Harta boleh mengubah seseorang menjadi tamak dan bangga diri - Malek Noor Posted: 17 Oct 2010 09:41 PM PDT JAGUH bina badan negara, Datuk Malek Noor,53, benar-benar berubah selepas meninggalkan bidang sukan yang telah menaikkan namanya suatu ketika dahulu.
Sejak tahun 2002, Malek mula menyedari hidupnya selama ini banyak menyimpang dan dia sering terleka dengan segala keseronokan yang tiada penghujungnya.
Tapi lelaki ini merasakan dirinya amat bertuah kerana selepas meninggalkan dunia sukan, dia mendapat petunjuk untuk menjadi seorang manusia yang lebih berguna kepada agama dan dirinya sendiri.
Bersyukur kerana pada usia 46 tahun, Tuhan masih lagi menyayanginya, Malek menghabiskan masa dengan menguruskan lima buah syarikat yang antaranya ialah Sportec's Divemate Sdn. Bhd., KK Design dan Universal Fitness and Leisure (UFL).
"Sekarang saya dah dapat merasai betapa bersihnya jiwa selepas meninggalkan dunia hidup saya yang penuh kemilau suatu ketika dahulu.
"Saya masih teringat peristiwa ketika saya mahu berubah, saya mengadakan pertunjukan bina badan di Hong Kong dengan memakai cawat. Ketika itu saya benar-benar rasa bersalah terhadap diri sendiri.
Selain Malek Noor, Amy (Search) turut diundang menjadi ahli panel rancangan tersebut.
"Apabila menang dalam pertandingan itu dan orang mahu ambil gambar, saya cepat-cepat lari masuk ke bilik," katanya mengimbas kenangan silam.
Malek ditemui semasa rakaman rancangan Selami Jiwa yang dihoskan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah baru-baru ini. Selain Malek Noor, Amy (Search) turut diundang menjadi ahli panel rancangan tersebut.
Ujar Malek, tidak kiralah seseorang itu apa juga agamanya, bukanlah mudah untuk berubah kalau tidak ada kekuatan dan semangat terhadap agama dan Tuhan masing-masing.
Malah akui Malek dia juga amat sukar untuk menjauhkan diri dengan tempat maksiat sehinggalah dia cuba untuk tidak bergaul dengan orang yang selalu mengajaknya untuk berada di tempat-tempat itu.
Menurut Malek, selepas insaf dengan keseronokan dunia yang dilaluinya barulah dia terasa banyak perkara yang ingin dilakukannya tidak kesampaian lebih-lebih lagi hajatnya seperti mahu mencium arwah ibunya sepuas-puas hati.
Dalam pada itu, Malek juga enggan mengejar harta yang dianggapnya tidak dapat dibawa ke mana-mana kerana dia berpendapat harta juga boleh mengubah seseorang menjadi tamak dan bangga diri.
"Dulu pernah sekali saya membeli jam tangan berharga RM140,000 ketika mahu pergi bersyarah di sebuah tempat di Kedah. Bila saya pergi ke tandas, ia tercicir dan saya hanya sedar ketika mahu pulang ke Kuala Lumpur.
"Saya tak kesal jam itu hilang kerana saya anggap ia mungkin bukan rezeki saya. Siapa yang jumpa itu, rezeki dialah," katanya yang pernah membintangi filem Juara dan Ujang sebagai pelakon utama tidak lama dulu.
Sementara itu, walaupun sudah dua kali bercerai, Malek masih lagi mencari seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya.
Bagaimanapun segala-galanya diserahkan kepada Tuhan untuk menentukan jodohnya itu. - mStar |
Putrajaya lubuk maksiat Posted: 17 Oct 2010 07:54 PM PDT PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara 'lubuk' perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.
Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan 'tidak menjaga tepi kain orang' sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.
Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.
Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.
"Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.
"Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan," katanya ketika dihubungi, semalam.
Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.
Oleh itu, katanya, tidak hairan jika kakitangan terbabit dikesan turut menghadapi masalah moral termasuk melakukan maksiat dengan pasangan yang juga kakitangan kerajaan.
Tanpa berselindung, Carlos mengakui sedih dengan sikap penghuni Putrajaya yang tidak mengenali jiran sehingga mengundang kegiatan tidak bermoral di rumah jiran mereka.
Menurutnya, kebanyakan tangkapan khalwat dilakukan selepas pihak berkuasa agama memperoleh maklumat pihak ketiga dan bukan daripada jiran di kawasan berkenaan.
"Sikap ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak sihat kepada suasana bermasyarakat di kawasan berkenaan sehingga 'orang luar' menganggap Putrajaya tempat melakukan maksiat.
"Jadi, bukan satu yang pelik apabila wujudnya gejala maksiat termasuk khalwat membabitkan suami dan isteri orang yang semakin membimbangkan walaupun penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan operasi membanteras gejala itu," katanya.
Carlos berkata, walaupun hampir 99 peratus penghuni di Putrajaya beragama Islam, mereka tidak memiliki semangat kejiranan yang kukuh bagi membantu penguat kuasa Jawi menangani gejala tidak bermoral terbabit.
Malah, katanya, sikap itu semakin memburukkan keadaan apabila premis milik kerajaan itu digunakan pemiliknya untuk melakukan maksiat.
Tanpa berselindung, Carlos berkata, walaupun pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, tetapi kehadiran penghuni amat mengecewakan seolah-olah mereka bukan penghuni di kawasan itu.
"Bukan itu saja, penghuni juga tidak menggunakan surau untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih selesa 'menyembunyikan' diri di dalam rumah dan tidak mempedulikan jiran berhampiran," katanya - metro |
Antara sifat-sifat pemimpin umNO ... mai baca cepat ... hahaha Posted: 17 Oct 2010 05:14 PM PDT KUALA TERENGGANU, : Ketua Umno cawangan di Dun Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawarankuasa Kemajuan dan Kebajikkan Kampung (JKKK)menghadapi pertuduhan menipu bekalan makanan dan minuman majlis berbuka puasa. Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu baru-baru ini.
Tertuduh, 56 hadir di Mahkamah diringi pegawai SPRM dengan memakai baju kemeja berlengan panjang dan berseluar slack hitam.
Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Syafinaz Shabudin di hadapan hakim Mahkamah Sesyen,Tuan Azman Mustapha.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 24 oktober 2005 lalu, di pejabat Daerah Kuala Terengganu, dengan disedari telah memberikan seorang ejen iaitu seorang pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah berkenaan satu dokumen iaitu pesanan kerajaan nombor yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butiran yang palsu.
Iaitu mengenai pembekalan makanan dan minuman untuk juadah majlis berbuka puasa di empat surau iaitu Surau Tok Jamal, Surau Haji Ahmad, Surau Gong Pauh Kiri, Surau Pok Babok pada tahun 2005, yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan oleh tertuduh.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari, tidak lebih dua tahun atau denda 10 kali ganda nilai suapan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Hakim mahkamah menetapkan 9 november depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut dan membenarkan tertuduh melantik peguam serta tertuduh dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjaman. |
KWSP - Jangan jadi tempat sandaran pihak berkuasa bulat-bulat Posted: 17 Oct 2010 04:48 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Okt — Sambil mengakui hakikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh hanya menyimpan caruman 'di bawah bantal', kesatuan sekerja menekankan keperluan "jaringan sekuriti" agar dananya tidak menjadi sandaran pihak berkuasa bulat-bulat, yang trendnya makin ketara belakangan ini. Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja juga tidak menolak senario seolah-olah kerajaan terpaksa bergantung pada dana KWSP, sebagaimana disaksikan dalam Bajet 2011, dan berharap jaringan sekuriti diadakan agar sumber simpanannya tidak digunakan secara sembarangan. Mengulas perkembangan semasa, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, hakikatnya dana KWSP tidak boleh statik tanpa pelaburan jika mahu membayar dividen kepada pencarum, tetapi pelaburan caruman badan berkanun itu juga tidak boleh keterlaluan tanpa kawalan. "Nampaknya begitu... saya tidak pasti dengan kandungan bajet-bajet lalu, tetapi kali ini saya nampak seolah-olah kerajaan banyak bergantung pada dana KWSP," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "KWSP mempunyai peranan kepada pencarum dengan meningkatkan kadar dividen," katanya. - seterusnya |
Detik cemas ditawan perompak Posted: 17 Oct 2010 04:30 PM PDT KUANTAN: "Ketika perompak itu berdiri di hujung katil, saya hanya terbayang akan ditikam, mati atau dirogol," kata Nurul Asmidah Takuki, 20, menceritakan saat mencemaskan apabila rumahnya di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Balok Pine, di sini, dimasuki lima perompak, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seorang daripada lima perompak terbabit dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan sebilah pisau mengopak pintu belakang rumah mangsa sebelum masuk ke satu daripada bilik dalam rumah berkenaan.
Nurul Asmidah berkata, sebelum kejadian, dia tidur lena dalam bilik sebelum terjaga dan terlihat kelibat mencurigakan berdiri di hujung katil.
Menurutnya, sebaik membuka mata, perompak terbabit yang tidak bertopeng menunjukkan pisau sambil memberi isyarat memintanya mendiamkan diri.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan ketakutan melihat wajah bengis perompak terbabit, dia menjerit memanggil ibunya, Noraini Aziz, 44, yang tidur bersama dua lagi adiknya berusia 11 dan 17 tahun di bilik bersebelahan.
"Perompak itu yang terkejut selepas mendengar suara ibu yang menjawab jeritan saya melarikan diri melalui pintu belakang.
"Selepas membuat pemeriksaan, saya mendapati tiga telefon bimbit bersama wang tunai RM20 dan dokumen penting hilang dipercayai dilarikan perompak terbabit mengakibatkan jumlah kerugian semuanya kira-kira RM400," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia tidak pasti bilangan sebenar perompak terbabit dan kenderaan yang dinaiki, tetapi yang jelas hanya seorang masuk ke dalam bilik tidurnya tanpa menutup muka sebelum lintang-pukang melarikan diri ketika ibunya datang ke biliknya.
Nurul Asmidah berkata, dia juga tidak pasti sama ada lima perompak yang ditembak mati polis berhampiran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Indera Mahkota, di sini, pagi semalam mempunyai kaitan dengan kejadian samun di rumahnya.
Bagaimanapun, katanya, seorang pegawai polis datang ke rumahnya dengan menunjukkan gambar seorang daripada perompak terbabit dan dia mendapati wajahnya sama dengan perompak yang masuk ke bilik tidurnya.
"Saya mendapati pintu belakang dikopak perompak terbabit selain hanya memikirkan soal mati atau dirogol ketika berdepan perompak terbabit," kata anak kedua daripada empat beradik.
Bagaimanapun, dia bersyukur tidak dicederakan perompak terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Beserah, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.
Sementara itu, difahamkan kira-kira jam 3 pagi selepas menyamun rumah berkenaan, kelima-lima penyamun dipercayai warga Indonesia itu ditembak mati polis selepas dikejar kira-kira 10 kilometer dari rumah mangsa - myMetro |
Penuntut Syariah sebuah IPT dicekup khalwat Posted: 17 Oct 2010 10:24 AM PDT AMPANG - Sepasang kekasih di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dicekup Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam.
Pasangan tersebut yang masing-masing berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa milik di kondominium tersebut kira-kira pukul 1.00 pagi.
Operasi dijalankan setelah pihak Masjid Al-Azim menerima maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran gadis terbabit di rumah berkenaan dan sekumpulan anggota penguatkuasa yang diketui oleh Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman bergegas di lokasi berkenaan.
Ahmad Nawi berkata, beliau bersama beberapa anggotanya terus memperkenalkan diri sebaik memasuki rumah tersebut. Pihaknya mendapati beberapa remaja lelaki berada di ruang tamu. Pemeriksaan lajut turut dilakukan di salah sebuah bilik di unit kondominium itu mendapati pasangan terbabit berada berdua-duaan di bilik tersebut.
"Remaja lelaki itu telah membuka pintu apabila diketuk oleh anggota saya. Kami mendapati remaja berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala remaja perempuan terbabit pula berpakaian lengkap dan sedang berbaring di atas katil," katanya.
Katanya, berdasarkan siasatan awal kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan suami isteri. Difahamkan alasan yang diberikan oleh gadis itu adalah dia tertidur di dalam bilik berkenaan kerana terpaksa menunggu salah seorang kawan yang telah meminjam motosikal pulang semula ke unit kondominium tersebut.
"Gadis tersebut memberi alasan kehadirannya di unit kondominium itu kerana dia telah memasak lebih makanan kemudian mengambil keputusan untuk menghantar makanan tersebut ke rumah teman lelakinya itu, namun tidak sangka tertidur kerana terpaksa menunggu kepulangan salah seorang kawan yang telah meminjam motosikalnya.
"Teman lelakinya pula mengakui kira-kira hampir sejam gadis berkenaan berada di unit kondominium itu," katanya.
Tambahnya, difahamkan gadis tersebut merupakan penuntut di salah sebuah IPT yang mengambil jurusan Syariah, manakala teman lelakinya mengambil jurusan akuan yang juga menunutut di IPT sama.
"Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah Ampang untuk pihak kami membuat laporan dan seterusnya mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat Jais untuk tindakan lanjut. Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Pada masa yang sama, Operasi Cegah Maksiat bersama-sama Jais yang bermula jam 12.30 malam dan berakhir kira-kira 5 pagi itu turut memberi fokus di beberapa kawasan tumpuan memadu kasih seperti di Bukit Langat, Bukit Permai selian turut memantau beberapa kawasan sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Ampang.
"Hampir 76 remaja yang ditahan di dalam operasi berkenaan yang turut dijalankan di beberapa lokasi berasingan seperti Bukit Langat dan Bukit Permai," katanya.
Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit, dalam masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.
Katanya, tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut.
"Operasi dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, disabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan sama berulang serta ingkar hadir sesi kaunseling tanpa alasan kukuh. Sesi kaunseling dijangka diadakan 24 Oktober ini, saya berharap mereka dapat kerjasama atau berhadapan tindakan tegas Jais," katanya.
Tambahnya, dalam masa sama pihaknya berjaya menahan empat individu, dua didapati minum minumanan yang memabukkan ketika operasi di sekitar Bukit Langat.
"Individu berkenaan telah memohon budi bicara, pihak saya individu terbabit hadir sesi kaunseling. Jika kami dapati dia ditangkap atas perkara sama, kami tidak teragak-agak menyerahkannya kepada Jais untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya. - Sinar |
Renungan Malam : Islam Agama Yang Mudah Posted: 17 Oct 2010 10:06 AM PDT Hadith:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Jikalau tidak menjadi keberatan ke atas umatku, nescaya aku menyuruh mereka bersugi ketika setiap kali sembahyang."
Riwayat at-Tirmidzi
Huraian :
1. Al-sunnah merupakan sumber penting di samping al-Quran dalam pengambilan dasar undang-undang dan petunjuk dalam beribadat.
2. Rasulullah SAW memilih perkara yang lebih mudah untuk umatnya selagi tidak menjadi suatu dosa di sisi Allah sesuai dengan sifat agama Islam itu sendiri yang berpegang pada prinsip ringan, mudah dan kurang membebankan.
3. Dalam masalah ibadat terdapat berbagai kelonggaran yang diberikan (rukhsah) bagi memberi kemudahan untuk orang yang di dalam musafir, sakit atau menghadapi kepayahan (darurat) bergantung pada situasi yang dialami. Hal ini berlaku kerana dengan kemudahan dan keringanan yang diberikan, diharapkan manusia akan terdorong ke arah kebaikan dan akhirnya dapat berpegang teguh dengan ajaran Islam.
4. Setiap hukum dan perundangan yang digariskan di dalam Islam bukanlah untuk menyulitkan manusia tetapi untuk mengawal keselamatan dan menjamin kesempurnaan hidup mereka seluruhnya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
Memo taubat kerja orang jahat Posted: 17 Oct 2010 09:26 AM PDT PENANTI, 17 Okt: Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa menyerahkan memorandum taubat kepada ibu pejabat Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerja orang jahat yang kecewa.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bagi meraikan 105 orang bakal jemaah haji dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, petang tadi.
"Mereka ini adalah orang upahan yang telah diasuh untuk mencemarkan imej baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukanlah perkara baru yang berlaku setelah melihat kekuatan yang ada pada PKR semakin menggugat kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Dakwaan mereka adalah sebagai mengisi kehendak orang atasan bagi memenuhi hasrat mencemarkan Pakatan Rakyat (PR) menjelangnya pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Tidak menghairankan banyak lagi desperado yang akan muncul sepertimana skrip yang telah mereka rancang, " ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Semalam sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Cabang PKR Pulau Pinang dan Perak telah menyerahkan memorandum taubat meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat.
Memorandum satu muka surat itu didakwa telah dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang yang mewakili Pulau Pinang dan Perak.
Namun begitu, Mansor berkata bahawa sebenarnya hanya enam orang sahaja yang mengiringi menghantar memorandum tersebut. Manakala Nor Hilmi Ismail yang mendakwa mewakili 3 cabang PKR adalah anak kepada seorang pegawai khas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
"Mereka ini bukannya ahli PKR dan tindakan ini adalah dipercayai didalangi oleh sebahagian dari mereka yang kalah dan kecewa dalam mencapai hasrat mereka.
"Oleh kerana itu satu siasatan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan keahlian mereka terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan," tambahnya lagi.
Mansor menyangkal dakwaan pihak terbabit dan menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan yang semakin liar cuba direncanakan oleh pihak lawan bagi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
Menurutnya lagi, menjelang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas, maka pelbagai dakwaan akan timbul sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini, termasuklah keluar parti beramai-ramai dan pengakuan sumpah palsu yang sudah menjadi lumrah dan mainan Umno BN. [HD] |
5 ditembak mati di Kuantan Posted: 17 Oct 2010 06:44 AM PDT Polis Tembak Mati Lima Lelaki Di Kuantan KUANTAN: Polis menembak mati lima lelaki dipercayai warga asing di Indera Mahkota di sini selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun, awal pagi Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ACP T. Narenasagaran berkata sebelum kejadian kesemua lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun membabitkan empat sekeluarga di Balok Baru dekat sini pada 3.30 pagi tadi.
Beliau berkata mangsa telah diikat namun salah seorang anak mangsa yang ketakutan telah menjerit menyebabkan penjenayah melarikan diri bersama telefon bimbit, kad ATM, barang kemas dan wang tunai.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis yang sedang membuat rondaan telah terserempak dengan sebuah motokar di jalan Kuantan By Pass yang dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Katanya, polis cuba menahan kenderaan terbabit namun ia terus memecut laju.
Narenasagaran berkata polis kemudian berjaya menghalang kenderaan terbabit di jalan masuk bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Indera Mahkota.
"Anggota terbabit telah memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan penjenayah berkenaan menyerah diri," katanya.
Bagaimanapun katanya penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan sabit terus melibas dan menyerang anggota polis.
"Bagi mempertahankan diri, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan kelima-lima penjenayah mati di tempat kejadian," katanya.
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kesemua penjenayah, kata beliau.
Polis katanya turut menemui semula barangan yang disamun daripada mangsa di dalam kenderaan penjenayah terbabit yang dipercayai dicuri di Cheras pada 2005.
Katanya dengan tertumpasnya kesemua lelaki terbabit, polis percaya berjaya menyelesaikan sembilan kes samun iaitu lima di daerah Maran, masing-masing satu di Bera, Pekan, Temerloh dan Kuantan.
Sementara itu, mangsa Noraini Aziz, 44, ketika ditemui berkata anak perempuannya berumur 20 tahun yang sedang tidur terjaga selepas menyedari seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam biliknya.
"Anak perempuan saya yang terkejut terus menjerit memanggil saya sebelum lelaki berkenaan mengeluarkan pisau dan menunjukkan isyarat diam," katanya.
Bagaimanapun, lelaki terbabit dan rakan-rakannya terus melarikan diri selepas jeritan itu bersama barangan yang disamun termasuk wang tunai RM20 dan tiga telefon bimbit.
Katanya dia turut mendapati terdapat beberapa pasang selipar yang bukan milik keluarga mereka di bahagian belakang rumahnya. BERNAMA
|
Lagi projek pelingkup duit rakyat ... Posted: 17 Oct 2010 06:08 AM PDT MS: hahaha ... kalau dulu bawa pi roti canai, kali ni nak bawa apa pula? Nasi lemak? Tosei? Lemang dengan rendang? Asam pedas Melaka? Jangan lah asyik duk fikir macamana nak perabih duit rakyat saja dan pada masa yang sama kembongkan poket korang ... rakyat lantak lah, pandai lah nak idup Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan meneruskan program angkasawan kedua negara ke angkasa lepas jika mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata timbalan menterinya Datuk Fadillah Yusof.
Beliau berkata ketika ini tumpuan lebih kepada 12 projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan dalam RMK-10 tidak ada peruntukan yang spesifik diberikan dalam program angkasawan kedua negara.
"Harap program angkasawan kedua negara dapat diteruskan dalam tempoh lima tahun (dalam RMK-10), bergantung kepada peruntukan kewangan dan kita harap mendapat pendapatan lebih baik selepas pelaksanaan 12 NKEA," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen promosi Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak di Tebingan Kuching, di Kuching hari ini.
Sebelum ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas tahun 2007.
Doktor bedah ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan telah menyempurnakan dua uji kaji berkaitan penghabluran protein yang membawa kepada aplikasi paten dan cap dagang.
Selain Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan kedua Mejar Dr Faiz Khalid juga pernah menerima latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia selama 12 bulan.
Dr Faiz yang masih bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipinjamkan kepada MOSTI sejak program angkasawan itu dimulakan.
Pada 2003, kerajaan Malaysia menandatangani kontrak untuk memperoleh 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dari Rusia melalui pakej bernilai kira-kira US$900 juta dan sebagai balasan, Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan.
Program angkasawan pertama Malaysia diumumkan oleh mantan Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2003 dan lebih 11,000 calon memohon untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia.
--Bernama |
PRK Galas : "Projek dah lama diluluskan, kebetulan pula ADUNnya meninggal ..." hahaha cakap2 yg dah selalu kita dengar Posted: 17 Oct 2010 05:24 AM PDT ... jadi para pengundi DUN Galas fikir lah sendiri apa yang dijelaskan oleh Ku Li Jumaat lalu
"Jumaat lepas, Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas ketika melawat Kampung Baru, Gua Musang berkata kerajaan telah menilai keperluan rakyat di situ apabila meluluskan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta" Kalau dah lama diluluskan kenapa baru sekarang nak dilaksanakan? Alahai bro Tapa, rakyat dah muak dah nak dengar, dah lali, dah meluat dengan kata-kata "dah lama diluluskan, kebetulan ADUN pula meninggal ... " Cari lah idea lain pula kalau nak tipu pengundi pun. Kerja korang ni tak ada lain asyik-asyik nak tipu rakyat, nak bodohkan rakyat.
Mustapa Mohamed: Projek di Galas bukan segera Dakwaan PAS bahawa Umno telah membuat janji 'projek segera' di Galas adalah tidak benar kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini sudah lama diluluskan kerajaan pusat.
Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata PAS seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum menuduh Umno sudah mula memancing undi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut. [memang dah macam tu dah selalu pun Tapa ai. Bila ada PRK saja, ha ada la projek yang dah lama diluluskan ... kebetulan ADUN meninggal ... cuba ADUN masih lagi sihat walafiat. mampuih hangpa nak laksanakan projek tersebut ... ]
"Tunggulah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai projek perumahan itu di Galas pada 24 Okt ini. Tidak semua yang kita umumkan itu adalah segera dan mungkin apa yang kita umumkan itu sudah lama dalam perancangan atau sudah diluluskan. [sapa yang nak umumkan tak jadi hal, tapi yang pasti ini adalah projek MEE SEGERA, .. ]
"Apa yang PAS buat sebab dia tak ada isu dan rakyat perlu faham mengenai perkara itu," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini. [sebab pas tak nak jadi PEMBOHONG PENIPU PEMBELIT macam hangpa dalam umNO tu]
Beliau yang sebelum itu mengadakan dialog bersama lebih 30 pekilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa mengulas dakwaan PAS bahawa Umno kini mula membeli undi pemilih DUN Galas dengan mengumumkan 'projek segera'.
Jumaat lepas, Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas ketika melawat Kampung Baru, Gua Musang berkata kerajaan telah menilai keperluan rakyat di situ apabila meluluskan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta.
Tengku Razaleigh ketika memaklumkan mengenai projek berkata ia sebenarnya sudah lama diluluskan kerajaan pusat dan secara kebetulan berlaku kematian anggota DUN Galas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Mengulas isu berkaitan, Mustapa juga meminta PAS agar tidak membuat dakwaan kononnya kerajaan pusat tidak menunaikan janji sewaktu berkempen pada pilihan raya kecil Manik Urai, Julai tahun lepas.
"Kalau guna isu Manik Urai mengenai perkara itu adalah tidak betul dan berkempenlah jangan mengikut emosi," katanya. [memang hangpa tak pernah tunai janji bukan saja di Manik Urai ... hahaha]
Penamaan calon untuk DUN itu ditetapkan pada 26 Okt dan tarikh pengundian pada 4 Nov ini.
--Bernama |