Isnin, 20 September 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ANAK MAIDIN SEBAGAI PENASIHAT `KASIM PATOLAN' DALAM TIGA ABDUL

Posted: 20 Sep 2010 09:20 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ANAK Maidin yang digelar Zam di dalam kenyataannya di sini, menyeru agar Umno melupakan PAS bagi membentuk perpaduan Melayu. Agak ganjil bagi kita mendengar seseorang yang telah dilupakan oleh partinya sendiri, menasihatkan partinya itu untuk melupakan PAS. Siapa agaknya yang mahu mendengar cakap-cakap Anak Maidin ini? Budak Tadika Kemas pun mungkin fikir beratus kali untuk mengguna pakai cakap orang terbuang seperti beliau.

Anak Maidin yang pernah menjadi bahan ketawa seluruh dunia kerana bahasa Inggeris nya yang `hulu' atau `kekampongan' sewaktu diwawancara oleh sebuah Stesyen TV asing suatu ketika dahulu, kini cuba untuk tampil mencari publisiti. Tuduhannya bahawa PAS pernah menghasut PM yang pertama agar merampas harta orang-orang Cina selepas peristiwa 13 Mei, sehingga sekarang gagal beliau buktikan. Mahu bukti bagaimana kerana Anak Maidin ini mengambil orang yang sudah mati sebagai `saksi'. Itulah tahap pemikiran Anak Maidin yang pernah menjadi `bos' di Kementerian Penerangan.

Soal perpaduan Umno - PAS tidak lagi disebut orang termasuk dari pimpinan Umno lebih-lebih lagi PAS. PAS telah menghumban isu ini ke tepi longkang walaupun terdapat beberapa pemimpin Umno terhegeh-hegeh ingin mengutipnya kembali. Tiba-tiba pula Anak Maidin ini cuba melagukan semula isu ini, kununnya sebagai Penasihat Dua Puluh Persen dalam cerita Tiga Abdul. Adakah Anak Maidin percaya Umno mahu menerima nasihatnya itu? Nasihat Tun Mahathir yang jauh lebih berwibawa dari Anak Maidin pun Umno tidak pakai, maka buang masa sahaja beliau ingin menasihatkan Umno. Tun tidak mahu Umno menjauhi Perkasa, adakah Umno turuti?

Pada saya, lebih baik Anak Maidin kurangkan bercakap agar kebekuan otaknya tidak banyak diketahui orang. Amat tepat sekali para pengundi di kawasannya dulu menolak Anak Maidin di dalam PRU Ke 12 dengan majoriti yang amat besar sekali. Otak yang berada di lutut tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat apatah lagi menjadi Penasihat./wfauzdin.blogspot.com

UMNO YANG PATUT MELUTUT KEPADA PERKASA BUKAN TENGKU ADNAN

Posted: 20 Sep 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TENGKU Adnan menjadi sasaran cemuhan dua NGO yang teramat marah apabila Setiausaha Agung Umno itu menggelar Perkasa sebagai pertubuhan yang `racist'. Tengku Adnan tentunya tidak bercakap secara individu bahkan beliau mewakili Umno di dalam kenyataannya setelah diadakan perjumpaan dengan semua parti Komponen Bn. Maka, Umno mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Perkasa.

Perkasa dikatakan begitu melampau di dalam memperjuangkan hak orang-orang Melayu sehingga menyinggung perasaan kaum-kaum lain terutamanya kaum Cina. Pemanis satu lagi pertubuhan yang mewakili mantan Wakil-Wakil Rakyat mahu agar Tengku Adnan memohon maaf kepada Perkasa di atas tuduhannya itu. Sebenarnya Umno dan semua komponen Bn yang membuat keputusan tersebut bukannya keputusan Tengku Adnan seorang. Justeru itu, tergamakkah Umno/Bn melutut kepada Perkasa terutamanya kepada Ibrahim Ali?

Perkembangan yang menarik untuk dilihat. Siapakah yang lebih berkuasa dan berpengaruh sekarang, samada Umno atau Perkasa? Adakah Tengku Adnan akan memohon maaf kepada Perkasa? Pemanis memberi amaran akan mendesak agar beliau dipecat dari Setiausaha Agung Umno. Masalahnya, lakukah desakan dari pertubuhan yang tidak ramai mengenalinya itu?

Sebenarnya Tengku Adnan tidak perlu minta maaf kerana Umno akhirnya akan akur dengan kehendak Perkasa. Ini adalah kerana tiada siapa lagi yang boleh Umno jadikan kawan untuk menyambung sisa-sisa hayat Umno sekarang. Sewaktu Umno kuat, siapa yang pedulikan Perkasa? Ketika Umno lemah sekarang inilah mana-mana pertubuhan sekali pun boleh terus `membuli' Umno. Umno kini amat terdesak dan parti yang diasaskan oleh Onn Jaafar ini sudah kehilangan maruah mereka./wfauzdin.blogspot.com

SUDAH DIPECAT MAHU MASUK BERTANDING

Posted: 20 Sep 2010 05:00 PM PDT

KENYATAAN MEDIA

20 SEPTEMBER 2010

Merujuk kepada kenyataan Sdr Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010. Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung

Dihantarkan melalui email:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

UTUSAN MEROSOT, AWANG SELAMAT PUNYAI STANDARD RENDAH - NAZRI AZIZ

Posted: 20 Sep 2010 07:00 AM PDT

Nazri: Awang Selamat, siapa ketuamu?
Sep 20, 10

Selepas mengkritik Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri menegaskan sebagai seorang menteri, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

"Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan anti-Mahathir.

