Isnin, 4 Oktober 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Mustafa Kamil Guna PERKASA untuk Tumpaskan Anwar,Banggali Pundek di Perak,Muyidin Terminum Susu Basi

Posted: 04 Oct 2010 05:04 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

Sebelum aku pegi mandi..terimalah apa yg aku baca kat BH punya website...

Itu Banggali Pundek ADUN Malim Nawar yg baru kuar parti DAP sudah lompat masuk PPP...macam2 la kes DAP ni skang..itu hari KULASEGARAN pun sudah mau merajuk..apsal agaknya???adakah pasal diorang jeles sbb DAP ada niat nk menambah calon MELAYU???atau diorang ni suma mmg AUTA KELING?

MUYIDIN sudah warning..susu 1MALAYSIA tu hendaklah berkualiti..dia tak nak susu tu basi..nanti budak2 kena cirit burit cam SEPOL... ahahaha teringat lak aku kes TAUN yg melanda budak2 sekolah kat MALAYSIA pada sekitar 90 an yg lalu...ini zaman MAHADEY la ni..sorang DOKTOR..kanciang...aku masa tu kecik bebeno lagi..baru nk belaja mmbaca..aku ni lmbab sikit belaja membaca dulu...masa aku umo darjah 2 baru aku pandai membaca.. ahahahaha

Err...aku nunggu gak cerita pasal PERKASA nk HYPEkan MUSTAFA KAMIL.apsal tak kuar BH hah???mungkin sbb tindakan PERKASA ni agak bangang kot....ahahaha aku ingat PEJUANG MELAYU dan ISLAM dalam PKR dah lawas habis dah..ada lagi ke????PERKASA ni leh sibuk lak pasal hal ehwal PKR..apadehal??? nak jadi KELING pun agak2 la...

ahahahahahahahhahaa

bayangkan...dia kata MUSTAFA KAMIL bagus sbb dia ada latar belakang ABIM??? ahahaha wei ANWAR pun ABIM gak..apsal korang tak kata ANWAR lebih cenderung membela MELAYU dan ISLAM wei????

sbb tu aku panggil dak2 PERKASA ni KELING...PERKELING!!!!!!!

ahahahahahahahaha

Shapie Apdal kawin ngan Orang Kedah,Khaled Nordin Tak suka Budak Sekolah

Posted: 04 Oct 2010 02:53 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

tajuk posting aku ni dah sama taraf tajuk episod siri katun GINTAMA dah..tak tau ke GINTAMA tu ape??cite katun JEPUN..dah alih bahasa kepada BM..makin kelaka la jawabnya..mcm spanbob gak..aku tengok katun bukan sbb katun atau aksi katun tu belawan..tapi sbb unsur komedi...tak macam budak2 skang...budak2 MELAYU la..dah besar pun ketagih tengok NARUTO...apa la jadahnya..

Ini sumber dari BH...Shapie Apdal kata Kedah makin MANTAP...so dia tak nak jadi ketua UMNO lama2 kat sana.. ahaha..aku heran la ngn strateji UMNO ni...dia ni kan orng SABAH..apa jadah nya dihntar ke KEDAH... ahahahaha...yg aku heran..HISAMUDIN yg orng PAHANG gi hantar ke TERENGGANU lak...adoi..tu ZAHID HAMIDI...leh dihanta ke PENANG....BADIGOL SOOT tol PALA OTAK NAJIB...hah..SI NAJIB LAK JADI GENERAL UMNO di SELANGOR....

PIEE kata KEDAH MANTAP???tang mana yg MANTAP tu??? ahahahahahaa

Si KHALED lak kasi sound kat dak2 universiti jangn bepolitik secara langsung..maklumla tak lama lagi dah nk PRK...lantak la...ANAK2 MASING2..ANAK2 UMNO dan MENTERI la KHUSUSNYA..masuk je umo 21...BELAJAR KAT U...dah dibagi borang UMNO..tu ..ada KELAB UMNO LUAR NEGARA..SAPA DIA???kan BUDAK2 U...bodo punya mangkuk...

budak2 lepas SPM...masa nk PRU 12 dulu..dibantainya sponsor tshirt KONVOI REMPIT UMNO...

hah...bangang2...UNDANG2 MALAYSIA ADALAH UNDANG2 YG BANGANG..SAMA BANGANG ngn PM2 DIA...

Isap dadah..dapat masuk hostel free...kuar hostel..isap balik..yg mengedar...ntah ye tidak mengedar..kena gantung plak..yg pegang dadah,buat dadah..ada kilang dadah..atau bawak dadah dalam kenderaan..dilepaskan plak...tengok je la kat tv..berapa banyak EMA FATIMAH la punya cerita biasanya pasal kes tak edar dituduh mengedar....dia nk tunjuk yg UNDANG2 MALAYSIA ni..UNDANG2 BADIGOL..

ahahahahahahahaa..anak2 UMNO ni mana diorng sedar..sbb diorang gi skolah dibantai perati punggung CIKGI diorang BERGOYANG... ahahahahaha

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


HOT! “Pemimpin Umno bawa budaya kurang ajar, jadikan saya pariah, panggil saya iblis” - Tun Mahathir

Posted: 04 Oct 2010 07:18 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Puak2 Umno begitu naik angin bila Azmin Ali mencuit 'godfather' mereka..riuh blogger tegar Umno mengecam Azmin Ali, termasuklah sekutu rapat Umno PERKASA, sehingga mengeluarkan kenyataan supaya perwakilan PKR jangan sokong Azmin Ali, dan sokong Mustaffa Kamil Ayob..sungguh melucukan..

Dalam sibuk penyokong totok Umno menjerit memarahi Azmin Ali, mereka tidak sedar, para pemimpin tertinggi Umno sendiri pernah mengkritik, menghina dan memakihamun 'godfather' mereka..ada sebarang tindakan? nehi...sungguh malang nasib 'pencacai' bawahan, jeritan mereka langsung tidak dipandang oleh pemimpin atasan, bahkan pemimpin tersebut masih selesa memegang erat jawatannya di dalam Umno dan kerajaan...



(Gambar hiasan: Perwakilan DAP, maaf, perwakilan MIC suatu ketika dahulu pernah mencadangkan agar gambar Tun M. dikalung dengan selipar atas alasan mencampuri urusan dalam MIC..- gambar ehsan: Mr Google..)

So, sengaja penulis bangkitkan balik berita lama utk tatapan puak2 fanatik Umno, biar celik sikit mata (hati)...di bawah juga penulis lampirkan balik isu di mana Tun M pernah memperlekeh Tuan Guru Dr Haron Din semasa beliau sedang sakit..mungkinkah ini balasannya?...fikir2kan...;)

CERITA 1
"Pemimpin Umno bawa budaya kurang ajar, jadikan saya pariah, panggil saya iblis"

ALOR STAR, 28 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggil beliau beruk dan iblis.

Ketika mengulas usul yang diluluskan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik beliau, Dr.

Mahathir berkata, "Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru.". Bagaimanapun, beliau tidak peduli sama ada Umno akan memecat Nazri atau tidak.
*baca seterusnya di SINI..

CERITA 2
Mahathir terima balasan, ambik kau!

Suatu masa dahulu Dr Mahathir Mohammad pernah memfitnah Dr Haron Din, beliau memfitnah Ustaz Dr Haron Din di kala Beliau sedang diserang sakit dan terpaksa berubat sehingga ke Autralia. Pada masa itu Dr Mahathir yang biasanya dianggap pemimpin bijak, mengeluarkan kenyataan yang paling bodoh lagi bongok untuk memfitnah Dr Haron Din. Si mamak perasan Melayu ini berkata :

"Kalau Haron Din betul pandai ubat orang sakit? Kenapa bila dia sakit dia tak boleh ubat diri dia? Kenapa lari ke Australia?" Kata Mahathir di dalam nada yang sinis.

Di bawah ini jawapan yang diberikan oleh Dr Harun Din pada masa itu,

"Perkara yang sepatutnya tidak jadi isu telah dijadikan isu ke atas saya. Dan ia dibuat oleh PM sendiri. Pada hemat saya tidak patutlah PM bercakap perkara macam ini. Dia menuduh saya mendakwa boleh menyembuhkan semua penyakit manusia. Dan dari situ dijadikan isu, bila saya sakit mengapa saya tidak boleh berubat sendiri? Kenapa lari ke Australia? Sedangkan yang nyatanya tidak pernah dalam hidup saya mendakwa boleh sembuhkan penyakit..."
*baca seterusnya di SINI...

p/s: Apa pun, seperti doa arwah Ust Fadzil Noor, penulis turut mendoakan agar umur Tun M dipanjangkan, untuk melihat dan merasakan sendiri segala yg berlaku ketika waktu kekuasaannya dahulu...semoga Tun M. segera sembuh..

PANAS BERAPI: Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

Posted: 04 Oct 2010 09:33 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Oleh kerana Umno khususnya Umno Pulau Pinang masih memainkan isu sumbangan hasil judi di Pulau Pinang walaupun telah diberi penjelasan oleh kerajaan negeri dan tokoh agama, penulis mengambil kesempatan utk turut berkongsi maklumat dengan kalian mengenai perkaitan antara UMNO dan JUDI...

Apakah kerajaan Umno layak berbicara mengenai judi? siapakah disebalik tabir terhadap kemunculan dan percambahan aktiviti perjudian dalam negara kita?..sama2 saksikan pendedahan bergambar di bawah...

Artikel penuh tentang 'KOLEKSI UMNO DAN JUDI' bileh lihat di SINI (wajib tengok!)...wallahua'lam..


1. Syubhah: Rosmah Mansor terima sumbangan cek dari Syarikat berkaitan judi.



Rosmah Mansor menerima replika cek bernilai RM100,000 daripada Timbalan Pengerusi Genting, Tun Haniff Omar pada pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Angkasapuri. Turut hadir Ahmad Zahid Hamidi, Joseph Salang Gandum dan Muhammad Abdul Ghani (kiri). – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

2. Zaman Mahathir: BAKTI terima cek dari syarikat Genting.



Imbas kembali 16 Ogos 1990 : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) melalui isteri Perdana Menteri ketika itu, Tun Hasmah Ali, menerima sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.

Sumber: The Star

3. Pengerusi Umno, Abdullah Badawi menerima sumbangan dari syarikat berkaitan judi, Resort World.





Abdullah Ahmad Badawi mewakil PEMADAM menerima sumbanyak sebanyak RM1.5 juta dari Resort World pada majlis "Kolokium Ke-II Wanita Pemadam 2003: Pencegahan dadah dan AIDS anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kebangsaan di First World Hotel" pada tahun 2003..

Sumber: PEMADAM

4. Zaman Najib: Syarikat judi taja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.



Syarikat judi Sports Toto menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yatim yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa 2010..Perkara ini langsung tidak diambil kisah oleh Umno sebagai kerajaan ketika itu..yang peliknya, Umno melalak 24jam apabila kerajaan DAP Pulau Pinang memberi bantuan menggunakan dana dari syarikat judi, namun membisu dan membuat tidak tahu apabila syarikat judi terang2 menaja majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim Islam...

Sumber: TheStar

Lagi berita bergambar di bawah (Mesti tengok dan sebarkan!):
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

p/s: Link di atas ini akan sentiasa dikemaskini..mohon rakan2 menyumbangkan bahan berita/bukti yg berkaitan utk dikemaskini dlm satu entry khas...kalian juga digalakkan utk men'copy paste' artikel ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan blog penulis menghadapi gangguan yang tidak diduga..TQ

Gambar sekitar Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS 1-3 Okt 2010 Rusila, Marang..(Edisi 2)

Posted: 04 Oct 2010 06:52 AM PDT

Program: Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2010
Tarikh: 1-3 Oktober 2010
Lokasi: Persekitaran Masjid Rusila, Marang Terengganu
p/s: Gambar Edisi-1 di SINI..





























































Sumber: FB "Nasrudin Hassan"

Artikel berkiatan:
- Gambar sekitar Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS 1-3 Okt 2010 di Masjid Rusila, Marang..(Edisi 1)

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Sosilawati : Polis cari Jesyntha

Posted: 04 Oct 2010 05:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis dan disifatkan amat penting kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu terutama mengenai hubungannya dengan suspek yang ditahan, bagaimanapun enggan memberi ulasan lebih lanjut.

"Saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan polis. Lebih penting, saya amat berharap orang ramai yang mengetahui di mana wanita itu berada supaya segera memaklumkan kepada polis," katanya.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

Sementara itu, semalam polis membawa dua suspek yang terbabit kes pembunuhan Sosilawati ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Banting.

Kedua-dua suspek yang diiringi beberapa anggota polis berpakaian preman memasuki ladang berkenaan kira-kira jam 3 petang sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.

Bagaimanapun, kenderaan Unit Forensik tidak dilihat memasuki kawasan itu dan hanya sebuah kenderaan Volvo dipercayai membawa pegawai penyiasat mengekori kenderaan membawa suspek bagi mendapatkan seberapa banyak bukti kejadian itu.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kes terbaru membabitkan kehilangan ahli perniagaan dari Teluk Bunut, Banting, S Anpalagan yang mempunyai modus operandi sama dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Selain itu, kes itu hampir sama dengan kejadian kehilangan saudagar batu permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthuraja pada Januari lalu.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, untuk urusan pembelian tanah.

Polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Hasil siasatan, Unit Forensik menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik beberapa mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik-beradik bagi membantu siasatan.

Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Oktober dan lima yang lain sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.

Di Bukit Aman pula, isteri S Anpalagan, S Jayanty menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) bagi meminta mempercepatkan siasatan kehilangan suaminya pada Ogos tahun lalu.

Wanita itu berkata, memorandum yang diserahkan mengandungi kronologi kehilangan suaminya dan butir pemilikan harta sebelum dilaporkan hilang - myMetro

Saya yakin Ku Li tidak mahu galas biawak hidup - Mahfuz

Posted: 04 Oct 2010 08:51 AM PDT

Saya yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menerima keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.

Veteran Umno itu terkenal sebagai seorang berpegang teguh pada prinsip perjuangan menegakkan keyakinannya dalam banyak isu yang timbul khusus di Kelantan terutama royalti minyak.

"Beliau sudah pasti tidak akan mahu galas biawak hidup,"

Dalam perkembangan berkaitan, Ku Li yang ketika ini masih berada di luar negara menyatakan belum menerima kehendak Umno yang beria-ia dan menghebahkan beliau telah bersetuju sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.

Sehingga kini beliau masih belum memberikan apa-apa jawapan kepada sesiapapun termasuk (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin, tegas Ku Li menerusi laman twitternya sebagai menjawab soalan rakannya.

Menurutnya, beliau hanya akan mengumumkan pendiriannya sebaik pulang ke tanahair pada 9 Oktober akan datang.

RPK Selamat jika balik - Nazri

Posted: 04 Oct 2010 06:01 AM PDT

Nazri: Malaysia bukan 'banana republic', RPK selamat jika balik

SHAH ALAM, 4 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan kepada penulis blog Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa beliau akan selamat jika kembali ke Malaysia.

"Malaysia bukan 'banana republic' sehingga tidak dapat memberi jaminan keselamatan terhadap seorang saksi bagi satu kes. Saya lebih suka jika Raja Petra balik ke Malaysia dan hadapi dakwaan terhadapnya, dan bertindak mengikut peraturan," katanya yang menghadiri forum mengenai kebebasan bersuara dengan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini hari ini.

Nazri berkata terpulang kepada orang ramai untuk mengadili sama ada apa yang ditulis Raja Petra, betul atau sebaliknya, tapi beliau berpendapat bahawa penulis blog yang sedang melarikan diri itu tidak sepatutnya menjadikan masalah lebih rumit bagi pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

"Ada kebaikan juga dengan (apa yang ditulis Raja Petra dalam blog) kerana sekurang-kurangnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) boleh bertindak ke atasnya jika ia benar.

"Tapi jika ia dibuat seperti ini, orang ramai akan keliru dan ini akan menyebabkan SPRM sukar menjalankan tugas," katanya.

Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan nasional dan perintah untuk menahan beliau mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikeluarkan pada 22 September 2008.

Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.

Dalam pada itu, Nazri berkata media sepatutnya tidak mengadili suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Katanya, beliau tidak mahu media menjadi penganiaya atau pendakwa awam bagi kes itu kerana adalah tidak adil untuk membuat andaian atau melemparkan tuduhan ke atas mereka.

"Sebaik isu ini disensasikan di dalam media, orang yang disiasat itu akan dianggap sebagai bersalah walaupun mungkin tidak begitu.

"Orang ini kemudiannya akan menjadi mangsa penganiayaan media dan berdepan dengan tekanan yang tidak sepatutnya daripada orang awam," katanya.

Nazri meminta media berpegang kepada etika kewartawanan dan menegakkan keadilan dalam melaporkan kes berprofil tinggi.

Ketika ditanya mengenai tindakan beberapa buah pertubuhan yang menyiarkan gambar suspek pembunuhan tanpa mengaburkan wajah mereka, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab media dan bukan kerajaan untuk menetapkan kandungan berita mereka.

"Kita dalam kerajaan menghargai jika amalan penapisan sendiri dibuat oleh media sendiri kerana jika kami yang lakukannya, ia akan kelihatan seperti menghalang kebebasan media," katanya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang Gadong. - TMI

Kertas siasatan kes bunuh Sosilawati hampir siap

Posted: 04 Oct 2010 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata polis masih lagi berbincang dengan unit khas yang mengendalikan kes itu bagi melengkapkan dan mengemaskini siasatan seperti yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara.

"Ada lagi perkara yang perlu disiasat. Dijangka (kertas siasatan) siap dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata kertas siasatan itu berkemungkinan dihantar bersama keputusan ujian DNA.

"Kami belum memperoleh sepenuhnya keputusan ujian dan masih menunggu perincian dari Jabatan Kimia. Kita tidak mahu bagi tekanan kepada Jabatan Kimia, pakar patologi dan mereka yang terlibat, jadi kita akan tunggu perincian sepenuhnya dari mereka dahulu," katanya.

Mohd Bakri turut meminta orang ramai terutama media supaya bersabar menunggu siasatan polis dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Polis telah menghantar kertas siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lepas tetapi dikembalikan semula keesokan harinya untuk dilengkapkan.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor, untuk urusan pembelian tanah.

Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Hasil siasatan, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik mangsa-mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik beradik, bagi membantu siasatan.

Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Oktober dan lima yang lain sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.

Siasatan turut merangkumi satu lagi kes pemubuhan melibatkan hartawan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini pada 18 Januari lepas. – Bernama