Jumaat, 8 Oktober 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


Galas: SPR Jawab Nik Aziz Isu Tarikh Mengundi

Posted: 08 Oct 2010 09:00 PM PDT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa suruhanjaya itu bersifat pilih kasih dan tidak sensitif apabila menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar – kanan) berkata, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penetapan tarikh penamaan calon ataupun pembuangan undi.

Jelas beliau, keupayaan pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam DUN Galas merupakan keutamaan utama yang diberi perhatian oleh SPR.

“Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yang bertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.

Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Ini masalahnya… mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.

“Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR,” katanya.

Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

“Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti Uberkempen.

“Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam,” katanya


Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

Posted: 08 Oct 2010 04:00 PM PDT

Oleh : M Faqih & Mohd Nor Yahya   

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.

Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (gambar – kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

"Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November. "Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya. Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010. Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos. Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya. Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi. "Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

 Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut. Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan. "Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.
"Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau.


Jom ke Jamuan Ilmuan Perantau pada 9 Okt

Posted: 08 Oct 2010 02:45 AM PDT

Sumber :  Harakahdaily    

BANGI, 7 Okt: Anak Terengganu di perantauan dijemput menghadiri Jamuan Aidilfitri Ilmuan Perantau yang akan diadakan pada 9 Oktober (Sabtu) ini di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi,

Penyelaras program, Zulhilmi Abd Rahman berkata, melalui program yang bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang akan dapat mengeratkan hubungan sesama peserta.

Beliau berharap anak-anak Terengganu di perantauan terutama sekitar Lembah Klang dapat sama-sama hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Justeru, katanya anggota Perantau diharap dapat menghubungi sesama mereka untuk memaklumkan majlis berkenaan


Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

Posted: 07 Oct 2010 03:14 PM PDT

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

"Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

"Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti," tegasnya.


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gambar sekitar Majlis Penyembelihan lembu oleh Tuanku Sultan Kelantan bersama Tok Guru Nik Aziz

Posted: 08 Oct 2010 09:58 PM PDT

Program: Majlis penyelembelihan lembu dan pembahagian daging untuk fakir miskin sempena hari keputeraan Sultan Muhammad ke-V
Tarikh: 8 Oktober 2010






































Sumber gambar: Topeng Perak Unmasked

Ceramah Dan Sambutan Raya Pakatan Rakyat Di Kulai Diganggu Polis

Posted: 08 Oct 2010 08:04 PM PDT





Lihatlah betapa Umno-APCO sungguh terdesak hinggakan majlis keramaian dan sambutan Aidilfitri bertukar menjadi "medan pertempuran" antara polis dengan pemimpin Pakatan Rakyat!

Dalam Twitter Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ( http://twitter.com/ybz99 ), jelas dilihat betapa Umno-APCO mempergunakan polis untuk mengganggu majlis sambutan hari raya Pakatan Rakyat!

Ghani Othman sudah semakin takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat! - Jalan Pulang1978


PANAS: "Muka tembok dan hipokrit akan sambut Ku Li di airport esok!" - Bekas ADUN Pulau Manis

Posted: 08 Oct 2010 09:15 AM PDT



Info: Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan (2004-2008). From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib.

Selamat pulang Ku Li.

Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air pada sabtu ini. Dia di jadualkan tiba di KLIA pada pukul 7 pagi. Sahabat saya, Aspan Alias yang menjadi penyokong setia ku li sejak zaman dulu dulu lagi, tidak akan menanti ketibaan tersebut. Dia akan tidur kembali sesudah subuh.

Tambahan pula, kata Aspan, ramai muka tembok dan mamat UMNO yang lain sudah merancang menyambut Ku Li. Maka lebih elok, orang seperti kita berundur ke belakang. Sekurang kurang nya, kita dapat mengenal pasti muka muka hipokrit dalam UMNO.

Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa.



Kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. UMNO Kelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN.

Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-UMNO. Perangai UMNO yang 'second nature' ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan UMNO yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan UMNO.

Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin UMNO yang hampir di pecat dari UMNO. Hampir semua warga UMNO menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti UMNO.

Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang UMNO. Orang UMNO bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 UMNO?

Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi UMNO. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain.

Dan isyarat yang muncul dari gunung Putrajaya ialah UMNO boleh menang jika Tengklu Razaleigh Hamzah di beri peranan yang penting. Seperti menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas dan mungkin juga sebagai calun ADUN.

Ini transformasi yang lebih besar dari transformasi kerajaan atau transformasi ekonomi. Transformasi dari melihat Ku Li sebagai duri dalam daging kepada Ku Li sebagai penyelamat air muka UMNO. Dan UMNO hanya mampu mengiktiraf stature Ku Li dengan menawarkan peranan sebagai Pengarah pilihanraya dan jika Ku Li mahu, jadi calun lagi baik. Dan seperti juga mana mana idea Presiden UMNO, idea mengiktiraf Ku Li besar kemungkinan hanya untuk sementara untuk political expediency.


Tetapi suara suara yang sekarang ini yang memuliakan Ku Li, hanya beberapa bulan yang lalu mengutuk Ku Li sebagai mengkhianati perjuangan parti. Parti UMNO kata Kelantan( yang majoriti nya Melayu) tidak layak dapat royalti minyak. Tapi kalau wang ehsan boleh. Bila kita terima wang ehsan, ertinya, kita adalah kumpulan yang di jaga, yang memberi pula adalah penjaga.

Cara ini tidak di terima oleh orang Kelantan. Ku Li sebagai tokoh UMNO yang bermaruah tidak dapat terima cara ini. Orang yang mempunyai harga diri dan maruah, tidak boleh menerima peraturan seperti ini. Bila Ku Li kata orang Kelantan berhak menerima royalti dan bukan pemberian ehsan, ini bererti Ku LI sebagai orang UMNO mempunyai maruah. Si mamat UMNO yang memutar belitkan faka tidak ada maruah.
Makanya, selain dari isiu siapa calun dan siapa pengarah pilihanraya kecil DUN Galas, isiu nya ialah soal maruah dan harga diri.

Kita semua tahu Ku Li adalah orang yang setia kepada UMNO iaitu UMNO yang di lihat sebagai suatu ideal dan UMNO yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.



Sebagai sorang yang setia kepaa UMNO, saya tidak fikir bahawa Ku Li akan membelakangkan parti UMNO. Dia akan menerima kemahuan parti untuk dia menjadi pengarah pilihanraya. Tapi saya juga yakin yang Ku Li akan menerima nya diatas terms dia sendiri. Dan saya rasa sebahagian dari terms Ku Li ialah membenarkan Ku Li menjanjikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

Kepentingan rakyat Kelantan menerima wang royakti melepasi kepentingan kepartian. Saya rasa jika Ku Li di benarkan menyatakan jika UMNO di beri kemenangan di Galas, Kelantan akan terima wang royakty, maka saya rasa siapa pun calun BN/UMNO di Galas akan menang. Dan penyokong Ku Li akan melihat penerimaaan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya sebagai konsisten dengan perjuangan nya mendapatkan wang royalty minya untuk negeri Kelantan.

Dalam keadaan UMNO kemaruk untuk dapat satu kemenangan, jika Ku Li meletakkan terms seperti ini, saya rasa UMNO akan terima. Dengan cara ini, Ku Li akan membuktikan konsistensi perjuangan nya, dan UMNO pula, jika bersetuju member royalty minyak, akan membuktikan UMNO meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai perjuangan teratas.PAS pula boleh menarik diri dengan menyatakan bahawa mendapatkan royalty minyak sebagai hak adalah lebih besar dari mengambil bahagian dalam pilihanraya GALAS.


Sumber: sakmongkol.blogspot.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diiktiraf media Arab: Presiden Iran bangkit soalan berkaitan 'tragedi 9/11'

Posted: 08 Oct 2010 07:28 AM PDT



Iran President has faced Washington with many questions: PAS

Kuala Lumpur, Oct 6, IRNA – Iran's President Mahmoud Ahmadinejad has faced the US administration with hundreds of questions by world nations by asking about the realities of the 9/11 events.

The Islamic Party of Malaysia (PAS) has made the statement in a report published on its website on Wednesday.

The party has called on the US government to answer numerous questions created in the mind of many world people regarding the realities about the September 11 incidents.

The Iranian President has underlined the need for a probe into the incidents by a fact-finding team, it said, adding that many world people, today, believe that the realities about the events should be revealed.


(Petikan berita ini pula di ambil dari dari sumber website Zamannews..)

President Ahmadinejad believes that Washington and its allies are the main culprits of the incidents in order to pave the way for their presence in the Mideast region, it added.

The Iranian President has called on Washington to apologize to the people of Afghanistan, Iraq and Pakistan for its crimes committed in the region, the Islamic Party of Malaysia said in its website.

Sumber: Irna

Sementara blog 'sentiasa.blogspot.com' melaporkan...

Ahmedinejad membawa soalan Parti Islam Se Malaysia

Mahmoud Ahmadinejad Presiden Iran terus berhadapan dengan ke egoan Washington dan semalam Irna melapurkan yang Presiden Iran itu mengatakan banyak soalan soalan dari pertanyaan beberapa buah Negara di dunia mengenai peristiwa 9/11 yg di bangkitkan di PBB baru baru ini.

Mahmoud Ahmedinejad turut menyebut beberapa soalan dari PAS (Parti Islam SeMalaysia) untuk di ketengahkan dan di ajukan kepada Amerika Syarikat.

Syarikat berita Iran itu menyatakan juga yang Parti Islam Malaysia (PAS) telah membuat kenyataan dalam satu laporan laman webnya berkenaan dengan 'kes 9/11' pada hari rabu semalam.

Tambahnya "PAS meminta Amerika menjawab soalan soalan yg banyak bermain di minda masyarakat di dunia mengenai peristiwa WTC beberapa tahun lalu" yang kini masih tidak terjawab sepenuh nya.

Mahmoud Ahmadinejad meminta Washington memohon maaf dari penduduk Iraq, Pakistan dan Afghanistan kerana berlakunya jenayah perang yg melibatkan Amerika Syarikat, soalan ini juga di suarakan oleh Party Islam Malaysia, katanya dan PAS juga memuatkan dalam laman web nya. – mengejar cahaya ref:Irna


Artikel berkaitan:
- "Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW"- Yusuf Qardawi

ZALIM: Gara-gara sikap berat sebelah SPR, Sidang DUN Kelantan terpaksa di tangguhkan!

Posted: 08 Oct 2010 03:49 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Baca berita ketidakadilan SPR di SINI..dan kemungkinan kerajaan Kelantan terpaksa mengisytiharkan cuti pada hari pengundian demi memudahkan rakyatnya keluar mengundi, boleh baca di SINI..

Bukti suruhanjaya bebas ini sebenarnya tidak bebas, masih diperkuda oleh sang pemerintah, menjadi alat sang penguasa Umno dan Barisan Nasional..sungguh zalim lagi hina pekerjaan mereka..

Kepada kerajaan negeri Kelantan dan rakyat seluruhnya, berdoalah, sesungguhnya doa mereka yg teraniaya akan diterima oleh Allah swt..yg pasti kami rakyat akan tetap bersama menggempur Umno/BN di DUN Galas!..


Sidang Dun Kelantan Ditangguhkan Pada Hari Mengundi PRK Galas

KOTA BAHARU: Persidangan Belanjawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan selama seminggu mulai 1 November, akan ditangguhkan pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Speakernya, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata penangguhan itu bagi membolehkan anggota dewan negeri itu, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang menumpukan perhatian kepada suasana pilihan raya itu.

Katanya walaupun Speaker mempunyai kuasa menangguhkan jadual persidangan yang ditetapkan dari 1 hingga 7 November itu, tetapi pihaknya tidak akan meminda tarikh berkenaan yang telah diwartakan mengikut peraturan Dewan.

"Kita akan teruskan juga.... Kita hanya mengambil keputusan untuk tidak mengadakan persidangan sehari pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil DU NGalas itu bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak (penyokong kerajaan dan pembangkang)," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau kesal dan terkilan kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil kira jadual persidangan belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil itu.

Mohd Nasuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti berkata sepatutnya SPR boleh berbincang dengan pihak kerajaan negeri bagi mengelakkan pertembungan tarikh itu berlaku, jika mereka benar-benar berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab itu.

Beliau mengakui pihak Dewan tidak memberitahu SPR berhubung tarikh persidangan dewan itu dan beranggapan "sepatutnya SPRlah yang perlu merujuk (perkara itu) kepada kerajaan negeri."

SPR, mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan kecil DUN Galas akan diadakan pada 26 Oktober ini, manakala hari mengundi ditetapkan 4 November jika ada pertandingan.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat Pas kawasan itu, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus, 27 September lepas. - BERNAMA

18SX: Penyanyi Gay bakal beraksi di Kuala Lumpur - Bukti kerajaan iktiraf homokseksual? (Video inside)

Posted: 07 Oct 2010 11:52 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Anda terkejut?..bagi penulis sedikit pun tidak terkejut...suara lantang mereka menyerang Anwar kononnya kerana meliwat rupanya hanyalah atas dasar ianya musuh parti mereka, bukannya kerana membantah aktiviti ini atas dasar kefahaman Islam yg sebenar..

Buktinya kalian boleh rujuk balik artikel penulis terdahulu..anak Tun M sendiri pernah menyokong amalan homokseks atas dasar ianya hak individu dan tidak menyusahkan org lain, malah menyalahkan pihak yang mengutuk amalan terlaknat ini..boleh rujuk di SINI..



Mana pemimpin Umno yang ambil kisah? mana pemuda Umno yg lantang mengutuk anak Mahathir ini yg terang menghina Islam? mana demo puak PERKASA membantah kenyataan biadap seorang ank tokoh pemimpin Umno itu?..tiada..kerana apa, kerana mereka adalah dari 'ahli keluarga' Umno..

Sekarang kalian boleh lihat sendiri, tiada pemimpin hatta blogger mereka terkehadapan membantah konsert ini..Najib seperti biasa play safe demi memurnikan pandangan penyokong fanatik Umno terhadap dirinya, kononnya beliau adalah bersih dan terbaik..penyokong Umno benar2 telah 'diliwat' pemikirannya oleh 'rejim' pemerintah...wallahua'lam...

p/s: Maaf, gambar agak kurang sopan...bagi pengguna Facebook, boleh sertai group bantahan di SINI..


Bantah Konsert Penyanyi Gay Di Kuala Lumpur

PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia," katanya.



Menurut Dr Dzulkefly jika "budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu" yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.

Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.

Budaya liar

Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.

"Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?" soalnya.

Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi.









VIDEO: