Jumaat, 24 September 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Susu Tetek 1Malaysia(18SX,PL)

Posted: 24 Sep 2010 05:52 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

Ahahahahahahaha RM 60 juta habis....

Untuk program Susu 1Malaysia...

Ahahahaha jenerasi cerdas konon...yg cerai tetek awal sapa suruh....

Ahahahahahahahahahahhahaha

Baik ko bagi duit tu...

Seribu sorang kat orng miskin...SABAH dan SARAWAK ke...tu PAHANG pun ramai la...

Ahahahhahahahahaha..60 juta guna beli lembu2 bagi seko sorang,buat tempat untuk mengembala....bg diorang kerja..hasil boleh eksport ke MONGOLIA...tak pun SINGAPO..ahahahaahahaha...tk pun buat rumah untuk anak2 MELAYU merempat... seperti PERKASA katakan...

Sebiji sorang....buat la rumah pangsa macam Singapo..slalu gi Singapo takkan tak dapat ilham NAJIB oi...

Tk pun buat banyak2 UITM dan UIA...buat KUOTA STAIL BARU untuk anak2 MELAYU masuk UNIVERSITI...nnti leh lagi tipu kat PARLIMEN..KUOTA dah tkde MERITOKRASI juga ada pakai...sbb CINA MCA sudah tutup mulut.. ahahahahahaha

60 JUTA....habis untuk susu..mcm aku tk tau..ini suma nk tolong pengusaha susu kat PAHANG... ahahahahahaha tak ingat ke..dua hari beturut2 kuar BULETIN UTAMA tahun lepas...

60 JUTA..bagus jugak...jangn dia bagi susu masam,susu basi..tak pun guna untuk beli BAJU DALAM ROSMAH sudah....

Ahahahaha...PROGRAM BAJU DALAM 1MALAYSIA..satu usaha untuk membantu WANITA MALAYSIA bebas KANSER TETEK...ahahahahahaha

Ahahahahahahhahaha

DUTA dia mestilah MAK CIK ROSMAH korang yg tesayang tu.. ahahahahhaa

ahahahahahahahahahahhaha

Najib Takut Sama Lee Kuan Yew(Kecut Telur wei)

Posted: 24 Sep 2010 06:57 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

Aku cukup tak puas hati...

Ye la..PM kita takut sama Kuan Yew..bukan aku kata..HARAKAH dan MAHFUZ OMAR yg kata...

Apedehal???mmg betul pun..itu hari baru2 raya Kuan Yew sound Malaysia..NAJIB snyap je..kesian Zahid Midi..dia yg tepaksa bukak mulut...ahahahahaha..tekulai2..ahahahahhaa

Pegi Singapura baru2 ni...rupa2nya nak muktamadkan isu Ketapi...ini sumber the malaysianinsider...apa hal kome ni NAJIB oi..asyik tak muktamad je???ke ko dah pasang lagi sorng kat Singapura tu???mntang2 janda ko yg dah KO tu isu dia dah senyap...

Baru2 ni..serah MAS SELAMAT...ahahahahahah ini suma hasil rundingan pegi ke Singapo la ni...tengok..serah SESAMA KAUM kat CINA...kalau kat MAS SELAMAT leh dia buat..tak heran dia dah buat pun kat MELAYU2 MALAYSIA ni lama dah..bukan dia je..MAHADEY dan PARA2 KRU UMNO semuo...

Ahahahahahhaa...woi..undilah lagi NAJIB!!!!!!!!! Nanti semua MELAYU KENA JUAL!!!!!!! ahahahahahahahaha

NAJIB makin lama makin kuat menemberang..macam blogger UMNO Gerakan ANti PKR yg tak lepas SPM...ahahahahahaha letak la logo DISISIMU PALESTIN..tapi minat TOTTENHAM HOTSPUR..Allah maha kaya..skali TOTTENHAM HOTSPUR tu kelab yg majoriti di sokong YAHUDI UK..tak caya???caya la..buat research..sbb wa caya sama lu

ahahahahahahahahahahah..letak gamba SIMPSON..katun SIMPSON tu la yg hina ISLAM..so sapa2 yg kenal ngn Gerakan ANTI PANTAT tu....ahahaha sila nasihatkan dia..sebelum Allah yg nasihatkan dia..

aku dah slalu kena nasihat ngn ALLAH dah..sbb ALLAH sayang kat aku.. ehehehehe ALLAH kalau tk sayang dia tk bagi petunjuk mcm BLOGGER GAP tu.. ahahaha dah la header blog gamba wingston jenama rokok..msti layan ganja mamat ni..dak2 UMNO ni bukan betul sangat.. ahahahahhaa

Ahahahahahhaha wei NAJIB...sembah la CINA...lu tak ubah dengan konsep ko iaitu

1MALAYSIA..KETUANAN MELAYU DITUNJUKKAN..PADAHAL CINA NGN KELING YG KESENANGAN..

lepas tu kalah PRK kata CINA tak sedau diri..padan muka... ahahahahahahaha

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


TERBARU: Dewan penyokong PAS cadang bantu PAS terang keadilan hukum Islam pada non-muslim!

Posted: 24 Sep 2010 07:02 AM PDT



Oleh: Pria_Malaya

Alhamdulillah..ini antara natijah yang baik hasil dari pemuafakatan dan kerjasama PAS dgn masyarakat non-muslim atas dasar Tahalluf Siyasi..bertepatan dgn 'sifat' PAS itu sendiri, iaitu selain bersiayasah, juga sebagai gerakan dakwah..

Mungkin bagi Umno, Perkasa, YB Zul dan yg seangkatan dengannya, hal ini dipandang remeh dan belum cukup 'hebat' utk membuktikan PAS sudah berjaya menarik minat non-muslim kpd Islam..

Tapi, ketahuilah, ia sebenarnya adalah satu rahmat buat gerakan dakwah di Malaysia..semoga Allah merahmati perjuangan ini..Islam for All, Islam (adil) untuk semua...wallahua'lam..


DHPP bantu PAS perjelas undang-undang Islam

PETALING JAYA, 24 Sept: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bercadang mahu mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Timbalan ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, dengan berbuat demikian, masyarakat bukan Islam akan melihat keadilan sistem perundangan Islam sekaligus boleh menerimanya.


("JIKA HUKUM HUDUD DI PRAKTIKAN MUNGKIN PEMBUNUH SOSILAWATI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN PERBUATAN KEJAM YANG LAIN.."..itu antara kenyataan N. Bala Subramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat yang dipetik dari facebook beliau, mengulas isu berkaitan kes pembunuhan kejam Dato Sosilawati..)

"Sistem Islam yang adil dalam perbankan sudah diterima kerana ada penjelasan.

"Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. " ujarnya kepada Harakahdaily.

Baginya, beberapa undang sivil yang dikanunkan seakan tidak menakutkan rakyat dari melakukan jenayah termasuk pembunuhan.

Katanya, pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh lalu dibakar menunjukkan betapa beraninya mereka yang terbabit mengenepikan perundangan yang sedia ada.

"Pembunuh tidak takut dengan undang-undang yang manusia cipta sebab tiada pengajaran yang rakyat lihat bagi mereka yang membunuh."

"(Pelaksanaan) hukum dalam Islam dibuat secara terbuka sebab Allah mahu manusia lihat, ambil pengajaran dan insaf apabila melihat bagaimana seseorang pembunuh dihukum," ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan, cadangannya untuk memberi penjelasan tentang keadilan undang-undang dalam Islam tidak bermaksud mengenepikanperlembagaan dan prinsip demokrasi.

"Kita nak jelaskan tentang keadilan undang-undang Islam tetapi bukan mengetepikan perlembagaan dan kebebasan memilih.

"Undang-undang Islam kepada orang-orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh dihalang dari mendapatkan penjelasan tentang Islam seperti seseorang bukan Islam memilih bank Islam untuk menyimpan wang mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh anggota DHPP untuk membantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan, Tuan Guru Presiden minta kita fokus untuk bantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada bukan Islam," ujarnya. - Harakahdaily

Berita berkaitan:
- Edisi Mesti Baca: "Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam

Mahasiswa Bangkit! Gambar sekitar pembebasan mahasiswa kes 'bini puaka'..(video inside)

Posted: 24 Sep 2010 12:50 AM PDT

















VIDEO: Lima tertuduh kes 'bini puaka' dibebaskan



VIDEO: dari mahkamah jalan duta..kes 'bini puaka'



Berita berkaitan:
- Lima tertuduh kes "bini puaka" dibebaskan (Harakahdaily)

p/s: Bari mereka yang masih tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'BINI PUAKA' yang diheboh2kan, ada disaran supaya menonton video-video dibawah..
- Rosmah Perempuan Puaka???..(video inside)

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sosilawati Tidak Dirogol

Posted: 24 Sep 2010 05:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Sosilawati tidak dirogol!" tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.

"Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.

"Selain daripada tujuan di atas, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon kepada pihak hospital oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kelapan-lapan suspek berkenaan," katanya.

Beberapa akhbar (bukan Harian Metro) melaporkan pada Rabu lalu, semua lapan suspek terbabit dibawa ke HKL untuk diambil sampel darah dan air mani untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menyiasat maklumat terbaru kemungkinan Sosilawati dirogol.

