Isnin, 27 September 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Najib "Stand Up Comedy" di USA,UMNO Tak Sabar Nak Ke Kelantan

Posted: 27 Sep 2010 08:13 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

Korang msti tak paham apa tajuk posting ni kan..so jangn menghakimi posting dengan tajuknya ok..

Najib buat ucapan kat US..bla bla bla pasal kesederhanaan,pengalaman menghandel masalah antara kaum dan bla bla bla...

Aku baca kat BH..ala baca sekali imbas je..bosan la..

Tapi apa yg kelakarnya..NAJIB ni nak cerita pengalaman dia menghadapi masalah berbilang kaum..pigirah...PENGETUA buat kenyataan rasis tak leh buat apa...anak CINA baling botol dan simbah cat ke surau tak leh buat apa2...semuanya tak leh buat..dengan jawapan muktamadnya..."BELUM MUKTAMAD"...

Yg UMNO lak..ni yg aku sedih ni..sejak PRU ke 12..di mana dikatakan ini merupakan zaman PRK...ada je ADUN atau MP yg meninggal dunia..semua sibuk berbicara pasal PRK..tak kira la sama ada BN ke PAKATAN...menyampah dan marah aku dibuatnya..orng tu baru meninggal..famili sedih..kat TV terus kuar nk PRK..bodo ar...ni start dari MANEK URAI la..yg paling jelas..ada je YB meninggal..hah..kuar TV3 tu.

Si pemberita pun lepas je shot gambar YB tu meninggal..sekian2 dari parti mana..menang berapa majoriti undi..dah tu keluar lak gamba MUYIDIN YASIN yg akan mengetuai kempen..dah tu keluar la statement MUYIDIN"JENTERA BN DAH BERSEDIA"..bodo.....yg pemberita tu lak si CINA PANG CIN PEI...ahahahahah

Yg kesian,yg PAKATAN pun jadi mangsa..sbb dah kena soal ngn TV3.. ahahahahahahahah..patut bijak la sikit..cakap la.."PAS belum bersedia apa2..BELUM MUKTAMAD...arwah baru sahaja meninggal,kita tidak sepatutnya bercerita mengenai perkara ini,kita patut menghormati keluarga arwah."...

betul tak???

Ini tidak,rakyat MALAYSIA dah jadi gila PRK dan POLITIK..termasuk aku!!!!!!aahahahahahhahahahaha

Yg lagi kelakar..apabila sampai di KELANTAN...MUYIDIN akan menjanjikan pengundi BN..SYURGA..

ahahahahahahahahahha

UMNO Marah,Kutuk dan Hina Aku Pinjam PTPTN

Posted: 27 Sep 2010 02:25 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

Ahahahaha Alhamdulillah..akhirnyo..selesai gak isu PTPTN aku ni...wooooooooohooooo..

Selagi tak settle,selagi tu aku makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi sbb mimpi basah..

ahahahahahaha gurau je la...

Tapi korang nk tau..mungkin sebilangan korang tau dengan seorang pengkomen blog bernama PAShamPAS..biasa la..anak karam UMNO la ni...

Dia penah sound aku ni...dia kata"azam..ko sokong pembangkang,so ko jangn mohon PTPTN"

Ahahahahahahaha..lancau pak lu..apa PTPTN tu BN punya ke bodoh!!!!!!!!!memang la ada perkataan NASIONAL..takkan la ada perkataan NASIONAL terus jadi BARISAN NASIONAL punya ..bodo..

Dan,dengan ilmu kewalian aku yg makin bertambah ni...cewah..aku tau sapa budak yg nama PAShamPAS tu..dia tu sorang blogger...ahahahaha..korang msti perasan..mmg korang perasan hensem pun.. ahahaha ruang komen aku telah dihadkan penulisnya..hanya yg ada akaun blog je bole komen..

Sbb apa??sbb geng2 UMNO anak karam ni cakap mengalahkan kapal sink dan HINDRAF serta MAKKAL SAKTI serta MIC itu sndiri..