Dalam kolumnya semalam, Awang Selamat mengkritik Nazri (kanan) kerana 'mempersoalkan' kesetiaan Utusan pada Najib - yang didakwanya menunjukkan menteri itu anti-Mahathir.

Awang Selamat juga mendakwa tindakan Nazri itu biadap dengan negarawan yang banyak berjasa, sekali gus menjelaskan mengapa tidak hairan akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr Mahathir.

Ini kerana, tambahnya, ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Ibrahim Ali sememangnya bukan ahli Umno

Pada 15 September lalu, sebuah portal berita melaporkan Nazri mempersoalkan tindakan Utusan seolah-olah memperlekehkan gagasan Najib, menunjukkan akhbar harian itu lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

Beliau dilaporkan bertanya sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu 'menggantikan' beliau dengan Dr Mahathir.

"Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr Mahathir?" Nazri dipetik sebagai berkata.

Dalam sepucuk surat terbuka yang disiarkan dalam portal portal berita hari ini, Nazri berkata, walaupun Dr Mahathir adalah perdana menteri terbaik yang beliau pernah pernah berkhidmat, tetapi beliau juga ada banyak kekurangannya.

"Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya," katanya.

Menurut Nazri, tidak sepertinya, Awang Selamat mungkin tidak tahu siapa ketuanya "kerana dia memperkecilkan dasar 1Malaysia yang dibawa perdana menteri dan mempromosikan perkauman sempit (Presiden PERKASA Datuk) Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno."

Bersopan kepada pembangkang

Beliau juga mengkritik Awang Selamat yang didakwanya "terperangkap dalam peredaran waktu"di mana ahli arlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan wakil rakyat pembangkang, malah membencinya dalam kebanyakan masa.

Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat

"Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima ahli parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Menteri Hal Ehwal Parlimen," tulis Nazri lagi.

Secara sinis, Nazri menambah: "Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya."

Sehubungan itu, Nazri menasihatkan Awang Selamat tidak mencampuri politik "dengan pengetahuan yang cetek dan sifar pengalaman", sebaliknya patut memberikan tumpuan untuk menaikkan edaran Utusan yang terus merosot.

"Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya," kata Nazri./Malaysiakini

PEMILIHAN PKR - AZMIN TERUS DI HADAPAN, US BADRUL AMIN TURUT DICALONKAN

Posted: 20 Sep 2010 05:00 AM PDT

Timbalan: Azmin 36, Zaid 19, Mustaffa 10, Tian 2

8.00pm Tiga calon utama jawatan timbalan presiden PKR menambah jumlah pencalonan masing-masing selepas 69 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Naib presiden PKR, Azmin Ali memperolehi 36 pencalonan manakala pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 19 pencalonan, diikuti oleh pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub yang memperolehi 10 pencalonan.

Azmin berjaya menambah lapan lagi pencalonan hari ini, manakala Zaid menambah sembilan pencalonan. Mustaffa menambah empat lagi pencalonan - semua dari cabang PKR Perak.

Turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua yang memperolehi dua pencalonan; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masing-masing mendapat satu pencalonan sehingga ini.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendapat lima pencalonan untuk jawatan presiden. Bagaimanapun sebahagian besar cabang yang telah bermesyuarat mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Manakala ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; Fuziah; naib presiden - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah - menjadi calon pilihan kebanyakan cabang untuk bertanding jawatan naib presiden.

7.50pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-36 dari cabang Bentong, Pahang.

Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula Kepala Batas mencalonkan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Sebanyak 69 cabang PKR selesai bermesyuarat setakat ini.

7.35pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-35 dari cabang Kepala Batas, Pulau Pinang.

Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula Kepala Batas mencalonkan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain Abas dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

7.03pm Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub mendapat tiga lagi pencalonan dari Perak untuk bertanding jawatan timbalan presiden.


Beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Ipoh Barat, Kuala Kangsar dan Parit. Dengan itu, Mustaffa kini mendapat 10 pencalonan.

Manakala satu lagi cabang di Perak - Kampar - mencalonkan naib presiden PKR, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Azmin kini mendapat 34 pencalonan.

Ipoh dan Kuala Kangsar mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagaimanapun, Parit dan Kampar mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula Ipoh Barat mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan Suresh Ramachandran.

Kuala Kangsar pula mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Dr Mohd Nor Manuty.

Parit pula mencalonkan Azmin Ali, Boon Chye, Fuziah dan Sivarasa

Manakala Kampar pula mencalonkan Mustaffa, Sivarasa, Tian Chua dan Suresh.

Sehingga ini 67 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.43pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapatkan pencalonan ke-19 dari cabang PKR Tampin, Negeri Sembilan.

Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Tampin mencalonkan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; pengarah penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.

Sehingga 63 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.40pm Naib presiden PKR, Azmin Ali menambah satu lagi pencalonan - menjadi 33 sehingga ini - dari cabang Bruas, Perak, yang bermesyuarat hari ini.

Cawangan itu juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Sehingga 62 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.25pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi pencalonan ke-18 dari cabang PKR Rembau, Negeri Sembilan.

Bagi jawatan presiden, cabang itu mencalon ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk naib presiden pula, Rembau mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.

Sehingga ini, sejumlah 61 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.10pm Naib presiden PKR, Azmin Ali terus menambah pencalonannya untuk jawatan timbalan presiden yang kini mencecah 32. Beliau mendapat satu lagi pencalonan dari cabang PKR Batu Gajah, Perak.

Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Batu Gajah mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sehingga ini, sejumlah 60 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.05pm Naib presiden PKR, Azmin Ali memperolehi pencalonan ke-31 daripada cabang Ipoh Timur, Perak, untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Ipoh Timur mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehingga ini, sejumlah 59 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

5.15pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapatkan pencalonan ke-17 dari cabang PKR Tangga Batu, Melaka.

Cabang itu mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Bukit Katil mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub, pengarah penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.

Bagi hari ini, Zaid sehingga ini mendapat tambahan tujuh pencalonan, naib presiden Azmin Ali (tambahan dua) dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub bertambah satu.

Turut mendapat pencalonan bagi jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua (2); Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (1) dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (1).

5.10pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-30 untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Terbaru beliau mendapat pencalonan daripada cabang PKR Bukit Katil, Melaka.

Cabang itu mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Bukit Katil mencalonkan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.

4.45pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat dua lagi pencalonan - juga dari Pahang - untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Dengan ini, Zaid kini mengumpul 16 pencalonan.

Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Maran dan Temerloh.

Kedua-dua cabang tersebut juga mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, Maran mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

Manakala Temerloh pula mencalonkan Mustaffa, Fuziah, naib presiden Amin Ali dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.

Sehingga ini, Zaid memperolehi enam pencalonan hari ini, Azmin (1), pengarah strategik PKR, Tian Chua (1) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (1).

Dengan itu, Tian sudah memperolehi dua pencalonan dan layak bertanding manakala Fuziah masih kekal dengan satu pencalonan.

Sehingga ini 56 cabang PKR sudah bermesyuarat.

4.00pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub masing-masing mendapatkan satu lagi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.

Zaid kini mengumpulkan 14 pencalonan manakala pencalonan bagi Mustaffa pula bertambah kepada tujuh.

Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Paya Besar Payang. Manakala satu lagi cabang PKR di Perak - Tambun - mencalonkan Mustaffa.

Sementara itu, Paya Besar dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagai jawatan naib presiden, Paya Besar mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; naib presiden Azmin Ali; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Mustaffa Kamil.

Tambun pula mencalonkan naib presiden, Lee Bon Chye; Dr Mohd Nor Manuty; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan Gobalakrisnan.

3.45pm Pencalonan bagi penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden PKR, meningkat tiga lagi kepada 13 pencalonan hari ini - kali ini dari cabang Batu Kawan dan Tasek Gelugor - kedua-duanya di Pulau Pinang dan Putatan, Sabah yang bermesyuarat hari ini.

Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bermesyuarat hari ini.

Bagi jawatan naib pula, cabang tersebut mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan naib presiden Azmin Ali.

Manakala cabang Permatang Pauh pula, seperti yang dijangkakan, telah mencalonkan naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Dengan itu, Azmin kini mendapat 29 pencalonan. Permatang Pauh juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib pula, Permatang Pauh mencalonkan, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; naib presiden Lee Boon Chye dan exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Dengan tiga lagi tambahan sehingga ini, pencalonan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meningkat kepada 13. Cabang Batu Kawan turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman, dan dua penyandang jawatan itu - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu, Putatan turut mencalonkan Wan Azizah untuk mengekalkan jawatan presiden manakala calon naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Datuk Dr Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sementara itu, Masjid Tanah merupakan cabang PKR pertama yang mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden.

Masjid Tanah turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi calon naib presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi tetapi AMK, Yahya Shaari.

Sejumlah 36 cabang PKR bermesyuarat hari ini bagi memilih calon bertanding jawatan tertinggi parti itu, khususnya perebutan bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Jumlah itu terdiri daripada 10 cabang di Sabah, Perak (8), Pahang (7), Pulau Pinang (5), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (2).

Selepas 50 cabang selesai bermesyuarat sehingga ini.

Calon timbalan presidenyang lain ialah pengerusi PKR Perak Mustafa Kamil Ayub yang memperolehi enam pencalonan, pengarah strategik Tian Chua (2) dan pengarah pilihan raya PKr, Fuziah Salleh mendapat satu pencalonan.

Tian mendapat pencalonan keduanya dari cabang Alor Gajah, Melaka yang bermesyuarat hari ini, dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.

Cabang PKR mula bermesyuarat sejak Jumaat lalu dan kesemua cabang parti itu yang berjumlah lebih 200, dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang./Malaysiakini

MB SELANGOR DICALONKAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PKR

Posted: 20 Sep 2010 02:24 AM PDT

Masjid Tanah calon Khalid tanding timbalan
Abdul Rahim Sabri
Sep 19, 10

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat pencalonan pertama bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Beliau menerima pencalonan tersebut daripada cabang PKR Masjid Tanah yang bermesyuarat hari ini.

Khalid turut mendapat pencalonan naib presiden dari beberapa cabang PKR yang bermesyuarat sebelum ini, dan layak bertanding jawatan tersebut.

Manakala bagi calon presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi calon naib presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi tetapi AMK, Yahya Shaari.

Sebanyak 51 cabang PKR telah selesai bermesyuarat sehingga ini./Malaysiakini

BENCI TAPI RINDU UMNO KEPADA PERKASA

Posted: 20 Sep 2010 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA sayang dan kasihnya Umno terhadap Perkasa sebuah NGO yang kununnya amat prihatin akan nasib orang-orang Melayu. Meskipun baru-baru ini sebagaimana yang diumumkan oleh Umno di hadapan sekutu mereka dari parti-parti Komponen Bn, bahawa parti itu menolak Perkasa nampaknya gagal untuk direalisasikan. Terbaru, Presiden Umno sendiri menyebut bahawa Umno tidak memusuhi Perkasa.

Sesungguhnya kenyataan ini menunjukkan Umno berada di dalam keadaan dilema. "Ditelan mati mak, di luah mati ayah". Namun demikian, MCA dan Gerakan terutamanya melihat sahaja `sandiwara' Umno yang tidak tersusun itu. Umno kini benar-benar hilang punca sehinggakan mereka merasa gementar jua dengan `ugutan' Perkasa menjelang Pilihanraya Umum nanti. Tambahan pula, Tun Mahathir juga turut memberi amaran kepada Umno agar tidak menjauhi Perkasa sekiranya ingin memenangi pilihanraya.

Umno sememangnya terpengaruh dengan kata-kata Tun. Pemimpin Umno gagal untuk membuat keputusan sendiri. Mereka merasakan tanpa Perkasa, siapalah Umno. Meski pun Nazri Aziz dan KJ selaku Ketua Pemuda amat `anti' dengan Perkasa, tetapi Najib masih yakin Perkasa boleh digunakan untuk terus memberi jangka hayat kepada Umno.

Akhirnya nanti kita akan saksikan Umno akan terus dipinggirkan oleh rakan-rakan mereka di dalam MCA dan Gerakan terutamanya. Parti Komponen yang mempunyai pengaruh besar di dalam Bn ini tidak akan boleh bertahan lama melihat `sandiwara' Umno yang seperti `membuli' mereka. "Lain di mulut, lain di hati' dan `cakap tidak serupa bikin'. /wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ean : Beng Hock mungkin didera

Posted: 20 Sep 2010 09:25 PM PDT

SHAH ALAM 21 SEPT : " Kalau betul itu yang dia (Beng Hock) tulis, memang saya nampak ada unsur penderaan lah," demikian luahan bekas majikan mendiang Teoh Beng Hock, Ean Yong Hian Wah ketika dihubungi Tv Selangor.

Ean, Exco Pembangunan Kampung Baru Dan Penyelesaian Kilang Haram berkata, sekiranya benar 'nota misteri' yang ditemui dalam beg galas Beng Hock adalah luahan hati mendiang, maka jelas mendiang berada dalam keadaan tertekan sebelum menemui ajal.

Justeru Exco Selangor itu tidak menolak kemungkinan, Beng Hock telah didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam usaha badan itu mendapatkan maklumat berhubung salah guna kuasa di Selangor.

Namun ujarnya, apa yang lebih penting ialah memastikan terlebih dahulu bahawa nota itu ditulis sendiri oleh mendiang.

" Tetapi apa yang penting sekarang, kita kena pastikan adakah nota itu betul-betul ditulis oleh mendiang?

" Kalau kita sudah kenalpasti betul (nota ditulis Beng Hock),jadi kita kena tengok macam mana kita hendak mentafsrikan kandungan (nota) itu," ujarnya lagi.

Inkues semalam menyaksikan Peguam kepada keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo mempertikai terjemahan ungkapan 'Selamat Tinggal' pada nota misteri yang didakwa tulisan mangsa.

Menurut Gobind terjemahan ayat akhir nota berkenaan bercanggah dengan maksud sebenar.

Katanya, rujukan pada kamus Cina-Inggeris edisi terbaru mendapati ungkapan dalam bahasa Cina lebih tepat diterjemah sebagai 'Jumpa Lagi', bukannya 'Selamat Tinggal' seperti yang diterjemahkan oleh penterjemah mahkamah, Thing Chin Kin, 23.

Kewibawaan penterjemah yang baru berkhidmat kurang setahun itu juga turut dipertikaikan apabila melakukan penterjemahan menerusi perkhidmatan 'google translator' secara lateral - TVS

Kertas siasatan Sosilawati diserah ke AG hari ini

Posted: 20 Sep 2010 08:03 PM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut.

"Sekiranya peguam negara perlukan kita untuk menyiasat lagi kes tersebut, berkemungkinan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap semua suspek," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM di Kuala Lumpur malam semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan.

"Kalau boleh kita nak tahu keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa itu secepat yang mungkin...bagaimanapun, kita akan tunggu, kalau tidak minggu ini, mungkin minggu depan, dan akan kita sertakan dengan kertas siasatan (jika diminta untuk dikemaskini semula oleh Peguam Negara)," katanya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sementara itu, Bakri mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

"Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan...kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati," katanya.

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidur di rumahnya 8.30 pagi Sabtu lalu.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan tragedi yang menimpa Sosilawati, yang juga sahabat baiknya.

- Bernama

Hapus semua gengster, bukan India saja - PAS

Posted: 20 Sep 2010 07:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept: PAS mahu pihak polis menumpukan usaha membanteras gangsterisme secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika pihak polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangsterisme tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja.

"Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang menteri," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, gejala gangsterisme ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli politik yang melindungi mereka.

Kumpulan gangster, katanya ada di mana-mana dalam negara kita termasuk dalam pilihan raya seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanr Raya Kecil Bagan Pinang.

Menurutnya, beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan ah long.

"Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka," ujarnya.

Justeru, katanya PAS berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster.

PAS, tambahnya mahu satu jaminan daripada pihak polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa.

"Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka," tegasnya.
- Harakah

Sekolah 'Anak Haram' - Pengajian lima pelajar bermula

Posted: 20 Sep 2010 07:26 PM PDT

JASIN – Lima pelajar Sekolah Harapan yang mendaftar semalam mula menjalani sesi persekolahan seperti biasa di sekolah berkenaan.

Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, mereka yang mendaftar hadir secara sukarela untuk berlindung di sekolah itu.

"Seramai empat orang pelajar akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang lagi berada di Tingkatan Empat.

"Masing-masing sudah hamil lebih enam bulan dan tahap kesihatan mereka akan sentiasa pantau dari masa ke semasa," katanya ketika ditemui media di sekolah berkenaan, semalam.

Semalam, sekolah sama menerima pendaftaran seorang pelajar berbangsa Cina selepas selesai menjalani sesi temu duga, kaunseling dan pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sesi kaunseling menenangkan psikologi pelajar yang sedia maklum dalam keadaan tertekan.:

Pada masa sama, Ab Rahaman turut menangkis tanggapan Sekolah Harapan hanya disediakan untuk pelajar Melayu, sebaliknya ia adalah untuk semua bangsa seiring gagasan 1Malaysia.:

"Setakat ini, kami menerima empat lagi panggilan bagi memohon kemasukan di sekolah ini.

"Walaupun ia dipantau Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi kesaksamaan semua pihak diperlukan dan berikan juga peluang kepada remaja terbabit menjadi warganegara berguna," katanya

Kes Sosilawati : Kertas siasatan diserah pada AG esok

Posted: 20 Sep 2010 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut.

"Sekiranya peguam negara perlukan kita untuk menyiasat lagi kes tersebut, berkemungkinan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan.

"Kalau boleh kita nak tahu keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa itu secepat yang mungkin ... bagaimanapun, kita akan tunggu, kalau tidak minggu ini, mungkin minggu depan, dan akan kita sertakan dengan kertas siasatan (jika diminta untuk dikemaskini semula oleh Peguam Negara)," katanya.

Sosilawati, 47, (gambar) bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sementara itu, Bakri mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

"Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan... kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati," katanya.

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidur di rumahnya 8.30 pagi Sabtu lepas.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan tragedi yang menimpa Sosilawati, yang juga sahabat baiknya. – Bernama

Kes Sosilawati : Wartwan dan penyampai berita TV Selangor dipanggil polis

Posted: 20 Sep 2010 08:55 AM PDT

Shamsul semasa ditemuramah wartawan TV Selangor dihadapan rumah Sosilawati


SHAH ALAM: Dua wartawan TV Selangor dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditemuramah portal berita itu baru-baru ini.

Wartawan yang dipanggil untuk memberi keterangan itu ialah Radzi Razak dan Zeanaaima Mohd Yusof yang juga pembaca berita portal tersebut.

Mereka yang ditemani peguam Samarudin Md Rejab dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Seksyen 11 di sini pada kira-kira 12.30 tengah hari dan berada di sana selama dua jam setengah, katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakannya ketika.

Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lepas sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.-BERNAMA

Kes Sosilawati: Polis tak geledah pejabat saya - Murugiah

Posted: 20 Sep 2010 06:48 AM PDT

T. Murugiah semasa bertemu pemberita di luar rumah Sosilawati baru-baru ini


KUALA LUMPUR, 20 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata hari ini pejabatnya tidak pernah digeledah polis berhubung penyiasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain seperti dilaporkan beberapa media.

Katanya, laporan media kononnya polis menggeledah pejabat dan sebuah klinik milik keluarganya di sini Sabtu lepas adalah tidak benar sama sekali dan berpunca daripada khabar angin semata-mata.

Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sendiri memaklumkan kepadanya bahawa beliau tidak ada membuat sebarang kenyataan bahawa polis telah menggeledah pejabat dan kliniknya.

"Malam tadi Ismail bercakap menerusi telefon dengan saya sebanyak dua kali dan menafikan ada mengeluarkan kenyataan tersebut," katanya membuat penjelasan berhubung laporan media termasuk Bernama mengenai kes tersebut.

Katanya, beliau terpaksa membuat penjelasan ini kerana laporan media member gambaran seolah-olah penggeledahan polis ke atas pejabatnya benar-benar berlaku dan beliau tidak mahu laporan tidak tepat itu menimbulkan salah faham orang ramai terhadapnya.

Semalam, Ketua Polis Negara telah diminta media mengulas khabar angin kononnya polis telah menggeledah pejabat dan klinik diabetes milik keluarga Murugiah berhubung siasatan kes pembunuhan tersebut.

Murugiah mengulangi bahawa beliau tiada apa-apa hubungan dengan peguam yang mendakwa bergelar Datuk yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

"Saya minta orang ramai jangan membuat tafsiran yang silap, suspek utama memang tidak ada hubungan apa-apa dengan saya. Saya cuma berjumpa dengannya pada 8 Sept lalu pada satu majlis yang saya hadiri sebagai timbalan menteri," kata beliau.

Murugiah juga berkata beliau akan membuat laporan polis bagi mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran khabar angin kononnya pejabatnya digeledah polis.

Jumaat lepas, Murugiah membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu. – Bernama

Kes Sosilawati : Suspek utama lantik peguam

Posted: 20 Sep 2010 05:59 AM PDT

Lawyer brothers appoint counsel to represent them
Monday, September 20th, 2010

KUALA LUMPUR: Two lawyer brothers, under police custody to facilitate investigations into the murder of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three other people, have appointed a lawyer to represent them.

Ravi Nekoo, from Hakemarabi & Associates, said in a press statement today that family members of the lawyers had appointed him on Sept 12.

"We have since formed a defence team," said the criminal-cum-civil lawyer who has been practising for the past 15 years.

The lawyer brothers and six others have been remanded until Friday.

Sosilawati, 47, her driver, Kamaruddin Shamsuddin, 44, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, and CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, went missing on Aug 30, after they went to Banting, Selangor over a land deal.

Police found that the four were killed, their bodies burnt and the ashes strewn in rivers near Ladang Gadong, Tanjung Sepat near Banting.

Nekoo said, by way of a letter dated Sept 14, the legal firm had notified city Criminal Investigation Department chief Datuk Ku Chin Wah on their appointment and requested that defence counsel be given access to their clients.

"As there is every likelihood that these arrested persons would be charged in court soon, it is necessary for the suspects to be allowed access to the defence team immediately.

"We urge the IGP (inspector-general of police) to immediately allow the defence team access to our clients," he said

Tn Guru Nik Aziz melawat keluarga Sosilawati

Posted: 20 Sep 2010 03:49 AM PDT


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.

Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.

"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini. - Harakah

"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.

"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut - Harakah

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


NOTIS: Blog 'RUANG BICARA PRIA MALAYA' diserang virus MALWARE!..

Posted: 20 Sep 2010 10:23 AM PDT



Blog RUANG BICARA PRIA MALAYA turut diserang virus MALWARE!!..sekarang ada masalah..bagi sesiapa yang ingin melayari blog ini, sila gunakan browser selain daripada 'GOOGLE CHROME' dan 'MOZILLA'..anda boleh gunakan 'OPERA' atau 'INTERNET EXPLORER'...insyaAllah, masalah ini akan pulih seperti sedia kala..harap maklum...- Pria Malaya

GEMPAR 'Terengganu Darul Dadah': Penagih dadah di negeri Terengganu meningkat 1,366.67%!!

Posted: 20 Sep 2010 04:17 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Terengganu ohh Terengganu..dahulu dikenali dengan 'Terengganu Darul Runtuh'...kini T'ganu dapat gelaran baru pulak..'Terengganu Darul Dadah'...boleh dikatakan nisbah penagih dadah di terengannu sebuah rumah, seorang penagih dadah...tu belum dicampur dgn penagih dadah yang belum disenarai atau dicekup...

Sesungguhnya perkara ini tidak pelik berlaku di negeri Terengganu ini (khususnya)..kalau pihak berkuasa/pemimpin pun terlibat, apatah lagi rakyat di bawahnya...buktinya,

1. Pemimpin Umno Terengganu ada terlibat dengan kes dadah..
- 3 PEMIMPIN PEMUDA UMNO DIBERKAS TERBABIT DADAH (Sinar Harian)

2. Pihak berkuasa (polis) Terengganu turut terlibat dengan kes dadah..
- Tujuh anggota polis Terengganu disiasat kes dadah (Berita Harian)

So..korang fikir2lah sendiri ye..kalau dah 'kepala'nya pun busuk, tak peliklah ramai anak buah/rakyatnya pun turut busuk (bukan semua)...wallahua'lam...


TERBARU...20/09/2010

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).



"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

TERDAHULU..19/05/2010

Terengganu Catat Jumlah Penagih Tertinggi Di Malaysia! - BERNAMA



KUALA TERENGGANU: Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

"Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata, analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."

Beliau berkata, akhir-akhir ini polis mendapati semakin banyak heroin bermutu tinggi masuk ke negeri ini dari negara jiran berikutan permintaan yang tinggi.

"Kebanyakan heroin yang masuk ke negeri ini adalah heroin no 4 yang lebih bermutu tinggi berbanding negeri pantai barat yang lebih banyak menggunakan dadah sintetik dan heroin no 3 " katanya

Roslan berkata, polis akan menggiatkan operasi bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah daripada berleluasa di negeri ini. - BERNAMA

Berita berkaitan:
- Tujuh anggota polis Terengganu disiasat kes dadah (Berita Harian)
- Analisis 'Terengganu Darul Dadah' oleh Ust Saiful Bahri

Kenapakah aktiviti penyeludupan seringkali gagal dibanteras di Malaysia?

Posted: 20 Sep 2010 03:35 AM PDT



BERAS SIAM PILIHAN UMNO.

Bagaimana aktiviti penyeludupan beras dapat dibendung di perairan sungai Golok jika Umno sendiri menyokong dan menggunakan beras seludup itu bagi tujuan pengagihan kepada rakyat dan disiarkan pula di dalam akhbar.

Penyeludup beras macam bokbom nak menjual beras siam itu takut ditangkap UPP. Umno pula bukan sahaja hebat malah otai bilamana berani mempamerkannya program mengagihkan beras siam itu di dalam akhbar.

P/s daripada manakah beras itu diperolehi,dibelikah atau hasil pampasan?


Sumber: FB 'Jeming Hasan'

p/s: Beras Siam Cap Serindit adalah antara beras luar negara yg di'haram'kan utk diimport ke Malaysia...

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Tuanku Faris Petra, Tuan Guru Nik Aziz & Zahid Md Arip

Posted: 19 Sep 2010 08:07 AM PDT

Foto-foto di bawah diambil selepas Solat Jumaat pertama Tuanku Faris sebagai Sultan Kelantan di Masjid Muhammadi. Yang menarik ialah bagaimana baginda memberi penghormatan kepada Tuan Guru Nik Aziz dan bandingkan lah dengan caci maki oleh orang yang bernama Zahid Md Arip dalam klip video dibawah sekali dalam posting ini. sumber: www.perisik-rakyat.com


Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini"


Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Imam Besar Masjid Muhammadi dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...


Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

BANDINGKAN & NILAI LAH SENDIRI

Dibawah adalah klip video ceramah yang memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz (march 2010) yang bertempat di Klang Jalan Kebun anjuran UMNO Bahagian Kota Raja oleh cucu saudara Allahyarham Tun Ghafar Baba bernama Zahid Md Arip. Klip video ini memang dah lama berada di youtube.

Siapa dia ni?. Dia adalah ahli UMNO yang kemudian meninggalkan UMNO, masuk PKR. Dapat jawatan Timbalan Ketua Pemuda PKR. Kemudian keluar PKR masuk semula UMNO dan menjadi penceramah UMNO tegar dan dia juga adalah Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Di pendekkan cerita, dia ini lebih kurang sama dengan Dato' Ibrahim Ali dalam bab lompat melompat. Seorang yang tidak ada pendirian yang tetap. Macam Abdullah bin Ubai pun ada jugak dia ni....



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

Photobucket

kalam Perantau

kalam Perantau


Menghentam lepas pencen

Posted: 20 Sep 2010 10:42 PM PDT

OLEH : ABDUL AZIZ BARI

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini kita menyaksikan fenomena orang pencen dengan tiba-tiba menghentam institusi yang mereka pernah anggotai. Terbaru ialah Datuk Gopal Sri Ram yang baru bersara dari Mahkamah Persekutuan. Khamis lalu beliau mengkritik badan kehakiman yang didakwa gagal melindungi hak golongan minoriti.

Dua minggu sebelum itu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga berbuat begitu. Musa mendakwa kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri, mengganggu tugas polis. Itu bukan kali pertama beliau berbuat demikian kerana Mac lalu Musa menyebut hal yang sama dalam satu wawancara.

Kita tinggalkan dulu Gopal Sri Ram yang juga bekas Peguam UMNO itu. Tidak seperti Musa bekas hakim itu bukan anggota perkhidmatan awam. Walaupun begitu ia tidak bermakna menghentam selepas pencen satu perbuatan yang bagus.

Walau apa pun insiden melibatkan kakitangan awam seperti Musa bukanlah sesuatu yang lumrah. Dan sebenarnya ia amat jarang berlaku. Meskipun begitu pada pertengahan 1990 bekas Panglima Tentera Udara, Lt Jen (U) Tan Sri Mohamed Ngah Said yang bersara awal mengkritik Menteri Pertahanan ketika itu, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Kedua-dua mereka mendapat reaksi yang langsung daripada menteri masing-masing. Dalam kes Musa, Datuk Seri Hishamuddin Hussein membuat penafian pada 7 September. Sehari selepas itu kementerian membalas serangan Musa melalui KSU, Datuk Seri Mahmood Adam. Ia mendapat reaksi spontan daripada Musa yang mengingatkan polis supaya jangan jadi pak turut.

Apa relevan perlembagaan dalam isu ini? Pada saya tindakan Musa tadi membangkitkan isu hubungan antara kerajaan yang memerintah – yang dipimpin oleh orang politik – dengan kakitangan awam. Apa hubungan polis dengan kerajaan? Ia sama dengan agensi perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera; yakni perkhidmatan awam adalah sebahagian daripada eksekutif atau kerajaan yang memerintah. Tetapi mereka tidak perlu setia kepada kerajaan berkenaan. Meskipun begitu ini tidak bermakna bahawa apa yang dilakukan oleh ketua polis di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Perak dan Selangor itu betul. Atau apa yang berlaku di Terengganu ketika ia ditadbir oleh Pas pada 1999-2004 dahulu.

Apa yang Musa lakukan ganjil. Saya terkejut kerana beliau amat tidak senang dengan prinsip di atas yang saya huraikan dalam satu ceramah yang saya sampaikan dalam satu seminar anjuran bersama anjuran ATM dan PDRM dua tahun lalu. Mungkin Musa sudah berubah sikap apabila kontraknya tidak disambung.

Saya perlu tekankan bahawa tiada beza antara polis dengan agensi lain. Dengan itu ia tertakluk kepada dasar dan keputusan kerajaan selagi itu semua selaras dengan undang-undang. Sebab itu adalah salah apabila polis menentang IPCMC yang dicadangkan Suruhanjaya, Dzaiddin Abdullah: suruhanjaya untuk memantau pasukan polis. Kita masih ingat bagaimana KPN ketika itu Tan Sri Bakri Omar mengugut kerajaan. PDRM juga tidak boleh menentang kerajaan dengan enggan menyertai agensi penguatkuasaan maritim. Secara kebetulan Pengarah KDNKA Bukit Aman yang menunjukkan penentangan itu adalah Timbalan KPN yang baru, Datuk Hussin Ismail.

Saya ingin menekankan bahawa pasukan polis adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam. Ini disebut oleh perlembagaan. Ia tidak bebas.

Apa pun yang Musa kata kepada penggantinya, Tan Sri Ismail Omar masalah yang kita lihat selama ini ialah polis melaksanakan Akta Polis dengan cara yang tidak selaras dengan perlembagaan: berkumpul di premis sendiri pun tak boleh. Ada ketua polis negeri yang memandai-mandai membuat dasar bahawa sebuah parti yang tidak ada ahli di sesebuah kawasan tidak boleh berceramah di situ. Ini pelik dan karut.

Kita mengharapkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tengku Razaleigh, memberi perhatian yang serius. Perkhidmatan awam penting tetapi di sisi perlembagaan kerajaan adalah pihak yang memegang tanggungjawab.

Sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini PDRM perlu reformasi yang serius dan mendasar. Malangnya saya perhatikan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri pun tidak jelas dalam soal ini. Apa yang dicadangkan oleh suruhanjaya tadi elok, tetapi masih banyak perkara pokok yang perlu dibuat. Ini boleh dibuat dengan membuat kajian bandingan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah. Struktur organisasi PDRM yang ada sekarang adalah warisan peninggalan penjajah dan zaman memerangi pengganas komunis. Struktur sebegitu tidak lagi sesuai. Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini ia sudah terbukti mengancam kebebasan dan demokrasi.

Kes pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya jelas menunjukkan betapa membanteras jenayah adalah sesuatu yang rumit dan mahal. Inilah sebenarnya peranan dan tugas utama PDRM. Sebab itu ia tidak harus terlibat dalam hal-hal yang boleh menyeretnya ke kancah politik.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang hampir 21 tahun.