Selasa, 21 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Suspek Utama kes Sosilawati : Dua lagi ahli perniagaan hilang

Posted: 21 Sep 2010 07:19 PM PDT

Shafik Abdullah didapati hilang selepas menemui suspek utama kes Sosilawati


KUALA LUMPUR: Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.
Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.

Kehilangan mereka sudah dirujuk kepada Ibu pejabat Polis Daerah (Brickfields) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, melihat kepada modus operandinya, besar kemungkinan kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama, katanya.

Sumber berkata, modus operandi kehilangan dua sahabat itu hampir sama dengan kes membabitkan jutawan kosmetik berkenaan sebelum dibunuh bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 di sebuah ladang persendirian milik suspek di Morib, Banting.
Kedua-dua mangsa memberitahu keluarga masing-masing hendak ke ibu negara bertemu seseorang (peguam), dipercayai suspek utama kes Sosilawati atas urusan perniagaan sebelum hilang.

Malah, telefon bimbit juga gagal dihubungi, menyebabkan keluarga masing-masing diselubungi kebimbangan, lebih-lebih lagi selepas kes Sosilawati terbongkar.

Polis menemui kereta jenis Honda Stream milik Shafik di sebuah kondominium di ibu negara Mei lalu selepas keluarga mereka membuat laporan polis.

Polis ketika itu menyiasatnya sebagai kes orang hilang sehinggalah pembunuhan kejam Sosilawati terbongkar kerana kedua-dua mangsa dipercayai menemui peguam yang sama, katanya.

Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit bukan saja sahabat baik, malah dipercayai rakan kongsi dalam perniagaan batu permata.

Sementara itu, isteri Shafik, Samson Nahar Mohd Dali berkata, dia dimaklumkan polis, 95 peratus kemungkinan suaminya adalah antara mangsa penjenayah kejam itu dan kini hanya menunggu pengesahan.

Katanya, berita itu dimaklumkan polis ketika berada di Banting, Selangor pada hari raya ketiga, 12 September lalu untuk membantu siasatan.

"Saya sedih bila mendapat tahu keadaan itu namun saya masih berharap agar peluang yang tipis itu akan bertukar menjadi satu keajaiban dan saya dapat bertemu kembali dengan suami," katanya.

Selain Shafik dan rakannya itu, Berita Harian sebelum ini turut melaporkan kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India sejurus tiba di Malaysia untuk meninjau peluang perniagaan, 18 Januari lalu selepas diyakini oleh suspek dan adik lelakinya, juga seorang peguam untuk berbuat demikian.

Allal yang mempunyai perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Isterinya, S Usharani, 24, dipetik berkata, kali terakhir suaminya menelefonnya pada 18 Januari sebaik tiba di KLIA dan memaklumkan sudah dijemput oleh kedua-dua beradik berkenaan, seterusnya dibawa ke Banting sebelum hilang serta gagal dikesan hingga ke hari ini.

Sumber berkata, nasib semua individu terbabit masih belum dapat dipastikan, malah usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan berdasarkan maklumat diperoleh daripada kedua-dua suspek utama itu, selain enam lagi pekerja ladang persendirian milik mereka yang turut ditahan bagi membantu siasatan.

Usaha juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti kes-kes lain seumpamanya yang mempunyai kaitan dengan mereka, katanya - BH

Mata petugas Risda terkena tembakan Ketua Polis Daerah rosak

Posted: 21 Sep 2010 06:59 PM PDT

KUANTAN: Mata kanan seorang petugas Risda yang terkena serpihan peluru penabur yang dilepaskan seorang pegawai polis ketika berburu di hutan Kemasul, Lanchang Sabtu lepas disahkan rosak.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail yang mengesahkan perkara iu, berkata serpihan peluru dalam mata kanan Abdul Ghani Midon, 49, bagaimanapun sudah dibersihkan.

"Mata kanannya rosak...sekarang ini dia stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut mendapati terdapat serpihan peluru di bahagian leher mangsa.