Semua suspek dibawa ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL dengan kawalan ketat polis kira-kira jam 3 petang termasuk dua daripada mereka yang ditahan kerana disyaki memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu. Mengulas dakwaan suspek mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, selain dipukul serta dipaksa menandatangani beberapa dokumen, Bakri meminta suspek membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.

Sementara itu di Putrajaya, Bernama melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 3.20 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian. Ketika ditemui pemberita, Shamsul Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang diserahkan kepada SPRM.

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya menafikan polis pernah menghubunginya supaya tampil memberi keterangan berhubung dakwaannya itu. "Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya hanya tahu melalui media dan sepatutnya saya dimaklumkan mengikut saluran undang-undang yang betul. "Saya hendak tahu apa kesalahan saya, apa perlu saya jelaskan, apa jenis kerjasama boleh saya berikan," katanya. Samsul berkata, jika ingin memanggil beliau memberi keterangan, polis perlu menggunakan prosedur undang-undang seperti termaktub dalam Kanun Acara Jenayah. "Jangan didik masyarakat datang ke balai polis memberikan keterangan melalui SMS, Facebook dan telefon bimbit," katanya.

Rabu lalu, polis memberi amaran waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Shamsul Iskandar jika beliau terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaannya itu - Metro

TERKINI : Polis serbu Gedung Kartun Zunar

Posted: 24 Sep 2010 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Polis didakwa sedang menyerbu pejabat kartunis Zunar iaitu Gedung Kartun di Brickfield dipercayai ada kaitan dengan keluaran karya terbaru mereka Cartoon O-Phobia.

Perkara itu dimaklumkan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang sedang bergegas ke sana.

"Polis sedang serbu pejabat Gedung Kartun di Brickfield sekarang, saya sedang bergegas ke sana," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS sebentar tadi.

Menurutnya pejabatnya yang juga menempatkan Gedung Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Peguam Latheefa Koya juga difahamkan sudah berada di sana.

Selain di geledah, web Malaysiakini melaporkan sebanyak 70 naskah buku terbaru tersebut juga dirampas.

Mengikut jadual Cartoon O-Phobia akan dilancarkan malam ini di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) dan akan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Cartoon-O-Phobia mengandungi 100 muka surat dan semua lukisan di dalamnya adalah berwarna penuh dengan memuatkan isi yang lebih pedas dan tajam berbanding buku-buku sebelumnya.

Buku ini dijual dengan harga pasaran RM25 dan juga boleh dibeli secara online di web tersebut.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan Cartoon-O-Phobia diilhamkan apabila Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku-buku kartunnya iaitu 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Secara peribadi jelasnya, buku ini adalah lebih pedas, tajam dan padat berbanding dengan buku-buku beliau sebelum ini - Harakah

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Zunar ditangkap polis lagi...

Posted: 24 Sep 2010 10:09 PM PDT

Meletup Walaupun Ditangkap Polis

Beberapa jam sebelumnya, polis menangkap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar - dan merampas lebih 60 nashkah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia.

zunar cartoon book launching in klscah 040910 02Namun buku itu tetap dilancarkan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.

Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka
meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.

Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis Sepang lewat petang semalam, selepas polis menyerbu pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd.

Namun begitu, majlis pelancaran karya terbarunya mendapat sambutan sebagai tanda sokongan kepada Zunar untuk terus berkarya.

zunar cartoon book launching in klscah 040910 fazlina rosleyBahkan, dalam mesej kepada 150 hadirin, yang disampaikan melalui isterinya, Fazlina Rosley, Zunar berkata, rampasan bukunya itu tidak akan menghalang usahanya untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Fazlina, bagi pihak suaminya, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

"Dia berkata bahawa dia tidak berniat untuk bercakap tentang politik, tetapi (sayangnya ini adalah) nasib kartun yang sekarang telah terbukti ditakuti oleh kerajaan," kata Fazlina, disambut dengan tepuk berterusan pada hadirin.


Sementara itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, dalam ucapannya, menegaskan bahawa Zunar harus dikagumi kerana ketabahannya itu.

"Untuk itu dia dihukum. Ini adalah buku keempatnya yang diharamkan, dan ia berlaku beberapa bulan selepas buku-bukunya yang lain diharamkan.

"Ini adalah cara Zunar untuk menunjukkan jari tengah," tambahnya, disambut gelak ketawa para hadirin.

Steven (kiri) memuji keberanian dan ketabahan Zunar dan membandingkan karyanya dengan kartunis terkemuka tanahair, Datuk Muhammad Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat, sambil memuji beliau yang berkarya menyentuh pemimpin berprofil tinggi "tanpa jaring keselamatan di bawah".

Gan menggambarkan kompleksiti dalam meringkaskan sesuatu peristiwa ke dalam satu gambaran, seperti yang dipaparkan dalam komik yang dihasilkan oleh Zunar enam tahun yang lalu, ketika pejabat Malaysiakini diserbu polis dan komputernya dirampas.

"Sebagai seorang wartawan saya telah melalui bagaimana hendak menyimpulkan seribu kata-kata kepada 500 perkataan, dan Zunar mampu melakukan semuanya dalam satu komik," katanya.

Mengenai kejadian hari ini, Steven berkata, beliau tidak terperanjat apabila Zunar menelefonnya untuk memberitahu pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas.

Tiga buah buku Zunar sebelum ini - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana didakwa melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA).

Ketika melancarkan buku tersebut, Menteri Besar Perak yang diguling, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin,
yang turut dipaparkan dalam Perak Darul Kartun, memuji kesedaran politik dalam karya Zunar.

Menurutnya, karya kartun tersebut melampaui batas-batas perkauman dan agama dan "menyatukan kita semua di sini atas platform yang sama".

Beliau turut mengecam tindakan terhadap Zunar itu sebagai sesuatu yang boleh terjadi "30 atau 40 tahun" lalu ketika buku diharamkan dan tidak ada cara lain untuk menyuarakan perbezaan pendapat.

Namun, dalam nada menyindir, Nizar berkata, dalam era sekarang di mana semuanya boleh dengan mudah diakses dan dimuat-turun dari Internet, "kita masih lagi mengharamkan buku".

Malah, beliau menyarankan agar terma 'cartoon-o-phobia' dimasukkan ke dalam Wikipedia.

Beliau menyifatkan tindakan merampas buku dan penangkapan Zunar sebagai langkah "terdesak kerajaan yang hampir tenggelam".

Nizar berharap untuk melihat lebih banyak lagi karya Zunar yang menurutnya akan menjadi pemangkin kepada peluang pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.

Manakala bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan (kanan), yang turut hadir di majlis pelancaran itu, menyifatkan tindakan terhadap Zunar itu sebagai "tidak masuk akal".

Tindakan itu, tambahnya, mencerminkan dan menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah "benar-benar paranoid".

Sebaliknya, tegas beliau, media dan kebebasan kreatif harus diamalkan dan bukannya dilarang.

Zunar, sebelum ditangkap, memberitahu bahawa kandungan buku terbarunya itu 'lebih menggigit' daripada karya-karya beliau sebelumnya.

Menurutnya, isu-isu yang dimuatkan antaranya meliputi isu pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri PM, kes kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, rasuah dan pembaziran dana awam.

Cartoon-o-phobia adalah kompilasi kartun yang diterbitkan dari November 2009 hingga September 2010 dalam Malaysiakini dan diterbitkan oleh Kinibooks.

Cartoon-o-phobia setebal 80 halaman penuh warna dan dijual pada harga RM25. Ia boleh dibeli secara online melalui Gerakbudaya dan Kartun Kafe.

Bom Yg diletupkan tak sempat membunuh PAS

Posted: 24 Sep 2010 09:30 PM PDT

Sebutir Lagi Bom Kapur Diletupkan Di Kelantan
Ulasan Kejadian R40b

SEMALAM saya agak sibuk sedikit dan tidak dapat memberi reaksi kepada kejadian satu 'letupan bom' di Kota Bharu tentang pemberian wang sebanyak RM4 billion kepada kerajaan negeri dan Pas Kelantan oleh sebuah syarikat yang berhati murah. Ramai yang bertanya saya sejauh mana kesan letupan bom berkenaan. Apakah ianya menyebabkan banyak kematian dan kecederaan serta kesan kepada negeri Kelantan. Semalam sepanjang hari melayani seorang wakil rakyat dan rombongan yang mengadakan kunjungan peribadi ke atas saya. (Macam pembesar pulak).

Beberapa orang dan penjenguk blog menelefon secara personal meminta saya memberi ulasan dan mencari punca kenapa bom berkenaan meletup atau diletupkan. Rata-rata kesal atas apa yang berlaku walaupun jauh di sudut hati ianya sukar untuk dipercayai dan menganggap pemberian itu satu taktik murahan yang hanyir.

Kelantan negeri Serambi Makkah yang mana ketua pentadbirannya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Sultannya pula, Sultan Mohamad ke V yang warak, zuhud dan berjiwa rakyat. Persoal itu tidak percaya dengan apa yang berlaku itu namun kerana ia disiarkan dalam akhbar sedikit sebanyak meresahkannya.

Jadi pagi ini saya akan memberi reaksi dan mengulas kejadian letupan bom berkenaan. Sebenarnya mereka yang waras akan menolak dengan mudah terhadap apa yang dilaporkan itu. Bagi mereka yang ada akal dan sisa otak bersih dan masih berfungsi tidak pun perlu mempersoalkan mengenai iya atau tidak tentang perkara itu. Ia boleh tolak secara automatik tanpa banyak mencari masa dan ruang mempersoalkannya.

Tetapi bagi mereka yang cenderong dan ada niat buruk kepada kerajaan negeri Kelantan dan Tok Guru akan cuba 'mengogeh-ogehkan' perkara itu supaya ia nampak benar dan betul. Pada saya pemberian replika itu tak ubah sebagai bom palsu saja digunakan oleh orang yang putus ikhtiar.

Secara logik apakah ada manusia yang akan memberi derma kepada sebuah kerajaan dan parti sebanyak itu. RM4 billion bukan jumlah yang kecil. Lagipun proposal yang dikemukakan oleh syarikat berkenaan untuk mendapatkan projek di Tumpat itu masih pun belum ditengok oleh Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Memang katanya proposal itu ada di atas meja Tok Guru dan Tok Guru tidak pun membacanya jauh sekali meluluskannya.

Munasabahnya, seperti mana jelas Nik Aziz, dia tidak tahu, kerajaan tidak tahu dan surat cat pun tidak dibuat macam mana derma itu boleh diberikan atas maksud hendak membalas budi? Kerja ini samalah kerja seorang budak yang tergila Siti Nurhaliza si penyanyi itu satu masa dulu. Kerana dia tergila-gilakan kepada Siti Nurhaliza dicetakkan kad undangan kahwin mengatakan dia nak kahwin dengan Siti. Walhasil Siti Nurhaliza usahkan bertunang dengannya, kenal pun tidak dengan budak lelaki itu. Nah begitu jugalah orang yang memberi derma itu lebih kurang budak lelaki yang tergilakan Siti Nurhaliza itu saja. Hukum dan nilailah sendiri.

Negara Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri dan parti politik di dunia tidak pernah menerima pemberian sebanyak itu. Begitu juga tidak ada raja dan orang kaya yang 'ngor' - ngor ini gak yang tolol bodoh dan bebal - di dunia ini yang membelanjakan wang sebanyak itu. Tiba-tiba ada seorang manusia bernama Abdul Rahim Abdul Wahab Melayu asal Malaysia sanggup menghulurkan derma sebanyak itu ia satu yang aneh bin ajaib binti tak masuk akal dan s/o gila.

Siapa dia Abdul Rahim pengerusi Eksekutif I' DA World Group Sdn. Bhd (I'DA World) ini? Apakah dia seorang terkaya Malaysia yang disenaraikan bersama Ananda Krishnan atau Robert Quok, ataupun Lim Goh Tong, Nazim Najib, Mokhzani Mahathir dan lain-lain? Rasanya tidak. Jadi kalau dia bukan orang kaya, apakah logik dan munasabah orang yang entah dari mana datang itu boleh mendermakan wang sebanyak itu?

Itu sebab saya kata dia ini kurang empok. Sekiranya dia memiliki wang sebanyak itu beliau tidak perlu menderma kepada Kelantan untuk mendapat projek, cukup dia gunakan wang itu untuk makan dia bersama anak beranaknya. Peruntukan tahunan negeri Kelantan untuk masa 10 tahun pun tidak mencecah ke angka itu. Kalaulah dia menjadi saya dengan wang sebanyak itu saya tidak akan dermakan kepada Nik Aziz atau Pas sebaliknya saya gunakan untuk mengambil kerajaan negeri Kelantan, lagi bagus.

Hanya orang yang tidak waras dan tidak sihat saja akan mempercayai perkara berkenaan. Bagi mereka yang waras akan tergelak dan ketawa dengan apa yang berlaku. Bahawa ada satu lagi drama ataupun babak badut di Kelantan. Entah kenapa di Kelantan sejak akhir-akhir ini pun banyak berlaku perkara yang aneh manih.

Baru-baru ini ada seorang gadis mengaku keturunan Puteri Saadong. Riuh randah orang Kelantan dibuatnya sampai para kerabat raja Jembal berhimpun untuk mencari "DNA" terhadap gadis berkenaan. Walhal awal-awal lagi ia sudah nampak lucu dan bohong tetapi tetap juga dipedulikan. Inilah satu kelemahan orang Kelantan tidak mudah hendak menolak sesuatu yang tahyul, bidaah walaupun nas dan dalil pembohongannya sudah terang benderang.

Jadi dakwaan oleh orang bernama Abdul Rahim memberi wang kepada kerajaan Kelantan dan parti itu juga salah satu lagi babak aneh yang melucukan di Kelantan. Ia tidak lebih daripada babak untuk mencukupkan senarai pelbagai keanehan di Kelantan.

Siapa dia Abdul Rahim ini? Dari maklumat yang diperolehi beliau seorang yang bercita-cita besar untuk jadi seorang usahawan berjaya. Dia sudah lama mendekati keluarga Tok Guru. Katanya dia mendakwa dan memberi tahu kepada orang ramai yang dia baik dengan semua keluarga Tok Guru. Dia juga mendakwa kenal rapat dengan para menantu Tok Guru.

Katanya satu masa dia mendakwa dia adalah keluraga Che Yah.. cik Yah.. cik Yah ni gat isteri Tok Gurulah, Datin Sabariah Ishak. Katanya dia pernah meminta projek tertentu kononnya untuk kepentingan anak menantu Tok Guru. Dia menggunakan nama Tok Guru dan keluarganya untuk kepentingan dirinya. Beliau pernah meminta bantuan seseorang untuk mendapatkan tanah seluas ratusan ekar daripada kerajaan Kelantan.

Selain dari itu dia ini juga dikatakan menjadi alat dan diperalatkan untuk menjauh dan merenggangkan hubungan Tok Guru dengan seorang Exco Kelantan. Ahli keluarga Tok Guru hendaklah faham peranan orang ini bagi mengelakkan keburukan lebih teruk.

Senario ini boleh memberi faham siapa dia ini dan apa jenis orang ini. Senario ini juga akan menjawab kenapa berlaku kejadian yang tidak masuk akal itu tetapi boleh mengejutkan orang ramai dan menyebabkan Umno tersenyum?

Sebenarnya Nik Aziz perlu cemas dan tidak perlu jelas mengenai kejadian itu kerana orang ramai boleh fikir secara logik mengenai kejadian dan laporan terhadap kejadian itu.

Masakan wang sebanyak itu yang hendak diberikan kepada kerajaan Kelantan dan parti, ketua kerajaan dan ketua parti tidak tahu. Anih bukan? Apa pula peranan dan fungsi Nik Din untuk menerimanya sebagai mewakil kerajaan dan parti? Di sini saja bagi mereka yang tahu sistem pentadbiran dan tatsusila hidup sudah merasa janggal dan pelik.

Apa yang boleh difahami di sini babak itu adalah satu perangkap untuk memburukkan imej Tok Guru dan kerajaan Kelantan. Jelas di sini adik Nik Abdul Aziz bernama Nik Din Nik Mat itu sudah menjadi alat dengan tujuan tertentu. Alangkah dayusnya mereka yang memperalatkan adik Nik Aziz kerana beliau seorang yang jujur, ikhlas dan tidak tahu sepak terajang politik. Salahnya di sini orang menganjurkan majlis berkenaan.

Apa yang saya nampak di sini ianya sudah diplankan demikian rupa. Buat replika cek besar-besar tulis derma untuk Nik Aziz atau Pas atau kerajaan negeri kemudian 'pukul gambar' dan masukan dalam surat khabar. Tujuannya biar Umno dan musuh Pas ulas. Dan itulah nampaknya yang berlaku pagi ini bila baca akhbar penjilat punggung. Abdul Rahim bukan saja berjaya memperdayakan Nik Din dan mempermainkan Nik Aziz tetapi ikut sama mempermainkan akhbar-akhbar tertentu yang menyiarkan berita berkenaan. Seharusnya Editor memeriksa dan menilai sejauh mana logiknya kejadian itu sebelum ianya disiarkan apa lagi bagi memberi gambaran Nik Aziz dan kerajaan korup.

Sekali lagi, kalau kita melihat dan menilai wibawa beberapa oknum yang mengulas dan mempersoalkan perkara itu dalam akhbar ia wajar ditolak awal-awal lagi. Orang yang mengulas atau cuba memainkan isu itu juga tidak mempunyai kecerdikkan dan pengetahuan secukupnya dalam hidup mereka. Mereka ini sebenarnya sudah 'dawas'. Kalau mereka ini jenis haiwan mereka tak ubah macam biawak saja boleh libas dan memakan apa benda yang melintas di depan asalnya perut mereka membuyut.

Begitulah selalunya menimpa orang bodoh yang cuba hendak bercakap menunjukkan kecerdikan... ia jadi tambah bodoh. Dia akan cakap apa saja walaupun apa yang dicakapkan itu diketawakan orang. Ada yang meminta SPRM menyiasat pemberian itu kononnya hendak menceritakan kepada dunia kerajaan Kelantan dan Pas sebuah kerajaan yang korup dan parti korup.

