Ahad, 3 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RUJUKAN KHUSUS UNTUK MELAYU ISLAM YANG JAHIL DI P.PINANG

Posted: 03 Oct 2010 09:00 PM PDT

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN
  • Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
  • Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
  • Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
  • Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
  • Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
  • Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

TIDAK MAHU WANG, SERAH SEMULA DAN TULIS SURAT - GUAN ENG

Posted: 03 Oct 2010 06:00 PM PDT

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 3 Okt: "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.

Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.

"Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," katanya.

Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan.

"Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum," tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi.

Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi.

Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian.

"Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga," katanya.

Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah.

"Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu, wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan," jelasnya.

Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen.

Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat./Harakahdaily

Timbalan Presiden: Azmin 'berpengaruh' di Selangor

Posted: 03 Oct 2010 04:00 PM PDT

Timbalan Presiden: Azmin 'berpengaruh' di Selangor

Peluang Azmin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semakin cerah apabila enam daripada lapan cabang di Selangor yang bermesyuarat hari ini mencalonkan beliau untuk jawatan tersebut.

Menariknya, di cabang Ampang wujudnya pertandingan untuk pencalonan jawatan timbalan presiden apabila Azmin menang besar sebanyak 164 undi mengalahkan pesaingnya Khalid Ibrahim yang hanya mendapat 43 undi.

Manakala pencabar terdekatnya Zaid Ibrahim tidak mendapat sebarang pencalonan bagi timbalan presiden di Selangor, namun masih mendapat sokongan di cabang Padang Serai, Bukit Gelugor dan Gelang Patah./Greenboc

PEMILIHAN PKR - AZMIN, TAN SRI KHALID DAN GOBALA MENANG

Posted: 03 Oct 2010 10:50 AM PDT

Update Keputusan Ketua Cabang Kuala Selangor :

TS Khalid 772, Kamil 348, Mazli 122, Undi rosak 202.

Azmin pertahan Gombak, Padang Serai milik Gobalakrishnan

PETALING JAYA: Calon kegemaran untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berjaya mempertahankan pengaruhnya di cabang Gombak apabila mendapat undian majoriti untuk jawatan ketua cabang.

Keputusan rasmi kira-kira 10 malam tadi memutuskan Azmin yang juga ahli parlimen kawasan tersebut memperoleh 324 undi, manakala pencabar tunggalnya Bakar Ninggal hanya mendapat 60 undi.

Di Kedah pula, perebutan tiga penjuru bagi jawatan ketua cabang Pedang Serai terjawab apabila ahli parlimennya, N Gobalakrishnan berjaya memenangi pertaruhan tersebut setelah dua minggu tertangguh akibat masalah 'teknikal'.

Menurut Gobalakrishnan ketika dihubungi FMT, beliau berjaya memperolehi undi sebanyak 412 undi berbanding pencabarnya Shamsul Anuar Abdullah yang hanya mendapat 217 undi. Manakala calon ketiga V Sandrasekharan mendapat hanya 159 undi.

Kemenangan itu sekaligus memberikan nafas baru kepada cabang Padang Serai setelah penyandang ketua cabang terdahulu yang dikenali sebagai 'Cikgu Hamid' bertindak keluar PKR dan menyertai Umno pada tahun lalu.

Sementara itu, pengerusi tetap yang juga calon Naib Presiden Yahya Sahri mendapat mandat daripada akar umbi untuk menerajui cabang Tanjong Karang apabila diumumkan menang tanpa bertanding.

Berlainan pula bagi nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam apabila tewas kepada peguam Lim Boo Chang yang menyapu bersih undian bagi jawatan ketua cabang Bukit Gelugor.

Di cabang Ampang, sumber dalaman parti menjangkakan kemenangan besar bagi Ketua Wanita PKR Pusat yang juga ahli parlimen kawasan tersebut Zuraida Kamaruddin berikutan kemenangan barisan pasukannya merebut jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang./Greenboc

AZMIN TERUS MENDAPAT SOKONGAN BIAR PUN BERDEPAN FITNAH JAHAT

Posted: 03 Oct 2010 09:38 AM PDT

Timbalan: Azmin 102, Zaid 38, Mus 17, Tian 5, Khalid 4
Abdul Rahim Sabri
Okt 3, 10

8.18pm Azmin Ali mendapat pencalonan ke-102 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Ampang.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala untuk jawatan naib presiden, Ampang mencadangkan Abdullah Sani, Fuziah Salleh, Shamsul Iskandar Md Akin dan Yusmadi Yusoff./Malaysiakini

WALAUPUN DI FITNAH, AZMIN MENAMBAH PENCALONAN

Posted: 03 Oct 2010 09:29 AM PDT

Keputusan penuh pencalonan hari terakhir

Okt 3, 10

Setakat keputusan yang diperolehi, Naib Presiden Azmin Ali mendapat 102 pencalonan manakala pencabar terdekatnya Datuk Zaid Ibrahim pula sebanyak 38 pencalonan.

Berikut keputusan tidak rasmi setakat 3 Oktober, 8.55pm:

Presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 141 cabang)

Dr Wan Azizah Wan Ismail - 123
Anwar Ibrahim - 15
Zaid Ibrahim - 3


Timbalan presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 171 cabang)

Azmin Ali - 102
Zaid Ibrahim - 38
Mustaffa Kamil Ayub - 17
Tian Chua - 5
Khalid Ibrahim - 4
Wan Azizah Wan Ismail - 3
Fuziah Salleh - 1
Nurul Izzah - 1


Naib presiden (4 tempat)

Fuziah Salleh - 115
Shamsul Iskandar Md Akin - 45
Lee Boon Chye - 35
Mustaffa Kamil Ayub - 34
Mansor Othman - 30
Tian Chua - 26
R Sivarasa - 25
Nurul Izzah Anwar - 22
Khalid Ibrahim - 17
N Gobalakrishnan - 16
Azmin Ali - 13
Ansari Abdullah - 13
Chua Jui Meng - 12
Jeffrey Kitingan - 11
Xavier Jayakumar - 10
Yahya Sahri - 9
Zaid Ibrahim - 7
S Manikavasagam - 7
Mohd Noor Manuty - 6
Suresh Kumar - 6
Abdullah Sani - 4
Saifuddin Nasution - 3
Zamri Yusof - 3
Saiman Marzuki - 3
Badrul Amin Baharon - 3
Yusmadi Yusoff - 3
Jimi Donald - 2
James Ghani - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1
Baru Bian - 1
Hee Loy Sian -1

Setiap calon memerlukan dua pencalonan minimum untuk melayakkannya bertanding bagi semua jawatan di peringkat pusat./Malaysiakini

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


GEMPAK: Gambar sekitar Majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan 18 ranting baru KEADILAN Sabah

Posted: 03 Oct 2010 08:21 PM PDT

Program: Konvoi dan Majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan 18 ranting baru KEADILAN Sabah
Tarikh: 2 Oktober 2010
Lokasi: Kg Entilibon 1, Tongod, Sabah





Para peserta "Konvoi Pengiring" adalah 100% golongan belia bawah 40 tahun dan layak mengundi. Satu keberanian yg tinggi utk menidakkan kuasa monopoli dan penindasan berterusan BN kpd negeri Sabah. Syabas kpd Ckg Jalibin Paidi, tuan mmg hebat krn berjaya menawan hati semua golongan di sini baik tua atau muda. 2 Thumbs Up!








Belia-belia yg menjayakan konvoi tanpa dibayar apa-apa malah mereka sanggup mengeluarkan belanja minyak sendiri, semangat yg begitu tinggi yg ditunjukkan oleh belia-belia di Dun Kuamut. Syabas, 2 thumbs up buat mereka!!


















boleh dikatakan hampir setiap rmh di kg ini ada bendera PKR...bye-bye UPKO dan BN >>>>>>>>> :p










Kehadiran yg berkualiti dan mantap...amaran awal kpd UPKO/BN di kwsn ini supaya jangan terlalu mendabik dada menampakkan kesombongan kamu. Awas, rakyat akan menghukum dan menguburkan BN pd pru13 nnt, insya'Allah, Amin




Bantuan berupa beras yang diagihkan kpd penduduk2 sekitar yg miskin tegar. Tahniah kpd dermawan-dermawan PKR, semoga sumbangan ikhlas tuan2 dan puan2 itu akan dibalas oleh Allah swt dgn kejayaan di dunia dan akhirat. Amin


Bekas-bekas ahli UPKO, PBS dan UMNO yg berani membuat perubahan, malah mengetuai ranting baru masing-masing...inilah wajah2 perwira bangsa dan negara. Alhamdulillah


































Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kpd anggota-anggota RELA yg sudi membantu mengawal lalulintas semasa konvoi dan menjaga keamanan di tempat ceramah. Salute to all of you bro......!!!







Sumber: FB "Ady Kaloy"

MERIAH: Gambar sekitar Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 3 Okt 2010..(Edisi 2)

Posted: 03 Oct 2010 08:54 AM PDT

Program: HARI TERBUKA PAS PUSAT
Tarikh: 3 Oktober 2010 (24 Syawal 1431H)
Masa: 10.00 a.m - 1.00 p.m
Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia
p/s: Fokus gambar-gambar kepemimpin PAS dan PR (Edisi 2)






















































































































Sumber: FB 'Ayah Gie Hussin'

Artikel berkaitan:
- MERIAH: Gambar sekitar Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 3 Okt 2010..(Edisi 1)

MERIAH: Gambar sekitar Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 3 Okt 2010..(Edisi 1)

Posted: 03 Oct 2010 07:53 AM PDT

Program: HARI TERBUKA PAS PUSAT
Tarikh: 3 Oktober 2010 (24 Syawal 1431H)
Masa: 10.00 a.m - 1.00 p.m
Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia
p/s: Fokus gambar-gambar kepemimpin PAS dan PR (Edisi 1)
























































































































Sumber: FB 'Ayah Gie Hussin'

Artikel berkaitan:
- MERIAH: Gambar sekitar Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 3 Okt 2010..(Edisi 2)

Gambar sekitar Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS 1-3 Okt 2010 di Masjid Rusila, Marang

Posted: 03 Oct 2010 05:02 AM PDT



































































p/s: Lagi gambar menyusul...

Sumber gambar: FB "Ayah Gie Hussin"

Dua cerita ROKOK: Antara harga ROKOK naik dan calon PAS bebas meROKOK..

Posted: 03 Oct 2010 12:14 AM PDT

CERITA 1



Harga Rokok Naik Esok - mStar Online

Seperti biasa, ada yang bersetuju, ada yang membantah..kebiasannya yang bersetuju adalah dari golongan yang tidak meROKOK..bagi mereka, tidak kisah la harga naik atau turun, itu bukan urusan mereka..penulis dalam kategori ini..

Bagi golongan peROKOK, apatah lagi peROKOK tegar, berita ini semestinya mengundang marah dan bantahan..kenaikan sehingga 70 sen sekotak benar2 membebankan mereka terutama yg berpendapatan rendah dan sederhana..

Namun persoalan kini, siapakah yang bakal mengaut keuntungan dari kenaikan harga ROKOK ini dan siapa pula yang akan menanggung beban??..fikir2kan..

p/s: Baca berita di SINI...


CERITA 2



Nik Aziz: Tak merokok antara kriteria jadi calon PAS di Galas - TMI

Menurut MB Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, antara syarat utama yg dipertimbangkang untuk diangkat menjadi calon bagi DUN Galas adalah tidak meROKOK, selain syaratnya mestilah diterima masyarakat, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan..

Kali ini, penulis yakin bukan sahaja golongan yang tidak meROKOK, bahkan golongan peROKOK pun turut menyokong syarat2 yang ditetapkan oleh MB Kelantan ini utk calon yg bertanding..



Sungguh tidak terfikir oleh pemimpin2 besar yang lain akan syarat seperti ini..syarat yg lazim kita dgr ialah mestilah anak tempatan, diterima masyarakat dan sewaktu dengannya, tetapi amat jarang yang menitikberatkan permasalahan meROKOK dan juga agama itu sendiri..

Ini secara tidak langsung antara satu dakwah utk meyarakat diluar sana..tahniah MB kelantan...wallahua'lam..

p/s: Baca berita di SINI..