Khamis, 7 Oktober 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PKR: Tindakan undang-undang ke atas Rahimi

Posted: 07 Oct 2010 05:29 PM PDT

PETALING JAYA: Dua Peguam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli mendakwa tiada sebarang unsur penahanan atau paksaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR, Muhamad Rahimi Osman berhubung dakwaan dipaksa menandatangi akuan bersumpah (SD).

Malah mereka memberitahu, terdapat ramai pemimpin parti yang kebetulan berada di Hotel Qualiti, Shah Alam bagi menghadiri seminar menjadi saksi bahawa Rahimi secara sukarela hadir ke Hotel Qualiti di Shah Alam pada tahun 2008 itu.

Pada satu sidang media bersama seorang lagi peguam, Saiful Izham Ramli di ibu pejabat parti di sini, Khamis, Latheefa yang juga Ketua Penerangan PKR memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jika tidak memohon maaf dan menarik balik fitnah dan pembohongan yang didedahkan pada Rabu.

"Dia berada di hotel itu atas kehendaknya sendiri sepanjang masa, bebas dan secara sukarela membantu kami dalam kes Anwar.

"Tuduhan Rahimi yang mendakwa bahawa SD itu diubah untuk memasukkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) dan Datin Seri Rosmah Mansor adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.

"Ini kerana maklumat yang sama diberikan Rahimi kepada mereka adalah selari dengan dengan kenyataannya kepada polis pada 23 Julai 2008. Dia sahkan bahawa tahu (Mohd.) Saiful (Bukhari Azlan) telah menemui Najib dan Rosmah," jelasnya.

Muhamad Rahimi, 26, semalam mendakwa dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 bagi mempertahankan Anwar daripada tuduhan liwat.

Dakwaan itu dibuat oleh Muhamad Rahimi dalam satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Klang dengan ditemani seorang peguam.

Di dalam laporannya itu turut menyebut nama Latheefa dan Saiful Izham sebagai peguam yang terlibat.

Mengulas lanjut, Latheefa berkata, Muhamad Rahimi yang merupakan rakan kepada rakan Mohd Saiful yang mendakwa diliwat Anwar turut memberitahu polis bahawa dia dibawa oleh Datuk Mumtaz Jaafar, rakan baik Rosmah untuk menemui Najib dan isterinya itu.

"Muhamad Rahimi berkongsi maklumat ini dengan kami selepas memberikan keterangan kepada polis. Dia juga memberitahu polis menemui Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor dan pegawai polis dikenali sebagai Rodwan berpangkat Senior Asisten Komisioner," ujarnya.

Sementara itu, peguam N Surendran berkata, kenyataan Muhamad Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya itu.

"Tanpa ragu, kami merasakan ia merupakah satu fitnah. Satu surat peguam akan dikeluarkan menuntut dia menarik balik kenyataan itu, membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," tegasnya. - mStar

Timbalan Presiden : Nurul jawab tawaran Zaid Ahad ini

Posted: 07 Oct 2010 05:25 PM PDT

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Nurul Izzah Anwar berkata beliau memerluakn masa untuk memikirkan tawaran laluan yang hendak diberikan oleh Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut dengan "pemimpin-pemimpin kanan parti."

Sehubungan itu kata Nurul Izzah, beliau akan mengumumkan pendiriannya Ahad ini.

"Kesemua ini adalah baru kepada saya. Saya perlu berbincang dengan akar umbi dan juga pemimpin-pemimpin kanan parti sebelum saya membuat kenyataan rasmi," kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider, yang lebih dua minggu lalu menawarkan diri bertanding kerusi naib presiden.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.

Semalam, Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, beliau bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu sekiranya Nurul Izzah ingin bertanding jawatan itu.

Sebelum ini Zaid berkata beliau akan turun gelanggang saingan timbalan presiden jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berbuat demikian.

Khalid yang telah pun mengesahkan bertanding jawatan pusat belum memutuskan sama ada bertanding timbalan presiden ataupun naib presiden.

Ia akan diumumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar, dijangka juga Ahad ini.

"Saya difahamkan Nurul (Izzah) akan menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan saya difahamkan dia ada cukup pencalonan.

"Jadi kalau dia benar-benar serius dan mahu jawatan ini, saya bersedia untuk menarik diri daripada jawatan timbalan presiden itu supaya Nurul dapat peluang yang seluas-luasnya.

"Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang," kata Zaid.

Zaid yang menerima 38 pencalonan bagi jawatan itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan nombor satu parti.

"Saya juga ingin menerangkan di sini bahawa ini tidak bererti saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Kalau dia (Nurul Izzah) tak nak bertanding, saya akan bertanding... jawatan apa bergantung... mungkin lebih tinggi

daripada timbalan presiden," kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini.

Puteri Reformasi ini sebelum ini menegaskan, beliau bertanding kerusi peringkat pusat bukan untuk meneruskan dinasti keluarganya.

Ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan presiden, jawatan yang dipegang sejak Keadilan ditubuhkan.

Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding presiden dan timbalan presiden.

Setakat ini, dua pemimpin sudah pun mengesahkan bertanding kerusi timbalan presiden iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang kedua-dua merupakan naib presiden.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menetapkan 16 Oktober ini sebagai tarikh akhir mengesahkan penerimaan pencalonan - TMI

Bekas KPN, Pengarah JSJ diarah hadir mahkamah

Posted: 07 Oct 2010 05:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and CID Director Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin have been ordered to be present in court on Oct 28, for the decision on contempt proccedings intiated by two youths over their rearrest under the Emergency Ordinance 1967.

High Court Judge Datuk Mohd Sofian Abd Razak agreed with counsel Datuk N. Sivananthan that both should be present in court for the decision like any other respondents.

"On the decision day, they should be in court, nobody is above the law and this is a court of law where nobody should be given any exemption," Sivananthan pointed out.

Mohd Sofian said he concurred with Sivananthan that intergrity of the court needed to be preserved.

"I don't want to give the wrong message to the public. Irrespective of the findings of the court, they have to be here at 8.30am on Oct 28," ordered Mohd Sofian.

Earlier, Senior Federal Counsel Najib Zakaria sought the court's directive whether both of them could be exempted from being present on that day but said he would ensure that both of them (Musa and Mohd Bakri) would be present if the court cited them for contempt on that day.

"I have been told that Musa is not in the country and performing his umrah in Mecca, while Mohd Bakri should not be much of a problem," added Najib.

R. Muniyandi, 26, of Kluang, Johor and B. Sasinthiran, 28, of Kuala Selangor, had been detained under the Emergency Ordinance (EO) for their alleged involvement with gangsterism and other criminal activities.

Muniandy succeeded in obtaining a habeas corpus writ from the High Court here on June 10 this year, but was rearrested immediately after he stepped out Simpang Renggam Rehabilitation Centre in Johor on June 23.

Meanwhile, Sasinthiran obtained his writ on July 29 but was rearrested on the following day.

On Sept 30, both men had succeeded in their bid to initiate contempt proceedings against Musa and Bakri for not complying with court orders to release them.

During today's proceedings, Sivananthan submitted that both respondents had failed to answer the allegations against them via affidavits in reply.

The law was clear on this matter where they must respond to the allegations, and if they did not reply, they were deemed to have admitted the allegation made by Muniyandi and Sasinthiran, he said.

"It's extremely strange that they decided to remain silent and it's quite outrageous that they should have replied eventhough both of them chose not to be present in the court today," added Sivananthan.

Meanwhile, Najib in his submission said the application had no merit and was made without basis.

"Even if Musa and Bakri were said to be involved in arresting the applicants, such act cannot per se constitute contempt of court.

"The court cannot stop the police from exercising their duties. The IGP cannot be held liable for contempt under the doctrine of vicarious liability," stressed Najib.

He also told the court that there was no order from the court to prevent a subsequent arrest and prayed to the court to dismiss the application.

Perhatian untuk pemilik Gen 2 dan Satria Neo

Posted: 07 Oct 2010 05:16 PM PDT

Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan 'cruise'. Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada 'clock spring' menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

"Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

"Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian 'clock spring' akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. - BH

Kes Sosilawati : Jesyntha serah diri

Posted: 07 Oct 2010 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR – Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini. Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Jesyntha menyerah diri dengan ditemani oleh peguamnya kira-kira pukul 5 petang sebelum ditahan polis. Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumat mengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayai mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Jesyntha difahamkan merupakan isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam tersebut yang dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan jual beli tanah. Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu. – Bernama@MI

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


propasblog.blogspot.com

Posted: 07 Oct 2010 09:01 AM PDT




Atas permintaan tuan punya blog,disini saya nakmengumumkan kemunculan blog baru pro pas.
Anda boleh melayarinya di alamat http://propasblog.blogspot.com


 
Cari N3 lama-lama disini

Perutusan Khas Sempena Pilihanraya Galas

Posted: 07 Oct 2010 12:06 AM PDT

Ada banyak betulnya apa yang dikatakan oleh Encik Gaban ni,hehehe
walaupun lawak tapi ada mesejnya..



Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEMILIHAN PKR - ZAID SEMAKIN CELARU ARAH HALUANNYA ?

Posted: 07 Oct 2010 09:00 PM PDT

Media pencacai pernah mainkan isu Zaid minum arak (foto super impose) sewaktu PRK Hulu Selangor, tapi Zaid kata buat apa boikot media seperti ini.....

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Dato Zaid Ibrahim semakin hilang punca dan arah di dalam membuat keputusan walaupun terhadap dirinya sendiri. Calon yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada YB Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu selalu membuat kita terfikir apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Dato Zaid.

