Rabu, 6 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEMILIHAN PKR - JIKA JPP GAGAL LAKSANAKAN TUGAS, SERAHKAN KEPADA PAS ATAU DAP SEBAGAI BADAN BERKECUALI

Posted: 06 Oct 2010 11:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MASALAH teknikal nampaknya sering menjadikan pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang ini kelihatan huru hara dan kecoh. Sudah tentu apa yang berlaku akan menjadi senjata kepada pihak musuh termasuk media pencacai bagi menggambarkan seolah-olah pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang `indah khabar dari rupa'. Meskipun bilangan kes adalah kecil, namun sewajarnya tidak berlaku sekiranya semua pihak bersikap adil dan profesional.

Terperanjat dengan apa yang dilaporkan oleh Pahang Daily di sini. Di sana dinyatakan seperti ada campurtangan YB Azmin di dalam mengatur pemilihan Ketua Cabang di Hulu Selangor sehinggakan keputusan pemilihan ditangguhkan atau ingin dibuat semula. Benarkah pihak yang bertanggungjawab iaitu JPP berkomplot dengan YB Azmin agar Khalid Jaafar mesti diberi kemenangan di Cabang Hulu Selangor? Jika ini benar, ini satu perkara yang amat memalukan PKR.

Walaupun saya penyokong YB Azmin untuk kerusi Timbalan Presiden PKR, tetapi sekiranya terbukti dakwaan bahawa beliau campurtangan untuk menentukan ketua di mana-mana kawasan sekali pun, bagi saya YB Azmin tidak layak untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Atau, adakah ini satu lagi dakwaan yang tidak berasas yang ingin menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai calon Timbalan Presiden PKR?

Sehubungan itu, JPP mestilah mengadakan siasatan menyeluruh dan terperinci serta umumkan mengapa keputusan pemilihan di Cabang Hulu Selangor itu terpaksa ditangguhkan atau dilakukan semula. Jika benar ada berlaku pertambahan kertas undi, JPP mesti nyatakan mengapa dan bagaimana kertas undi itu boleh bertambah? Bukankah kertas undi itu adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan JPP. Sekiranya ada `tangan ghaib' samada dari JPP sendiri mahu pun pemimpin atasan yang bertanggungjawab menimbulkan masalah ini, wajib dikenakan tindakan tegas kerana ianya seolah-olah melakukan sabotaj terhadap parti sendiri.

Mempercayai cakap-cakap para penyokong sudah tentu tidak boleh memberikan keadilan. Apa yang penting, lakukan siasatan secara terbuka dan diumumkan hasil siasatan secara terbuka. Biar semua ahli berpuas hati dengan hasil siasatan. Adalah diharapkan JPP selepas ini lebih peka dengan kekecohan yang berlaku akibat perkara teknikal seperti ini.

Jika mereka gagal menjalankan tugas mereka, adalah lebih baik JPP dibubarkan dan diganti dengan pihak lain yang tiada langsung kepentingannya di dalam parti. Mungkin PKR boleh menyerahkan kuasa JPP ini kepada parti-parti lain samada dari DAP atau pun PAS untuk mengendalikannya./wfauzdin.blogspot.com

AKUAN SUMPAH YANG DIPAKSA - BENARKAH RAHIMI BERBOHONG ?

Posted: 06 Oct 2010 06:00 PM PDT

Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri
Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau dibenarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

Berita lanjut akan menyusul...

Sumber: Sharpshooter

SELEPAS BALA, KINI RAHIMI MENCARI `BALA'

Posted: 06 Oct 2010 12:19 PM PDT

Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun

KLANG 6 OKT: Setelah membuat akuan bersumpah lebih dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada konspirasi untuk mengenakan tuduhan liwat buat kali ke dua ke atas Anwar Ibrahim, bekas pembantu Anwar menukar nadanya hari ini.

Rahimi Osman membuat laporan polis mendakwa kononnya dua kenyataan bersumpahnya itu dibuat kerana dipaksa oleh orang Anwar, termasuk seorang peguam wanita dari parti itu.

