoran keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim sebagai muflis Jumaat lalu.

Sambil mengakui belum ada butiran terkini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan pilihan raya kecil dengan membuat rayuan.

Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengisytiharan bankrap terhadap Syed Sobri kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

"Kita akan selidik dan lihat dulu perkara ini... jika perlu buat rayuan, kita akan buat," kata Shafie.

Shafie yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, beliau belum menerima sebarang makluman daripada Syed Sobri sehingga ke hari ini.

"Sebenarnya tidak tahu apa status perkara ini. Syed Sobri juga tidak maklumkan kepada saya mengenainya.

"Dulu saya pernah jumpa dengan beliau tapi perkara lain," kata Shafie kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas melawat bilik media Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Jelas Shafie, parti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk diadakan pilihan raya kecil membabitkan kerusi DUN Kuala Nerang.

"Kalau perlu merayu kita akan buat tapi sekiranya perlu buat persediaan dengan keadaan berhadapan pilihan raya kecil kita akan adakan.

"Tiada masalah bagi kita, tapi saya harap tidak ada pilihan raya kecil," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Syed Sobri, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri merupakan pengasas Kulim Enterprise.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 - TMI

Menara 100 tingkat : "Kami ada duit" - PNB

Posted: 20 Oct 2010 04:35 AM PDT

Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang akan membangunkan mercu tanda Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, menyatakan ia mempunyai keupayaan untuk membiayai projek pembangunan bersepadu itu daripada dananya sendiri.

"Bagaimanapun, kami boleh mendapatkan pinjaman daripada pasaran selagi kami boleh memaksimumkan pulangan kami," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pada taklimat media diKuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga menyangkal spekulasi yang projek itu akan dibiayai kerajaan atau sumbernya didapatkan daripada dana amanah sahamnya.

PNB, sebuah syarikat pegangan pelaburan, ketika ini menguruskan dana bernilai lebih RM140 bilion. Ia mempunyai kepentingan besar dalam lebih 300 syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.

Rancangan bagi projek berkenaan terdiri daripada tiga fasa yang dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajetnya minggu lalu.

Projek pembangunan bersepadu itu yang terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, akan terdiri daripada menara 100 tingkat, dengan pembinaan bermula tahun depan. Ia dijangka siap pada 2015.

- Bernama

Facebook Anti Menara 100 tingkat disekat

Posted: 20 Oct 2010 04:22 AM PDT

Laman sosial Facebook telah menyekat sebuah halaman yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia yang membantah cadangan kerajaan bagi membina sebuah menara 100 tingkat di ibu negara, Kuala Lumpur.

Dalam tempoh, empat hari, laman itu berjaya menarik 30,000 peminat ataupun satu daripada 300 pengguna Facebook di Malaysia. Sasaran mereka adalah untuk mengumpulkan sejuta peminat.

Meskipun pengguna Facebook masih boleh menyertai kempen '1M Malaysians reject 100-storey Mega Tower', namun pemilik halaman itu dilarang menyiarkan sebarang mesej baru di halaman berkenaan.

Pemilik laman yang tidak dikenali itu menganggap tindakan Facebook sebagai satu bentuk tapisan baru di internet.

"Sementara media baru memberi peluang pergerakan sosial baru, sikap kukubeasi oleh gergasi internet seperti Facebook menjunam ke arah bentuk tapisan yang baru," kata seorang daripada pemiliknya setelah menyedari lamannya itu telah disekat.

Facebook menerbitkan kenyataan ringkas: "Your publishing rights have been blocked due to a violation of the Pages Terms of Use" atau diterjemahkan sebagai hak menerbit anda disekat kerana mencabuli syarat penggunaan.

Facebook tidak menyatakan apa yang dimaksudkan dengan pencabulan peraturan itu, mahupun membekalkan saluran untuk merayu - mkini

UmNO Kedah tak nak Shafie Afdal

Posted: 20 Oct 2010 01:21 AM PDT

20 Okt — Perwakilan Pemuda Umno dari Kedah hari ini menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang "diimport" dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pemuda Jerai Bassori Hassan berkata, pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal dari Sabah sebagai pengerusi negeri sebenarnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang ahli-ahli politik tempatan.

"Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.

"Sentimen ini dimain-mainkan oleh pembangkang, takde pemimpin baik dari Kedah sampai kena import pemimpin dari luar.

"Tolong kaji balik pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dan negeri-negeri pembangkang lain," kata beliau ketika menyertai perbahasan pada Persidangan Pergerakan Pemuda Umno hari ini.