Masih kita ingat di awal kemasukannya ke dalam PKR, beliau berkali-kali menyebut tidak berminat untuk menduduki kerusi tertinggi parti. Kemudiannya, Dato Zaid menyebut bahawa beliau tidak akan bertanding sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Terbaru pula, di sini, Dato Zaid menyebut pula beliau sedia tidak bertanding sekiranya YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh Dato Zaid? Adakah beliau mahu Tan Sri Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR atau lebih suka jika YB Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden PKR? Atau, Dato Zaid semata-mata mahu YB Azmin tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR? Sikap Dato Zaid seperti ini amat membingungkan, beliau seperti tiada panduan di dalam menentukan masa depan beliau sendiri. Apakah wajar orang seperti ini untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau bertanding?

Di dalam isu boikot akhbar pencacai, Dato Zaid mempersoalkan mengapa perlu boikot akhbar seperti Utusan. Sukar untuk kita terima mengapa Dato Zaid begitu `sayang' kepada akhbar seperti ini. Adakah beliau lupa akhbar pencacai ini pernah menyiarkan gambar beliau `meneguk arak' sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor? Adakah kerana akhbar tersebut pernah mewancaranya baru-baru ini dan memberi ruang untuk beliau berkempen pemilihan parti, maka Dato Zaid mula merasa `kasih dan sayang' terhadap akhbar tersebut?

Kesemua pemimpin PR telah lama bersetuju untuk memboikot akhbar ini, tiba-tiba hadir Dato Zaid menyeru agar kita semua kembali menatap akhbar pencacai tersebut. Tersenyum lebar pihak pengurusan akhbar milik Umno itu dengan kenyataan Dato Zaid itu apatah lagi pada ketika ini kita sedia maklum betapa akhbar tersebut semakin merudum penjualannya. Dato Zaid kini berperanan untuk mengembalikan semula prestasi dan imej akhbar milik Umno itu.

Berbalik kepada kisah tadi, mengapa Dato Zaid ingin sangat YB Nurul Izzah bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PKR? Apakah beliau yakin YB Nurul Izzah mampu menewaskan YB Azmin semata-mata YB Nurul Izzah anak kepada DS Wan Azizah dan DS Anwar? Ini satu cara simbolik untuk menghancurkan PKR. Mana mungkin ahli boleh terima di dalam PKR Ketua Umum adalah DS Anwar, Presiden isteri beliau dan Timbalan Presiden pula anak beliau. Sedangkan pada ketika ini pun pihak Umno masih menuduh bahawa PKR adalah parti `keluarga Anwar'. Apa muslihat Dato Zaid membuat percaturan sedemikian rupa?

Kepada semua ahli PKR, pilihlah pemimpin anda dengan betul berdasarkan kebolehan dan komitmen mereka terhadap parti. Teruskan boikot akhbar yang telah dipersetujui oleh pimpinan kita demi kebaikan parti. Apa jua pandangan dari mana-mana pihak yang kita lihat seperti ingin menjahanamkan parti haruslah kita tolak. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tidak `bersekongkol' dengan musuh atau `tali barut'nya. /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA YANG GANGGU SIDANG MEDIA RAHIMI ?

Posted: 07 Oct 2010 06:00 PM PDT

Justify Full Kecam tindakan ganggu sidang media Rahimi

Semalam ketika sidang media bekas kakitangan Pejabat Anwar Ibrahim yang menyatakan kononya dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah telah diganggu oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan penyokong Anwar Ibrahim.

Perkara ini amat mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Di bawah ini pula ialah kenyataan Timbalan Presiden mengenai perkembangan tersebut.

KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN

7 Oktober 2010Semalam cheGuBard telah menulis mengenai pengalaman dengan bekas kakitangan pejabat Anwar Ibrahim ini. sila klik sini dan kemudian SharpShooter telah menyambut sebagai saksi hidup yang 'menemani' dia.

Nantikan esok cheGuBard cuba update satu lagi mengenai perkara ini sebab cheGuBard masih berada dalam lingkungan GERAK ketika konspirasi Fitnah 2 dirancang./chegubard.blog

SOKONGAN DATO ZAID KEPADA UTUSAN MENGHINA MEDIA ALTERNATIF

Posted: 07 Oct 2010 11:15 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

"Saya tidak akan mempedulikan dasar-dasar yang saya fikirkan tidak progresif. Tiada berasas sama-sekali!" tegas Zaid (TV Selangor). Itulah yang ditegaskan oleh calon Timbalan Presiden PKR berkaitan arahan pimpinan parti untuk memboikot Utusan Malaysia. Mungkin untuk menunjukkan `kehebatan'nya melanggar arahan parti, atau untuk menunjukkan `terima kasih' beliau terhadap akhbar ini yang memberi ruang kepadanya `berkempen' melalui wawancara yang diadakan baru-baru ini.