Pumpang2 kata PAS suka maki hamun..si NIZAR suka carut2 la...dah tu tibai lak kata ZAMBRY tk penah carut..ahahahahhahahaa..ZAMBRY tu bapok ka???

ahahahahahahaha..yg pengkomen2 ni..datang blog aku kutuk tahap gila babi tu..aku nk kata apa plak pasal UMNO???

Ahahahah..marah pun tk guna..dah geng2 MAYA UMNO ni mmg bodo tahap....tuuuuuut.. ahaha..tahap GAP...yg suka TOTTENHAM YAHUDI dan SIMPSON ANTI ISLAM..tapi BERSAMAMU PALESTIN...haktuih!!!!!

Ahahahah ayat aku pun serupa geng UMNO..canggih manggih..tak tntu pasal..mintak simpang woi!!!!!!!!!!!!

Pssst...mak blogger yg aku maksudkan dengar khabarnya kena penyakit berak berdarah..

kalam Perantau

kalam Perantau


Ijtimak Kali Ke-8, 2010; Menilai Pemikiran Melayu Terengganu

Posted: 27 Sep 2010 03:59 PM PDT

Sumber Buletin Online
  
KUALA TERENGGANU – Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke 8, 2010 adalah siginifikan bagi menilai dan menguji kekuatan PAS di negeri Terengganu menjelang Plihanraya Umum yang Ke-13 (PRU 13) yang akan datang.

Dengan meletakkan keyakinan PRU13 akan diadakan pada tahun depan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Ijtimak pada kali ini adalah amat penting sebagai pesiapan PAS Terengganu sebagai ‘kerajaan Menunggu’.

“Ijtimak kali ini merupakan tahun pendaduhuluan sebelum daripada PRU 13 dan merupakan ujian kepada bagaimana hubungan kita (PAS) dengan pimpinan dibawah juga bagaimana sokongan kita dibawah selepas (PRU 12) Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri.

“signifikannya juga kita sedang berhadapan dengan kerajaan BN Umno Terengganu yang sedang menguunakan seluruh usaha dan kewangan mereka secara besar-besaran untuk mendapatkan sokongan dan kita rasa ijtimak ini akan menguji bagaimana kekuatan kita dibawah,”ujarnya

Sehubungan itu, PAS sentiasa berhasrat dan berkeyakinan akan meraih kemenangan kerana menurutnya kemenangan sebenar kepada perjuangan Islam adalah mendapat keredhaan Allah.

Sementara, katanya, kemenangan dalam pilihanraya dalah kemenangan ‘yang dekat’ berdasarkan fakta al-Quran yang menyebut kemenangan dan keampunan dari Allah dalam membuka negeri melalui pilihanraya.

“Memang itu hasrat dan keyakinan kita sepanjang masa kerana kita meletakkan kemenangan yang sebenar ialah keredhaan Allah SWT dan kita meletakkan kemenangan pilihanraya kemenangan sebagai kemenangan yang dekat sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyebutkan tentang kemenangan dan keampunan Allah dalam membuka negeri iaitu (melalui) pilihanraya,”jelasnya apabila ditanya bagaiamana peluang PAS dalam PRU akan datang.

Namun, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak menafikan, cabaran ‘hebat’ yang dihadapi PAS untuk mencapai kemenangan dalam PRU-13.

Menurutnya, Terengganu adalah sebuah negeri ‘dominan’ orang Melayu dan pengaruh politik bukan Melayu kurang ‘meresap’ kerana pergaulan Melayu dan bukan Melalyu yang terhad.

“Kita tidak dapat menafikan kita berhadapan dengan ‘challenge’ yang hebat, kerana di negeri Terengganu pengaruh orang Melayu adalah dominan. (Soalnya) Apakah masyarakat Melayu sedar dengan perkembangan poltik semasa atau tidak?

“dan pengaruh orang bukan Melayu kurang sampai ke bawah di negeri Terengganu kerana pergaulan mereka (bukan Melayu) tidak sama seperti negeri-negeri di Pantai Barat,”terangnya.