Kenyataan bercanggah Rahimi mirip kepada kes penyiasat P. Balasubramaniam yang turut mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada kes warga Mongolia Altantuya Shariibu yang mati dibom pada tahun 2008.

Selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam "terpaksa" menukar kenyataan itu keesokan harinya sebelum menghilangkan diri untuk mencari perlindungan di luar negara.

Hanya selepas setahun, Balasubramaniam muncul di Singapura dan mendedahkan beliau diugut oleh rakan dan kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya jika mementingkan keselamatan keluarga beliau.

Tindakan Rahimi menafikan beliau membuat kenyataan bersumpah secara sukarela yang mengaitkan Najib kepada konspirasi menfitnah Anwar dengan tuduhan liwat tentunya dipandang dengan sinis.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau tetap yakin Rahimi membuat pengakuannya dua tahun lalu secara sukarela. Kenapa hanya sekarang, beliau mendakwa dipaksa, tentunya ada sesuatu yang mencurigakan," kata Sankara kepada TV Selangor.

"Saya mahu menegaskan bahawa Rahimi tidak pernah dipaksa untuk membuat kenyataan bersumpah. Ia dibuat secara sukarela dan keterangan itu memihak kepada Anwar dan justeru beliau adalah saksi untuk pembelaan," tambah Sankara.

Dalam wawancara dengan Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin pada Julai 2008, Rahimi sendiri mengesahkan pembabitan Najib dalam pemalsuan bukti terhadap Anwar berhubung dakwaan palsu oleh Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana, menurut Rahimi, beliau sendiri yang mengiringi Saiful untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan dakwaan itu.

Menurut sumber-sumber, wawancara itu telah dirakam secara video dan disimpan di tempat yang selamat.

Rakaman ini apabila disiarkan akan menunjukkan secara jelas, Rahimi tidak berada dalam sebarang keadaan tertekan atau dilatih untuk memberi kenyataan.

Sidang akhbar yang "diatur" untuk Rahimi dan peguamnya di Klang selesai dalam tempoh tidak sampai 15 minit, sejurus selepas Rahimi bergambar dengan laporan polis.

Sidang media itu yang diadakan di sebuah restoran di Kelang ditamatkan lebih awal selepas sekumpulan orang yang tidak dikenali bertindak untuk melarang Ravichandran dan Rahimi daripada terus memberi kenyataan.

Anehnya kumpulan itu terlalu ghairah cuba menggambarkan diri mereka sebagai penyokong Anwar malah membuat pengakuan terbuka sedemikian. Ini hanya menimbulkan kecurigaan terhadap identifi sebenar kumpulan ini.

Seperkara menarik pada sidang akhbar Rahimi dan P. Balasubrmaniam adalah hakikat bahawa kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, kerana tidak mahu menjawab soalan daripada pemberita.

Dan selepas sidang akhbar yang menafikan pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan dalam kes ini, mengatur konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, Balasubramaniam, ketika itu, dan Rahimi, hari ini menghilangkan diri./TVSelangor

AKUAN BERSUMPAH ROHIMI - PEGUAM ANWAR AKAN ADAKAN SIDANG AKHBAR

Posted: 06 Oct 2010 11:06 AM PDT

Laporan Rahimi: Saya 'dipaksa' libatkan Najib, Rosmah
Okt 6, 10
Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - mendakwa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan polis Rahimi hari ini, akuan bersumpah pertama
ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.

Pada hari itu, Anwar dan para penyokongnya berkumpul di Hotel Quality, beberapa jam selepas Saiful membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya.

Bimbangkan keselamatan

Dakwanya, dia terpaksa menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah tersebut kerana risaukan keselamatan dirinya, memandangkan ketika itu "ratusan penyokong dan orang kanan Anwar berada di keliling hotel".

Menurutnya, dua peguam Anwar - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli - menahannya di hotel tersebut selama beberapa hari bersama seorang rakan.

Dalam laporan itu lagi, Rahimi mendakwa mereka telah memintanya menandatangani akuan bersumpah itu walaupun "saya tidak langsung bersetuju dengan kandungannya".

Menurut laporan itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.

"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."