Walaupun akhbar ini memainkan isu peribadi serta fitnah jahat terhadapnya sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu, Dato Zaid masih `sayang'kan akhbar yang dimiliki oleh Umno ini. Kita, terutamanya Bloggers bersusah payah menepis dakyah dan fitnah jahat yang dilakukan oleh akhbar ini terutamanya tentang isu Dato Zaid minum arak dan kaki judi sewaktu kempen tersebut, tiba-tiba sekarang disaat beliau ingin bertanding di dalam pemilihan pimpinan PKR, beliau tegas untuk tidak memboikot Utusan. Diharapkan selepas ini Utusan akan terus menjadi ejen kempen atau saluran media Dato Zaid.

Masih kita ingat sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor di mana Dato Zaid mewakili PR, beliau menyeru agar para pengundi tidak mempercayai laporan media yang terus memfitnahnya. Beliau sedar ketika itu media tidak pernah menyebelahinya secara individu dan parti yang diwakilinya. Beliau arif ketika itu media memainkan peranan untuk membantu kemenangan Bn. Sejarah juga membuktikan bahawa media seperti ini tidak akan duduk diam selagi PR tidak di`kubur'kan.

Alasan Dato Zaid bahawa mesej parti kepada rakyat tidak akan sampai jika kita terus memboikot akhbar ini adalah satu alasan yang teramat bodoh. Semenjak bila mesej dari PR sampai kepada rakyat dengan betul dan telus kepada rakyat melalui akhbar ini? Oleh kerana benci dan meluat rakyat kepada akhbar inilah, maka akhbar ini sekarang jatuh imej dan prestasi jualannya. Umno sendiri pun mulai `berbalah' dengan akhbar ini, tiba-tiba Dato Zaid teramat `kasih dan sayang' kepadanya.

Saya tidak tahu mengapa Dato Zaid masih perlukan akhbar ini. Bukan sedikit media alternatif atau Blog yang sekarang ini menyokong beliau, tetapi pendirian Dato Zaid untuk menerima Utusan amat-amatlah menghina media alternatif yang ada. Bagi saya, Dato Zaid telah memberi kredit terbaik buat Utusan dan bayangkan jika beliau menjadi orang nombor dua di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

NAJIB DAN ROSMAH `DISELAMATKAN' DENGAN LAPORAN RAHIMI ?

Posted: 07 Oct 2010 10:30 AM PDT

PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau menarik balik kenyataan itu, membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Semalam, Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Najib dan Rosmah dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat ketua pembangkang itu.

Beliau mendakwa telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah "yang tidak benar" tanpa diberikan salinannya.

Selari dengan kenyataan kepada polis

Menurutnya juga, selain membuat laporan polis dan menceritakan hal sebenar beliau telah membuat satu akuan bersumpah yang baru. Dokumen itu didakwa dikemukakan bersama laporan polisnya.

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful Izham secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi (kiri) - rakan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar - sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful Izham - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersoalkan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Menceritakan sebab akuan bersumpah itu dibuat, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR memberitahu ia bertujuan menghadapi kemungkinan Rahimi dipanggil sebagai seorang saksi dalam kes perbicaraan liwat Anwar.

Lagi pun, menurut Latheefa, maklumat yang diberikan Rahimi kepada mereka selari dengan dengan kenyataannya kepada pihak polis pada 23 Julai 2008.

"Beliau sahkan bahawa beliau tahu Saiful (Bukhari) telah menemui Najib dan Rosmah," kata Latheefa.

Sivarasa: Bab kedua lagi beberapa hari

"Beliau juga memberitahu polis bahawa dibawa oleh Mumtaz Jaafar, rakan baik Rosmah untuk menemuinya dan Najib.

"Rahimi kongsi maklumat ini dengan kami selepas memberikan keterangan kepada polis.

Manakala Saiful Izham pula yang mendakwa terkejut dengan beritasemalam mendakwa Rahimi membuat kenyataan media itu bagi memberikan kesan negatif terhadap perjalanan posiding melibatkan kes Anwar.

"Saya hairan, sekiranya dia ditahan, mana mungkin dia dengan parti selepas itu, turun berkempan dalam pilihan raya kecil, khususnya di Permatang Pauh," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan (kemudian).

"Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki./Malaysiakini

ISU LIWAT II - APAKAH RAHIMI AKAN BERTUKAR MENJADI SAKSI PENDAKWA ?

Posted: 07 Oct 2010 10:30 AM PDT

Isu Rahimi: Karpal akan tuntut lagi senarai saksi
Okt 7, 10

Peguam Karpal Singh akan menimbulkan isu dakwaan mengejut yang dibuat oleh Rahimi Osman apabila perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula pada 14 Oktober ini dengan menuntut dibekalkan dengan senarai saksi.

Karpal berkata adalah janggal bagi Rahimi yang hanya membuat dakwaan yang beliau dipaksa membuat akuan bersumpah itu selepas dua tahun berlalu.

"Mengapa dia mahu buat laporan itu sekarang? Pihak berkuasa bukan sahaja sepatutnya menyiasat apa yang didakwanya tetapi juga siasat mengapa dia ambil masa begitu lama dan apa yang mendesaknya berbuat demikian?

"Saya akan juga timbulkan perkara ini apabila perbicaraan bersambung pada Khamis ini. Saya juga akan kemukakan kes bagi pihak pendakwaan membekalkan kami dengan senarai saksi, sesuatu yang mereka gagal laksanakan sejak perbicaraan bermula," katanya kepada Malaysiakini.

Apabila ditanya, Karpal berkata beliau tidak pasti sama ada Rahimi sekarang akan menjadi saksi pendakwaan berdasarkan perkembangan terbaru minggu ini.

"Saya benar-benar tidak boleh jawab soalan itu kerana kami tidak ada senarai saksi. Namun saya akan timbulkannya pada Khamis ini, kerana amalan membuat laporan polis selepas dua tahun atau lebih mesti dihentikan. Jika polis ataupun mahkamah melayan laporan atau dakwaan sedemikian, ia tidak akan menghalang orang ramai untuk membuat laporan selepas 20 tahun sesuatu kejadian berlaku," katanya.

Karpal sebelum ini telah dua kli mengadu kerana tidak dibekalkan dengan senarai saksi - sesuatu amalan yang lazimnya dipatuhi dalam kes sivil dan jenayah di negara ini.

Semalam, Rahim mendakwa dalam laporan polisnya yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada sekitar Jun 2008 untuk memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor, dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar./Malaysiakini

RAHIMI DIBERI TEMPOH 24 JAM !!

Posted: 07 Oct 2010 09:35 AM PDT

Tempoh 24 Jam untuk Rahimi Mohon Maaf dan
Tarik Balik Tuduhan Fitnah

PETALING JAYA, 7 Okt: Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah menganggap laporan polis terbaru yang dibuat oleh Rahimi Osman adalah karut bagi memanipulasi akuan bersumpah.

Rahimi, bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menuduh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah berjumpa Saiful Bukhari Azlan (saksi utama kes liwat) dalam akuan bersumpah (SD) keduanya pada 28 Jun tahun lalu. Walhal katanya, Rahimi sendiri pada 23 Jun tahun lalu mempertahankan akuan bersumpah itu ketika memberi keterangan kepada polis. "Ia suatu manipulasi fakta yang tidak benar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Manakala, Latheefa dan Saiful masing-masing turut menafikan dakwaan Rahimi kononnya memaksa diubah inti akuan bersumpah pertamanya di Quality Hotel sebelum ini. Rahimi turut mengaku bahawa turut menyaksikan konsultansi Latheefa dan Saiful di Quality Hotel pada 28 Jun lalu memandangkan beliau merupakan kenalan paling akrab kepada Saiful Bukhari Azlan, saksi utama yang mengaku diliwat Anwar. "Dari pemerhatian saya terhadap Rahimi, kedatangannya adalah untuk memberikan kerjasama kepada pihak kami (peguam). "Saya boleh sahkan di sini bahawa tidak ada apa-apa paksaan ke atas beliau," tegas Sivarasa.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Subang tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya satu lagi konspirasi untuk memburuk-burukkan parti serta Anwar, Ketua Umum PKR. "Kita nampak ada tangan di belakangannya untuk merancangkan episod buruk ini," tegasnya. Sebelum pada itu, Latheefa memberitahu bahawa Rahimi ketika akuan bersumpah kedua ditulis mengaku bahawa Mumtaz sebenarnya bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa Najib dan Rosmah. Saiful Izham pula kemudiannya membangkitkan unsur keraguan yang tidak munasabah di sebalik kenyataan media serta laporan polis yang dibuat Rahimi itu. "Yang menjadi kehairanan kami, sekiranya beliau ditahan oleh kami secara paksa, mana mungkin beliau bersama-sama dengan parti selepas dari itu untuk membantu kempen-kempen, khususnya di Permatang Pauh," ujar Saiful.

Manakala, peguam N. Surendren yang mewakili Latheefa dan Saiful Izham kemudiannya menuntut supaya Rahimi memohon maaf dalam masa 24 jam serta menarik balik tuduhan berunsur fitnah itu. Tindakan undang-undang akan dikenakan, termasuk ke atas beberapa media arus perdana sekiranya Rahimi enggan berbuat demikian.-Harakahdaily

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Susu Tetek naik harga,Keling bakal mengamuk,Bapak Dafi dipecat,Sultan Selangor sound sama UMNO

Posted: 07 Oct 2010 03:15 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

semuanya yang akan tulis bersumberkan mutakhir di website BH ONLINE...ahahahahaa

BAPAK DAFI dah announce yg dia tak da kuasa untuk menetapkan harga tenusu di negara MALAYSIA...seolah2 macam dah kena PECAT lak sbb dah tak da kuasa..ye la kot...MUYIDIN pun tak da kuasa untuk mengAPA2kan PENGETUA RASIS... ahahahaha dan SHAMUDIN yg tak leh APA2KAN ANAK CINA SIMBAH CAT KAT SURAU... ahahahahaha..susu naik harga sbb harga bahan mentah yg naik...ye la LEMBU pun dah naik harga...biasa la...BN kan BARANG NAIK....pakat2 semua minum SUSU TETEK je la..