Katanya, selain pengaruh politik yang menguasai pemikiran orang Melayu, faktor ekonomi juga akan menentukan hala tuju politik orang Melayu Terengganu.

Selaku bekas Exco Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar kerajaan PAS Terengganu 1999 – 2004, Ustaz Abu Bakar berkata, masih ramai penduduk Terengganu yang miskin yang memerlukan bantuan dari kerajaan.

“masyarakat Melayu teruatama di Terengganu mereka adalah orang-orang susah, yang memerlukan bantuan daripada kerajaan dan sebagainya dan ini (menyebabkan) mereka terkesan dengan pengaruh politik,”tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, PAS mempunyai peluang yang cerah kerana walaupun Umno dan Barisan Nasional memiliki kekuatan kewangan, parti itu gagal menyelesaikan measalah-masalah sosial yang ‘parah’, ‘umpama wabak’, sedang menyerang rakyat Terengganu.

“kita (PAS) yakin (akan menang) kerana Umno tidak dapat menyelesaikan masalah (sosial). Masalah moral, masalah pendidikan anak-anak, gejala sosial (seperti jenayah) pecah rumah, kecurian, penagihan dadah merebak semacam satu wabak,

“dan kita lihat Institusi keluarga pada hari ini sudah menjadi longggar dan masyarakat dan ibu bapa tahu keaadaan keluarga mereka (yang bermasalah),”katanya.

Selain itu. masalah-masalah ekonomi seperti kenaikan harga barang kesan dari kenaikan harga minyak dan kegagalan kerajaan Umno/BN menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat akan turut menyumbang kepada faktor kemenangan PAS Terengganu menghadapi PRU-13 akan datang


Takziah! ADUN Galas Meninggal Dunia

Posted: 27 Sep 2010 08:10 AM PDT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi.

“Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.

Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, China.

Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.


Alahai…orang Deris kata Mat Said ‘bodoh’, orang Mat Said pulok kata Deris ‘jahat’

Posted: 27 Sep 2010 02:00 AM PDT

Tajuk asasl : Rakyat Terengganu perlu tolak pemimpin 'jahat', 'lemah'

Oleh : Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Rakyat Terengganu harus ‘celik’ dalam memilih pemimpin agar tidak berhadapan dengan pelbagai masalah akibat kelemahan pemimpin yang dipilih. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pemimpin yang wajar dipilih ialah pemimpin yang mengamalkan dasar Islam yang sebenar, bukan mengambil sebahagian sahaja untuk kepentingan politik mereka.

“Rakyat Terengganu kena pilih pemimpin yang mempunyai agenda Islam yang jelas dan mesti tengok individu yang memperjuangkan dasar agama, bukan memperjuangkan dasar kebangsaan atau pembangunan semata-mata atau sesuatu yang tidak lengkap dan tidak syumul.

“Perjuangan Islam ialah perjuangan yang syumul yang membabitkan pembangunan, akhlak, adat dan semua sekali,” kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbalahan berpanjangan di antara penyokong-penyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Penyokong-penyokong Idris mendakwa Ahmad sebagai ‘bodoh’ dan ‘tidak pandai memerintah negeri’ manakala penyokong-penyokong Ahmad pula menyifatkan Idris sebagai ‘jahat dan ‘tidak tahu adab’.

Nik Zawawi mengakui kepimpinan Idris semasa menerajui negeri dahulu hanyak memberi tumpuan kepada pembangunan materialistik serta meninggalkan ajaran Islam.

Ahmad pula ujarnya, memang lemah dari sudut pengurusan dan juga tidak mementingkan ajaran Islam. “Bagi saya, dua-dua kepimpinan begini tidak berguna. Kepimpinan Idris dahulu memang banyak memberi perhatian kepada pembangunan semata-mata dan meninggalkan masalah adab sopan termasuk dengan Sultan dan meninggalkan banyak ajaran Islam yang menyebabkan banyak kecacatan berlaku.

