Khamis, 14 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gambar sekitar Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz & Ijtimak Al-Huffaz Pulau Pinang 2010

Posted: 14 Oct 2010 07:27 PM PDT

Kerajaan PP bawah Lim Guan Eng iktiraf tahfiz al-Quran..

Program:
Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz & Ijtimak Al-Huffaz Pulau Pinang 2010
Tarikh: 11 oktober 2010 (Isnin)
Lokasi: Dewan Sri Pinang
































Artikel berkaitan:
- 'Satu keluarga, satu Huffaz' - Kerajaan Negeri P.Pinang iktiraf penghafaz al Quran
- Hafiz Quran lahirkan insan yang berintigriti, harmoni dan dinamik - Lim Guan Eng..(video inside)
- Apabila wakil rakyat bukan Islam (Pakatan Rakyat) menyantuni umat Islam...

Krisis Umno Kedah makin meruncing: Ketua Pemuda Umno Kedah didesak letak jawatan

Posted: 14 Oct 2010 05:12 PM PDT



Ketua Pemuda Umno Kedah didesak letak jawatan

ALOR SETAR, 14 Okt – Sekumpulan individu, yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Kedah, mendesak Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim meletak jawatan kerana didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik untuk menangani beberapa isu dan mendekati pengundi muda atas pagar.

Pengerusi badan itu Sobri Sudin berkata desakan itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Badrolhisham yang gagal mengemudi pergerakan pemuda dengan berkesan.

"Kalau betul nak menang dalam pilihan raya akan datang, mereka (Pemuda Umno) kena buat kerja betul-betul. Kita mahu mereka semua bergerak di semua bahagian. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak buat kerja," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum supaya Badrolhisham meletakkan jawatan kepada Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah Tahir Md Zain.

Sobri berkata badan bertindak itu turut mendesak Badrolhisham memilih sama ada mahu memegang jawatan Setiausaha Umno Bahagian Padang Terap atau Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri kerana mereka mahukan perhatian serius diberikan kepada pergerakan pemuda untuk meningkatkan momentum aktiviti.

"Kita mahu Pemuda dan Umno melaksanakan segera usaha secara besar-besaran untuk memulih, menggembleng dan meningkatkan semangat serta gerak kerja di semua bahagian untuk menjadi kumpulan pendesak lebih ramai bagi menentang dakyah PAS dan parti pakatan di Kedah," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat berkata Pemuda Umno negeri menolak memorandum badan bertindak itu.

"Pemuda Umno berada di landasan yang baik untuk memimpin Kedah. Ini hanya satu permainan yang hanya diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata sepatutnya badan bertindak berjumpa terus dan berbincang dengan pihak pengurusan secara baik, bukannya dengan cara menghantar memorandum seperti hari ini. – Bernama

Berita terdahulu....

Sebelas AJK Pemuda Umno Bahagian Alor Setar Letak Jawatan

ALOR SETAR: 11 ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Alor Setar meletak jawatan berkuat kuasa 7 Ogos lepas dengan alasan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian kerana meminggirkan peranan pergerakan itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mereka terdiri penolong setiausaha, Mohd Azreen Azizan, selain Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Elias Haron, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira bin Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Ros Mahadi Hashim, Che Nat Said dan Mohd Shaharudin Manaf.

"Kami tidak mahu mengkhianati parti dan atas sebab ini kami merasakan tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab dan sewajarnya kami meletak jawatan bagi membolehkan AJK baru dilantik," kata Mohd Azreen kepada pemberita.

Beliau menafikan kenyataan Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mendakwa tidak mengetahui punca sebenar peletakan jawatan mereka.

Katanya mereka telah beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah, tetapi perkara yang dibangkitkan tidak pernah selesai.

Mohd Azreen berkata mereka telah menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat Umno pada 10 Ogos lepas dan salinan kepada kepada Umno negeri.

Katanya mereka akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

Artikel terdahulu:
- GEMPAR Kedah! Demontrasi depan bangunan Ibu Pejabat Umno Kedah esok!

Gambar sekitar demo bantah konsert artis gay (Adam Lambert) 'lulusan' kerajaan Umno/BN..

Posted: 14 Oct 2010 10:48 AM PDT



































Oleh: Pria Malaya

Nampaknya kerajaan Umno langsung tidak peka sensitiviti umat Islam..dalam keadaan negara meruncing dgn masalah akhlak dan moral sehingga terpaksa diwujudkan sekolah anak luar nikah di Melaka, konsert haram ini terus dibenarkan tanpa sekelumit nada kesal terhadap apa yg berlaku..

Penulis bersetuju dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yg mempertikaikan tindak tanduk 40 ulamak Umno yg dilihat bias dan seolah-olah membela kerajaan (baca di SINI)..memang jelas kalian adalah 'ulamak bisu'..jika DAP yg tak paham Islam melakukan perbuatan menyalahi Islam, disergah dan dimarahinya..tetapi Umno yg jelas Islam melanggar hukum Islam, kalin senyap membisu..sungguh hipokrit perjuangan kalian!

Penulis sebenarnya mahu sahaja menerbitkan artikel 'mengajar' dan 'membalun' cukup2 geng '40 ulamak muda' Umno sebelum ini, namun penulis tangguhkan dahulu niat penulis..penulis cuba bersangka baik, 40 ulamak muda Umno ini mungkin sedang berusaha menasihat dan memperngaruhi kerajaan supaya membatalkan konsert ini, namun bukan setakat langsung tiada kenyataan rasmi dibuat, malah konsert ini dibiarkan berjalan tanpa sebarang suara kesal dan marah terhadap apa yg berlaku..

Akhir kalam, sebelum korang tengok gambar2 di bawah, sila lihat dua link di bawah sbg info tambahan:
- Anak Mahathir sokong gejala homoseksual (gay/les) atas dasar hak individu
- Kenali Siapa artis gay Adam Ambart (video inside)

Semoga Allah membebaskan Malaysia dari bala dan bencana akibat kerosakan yg dibuat oleh hamba2-Nya..semoga Allah mengampuni kita...wallahua'lam..


Konsert 'gay': PAS, siswa berhimpun di stadium

Kira-kira 200 anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam malam ini antara yang hadir ke konsert artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert.

Bagaimanapun, kehadiran mereka bukan untuk berpesta, sebaliknya bagi menyatakan bantahan terhadap artis tersebut, antaranya dengan mengoyak dan memijak poster artis American Idol itu.

Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.

Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaam.

Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert".

Kehadiran mereka disambut kira-kira 30 anggota FRU yang mengawal sekitar pintu masuk bagi mengelakkan kumpulan tersebut menyerbu ke dalam stadium.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku apabila mereka mematuhi arahan polis yang tidak membenarkan sebarang poster dan kain rentang dipamerkan terlalu hampir dengan stadium berkenaan.- MK

Tarik 'datuk' Ibrahim Ali: Akhirnya PERKASA panas punggung, tuntut istana beri penjelasan..

Posted: 14 Oct 2010 08:50 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Semalam bukan main penyokong Umno memuji2 Ibrahim Ali dan pemimpin PERKASA kononnya menerima keputusan istana dgn hati yang berbuka..tidak mempertikai dan mempersoalkannya...

Kononnya nk tunjuk mereka hormat keputusan istana, tidak akan sesekali menyanggah keputusan istana, tidak seperti pembangkang katanya dan bla bla bla..(nak cover sebenarnya..)..

Nampaknya hari ni, pemimpin NGO rasis PERKASA mula bersuara, mungkin 'panas punggung' tak tahan..korang fikir lah, encik ibrahim Ali berdegar2 'perjuang'kan MELAYU, akhirnya tidak diiktiraf kesultanan MELAYU..memang pedih dan memalukan!!..

Atau mungkin kerana malu dengan senyuman sinis para pemimpin MCA dan GERAKAN yg sebelum ini asyik menghentam PERKASA, hari ni mereka boleh menarik nafas lega...berani sungguh mereka hentam PERKASA sehingga orang Umno pun takut nk ambil tindakan (baca kat SINI)..

Akhir kalam..bagi penulis, nampaknya PERKASA tidak lagi segah dahulu..jika pun mereka bersuara, suara mereka umpama harimau yg tidak bertaring..wallahua'lam...


Perkasa mahu penjelasan Istana Kelantan lucut gelaran 'Datuk' ketuanya

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.

Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

"Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.

"Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan.

"Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana.

"Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu.

"Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau," katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini.

Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa "Datuk", yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam.

Ibrahim semalam berkata keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan.

"Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya," katanya lagi.

"Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.

"Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik," katanya.

Dalam sidang media tersebut Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata, pertubuhan Melayu itu akan mengadakan program "Perhimpunan Perpaduan Malaysia Indonesia" Sabtu ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Program yang dijangk akan disertai kira-kira 2,000 orang itu akan bermula pada pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang.

"Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk menunjukan kepada dunia bahawa kita rakyat Malaysia mementingkan hubungan murni yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

"Kita mahu menafikan segala provokasi dan demonstrasi yang mengatakan kononnya kerajaan Malaysia menindas warga Indonesia yang berhijrah di sini.

"Jadi Perkasa terasa terpanggil untuk mengadakan perhimpunan ini bagi menepis segala tuduhan negatif yang dilemparkan kepada kita," kata Ruslan. - TMI

Artikel berkaitan:
- Akibat biadap dan 'khianat': Istana Kelantan lucut gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali..

Video Sketsa 1Galas: Mujurlah ada Pilihan Raya Kecil...

Posted: 14 Oct 2010 07:44 AM PDT

Syabas Kedah: Isu air Kedah punca Umno Kedah semakin bergolak!

Posted: 14 Oct 2010 03:44 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Mengikut tafsiran cetek cybertoopers dan penyokong Umno, isu air Kedah bakal menhuru-harakan Kerajaan Negeri Kedah..cukup isu air ini, kerajaan Kedah bakal bergolak dan berpecah seterusnya menempa kekalahan pada PRU akan datang.....

Namun ternyata percaturan mereka silap...sebenarnya, cukup dengan isu air ini, Umno Kedah semakin bergolak dan berantakan..sungguh malu dan 'mengharukan'...

Mari kita lihat imbas kembali peristiwa2 pergolakan dan pergaduhan antara dua puak dlm Umno Kedah yang terlalu sukar untuk diredakan...


- Umno semakin menuju kehancuran: Umno PJ berpecah, Umno Kedah berbalah!
- Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah!
- Blogger Umno akui Umno kedah lemah: Gesa Mahdzir Khalid undur, sokong Mukhriz
- Krisis Umno Kedah berjangkit pada sayap Puteri

Ternyata, usaha blogger2 Umno yg begitu galak memanaskan isu ini dgn harapan rakyat membenci PR gagal sama sekali..sedangkan pemimpin atasannya di Kedah sedang sibuk berperang sesama sendiri demi kuasa dan pangkat dunia...lain yang diharap, lain yang terjadi..inilah bahana apabila hati begitu hasad dan busuk terhadap kerajaan negeri..

Syabas pada kerajaan pentadbiran negeri Kedah...bersikap tenang dan terus membuat kerja demi rakyatnya sehingga perlaburan melimpah2 ke negeri jelapang padi ini..tahniah penulis ucapkan...wallahua'lam..


Ketua Pemuda UMNO Kedah 'Sound' Adun Kuala Nerang

Syed Sobri usah lupa diri: Badrol

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diingatkan supaya sedar diri bahawa beliau mewakili Barisan Nasional (BN) dan tidak seharusnya berlagak seperti wakil rakyat Bebas.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, Syed Sobri jangan berasa dirinya seperti Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas daripada Bebas beliau menang atas tiket BN, masih ahli UMNO malah memegang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap.

"Saya harap beliau sedar tentang semua itu. Saya tidak faham mengapa Syed Sobri mengkritik saya secara terang-terangan menerusi memandangkan saya tidak mempunyai masalah dengannya selama ini," kata Badrol yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap.

Badrol berkata, Syed Sobri tidak seharusnya menuduh beliau mencari populariti secara murahan apabila mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan jika masih gagal menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

"Saya sampaikan suara akar umbi yang semakin tersepit dengan kenaikan tarif air yang tinggi. Syed Sobri sendiri sedia maklum masalah air di kawasan DUN beliau agak serius. Jadi, takkan beliau hendak biar penduduk kawasannya menjadi mangsa kegagalan Kerajaan Negeri?" katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam kenyataan disiarkan di muka depan Sinar Harian 10 Oktober lalu, Syed Sobri mengkritik Badrol sebagai pemimpin politik yang sekadar mencari populariti murahan selepas Ketua Pemuda UMNO itu mendesak Azizan meletak jawatan.

"Walaupun beliau mengkritik saya, rakan separtinya secara terbuka, saya tidak terkejut kerana itulah sikap beliau yang sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan kontroversi berkaitan parti.