yg pasti..geng2 KELING 1MALAYSIA pasti mengamuk...sbb diorang kata diorang MISKIN..apabila diorang miskin..diorang nak kaya..nak kaya diorang pun beribadat kat TUHAN diorang..dah tu diorang puasa..yg aku tau..KELING kalau puasa diorang tak makan apa2 kecuali minum SUSU je...so...MACAM MANA DIORANG NAK PUASA???ye la..dah tak leh beli susu sbb mahal sangat.. macamana diorang NAK KAYA???? ahahahahahhaahhaha..gerenti HINDRAF NGN MAKKAL SAKTI marah NAJIB..dah tu larang NAJIB BERIBADAH di BATU CAVE...ahahahahaha

Sbb susu ni mahal la orng MELAYU tak suka minum SUSU..kalau SUSU TETEK aku no komen..a ah..ye tak ye...banyak la kerajaan habis duit untuk PROGRAM SUSU TETEK 1MALAYSIA......naik harga..susu tak laku..tapi NAJIB lak yg kasi laku... ahahahaha

Sultan Selangor nasihat ORANG BESAR DAERAH jangn dekat ngn orng yg menggadaikan bangsa...SIAPA??? yg aku tau UMNO la yg gadai bangsa..sbb memperjuangkan MELAYU dan ISLAM... ehehe bak kata SOI LEK la..PAS ngn UMNO jual agama...bukan aku kata ye...sory

Jadi itu je la nukilan aku pada petang ini...SELAMAT SORE YA PAK!!!!!!.... ahahahahahaha

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


AWAS: Pakatan Rakyat boleh kalah di Galas di sebabkan faktor ini!..(video inside)

Posted: 07 Oct 2010 11:27 AM PDT









Oleh itu, tidak mustahil ungkapan 'keramat' "I help you, you help me" akan sekali lagi bergema pada Pilihan Raya Kecil (Galas) kali ini...harap jentera PR khususnya PAS mengambil berat tentang hal ini!!..

VIDEO: Najib: "You help me, I help you"



VIDEO: "You help me, I help you" (Full Version)


GEMPAR: Kepala PM 1Malaysia di curi!!..(video inside)

Posted: 07 Oct 2010 10:41 AM PDT

PRK Galas: "PAS lebih layak menangani Islamofobia berbanding Umno" - N. Bala Subramaniam

Posted: 07 Oct 2010 08:09 AM PDT



DHPP kumpul sukarelawan bukan Islam bantu PAS di Galas

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedang mengumpul sukarelawan di kalangan masyarakat bukan Islam bagi membantu memenangkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam turut menyuarakan rasa yakin bahawa Orang Asal di Dun tersebut akan melengkapkan jentera DHPP.

"Beberapa pilihan raya kecil yang lalu banyak memberi pengalaman kepada kita (DHPP) untuk menjelaskan Islam yang Tok Guru Nik Aziz ajar.

"Saya yakin orang-orang Asli di sana (Galas) akan bantu jentera khas kita untuk jelaskan," ujarnya.

Beliau juga menganggap PAS lebih layak menangngani Islamofobia berbanding Umno.



Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain. Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.

Begitu juga dengan Mujahid, katanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu banyak mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat bukan Islam sehingga mereka berminat untuk mengetahui tentang keindahan Islam serta menyertai PAS, melalui DHPP.

Berbeza dengan Umno, katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.

Era Najib juga katanya, seakan tidak mahu orang Melayu dan bukan Melayu bersatu padu menurut Islam.

"Ajaran Islam ajar perpaduan sesama manusia, ajaran yang bukan dari Tuhan ajar mereka (Umno) api perkauman," beliau menambah.hrkh

Artikel berkaitan:
- Edisi Mesti Baca: "Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam
- Koleksi warga non-muslim PR dekati dan santuni masyarakat Islam

GEMPAR: Lagi bukti kerajaan Selangor abai Islam, utamakan pendidikan bangsa Cina!

Posted: 07 Oct 2010 06:45 AM PDT



Harap baca dan sebarkan!!...mana pemuda Umno? mana PERKOSA? mana YB Zul? mana '40 ulamak muda' Umno?..aturkan segera wawancara dengan akhbar perdana! rancang demo secara besar-besaran! bakar patung pemimpin DAP!..cepat, Islam semakin diinjak2 di Selangor bawah Pakatan Rakyat!!!

Selangor beri buku teks agama percuma

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

"Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan," ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

"Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais. - HD

Berita terdahulu....

Sekolah agama dapat komputer di Selangor

BANTING, 11 Julai: Sebanyak 23 sekolah milik Kerajaan Negeri Selangor mendapat sumbangan komputer yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam usaha meningkatkan daya pencapaian pelajar terhadap keperluan teknologi masa kini.

Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diadakan dalam suasana meriah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (Mitib), dekat sini, semalam.

Penyerahan komputer itu adalah proses menyempurnakan pelaksanaan program makmal komputer dana jalur lebar serta wifi sekaligus meningkat dan memantapkan kemahiran guna komputer antara guru dan murid.

Ia juga bertujuan melengkapkan prasarana ICT di semua sekolah bawah kerajaan negeri ke arah menjadikan Selangor sebagai negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Sekolah penerima itu terdiri daripada Mitib sendiri,Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Cawangan Klang, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru, Sekolah Menengah Islam (SMI) Hira', SMI Puchong, SRAI Seksyen 19 Shah Alam, SRAI Seksyen 7 Shah Alam.

Sekolah Rendah Agama Islam Al-Farabi, Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, Sekolah Menengah Al-Farabi. SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, SRAI Taman Keramat, SRAI Sungai Chincin, Sekolah Menengah Agama Ilmi Ampang Jaya, Maahad Ihya' Al-Ahmadi.

Sekolah Menengah Agama Harapan, Madrasah Darul Mujahidin, SRAI Sungai Manggis, SRAI Muhammadiah, SRAI Salak Tinggi, Sekolah Rendah Islam Al-Abqari, SRAI Pekan Beranang dan SRAI Bandar Baru Bangi.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid menyarankan pelajar aliran agama yang mempunyai kekuatan menguasai segala cabang ilmu termasuk menghafaz Al-Quran agar menguasai bidang teknologi yang menjadi medium paling mudah dan cepat berhubung antara bandaraya dalam dunia sekarang ini.

"Mereka yang dapat menguasai bidang agama yang lengkap dengan penguasaan teknologi yang hebat pada satu hari akan dapat menguasai cakrawala," demikian semangat tinggi yang dititipkan oleh Tan Sri Khalid kepada seluruh hadirin terutamanya kepada pelajar yang mendengar ucapannya dengan penuh teliti.

Menteri besar juga turut menceritakan bagaimana pengalaman beliau melawat dua tempat berteknologi tinggi di dunia di Bangalore, India dan Semarang di Indonesia yang dapat menguruskan aliran perkhidmatan yang tempahannya dibuat dari San Francisco dan Paris.

Dengan menggunakan teknologi, ujarnya, khidmat kereta sewa di San Francisco diuruskan oleh syarikat online yang terletak di Bangalore, India, begitu juga tempahan cetakan skala tinggi dari Paris dapat diterima dan disempurnakan dalam masa satu jam sahaja oleh pencetak yang terletak di Semarang, Indonesia.

kerana itu, tidak mustahil jika ada dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sini yang dapat menguasai segala ilmu tentang teknologi tinggi dengan penuh kemahiran, Jugra juga boleh berhubungan terus dengan New York, tegasnya lagi.

Tan Sri Khalid juga berkata apa yang mahu dilahirkan oleh kerajaan negeri adalah pelajar yang berusaha kuat sehingga mencapai tahap doktor yang menghafaz Al-Quran di masa sama, mereka juga merupakan ahli teknologi yang hebat.

Perkara ini bukan satu yang mustahil untuk dicapai kerana pernah berlaku di era kegemilangan Islam ketika zaman sahabat Nabi SAW. namun, jelasnya, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan di zaman ini yang memerlukan usaha berlipat kali ganda yang langkahnya sedang dilakukan sekarang.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berharap dengan adanya penambahan alat canggih itu berupaya mendatangkan semangat berusaha bagi menambahkan kemahiran guru dan meningkatkan lagi hasil kerja pelajar di semua sekolah berkenaan. - HD

p/s: Maaf, sengaja penulis berikan tajuk semacam itu..utk menarik golongan jumudian di dlm Umno, kalau tak jangan harap dorang nak baca..

Kononnya Islam semakin layu di bawah PR, umat Islam tidak terbela di bawah teraju PR, Islam dihina di bawah PR dan sebagainya...namun sebaliknya telah berlaku...aktiviti dan budaya beragama semakin rancak dan subur di negeri merah kuning ini..

Masih ingatkah kalian siapa yang menghentikan bantuan perkapita terhadap sekolah agama rakyat seluruh negara suatu ketika dahulu? bukan PR, bukan DAP, tetapi Melayu hasad di dalam Umno!...fikir2kan...


Artikel berkaitan:
- Apabila wakil rakyat bukan Islam (Pakatan Rakyat) menyantuni umat Islam...

Khianat: Papan tanda PAS kawasan Jerlun di conteng pihak yg tidak bertanggungjawab..

Posted: 07 Oct 2010 06:05 AM PDT

Petanda PAS Kedah khususnya PAS kawasan Jerlun semakin kuat sehingga menimbulkan perasaan iri hati (dengki) pihak tertentu...











Bagi membuktikan anda betul2 pejuang Melayu (Umno): Jom ciommm....