“Ahmad Said pula memang dari sudut pentadbiran negeri memang lemah di samping dia meninggalkan ajaran Islam,” katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat. Tambahnya, pemimpin yang tidak mengamalkan dasar Islam akan berdepan dengan pelbagai masalah termasuk masalah pembangunan, akhlak dan moral.

“Oleh kerana pemimpin Umno oleh kerana dasarnya lari daripada Islam, maka kita dapat lihat kecacatan di pelbagai aspek. Sebab itu kalau kita tengok di negara kita bukan sahaja di Terengganu, di negeri yang lain pun, soal keruntuhan moral amat ketara," ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dan meletakkan agama sebagai kriteria utama.

“Kalau tidak meletakkan Islam di hadapan, kita akan berdepan dengan masalah yang sama sebagaimana kita pernah pilih pemimpin-pemimpin sebelum ini. Kita tidak ada pilihan yang lain kecuali kita kena tukar dasar itu sendiri yang mana pemimpin yang bakal kita pilih ialah pemimpin yang membawa dasar agama yang lengkap, barulah negara kita selamat,” katanya


“Tidak pernah sebelum ini!” – Besut Juara, Kemaman Naib Juara

Posted: 26 Sep 2010 11:00 PM PDT

Oleh : Wartawan Buletin
  
KUALA TERENGGANU – Setelah enam tahun Umno dan Barisan Nasional mermpas pemerintahan kerajaan Terengganu daripada PAS, barulah rakyat boleh melihat benar-benar pencapaian yang diperolehi oleh kerajaan berdasarkan slogan ‘Islam Hadhari Terengganu Bestari’ yang dipopularkan oleh Mantan Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

“Tidak pernah sebelum ini”  Terengganu mencapai rekod yang begitu cemerlang dalam masalah sosial yang melanda hidup rakyat.

Pengarah Jabatan Penenrangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu’ yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Terengganu masakini, Dato’ Ahmad Said juga tidak membawa Terengganu kemana-mana.

“Apa yang rakyat lihat dari kedua-dua Menteri Besar Umno/BN ini adalah, kerajaan dan rakyat Terengganu semakin mundur ke belakang, semakin tinggi gejala sosial, semakin banyak penyelewengan yang berlaku,”ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) baru-baru ini, Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata, Pengarah AADK negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor mendedahkan, daerah Besut, daerah dimana Idris Jusoh menjadi Ketua Bahagian Umno, menjadi ‘Juara’ dalam bilangan penagih dadah manakala daerah Kemaman, dimana Ahmad Said menjadi Ketua Bahagian, menjadi naib Juara.

“‘Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91),”jelas Wan Sukairi.

Beliau menambah, dalam kenyataan yang dikeluarkan, AADK turut merumuskan bahawa daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat.

Katanya lagi, kenyataan tersebut memperincikan, mengikut pecahan profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun dan sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

“Fakta tersebut jelas menunjukkan Umno yang menjadikan ‘Melayu’ sebagai dasar perjuangannya, sebaliknya menjadikan orang-orang Melayu penagih dadah yang paling ramai,”katanya


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Umno terus membisu: Selepas MCA, MIC pula ugut kerajaan segerakan tindakan kes pengetua 'rasis'..

Posted: 27 Sep 2010 06:01 AM PDT



Kisah MCA ugut kerajaan di sini, "MCA cadang anjur protes di depan sekolah pengetua 'rasis': Kenapa Umno dan Muhyiddin membisu?"...

Isu pengetua: Pemuda MIC mahu KSN ambil tindakan dalam dua minggu

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pemuda MIC memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan agar mengambil tindakan ke atas pengetua-pengetua yang mengeluarkan kenyataan rasis termasuk dari Johor selepas timbalan perdana menteri mendakwa yang beliau tiada kuasa eksekutif untuk bertindak.

Justeru, Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum berkaitan isu itu kepada Sidek, Rabu ini.

Kata Mohan, jika tiada sebarang tindakan tegas daripada Sidek dalam tempoh dua minggu, pihaknya akan mengambil pendekatan susulan yang sewajarnya termasuk kemungkinan tindakan perundangan.

"Dalam kes Johor, dakwaan adalah jelas dan sudah ada laporan-laporan polis, tetapi tiada tindakan sehingga kini," kata beliau ketika ditanya tujuan memorandum tersebut.

Kata Mohan, pihaknya pernah membuat desakan agar dikenakan tindakan tegas sebaik isu itu didedahkan awal Ogos.

Mohan menambah, selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah dan menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, maka Pemuda MIC memberikan tempoh dua minggu kepada beliau mengumumkan tindakan yang diambil ke atas pengetua dari Johor.

"Kami yakin akan ada tindakan tegas ke atas pengetua terbabit supaya ia menjadi pengajaran kepada pihak lain," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

"Kami mahu isu ini diselesaikan segera dan buat selama-lamanya... sama ada ada tindakan atau tidak, ia akan menjadi pengajaran kepada semua," kata Mohan.

Kata beliau, Pemuda MIC mahu tindakan tegas kerana tidak mahu melihat

perbuatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur rasis di negara ini berulang lagi.

"Cukuplah apa yang berlaku setakat ini, perlu ada tindakan tegas pihak berkuasa." katanya.

Dalam mesej Twitter semalam, Mohan berkata, "Pemuda MIC akan menghantar memo kepada KSN pada Rabu, menuntut agar mengambil tindakan dalam dua minggu ke atas pengetua."

Mesej itu dikeluarkan beberapa jam selepas berita memetik Muhyiddin keluar. Kata Mohan, siasatan ke atas pengetua dari Johor sudah lama berlarutan dan mahu isu berkenaan diselesaikan dengan segera secara muktamad.

"Kami tidak mahu orang ramai tertunggu-tunggu hasil siasatan dan kemudian senyap begitu sahaja," katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin berkata sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap mestilah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Selain itu, menurut beliau, setiap tuduhan juga perlu disiasat dengan teliti manakala pegawai kerajaan yang dituduh diberikan peluang seadil-adilnya untuk menjawab tuduhan terhadap mereka.

"Kita mesti bersikap adil selaras dengan peruntukan Perlembagaan," katanya.

Kata Muhyiddin, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap guru dan pengetua itu telah pun selesai menjalankan tugas mereka.

Jawatankuasa siasatan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian.

Muhyiddin berkata, dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.

"Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya.

Sebelum ini, timbalan perdana menteri berkata, beliau telah pun membuat keputusan dan berharap orang ramai akan menunggu keputusan JPA.

Pada 3 September lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata JPA akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan

akan dikeluarkan terhadap pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Di Kedah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani juga mencetuskan suasana tidak senang ekoran kenyataan berbaur perkauman.

Bagaimanapun pengetua berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kira-kira 10 muridnya telah memohon maaf kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan. - TMI

18SG: Koleksi VIDEO/GAMBAR gaduh, pukul, tumbuk sesama sendiri dalam pemilihan parti..

Posted: 26 Sep 2010 11:24 PM PDT

1. Adegan Baling Kerusi Mesyuarat Umno Bahagian Seremban



2. Mesyuarat Pemuda UMNO Rantau Panjang Kecoh



3. Perwakilan Hantu 7



4. Tragedi Amuk Mesyuarat Umno di Sedili Kecil



5. Umno di Sedili Kecil kecoh



6. perwakilan di halang masuk dewan



7. Kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani-11 Julai 2010



Oleh: Pria Malaya

Video-video atas adalah video2 pergaduhan/pukul memukul, rasuah, dan sebagainya pada setiap kali mesyuarat dan pemilihan parti UMNO..banyak lagi sebenarnya, termasuk gambar-gambar perwakilan dan pemimpin Umno yang bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri, sehingga terpaksa dikerahkan FRU dan anggota RELA utk menenangkan keadaan..nsyaAllah akan dikumpulkan utk tatapan generasi akan datang...;)
























Artikel berkaitan:
- HOT: Gambar 'Pejuang Melayu' bertengkar di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian..(video inside)