Jumaat, 1 Oktober 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Pemberitahuan.

Posted: 01 Oct 2010 11:20 PM PDT

Assalamualaikum, salam blogger..
Sudah lebih 10 hari saya tak dapat update blog ini disebabkan masaalah teknikal dengan line internet(modem rosak) ,rasa macam duduk dlm gua pulak  tak tahu apa-apa berita terkini dlm dunia internet.Nasib baik hari ini saya dapat online menggunakan broadband pinjam(terimakasih pada tuan punya broad band)

Saya nak mengucapkan terima kasih pada teman blogger yang masih sudi menjenguk ke blog ini walaupun sudah lama x update.Terimakasih juga pada follower baru yang sudi follow blog ni walaupun lama x update.
Insyaallah saya akan online seperti sdiakala dalam masa yang terdekat ini.
Usaha penyebaran maklumat Islam mesti diteruskan dalam pelbagai cara.Yang ada ilmu wajib menyampaikan ilmu ,yang kurang berilmu wajib belajar.

-kata bijak pandai, Jika tak mampu menjadi lampu yang memancarkan cahaya jadilah cermin yang memantulkan cahaya lampu-
Begitulah kita yang hanya mampu menolong menyebarluaskan ilmu Ulamak..
Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WARTAWAN `MENYAMAR' KOREK RAHSIA BTN ?

Posted: 01 Oct 2010 09:00 PM PDT

Puteri Umno: Wartawan menyamar kurang ajar
Okt 1, 10
Pergerakan Puteri Umno, membuat laporan polis berhubung tulisan yang didakwa berbentuk manipulasi oleh Malaysian Insider, lapor Umno Online.

Menurut ketua penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin

"Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

"Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan," jelasnya.

Dakwa Nordiana, sesi ceramah yang diadakan adalah tertutup dan pengumuman telah pun dilakukan bagi meminta pihak media keluar dari dalam dewan semasa program dialog bersama negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.

Kurang ajar

"Kita buat laporan polis kerana kita menafikan dakwaan yang ditulis oleh wartawan tersebut malahan semua ahli-ahli pergerakan Puteri yang hadir dalam majlis tersebut bersedia untuk menjadi saksi," tegasnya.

Dakwa Nordiana lagi, semasa majlis tersebut, wartawan berkenaan telah berlegar-legar di sekitar dewan tetapi telah diminta keluar oleh urus setia apabila menyedari kelibat beliau.

"Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila Boo turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masuk ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar," katanya.

Program sehari yang yang berlangsung Isnin lalu dihadiri 1,200 ahli pergerakan itu turut melibatkan sesi ceramah tertutup yang disampaikan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi dan dialog bersama mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Si sepet, si kaki botol

Mengikut portal berita itu, Hamim didakwa menghina dengan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

Ini bukan kali pertama kes wartawan menyambar menimbulkan kemarahan orang ramai. Pada 8 Julai tahun lalu, dua wartawan majalah Al-Islam daripada Kumpulan Utusan Melayu yang dimiliki Umno, menyamar sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Wartawan itu mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.

Namun, tiada pemimpin Umno ataupun Puteri yang tampil membidas tindakan berkenaan./Malaysiakini

MENGAPA YB AZMIN MENJADI MANGSA FITNAH?

Posted: 01 Oct 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

FITNAH mula disebarkan di penghujung kempen pemilihan jawatan utama di dalam PKR. YB Azmin terus menjadi sasaran melalui fitnah yang tidak masuk akal apatah lagi datangnya dari seorang `pengkhianat' yang pernah ingin `berbogel' untuk berdemontrasi di awal pemerintahan Kerajaan PR di Selangor. Apakah pengkhianat seperti ini boleh dipercayai? Baca di sini.
Semalam YB Azmin menafikan dakwaan yang menyebut beliau melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Malahan, Tan Sri Khalid juga menolak dakwaan dan fitnah tersebut. Agenda untuk melaga-lagakan YB Azmin dan Tan Sri Khalid nampaknya diperhebatkan menjelang pemilihan kali ini. Namun, semua ahli PKR yang diberi kuasa memilih nampaknya tidak sebodoh yang disangka. Kewibawaan YB Azmin yang sentiasa komited dengan perjuangan di dalam PKR tidak lagi boleh dinafikan.

Mana mungkin YB Azmin menjadi terlalu bodoh untuk melakukan konspirasi sedemikian rupa semata-mata untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid. Ramai yang mendakwa YB Azmin adalah `anak emas' DS Anwar Ibrahim, dan jika itu dakwaan mereka maka perlu apa YB Azmin bersusah payah `mengupah' lelaki yang suka `berbogel' itu untuk menjalankan konspirasi terhadap Tan Sri Khalid? Bukankah lebih senang YB Azmin mendapatkan kerusi MB Selangor dengan hanya memujuk DS Anwar sahaja? Masakan DS Anwar tergamak menolak permintaan YB Azmin itu jika benar YB Azmin adalah `anak emas' beliau.

Fitnah seterusnya ada yang menyebut bahawa DS Wan Azizah amat tidak menyukai YB Azmin untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Begitu juga dengan YB Nurul Izzah. Ini semua dakwaan tidak berasas sama sekali. Jika DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah tidak menyokong YB Azmin, itu adalah perkara biasa di dalam amalan demokrasi tetapi menyebut bahawa DS Wan Azizah dan YB Nurul Izzah `membenci' atau anti YB Azmin itu adalah fitnah jahat. Tiada sebab untuk Presiden dan anaknya itu membenci YB Azmin.

Saya kagum dengan YB Azmin yang masih `steady' dengan semua fitnah jahat ini. YB Azmin tidak pernah memperlekeh Presiden ataupun Timbalan Presiden apatah lagi Ketua Umum PKR. Beliau tidak menggelar Presiden dengan gelaran `boneka' dan beliau juga tidak menghina Timbalan Presiden sekarang dengan gelaran `nyanyuk'. Beliau tahu menghormati Ketua Umum dan tidak melabelkan Ketua Umum sama seperti 1ahli biasa' parti walaupun beliau sedar jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan atau Organisasi Parti.

Mungkin ada yang menganggap saya taksub dengan YB Azmin. Pada saya, seperti juga kepada yang lain sekiranya terdapat tuduhan maka siasatan rapi mesti dijalankan. Bukti mesti kukuh bukan hanya sekadar mendengar cakap dari orang yang suka `berbogel' itu. Jika ada cd rakaman, siasat segera. Sesiapa pun boleh merakam suara dan menyebut nama si Polan dan si Polan tetapi adakah itu benar? Mengapa waktu pemilihan sekarang baru timbul? Lakukan siasatan dan jika terbukti YB Azmin melakukan kerja jahat itu, maka YB Azmin harus diambil tindakan malahan boleh dipecat. Tetapi, jika tidak benar maka pembawa cerita fitnah itu pula haruslah juga dikenakan tindakan.

Selagi YB Azmin tidak dibuktikan bersalah, maka beliau adalah pemimpin yang paling layak untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Kelayakan beliau sememangnya telah diuji sejak awal lagi dan komitmen beliau terhadap perjuangan PKR tiada siapa boleh nafikan. Sememangnya musuh-musuh PKR amat bimbang jika YB Azmin berada di saf kepimpinan kerana beliau banyak mewarisi sifat kepimpinan dan ketokohan seperti DS Anwar walau pun sedikit. /wfauzdin.blogspot.com

MAMPUKAH YB AZMIN BERTAHAN ?

Posted: 01 Oct 2010 02:00 PM PDT

S'gor jadi tumpuan minggu akhir AGM PKR
Salhan K Ahmad
Okt 1, 10


Mesyuarat agung 38 lagi cabang PKR pada minggu akhir ini tertumpu kepada beberapa cabang yang diketuai nama-nama besar dalam parti yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

Selain memilih barisan kepimpinan cabang, mereka juga akan memilih calon jawatan tertinggi peringkat pusat - presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

Perhatian utama antaranya ditumpukan ke Selangor, khususnya di cabang Kuala Selangor - diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga menteri besar di negeri itu.

Sekiranya sentimen akar umbi menjadi ukuran, Khalid dijangka menghadapi ujian berat dari anggota partinya sendiri dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau dicabar bekas ketua wanita cabang tersebut Fauziah Sulaiman, bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring, dan seorang pencabar baru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Turut menjadi tumpuan ialah cabang Gombak yang bakal menyaksikan ujian ke atas kewibawaan ketuanya Azmin Ali - yang menerima pencalonan terbanyak bagi bertanding jawatan timbalan presiden November ini.

Beliau yang juga merupakan ketua PKR Selangor dan ahli parlimen Gombak, akan berdepan dengan pencabarnya - Abu Bakar Ninggal.
.
Di Kelana Jaya pula timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri (MPPN) Selangor Syed Shahir Syed Mohamud akan mempertahankan jawatan ketua. Regu beliau ialah Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Petaling Jaya Selatan yang bertanding timbalan ketua cabang.

Syed Shahir dicabar oleh Abdul Rakaz Mohamed Talil manakala Nik Nazmi bakal berdepan S Vigneswaran.

Di cabang Padang Serai pula, naib presiden N Gobalakrishnan yang juga ahli parlimen kawasan menghadapi tentangan daripada dua pencabar - V Sandra Sekharan dan Shamsul Anuar Abdullah - untuk mempertahan jawatan ketua cabang.

Tumpuan kali ini agak luar biasa memandangkan beberapa nama besar PKR telahpun tumbang dalam pemilihan peringkat cabang pada hujung minggu lalu.

Dua anggota exco Selangor - Elizabeth Wong and Rodziah Ismail - masing-masing tewas ketika merebut jawatan untuk mengetuai cabang masing-masing di Petaling Jaya Utara dan Kota Anggerik.

Di Negeri Sembilan pula, Datuk Kamarul Baharin Abbas pula gagal dalam percubaannya merebut jawatan ketua cabang Teluk Kemang.

Kamarul yang juga ahli parlimen kawasan itu menyimpulkan, kekalahannya itu merupakan satu isyarat dari akar umbi bahawa beliau tidak lagi layak mewakili mereka.

Signifikannya, Elizabeth dan Rodziah merupakan 'team player' utama dalam pasukan Khalid Ibrahim dalam pentadbiran Selangor.

Sekiranya sentimen akar umbi menjadi ukuran, ternyata Khalid menghadapi ujian berat daripada anggota partinya sendiri dalam pertandingan empat penjuru kali ini.

Cabang Kuala Selangor mempunyai 6,000 ahli yang layak mengundi pemilih barisan kepimpinan cabang serta calon untuk jawatan pucuk pimpinan pusat. Mesyuarat yang pada awalnya dijadualkan diadakan di sebuah dewan, kini dipindahkan ke Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Ia difahamkan untuk mengelak kebanjiran ahli untuk mengundi, sepertimana yang berlaku dalam mesyuarat di cabang lain hujung minggu lalu, yang mengakibatkan berlaku kekecohan di sekurang-kurangnya tujuh cabang, sehingga terpaksa ditangguhkan./Malaysiakini

NAJIB AKUR `SILAP PILIH KUDA', RAKYAT PUN SILAP PILIH KUDA JUGA

Posted: 01 Oct 2010 07:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB akhirnya mengakui pertelingkahan Tun Mahathir - DS Anwar di era tahun 98, menjadikannya seperti `pelanduk' yang hampir mati di tengah-tengah. Najib di dalam PRU 99 hampir tewas dan dimalukan dengan kemenangan tipis majoritinya di Parlimen Pekan waktu itu hanya 241 undi sahaja. Beliau akur, rakyat suka kepadanya tetapi benci dan meluat apabila DS Anwar difitnah dengan tuduhan liwat. Baca di sini.
Najib turut mengeluh dan berkata "meskipun seseorang itu cekap tetapi jika memilih 'kuda yang salah', mereka akan berakhir dengan tragik" (Malaysiakini). Kini, era Mahathir telah lama berlalu dan Mahathir sehingga kini tidak pernah mengakui kesilapannya, bahkan Mahathir terus menganggu sesiapa sahaja PM selepasnya. Inilah perangai Mahathir yang semua orang tahu dan tidak hairan jika Mahathir amat menyanjung Perkasa kerana pemimpin Perkasa itu sendiri mempunyai perangai `aneh' seperti beliau juga.

Malangnya, Najib juga tidak belajar dari kesilapan Mahathir. Najib tahu bahawa Umno semakin dijauhi oleh orang-orang Melayu kerana kesilapan pemimpin lampau yang zalim terhadap DS Anwar. Mengapa harus Najib kekalkan kezaliman itu? Nampaknya rakyat sekali lagi memilih `kuda yang salah'. Saya yakin, sekiranya Najib mahu berubah dan tidak mahu lagi meneruskan kerja jahat Mahathir, sokongan terhadap Umno mungkin berubah walaupun dikatakan sudah terlewat sekarang. Tetapi, sekurang-kurangnya nama Umno dapat dibersihkan sedikit.

Sekarang, Najib terus menjadi mangsa politik Mahathir. Bukan orang-orang Melayu sahaja yang semakin menjauhi Umno, bahkan rakan sekutu mereka di dalam Bn pun dilihat semakin tawar hati untuk bersama Umno. Perkasa juga turut memusuhi Umno walaupun dikatakan Perkasa begitu kuat `Kemelayuan'nya. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga seringkali menunjukkan ketidaksefahaman dengan pimpinan Umno. Itulah bahananya apabila Najib berterusan mengekalkan kezaliman Mahathir.

Di dalam PRU ke 13 nanti, sudah dapat dijangka Umno tiada pilihan lain melainkan akan terus memainkan isu perkauman dan agama. Tangan kanan Umno mengeluarkan lesen judi dan arak, manakala tangan kirinya dihulurkan kepada PAS untuk bersatu `demi Islam dan Melayu' kununnya. Puak-puak yang jahil agama di dalam Umno mula mengeluarkan `fatwa' untuk memburukkan Kerajaan Negeri di bawah PR, sedangkan yang `Ulamak' di dalam Umno terus membisu. `Ulamak' ini berada di dalam dilema samada untuk pertahankan Islam atau pun Umno./wfauzdin.blogspot.com

APABILA JAHIL, REZEKI ALLAH PUN DITOLAK

Posted: 01 Oct 2010 06:00 AM PDT

Kesihan mereka....
Oleh: Mandor

KESIHAN tengok orang-orang tua yang telah diperbodohkan oleh Umno di P.Pinang. Sudahlah mereka dulu azab di bawah Bn, bila tiba masanya mereka ingin merasai sedikit kesenangan dan nikmat di bawah kerajaan PR, mereka dihasut oleh `Syaitan' berwajah manusia. Begitulah nasib apabila kita tidak berilmu, sentiasa diperbodohkan oleh orang.

Bukan banyak pun, cuma dapat seratus ringgit sebagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mereka. Oleh kerana bodoh sombong, mereka pulangkan semula sumbangan itu. Paling menyedihkan, yang menghasut mereka untuk itu adalah sebangsa dengan mereka tetapi mereka itu jauh lebih kaya. Ada di antara mereka itu sudah kekenyangan memakan gaji dan elaun dari Kerajaan Negeri sebagai Adun, tidak pula mereka mengatakan gaji atau elaun mereka hasil dari judi. Mereka mentekedarah semuanya dan memberi makan minum anak bini mereka. Bukankah itu semua datangnya dari kewangan Negeri juga sama seperti seratus ringgit yang diterima oleh orang-orang tua tersebut?

Kerajaan Negeri telah mengesahkan duit itu datangnya dari sumber yang halal, tetapi mereka masih percaya kepada hasutan `Syaitan' bertopengkan manusia itu. Kadangkala ada orang yang sudah biasa makan hasil dari yang haram, mereka tidak lagi mahu menerima hasil dari yang halal. Mungkin memakan bangkai lebih sedap dari memakan binatang halal yang disembelih.

Jika mahu pulangkan juga duit itu, mengapa tidak pulangkan terus kepada Kerajaan Negeri yang memberi wang itu kepadanya? Mengapa mesti menemui bapak penipu itu? Rugikah Kerajaan P.Pinang jika mereka pulangkan semua wang sumbangan itu? Sudah tentu tidak, kerana masih ramai lagi yang suka memakan hasil yang halal walaupun sedikit. /mandor.blogspot.com

IKLAN JUDI NOMBOR EKOR, MAGNUM DAN TOTO DI AKHBAR UTUSAN, GAJI PEKERJA ISLAM DI UTUSAN HARAM ?

Posted: 01 Oct 2010 02:00 AM PDT

YB Umno diminta pulangkan gaji wang 'haram'


Seramai 11 ADUN Umno di Pulau Pinang dicabar memulangkan wang gaji mereka kerana kemungkinan wang berkenaan datangnya dari sumber judi.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang membuat cabaran itu juga menggesa Umno mengarahkan semua staf dan kakitangan akhbar Utusan Malaysia milik parti itu untuk memulangkan semua gaji mereka.

Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.

"(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak," kata mereka ketika membacakan kenyataan media.


Menurut setiausaha pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, - Umno kini tertekan dengan keupayaan Pakatan dalam perbelanjaan berhemah kerajaan negeri yang berjaya mempunyai wang berlebihan dan memperuntukkan dana RM20 juta untuk program menghargai sumbangan warga emas.

Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.

Warga emas ditipu

"Kami juga menyeru agar Umno benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di televisyen dan di dada-dada akhbar," kata Syed Mikael pada persidangan akhbar di Prai, semalam.

Turut menadatangani kenyataan bersama ini adalah Setiausaha Pemuda DAP, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Pulau Pinang, Mohd Nor Harun.

Dua hari lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang diberikan itu selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Ia berikutan pendedahan oleh pemimpin Umno yang mendakwa bahawa wang berkenaan diperolehi daripada sumber perjudian.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat itu juga mendakwa kumpulan warga emas berkenaan telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang juga setiausaha perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul.

"Ini bukti jelas, bahawa Umno sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!" kata Syed Mikael.

Ng pula menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

Diaturkan Umno

"Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," katanya.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.

"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah," katanya lagi.

"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima ADUN Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil," kata beliau yang juga ADUN Komtar itu./Malaysiakini

Politiksukusakat

Politiksukusakat


PRK Dun Galas, antara menilai kekuatan PAS di Kubu Kuat Umno.....

Posted: 30 Sep 2010 11:54 PM PDT

PRK Dun Galas, menilai kekuatan PAS di kubu kuat Umno

WAN NORDIN WAN YAACOB
(Analisis)
Pemergian Allahyarham Che Hashim Sulaima, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas membungkam rasa sedih dan pilu bukan sahaja sanak saudara malah seluruh pejuang Islam di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.

Wajah suram sanak saudara mengiringi pemergian Allahyarham setelah beliau menderita barah usus lebih dua tahun lamanya.Sejak bergelar Yang Berhormat Dun Galas, Che Hashim merupakan seorang sangat rapat dengan masyarakat.

Kisah kemenangan beliau pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu menarik kerana Dun Galas bukanlah kawasan kubu kuat PAS, dan dengan majoriti lebih 646 undi yang diperolehinya mengalahkan calon BN, Saufi Deraman, Che Hashim melakar sejarahnya yang tersendiri.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

*Kemana arah kempen Ku Li?*

Dun Galas terletak di bawah Parlimen Gua Musang yang diwakili Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang kini mula 'menjengkel' tabiat buruk Umno/BN dalam isu penafian wang royalti minyak milik kerajaan Kelantan.

Bermula dengan sejarah 'penentangan' Ku Li terhadap tindakan luar undang-undang kerajaan Umno/BN Pusat, sejak itu Ku Li dilihat 'renggang' dengan Umno, malah cukup banyak menghadiri jemputan ceramah atau majlis keraian yang dianjurkan NGO samada yang mirip kepada PAS mahupun bebas.

Jarang sekali Ku Li mendambakan pentas Umno lewat waktu ini, setelah nasihatnya selaku bekas Pengerusi Petronas pertama dibakul sampahkan oleh kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kelibat Ku Li pastinya dinantikan dalam episod kempen Pilihan Raya Kecil Dun Galas yang bakal diumumkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Dengan pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Galas bagi Umno/BN, pastinya perkembangan ini menyesakkan nafas Ku Li selaku pihak yang menentang keputusan kerajaan dalam kes royalti minyak.

Ke mana hala kempen yang bakal diwajahkan oleh Ku Li andai perjuangannya hari ini tercabar dengan statusnya selaku Pengarah Jentera Dun Galas.

*Wajah Awang Adek dan karutnya*

Satu lagi watak yang pastinya tidak boleh diketepikan dalam pilihan raya kecil Dun Galas kali ini ialah Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Dato' Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek adalah watak yang 'penting' di Kelantan yang akan menjadi 'tukang karut' dalam waktu-waktu kempen dengan slogan 'hidup Melayu'nya.

Beliau sendiri kini mengorak langkah menyahut telahan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dogma kelesuan kuasa Melayu yang semakin popular menjadi senjata Umno/BN menakutkan kaum utama di negara ini.

Perlu diingatkan 'Orang Asal' (Orang Asli) adalah antara pengundi teramai di kawasan tersebut dengan sentimen tempatan akan menjadi fokus utama kepada kempen.

Wajah dan kekuatan sebenar kempen antaranya haruslah difokuskan kepada isu-isu membabitkan kebajikan, pembangunan, hak-hak dan pendidikan Orang Asal.

Jika dipertaruhkan isu kekuatan Melayu di Kelantan bak kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar negeri tersebut tidak pernah tergugat kerana yang mentadbir Kelantan sejak dahulu lagi adalah mereka yang berkulit sawo matang (Melayu).

Tidak pernah walau sekalipun dalam sejarah politik Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang itu jatuh ke tangan kuasa bukan Melayu, dan sejak tahun 1990, pemerintahan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan memberikan nilai tambah kepada kekuatan Melayu-Islam di sana.

Lihat sahaja aktiviti ekonomi yang dijana oleh usahawan Melayu di sana, pastinya tidak terdapat di negeri-negeri yang dikuasai Umno secara total seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor mahupun Perlis.

Umno dalam kempennya nanti tidak boleh mendabik dada kononnya merekalah yang memperjuangkan nasib kaum Melayu di Galas, sedangkan Galas sejak 22 tahun lalu adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai PAS.

Perlu difikirkan lapangan masyarakat di sana akan penarikan hak rakyat Kelantan dalam kes royalti dan pastinya Umno akan membawa 'wang ehsan' sebagai galang ganti kepada penafian hak ke atas rakyat Kelantan keseluruhannya.

*Arah politik pembangunan*

Jikalau sekalipun politik pembangunan di[ertaruhkan Umno dalam kempennya nanti, pengundi Dun Galas pastinya akan mempertikaikan kelompongan yang ditinggalkan Umno sebelum ini di Dun tersebut sebelum PAS merampasnya pada pilihan raya umum yang lalu.

Di peringkat PAS, pastinya telahan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang memperingatkan bahawa 'bukan mudah' untuk menentang Umno/BN di kubu kuatnya di Dun Galas perlu dipandang serius.

Kekuatan jentera pilihan raya ke-13 yang telah disiapsediakan oleh PAS Kelantan secara berperingkat sejak habisnya pilihan raya umum yang lalu perlu diperturunkan bagi memacu kekuatan jentera di sana.

Jika di Manik Urai sekalipun PAS hanya mampu menang dengan majoriti yang agak mengejutkan, Dun Galas yang mana kubu kuat Umno yang diapit dengan dua Dun lagi, Nenggiri dan Palong yang dimenangi BN pastinya ia satu pertandingan yang 'menarik'.

Kekuatan semangat dan kekentalan jentera pilihan raya PAS Kelantan akan menjadi pertaruhan dengan bantuan dari jentera di peringkat pusat dan negeri-negeri selain parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Usik mengusik isu setempat pastinya akan memeriahkan adegan kempen di sana nanti, sementara kemeriahan isu di peringkat nasional akan menambah rencahnya.

Kelibat Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali dengan agenda Melayunya akan menghiasi suasana seperti kempen-kempen yang berlangsung di Manik Urai.Ibrahim yang menang atas tiket PAS-Bebas pada pilihan raya umum lalu kini menongkah arah setelah mendapat 'laluan' selesa di Pasir Mas.

Begitupun keyakinan yang ditanam Tok Guru Nik Aziz akan Dun Galas sekali lagi berjaya dipertaruhkan akan menjadi azimat kepada petugas PAS yang akan bertandang dan berkampung di sana nanti.

Kemenangan PAS di Dun Galas bakal menjadi pemangkin kepada perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Che Hashim Sulaima dengan 'Islam' sebagai dasar dan pendekatan yang diutamakan.

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


slamat tinggal universiti

Posted: 01 Oct 2010 09:32 AM PDT

Salam 2 All...

Aku dah berenti belajar univesiti dah..atas sbb2 tertentu...

esok aku balik la ke rumah balik....

aku ingat nk bisnes la...aku nk jadi freelancer...

buat je segala keje asalkan dapat duit....

tak sngka jadi begini..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh....nk tackle awek law uia yg cun2 pn tk smpat..kena la pun aku ni tk pandai mnggatal..

apela nasib..dak2 lain dapat blajar jadi anjingneer..jadi bisnesman..sampai leh jual biawak dan cicak..ada tu blaja sampai ke belgium....ada tu blaja jadi famasis...nnti leh jadi penjaga kaunter ubat..dah tu jadi loya...

aku ..apa pun tk dapat....

Ezam dan Zul Nordin Ada Anak Pungut

Posted: 01 Oct 2010 04:18 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

Ehehehehe...baru lepas melawat blog idola kecil blogger2 UMNO...encik Ezam Mat Nor dan Kipli Nodin..

Ahahahahahaha..

Dah ubah imej dah blog Zul Nodin wei..siap ada kata2 hikmat kat header blog dia..1 Islam Aqidah didaulatkan,syariat dimartabatkan..ahahahahaha..ini suma pengaruh 1Malaysia la ni..pigirah la..Aqidah didaulatkan konon...cakap nk bersumpah..alih2 kata berani je..wekkk..dah la kawan ngn kaki blu si Zahrain tu...nk tengok VIDEO ELI WONG BERAKSI..bongok tol...syariat dimartabatkan konon..jadi MP apa je hal ehwal ISLAM yg dia reformasikan??? ceh..

Blog Ezam lak...belambak kata2 hikmat...ceh..ahahahaa..bloglist blogger2 UMNO yg tak amik SPM pun ada..tapi diorang ada WAWASAN...WAWASAN 2020.. ahahahha...mmg la..Ezam suka kawan ngn orng tak skolah.. ahahahahahahhaa...yg aku heran pasal EZAM...dia ni taksub sangat nk perangi RASUAH..konon leh musnahkan negara la...pigirah..zina,dadah dan banyak lg pun leh musnahkan negara gak..yg aku heran tk dak lak dia kesah pasal kes rogol...ROGOL DALAM KALANGAN MELAYU la woi...ahahahahhaa

Slalunya..orng cam ni..orng ni la yg KUAT TELAN RASUAH.. ahaha nk cover..heran aku camne la ANWAR leh kutip mangkuk berayun ni.. ahahahahhaa..EZAM NI ANAK PUNGUT la rupenya...ye ye la ada bukti ANWAR RASUAH... ahaha dah tau rasuah berapa lama ko menghempet ANWAR tu woi...badigol tol.. ahahahahahahhahaa

antara kata hikmat kat blog ezam yg kaw2 aku gelak besau..."hilangnya akal budi kerana harta"...ahahaha tu ko la...ahahahhaa..lagi "negara runtuh akibat penguasa yg hidup mewah"...perati la rumah NAJIB wei.. ahahahaha...lagi satu"jatuh moral negara kerana sifat manusia durjana dan undang2 lemah"... ahahahaha...ko la durjana..cakap nk bersumpah...hapah pun tadak.....durjana la tu...undang2 lemah???dah jadi SENATOR...dah geng ngn UMNO..guna la pala hotak ko repair undang2..ini tak jugak..makan gaji buto je la ko...nnti PRU 13...PALIMEN mana yg dia akan bertanding aku nk tengok...

yg last sekali yg tk leh tahan..mmg badut sarkas la si EZAM ni.."sifat tamak haloba sempitkan dunia yg luas"... ahahahahahaha.....aku malas nk komen la..kepala otak EZAM ni mmg power... ahahahahahahaha

EZAM dan ZUL..dua2 ni mmg mat reform...dah kuar parti pumpang2 reformasi juga yg disebut.. ahahaha mmg klakau...masa dalam PKR dulu apa je reformasi yg diorang ni dua buat???skang ni??? jadi senator pun..apa je yg dikecohnya...

aahahahahahahaa...camnalah plak si ANWAR leh kutip ZUL..tau la dia ni dulu LAWYER ANWAR..mentang2 servis free ambik je la jadi geng..tu la..barang free ni kadang2 tk leh pakai pon... ahahahahahahaha

nah sapa yg nak gi blog HERO MELAYU DAN ISLAM dua orng ni...amik link

http://ezam-mohdnor.blogspot.com/ PEJUANG RASUAH YG ADA BANYAK BUKU BANK
http://zul4kulim.blogspot.com/ PEJUANG MELAYU DAN ISLAM...


aku baru lepas komen blog ZUL..pasal dia kata TONY PUA bodoh..ahahahaha...tak tau dia nk siarkan ke tak...ahahahahahahahahhaa

ahahahahahahahahahahaha

REFORMASI HANYALAH SATU KOSA KATA..
TETAPI PELAKNSANAAN YG BENAR2 BERKKATA-KATA..

Bukan BERKATAK2...ahahahahahahaa

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Rayuan Dan Harapan di GALAS

Posted: 01 Oct 2010 05:38 PM PDT

"Ku Li....takusah diGALAS lagi beban UBN tue.."

usinkata; ....Rabu yg lalu kat wall Facebook usinwafer..aku tercatat satu lagi pengharapan buat Ku Li yg sedang beRdepan dengan "GALAS"...

Ayat yg aku tulis tue lebih kurang mcm ni la..

" dah lama dah dok berdoa agar Ku Li umum keluar UMNO dn sertai PKR sekaligus join group PR..adakah GALAS menjadi pentasnya.???..aku sentiasa menanti agar Ku Li sekali lagi menongkah arus deras ini.."

Bila tengok berita TV3..perghh..mcm ya ya ya ja Ku Li confirm akan mengGALAS beban yg cuba dipikulnya utk memenangkan UBN..

Bila buka internet..huhuhuhu..suma org dh taw cita sebenar....minggu depan baru Ku Li nk confirmkan dia nak GALAS ka dak beban UBN tue..keisan UBN dn Muhyidin..

Seperti mana ayat diatas..aku sentiasa berterusan berdoa agar Ku Li sekali lagi menongkah arus seperti mana suatu ketika dulu sehingga mewujudkan APU bersama PAS..

Samada ada pihak nk singkirkan Ku Li dari UMNO secara halus atau tidak...tindakan itu bukanlah satu tindakan bijak dn yg baik untuk kesihatan UBN..

Ku Li ni ibarat ..."ular".. walaupun merempit dicelah-celah akar..bisanya xakan hilang punya..."

Kalau UMNO tendang dia secara taici di GALAS..confirm yg untungnya PR terutama PAS...sejarahnya sudah ada.dn dh tertulis pon sebagai sejarah politik Malaysia...

Harap Ku Li pada kali ini..pada saat ini..akan melepaskan beban yg diGALASnya selama ini...beban tue dh makin memberat dan membusukan..

Marilah mengGALAS Harapan Baru untk Malaysia bersama PR..

Rakyat akan bersamamu kembali "menongkah arus deras" yg kedua ini..

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TGNA sedia sertai Umno

Posted: 01 Oct 2010 01:13 PM PDT

KOTA BHARU, Oct 1: PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat said he would throw in the towel and join UMNO should the latter discard its nationalist identity and make Islam its ideology.

"The day UMNO does that, I will dissolve PAS on the same day and fight for Islam together with UMNO," said the Kelantan Menteri Besar.

Nik Aziz had prior to this made similar statements, advising UMNO leaders to either dissolve their party to join PAS, or UMNO to abandon its racial ideology so that PAS would have no reason to continue.

Nik Aziz however said UMNO had instead clinged to its struggle for Malay supremacy and took pride in narrow racism with chants such as "Hidup Melayu!" ("Long live the Malays").

"Till this day, it is not willing to change its struggle to one that is based on Islam.

"Where is the Islamic spirit in UMNO?" asked Nik Aziz.

Nik Aziz said confusion had been created by UMNO among Malay Muslims.

"What confuses the Muslims is when UMNO calls itself as advocates for Islam but rejects Islam, for example the Hudud laws," he explained.

Nik Aziz also maintained that there was nothing in the Federal constitution which suggested that Malaysia was "secular", citing constitutional expert Dr Aziz Bari of the International Islamic University who stated that Islam was the official religion and was supposed to be advocated as a basis for the country's administration.

"Why did UMNO leaders look down on this statement?," he said.

He said UMNO held on to secularism, accepting Islam based on their own interest, and said this was reason enough for the people to vote out UMNO in the election.

On the move by PAS Supporters Congress (DHPP) to explain the justice system in Islam, Nik Aziz said the move should embarass UMNO.

"UMNO should be ashamed that an Indian [non-Muslim] like Balasundram (of DHPP) is willing to organise a seminar to explain the Islamic justice system to those who have yet to understand how fair Islamic laws are.

"All this while, has UMNO not thought of doing the same thing for their friends in Barisan Nasional?" he chided. - Harakah/E

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


DEDAH: Mari kenali siapakah MP Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman..(video inside)

Posted: 01 Oct 2010 08:01 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Hari ini kita didedahkan dengan rakaman audio MP Pasir Salak, Tajuddin yang bertengkar dengan seorang pemandunya..sungguh lucu lagi memalukan, bolah baca dan lihat video di SINI..

Namun adakah anda sudah mengenali secara dekat siapakah pemimpin fanatik kebangsaan Melayu Umno ini?...

Untuk pengetahuan anda, YB dari Umno ini pernah dipecat oleh Umno kerana terlibat dengan kegiatan haram politik wang/rasuah yg melibatkan nilai jutaan ringgit...

Memetik sumber Wikipedia:

"Tahun 1995 beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menyokong kuat Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1998 beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000."
Seterusnya, utk mengenali lebih mendalam siapakah watak sebenar hero parti perkauman Umno ini, sila ikuti artikel dan sedutan video-video di bawah...

1. Kerap mencarut dan berkata lucah (18sx)





2. Pemimpin yang rasis dan kuat memakihamun di parlimen..





3. Gaya ucapan samseng lagi sombong..





Dan banyak lagi di dalam Youtube..korang boleh cari sendiri..jelas, betapa sombong lagi angkuhnya pemimpin2 Umno, terutama MP Pasir Salak ini..

Untuk yang terakhirnya, apa kata korang tengok video HOT di bawah, juga berkaitan dgn YB 'samseng Kg Dusun' ini..apabila MP Machang Saifudin Nasution membangkitkan isu pemimpin Umno dan arak, MP Pasir Salak antara yang kuat terasa dan 'memberontak' di dalam dewan..bak kata YB Machang,
"Yang Dipertua, bila saya bagi fakta ini (berkaitan pemimpin Umno tertentu dan arak), Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah, Rembau terpaku, PASIR SALAK YANG LEBIH, kenapa??.."
Lihat rakaman video penuh di bawah...

VIDEO: Pendedahan pemimpin UMNO kaki Arak dan judi



Sumber gambar: Mr.Google

Artikel berkaitan:
- MEMALUKAN: Audio Tajudin 'Felcra' gaduh dengan pemandunya..(video inside)
- Lagi video pemimpin Umno mencarut/isyarat lucah..

MEMALUKAN: Audio Tajudin 'Felcra' gaduh dengan pemandunya..(video inside)

Posted: 01 Oct 2010 06:50 AM PDT



Oleh: KedahLanie

Rakaman Pertengkaran antara Tajudin Felcra (MP Pasir Salak) dengan Pemandunya. Panas & Lawak!!!


Seingat saya, YB ini pernah mengamuk apabila YB Saifuddin PKR membangkit isu MP mabuk. Hari ini, YB ini terpalit dengan satu lagi kontroversi baru. Dia dikatakan telah memukul pemandu barunya kerana lewat sampai ke rumah TPM. Keterangan lanjut ada diberitakan dalam petikan berita di bawah ini.

Berita berkaitan saya petik dari HD dan rakaman audio pertengkaran antara Tajudin dengan pemandunya tentang hal ini ada disertakan di bawah ini. Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.

Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan.

Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan.

Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini.

"Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada."

"Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu.

"Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin.

"Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu.

"Ada, ini dia," kata pemandu itu.

"Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin.

"Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu.

"Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi.

Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:-

"Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu.

Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah.

"Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya.

"Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin.

Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi.

Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa.

Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta.

Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor.

Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu.

"Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu.

"Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin.

"Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya.

Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad.

"Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin.

Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu. - Harakahdaily

VIDEO 1: Kisah Tajuddin bergaduh dengan pemandunya [Bhg1]



VIDEO 2: Kisah Tajuddin bergaduh dengan pemandunya [Bhg2]



Bicara Gambar: Bila Tun Mahathir berucap..........

Posted: 01 Oct 2010 05:53 AM PDT



"Hebat Tun Mahadhir. Berpidato sampai tertidur bini dan anak angkat dia tu. Hebat Tun hebat.." - FB "Jeming Hasan"

Imbas Kembali: Ku Li bakal dipecat dari parti Umno?..(video inside)

Posted: 01 Oct 2010 03:40 AM PDT



VIDEO: Ku Li Bakal Dipecat?



VIDEO: Umno teliti 'tindakan' pada Ku Li



Baca versi Malaysiakini di SINI...

Namun, Respon Ku Li....

"Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal).." - Ku Li



Ku Li: Umno boleh pecat saya jika mahu

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

"Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh (gambar) berkata, "siapa yang makan cili dialah rasa pedas."

Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan.

"Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan.

Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

"Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan," katanya.

Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.- TMI


AJAIB: Cuba perhati betul-betul logo Umno ini...

Posted: 01 Oct 2010 02:42 AM PDT



p/s: Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas..;)

Sumber: FB "Najib Ibrahim"

Bekas pemimpin Umno a.k.a veteran tegar Umno sertai Parti Keadilan Rakyat..(video inside)

Posted: 01 Oct 2010 02:23 AM PDT



Oleh: edyesdotcom

Berlaku di majlis jamuan hari raya dan rumah terbuka Keadilan Cabang Rembau, seorang veteran UMNO yang pernah menjadi ADO Jempol, bekas s/u sulit Reily Jefry ketika itu Menteri Kerja Raya, juga bekas s/u sulit lim liong sik, bekas pimpinan pemuda UMNO Teluk Kemang dan sekarang ini sebagai usahawan berjaya.

Veteran yang cukup dikenali sebagai kawan rapat Isa Samad (sehingga sekarang), telah terbuka hatinya apabila mendengar pidato Chegubard yang banyak menyentuh isu keselamatan rakyat dan isu gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh UMNO.

Dengan rasa insaf, dengan fikiran terbuka, veteran berumur 62 tahun (yang biasanya takkan berubah dari menyokong UMNO) dengan begitu semangat mengumumkan keluarnya dari parti keparat UMNO!! Dan beliau yakin, ramai lagi rakan-rakannya dalam UMNO akan mengikut jejak langkah beliau.

Beliau adalah Hj Md Noor Daud.

Perkara ini berlaku secara spontan, atas keinsafan seorang insan yang kita selalu jangkakan hidup dan matinya untuk UMNO semata-mata. Tetapi perkiraan politik Malaysia hari sudah sangat berbeza dan telah melalui fasa-fasa perubahan yang menampakkan kesan positif.

Kerana hari ini, bukan hanya anak muda yang berjaya melepaskan diri dari kongkongan 'projek pembodohan rakyat' tajaan kerajaan Barisan Nasional, malah pengundi di saluran yang paling sukar untuk ditembusi, paling sukar untuk dirayu undinya juga boleh direformasikan dengan pendekatan yang menjurus kepada realiti. Percayalah bahawa mereka yang berumur ini tidak berminat dengan frasa-frasa retorik kerana resamnya bagi seorang veteran, mereka terlebih dahulu merasa garam.


Saya berani jamin, ini bukanlah satu kes terpencil. Ramai lagi penerima pencen akan beralih arah kerana tidak lagi mempunyai ikatan berbentuk risiko sekiranya mereka menyebelahi pembangkang. Saya yakin seperti yang disebut oleh Md Noor Daud, bahawasanya ramai lagi rakan-rakannya akan menyonsang arus bagi merentas perubahan demi untuk memastikan kesilapan mereka suatu masa dulu dapat ditebus, walaupun tidak dapat mengembalikan jumlah sebenar tanah rezab melayu yang telah tergadai.

Jika kita sebagai anak muda mempunyai peluang, tarbiyah dan pujuk jika perlu supaya orang-orang terdekat memahami apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Supaya mereka melihat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk berjuang, tidak kiralah apa lingkungan umurnya. Masih belum terlewat untuk mereka yang biru tegar meninggalkan parti lama dengan politik lama dengan menyertai parti baru dengan politik baru - iaitu memulangkan harta kekayaan negara kepada rakyat.

Masih lagi belum terlambat untuk setiap saudara sekampung kita yang berada di sebelah sana untuk berhijrah, sepertimana pepatah orang putih yang berbunyi 'better late than never'. Ingatlah, mereka yang menyertai Pakatan Rakyat, mereka yang menyertai Parti Keadilan Rakyat, adalah mereka-mereka yang berani!

Sumber: edyesdotcom.blogspot.com

Umno makin EGO! Lagi bukti nyata Umno berpolitik dalam Universiti!..(bukti bersurat)

Posted: 01 Oct 2010 12:26 AM PDT



p/s: Klik imej diatas untuk paparan lebih jelas..

Sumber gambar: Topeng Perak Unmasked

Artikel berkaitan (Umno berpolitik di IPT):
1. (Feb 2010) Lagi salahguna kuasa: SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM
2. (Feb 2010) UMNO guna UiTM : aku peduli apa!!!
3. (Jun 2010) Umno semakin 'besar kepala': Bukti bergambar Umno bebas berpolitik dalam universiti!
4. (Ogos 2010) Lagi bukti bergambar Umno berpolitik dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah!
5. (Ogos 2010) VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3..

Artikel berkaitan (Umno berpolitik di Sekolah):
1. (Jan 2010) Lagi salahguna kuasa: Program 'Umno Juara Rakyat' salahguna harta rakyat!
2. (Jan 2010) Umno pembohong seluruh rakyat Malaysia: Lagi kes salahguna kuasa peringkat pelajar sekolah! (bukti bergambar)
3. (Feb 2010) Program "Umno Juara Rakyat" di sekolah: Penyokong gerombolan bodohkan diri sendiri!
4. (Feb 2010) Gambar sekitar bantahan penduduk kampung terhadap salahgunakuasa Umno keatas premis sekolah!

p/s: Entry ini akan sentiasa di kemaskini setiap masa..mohon segala bahan berkaitan dgn 'Umno dah salahguna/politik IPT dan Sekolah' didedahkan pada penulis..sila rujuk pada sidebar blog penulis...terima kasih..