Posted: 06 Oct 2010 11:41 PM PDT



Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Kejutan Sulong: Ku Li cadang Dr. Mahathir Calun BN Di Galas....!!

Posted: 06 Oct 2010 11:13 PM PDT

PAS yakin kekalkan Galas, Ku Li tak tanding kerana fenomena Mac 2008

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Mengambil kira "fenomena" arah aliran undi pada Mac 2008, PAS masih yakin Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan bertanding di kerusi Galas dan pada masa yang sama, parti Islam itu percaya boleh mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Bagaimanapun PAS meletakkan pihaknya sebagai 'underdog' dalam menghadapi cabaran pilihan raya kecil DUN Galas yang akan berlangsung akhir bulan ini.

"Kami akan turun di Galas dengan 48 peratus sokongan dan 52 peratus sokongan bagi BN," kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di sini hari ini.

"Kami anggap kami sebagai underdog, walaupun kami optimis akan menang dan mempertahankan kerusi, tetapi oleh kerana ini pilihan raya kecil, kami anggap kami sebagai underdog," katanya.

Tengku Razaleigh yang bertanding di Gua Musang sejak pilihan raya umum 1969, terus mempertahankan kerusinya dua tahun lalu tetapi beliau tewas dari segi undi diperoleh dari bahagian DUN Galas.

Pada 8 Mac 2008, Tengku Razaleigh dicabar oleh calon PAS Zulkefli Mohamed di peringkat saingan kerusi Dewan Rakyat.

Halim yang dilantik sebagai pengarah jawatankuasa strategi pilihan raya kecil DUN Galas berkata, Tengku Razaleigh menerima 3,826 undi dari DUN Galas manakala Zulkefli pula 4,143 undi.

"Maknanya dari segi ini, kalau Tengku Razaleigh jadi calon pun, dari segi... dia sudah kalah di Galas, pengundi di Galas ini... PAS sudah mengalahkan Tengku Razaleigh dengan perbezaan undi 317 undi.

"Jadi fenomena ini, kita tengok tidaklah payah sangat untuk kita tidak pertahankan kerusi ini," kata beliau yang juga bekas timbalan menteri besar Kelantan.

Halim menjadi timbalan menteri besar selepas PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan 1990, kejayaan yang antara lain disumbangkan oleh kerjasama Tengku Razaleigh ketika itu menerajui Parti Melayu Semangat 46.

Tengku Razaleigh kembali ke Umno selepas pilihan raya umum 1995.

Buat pertama kali PAS memenangi DUN Galas, salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam bahagaian Gua Musang, dua tahun lalu.

Penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia minggu lalu dan ia membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-12.

Teka-teki sama ada Tengku Razaleigh akan menjadi calon berterusan di sebalik keputusan Umno-BN melantik beliau sebagai pengarah pilihan raya.

Umno-BN menyerahkan kepada bahagian Gua Musang mengemukakan nama calon kepada pucuk kepimpinan untuk pilih.

Tengku Razaleigh dijangka akan menjawab spekulasi itu apabila pulang ke tanah air dari London Sabtu ini.

Sambil mengakui kedudukan Tengku Razaleigh yang akan mempengaruhi persekitaran pilihan raya kecil kali ini, Halim memberitahu, PAS akan bermula sokongan pada tahap 48 peratus.

"Kita harapkan satu sentuhan yang strategi untuk menghadapi pilihan raya, ini pilihan raya kecil, bukan pilihan raya umum," kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ini.

"Sekarang kita bermula dengan 48 peratus," kata beliau.

Mengenai keajaiban yang diharapkan, Halim berkata, pihaknya berharap dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina.

"Dan, sebahagian (besar) sokongan pengundi Melayu yang kita peroleh itu kita boleh kekalkan, kita memerlukan satu strategi untuk mengekalkan... kalau kita dapat kekalkan ini, kita rasa dapat mempertahankan kerusi Galas," katanya lagi.

Berhubung sokongan pengundi Orang Asli, kata beliau, pihaknya meletakkan sasaran 30 peratus.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut bersama pada sidang media pagi ini mencelah dengan berkata, jangkaan 48:52 peratus itu adalah berdasarkan kedudukan semasa.

"Masa masih panjang (dan ia boleh berubah)," kata beliau.

"Kita menang dengan 600 undi di DUN di Galas, tetapi Tengku Razaleigh kalah 371 undi di bahagian Galas," kata Halim lagi.

"Mengambil kira kali ini sebagai pilihan raya kecil, kita bermula dengan 48 peratus," katanya.

Mustafa pula berkata, dalam mana-mana pilihan raya kecil yang dihadapi bukan calon dan jentera setempat semata-mata tetapi keseluruhan kerajaan BN.

"Kita jangkakan perkara-perkara macam ini, oleh itu tidak semudah (untuk menghadapi pilihan raya kecil)," kata Mustafa.

RPK - 2 Oct 2010 Part 1

Posted: 06 Oct 2010 11:08 PM PDT