Bassori berkata mereka yang memegang jawatan pengerusi perhubungan negeri juga harus mempunyai hubungan yang kukuh dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan istana untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Shafie dilantik sebagai pengerusi Kedah bersama dengan dua naib presiden lain iaitu Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masing-masing menerajui kepimpinan Umno Terengganu dan Pulau Pinang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula merupakan pengerusi Umno Selangor manakala timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai Umno Wilayah Persekutuan. - TMI

MENYUSUL LAGI

...boleh pula .. dulu kata tak boleh : Siswa UKM sertai Perhimpunan Agung UmNO

Posted: 20 Oct 2010 01:10 AM PDT

MS: Apa-apa pun lah, kalau UmNO semua boleh lah ...

Abdul Rahim Sabri 20 Okt, 10 3:00pm

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok. - mkini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Wanita UMNO suka posisi seks "WOMAN ON TOP",Wanita UMNO marah sama Rosmah,Syarikat Komunis akan bina Menara Warisan,UMNO rasuah siswi sebanyak RM500

Posted: 20 Oct 2010 05:41 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

ahahaha..sumbernya tentulah lamanweb akhbar no 1malaysial BERITA HARIAN..

WANITA UMNO nk jawatan parti lebih tinggi..berangan nk jadi MENTERI BESAR...mungkin juga teringin menerajui ke tahap sebagai PRESIDEN UMNO..wah ini dah jadi WOMAN ON TOP...ada hati nk jadi MB??? ahaha angan2 MAK ANDIR la woi......ahaha ini suma tension la WAN AZIZAH dapat jadi Presden parti...ada kuasa...dah tu IZZAH lak tak lama dan tak mustahil boleh ganti tempat mak dia... ahahahahaha jeles ke??? jangan jeles...tak pun nk jadi FIRST LADY...yg jual susu tetek DUTCH LADY... ahahahaha

ahahah dah tu WANITA UMNO cadang usul perkukuh ekonomi..dey ini semua siaran ulangan cerita DR MAHADEY la..BUMIPUTERA BUMIPUTERA BUMIPUTERA dan BUMIPUTERA...yg hidup dalam rumah papan tak berbumbung pun BUMIPUTERA... ahahahaha

nak tangani mereka yg mempertikaikan PERLEMBAGAAN...tak silap aku UMNI ni la yg mempertikaikan PERLEMBAGAAN..nape?? ye la..PERLEMBAGAAN boleh dipinda..tapi diorang iaitu UMNO tak setuju..seolah2 PERLEMBAGAAN tak boleh dipinda...wei..kalau ALLAH dah qada dan qadar kan MELAYU bukan lagi BUMIPUTERA...sapalah UMNO yg dulu,kini dan selamanya mahu melawan kehendakNYA... ahahahahahaha...apa lagi..ISA la... ahahahaha

ahahahah UMNO berazam.bukan keazamanmalaysia.blogspot..untuk merampas PULAU PINANG tempat tumpahnya darah ku...wei..dah rampas PENANG bagi kat CINA KOMUNIS.. aahahahahahahahahaahahaa...dah tu bagi plak rumah mangsa TSUNAMI pakai duit judi.. ahahahaha

ahahaha UMNO rasuah SISWI...ahaha..budak2 pandai kau rasuah 500 hengget je...itulah..MELAYU...anak MELAYU pandai tak bagi pegang duit banyak2... ahahah teringat lak dulu UMNO pernah mengetepikan kaum sendiri pada PERHIMPUNAN UMNO yg lalu dengan menganugerahkan sorang anak CINA... ahahahahahahaha aku tipu???keratlah jari aku jilakau benar aku menipu.. ahahaha

KJ nk suruh pemuda UMNO buang 10 sifat negatif..cuma satu je ko tertinggal KERY...jangan suka MENGGATAL dengan PUTERI UMNO..jelik dipandang bukan MELAYU... ahahahaha

ahahah PAS rampas tanah 30 000 hektar..takpa..bak kata orng UMNO PAS tu MELAYU..masih lagi milik MELAYU...yg tanah MELAYU di GENTING ko bagi kat CINA buat tempat maksiat tu halal plak...pigiiiiiirah..dulu..masa kat MAHALLAH ALI..aku bukak tingkap malam2 nampak lampu2 GENTING HIGHLAND..dah tu nampak roh LIM GO TONG terbang2...ahahahahaha

PKMM akan menjayakan MENARA WARISAN...dijangka siap 2015...aku jangka runtuk 2016.. ahahahahahahahahahahaha..kena langgar dengan jet OSAMA BIN LADEN... ahahahahahaha lawak2....PKMM tu parti komunis melayu malaysia kan?? tak lah..persatuan kontraktor melayu- melayu... ahahahahaha

sekian terima kasih.,..

lawak la weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Najib isytihar harta beliau di Melaka,banyak tol,kaya nak mampus,maksud FDI Najib,Fulus Dan Isteri Najib,