Serpihan peluru itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat dengan bantuan beberapa pakar termasuk pakar pergigian, katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Dalam kejadian pada 5.10 petang Sabtu lepas itu, Abdul Ghani dikatakan terkena serpihan peluru yang dilepaskan Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Fadzillah Mohamad ketika mereka memburu landak. - BERNAMA

Kes Sosilawati : Polis nafi tutup mata kes libatkan peguam

Posted: 21 Sep 2010 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Cemuhan pihak tertentu kononnya polis Selangor 'tutup mata' terhadap kes membabitkan peguam disangkal apabila enam peguam sudah diheret dan dibicara ke mahkamah atas pelbagai kes penipuan dan penyelewengan.

Isu berkenaan mula dipolitikkan berikutan kes kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain yang disyaki dibunuh lapan suspek termasuk dua peguam adik-beradik sebagai suspek utama di Banting, Selangor, baru-baru ini, sebelum ia dikaitkan dengan kelewatan polis menangani jenayah membabitkan golongan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata suspek utama yang mempunyai syarikat guaman di Banting itu sudah diambil tindakan oleh polis sebelum ini berhubung tujuh laporan polis yang dibuat beberapa mangsa.

Menurutnya, satu daripada kes terbabit sudah dibawa ke mahkamah dan menunggu perbicaraan seterusnya manakala satu lagi kes diteliti pihak pendakwa raya untuk pertuduhan.

"Baki lima kes lagi masih dalam siasatan polis Selangor. Setakat ini laporan polis diterima berhubung suspek utama kes pembunuhan berkenaan membabitkan penipuan dan pengubahan wang secara haram. "Orang ramai perlu tahu bahawa siasatan kes jenayah perdagangan atau komersial tidak seperti kes jenayah lain berikutan siasatannya perlu mengambil masa lama. Banyak dokumen yang perlu diperhalusi dan ramai saksi yang perlu diambil keterangan," katanya semalam.

Tindakan diambilnya itu, sekali gus menafikan polis Selangor mengabaikan laporan dan siasatan terhadap kes jenayah membabitkan peguam.

Menurutnya, kesungguhan polis membendung jenayah membabitkan peguam dibuktikan melalui penubuhan satu task force (pasukan khas) yang diwujudkan khusus bagi memantau kes jenayah membabitkan peguam berkenaan.

"Pasukan khas terbabit akan melakukan pertemuan setiap bulan bagi membincangkan kes yang dilaporkan terhadap peguam selain langkah seterusnya yang perlu diambil," katanya.

Menurutnya, sejak 10 tahun lalu, polis Selangor membuka 72 kes siasatan terhadap salah laku dan penyelewengan membabitkan peguam.
"Perlu saya nyatakan, di dalam beberapa kes, terdapat lebih dari satu kertas siasatan yang dibuka terhadap peguam sama.

"Sehingga kini, polis Selangor sudah menuduh enam peguam dan seorang 'runner' peguam berhubung 10 daripada kes jenayah yang dilaporkan berkenaan. Tindakan terbabit turut membabitkan seorang peguam yang ditangkap polis berhubung kes pembunuhan Sosilawati," katanya.

Berdasarkan siasatan, tujuh kes jenayah komersial dilakukan suspek sebelum ini membabitkan nilai kerugian RM7.1 juta di Kuala Langat, sejak 2005

'Datuk' palsu - Istana Kelantan buat laporan polis

Posted: 21 Sep 2010 10:30 AM PDT

KOTA BAHARU: The office of the Sultan of Kelantan today lodged a police report on the false offer of Kelantan State honours purportedly issued by the office.

The report was lodged by the Administrative Officer (Protocol) from the Office of the Sultan of Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, at the Kota Baharu District Police Headquarters at noon.

The Comptroller of the Kelantan Royal Household, Datuk Abdul Halim Hamad said the report was lodged after the office received a copy of the document from Istana Telipot regarding the award of the state honours.

"On Sept 19, the Office of the Sultan of Kelantan, Istana Balai Besar Kota Baharu received a copy of the document which was received from Istana Telipot, which was faxed by the Special Investigation Division (D9), Contingent Police Headquarters (IPK) Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pertaining to the letter on the award of the state honours.

"A check was made and it was found that the document was false and had never been issued by this office, and as such, I have instructed the Administrative Officer (Protocol) of the Office of the Sultan of Kelantan to lodge a police report on the matter," he said in a statement, here today.

He said the report was lodged to ask the police to initiate immediate investigation on the falsification of the document so that such an act could be curbed in future. - BERNAMA

Polis temui tengkorak dan rangka manusia di tepi lombong

Posted: 21 Sep 2010 10:25 AM PDT

PORT DICKSON, 21 Sept — Polis menemui tengkorak dan rangka manusia dipercayai seorang dewasa, di tepi sebuah lombong di Jalan Sua Betong berhampiran Kampung Barisan, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Baljeet Singh berkata rangka itu ditemui dalam keadaan terikat dengan wayar serta ditutup dengan selimut tebal.

"Keseluruhan mayat sudah reput dan hanya tulang yang dapat dikesan di situ," katanya, di sini hari ini.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, beliau berkata seorang pemancing berusia 53 tahun telah menemui tengkorak itu pada Ahad lepas, namun dia yang tidak pasti dengan penemuannya telah bertindak menanam tengkorak tersebut.

Bagaimanapun selepas dinasihatkan rakan, dia membuat laporan polis semalam, dan sepasukan polis yang dihantar ke tempat tersebut telah menemui rangka berkenaan, kata beliau.

Baljeet berkata pihaknya yakin mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di situ.

Tengkorak dan rangka itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'aafar Seremban untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222 atau balai polis berdekatan. — Bernama

Nurul Izzah akan beri keterangan pada polis berhubung laporan Perkasa, Perkara 153

Posted: 21 Sep 2010 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini berhubung laporan polis yang dibuat Perkasa mengenai kenyataannya menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Saya akan memberi keterangan mengenai laporan polis dibuat Perkasa selepas artikel saya bertajuk 'Malaysia atau Malaysaja' yang disiarkan oleh The Malaysian Insider.

"Nampaknya Perkasa tidak mahu menerima pelawaan saya berdebat," kata Nurul Izzah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Menurut Nurul Izzah, beliau akan ditemani peguam Latheefa Koya ketika memberikan keterangan pada pukul 12 tengahari esok.

Dalam pelawaan agar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar berdebat dengannya, Nurul Izzah menulis, idea "hak orang Melayu" yang dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Perkasa telah membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah 2 September lalu. TMI

Remaja kembar hilang di Kampar ditemui di Pulau Pinang

Posted: 21 Sep 2010 10:10 AM PDT

GEORGE TOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas, ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu ditemui di sebuah flat di Paya Terubong di sini pada pukul 8 pagi.

Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.

Sebelum ini, pasangan kembar dan rakan mereka dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar pada hari raya kedua.

Polis akan memberi butiran lanjut mengenai penemuan remaja itu dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi. - BERNAMA

Artis Melayu pegang anjing? ...

Posted: 21 Sep 2010 08:58 AM PDT


Gambar Gitaris Estranged Pegang Anjing

HAI Niezam, artis kita pegang anjing lagi... nah tengok gambar ni. Tolong kutuk sikit ya dalam ruangan you... Adoiii."

Begitulah kiriman SMS yang Niezam terima semasa tengah sibuk melantak kuih sempena rumah terbuka Hari Raya di Selama, Perak minggu lalu.

Pembaca setia mStar dari Kuala Lumpur itu mahu dikenali sebagai Mike. Dia bukan orang Melayu tetapi dia amat prihatin dengan artis Melayu kita yang beragama Islam.

Kata Mike, dia ada ramai kawan Melayu. Semua kawannya tak pegang anjing. Malah dia orang beritahu Mike, orang Islam tak boleh pegang anjing.

Jadi bila ada artis Melayu yang pegang anjing, Mike pun hantar satu gambar kepada Niezam yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov (gamnbar) tengah pegang anjing.

Menurut Mike, dia terima gambar itu daripada rakannya dan minta Niezam komen gambar itu.

Macam nilah Mike. Niezam tak mahu nak bersyarah berjela-jela sebab tak semua orang suka dengar orang membebel.

Sebelum Din pegang anjing, sudah ramai artis kita yang buat benda yang sama. Pelakon Syarifah Sofia dan bekas penyanyi kumpulan Res2 – Baby pun pernah "kantoi" gambar-gambar pegang anjing.

Untuk makluman Mike, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga.

Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam. Mudah saja.

Tapi masalahnya artis-artis kita ini sesetengahnya bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing.

Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai "public figure". Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda.

Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

NIEZAM: Pegang pada janji. - mStar
MS : Kadang-kadang aku malas nak bercakap tentang artis kita ni. Apa yang tak mereka lakukan, seolah-olah tiket 'artis' tu membenarkan mereka melakukan apa saja ... hampeh

Kes Sosilawati : Penyelam Polis Temui Objek Seperti Gelang Emas Di Kunci Air

Posted: 21 Sep 2010 07:10 AM PDT

BANTING: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, Selasa.

Empat anggota penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi.

Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu yang mencuri perhatian umum semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Suspek, yang merupakan seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada 3.00 petang tadi kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar.

Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi tersebut ketika diminta oleh pihak media.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu. BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


Kelemahan, juga keistimewaan Anwar - YB Tian Chua

Posted: 21 Sep 2010 09:00 PM PDT

Kelemahan, juga keistimewaan Anwar

Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008. Namun demikian, isu ini dikendalikan secara "berhati-hati", malah lebih tepat secara "senyap-senyap", memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan "kembalinya Anwar secara rasmi" ke dalam parlimen.

Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Adakah ini kelemahan, atau keistimewaan Anwar? Pada dasarnya Anwar seorang demokrat. Jadi beliau selalu menyimpan 'sangka baik' terhadap kritikan yang dilontarkan terhadapnya. 'Dia kritik saya, ok-lah, sabarlah, saya bincang dengannya kemudian selesai' (sikap Anwar)." Tian Chua membela Ketua Umumnya, sambil memberi contoh bagaimana Anwar mempertemukan Zulkifli Noordin dengan tokoh agama, Yusof Al-Qaradawi, untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah.

Tian Chua berkata, ramai orang yang menganggap bahawa Anwar (gambar kiri) mempunyai kedudukan yang tidak tercabar dalam parti, tetapi pada hakikatnya, Anwar jarang menggunakan kewibawaan ini untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya beliau tetap dengan "sangka baiknya", dan beliau tidak percaya, seandainya diberitahu, misalnya "Wee Choo Keong telah bertemu dengan pemimpin UMNO".

"Semestinya ia (sikap Anwar ini) ada baik dan buruknya. Ini bermakna apabila berdepan dengan masalah, maka orang di sisi Anwar perlu memikirkan cara untuk mengurangkan bahaya dan ancaman masalah tersebut," katanya./MerdekaReview

APABILA TIAN CHUA MEMBELA AZMIN ALI

Posted: 21 Sep 2010 06:00 PM PDT

Khalid vs Azmin

"Saya tidak boleh secara ringkasnya, melabelkan Khalid sebagai golongan progresif, dan Azmin sebagai golongan konservatif. Untuk saya, perbezaannya sebegini, langkah pembaharuan dalam sistem kakitangan awam dan korporat terlalu perlahan. Dasar parti gagal diterapkan sepenuhnya. Ini kerana kami terlalu beri muka kepada kakitangan kerajaan ini, dan kami terlalu ikut prosedur. Tapi prosedur ini ditetapkan UMNO. Tan Sri (Khalid) tidak mahu menyentuhnya pada kebanyakan masa," kata Tian Chua.

Tian Chua menjelaskan, Khalid Ibrahim (gambar kanan) enggan mengubah model yang lama kerana khuatir menyinggung pegawai kerajaan ini. Inilah punca kekecewaan anggota parti. Bagaimanapun, Tian Chua menganggap niat Khalid mungkin baik, iaitu orang yang melaksanakan dasar bukan datang dari parti.

"Masalahnya apabila kami berdepan dengan tekanan, anda menyerahkan jawatan ini kepada ahli profesional dan pegawai kerajaan. Ia menyebabkan satu situasi tersekat (jam), dan menjadi rintangan kepada diri kita." Tian Chua bersambung, maka orang dalam parti tertanya-tanya, "mengapa orang ini bekas penyokong BN, dan kini hanya dengan menukar topinya (sokong BN), dia masih memegang jawatan dalam kerajaan kami?"

"Caranya mengolah isu ini, atau penyampaiannya memberi gambaran seakan-akan dialah yang mahukan jawatan tersebut, tetapi pada hakikatnya bukan semestinya begitu," jelas Tian Chua.

Tian Chua seterusnya memberi contoh masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim, yang akhirnya menjurus kepada penyerahan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor kepada Azmin Ali.

"Dalam mesyuarat, seorang Ketua Cabang mengetengahkan masalahnya. Hutang bil air dan elektrik pejabat cabang telah tertunggak untuk tiga bulan, dan akan dipotong jika tidak dijelaskan. Khalid tidak mungkin memberi satu projek kepadanya, dan berkata 'nah, kamu pergi selesaikan masalah ini'. Maka ketua cabang pun mencadangkan jamuan kutipan derma, dan meminta agar Tan Sri (Khalid) hadir."

"Sudah tentu Tan Sri (Khalid) bosan dengan perkara remeh temeh ini, kerana beliau sebagai Menteri Besar nak uruskan hal pentadbiran negeri. Jadi, beliau akan mengambil sikap 'jangan kamu bangkitkan isu ini kepada saya, kamu cakap dengan orang lain'... Masalahnya, Tan Sri ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pemimpin akar umbi akan tertanya-tanya, siapa lagi yang harus selesaikan masalah bil bekalan air dan elektrik, kalau bukan beliau?"

Tian Chua (gambar kanan) menambah, "Ini masalah yang benar wujud, dan bukan soal Ketua Cabang tamakkan wang, merungut kerana tidak mendapat projek. Parti pada peringkat pusat kini memberi arahan, menggariskan matlamat pendaftaran pemilih pada 6000 orang setiap cabang. Tetapi ketua cabang berkata, bil air dan elektrik belum dijelaskan, saya gagal mencapai matlamat yang digariskan."

Dalam situasi sedemikian, Tian Chua tidak menolak bahawa timbulnya rungutan daripada segelintir anggota parti, yang mahukan Khalid Ibrahim dijatuhkan, tetapi agak keterlaluan untuk dikatakan bahawa wujud satu komplot yang terancang agar Khalid digulingkan.

Tian Chua, yang mengakui dirinya bukan menyetujui Azmin Ali (gambar kiri) dalam semua isu, bagaimanapun sanggup membela Azmin Ali dalam isu ini. Pada tanggapan Tian Chua, adalah kurang adil untuk Azmin Ali apabila ditonjolkan dengan imej negatif dalam media.

Tian Chua, pemimpin yang sama taraf dari segi senioritinya dengan Azmin Ali, berkata "veteran" seperti mereka akan menerima arahan bos, Anwar untuk menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya di Sabah. "Tetapi untuk sesetengah orang, kami akan dianggap sebagai 'wakil dari pusat untuk campur tangan' dalam isu tempatan, atau negeri," katanya./Merdeka Review

TOK GURU, DENGAR KATAK NAK NASIHAT NI.....

Posted: 21 Sep 2010 04:00 PM PDT

Sumber: Love Perak


SEDIH BILAMANA TOK GURU DIHINA DAN DI HERDIK TIDAK RETI AL QURAN DAN TAFSIRANNYA...KEJUMUDAN DAN KEDANGKALAN IBRAHIM ALI MENELAAH AL QURAN IKUT TAFSIRAN SENDIRI MENGENAI BANGSA...MENCABAR WIBAWA ALIM ULAMA...CUKUP BIADAP!!!!

APABILA KERAJAAN PAS KELANTAN `DIDERA'.....

Posted: 21 Sep 2010 12:00 PM PDT

Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah

Sep 21, 10


Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.

Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.


Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu./Malaysiakini

TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN 43, ZAID 21 DAN MUSTAFA 10 PENCALONAN

Posted: 21 Sep 2010 10:00 AM PDT

Timbalan: Azmin makin selesa di depan


Naib presiden PKR, Azmin Ali semakin jauh meninggal pencabarnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu November depan.

Selepas 78 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin memperolehi 43 pencalonan.