Dalam laporan polisnya, Rahimi juga meminta perlindungan kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu. Beliau adalah ketua penerangan PKR.

Sementara itu, Saiful Izham, ketika dihubungi, menyatakan rasa terperanjatnya terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau perlu melihat kenyataan Rahimi terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang ulasan./Malaysiakini

PRK DUN GALAS - KEMPEN MUSUH BERMULA DARI PEJABAT DS ANWAR

Posted: 06 Oct 2010 03:03 AM PDT

Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?/Chegubard

BUKAN KES LIWAT, TETAPI DAKWA DIPAKSA BUAT AKUAN BERSUMPAH, PEGUAM ANWAR NAFIKAN

Posted: 06 Oct 2010 02:55 AM PDT

Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD
Okt 6, 10
Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu./Malaysiakini

BLOGGERS BERPERANG UNTUK NAIKKAN PEMIMPIN, TAPI TETAP PERTAHANKAN PARTI

Posted: 06 Oct 2010 01:00 AM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

AKU terbaca di dalam satu blog yang tidak menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR tetapi teramat simpati dengan Dato Zaid yang kununnya teruk diserang oleh YB Azmin. Blog itu juga menyebut bahawa di dalam `Top Five' Blog PR, kesemuanya tidak menyokong YB Azmin. Aku tidak semak pun kebenaran dakwaan itu, tetapi jika benar tiada masalah pun kerana Blogger ada hak untuk menyokong sesiapa pun.

Sejak dari awal lagi aku mengaku bahawa aku sememangnya menyokong YB Azmin untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR dan jika beliau tewas juga, aku mengharapkan Sdr Mustafa Kamil menang di dalam pertandingan kali ini. Di dalam blog aku ini pun aku wujudkan Poll buat pengunjung bagi memilih siapakah yang mereka sokong, dan sehingga artikel ini ditulis nampaknya Dato Zaid masih unggul di depan. Aku tidak tergamak untuk mengubah atau meminda keputusan Poll semasa itu walaupun aku penyokong YB Azmin. Itu hak para pengunjung dan aku perlu jujur dengan mereka.

Apakah aku tidak suka atau anti Dato Zaid? Jawapannya tidak, cumanya aku tidak sokong beliau sebagai Timbalan Presiden PKR, itu saja. Tentang tulisan aku sebelum ini yang mengkritik Dato Zaid hanyalah apabila Dato Zaid juga mengkritik Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden PKR dengan kritikan yang pada aku tidak beradab. Apabila YB Azmin pula `menyerang' Dato Zaid, aku fikir memang wajar beliau berbuat demikian setelah Dato Zaid yang memulakan `game' ini. Dato Zaid gunakan media Utusan yang terkenal `anti PR' itu untuk berkempen, maka jangan salahkan YB Azmin gunakan Berita Harian pula. Namun begitu pada aku, sebaiknya kedua-dua media itu jangan dipedulikan langsung oleh mana-mana pemimpin PKR.

Sewaktu PRK Hulu Selangor, ketika itu PKR belum menetapkan calon mereka di situ, blog ini secara terbuka menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon di Hulu Selangor. Namun, setelah diputuskan bahawa Dato Zaid sebagai calon, blog ini terus berperanan setakat mampu untuk memberikan sokongan padu kepada Dato Zaid. Segala fitnah dari Umno termasuk cerita-cerita peribadi dari blog-blog pro Umno tentang Dato Zaid sedaya upaya aku tentang melalui blog ini. Ini bererti aku bukan anti Dato Zaid, bahkan aku dari Kuantan datang ke Hulu Selangor untuk bersama rakan-rakan membantu kemenangan Dato Zaid di sana.

Pada pemilihan parti kali ini, tentulah aku punyai penilaian lain yang menyebabkan aku menyokong YB Azmin pula. Jika dahulu sokongan untuk parti, kali ini sokongan untuk pemimpin parti pula. Mengapa perlu ada serang menyerang? Mengapa dikatakan YB Azmin menyerang Dato Zaid? Ingin aku bertanya pula, adakah Dato Zaid tidak menyerang sedikit pun, sedangkan Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden pun diserang olehnya. Jika dikatakan serangan itu adalah satu kritikan kepada parti, maka adillah juga serangan YB Azmin juga dilihat satu kritikan. Apakah Dato Zaid tidak boleh dikritik sedangkan dalam masa yang sama beliau menggelar Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin Ali sebagai `nyanyuk'?