Posted: 20 Oct 2010 08:36 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

NAJIB isytiharkan MELAKA MAJU 2010..maju ke??? ahahahahahahah dari segi apa?? PENDIDIKAN UNTUK ANAK REMAJA YG MELAHIRKAN ANAK TAK BERBAPAK???

ahahahahahahah

FDI???MAHADEY cakap jangan GHAIRAH SEKS..eh silap..jangan ghairah nk tukar kerajaan..

well..aku nasihat..yg TAK TAHU apa tu FDI...jangan la kecoh nk cerita pasal FDI...MAMPUS2 la korang kena KELENGTONG dengan KELENG SEKELUARGA...NAJIB dan MUKHRIZ..

apa?? korang ingat FDI tu bagus ke??? ahahahaha sah2 korang semua tak belaja EKONOMI..ahahahaha

aku yg EKONOMI B+ semasa STPM 2009 nk cerita kat korang pasal FDI...

FDI ni akan memberikan kesan jangka panjang yg buruk kepada sesebuah negara yg menerima FDI...FDI bagus untuk negara membangun kerana dapat MENSTIMKAN ekonomi..ala merangsang pertumbuhan ekonomi la wei....saja kasi ayat lucah sikit.. ahahahaha..

TETAPI...

kalau la pelaburan tu berjaya...negara yg melabur iaitu pelabur asing akan menarik balik keuntungan daripada pelaburan tersebut dan akan menyebabkan negara yg mendapat FDI itu menerima kerugian iaitu defisit dalam imbayaran pembayaran...

ah??? aku tipu??? pi tanya cikgu ekonomi korang..tk pun senang2 tanya NAJIB.....jangan plak NAJIB ajak aku berdebat pasal ekonomi... ahahaha kalah aku wei... ahahahahah aku mana ada degree in INDUSTRIAL EKONOMI dan degree dalam HEALING SODOMY.., ahahahahahaha

ANDA DILIWAT???JUMPALAH TABIBURAHIM..NAJIB AL-RAZAK...

dia bukan abang makwe aku TIZ ZAQYAH RAZAK ok.. ahahahahahahahaha

JADI...jangan la taksub sangat kalau denga NAJIB kata MALAYSIA dapat banyak FDI.....sebenarnya banyak lagi kesan negatif...cuma aku kasi kesan pasal pendapatan negara je..senang sikit korang nak faham kan??? tak faham gak???pegi la amik DEGREE mintak dr prof najib ajaukan.. ahahahahahahahahaha

denga PROJEK SOLAR pun satu FDI gak....tengok gaya NAJIB ni memerintah..orng luar yg nk melabur dapat banyak insentif..well..pelepasan cukai dan sebagainya..jangan kebaikan si NAJIB ni nnti buat rakyat kena tipu..tak pasal2 tarif lektrik naik..huh...kita boleh baca benda2 ni..

well..SELAMAT BERCUTI orng MELAKA sume...jangan jadi CELAKA dan asyik MELAHABAU aje.....esok sekolah ngndung COOOOOOOOOOOTI... ahahahahahaha

Najib bagi nama dekat anak Altantuya,Kajian bahawa perwakilan UMNO lesu seks,Sekolah Ali Rustam tutup esok,KJ kata UMNO tk berotak,Wanita UMNO bijak

Posted: 20 Oct 2010 05:49 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

semuanya daripada MUTAKHIR Berita Harian..

menara 5 bilion tu dah ada nama...namanyam jeng jeng jeng..WARISAN MERDEKA....akhirnya NAJIB dah bagi nama kat anak bongsu dia...ahahahaha

UMNO lagi2 tk nk ngaku sedang berada diambang kejatuhan..kita boleh lihat berbagai2 jenis aktiviti program dan juga fitnah yg diorang buat...makin menjadik2 dibandingkan zaman dolu2...ini bermakna UMNO terdesak daan sesak nak terkencing hingga terkincit...ye UMNO sudah lesu..b aik parti mahupun daya SEKS.. ahahahaa

Buat pertama kali WANITA UMNO berakal..nk UPSR mementingkang penekanan ASPEK MORAL..KETUA WANITA UMNO ALOR GAJAH berkata penekanan terhadap subjek P.ISLAM dan P.MORAL perlu disertakan..ahahahaha nak kasi generasi masa depan bermoral la..tak da la jadi PELAKON kat dalam vid 3GP... ahahahaha MELAYU oh MELAYU...