"Tindakan itu seolah-olah hendak tunjuk beliau kononnya bersikap neutral dan bersedia menegakkan kebenaran dengan membidas mana-mana pihak yang dirasakan tidak betul. Syed Sobri kena ingat, kerusi yang diwakilinya itu adalah atas tiket UMNO dan BN," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada mendengar tindakan Syed Sobri mungkin disebabkan ura-ura namanya tidak akan disenaraikan lagi sebagai calon pada pilihan raya akan datang dan antara yang disebut-sebut akan menggantikan tempatnya adalah dirinya sendiri, Badrol berkata: "Itu saya tak tahu... pilihan raya pun lambat lagi."

"Jika benar sekalipun, beliau tidak harus rasa tergugat dengan rakan separti, sebaliknya bekerja keras untuk rakyat dan parti. Dengan itu, barulah parti tiada alasan untuk menggugurkan namanya," katanya.

Artikel berkaitan:
- Isu air Kedah: ADUN Umno pun sokong MB Kedah, penyokong totok Umno terkedu tak boleh buat isu..
- Air naik di Kedah, BN pula terpaksa bela diri (Kedahlanie)
- Fakta Penting Isu Tarif Air Kedah (Kedahlanie)

p/s: sekadar gambar hiasan..

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TIMB PRES PKR - NURUL IZZAH MESTI KENAL SIAPA YANG BERSAMANYA KETIKA SUSAH DAN SENANG

Posted: 14 Oct 2010 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APA komen DS Anwar terhadap pencalonan dan kemungkinan YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR? Malaysiakini memetik kenyataan Ketua Umum PKR itu, "Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini." (Malaysiakini).

Amat berhemat sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Anwar selaku Ketua Umum PKR lebih-lebih lagi sebagai seorang ayah kepada anak sulungnya itu. Kenyataan yang penuh erti dan nasihat dari seorang tokoh yang begitu banyak bergelumang dengan sepak terajang politik sehinggakan mahu di`hapus'kan terus dari dunia ini oleh musuh politiknya. Kita yakin, YB Nurul Izzah sudah kenal siapa yang benar-benar menyokongnya, siapa yang sanggup merasa susah dan derita bersama beliau dan keluarganya tatkala bermulanya episod kezaliman terhadap ayahandanya itu.

Beliau tidak boleh melihat orang-orang yang menyokong kuat beliau waktu sekarang sahaja kerana sudah menjadi kelaziman diwaktu senang, memang ramai teman. Kita khuatir beliau akan `berpencak' dengan orang yang dahulunya sanggup `menangis' bersama beliau, hanya kerana `hasutan' ataupun `sokongan' dari mereka yang tidak pernah merasa susah bersama beliau dahulu. Amatlah dukacita jika YB Nurul Izzah sanggup `berpencak' dengan YB Azmin Ali semata-mata sokongan dari Dato Zaid Ibrahim ataupun `musuh' politik YB Azmin. Sekiranya YB Nurul Izzah tidak rela menyokong YB Azmin, paling tidak pun beliau tidak perlu memasuki gelanggang untuk `menyingsing lengan' menentang YB Azmin. Biarlah orang lain yang mencuba kehebatan YB Azmin, bukannya YB Nurul Izzah.

Risikonya bukan sedikit di dalam `pertarungan' itu nanti. Samada YB Azmin menang, ataupun YB Nurul Izzah menang sekalipun kedua-duanya pasti mengalami sedikit `luka dan tercedera'. Luka di tubuh boleh dilihat, luka dihati siapa yang tahu. Kita bersimpati sekiranya kedua-dua mereka `terluka' akibat `pertarungan' ini kerana mereka adalah pejuang kita yang sama-sama bersusah payah sejak dari era reformasi. Mungkin YB Azmin tidak memerlukan ucapan terima kasih dari YB Nurul Izzah kerana pengorbanan beliau sehingga terseksa di bawah ISA semata-mata untuk menyelamatkan bapanya dari difitnah. Adakah politik dengan nama demokrasi boleh menghilangkan semua perasaan terhadap orang lain?

YB Azmin tidak mengikut jejak Ezam sesumpah yang akhirnya menjadi pengkhianat. Beliau juga mengalah sebanyak dua kali sebelum ini untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kerana menghormati Dr Syed Hussin Ali sebagai orang lama. Beliau tidak belot kepada parti walaupun beliau tidak dipilih oleh DS Anwar menjadi MB Selangor. Saya percaya YB Nurul Izzah tentu boleh melakukan seperti itu apatah lagi usianya yang terlalu muda serta mempunyai masa depan yang amat cerah.

Nasihat dari ayahandanya hendaklah difikir semasak-masaknya oleh YB Nurul Izzah. DS Anwar mungkin tidak mahu anaknya menjadi mangsa atau `jambatan' oleh orang yang mempunyai kepentingan diri. Orang yang mempunyai kepentingan diri ini salah satu sikapnya adalah sering berjanji tetapi sering berdolak-dalik di dalam janjinya./wfauzdin.blogspot.com

LIWAT II - ADA KESAN AIR MANI, BERMAKNA ADA TUSUKAN. TIADA KESAN CEDERA, MUNGKIN TIDAK MELAWAN, TIADA PERGELUTAN

Posted: 14 Oct 2010 06:00 PM PDT

LAPORAN LANGSUNG

9:41am Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya.

9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media.

"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.

"Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan," kata Karpal.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan.

Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu.

Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng.

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.

Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.

Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.

"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa," katanya.

"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen."

Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom."

Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan.

10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.

Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.

10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan.

Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya.

10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.

Mahkamah berehat seketika.

11.13am: Giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan - Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya.

11.19am: Dr Khairul Nizam, 40 berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008.

Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam.

11.23am: Dr Khairul berkata dia ditugaskan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Saiful, manakala Dr Razali pula memeriksa bahagian sekitar dubur mangsa.

"Dr Siew bertanggungjawab mengambil sampel. Saya juga diberi tugas untuk mendapatkan latar belakang mangsa."

11.27am: Menurut Dr Khairul, beliau kemudiannya menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh ke atas Saiful. Beliau bermula daripada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian khaki.

Beliau mendapati ada kesan parut lama di bahagian belakang mangsa dan mengukur serta mencatatkannya.

11.32am: Dr Khairul juga berkata beliau mengambil sampel air ludah dari bahagian kiri dan kanan puting, areola, sampel air mani dari mulut dan contoh darah.

Katanya, semua spesimen diambil dan dikedapkan oleh Dr Siew.

11.44am: Saksi itu berkata berdasarkan adanya air mani lelaki di kawasan peri-anal dan bahagian bawah serta atas dubur, maka tusukkan zakar memang berlaku.

Menurut Dr Khairul ada kemungkinan tiada kesan kecederaan di kawasan dubur meskipun berlakunya tusukan.

Ditanya apakah perkara yang memungkinkan tiada kesan kecederaan, doktor itu berkata ia bergantung kepada jangka masa mangsa diperiksa oleh doktor setelah diliwat, tiada halangan atau pergelutan dan juga bergantung kepada penggunaan pelincir.

11.52am: Dr Khairul selesai memberi keterangannya dan peguam Karpal Singh sekali lagi menegaskan beliau ada hak untuk menyoal-balas saksi itu pada kemudian hari perbicaraan nanti.

Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 25 Oktober ini untuk bersambung semula./Malaysiakini

TIMB PRES PKR - SIAPA DI SEBELAH DATO ZAID?

Posted: 14 Oct 2010 01:35 PM PDT

Memilih antara yang kurang buruk

Meskipun PKR dilihat sebagai "parti harapan masa depan", namun pemilihan parti ini agak mengecewakan pada peringkat awal, khususnya jawatan Timbalan Presiden. Ini kerana pertandingan ini disarat dengan serangan peribadi, dan tidak menampilkan perdebatan halatuju atau dasar. Malah, terdapat anggota partinya yang mengeluh bahawa ia bagaikan pemilihan antara dua biji epal yang busuk, bezanya hanya yang busuk dengan yang kurang busuk.

Ia sememangnya membosankan. Zaid Ibrahim asyik dengan kritikannya yang menghala ke arah pemimpin partinya. Bermula dengan kenyataan untuk memberi laluan kepada Khalid Ibrahim seandainya beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, kemudian kenyataan itu ditarik balik. Tidak cukup dengan itu, malah Zaid dengan sinis mendakwa bilangan pencalonan Khalid lebih kurang berbanding pencalonan yang diperolehi dirinya. Belum lagi babak ini melabuh tirai, Zaid pula menyatakan sokongan agar Nurul Izzah Anwar bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Pada hakikatnya, Zaid mencungkil saraf anggota partinya apabila menerima satu wawancara bersama Mingguan Malaysia. Seandainya diteliti, mereka yang berada di kem Zaid sebenarnya orang yang tidak berpuas hati dengan Azmin Ali, misalnya Jeffrey Kitingan yang tidak berpuas hati kerana pelantikan Tamrin Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah; ahli parlimen Padang Serai N. Gopalakrishnan dan sebagainya.

Dan kita tidak lupa puak "korporat", termasuk Soh Chee Wen, yang seketika dahulu rapat dengan bekas Presiden MCA Ling Liong Sik. Kebetulan bekas Pengarah Komunikasi, Jonson Chong telah menyatakan sokongannya terhadap Zaid, dan sudi membantu Zaid untuk berkempen. Zaid pernah mengeluarkan kenyataan untuk membela Soh Chee Wen, yang disifatkannya rapat dengan Anwar Ibrahim seketika dahulu. Apabila tindak-tanduk ini dikaitkan bersama, ia akan memberi persepsi bahawa wujudnya kerjasama yang terjalin antara kedua-dua puak ini.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, ketika mengulas nama Soh Chee Wen (gambar kanan), Syed Husin Ali memberi bayangan, "Baca Free Malaysia Today, kaji siapa di belakangnya... Adakah ia menganggap parti sebagai kawan, atau lawan?"

Zaid dijangka meraih sokongan daripada kelas menengah dan penduduk bandar. Mereka memberi penghormatan kepada Zaid Ibrahim yang meletak jawatan Menteri Jabatan Perdana Menteri ketika kerajaan Barisan Nasional menangkap wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008.

Namun demikian, Zaid Ibrahim yang pada mulanya mendapat sokongan mereka yang tidak suka Azmin Ali, dikatakan kehilangan sokongan itu setelah menunjukkan sikap yang dianggap terlalu angkuh. Malah, sesetengah anggota yang sedar sikap Soh Chee Wen, juga dipercayai tidak lagi menaruh harapan kepadanya./Merdeka Review

BIMBANG JIKA BENAR-BENAR RAJA KATAK TERKENTUT SELEPAS INI

Posted: 14 Oct 2010 10:49 AM PDT

Oleh: Mandor

RAJA Katak, Berahim Ali punyai alasan mengapa dia lewat bangun bertafakur sewaktu Palimen menghormati seorang ahlinya yang meninggal dunia baru-baru ini. Beliau lewat bangun kerana penyakit dalam tubuh badannya seperti kencing manis dan ada lagi penyakit lain. Kira ada jugalah alasan beliau walaupun semua tahu siapa raja katak dan perangainya itu.

Ketika menghadiri majlis pertubuhan yang sinonim dengan nama Perkosa, apatah lagi hadir bersama di majlis tersebut seorang tua dari Kubang Pasu yang dipujanya tiada pula raja katak merungut tidak boleh berdiri lama akibat kencing manis. Bahkan, beliau dengan gagah bagaikan Hang Tuah mengucup keris telanjang di perhimpunan tersebut. Kali ini, beliau merungut kerana kencing manis pula.

Raja katak begitu marah kerana hal remeh seperti itu diperbesarkan. Beliau berkata, jika beliau terkentut pun tentu Parlimen akan `gempar' membicarakannya. Memanglah, siapa yang tidak gempar jika raja katak terkentut? Bayangkan, jika suara yang keluar dari mulut raja katak pun bukan main lagi busuknya, apatah lagi sesuatu yang keluar dari lubang belakangnya. Justeru itu, kita amat bimbang jika benar-benar raja katak terkentut nanti./mandor.blogspot.com

KES ANWAR - PESURUHJAYA SUMPAH PUN DIPAKSA ?

Posted: 14 Oct 2010 10:12 AM PDT

'Wee patut beritahu polis Rahimi tak dipaksa'
Hazlan Zakaria
Okt 14, 10

Jika dipanggil, peguam PKR Saiful Izham Ramli meminta ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong memberitahu "perkara sebenar" bahawa Rahimi Osman - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak dipaksa membuat akuan bersumpah.

Saiful Izham yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR berkata, Wee tidak pernah diminta menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi sebaliknya dia didakwa menawarkan diri sendiri bagi tujuan itu.

Menurut Saiful Izham (kiri) juga, pihaknya tidak mahu Wee di kemudian hari mungkin mendakwa beliau juga dipaksa menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi.

"Mungkin dia ada sesuatu hendak disembunyikan," kata Saiful Izham dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya awal petang tadi.

Semalam, Wee enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi tidak dipaksa atau dikurung.

Wee berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008.

Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu./Malaysiakini

TIMB PRES PKR - SELAMAT BERTANDING IZZAH, KE MANA HALUAN DATO ZAID ?

Posted: 14 Oct 2010 04:12 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA tuah menyebelahi YB Nurul Izzah apabila beliau disahkan layak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Sebelum ini, dikatakan pencalonan beliau untuk jawatan tersebut tidak memenuhi syarat 2 pencalonan setelah tarikh tutup pencalonan, tetapi tidak diketahui kaedah yang diguna pakai atau sememangnya YB Nurul Izzah memang layak bertanding. Apa pun, selamat bertanding buat YB Nurul Izzah sekiranya beliau tetap mahu bersaing untuk jawatan tersebut.

Apabila parti memberi kebenaran dan inilah yang diharapkan oleh beberapa ahli di dalam PKR, maka tiada sebab lagi untuk menyalahkan parti atau menimbulkan soal konspirasi untuk melarang YB Nurul Izzah bertanding. Saya berharap parti telah melaksanakan keadilan di dalam pemilihan kali ini walaupun beberapa aspek teknikal masih dipertikaikan. Memang sesuatu yang baru akan menghadapi beberapa masalah di dalam perlaksanaannya. Apa yang penting, prinsip keadilan dan ketelusan dapat dipraktikkan sebaik mungkin.

YB Nurul Izzah sekarang ini pasti sedang menimbang samada bijak atau tidak untuk beliau menawarkan diri bertanding kerusi nombor dua di dalam PKR itu. Setakat ini pencalonan untuk beliau bagi jawatan tersebut paling minima jika dibandingkan dengan calon-calon lain. Jika diukur dari pencalonan, lebih bijak dan praktikal YB Nurul Izzah mencuba merebut jawatan Naib Presiden PKR. Jika beliau bersetuju untuk merebut jawatan Naib Presiden, laluan untuk beliau juga agak samar kerana wakil calon wanita sudah bersedia menanti iaitu YB Fuziah Salleh. Dikatakan sokongan untuk MP Kuantan itu tidak boleh dipandang mudah. Adakah PKR perlu kepada 2 tokoh wanita menduduki kerusi Naib Presiden?

Samada YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden atau Naib Presiden, tentunya memberi kesan ke atas pencalonan terhadap Dato Zaid Ibrahim. Apakah jawatan yang ingin ditandingi oleh Dato Zaid Ibrahim mungkin tertakluk kepada pendirian YB Nurul Izzah selepas ini. Ada yang berpendapat, penyokong-penyokong Dato Zaid akan memberikan sokongan padu kepada YB Nurul Izzah walau apa jua jawatan yang ingin disandangnya. Tetapi, belum tentu penyokong-penyokong YB Nurul Izzah akan menyokong Dato Zaid sekiranya Dato Zaid bertanding di dalam pemilihan kali ini./wfauzdin.blogspot.com

PKR YANG BERKUBUR ATAU RAJA KATAK YANG BERKUBUR?

Posted: 14 Oct 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

IBRAHIM Ali menjadi `Nujum Pak Belalang' kali ini. Raja katak Pasir Mas ini meramalkan PKR akan hidup kali terakhir di dalam PRU ke 13 nanti, selepas itu PKR lenyap katanya. Kita sudah biasa dengan ramalan seperti itu. Sebelum PRU ke 12 dulu, Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas PRU ke 12 memandangkan ketika itu wakil PKR di dalam Parlimen cuma tinggal seorang sahaja iaitu DS Wan Azizah. Tetapi sebaliknya berlaku, yang banyak mendirikan `batu nisan' adalah Umno, lebih-lebih lagi yang tidak disangka adalah dari MCA, MIC dan Gerakan.

Biarlah raja katak meramalkan begitu. Cuma nanti kita lihat samada yang berkubur di dalam PRU Ke 13 nanti adalah PKR atau raja katak Pasir Mas. Sebenarnya, raja katak Pasir Mas sudah boleh dikuburkan lebih awal tetapi keengganan atau sikap bacul raja katak, maka beliau berpeluang untuk `menumpang' kerusi yang tidak diredhai oleh PAS itu sehingga sekarang. Memang raja katak tidak tahu malu kerana beliau perasan beliaulah seorang `pejuang' Melayu kununnya. Seorang pejuang yang telah dilucutkan pingat oleh Raja Melayu di bumi sendiri./wfauzdin.blogspot.com