Kalau pencadang itu cerdik ada sedikit ilmu ataupun lulus Empat Thanawi tentu dia akan merasa malu untuk membuat desakan demikian. Apakah dia faham bahawa replika itu sudah mempunyai nilai sebanyak RM4 billion. Replika ialah tiruan cek saja yang biasanya dibuat daripada kertas atau polistrim yang harganya tidak sampai RM50.

Rasanya SPRM tidak jadi sebodoh mereka yang suruh menyiasat kes berkenaan. Tidak tahulah kalau sewaktu penambahbaikkan ke atas SPRM yang dibuat baru lalu boleh memsabitkan pemberian replika seperti itu tidak pula saya tahu. Dan kalau ianya boleh disabitkan sangatlah melucukan dan jadilah taraf SPRM itu sama rendah mutu dan darjat dengan orang yang mendesak agar kerajaan Kelantan di siasat ekoran babak lucu dan anih itu.

Melihat kepada maksud perbuatan orang bernama Abdul Rahim itu jelas ia cuba memberi imej buruk kepada Kerajaan Kelantan dan ada unsur-unsur jenayah. Barang kali dalam proses untuk menyapu arang yang dilakukan itu kerajaan Kelantan, Pas dan Nik Aziz sendiri wajar membuat laporan polis ke atas kejadian itu.

Siapa yg nak perangkap PAS Isu RM40b

Posted: 24 Sep 2010 09:15 PM PDT

GAMBAR: Hubungan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. dengan pemimpin Umno



Oleh: Pria Malaya

Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi Eksekutif syarikat I'DA World Group Sdn.Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini..

Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat 'penipu' ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ini..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan serta tidak tahu-menahu langsung tentang kewujudan syarikat ini...

Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul apabila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara..apakah wujud agenda tersirat disebalik apa yang berlaku ini...fikir2kan...
















p/s: Lagi gambar menyusul...

Di bawah adalah penjelasan lengkap Tok Guru Nik Aziz selaku MB berkaitan isu ini..jelas kerajaan Kelantan awal2 lagi berwaspada dan tidak termakan umpan syarikat ini...

VIDEO: Apa Cerita RM4 Bilion?




Pembunuhan Di Negara- Apa bezanya

Posted: 24 Sep 2010 08:59 PM PDT

Motif pembunuhan yg perlu dijelaskan dan yg tak sepatutnya dijelaskan oleh pendakwaan.

OOOO!!!! rupanya berpilih2 dan terpilih2..




NOTIS: Update kes Sosilawati

Isu kes pembunuhan Dato Sosilawati dan 4 yang lain akan sentiasa dikemaskini di dua laman dibawah..

1. Link satu..
2. Link dua..

Kalian juga digalakkan membaca posting khas penulis mengenai kes pembunuhan kejam ini di bawah..


- PANAS BERAPI kes Sosilawati: DAP nafi suspek ahli DAP, blogger Umno dedah hubungan pembunuh dengan pemimpin Umno!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AZMIN TIDAK PERLU `IKRAR SETIA' TERHADAP PRESIDEN

Posted: 24 Sep 2010 09:59 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan YB Azmin apabila beliau menolak kehendak beberapa pihak agar beliau melakukan `ikrar setia' terhadap Presiden PKR, DS Wan Azizah. Isunya, semenjak bila YB Azmin dilihat `derhaka' kepada Presiden parti dan benarkah YB Azmin dilihat menjadi `robot' kepada Presiden? Kedua-dua adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah ada bukti untuk mendakwa YB Azmin bersikap sedemikian.

Semuanya telah diperjelaskan oleh YB Azmin yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukti yang diperolehi selama ini hanyalah kesetiaan dan pengorbanan YB Azmin kepada parti walaupun tidak dikatakan kesetiaan membuta tuli kepada Presiden. Sebaliknya, kesetiaan seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Dato' Zaid terhadap parti dan Presiden mungkin boleh diperdebatkan. Lihat bagaimana Dato' Zaid melabelkan Presiden PKR sebagai `boneka' dan merendahkan kewibawaan Ketua Umum PKR, DS Anwar sebagai `ahli biasa' hanya kerana jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan Parti. Meskipun benar, tetapi di mana adab sopan Dato' Zaid?

Mungkin benar, mungkin tidak jika dikatakan YB Nurul Izzah menyokong Dato' Zaid untuk kerusi No. 2 di dalam PKR. Itu tidak menjadi masalah kerana beliau juga diberi hak melaksanakan amalan demokrasi di dalam parti. Tetapi, mendakwa YB Nurul Izzah terlalu anti kepada YB Azmin mungkin satu tuduhan yang tidak masuk akal.

YB Azmin sememangnya tidak perlu melakukan `ikrar setia' kepada Presiden PKR kerana Presiden sendiri tahu dan nampak jelas apa yang telah YB Azmin lakukan kepada parti semenjak awal penubuhannya. Bahkan, ketika parti ini belum wujud lagi YB Azmin sentiasa komited dengan perjuangan reformasi. /wfauzdin.blogspot.com

kalam Perantau

kalam Perantau


Cek RM4 billion: Belang mula pecah …

Posted: 24 Sep 2010 12:15 AM PDT

Harakahdaily    
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr syarikat I’Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.

Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk “I’Da World Group menjayakan 1Malaysia” Khamis, 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang di belakang mereka.

Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Di pihak kerajaan negeri dan masyarakat Kelantan pula, timbul persoalan apa sebenarnya motif di sebalik gimik penyerahan replika cek tersebut.

Lebih menimbulkan tanda tanya, ianya dilakukan tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PAS negeri itu mahupun Exco kerajaan negeri sendiri.

Badan Perhubungan PAS Kelantan juga tidak dijemput sedangkan mereka mendakwa cek RM4 bilion tersebut untuk PAS Kelantan bagi membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Replika cek tersebut sebelum ini diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Nik Din bagaimanapun tampil menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Nik Aziz juga mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Menurutnya lagi, Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd (l'DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Dalam pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi Eksekutif  I’Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Beberapa keping gambar didedahkan menunjukkan Abdul Rahim dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest – Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Pendedahan-pendahan tersebut dijangka mampu merungkai dan menjawab segala persoalan berhubung niat sebenar dan dalang di sebalik pemberian replika cek tersebut.


dollah yankee

dollah yankee


Apa kata kita tubuh parti Buruh??!

Posted: 24 Sep 2010 05:43 AM PDT

"Manufacturers propose RM700 for minimun wage"

Dengan kenaikan harga-harga barangan keperluan harian, kenaikan harga-harga makanan dan perkhidmatan, pendidikan dan harga rumah semenjak dua menjak ini, sudah tentu kita sedar bagaimana golongan-golongan buruh dan pekerja-pekerja bawahan dikilang-kilang, nak hidup dengan cara yang paling simple pun terlalu sukar.

Sementara kenaikan harga barangan dan lain-lain benda yang naik macam roket tak henti-henti sejak kebelakangan ini, upah kerja yang dibawa balik oleh golongan diatas ini sebenarnya langsung tidak berubah sejak awal tahun 1980an. Sepatutnya pihak yang berwajib atau pihak berkuasa perlu bertindak dengan segera.

Majikan-majikan pula pada hari ini telah dilihat sebagai 'paymasters' yang tak ada otak diatas keenganan mereka untuk memberikan gaji yang sesuai dengan peredaran dan perkembangan semasa, sementara mereka pula mengaut untung yang gila-gila.

Ini lah masanya untuk pihak majikan mempertimbangkan dan gunakan kepala otak yang ada untuk memikirkan sumbangan-sumbangan daripada golongan-golongan ini, jika tanpa pekerja-pekerja dari golongan ini syarikat-syarikat mereka juga tidak akan hidup. Boleh lah kita ibaratkan yang golongan-golongan pekerja-pekerja ini adalah merupakan pemegang-pemegang saham terbesar di syarikat-syarikat tempat mereka bekerja.

Gurkah-gurkah politik di'port' berpendapat, kerajaan yang patut dipersalahkan dalam hal ini kerana semasa mereka keluar mencari pelabur-pelabur untuk melabur di negara kita, mereka berkata yang kos sara hidup di negara kita cukup murah, gaji tak perlu bagi banyak-banyak, dan ini lah yang menyumbang kepada senario ini.

Agak-agak laa woii..macam mana nak hidup dengan gaji 700 ringgit?? Nak bayar rumah, nak makan, pelajaran anak-anak, kain baju, nak bayar hutang motor kapcai lagi. Manakala majikan-majikan mereka bawa kereta-kereta besar yang 'fancy', duduk dirumah-rumah agam, makan direstoran-restoran yang baik-baik (tip saja kena hulur tiga empat puluh ringgit), sementara pekerja-pekerja ini hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Oleh itu cadangan pihak pengilang-pengilang malaysia untuk gaji minimum 700 ringgit kepada buruh-buruh dan operator-operator kilang adalah cadangan yang 'buta perut', tak ada otak, haramjadah dan boleh dikata sangat kejam.

Yang majikan ini tahu hanyalah memerah keringat golongan pekerja-pekerja ini semaksimum mungkin, manakala upah pula kalau boleh mahu dibagi paling minimum.


dollah yankee -
Memang patut kita tubuh parti buruh.

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerita Porno Fiksyen 18SX - Malam Pertama Aku dan Dia

Posted: 24 Sep 2010 08:09 PM PDT