tapi sekejap je jadi pandai..lepas tu jadi bangang balik..nk plak sekolah satu aliran..ini la lawak bodo paling bodo...wei...aku tanya balik kat WANITA UMNO..apa tujuan UITM dibina???? mengapa UITM hanya untuk MELAYU??? ahahahahha sbb PERSAINGAN...sanggup ke anak2 MELAYU yg kecik2 ni nak bersaing ngn anak CINA dan KELENG yg pandai2...dah la anak CINA ngn KELENG banyak GENGSTE..yg anak MELAYU bagak ngn bangsa sendiri...wowowowowo ini adalah realiti di sekolah..aku ni lepasan sekolah..aku tau ok...anak2 MELAYU ni kalau tertekan belaja sikit..tak kira la SAINGAN ke BULI ke...terus OUT wa cakap lu...cam aku la.. ahahahaha..so tengok je balik kenapa ada UITM..ok la dah ada SK tu...SKJC SKJT...bukan apa pun...cuma satu je..cikgu2 CINA tu hanta la aja SK...nk aja SKJC je..ini yg aku baru nk panggil CINA KEDEKUT ILMU..nk aja bangsa dioooooo ajo deh... ahahahaha.ops..MUHYIDIN tak de KUASE.. ahahahaha

Esok cuti umum MELAKA..yahooooooo best la orng MELAKA..makin MELAHABAU la..so esok cikgu2 sekolah mengandung COOOOOOOOOTI... ahahahaha

KJ kata UMNO perlu politik berasaskan pemikiran..ye aku setuju dengan beliau..sbb UMNO dah macam tk berpikiran dan berotak..

ahahahaha sama la macam KJ woi... ahahaha ke otak KJ dah sembuh woi.. ahahahahahaha




~penarik beca

~penarik beca


Kalau tak reti-reti, jangan mimpilah nak ke Putrajaya

Posted: 20 Oct 2010 07:59 PM PDT

Umno-PAS: Divided we stand, united we fall

Posted: 20 Oct 2010 12:01 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SURAT DARI ANAK MUDA

Posted: 20 Oct 2010 08:54 PM PDT

Najib: Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan

Posted: 20 Oct 2010 08:47 PM PDT

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah

Posted: 20 Oct 2010 08:32 PM PDT

The Mahathir paradox

Posted: 20 Oct 2010 08:31 PM PDT

Anwar akan lancar jentera Keadilan dan Majlis umum calon Pakatan Rakyat di Galas

Posted: 20 Oct 2010 08:12 PM PDT

IPTA: Rekrut JI atau masalah sosial?

Posted: 20 Oct 2010 07:58 PM PDT

If anyone created Singapore, it was Tunku and not Lee Kuan Yew

Posted: 20 Oct 2010 07:49 PM PDT

The twisted Umno-BN-like logic of Zaid Ibrahim

Posted: 20 Oct 2010 07:36 PM PDT

1000 Kali Lebih Baik Umno Jika Dibandingkan Dengan PKR !!!

Posted: 20 Oct 2010 07:35 PM PDT

Masa merealisasikan budaya politik baru Umno

Posted: 20 Oct 2010 07:27 PM PDT

Keberanian pertahan hak orang Melayu bukti Umno pembela bangsa....

Posted: 20 Oct 2010 07:26 PM PDT

Empowering Keadilan

Posted: 20 Oct 2010 07:20 PM PDT

Ku Li

Posted: 20 Oct 2010 07:15 PM PDT

'Nostalgia Umno tidak perlu diulang-ulang'..ha..ha..ha, Nostalgia

Posted: 20 Oct 2010 07:15 PM PDT

Azmin dan Saifuddin bidas Zaid, jangan bawa propaganda Umno

Posted: 20 Oct 2010 07:10 PM PDT

Khusrin JAIS...!!! Pencacai UmnoApco... Tolong Komen Sikit...????.

Posted: 20 Oct 2010 07:10 PM PDT

BUDI DAN BAHASA

Posted: 20 Oct 2010 07:09 PM PDT

Model politik baru Umno ‘mantera’ Najib pulihkan Umno? ha..ha..tak jalan lain dah ROSMAH DAH HINA ISLAM..!!

Posted: 20 Oct 2010 07:08 PM PDT

Islamic Fashion Festival, Kalau Sesat Tu Sesat Juga...Kita Desak Rosmah 1Malaya mohon maaf dan taubat..!!!

Posted: 20 Oct 2010 07:05 PM PDT

Bakal pengantin hilang ditemui, tapi enggan kahwin..kasi 1Malaya kecoh jerk aweks nie...!!!

Posted: 20 Oct 2010 06:56 PM PDT

Masyarakat India Kelantan tidak merungut - DHPP

Posted: 20 Oct 2010 06:50 PM PDT

Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam

Posted: 20 Oct 2010 06:49 PM PDT

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

Posted: 20 Oct 2010 06:48 PM PDT

Azmin, Saifuddin slam Zaid for echoing Umno propaganda

Posted: 20 Oct 2010 06:45 PM PDT

Rozaliya - gadis yang dilaporkan hilang di Kuantan - ditemui di Bukit Bintang KL

Posted: 20 Oct 2010 09:29 AM PDT