Selasa, 5 Oktober 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


UMNO bakal diharamkan lagi,Muyidin masuk GERAKAN,bakal ada EGM(SUMBER DALAM),ISA tidak jadi dipinda

Posted: 05 Oct 2010 07:55 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

Baru lepas baca akhbar terBEST di rantau ini iaitu BH di websitenya...ehehehe

MUYIDIN sudah kasi sound sama adik angkat dia si NOBITA..eh silap..si KO SU KUN...tauke BUAH SUKUN PENANG...dia kata GERAKAN mesti dengar cakap itu penasihat...ye tak ye..UMNO tak da PENASIHAT la plak???ke SI MAHADEY la dia punya PENASIHAT??? ahahaha dia plak yg sibuk BACKUP sama KENG YEK...orng2 GERAKAN pun tk kesah la KENG YEK RESIGN wei..senang2 MUYIDIN..ko MASUK je la GERAK2AN tu.. ahahaha

UMNO nak berhimpun lagi???Nak FOKUS pasal MBE???dah nak MUKTAMAD dah ke??? ke akan ada PEMILIHAN PARTI lagi???..ahaha EGM..maklumla...KU LI kan nk betanding GALAS..sekali dia buat hal nak jadi PRESIDEN PARTI... baru dia hangpa dok NGANGA...

Skarang ni...orng IMEGRESEN pun dah akan kena ISA...sbb kasi PATI bolos MASUK ini negara...ahahahahahahaha wei..PENGETUA RASIS tak kena ISA.....ANAK CINA SIMBAH CAT KAT SURAU tak kena ISA???? ahahahahahahaha..semuanya nak ISA..yg bodo jadi menteri tak reti buat keje duduk dalam PALIMEN korek burit hari2 tak kena ISA..????ahahahahhaa

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara sudah komplen pasal FB..sbb ramai anak2 MALAYSIA buat pertubuhan HARAM kat FB.apa lagi??? ISA la deme tu..... ahahaha fesbuk la...takkan SABUN FAB BUKU lak...ahahaa teringat lak aku..UMNO dulu pernah diHARAMkan...tak pa lagi..jangan diHARAMJADAHkan sudah...

ahahahahahahahahahaha

HIDUP UMNO

Nik Aziz buat hal,Muyidin mengkeparatkan Melayu,Ku LI kena pujuk

Posted: 05 Oct 2010 05:53 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

first of all..aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada setiap blog yg dah bloglistkan aku...mengikut statistik..sudah 10 ribu orng dah melawat ke blog aku yg koman2 tk seberapa ni...I LUV U ALL...

hah..baru baca BH punya website kat bahagian mutakhir... ahaha itu MUYIDIN sudah seru KORPORAT dan pihak bekuaso tempatan untuk memperkasakan BM supaya BM menjadi bahasa komersial,ada nilai ekonomi,perpaduan,undang2 dan bla bla bla..

ahahah wei..!ini IDEA KEPARAT ni...takkan tak leh nampak..dah bertaun2 medeka...tengok produk2 kat MALAYSIA ni...atas BM..bawah mesti ada nama CINA dia...adoi...untuk apa???bukan sbb BM tu orng CINA tak paham..sbb itu KAMPENI tauke CINA punya la...cakap pasal undang2???masuk UIA..belajar LAW dalam BI...padahal itu UNDANG2 MALAYSIA yg punya.masuk mahkamah..kena cakap BM..cakap pasal NILAI EKONOMI??? LANCAU wa cakap sama lu MUYIDIN..anak MELAYU dikatakan susah dapat koje...sbb apa..CINA tak mau AMIK..pegi JOBSTREET...check JOB SPEC kampeni CINA..diorang nak pekerja yg tau CAKAP CINA!!!!!!...ahahahahah

Yg aku heran..seko MP2 MELAYU ni tak da la nk buat RANG UNDANG2 mengenai PENGAMBILAN PEKERJA...wei!!!! ini satu diskriminasi untuk ANAK MELAYU untuk keje dalam BIDANG SWASTA..ini DISKRIMINASI oleh orng CINA!!!!!!....yg paling SIAL..PEJUANG MELAYU dan ISLAM..ZUL,ZAHRAIN,BABI ALI...dan ramai lagi termasuk MAHADEY NAINA MUKHRIZ MERICAN juga BURIT TAK TERBUKAK....DEB berani diorang buat..sampai bertaun2 MELAYU pakat2 tebal muka kena MAKI HINA ngn CINA... ahahahahahaha..yg KAYA???

KU LI suda kena pujuk sama UMNO...si MASLAN CEPET cakap KU LI tak penah kena PULAU...pigirah..kalau tak sbb apa pilih TOK PA jadi UMNO KELANTAN punya leader..apsal tak pilih KU LI...BAPAK DAFI lak leh cakap..cadangan KU LI jadi calon PRK GALAS untuk bawak suara rakyat..wei...ini ayat ANWAR IBRAHIM..lu jangan mau tiru.. ahahahaha

NIK AZIZ lak buat hal..pegi bagi penghormatan terakhir kat MAK SEDARA NAJIB... ehehehe bukan apa...banyak la PUKI2 UMNO TEBUKAK BUAT CITE PASAL NIK AZIZ...

ahahahahahahahhaaahahahahaa

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Umno Guna Duit Judi Untuk Derma Kepada Ummat Islam?

Posted: 05 Oct 2010 07:51 PM PDT

Terima kasih pada pria Malaya dengan  pendedahan ini



"Sementara itu, Kumpulan Berjaya semalam menyumbang RM250,000 kepada tabung berkenaan, sumbangan terbesar setakat ini yang diterima daripada syarikat swasta.

Mengumumkan sumbangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata berita itu disampaikan kepadanya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sports Toto Berhad, Tan Sri Vincent Tan."


Sumber: Berita Harian

HIPOKRIT: Kalian lihatlah sendiri wajah munafiq parti yg bernama Umno ni..betapa mesra dan intimnya pemimpin Umno dengan tokeh judi negara Vincent Tan...bukan sahaja menerima sumbangan judi haram, bahkan mendermakan wang itu pada rakyat Iraq yang sengsara akibat peperangan!

Artikel berita ini mungkin cuba dipadamkan oleh Berita Harian kerana sehingga kini penulis gagal menemui artikel asalnya...namun melalui 'library.perdana.org', penulis dapat memaparkan balik berita tersebut..


Cari N3 lama-lama disini

Berita Misteri(Makhluk Apakah Ini ?)

Posted: 05 Oct 2010 06:43 PM PDT

-Santai-
Pada 23 Julai 2010, dua penternak di Cerro El Creston, sekitar 40km barat San Jose de Metan, Argentina, berjaya membunuh seekor makhluk aneh seperti manusia, namun dengan gigi taring yang besar dan tajam. Foto kepala makhluk itu terdedah dan menggemparkan masyarakat Argentina.


Menurut penduduk tempatan, makhluk yang ditemui ini menyerupai Ucumar iaitu makhluk yang dipercayai masyarakat tempatan yang memiliki tubuh seperti manusia dengan rambut hitam lebat menutupi tubuhnya. Seringkali juga makhluk dipanggil Yeti Argentina.

Makhluk ini dipercayai berada di wilayah hutan bahagian selatan penempatan itu, terutama di Rosario de la Frontera. Ia telah telah menjadi sumber berita media selama beberapa dekad lalu.

Foto kepala makhluk tersebut yang terdedah kepada umum setelah diambil oleh seorang lelaki bernama Martin yang mengambil gambar di rumah penternak itu.

Cari N3 lama-lama disini

Kemelut Istana Tak Selesai Lagi ke?

Posted: 05 Oct 2010 03:43 AM PDT

Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan
Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."
-malaysiakini-

Cari N3 lama-lama disini

Aku Kembali Berbloging..

Posted: 05 Oct 2010 12:26 AM PDT

Pada hari ini Jam 3.25 PM ,5/10/2010 saya memasuki kedunia blog semula setelah sekian lama menyepi..Assalamualaikum.salam blogger semua..

Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Sosilawati : Jesyntha, isteri kedua suspek sedang bersembunyi

Posted: 05 Oct 2010 04:21 PM PDT

Isteri kedua suspek

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim

2010/10/06 KUALA LUMPUR: Wanita dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal, 27, yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosila wati dan tiga individu lain dikatakan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.

Dia yang juga isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam itu dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sumber polis berkata, wanita terbabit adalah individu yang mengetahui mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan kejam itu.

"Dia (Jesyntha) yang mengetahui dirinya sedang diburu pihak berkuasa meninggalkan rumahnya di Banting dan bersembunyi di lokasi yang masih belum diketahui," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia - Metr0

2 ribu mahasiswa akan bantu Pakatan Rakyat di PRK Galas

Posted: 05 Oct 2010 04:22 AM PDT

Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menjangka lebih 2,000 mahasiswa akan menyertai kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, tanpa mempeduli amaran daripada Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat. dalam PRK itu.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman menyifatkan amaran awal Datuk Seri Khaled Nordin semalam sebagai arahan yang tidak masuk akal dan bukan sesuatu yang mutlak walaupun Khaled berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk membuat penilaian.
"Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini.

"SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarik pilihan raya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari?" katanya yang menyatakan mahasiswa tidak akan turun beramai-ramai ke Galas.

"Kami sahut cabaran menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kepada mahasiswa yang turun ke Galas.

"Saya juga ingin memberi mesej jelas kepada menteri bahawa mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan," katanya yang menganggarkan lebih 2,000 mahasiswa bakal ke Galas untuk hadir sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat.

"Jika mahasiswa tidak dibenar hadir pilihan raya kecil, ke mana mahasiswa akan pergi apabila pilihan raya umum berlangsung? Semua negeri ini menjadi 'haram' bagi mahasiswa. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara?" katanya.

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


BONGKAR! Lagi bukti Umno terima hasil judi untuk disedekahkan kepada umat Islam!

Posted: 05 Oct 2010 06:09 PM PDT



"Sementara itu, Kumpulan Berjaya semalam menyumbang RM250,000 kepada tabung berkenaan, sumbangan terbesar setakat ini yang diterima daripada syarikat swasta.

Mengumumkan sumbangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata berita itu disampaikan kepadanya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sports Toto Berhad, Tan Sri Vincent Tan."


Sumber: Berita Harian

HIPOKRIT: Lihatlah wajah munafiq parti yg bernama Umno ni..betapa mesra dan intimnya pemimpin Umno dengan tokeh judi negara Vincent Tan...bukan sahaja menerima sumbangan judi haram, bahkan mendermakan wang itu pada rakyat Iraq yang sengsara akibat peperangan..

Mana suara lantang penyokong Umno? mana demontrasi PERKASA? mana ulasan YB Zul? mana bantahan ulamak muda Umno?..ternyata kalian hipokrit jika sudah tahu dan mendiamkan diri dlm isu ini...kalaulah Lim Guan Eng bersama Vincent Tan yg memegang replika cek Sport Toto tu utk didermakan pada fakir miskin Islam...korang fikirlah sendiri..

Artikel berita ini mungkin cuba di'padam'kan oleh Berita Harian kerana sehingga kini penulis gagal menemui artikel asalnya...namun melalui 'library.perdana.org', penulis dapat mengesan dan memaparkan balik berita tersebut sepertimana link diatas..

Penulis akan mengemaskini berita ini dalam satu entry khas "Koleksi UMNO dan JUDI" di SINI utk memudahkan rujukan di masa hadapan...wallahua'lam...


Artikel berkaitan:
- PANAS BERAPI: Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

P/s: Penulis arif bab hukum sedekah hasil judi ini sepertimana yg diterangkan oleh Ust Zaharuddin..penulis cuma ingin melihat reaksi penyokong tegar Umno..kalau di PP mereka sanggup buat drama supaya org kampung memulangkan duit tu balik kononnya tidak suci dan sebagainya, bagaimana pula dgn kes ini..

Walaupun dah dijelaskan oleh tokoh agama bahawa mereka tidak perlu memulangkan wang itu kerana itu hak mereka, lakonan memulangkan semua duit ini tetap diaturkan oleh Umno PP demi politik sempit mereka...sungguh jahil..sekarang rasakan sendiri...

KOLEKSI berita rasuah, ugut, pukul, gaduh, tumbuk sesama pemimpin Umno..

Posted: 05 Oct 2010 09:32 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Penulis dahului mukaddimah entry ini dengan petikan berikut:

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa pelbagai cara digunakan di dalam pertandingan sengit merebut jawatan di dalam parti pada masa ini, termasuk politik wang, makihamun dan ancaman. Menurut beliau lagi, perkara-perkara negatif yang berlaku pada ketika ini diibaratkan seperti "penyakit barah" yang boleh menghancurkan Umno.
Sengaja penulis kumpulkan balik artikel/berita terdahulu tentang rasuah, politik wang, gaduh, pukul, tumbuk sesama pemimpin dan ahli Umno menjelang PAU 2008 dahulu...

Mungkin ramai yang belum tahu, atau sudah terlupa, atau yang 'terbuat lupa'..kita tidak kisah bagi golongan yg belum tahu atau yang sudah terlupa, tetapi kita patut 'ambil kisah' apabila ada golongan yang 'sengaja buat2 terlupa'..

Golongan 'sengaja buat lupa'

Siapakah golongan yang 'terbuat lupa'? siapa lagi kalau bukan pengikut tegar parti perkauman Umno dan koncu2nya..mereka begitu asyik dan beriya2 melaporkan beberapa kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR, mereka berteriak gembira musuh politikknya itu berlaku huru-hara, mereka semakin galak mengarang artikel kononnya itu adalah petanda PKR bakal hancur dan sebagainya..

Namun sedarkah mereka siapa dan bagaimana parti mereka sendiri? terlupakah mereka tentang 'bala' yang menimpa parti mereka dulu kini dan selamanya?

Maka di atas kesedaran inilah penulis cuba mengambil inisiatif utk menghimpunkan balik artikel/berita2 yang terdahulu yang berkaitan dgn "Umno-rasuah-gaduh" dalam satu entry khas..selain utk tujuan refresh (peringatan) balik pemikiran2 sesetengah golongan yang 'sengaja buat lupa', juga untuk memudahkah rujukan di masa2 hadapan...



Sebelum meneruskan pembacaan, anda di'wajib'kan untuk membaca 3 artikel di bawah yang berhubung kait dengan tagline "Umno-Rasuah-Gaduh"..

1. Koleksi GAMBAR dan VIDEO rasuah, gaduh, tumbuk sesama pemimpin Umno
2. Koleksi ulasan Pemerhati Politik dan Tokoh Akademik ttg rasuah dalam Umno
3. Koleksi ulasan Mahathir tentang barah rasuah/gaduh di dalam Umno

Untuk yang terakhirnya, segala apa yang dipaparkan dibawah adalah fakta yg diperoleh dari pelbagai sumber tanpa sebarang edit (kecuali sebahagian tajuk kes)...ini sebahagian kecil dari sumber yg diperolehi penulis, banyak lagi sebenarnya..jika kalian punyai maklumat berkaitan, sila laporkan pada penulis utk dikemaskini di sini..terima kasih..


BERITA 1

Gaduh, dipukul dan rasuah politik cemari mesyuarat Umno 

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Umno yang mengadakan mesyuarat tahunan peringkat cawangan sejak dua minggu lalu dicemari dengan siri pergaduhan dan gejala politik wang di seluruh negara ketika pengurusan parti berusaha untuk mengawal budaya kurang sihat daripada berleluasa.

Insiden terbaru melibatkan Bahagian Kota Tinggi di Johor, Bahagian Gopeng di Ipoh dan negeri Selangor melibatkan kawasan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Di KOTA TINGGI, polis menerima lima laporan mengenai kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot yang mengesahkan tentang kejadian pergaduhan itu hari ini berkata, polis menyiasat satu daripada laporan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Ketua Umno Bahagian itu dilaporkan oleh akhbar hari ini sebagai berkata, penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur "kemaruk kuasa."

Syed Hamid, yang telah mendapat 10 pencalonan, dijangka menghadapi saingan sengit dalam pemilihan kali ini daripada bekas naib ketua bahagian itu Daing A.Malik Daing A.Rahman yang telah mendapat 13 pencalonan setakat ini.

Sumber: mStarOnline

BERITA 2

(Belasah dengan kayu hoki tu..)

Kena Belasah Dgn Kayu Golf

DI IPOH, seorang anggota jawatankuasa (AJK) Umno Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu semalam.

Mangsa, Abdullah Abdul Hamid, 44, yang menyertai Umno sejak 1985, menerima rawatan sebagai pesakit luar Hospital Permaisuri Bainun.

Abdullah berkata, selepas selesai mesyuarat, pukul 4.30 petang, beliau yang singgah di Batu Gajah didatangi seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila abangnya yang juga setiausaha Umno Bahagian Gopeng tidak dicalonkan cawangan PCM untuk bertanding timbalan ketua Umon bahagian itu.

Lelaki itu yang juga AJK Umno cawangan Kampung Pisang itu naik berang lalu mengeluarkan sebatang kayu golf dari keretanya lalu memukul Abdullah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Umno Cawangan PCM Hishamuddin Abdul Rahman.

Abdullah yang bekerja sebagai Eksekutif Tekun Nasional di sini kemudian berlari untuk menyelamatkan diri dan dibantu oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan di hospital Bainun sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah.

Jurucakap Balai Polis Batu Gajah ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat oleh Abdullah.

sumber: mStarOnline

BERITA 3

(Sampai terpaksa kerahkah FRU utk jaga mesyuarat Umno..korang fikirlah sendiri...)

Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil

[DIKEMAS KINI] RANTAU PANJANG: Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang semalam kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

BEBERAPA individu yang bertindak agresif dengan menjerit dan membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah ditenangkan oleh individu yang lain ketika mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rantau Panjang hari ini.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 4

(Bukan sahaja lelaki, perempuan (wanita) Umno pun pandai baling2 kerusi ni...ish2..)

WANITA UMNO PULA BALING KERUSI

KUALA SELANGOR: Hari ini Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.

Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.

Laporan Bernama menyebut, pihak media juga dihalang daripada masuk ke dalam dewan mesyuarat untuk mengikuti proses pengundian.

Sumber: mStarOnline

BERITA 5

(Ni antara yg paling dahsyat..gambar dan video sepertimana link yg diberikan diatas..)

Kerusi terbang warnai sidang Umno Seremban, Pak Lah kecewa

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

SUMBER: mstaronline

BERITA 6

(Bukan setakat bergaduh, siapa baling TELUR TEMBELANG lagi..dahsyat umno ni..)

Mesyuarat agung cawangan kecoh

SEREMBAN: Mesyuarat Agung Tahunan Umno cawangan Sungai Machang Hilir, Lenggeng, dekat sini petang kelmarin kecoh selepas berlaku tolak-menolak di kalangan ahli selain kejadian membaling telur tembelang.

Mesyuarat bermula jam 3 petang yang dirasmikan Naib Ketua Umno Seremban, Md Nor Awang itu, mula kecoh apabila segelintir daripada 127 ahli membantah penyata kewangan, kelewatan menerima notis mesyuarat serta kehilangan 40 borang keahlian cawangan.

Wakil bahagian yang bertindak selaku pemerhati mesyuarat, Kamaruddin Malan, berkata selepas berlaku kekecohan beliau menasihatkan pengerusi menangguhkan mesyuarat kerana bimbang kejadian bertambah buruk.

Sumber: Berita Harian

BERITA 7

(Fuh..siap kene simbah asid lagi..)

Ketua UMNO cawangan parah disimbah asid

KOTA BHARU 3 Sept. – Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, di perkarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar dari kereta sebaik tiba di rumah.

Sumber: KosmoOnline

BERITA 8

(Seram betul baca pengakuan pemimpin Umno di bawah ni..korang bacalah..)

MT perlu bertindak segera

PUTRAJAYA 3 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO digesa melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu.

Ahli MT, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil mengeluarkan gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.

Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.

"Bukan itu sahaja, ada ahli UMNO juga melakukan kejutan vandalisme, kalau ada poster parti lawan...ia dipotong.

"Di Segamat pula, ahli UMNO bergaduh hingga patah kerusi semasa mesyuarat cawangan. Pemilihan parti lebih sengit daripada pilihan raya. Ini berlaku di kebanyakan tempat di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

"Yang jelas ialah pengawasan UMNO di peringkat negeri tidak mampu... Jadi, lekas-lekaslah MT ambil tindakan agar semangat silaturrahim ini segera dipulihkan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 9

(Bukan setakat gaduh dan simbah asid, kes bunuh pun ada?..)

Terbaru di Kota Bharu hari ini, Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Noor Awang, 47, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merasuah Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat Rezwat Shahril Zainal Ariffin supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Semalam juga menyaksikan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61, yang mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.

Bagaimanapun polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Beberapa insiden pertelingkahan termasuk kejadian membaling kerusi dan penggunaan wang juga dilaporkan berlaku semasa mesyuarat cawangan baru-baru ini.

Banyak pihak percaya ia akan menjadi semakin hangat menjelang pemilihan peringkat bahagian bulan depan dan pusat Disember ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 10

Gejala ugut-mengugut semakin menjadi-jadi

Mesyuarat perwakilan Pemuda Bhagian itu minggu lalu kecoh apabila perwakilan bertindak menandatangani memorandum membantah mesyuarat berkenaan yang didakwa tidak sah atas sebab-sebab teknikal.

Semalam sembilan ahli jawatankuasa Pemuda bahagian termasuk naib ketua Pemudanya, Mohd Shahruddin Mohd Jamal mengancam untuk meletakkan jawatan jika mesyuarat perwakilan itu tidak diadakan semula.

Norisham berkata, adalah amat penting untuk semua ahli Pemuda Umno bahagian terutama barisan anggota jawatankuasanya menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan Perhubungan Umno Negeri Johor itu.

"Saya difahamkan ada ura-ura beberapa ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian ini mahu meletakkan jawatan, tetapi sebagai ketua Pemuda Umno yang baru dipilih, saya mahu mereka menimbangkan semula keputusan berkenaan," katanya.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 11

(Sempat lagi penyokong Umno buat 'demontrasi' tgh2 mesyuarat'...)

22 cawangan Wanita Umno Pasir Mas bantah mesyuarat

PASIR MAS: Anggota 23 cawangan Wanita Umno Bahagian Pasir Mas hari ini berkumpul secara aman di hadapan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini bagi membantah persidangan perwakilan Wanita Umno bahagian itu.

Wakil kumpulan itu, Zubaidah Awang Chik, berkata mereka menuntut mesyuarat itu dibatalkan berikutan pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu yang dikatakan tidak sah.

"Kami berasa cukup tidak puas hati kerana mesyuarat 23 cawangan Wanita dari 25 hingga 31 Julai lalu dibatalkan dengan sebab yang tidak kukuh malahan kami juga tidak diberikan penjelasan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sumber: Agendadaily

BERITA 12

(Bukan setakat PRU, pemilihan parti pun ada kes kertas undi tipu..umno2...)

Kertas undi lebihan 'masuk' lokap polis

ALOR GAJAH: Kertas undi bagi menentukan calon Ketua Umno bahagian Alor Gajah terpaksa dihantar ke Balai Polis Selandar, tengah malam tadi, apabila didapati berlaku lebihan dari segi jumlah.

Berikutan itu, keputusan bagi jawatan berkenaan yang membabitkan perebutan antara Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Ghafarr Atan dan bekas Naib Ketua Umno bahagian itu, Datuk Abdul Kadir Daud, terpaksa ditangguhkan selepas proses pengiraan berlarutan sejak jam 1.30 tengah hari.

Jawatankuasa Pemilih terpaksa menangguhkan keputusan itu dan membawa kertas undi itu ke balai polis selepas jumlah undi didapati bertambah sebanyak tiga, iaitu daripada 395 menjadi 398.

Keputusan menghantar kertas undi itu ke Balai Polis Selandar diputuskan oleh wakil Perhubungan Umno Negeri, Datuk Latiff Tamby Chik, kira-kira jam 12.00 tengah malam.

Semua kertas undi itu yang disimpan dalam sebuah kotak di lokap Balai Polis Selandar jam 12.40 tengah malam tadi dengan disaksikan Abdul Ghafarr dan Abdul Kadir

Sumber: pasbagandatoh

BERITA 13

(Ugut-ugut ni biasa je dlm Umno..siap pemimpin tertinggi lagi berani diugut..)

Shahrir dedah terima SMS ugutan politik

JOHOR BAHARU 26 Okt. — Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbau ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak bermulanya mesyuarat perwakilan UMNO bahagian dua minggu lepas.

Penghantar mesej itu dengan angkuhnya menurut Shahrir, meminta UMNO Bahagian Johor untuk mencalonkan dua ahli politik tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan Mac tahun depan.

"Mesej itu meminta kita menyokong dua tokoh itu...kalau tidak dan jika menang kedua mereka, bahagian Johor Baharu tidak akan disokong, akan ditindas dan dikenakan tindakan," katanya tanpa menamakan siapakan dua ahli politik yang dimaksudkan itu.

Sumber: Bernama

BERITA 14

(Bukan setakat memakihamun parti lawan, memakihamun sesama sendiri pun biasa je bagi Umno...)

Mesyuarat Perwakilan Umno Kota Tinggi kecoh dengan 'tongong' dan 'bangang' antara dua kumpulan

Mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi hari ini kecoh apabila beberapa perwakilan mempersoalkan keputusan penggantungan keahlian tiga tahun terhadap beberapa orang pemimpin peringkat bahagian itu baru-baru ini.

Kekecohan itu berlaku sebelum mesyuarat dimulakan dengan rasmi, sebaik ketua bahagian itu Datuk Seri Syed Hamid Albar selesai memberikan ucapan perasmian.
Kata-kata kasar digunakan oleh golongan yang berbeza pendapat sehingga memaksa Syed Hamid naik semula ke pentas merayu agar perwakilan tidak menggunakan apa yang dipanggilnya undang-undang hutan.

Kekecohan itu berlanjutan lebih kurang 40 minit dengan panggilan 'tongong' (bodoh) dan 'bangang' digunakan oleh kumpulan-kumpulan berbeza.

Mesyuarat perwakilan bahagian itu memang dijangkakan panas berikutan ketidakpuasan hati sebahagian perwakilan terhadap keputusan penggantungan keahlian beberapa pemimpin bahagian setelah disabitkan dengan rasuah politik oleh lembaga disiplin Umno.

Sumber: mStarOnline

BERITA 15

(Bukan 3, bukan 4, bukan 20, tapi 37 mesyuarat cawangan Umno terpaksa dbatalkan..ada pengundi hantu ke?..)

Mesyuarat 37 cawangan Puteri Umno Bayan Baru batal

PULAU PINANG: Mesyuarat kesemua 37 cawangan Puteri Umno dalam Bahagian Bayan Baru diisytihar tidak sah kerana terdapat banyak perkara yang meragukan.

Surat mengenai pembatalan semua mesyuarat itu yang ditandatangani Penolong Setiausaha pergerakan itu, Marina Yahaya, dan yang dihantar kepada Umno Bahagian, turut memaklumkan bahawa Puteri Umno cawangan dan bahagian Bayan Baru akan berstatus penaja sehingga mesyuarat khas Puteri Umno bahagian diadakan.

Menurut surat itu, pengurusan Puteri Umno negeri yang sudah bermesyuarat petang semalam meminta Ketua Puteri bahagian itu Norhayati Fitrah Shahril mengadakan semula mesyuarat Puteri Umno cawangan-cawangan dalam tempoh sekarang hingga Mac depan.

"Ini adalah kerana terdapat banyak perkara yang meragukan dalam laporan perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan Puteri Umno terutama status sebenar cawangan, korum kehadiran dan senarai nama yang digunakan adalah diragui," kata jurucakap Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Sumber: Bernama

BERITA 16

(Demi kuasa, sanggup rasuah berjuta2..itulah Umno..)

Razaleigh: Ada bahagian minta 'rasuah' pencalonan RM2 juta

KOTA BARU: Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.

Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.

Sumber: mStarOnline

BERITA 17

UMNO terima 900 aduan politik wang

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

"Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 18

(Rasuah yg sukar dipisahkan dgn Umno sehingga keluar kenyataan "sia-sia buat laporan"...)

Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 19

(Tipu-menipu biasa bagi umno..yg ditipu buat laporan polis..)

Sg Petani: Pemerhati buat laporan polis

Satu laporan polis telah dibuat kerana mendakwa berlaku unsur-unsur penipuan dalam pemilihan ketua bahagian Umno Sungai Petani semalam.

Laporan itu dibuat oleh seorang pemerhati mesyuarat tersebut, Salim Hashim, di ibu pejabat polis Kuala Muda, tengah malam tadi.

Dalam laporannya, Salim mendakwa berlaku unsur-unsur dalam pengiraan undi bagi jawatan ketua bahagian.

Pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu membabitkan dua calon - Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ali Yahya.

Azizan adalah ketua Umno cawangan Pekan Tikam Batu manakala Ali adalah bekas setiausaha politik bekas menteri besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 20

Umno perlu 'ubat kuat'

PUTRAJAYA: 'Ubat kuat' diperlukan bagi menyelamatkan Umno yang sakit tenat akibat pelbagai masalah dalaman yang melanda parti itu ketika ini akibat perebutan jawatan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau tidak khuatir sekiranya kenyataan itu menjadikan beliau dibenci sebahagian ahli Umno sendiri demi memastikan parti itu terus kukuh dan diterima masyarakat Melayu.

"Apa saya risau sekarang ialah parti saya iaitu Umno kini dalam keadaan sakit. Justeru, saya akan memberi ubat yang lebih kuat untuk memulihkan kembali bahagian Umno yang bermasalah.

"Jika anda sakit dan ubat berkesan tidak diberikan, macam mana anda nak pulih?

Sumber: HarianMetro

BERITA 21

(Gaduh besar sehingga bawa kes ke mahkamah..namun tak pasal2 kene pecat..demokrasi ala umno..)

Bawa kes ke mahkamah, Umno pecat AJK Tanah Merah

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.

Beliau mendapatkan perintah itu pada 4 November lalu yang berkuatkuasa sehingga esok. Menurut surat dari ibupejabat Umno yang bertarikh 18 November, pemecatan Abdul Rahman berkuatkuasa pada 4 November lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia antara lain menyebut, mesyuarat jawatankuasa pengurusa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang kelmarin memutuskan keahlian Abdul Rahman gugur berkuatkuasa 4 November mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 22

(Pemimpi tertinggi Umno pun terlibat rasuah..yg bawah?..)

Lagi kes politik rasuah diterima BPR, UMNO akui kes banyak

PETALING JAYA: Veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti manakala Setiausaha Agung pula mengakui telah menerima banyak laporan mengenai pergaduhan dan politik wang dari seluruh negara.

Laporan hari ini dibuat berdasarkan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO, yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik, kata Mazlan ketika ditemui di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di sini selepas membuat laporan itu.

Kata Mazlan, berkata laporan itu dibuat bertujuan memastikan proses pemilihan UMNO di semua peringkat dijalankan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa.

Ditanya sama ada apaapa bukti dikemukakan kepada BPR, beliau berkata semua dokumen berkaitan dakwaan tersebut telah diserahkan kepada BPR.

Sumber: mStarOnline

BERITA 23

(Lagi dan lagi kes 'kerusi terbang'..kini di Sabah..)

Pergaduhan tercetus dalam mesyuarat UMNO Batu Manikar

LABUAN: Mesyuarat Agung Persidangan UMNO Cawangan Batu Manikar yangmu-lanya berjalan dengan lancar bertukar kecoh apabila beberapa ahli UMNO yang hadir berang dengan tindakan pengerusi tetap ya-ng gagal menjalankan tugas dengan cekap.

Kekecohan mesyuarat cawangan UMNO Batu Manikar yang berlangsung di balai raya kampung itu malam kelmarin (Ahad) merupakan kekecohan pertama yang membabitkan pergaduhan sehingga polis terpaksa dipanggil un-tuk menenteramkan keadaan.

Menurut satu sumber, kejadian membaling kerusi turut berlaku apabila pengerusi tetap yang mengendalikan mesyuarat dikatakan cuba melambat-lambatkan perjalanan mesyuarat di samping mencabar salah seorang ahli UMNO untuk mengambil alih tempatnya.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, pengerusi tetap yang mendapat kecederaan di bahagian muka akibat terkena balingan kerusi dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian itu, pengerusi tetap yang merupakan seorang guru besar yang mengajar di sebuah sekolah rendah di sini turut membuat laporan polis malam kelmarin.

Sumber: NewSabahTimes

BERITA 24

(Gejala rasuah paling terburuk dalam sejarah ketamadunan negara Malaysia..memalukan!..)

Gejala politik wang membimbangkan – Mustapa

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap calon yang mengamalkan politik wang bagi meraih undi supaya pemilihan jawatan dalam parti berlaku secara adil.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan calon berkenaan mengamalkan politik wang untuk meraih undi, Lembaga Disiplin perlu bertindak tegas.

Katanya, gejala itu semakin membimbangkan dan tindakan segera perlu diambil supaya ia tidak terus merebak.

"Perkembangan politik wang pada tahun ini adalah yang terburuk pernah berlaku dan ia telah pun merebak hingga ke peringkat akar umbi,'' katanya pada sidang akbar selepas melawat Projek Bumi Hijau di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Muhibbah Puchong, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 25

(Dahsyat, 10 ribu laporan rasuah dlm 6 bulan..itu yg dikira, yg xdikira?...)

BPR terima 10,000 laporan rasuah dalam 6 bulan

MIRI: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menerima sebanyak 10,000 laporan melalui pelbagai kaedah pada enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Menurutnya, daripada jumlah maklumat yang diterima itu, hanya 3,000 kes sahaja mempunyai alasan untuk membuka fail siasatan.
Katanya majoriti daripada maklumat yang diterima adalah dalam bentuk surat layang yang tidak mempunyai asas, elemen fitnah atau tidak relevan dengan fungsi agensi itu.

"Bagaimanapun, kita akan membantu menyalurkan aduan yang tidak berkaitan dengan kita kepada jabatan kerajaan dan agensi yang relevan," katanya pada sidang akhbar selepas menutup pertandingan debat antirasuah peringkat negeri bagi pelajar pra universiti di sini hari ini.

Sumber: Bernama

BERITA 26

UMNO dalam zon bahaya - Muhyiddin Yassin

KOTA BHARU 10 Ogos - Gejala politik wang yang kini berleluasa di peringkat mesyuarat cawangan jika tidak dibendung akan meletakkan UMNO dalam zon bahaya.

"Keadaan ini amat menakutkan seolah-olah ia menjadi seperti amalan biasa dan ia merupakan barah yang akan menghakis terus kedudukan politik UMNO dalam negara," katanya.

Katanya, sebelum ini laporan mengenai politik wang hanya berlaku selepas tempoh pemilihan di peringkat cawangan.

''Tetapi kini adalah sebaliknya apabila ia dilaporkan walaupun tidak rasmi sebelum bermula proses pemilihan. Ini adalah petanda yang amat tidak baik," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 27

Rasuah Umno semenanjung merebak ke Sabah..ish2..

Dakwaan sogok cawangan UMNO

KOTA KINABALU: Seorang Ketua UMNO Bahagian bergelar datuk dan setiausaha bahagian itu, disoal siasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam berhubung dakwaan terbabit dalam politik wang.

Kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan menyogok beberapa pemimpin UMNO cawangan sebanyak RM1,500 seorang bagi mendapatkan pencalonan menjelang pemilihan bahagian itu, Oktober ini.

Mereka dipanggil ke pejabat BPR negeri di Kompleks Persekutuan, Likas, kira-kira jam 10.30 pagi dan sehingga jam 6 petang, kedua-duanya dikatakan masih berada di pejabat berkenaan.

Menurut sumber, sogokan itu diberi sebagai ganjaran mereka dicalonkan tanpa cawangan berkenaan mengadakan mesyuarat masing-masing.

Pengarah BPR Sabah, Latifah Mohd Yatim, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mengakui pihaknya menerima aduan berhubung politik wang sepanjang mesyuarat cawangan UMNO di Sabah.

Sumber: Berita Harian

BERITA 28

(Nak kaya masuk Umno..bukan penulis cakap, pemimpin Umno sendiri yg cakap...)

Pemimpin amal rasuah politik sekadar nilai kain pelikat

KUALA LUMPUR: Murahnya nilai seseorang pemimpin UMNO jika benar undi pencalonannya ke suatu jawatan dalam parti boleh dibeli dengan harga serendah RM500, kalaupun tidak sekadar sehelai kain pelikat.

Menyedihkan, namun itu antara laporan yang diterima Badan Pencegah Rasuah (BPR) membabitkan senario rasuah politik yang mewarnai pemilihan UMNO kali ini.

Ia menjurus kepada satu kesimpulan iaitu pucuk pimpinan tertinggi parti belum berupaya menangani gejala itu, sekalipun telah mengetatkan peraturan dengan meminda tata etika pemilihan sejurus sebelum mesyuarat cawangan bermula 17 Julai lepas.

Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa berkata, rasuah politik akan tetap berlaku dalam parti itu selagi persepsi bahawa jawatan dan kuasa menjanjikan kekayaan mencorakkan pemilihan.

"Dulu perjuangan nombor satu adalah hendak merdeka. Bila sudah merdeka, hendak membangunkan negara pula. Masa inilah banyak projek pembangunan dan kita tidak boleh nafi yang dapat projek-projek ini kebanyakan orang UMNO.

"Jadi daripada situlah wujud persepsi mahu kaya, hendak projek, masuklah UMNO," katanya kepada Bernama.

Sumber: Bernama

BERITA 29

INSIDEN TUMBUK MENUMBUK- DI MESYUARAT PEMUDA UMNO TITIWANGSA MACAM FILEM "BRUCE LEE"?

Aduhh, selepas berita lontaran "sms" yang melibatkan pemimpin utama UMNO di WP mengamatkan suasana politik di Wilayah Persekutuan baru - baru, kini Wilayahkini dapat satu lagi berita yang panas, tapi kali ini insiden tumbuk - menumbuk macam filem "Bruce Lee". Wilayahkini dengar berlaku pergaduhan di mesyuarat khas Pemuda UMNO Tiitiwangsa pada 23 Oktober lepas yangmelibatkan Ketua Pemudanya Idham Yasser Suleiman dan Naib Ketua Pemudanya Nazir Hussin.

Di fahamkan Idham Yasser yang juga anak kepada Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad dan Nazir Hussin yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis berikutan insiden tersebut.

Wilayahkini dengar Nazir Hussin dikatakan telah ditumbuk oleh Idham Yasser Suleiman ketika mesyuarat khas sedang berjalan dan di saksikan oleh barisan AJK Pemuda UMNO Titiwangsa. Namun, Wilayahkini tidak dapat pastikan apa yang sebenarnya telah berlaku kerana macam - macam yang kami dengar ?

Sumber: Wilayahkini

BERITA 30

Perbalahan Dalam Mesyuarat UMNO Padang Serai

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kulim Golf Resort, di sini, tercemar apabila berlaku pergaduhan sejurus beliau tiba di pintu hadapan bangunan tersebut.

Pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum dan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemimpin UMNO bahagian itu.

Keadaan bertambah tegang apabila berlaku tumbuk menumbuk melibatkan beberapa orang. Keadaan bagaimanapun dapat dikawal polis tidak lama kemudian.

Sumber: Kedahlanie

p/s: Entry ini sedang dan akan terus dikemaskini..segala kesulitan amat dikesali..;)

Artikel berkaitan:
1. 18SG: Koleksi himpunan VIDEO/GAMBAR gaduh, pukul, tumbuk sesama pemimpin Umno
2. RASUAH dlm UMNO: Apa kata pemerhati politik & tokoh akademik?
3. Rasuah dalam UMNO: Apa kata Tun Mahathir?

PRK N.45 Galas: Dua Isyarat awal ini ternyata membimbangkan Umno...

Posted: 05 Oct 2010 03:39 AM PDT



ISYARAT 1
- Dari Non-Muslim Galas

"Analisa awal menunjukkan sokongan masyarakat Cina di Gua Musang terutama di Galas tidak berubah, mereka masih memberi sokongan penuh kepada rakan PR tidak kira apa parti sekalipun," katanya kepada Sinar Harian..Mengenai persiapan sayap baru Pas itu, Pang Chaw berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan untuk menggerakkan jentera parti dan pihaknya tidak bermasalah untuk mengumpulkan jentera parti.

ISYARAT 2
- Dari Orang Asal Galas

"Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga," ujar wakil Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Berita penuh....

BERITA 1

70 peratus undi Cina diyakini berpihak kepada Pas

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas yakin lebih 70 peratus dari 2,500 undi masyarakat Cina yang akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan berpihak kepada Pas.



Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, momentum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu menunjukkan masyarakat bukan Melayu memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) tidak berubah, sekali gus memberi kelebihan kepada Pas untuk mempertahankan kerusi Galas.

"Analisa awal menunjukkan sokongan masyarakat Cina di Gua Musang terutama di Galas tidak berubah, mereka masih memberi sokongan penuh kepada rakan PR tidak kira apa parti sekalipun," katanya kepada Sinar Harian.

DUN Galas mempunyai 10,330 undi yang diwakili masyarakat Melayu 65 peratus, Cina 22.3 peratus, India 1.8 peratus manakala lain-lain 10.5 peratus.

Dalam pada itu, Pang Chaw berkata, pihaknya tidak bermasalah untuk mendapatkan undi bukan Melayu termasuk masyarakat Orang Asli di Galas.

Katanya, kelebihan itu penting buat Pas untuk mempertahankan kerusi itu tetapi perlu memasang strategi khusus untuk menarik sokongan kaum Melayu.

Mengenai persiapan sayap baru Pas itu, Pang Chaw berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan untuk menggerakkan jentera parti dan pihaknya tidak bermasalah untuk mengumpulkan jentera parti. - Sinar Harian

BERITA 2

Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS



KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.

"Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga," ujar beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Beliau berucap demikian di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Negeri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri.

Pandak juga berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah.



Sementara itu, Datuk Ahmad Yakub berkata, pelbagai dasar dan pelaksanaan telah dibuat untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau juga memberitahu, sehingga kini seramai 240 Orang Asli telah dimasukkan dalam senarai peserta Ladang Rakyat.

"Kita seberapa daya usaha telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini dan alhamdulillah, kerjasama dari tuan-tuan amat memberangsangkan," kata beliau. - Harakahdaily

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MAHATHIR KAYA DENGAN `GELARAN' DAN `GELARAN TERBAIK' DATANGNYA DARI PEMIMPIN UMNO SENDIRI

Posted: 05 Oct 2010 10:00 PM PDT

Oleh: Pria Malaya

Puak2 Umno begitu naik angin bila Azmin Ali mencuit 'godfather' mereka..riuh blogger tegar Umno mengecam Azmin Ali, termasuklah sekutu rapat Umno PERKASA, sehingga mengeluarkan kenyataan supaya perwakilan PKR jangan sokong Azmin Ali, dan sokong Mustaffa Kamil Ayob..sungguh melucukan..

Dalam sibuk penyokong totok Umno menjerit memarahi Azmin Ali, mereka tidak sedar, para pemimpin tertinggi Umno sendiri pernah mengkritik, menghina dan memakihamun 'godfather' mereka..ada sebarang tindakan? nehi...sungguh malang nasib 'pencacai' bawahan, jeritan mereka langsung tidak dipandang oleh pemimpin atasan, bahkan pemimpin tersebut masih selesa memegang erat jawatannya di dalam Umno dan kerajaan...

So, sengaja penulis bangkitkan balik berita lama utk tatapan puak2 fanatik Umno, biar celik sikit mata (hati)...di bawah juga penulis lampirkan balik isu di mana Tun M pernah memperlekeh Tuan Guru Dr Haron Din semasa beliau sedang sakit..mungkinkah ini balasannya?...fikir2kan...Wink

Ini satu berita yang pernah disiarkan oleh akhbar:

"Pemimpin Umno bawa budaya kurang ajar, jadikan saya pariah, panggil saya iblis"

ALOR STAR, 28 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggil beliau beruk dan iblis.

Ketika mengulas usul yang diluluskan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik beliau, Dr.

Mahathir berkata, "Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru.". Bagaimanapun, beliau tidak peduli sama ada Umno akan memecat Nazri atau tidak.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/hot-pemimpin-umno-bawa-budaya-kurang.html

PERKASA SOKONG MUSTAFA KAMIL KERANA ISLAM ?

Posted: 05 Oct 2010 06:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada calon Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub yang menolak sokongan geng-geng PERKASA terhadapnya. Sdr Mustafa sedar sokongan PERKASA terhadapnya tidak ikhlas kerana PERKASA tidak pernah sealiran dengan PKR. Tetapi seperti biasa, sesiapa pun di dalam PERKASA bukan jenis yang tahu malu seperti juga Presidennya sendiri.

Ketua Wira PERKASA masih tegas untuk menyokong Sdr Mustafa Kamil walaupun calon Timbalan Presiden PKR itu menolaknya. Ini adalah kerana PERKASA tidak akan mengalah selagi tidak melihat perpecahan berlaku di dalam PKR. Kita semua sedar hubungan Sdr Mustafa Kamil dengan YB Azmin Ali amat baik dan mereka di antara pilihan terbaik untuk ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Walaupun saya menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, namun saya amat berpuas hati jika yang memenangi pertandingan ini kelak adalah Sdr Mustafa Kamil.

Mengapa secara tiba-tiba PERKASA menyebut soal Islam apabila menyokong Sdr Mustafa Kamil? Semenjak bila PERKASA komited dengan perjuangan Islam, sedangkan semua tahu betapa PERKASA lebih `Melayu' dari Umno. Kerana terlebih `Melayu' lah maka PERKASA juga ditolak oleh Umno. Sekiranya benar PERKASA cintakan Islam, mengapa PERKASA dilihat begitu anti dengan PAS? Ini bukti menunjukkan bahawa niat PERKASA hanya satu iaitu ingin melihat PKR hancur lebur dan berpecah belah.

Hakikatnya, PERKASA terasa hati apabila YB Azmin menggelar Tun Mahathir sebagai `pemimpin tersungkur'. Tun Mahathir amat dipuja oleh PERKASA walaupun Nazri Aziz pemimpin Umno pernah menggelar Tun sebagai `nyanyuk'. Tidak hairanlah PERKASA sering bergaduh dengan Nazri Aziz. Justeru itu, pelik apanya PERKASA menyokong Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

FAEKAH CEMERLANG BANTU KHALID DI SELANGOR

Posted: 05 Oct 2010 08:57 AM PDT


Harakahdaily

SHAH ALAM, 5 Okt: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun sebelumnya ramai yakin beliau akan kalah.

Namun siapakah sebenarnya di belakang kejayaan beliau itu? Ia tidak lain dan tidak bukan dari Setiausaha Politik beliau yang baru dilantik beberapa bulan lalu, Faekah Husin (gambar).

Ini adalah tugas besar pertama yang beliau harus buat bagi membantu bosnya dan terbukti walaupun seorang setiausaha politik wanita yang pertama, Faekah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Kegembiraan itu masih lagi dikongsi Faekah ketika ditemui di pejabatnya semalam.

"Ooo bukan senang. Bayangkan, 80 peratus pengundi yang menyertai mesyuarat agung itu adalah India," kata Faekah ketika ditemui yang jelas kelihatan masih sangat teruja dengan kejayaan beliau membantu bosnya.

Dalam mesyuarat agung pemilihan itu, Khalid mendapat 722 undi, menewaskan Muhammad Kamilvaanan Abdullah (348) dan Mazli Saring (122 undi)./Harakahdaily

ROSMAH `MENUNTUT' ILMU SEKOLAH MENGANDUNG DI BELGIUM

Posted: 05 Oct 2010 08:50 AM PDT

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium
Okt 5, 10

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya./Malaysiakini

`MAHATHIR TERSUNGKUR' - MUSTAFA KAMIL DAN SEMUA AHLI PKR SOKONG AZMIN

Posted: 05 Oct 2010 08:19 AM PDT

Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA
Jimadie Shah Othman
Okt 5, 10

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.

Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih."Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.

Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.

"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.

Sementara itu, mengulas isu pilihan raya kecil Galas, Mustaffa berkata PKR akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu calon PAS yang bertanding.

Beliau juga berharap pemilihan dalaman PKR tidak akan menjejaskan sokongan kepada rakan mereka dalam Pakatan./Malaysiakini

YB AZMIN TERLALU SOPAN DENGAN MAHATHIR

Posted: 05 Oct 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI memetik kenyataan Presiden Majlis Belia Felda, "Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Australia kini sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur."

Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan. (Malaysiakini)

Rupa-rupanya ada juga `anak jantan' tenaga muda dari Felda. Saya sebelum ini tidak pernah tahu dan tidak kenal siapa dia Anuar Manap ini. Maklumlah, sewaktu warga Felda dibelenggu dengan kesusahan dan masalah `ditipu' wang mereka, suara ini tidak pula kedengaran. Terpaksa warga Felda ini mengadu ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan, dan diberitakan ada beberapa kes yang menyokong tuntutan warga Felda ini di mahkamah.

Secara tiba-tiba terpacul suara Presiden Majlis Belia Felda Malaysia ini, tetapi bukan untuk memperkatakan hal ehwal Felda dan permasalahannya tetapi bercakap darihal politik parti pembangkang pula. Selama ini warga Felda pun tahu Pembangkanglah yang bersungguh-sungguh membela nasib mereka yang sering teraniayai ini. Apa pula kaitan YB Azmin dengan Felda? Jika YB Azmin menyebut bahawa Tun Mahathir `tersungkur' atau `tertiarap', itu adalah gelaran yang terbaik buat Tun. Apa pula kena mengena gelaran tersebut dengan pemilihan pemimpin di dalam PKR?

Jika YB Azmin tidak menyebut darihal Tun Mahathir pun, semua orang tahu bahawa Tun Mahathir adalah seorang manusia yang suka menjahanamkan bangsanya sendiri. Umno rosak pun akibat tangan Tun Mahathir. Sejak awal lagi iaitu semasa pertandingan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Ku Li, Umno teruk berpecah sehingga diharamkan. Tun Mahathir `cipta' Umno baru selepas itu dan wujud pula Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika Tun berkuasa.

Tidak serik dengan itu, Tun Mahathir memecahkan lagi orang-orang Melayu apabila DS Anwar dipecatnya angkara fitnah liwat. Perpecahan orang-orang Melayu kali ini lebih hebat lagi dan terbentuk pula Parti Keadilan Rakyat sehingga sekarang. Itu belum dikira bagaimana Tun menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Dalam aspek agama, usah dikira betapa Tun amat anti kepada PAS yang mahu perundangan Islam ditegakkan. Hukum menyimpan janggut yang menjadi `Sunnah' itu pun Tun boleh hinakan, apatah lagi yang wajib.

Jadi pada saya, gelaran yang diberi oleh YB Azmin itu tersangatlah penuh dengan budi bahasa jika dibandingkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh Tun. Bukan kita tidak pernah dengar ada Menteri Umno yang menggelar Tun `nyanyuk'? Mengapa Presiden Majlis Belia Malaysia ini membisu ketika itu? Perkataan `nyanyuk' dan `tersungkur', mana lebih biadap?

Oleh yang demikian, suka kita ingatkan kepada Majlis Belia Felda ini agar lebih menumpukan kepada masalah-masalah warga Felda. Mereka perlu tahu ke mana `ghaib'nya wang-wang Felda. Mereka mesti mendalami keluhan warga-warga Felda yang semakin susah sekarang walaupun baru sahaja mendapat duit raya tiga ratus lebih itu. Jangan sibuk pasal politik jika tidak tahu bagaimana orang politik `berperang'./wfauzdin.blogspot.com