Manakala pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan.

Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.

Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Keputusan pemilihan calon di dua lagi cabang di Sabah - Sepanggar dan Pensiangan - belum dapat disahkan.

Manakala bagi jawatan presiden pula, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tiga lagi pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut, menjadikan lapan pencalonan sehingga ini.

Cabang lain mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Lapan cabang yang mencalonkan Anwar untuk jawatan presiden ialah Bera, Kuala Krau, Sipitang, Tasek Gelugor, Rembau, Parit, Kampar dan Arau.

Cabang PKR mula bermesyuarat sejak 17 September lalu, dan 218 cabang dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Manakala Kongres Nasional Tahunan parti itu dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 November depan./Malaysiakini

MEMALUKAN !! DS ANWAR ATAU TAN SRI KHALID PUNYA KERJA INI ?

Posted: 21 Sep 2010 12:00 AM PDT



Saudara bayangkan, kalaulah yang anjur sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri seperti di atas tu adalah Kerajaan Selangor atau anjuran DS Anwar, agak-agaknya berapa tahun TV3 Suku atau Utusan Meloya dok ulang?

Agak-agaknya Harussani berbunyi tak? Tapi, nak buat macam mana kan.....kalau bapak minat yang macam tu, hairan apa anak jadi artis.....

Apa yang penting, INI BUKAN RUMAH TERBUKA PEMIMPIN UMNO, Silap banner kot kat belakang tu....Takkan pemimpin Umno macam tu, sedangkan MP DAP masuk surau pun dia suruh mandi wajib dan tutup aurat....Mustahillah anjuran Umno tu....Aku tak caya !!

kalam Perantau

kalam Perantau


Terkini: Keretapi Kerteh-Kuantan ditutup dizaman UMNO. RM 800j lesap!

Posted: 21 Sep 2010 08:48 PM PDT

Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah mampos. Amat malang Landasan keretapi yang dibina dan beroperasi dizaman pemerintahan PAS di Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini. Di Zaman pemerintahan Umno-BN yang hebat dengan pembangunan yang tak pernah dilihat. Zaman Datuk Mat Said yang merakyatkan pembangunan akhirnya kini akan hilang dari penglihatan. Dengan kos pembinaan yang dikatakan menelan RM 800 juta ringgit, duit rakyat itu akan hilang begitu sahaja?

Sistem Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Railway System-KKRS) telah siap dibina dan telah beroperasi mulai 01hb.April 2004. Landasan keretapi sejauh 86 km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.

Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System. Apakah lokomotif ini akan dijual pula kepada Rosmah untuk projek Iandasan berkembar Ipoh?

Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB bersetuju menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Janruari 2003. Kemana kaki-tangan ini akan pergi? Dah le KTMB di Singapura dah nak tutup. Apa jadi nasib mereka?

Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; "Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang". Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.

Bagaimana pula dengan isu keselamatan? Tidakkan ianya melibatkan produk berbahaya. Bagaimana jika berlakunya kemalangan? Kawasan yang melibatkan jalanraya yang melibatkan orang awam. Dahlah sistem jalanraya yang tak elok. Jalan raya khususnya di Kijal kampong MB Terengganu tu macam ular dan lipan. Habis bagaimana produk petro-chem itu nak sampai kepada pelabuhan? Guna lori? Siapa pulak dapat kontrak pengangkutan tersebut? Dah le pelabuhan Kemaman tu sudah ditelan Pelabuhan Kuantan. Kini lori pulak telan landasan keretapi. zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan. Tetapi keputusan orang KL yang buat bukan kat Terengganu. Siapa orang KL tu?

Sistem kesihatan pun ketinggalan zaman. Hospital Daerah Dungun sendiri dibina semenjak zaman lepas perang Jepun. Habis macamana nak menanggani kes-kes yang melibatkan bahan berbahaya seperti petrol-chemical dengan segera jika berlaku kemalangan. Apatah lagi melibatkan jalan yang sentiasa diguna-pakai oleh orang awam. Jalan bypass kawasan petro-chem dengar kata sudah diberi duit oleh pihak petronas tetapi tidak dibuat oleh JKR sehingga sekarang. Betul ke? Pekan Paka-Kerteh-Kemasik takde hospital. Adalah klinik sekadar untuk check perempuan nak bersalin. Apa-apa kes kecemasan ambulan terpaksa berkejar ke Hospital Kuala Terengganu. Nyawa orang ramai dipertaruhkan!