Katakanlah Dato Zaid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR, maka aku pun terpaksa akur juga. Dan, jika beliau sudah menjadi Timbalan Presiden PKR dan ada pemimpin lain yang menggelarkannya sebagai `nyanyuk', aku rasa aku patut juga kritik pemimpin tidak beradab itu. Justeru itu, terpulanglah kepada sesiapa untuk menyokong sesiapa asalkan tetap menerima keputusan ahli.

Jika Poll di dalam blog ini memaparkan Dato Zaid unggul di atas, belum tentu Dato Zaid akan menang. Begitu juga walaupun berpuluh blog tidak menyokong YB Azmin, belum tentu YB Azmin tewas. Pembaca blog sekarang cerdik, mereka tidak terpengaruh dengan buah fikiran empunya blog. Jika blog anda menyokong Dato Zaid, jangan terasa hati blog lain menyokong YB Azmin./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siapa Rahimi Osman?

Posted: 06 Oct 2010 09:43 PM PDT

Oleh: Aidila Razak

PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.
Beliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.
Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.
Kandas di UIA

Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.

Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.

"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing," kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.

Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.

Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.

Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.

Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.

Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan - Utara Online

PRK Galas : Berahim katak harus bertanding Bebas bukti perjuangan Perkasa

Posted: 06 Oct 2010 09:25 PM PDT

Oleh Jamilah Kamarudin

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad telah mencabar presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali supaya bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan bagi membuktikan perjuangannya membela ketuanan Melayu dan Bumiputera selama ini diterima.

Khalid berkata pelantikan Ibrahim sebagai calon Galas itu nanti akan menjadi platform kepada Perkasa mengukur tahap penerimaan masyarakat kaum Melayu terhadap badan bukan kerajaan (NGO) itu, sekaligus dapat membuktikan badan tersebut bukan ditaja Umno seperti yang didakwa sebelum ini.

"Ibrahim Ali perlu buktikan dia benar-benar membawa wawasan Melayu. Jika dia berani bertanding maka kita akan dapat tengok sejauh mana dia dan Perkasa mampu mewakili kehendak masyarakat Melayu dan bukan hanya sebagai persatuan yang ditaja Umno," katanya dalam sidang media disini semalam.

Kawasan DUN Galas mempunyai taburan penduduk seramai 11,553 orang dan 61.63 peratus daripadanya adalah Melayu, manakala 20.08 peratus Cina, 1.6 peratus India, 0.9 peratus Bumiputera Sarawak dan 16.37 peratus masyarakat Orang Asli.

Selain itu, Khalid yang juga Lujnah Politik PAS Pusat, turut mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh penamaan calon pada 26 Oktober (Selasa) serta tarikh mengundi pada 4 November (Khamis) depan.

Beliau mendakwa penetapan tarikh tersebut merupakan helah Barisan Nasional (BN) menghalang pengundi, terutamanya yang berada di perantauan, daripada melakukan tanggungjawab mengundi.

"Keputusan ini tidak logok. Saya yakin BN berjaya mempengaruhi SPR supaya tetapkan tarikh pada hari Khamis supaya anak perantauan tidak pulang mengundi akibat komitmen kerja dan urusan lain.

"SPR sebagai badan bebas sepatutnya perlu menetapkan Sabtu (6 November) sebagai hari mengundi dan bukannya Khamis. Ini menunjukkan bahawa BN disebalik kata-kata angkuh, mereka sebenarnya tidak yakin boleh menang malah menyulitkan lagi pengundi daripada luar kawasan untuk pulang mengundi.

Difahamkan tarikh tersebut turut bercanggah dengan persidangan DUN Kelantan yang akan berlangsung pada 1 hingga 8 November depan.

Langkah terdesak Umno

Beliau turut mengkritik kebanyakan pemimpin Umno yang mendesak agar Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dicalonkan sebagai wakil BN semasa pilihanraya nanti.

Khalid menyifatkan permintaan mereka itu merupakan langkah 'terdesak'dan hanya sebagai satu bukti kelemahan Umno kerana Ku Li satu ketika dahulu pernah dipinggirkan daripada partinya sendiri akibat kelantangannya mahu merebut jawatan tertinggi dalam Umno, serta isu royalti minyak di Kelantan.

"Jika mereka kuat atas dasar kredibiliti BN, letak calon apa pun (jika layak) mesti boleh menang. Dahulu Ku Li dicerca dan diketepikan kerana berhasrat untuk bertanding presiden Umno tapi bila sudah tersepit Ku Li diangkat sebagai wira.

"Pelantikan Ku Li sebagai pengarah pilihanraya Galas merupakan satu kenyataan tersirat bahawa Umno-BN tidaklah sekuat mana," katanya. - FMT

Raja Azura sah bercerai

Posted: 06 Oct 2010 05:32 PM PDT

Oleh Roslen Fadzil

2010/10/07 KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

"Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh," kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.


"Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya," katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu. - Metro

Isteri buang mayat suami tepi longkang

Posted: 06 Oct 2010 05:28 PM PDT

MELAKA: Pencarian punca bau busuk yang disangka bangkai tikus oleh seorang penduduk di Kampung Batu 4, Solok Pantai, Batu Berendam, dekat sini, semalam membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas dalam keadaan dibungkus dengan plastik sampah.

Lebih mengejutkan, mayat mangsa, Abdul Halim Manan, 70, yang juga seorang pembantu kedai makan di Taman Melaka Baru itu, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi di kawasan pokok pisang di tepi longkang yang ditutup dengan pelepah kelapa dipercayai diletakkan di situ sejak malam Sabtu lalu.

Penduduk, Mohd Azahari Mohd Zin, 13, berkata dia terkejut dengan penemuan mayat lelaki warga emas berkenaan, tetapi mendakwa ada melihat seseorang meletakkan plastik sampah terbabit di kawasan itu tanpa mengesyaki sesuatu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan mendengar bunyi orang berjalan di belakang rumah.

"Saya dengar bunyi orang berjalan di belakang rumah dan mengintai dari belakang pintu. Saya nampak seorang perempuan sedang mengheret satu bungkusan plastik hitam dan meletakkannya di pangkal pokok pisang di tepi longkang.

"Berikutan itu, saya menegurnya dan orang itu hanya jawab dia mahu buang sampah sebelum beredar," katanya.

Menurutnya, disebabkan rasa ingin tahu, selepas hujan lebat keesokan harinya dia pergi melihat ke tempat wanita itu membuang sampah berkenaan dan melihat ada satu bungkusan plastik hitam ditutupi dengan pelepah kelapa.

"Pagi Ahad lalu saya pergi ke tempat itu dan melihat terdapat satu bungkusan hitam. Saya tidak syak apa-apa ataupun mengusik plastik berkenaan yang kelihatan seperti sampah biasa.

"Pagi tadi (semalam), saya dan datuk (Hamzah Baba, 60) tercium bau yang amat busuk. Datuk arahkan saya mencari sama ada bangkai tikus atau haiwan mati. Saya beritahu datuk bau busuk itu mungkin datang dari bungkusan sampah itu.

"Datuk memeriksa bungkusan plastik itu sebelum mengoyak sebahagiannya menggunakan sabit sebelum dia terperanjat melihat benda seperti kepala manusia," katanya.

Katanya, datuknya kemudian memberitahu penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung sebelum memeriksa dan mendapati ada mayat manusia di dalam plastik terbabit sebelum seorang jiran menghubungi polis.

Sementara itu, Hamzah berkata, beberapa hari sebelum ini dia tidak perasan perkara pelik ataupun terhidu bau busuk mayat mangsa yang dipercayai sudah mati.

"Pagi tadi (semalam) masa keluar rumah kira-kira jam 7.15 pagi untuk menghantar cucu ke sekolah, saya tercium bau amat busuk dan menyangkakan bangkai tikus tetapi tidak sempat mencarinya.


"Sebaik pulang, saya menyuruh cucu pergi mencari dari mana datangnya bau busuk itu sebelum memeriksa bungkusan plastik sampah di kawasan kebun di belakang rumah saya dan mendapati ada mayat di dalamnya," katanya.

Sementara itu, suasana di kampung terbabit gempar dengan berita penemuan mayat lelaki itu yang tersebar menyebabkan kawasan tempat kejadian dipenuhi orang ramai.

Beberapa jiran mangsa termasuk pemilik rumah sewa nyata terkejut dengan penemuan mayat lelaki itu.

Peniaga kedai runcit, Norlin Alias, 31, berkata tiga hari sebelum penemuan mayat itu, isteri mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelihatan pelik apabila dilihat mundar-mandir di kawasan tempat kejadian. - metro

Akuan sumpah: Ketua Penerangan PKR nafi dakwaan bekas pembantu Anwar

Posted: 06 Oct 2010 09:00 AM PDT

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah memaksa seorang saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menandatangani dua akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Latheefa mendakwa saksi itu Rahimi Osman, yang satu ketika dulu merupakan pembantu Anwar secara "sukarela" telah bekerjasama dengan pasukan guaman penasihat PKR itu semasa menandatangani akuan bersumpah itu pada Jun 2008.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenakan tekanan ke atas dia.

"Ketika itu dia merupakan saksi yang berpotensi dalam kes Anwar, sebagai sebahagian daripada pasukan pembela, kami hanya menyediakan kenyataan-kenyataan melibatkan saksi-saksi berpotensi, yang merupakan perkara biasa dalam mana-mana pembelaan perundangan," kata beliau dalam kenyataan SMS petang tadi.

Latheefa yang melabel dakwaan Rahimi ke atas dirinya dan anggota PKR yang lain sebagai "fitnah dan tohmahan" bercadang mengambil tindakan ke atas bekas pembantu Anwar itu.

Terdahulu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, Latheefa berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal Rahimi boleh membuat kenyataan bahawa dia dipaksa menandatangani deklarasi seumpama itu memandangkan ia tidak digunakan oleh pasukan pembela setakat ini.

"Kami hanya menghimpunkan kenyataan daripada saksi-saksi yang kenal Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dia (Rahimi) kenal sangat (saksi utama itu)," katanya lagi.

Rahimi adalah rakan satu sekolah Saiful dan dipercayai telah dirujuk kepada Anwar agar mengambil dia kerja pada 2008.

"Akuan-akuan bersumpah tidak menyelesaikan masalah kami sebab ia tidak digunakan... ia bukan sesuatu yang luar biasa.

"Lebih-lebih lagi, apa sahaja yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu sudah pun dibangkitkan dalam perbicaraan," kata Latheefa.

Justeru katanya, beliau akan memanggil satu sidang media dalam waktu terdekat.

Terdahulu, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair dalam reaksinya menafikan dakwaan Rahimi bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008.

Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.

"Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar," katanya.

"Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku," kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.

Sankara juga berkata Latheefa, yang juga salah seorang peguam kes Anwar dalam kes liwat terbaru sekarang ditanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan Rahimi pada akuan bersumpah yang dimaksudkan.

Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008 - TMI

Sekolah 'Anak Haram' terima bayi pertama

Posted: 06 Oct 2010 08:55 AM PDT

Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama

JASIN, 6 Okt – Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama – lelaki seberat 3.6 kilogramme.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.

"Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.

Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. – Bernama

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!!

Posted: 06 Oct 2010 08:21 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Penulis harap semua pendokong dan penyokong PR menyebarkan berita ini kepada seluruh rakyat Malaysia, betapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjadi barua dan perkakas Umno untuk kesekian kalinya..

Tonjolkan kepada umum, bahaw SPR masih tidak bebas dari dibelenggu oleh sang pemerintah walau berubah berkali2 barisan kepimpinananya..ini bermakna perjuangan utk menentang kezaliman dan menuntut keadilan masih diperlukan dan mesti diteruskan!

Ingat contoh isu kerajaan Umno memperkudakan pihak polis..ramai penyokong Umno mendakwa PAS dan PR telah menfitnah dan menuduh pihak Umno dan polis kononnya tanpa bukti, namun selepas diakui sendiri oleh bekas Ketua Polis Negara (bahawa wujud campurtangan org politik kerajaan), akhirnya mereka terkedu diam seribu bahasa..

Kerana itulah persepsi SPR adalah boneka dan barua pihak kerajaan perlu terus-menerus dimainkan DEMI memberi tekanan kepada kedua2 belah pihak, SPR dan Umno!..

Akhir kalam, walau apa pun tarikh yg ditetapkan, blogger anak muda ini tetap bersedia untuk berdepan dengan 'rejim' Umno/BN!..kita jumpa di sana..wallahua'lam..


Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.



Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

"Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

"Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.

"Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.

Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.

"Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

"Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau. - Harakahdaily

Berita berkaitan:
- SPR didakwa bantu BN minimumkan pengundi (Harakahdaily)
- PRK Galas : SPR Lebih Ambil Kira PAU Daripada Sidang Dun Kelantan (tunhisyamuddin.blogspot)

TERBARU! Tiada paksaan, Rahimi Osman berbohong?

Posted: 06 Oct 2010 09:24 AM PDT



Sebelum melanjutkan pembacaan, sila baca pengakuan dan penegasan oleh peguam pasukan Anwar Ibrahim di bawah...
"Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar...Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku," - Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair
Baca seterusnya di SINI..

Dan terbaru penafian Latheefa Koya di bawah, yang turut bercadang utk mengambil tindakan ke atas bekas pembantu Anwar itu nanti..

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenakan tekanan ke atas dia..Ketika itu dia merupakan saksi yang berpotensi dalam kes Anwar, sebagai sebahagian daripada pasukan pembela, kami hanya menyediakan kenyataan-kenyataan melibatkan saksi-saksi berpotensi, yang merupakan perkara biasa dalam mana-mana pembelaan perundangan," - Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya
Baca seterusnya di SINI..

Menceritakan dengan lebih lanjut perihal bekas pembantu Anwar ini, blog 'Chegubard' melaporkan..

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu...

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.
Baca ulasan penuh Chegubard di SINI..


(Gaya elit seorang pembantu peribadi..)

Sementara Blogger Sharpshooter a.k.a Din Binjai yang merupakan orang terpenting yang turut berada di sisi Rahini Osman ketika itu melaporkan...

Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????

Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

Berita lanjut akan menyusul...
Nantikan pendedahan selanjutnya dari blogger Shapshooter...


(Laporan polis yang dibuat oleh Tahimi Osman..)

Apapun, ternyata ini merupakan talian hayat Umno menjelang PRK Galas..setelah Saiful Bukhari dirasakan kurang memberi impak yang maksimum, maka Rahimi Osman hadir utntuk melengkapkan drama liwat siri II..

Sama-sama kita saksikan babak seterusnya..


Berita berkaitan:
- Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun (TVSelangor)

Kes liwat: Blogger umno pembohong besar, fitnah anwar meliwat Rahimi Osman

Posted: 06 Oct 2010 05:59 AM PDT



Blog 'Gelombang Wangsa Maju' dikatakan antara blog pro-Umno yang terawal menyebarkan fitnah kononnya Anwar telah meliwat seorang lagi pembantu peribadi beliau..tanpa diselidiki, berita ini kemudiannya di jaja ke merata tempat oleh rakan-rakan mereka..

Tajuk yang jelas merupakan satu fitnah oleh blogger fanatik Umno ini, "PANAS BERDENTUM : RAHIMI OSMAN PULA MANGSA LIWAT TERBARU ANWAR IBRAHIM !"

Sedangkan berita sebenarnya bukanlah meliwat, tetapi 'terlewat'...boleh baca di SINI..

Setakat laporan ini, blog dan facebook 'Gelombang Wangsa Maju' masih belum mengemukakan permohonan maaf apatah lagi memperbetulkan tuduhannya terhadap Anwar Ibrahim..beginilah watak para blogger Umno, sanggup 'membuat main' dengan perkara sebesar ini..dasar penyebar fitnah dan pemecahbelah ummah...

p/s: update isu Osman Rahimi akan menyusul....


Masihkah Anda Ingat: Pemimpin Umno pernah iktiraf syarikat judi negara, Sport Toto

Posted: 06 Oct 2010 04:40 AM PDT



Kerajaan Umno melalui pemimpinnya Datuk Hishamuddin Hussein pernah mengiktiraf anugerah tahunan yang diwujudkan oleh syarikat judi terbesar negara, Sport Toto..gambar menunjukkan beliau 'mencemar maruah' dengan menjadi penyampai anugerah ini kepada bapa seorang bekas pemain skuasy negara menjelang Sukan SEA 2001..seperti biasa, akan diupdate di SINI...

P/S: Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas..


Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kereta rakyat Marhain Macam Sampah?

Posted: 06 Oct 2010 07:15 PM PDT

Assalamualaikum,dan
salam blogger bagi yang belum memasuki keluarga besar Islam.
Berbagai isu yang timbul dalam negara akhir-akhir ini, dari isu politik sampai isu sosial tambah hangat isu pilihanraya Galas,Gua Musang.Namun isu yang saya nak sentuh  pada kali ini ada kena mengena dengan kebanyakan rakyat biasa iaitu golongan bawahan dan pertengahan yang rata-ratanya berpendapatan rendah (macam saya)

Isunya ialah "Dasar Kenderaan Tamat Hayat"yang jika dilaksanakan kerajaan mengikut cadangan proton maka kenderaan yang berumur lebih 10 tahun tak akan dibenarkan lagi digunakan diatas jalanraya,maknanya akan jadi besi buruk yang hanya boleh disimpan dirumah.Apa akan jadi pada rakyat marhain jika dasar ini benar-benar dilaksanakan.bagaimana dengan nasib kami rakyat bawahan yang tak mampu membeli kereta baru dan hanya mampu membeli kereta terpakai harga murah yan rata-ratanya berumur 10 tahun keatas.

Diaorang ingat semua rakyat ni senang dapat duit projek kroni macam dia ke.Apakah ini yang dimaksudkan dengan dasar kerajaan Rakyat diutamakan.Jika dasar ini benar-benar dilaksanakan yang akan menerima kesannya ialah rakyat bawahan,bagaimana dengan nasib rakyat marhain yang punca rezekinya hanya bergantung kepada "besi buruk" itu.Bagai mana nasib driver teksi yang hanya memiliki teksi yang berusia lebih 10 tahun,siapa yang akan tanggung anak bini dia nanti,kerajaan nak tanggung ke?
bagaimana pula dengan nasib rakyat yang hanya bergantung pada van buruk nya untuk memasarkan barang2 jualan sayur,ikan dan sebagainya.siapa yang nak tanggung kehidupan mereka sekeluarga atau kerajaan akan gantikan van buruk tu dengan proton Exzora?Mungkin tidak,sekali-kali tidak.
Kepada pemimpin diatas,fikir dahulu masaalah rakyat bawahan sebelum membuat apa-apa dasar kerana kamu tidak berada di kedudukan kamu disana jika tidak kerana sokongan orang dibawah.

Kesimpulannya selagi Umno dan BN diberi mandat memerintah Malaysia,selagi itulah masaalah rakyat marhain tidak pernah menjadi isu bagi mereka.Sedangkan Saidina Ummar Al-Khatab semasa menjadi kalifah pernah berkata" jika ada seekor kambing mati dijalanan disebabkan kecuaian pentadbiran aku,bagaimana aku nak jawab di hadapan Allah nanti"

Ubah sebelum parah.Say NO to UMNO
---------------------------------------------------

Proton sokong dasar kenderaan tamat hayat pada Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu.

"Kami faham ia adalah satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini, hari ini.

Syed Zainal berkata, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.

"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.

"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan," katanya

baca lagi disini




Cari N3 lama-lama disini

Sewa Rumah RM 10,000 Di Gua Musang

Posted: 06 Oct 2010 03:50 PM PDT

GUA MUSANG: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Galas pada 4 November ini elah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung, manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya
. Tinjauan Bernama mendapati sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu.
Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu. "Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal,"


Cari N3 lama-lama disini