Kenapa beberapa hari lagi keretapi itu akan ditutup? Tidak sebagaimana yang diwar-warkan selama ini. kenapa berlaku sebaliknya? Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke? Atau ia hanya projek untuk mengenyangkan kroni UMNO. Dan selepas kenyang maka tahik dibuang merata-rata. Semua sapu tangan. Takde siapa yang bertanggung-jawab. Tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Selepas pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura gate. Inilah nasib Terengganu. Hasil minyaknya penjana ekonomi Negara, dek kerana kebodohan kepimpinan Umno Terengganu, ia menjadi negeri kedua termiskin.

Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah. Kereta api itu boleh mencapai kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam. Ia akan disambung ke Kerteh dank e Terengganu. Berkhayallah rakyat Terengganu dengan pembangunan yang nak dibawa oleh Umno-BN. Jangankan nak tunggu rel keretapi tu siap setelah 3 tahun diluluskan, Apatah lagi dengan ekonomi yang flip-flop ni, landasan yang ada dah pun nak di muziumkan. Bolehlah Mat Said jadikan produk pelancongan berkembar dengan Zoo beliau di Kemaman tu.

Sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/


Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai

Posted: 21 Sep 2010 01:50 AM PDT

Oleh : Mohamed Zainal Abidin Hussin  

KOTA BHARU, 20 Sept: Penggunaan gelaran Sultan Muhammad V mula digunapakai dalam upacara rasmi kerajaan hari ini apabila Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan istilah tersebut dalam perhimpunan bulanan kakitangan Kota Darulnaim pagi ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata dengan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru bergelar Sultan Muhammad V dalam suasana merayakan Aidilfitri baru-baru ini akan menambahkan lagi kekuatan rakyat dan negeri Kelantan dalam mewujudkan persekitaran Islam yang telah dibina sejak 20 tahun lalu.

"Sepanjang Ramadan yang baru saja berlalu, masyarakat Kelantan dapat merasai dengan jelas persekitaran baru yang ada di negeri ini yang begitu jauh berbeza dengan apa yang ada sebelum ditadbir dengan pendekatan Islam," kata beliau di hadapan lebih seribu kakitangan awam.

Masjid-masjid menurut beliau dipimpin oleh imam-imam yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan mendapat latihan kepimpinan Islam yang berkualiti.

"Bandar kita bergema dengan laungan zikir dan suasana ibadah yang mampu manjauhkan segala bentuk keburukan dan maksiat yang dimurkai," ujar beliau.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa penjawat awam Kelantan akan muncul sebagai pasukan terbaik dengan kualiti tinggi selepas sebulan menyertai tarbiyah Ramadan.

"Pelbagai program Ramadan seperti Qiamullail, tadarus Quran, solat sunat Tarawih dan pelbagai lagi sudah pasti akan mengangkat darjat kita semua menjadi mereka yang siap sedia memikul beban berkhidmat untuk rakyat sebagai hamba Allah yang terbaik (ahsanu amala)," jelas beliau lagi.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan kronologi pemasyhuran Sultan baru-baru ini berharap setiap anggota kakitangan memahami dengan baik isu ini agar dapat menjadi jurucakap kerajaan jika terdapat suara-suara sumbang yang cuba mengelirukan perkara sebenar.

"Kita sedar ada pihak yang cuba menggunakan akhbar untuk menimbulkan keraguan berkaitan pemasyhuran baginda Sultan, dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan supaya semua pihak mendapat gambaran yang sebenar," kata beliau.

Beliau kemudian menjelaskan dengan terperinci kaedah perlantikan Sultan yang baru berdasarkan pindaan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri yang telah diwartakan pada 20 Julai yang lalu.

"Kita turut sukacita kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan yang baru berkenan untuk meminda beberapa kebiasaan supaya lebih bertepatan dengan kehendak Islam," ujar beliau.

Antara lain, Aiseri mengumumkan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda.