Ahad, 19 September 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Mari belajar mengeja! - bah. 3

Posted: 18 Sep 2010 02:52 AM PDT



Bukan nak cari salah, tetapi perkara salah ejaan pada ayat yang terlalu biasa sepatut nya tidak berlaku. Mustahil tidak ada yang perasan perkataan amalam itu salah yang sepatut nya amalan. Apa salah 'touch-up sikit 'M' tu jadi 'N', bukan susah pun.....guna liquid paper dengan marker pen hitam pun boleh. Ini menunjukan bahawa orang yang dipertanggungjawabkan atas urusan 'banner' ini ambil mudah. Mula mula ambil mudah perkara kecil, lama kelamaan ambil mudah perkara besar.

Bila cerita bab salah eja ini aku teringat kepada satu program yang sepatutnya dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang terpaksa dibatal ekoran kesilapan ejaan pada risalah dan sepanduk. Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.

Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan "kearaajaan" (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan). Berita lanjut boleh rujuk sini: Utusan Malaysia 5/5/2010

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH PUNYAI HARAPAN CERAH

Posted: 19 Sep 2010 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU-satunya calon unggul dari kalangan wanita PKR yang patut dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR adalah Ahli Parlimen Kuantan iaitu YB Fuziah Salleh. Kewajaran memilih beliau bukan kerana beliau satu-satunya calon wanita yang bertanding di kerusi Naib Presiden, tetapi kebolehan serta ketokohan beliau sememangnya harus diakui.

Sehingga artikel ini ditulis, diberitakan pencalonan dari Cabang-Cabang PKR yang mencalonkan YB Fuziah Salleh sebagai Naib Presiden adalah sebanyak 62 pencalonan iaitu 85 % dari Cabang-Cabang yang telah membuat keputusan. Beliau juga memperolehi 1 pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden yang saya rasakan sudah pasti beliau menolak untuk dicalonkan ke jawatan No. 2 tersebut.

Setakat ini sokongan yang diberikan kepada Serikandi dari Pahang ini amat membanggakan, mudah-mudahan akan terus dikekalkan sehingga ke hari penentuan nanti. YB Fuziah sebelum ini telah diberi berbagai tugas dan tanggungjawab parti kepadanya dan beliau telah membuktikan segalanya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Beliau juga telah membuktikan keupayaannya menjadi Ahli Parlimen yang sentiasa menjalankan amanah rakyat di kawasannya dengan adil dan ikhlas. Peranan yang telah dimainkan oleh YB Fuziah Salleh selaku Wakil Rakyat terutamanya di Pahang telah mendapat perhatian dari MB Pahang sendiri yang pernah memuji kehebatan MP Kuantan ini. Beliau seorang tokoh PKR yang tidak menimbulkan sebarang kontroversi di dalam parti dan sentiasa mematuhi arahan kepimpinan dan dasar parti.

Saya yakin, memilih YB Fuziah untuk salah satu kerusi Naib Presiden amat menguntungkan parti di samping membuktikan betapa PKR sentiasa memberi pengiktirafan kepada golongan wanita untuk bersama memperjuangkan nasib rakyat dan parti. Marilah kita bersama memberikan peluang kepada YB Fuziah Salleh untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi barisan hadapan di dalam objektif kita menuju ke Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

AZMIN DAN EZAM, SIAPA NAIK SECARA TERHORMAT?

Posted: 19 Sep 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

YB AZMIN setakat ini telah mendahului pencalunan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR melebihi 30 pencalonan. Walau bagaimanapun, masih banyak cabang PKR yang masih belum diketahui pencalonan mereka bagi kerusi No. 2 tersebut. Namun, keyakinan ramai pihak bahawa YB azmin akan terus diberi pilihan untuk berganding bahu dengan DS Wan Azizah selaku Presiden parti.

Ezam Mohd Noor yang digelar `raja sesumpah' turut menaruh keyakinannya bahawa YB Azmin akan dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR. Di dalam laporan berita malam tadi, bekas Ketua AMK itu mengulas tentang pencalonan YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR. Beliau seperti biasa tidak akan lekang menyebut darihal DS Anwar mahupun DS Wan Azizah. Beliau seperti sudah menjangka YB Azmin pasti dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR atas alasan kununnya MP Gombak tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan DS Anwar.

Ezam sebenarnya mungkin tidak tahu bahawa pemilihan kali ini tidak sama seperti pemilihan sewaktu beliau berada di dalam PKR dahulu. Pemilihan kali ini juga jauh berbeza dari pemilihan yang diamalkan oleh Umno berkurun lamanya. PKR satu-satunya parti yang berani mengamalkan demokrasi sebenar apabila menyerahkan keputusan memilih pemimpin kepada setiap satu kepala yang menyertai parti itu. Justeru itu, tidak timbul soal kemenangan seseorang calon itu adalah kerana seseorang atau pengaruh sesiapa. Bukan juga seperti Ezam yang tidak pernah bertanding pilihanraya atas nama Umno, tiada jawatan di dalam Umno, baru menyertai Umno tetapi dilantik sebagai Senator. Atas dasar apa? Beliau tidak dipilih oleh ahli-ahli Umno pun.

Maka, Ezam seharusnya malu untuk memberi ulasan terhadap YB Azmin bekas sahabatnya dahulu. YB Azmin dipilih sebagai Wakil Rakyat melalui pilihanraya, dipilih menjadi Naib Presiden PKR jawatannya sekarang ini pun melalui pemilihan parti dan kini beliau masih dicalonkan oleh ahli-ahli parti untuk jawatan yang lebih tinggi. Ahli-ahli PKR sendiri yang bakal menentukan jatuh bangunnya YB Azmin, begitu juga dengan lain-lain pemimpin. Ternyata pandangan dan komen Ezam jauh terpesong dan ini menunjukkan ada sedikit rasa `cemburu' atau `iti hati' raja sesumpah ini di atas kecemerlangan YB Azmin di dalam kerjaya politiknya.

Andainya demokrasi yang selama ini hebat diperjuangkan oleh Ezam, maka kita dapat lihat siapakah di antara YB Azmin dengan Ezam ini yang dinaikkan mengikut demokrasi sebenar. Jika Ezam merasa menyesal kerana meninggalkan PKR, beliau memang patut boleh menyesal. Ini adalah kerana hampir kesemua rakan-rakannya dahulu yang berada di dalam PKR kini berjaya. Ezam saya anggap masih tidak berjaya di dalam Umno kerana beliau dinaikkan secara `manja' sekali. Melucukan apabila terdapat ahli-ahli Umno yang menggelarnya sebagai `Pendekar' sedangkan `Pendekar' ini mendapat jawatan secara `percuma'./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Kamal King' @ Kamaruddin pemandu Datuk Sosilawati seorang ahli muzik terkenal

Posted: 19 Sep 2010 10:46 PM PDT

PETALING JAYA: The late Kamaruddin Shamsudin (pic), the driver for cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya, 47, both who went missing and believed to be murdered along with two others, had another illustrious career in the music industry.

He was known as "Kamal King" — as he also was a sound engineer and co-manager of King Musical Industries Sdn Bhd.

Jennifer Thompson, 47, a producer with the Anugerah Industri Muzik (AIM) told The Malay Mail that Kamaruddin, 44, was an ex-colleague while she was at King's studio.

"I enjoyed working with him. He was a friendly and hardworking person who liked music. He was also passionate about his work."

Kamaruddin joined King's Studio in 1991 and was involved in recording many local artistes. Said Thompson: "During the 1990s, King's Studio was a top recording place where many singers come. He recorded songs with many singers, including local rock outfit Lefthanded's frontman Nash, Ella, Search, Datuk Sharifah Aini and many more." ... read more

'Perang' PERKASA - UMNO berterusan ... Pecat S/U Agong umNO : Perkasa

Posted: 19 Sep 2010 10:26 PM PDT


Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno
Oleh G Manimaran
September 20, 2010

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Susulan 'perang kenyataan' berhubung isu kontroversi Umno dan BN perlu menjauhkan diri daripada Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu itu kini mahu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipecat daripada jawatan setiausaha agung Umno dan BN.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa Presidennya Datuk Ibrahim Ali sudah tentu telah memecat beliau jika membuat kenyataan yang menjatuhkan imej badan berusia dua tahun itu.

"Saya setiausaha agung agung Perkasa kalau buat kenyataan menyusahkan Perkasa, sudah tentu Presiden saya Datuk Ibrahim Ali akan pecat saya serta-merta. . ... SETERUSNYA

Rayuan DSAI ditolak lagi

Posted: 19 Sep 2010 10:14 PM PDT

PUTRAJAYA, 20 Sept — Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan agar tuduhan liwat ke atasnya ditolak berhubung dakwaan hubungan romantis Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif.

Hakmi Datuk Ahmad Maarof, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah secara sebulat suara menerima bantahan awal pendakwa raya.

Ahmad berkata mahkamah tiada budi bicara untuk mendengar rayuan tersebut.

Pasukan pendakwa raya berhujah bahawa peguam-peguam Anwar (gambar) tidak boleh mengemukakan rayuan memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lalu untuk mengetepikan permohonan bukan perintah akhir.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan dakwaan liwat

terhadapnya.

Ketika itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa integriti pihak pendakwaan tidak terjejas berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful, saksi utama dan Farah Azlina.

Zabidin berkata peranan Farah Azlina dalam kes itu hanya terhad kepada mengambil nota.

Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu dengan mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina.

Dalam cubaan pertama, Ketua Pembangkang itu menyatakan dakwaan itu lemah berdasarkan "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum", tetapi ia ditolak Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar diwakili pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh manakala Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mengetuai pasukan pendakwaan. - TMI

TGNA ke rumah Sosilawati tengahari ini

Posted: 19 Sep 2010 09:13 PM PDT


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dijadual melawat keluarga allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di rumahnya di Gombak tengah hari ini.

Dalam lawatan di Taman Harmoni itu, murysidul am PAS itu akan diiringi oleh naib presiden parti Islam itu Salahuddin Ayub.

Setelah lebih dua minggu pembunuhan kejam Sosilawati mendapat liputan hangat, sehingga kini kediamannya masih menerima kunjungan ramai.

Semalam, dilaporkan beberapa NGO turut menziarahi rumahnya arwah dan menyertai majlis tahlil yang dianjurkan anggota keluarnya.

Sebagai salah seorang yang bersimpati dengan kematian jutawan kosmetik itu, Nik Aziz sebelum ini berkata kes pembunuhan kejam akan terus berlaku sekiranya tugas memperingatkan manusia kepada ketakwaan hanya diserahkan kepada golongan agama semata-mata.

Katanya, selagi orang ramai tidak berganding bahu dengan imam dan pak lebai bagi memperingatkan perkara itu, tidak ada yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah.

Apa berlaku hari ini, tambahnya, seolah-olah persoalan iman dan takwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes tersebut berkait dengan pembunuhan Sosilawati yang juga rakan baiknya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dilaporkan berkata pihaknya akan melihat kes yang berlaku di Pulau Pinang itu daripada semua sudut. - Malaysiakini

Sosilawati ditipu pekerja sendiri

Posted: 19 Sep 2010 07:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut 'ditikam dari belakang' oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.

Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.

Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan.

Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis.

"Malah, pekerjanya itu turut diamanahkan untuk menerima cek pembelian produk daripada stokis di seluruh negara sebelum cek terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

"Malangnya, kepercayaan Sosilawati itu dibalas sebaliknya apabila seorang daripada pekerja syarikat terbabit menggelapkan cek diserahkan stokis produk kosmetik terbabit tanpa disedari sesiapa," katanya.

Menurutnya, ada kemungkinan bekas pekerja Sosilawati terbabit sengaja mengubah nama penerima cek itu yang sepatutnya ditulis atas nama syarikat kosmetik berkenaan.

"Bagaimanapun, penipuan licik itu terbongkar selepas Sosilawati menyedari sesuatu tidak kena terhadap jumlah wang dalam akaun syarikatnya sebelum menyoal siasat pekerjanya itu.
"Difahamkan, Sosilawati cuba mendapatkan bukti dan buku kira-kira berhubung penyelewengan duit syarikatnya itu, namun gagal. Ada kemungkinan semua bukti terbabit sengaja dihilangkan bagi menyukarkan tindakan undang-undang diambil Sosilawati," katanya.

Berdasarkan keluhan Sosilawati kepada kenalan dan rakan perniagaannya, dia percaya pekerja berusia lewat 20-an terbabit melarikan wang syarikat berjumlah jutaan ringgit.

"Tidak dapat dipastikan sama ada Sosilawati memecat atau pekerja terbabit menghilangkan diri, namun pekerja wanita itu tidak lagi berkhidmat di syarikat berkenaan seminggu sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

"Apa yang saya tahu, selepas menyedari penyelewengan itu, Sosilawati sibuk mengemas kini buku kira-kira syarikat selain cuba mendapatkan kembali resit pembelian daripada stokis yang membuat pembelian produk daripadanya sebelum ini," katanya.

Menurutnya, Sosilawati bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung penyelewengan berkenaan.

"Lebih mengejutkan apabila pihak keluarga mendapat tahu bekas pekerja Sosilawati terbabit turut cuba tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan Sosilawati. Tidak pasti dari mana modal perniagaan itu diperoleh," katanya yang enggan namanya didedahkan berikutan bimbang ia boleh mengeruhkan hubungan keluarga.

Sementara itu, rakan baik Sosilawati yang juga pengasas produk De' Wajah, Junaidah Kiting yang dihubungi turut memberitahu pernah menerima panggilan telefon daripada arwah sahabatnya itu yang mengeluh dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pekerja terbabit.

Menurutnya, Sosilawati marah dan tidak menyangka pekerja kesayangannya itu sanggup menipu dan memperdayanya.

"Bagaimanapun, saya tak tahu butiran terperinci berikutan Sosilawati ketika itu sibuk mengira anggaran kerugian dialami melalui stokis yang membuat pembayaran sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Junaidah sekali lagi menyatakan kesudiannya untuk membantu anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, meneruskan perniagaan kosmetik ibunya itu dengan memberikan apa jua nasihat berhubung pengurusan perniagaan terbabit.

"Sebagai antara rakan karib Sosilawati yang sama-sama menceburi perniagaan ini sejak lebih 10 tahun lalu, saya turut berasa bertanggungjawab bagi membantu anak-anak Sosilawati sekiranya diperlukan," katanya. - Metro

Pelajar IPTA buang bayi

Posted: 19 Sep 2010 07:06 PM PDT

Bayi yang ditemui di belakang rumah pelajar tersebut


JITRA: Helah seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berpura-pura konon menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di belakang dapur rumahnya di Taman Rasa Sayang, tidak menjadi apabila dia akhirnya mengaku membuang bayi itu ketika disoal siasat polis, kelmarin.

Sebelum ini, remaja berusia 20 tahun itu mendakwa tidak sihat selain muka pucat dan tidak bermaya bergerak menyebabkan polis mengesyaki sesuatu mencurigakan sebelum dia akhirnya mengaku melahirkan bayi berkenaan.

Suspek masih belajar semester ketiga di sebuah IPTA di Selangor itu dipercayai meletakkan bayi seberat 2.8 kilogram yang baru dilahirkannya di bahagian luar pintu dapur rumahnya sebelum masuk semula ke dalam rumah untuk mandi.

Difahamkan, suspek melahirkan bayi berkenaan di rumah terbabit seorang diri sebelum mengambil keputusan meletakkan bayi itu di luar rumah bagi mengelak dikesan ahli keluarganya.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang kelmarin sebelum bayi itu ditemui setengah jam kemudian selepas disedari ibu dan adik-beradik suspek yang sebelum itu mendakwa terdengar tangisan bayi ketika mandi.

Bagaimanapun, ibu suspek berusia 40-an menghubungi ambulans untuk memaklumkan penemuan bayi perempuan yang cukup sifat dan masih hidup itu untuk dibawa ke hospital.

Bayi perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Jitra (HJ) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Selain itu, polis turut menemui cebisan daging dipercayai uri bayi terbabit di lokasi kejadian dan mengambilnya sebelum dihantar ke HJ bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, remaja perempuan berbadan kecil itu dikatakan menyembunyikan kandungannya itu dengan memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak diketahui keluarga kerana bimbang dimarahi.

Katanya, keluarga suspek terkejut apabila anggota polis yang datang ke rumah untuk mengambil keterangan memaklumkan bayi itu sebenarnya anak kepada remaja berkenaan.

"Keluarga remaja itu mendakwa langsung tidak tahu kejadian itu kerana tiada tanda-tanda yang suspek hamil, malah turut mendakwa datang haid bulan lalu.

"Selain itu, suspek mendakwa dia trauma sebaik menemui bayi itu menyebabkan keluarganya tidak mengesyaki apa-apa," kata sumber berkenaan.

Berikutan itu, suspek ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam kelmarin dan dibawa menjalani pemeriksaan lanjut di hospital sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan polis sudah menahan ibu bayi berkenaan bagi membantu siasatan.

"Suspek kini direman empat hari bermula semalam dan masih dirawat di hospital," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman berkata, bayi perempuan itu kini di bawah jagaan pihaknya selepas kes dimaklumkan polis.

"Bayi berkenaan diberi perlindungan JKM buat sementara dan kami masih menunggu siasatan polis," katanya - Metro

Juara program realiti 'Imam Muda' bersama YAB Guan Eng dan Karpal Singh

Posted: 19 Sep 2010 06:54 PM PDT

Surat terbuka Nazri Aziz pada Awang Selamat ... Utusan Meloya dah tak selamat hahaha

Posted: 19 Sep 2010 05:40 PM PDT


BUCHAREST, Sept 20 — Saya ada membaca komen Awang Selamat terhadap saya dalam kolumnya. Saya ingin membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang dia tulis itu adalah betul.

Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan. ... SETERUSNYA

Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri Kerana Masalah Keluarga

Posted: 19 Sep 2010 07:08 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam pernigaaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya)," katanya ketika ditemui di kediaman Sarina, Ahad.

Beliau berkata Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

"Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.

"Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu," kata beliau yang akrab dengan mangsa.

Naimah berkata Sarina sempat menghubunginya sebelum ditemui mati dan berpesan supaya beliau menjaga anak mangsa serta membantu urusan perkahwinan Mohd Azrul Affendi Jakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari depan.

"Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus," katanya.

Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badryah Jakaria, 23, berkata keluarga beliau masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya itu.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, laporan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik sejak lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya.-BERNAMA

hahaha ... 5 ibu 'anak haram' akan daftar masuk sekolah ibu mengandung esok

Posted: 19 Sep 2010 06:50 AM PDT


JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

"Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

"Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.

Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.

Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.

"Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina. Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan system pembelajaran yang sama.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan identiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan," katanya.

Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. — Bernama/TMI

Polis siasat kematian Sarina mungkin ada kaitan dengan Sosilawati

Posted: 19 Sep 2010 12:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes tersebut berkait dengan pembunuhan rakan baiknya Datuk Sosilawati Lawiya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya akan melihat kes yang berlaku di Pulau Pinang itu daripada semua sudut.

"Apa-apa yang kita dengar, yang berkaitan, kita akan siasat. Kita akan tentukan, bukan sahaja lihat dari satu sudut tapi semua sudut kita akan lihat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, di Parlimen Ahad..

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidurnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi semalam, dan media melaporkan wanita itu ada memaklumkan kepada anggota keluarga tentang keinginannya menggantung diri.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan kejadian yang menimpa Sosilawati yang telah disahkan dibunuh bersama tiga individu lain, sebelum mayat mereka dibakar dan abu ditabur ke dalam sungai di Banting, Selangor.

Sementara itu ditanya mengenai desas-desus polis telah melakukan pemeriksaandi pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah dan klinik milik isterinya, Ismail berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.

"Siasatan masih lagi berjalan kerana kita mendapat perkembangan baru tentang gambaran yang lain. Apa yang penting, dalam masa terdekat ini kita boleh selesaikan segalanya," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tujuan pemeriksaan tersebut yang dipercayai dilakukan semalam.

Jumaat lepas, Murugiah telah membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkan beliau dengan seorang peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Murugiah sebelum itu memberitahu media bahawa suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan lain yang disampaikan beliau kepada masyarakat Orang Asli pada satu majlis di Banting pada 8 Sept. - BERNAMA

kalam Perantau

kalam Perantau


Siapa Pula ‘Maat Bin Ismail’ Di sisi Mek Hawa?

Posted: 19 Sep 2010 09:00 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/suratmb.jpgSetiap kejayaan wanita pasti ada lelaki yang menjadi inspirasi di belakang kejayaan tersebut.

Kejayaan Mek Hawa Binti Abdul Rahman mendapat kontrak membekalkan pakaian sekolah kepada kerajaan Terengganu bukan hanya disebabkan faktor Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, yang meluluskan kontrak tersebut secara runding terus.

Ada lelaki yang lebih penting dalam kehidupan wanita separuh baya berumur 49 tahun itu, yang bernama Haji Maat bin Ismail.

Kalau hanya Mek Hawa memohon secara ‘dogol’, kepada Ahmad Said, dengan sebuah entiti perniagaan ‘berstatus’ Enterprise sahaja, mustahil kontrak bernilai RM7,995,000.00. berjaya diperolehinya.

Agak tidak masuk akal, Hamie Enterprise boleh meraih kontrak jutaan ringgit, tanpa perlu menunjukkan sebarang rekod kejayaan yang diraih perniagaan itu sebelumnya.

Mek Hawa memohon melalui seorang perantara ‘Hamie Azreen’ yang dilantik sekejap sebagai ‘partner’.

Dengan hanya sehelai surat sahaja, tanpa lampiran rekod-rekod kejayaan perniagaan, MB Ahmad Said yang berpengalaman luas, berpuluh tahun sebagai Pegawai TCS, kemudian menjadi wakil rakyat dan Exco kanan kerajaan Terngganu, terus meluluskan kontrak jutaan ringgit kepada Hamie Enterprise.

Pasti hebat lelaki di belakang Mek Hawa yang juga menjadi isteri kedua kepada Haji Maat Ismail, namun, siapa Haji Maat yang hebat itu? Apa hubungannya dengan MB Ahmad Said?


Lima Remaja Hamil Akan Daftar Masuk Sekolah Harapan hari ni..

Posted: 19 Sep 2010 04:00 PM PDT

JASIN: Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

“Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

“Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut, Ahad.

Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.

Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.

“Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina.

Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan sistem pembelajaran yang sama.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan indentiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan,” katanya.

Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. -BERNAMA


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Kemaskini] SENSASI BERANI! Video cara Umno sambut kemulian Syawal!..(18SX)

Posted: 19 Sep 2010 04:44 PM PDT



VIDEO: 19 SEPT 2010 LAGU RAYA Parlimen Bera.wmv



Tarikh: 19 September 2010

Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Program: Rumah Terbuka anjuran Ahli Parlimen Bera, merangkap Menteri KPDNK, merangkap juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.



Tujuan: Meraikan kesyukuran sempena Syawal yang mulia ini..sambil menyanyi, berjoget dan menari sepuas hati bersama rakyat jelata..

DAN....Sesungguhnya kita tidak lupa video dibawah ini...

VIDEO: BN terdesak. Guna penari separuh bogel



p/s: Pada rakan2 kita di sana, jangan lupa tolong sebarkan poster di bawah..bersama mempromosi Sekolah Anak Luar Nikah anjuran kerajaan Umno Melaka...




Artikel berkaitan:
- PANAS: Kejohanan bina badan puteri Umno!!! (18sx)
- Hj Zahid Hamidi dan tarian separuh bogel..

sumber video: almankaraqi.blogspot.com

Non-muslim masuk masjid: Penulis jawab blogger Umno bagi pihak Khalid Samad

Posted: 19 Sep 2010 10:49 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

ISU 1

Segalanya bermula dengan pendedahan YB Khalid Samad (KS) di blognya di SINI (bagi yang tak faham isu ini, sila layari dahulu entry Khalid Samad ini)..

Kemudian, isu ini cuba dijawab balik oleh seorang blogger Umno "Pejuang Bangsa" di lama blognya, 'http://sejarahmelayu.blogspot.com'...kalian boleh klik di SINI..

Berdasarkan blog KS, terdapat 5 isu (gambar) yang dibangkitkan oleh KS..penulis tidak mahu mengulas isu 1, 2, 4 dan 5..ini kerana Umno masih belum menjawab isu bergambar berkanaan, dan tidak pula dibangkitkan dalam artikel kononnya pendedahan oleh blogger Umno terbabit..

Maknanya isu yang menjadi perbahasan kini ialah gambar no.3 sepertimana gambar di bawah..




Memetik kata-kata KS mengulas gambar di atas:
"Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa 'penghinaan' terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu', tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok 'bald spot'. WaLlahu 'Alam."
Berdasarkan ulasan KS di atas, langsung tiada salahnya..ternyata ianya msih dikira berlaku di dalam masjid, bukan diluar perkarangan masjid...bahkan penulis setuju apa yg diperkatakan oleh KS...banyak sudah dari pemerhatian penulis, penyokong/blogger Umno kerap membangkitkan isu kononnya umat Islam adalah hina kerana sanggup menerima pemberian/hadiah/sumbangan/derma dari orang bukan Islam (wakil rakyat DAP)..

Terutama apa yg berlaku di PP..sumbangan kerajaan LGE yang beterusan kepada masyarkat Islam di sana khususnya di bulan Ramadhan baru2 ini telah dituduh sebagai suatu penghinaan kepada orang Islam..malah dihinanya orang Islam berkenaan kerana sanggup menerima sumbangan hamper dari 'kafir harbi', dan pelbagai lagi gelaran dan kata2 nista...

Jadi, tiada kesalahannya di sini..fullstop...jika ada, tunjukkan, dan kami akan jawab..

ISU 2

Seterusnya, menurut blog "Pejuang Bangsa", gambar berkenaan (gambar no.3 sepertimana di atas) adalah gambar yang telah diedit oleh KS dengan memotong sebahagian gambar dibawahnya..

Katanya:

"Cuba bandingkan gambar di atas yang dipotong di bahagian bawah dengan gambar sebenar di bawah ini ..."


Sah, ini barulah dikatakan satu FITNAH!..blogger Umno ini ternyata telah sengaja menyebarkan tuduhan dan fitnah terhadap KS (Khalid Samad) kononnya telah 'memotong' (mengedit) gambar (bagi tujuan jahat)...sedangkan gambar itu adalah gambar asal yg diambil oleh KS di satu laman blog tanpa sebarang edit dan pengubahsuain gambar!

Kalian boleh lihat sumber asal (primier) di sini (klik)..penulis lampirkan printscreen keadaan asal gambar tersebut di blog berkenaan...




Jelas di sini, gambar yg diterbitkan di dalam blog KS bukanlah gambar yg diedit atau dipotong mana2 bahagian, tetapi merupakan gambar asal yang dicedok dari laman blog (sumber primier) berkenaan!..

Maka jelaslah blogger Umno berkenaan a.k.a "Pejuang Bangsa" telah menfitnah dan menuduh YB KS dgn tuduhan jahat!..hasil dari penelitian penulis juga, puak2 gerombolan telah memanjangkan fitnah ini ke serata ceruk ruang maya tanpa dahulunya menyelidik..

Sekarang terpulang kepada KS (Khalid Samad) utk mengambil tindakan terhadap blogger ini atau tidak..yg nyata nama KS boleh shj tercemar jika fitnah dari blogger Umno ini tidak dikekang...(pada blogger Umno berkenaan, sila jawab!..)

ISU 3

Berkenaan isu ruang masjid (utk bersolat)..blogger tegar Umno tersebut telah menyatakan sebagaimana berikut..

"Kedudukan YB Kamalanathan di dalam majlis ini bukan di dalam ruang solat masjid seperti difitnah pembangkang tetapi sebenarnya di beranda ( ruang legar ) . Bukan seperti pemimpin PAS yang membenarkan MP Serdang DAP masuk terus ke dalam ruang solat di surau di Kajang bulan Ramadhan lepas ."




Mengenai perbahasan ruang solat masjid ini, kita ingin bertanya pada blogger fanatik Umno ini, apakah definisi 'ruang solat masjid' yang sebenarnya? apakah yang dimaksudkan dgn istilah 'masjid' itu sendiri?..

Melainkan ia bermaksud tempat utk umat Islam mendirikan solat (sujud) di dalamnya..apakah ruang dimana 'ustaz' kamalanathan pijak itu bukan tempat untuk bersolat (sujud)? apakah itu bukan dikira ruang untuk bersolat? apakah karpet yang dipihak oleh 'ustaz' Kamalanathan ini tidak akan digunakan LAGI utk solat?

Melainkan ianya JUGA adalah ruang untuk solat, tempat utk umat Islam bersujud atau di dalam bahasa arabnya di panggil 'masjid'..maka, tidak sepatutnya ia menjadi isu kononnya boleh mengotorkan tempat umat Islam bersujud, kerana di dalam Islam, Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah solat di mana sahaja, bahkan dlm sejarah Islam, Saidina Umar al-Khattab pernah melakukan solat di dalam gereja..


Adapun pihak yang tidak bersetuju mereka hadir ke 'ruang utama' solat, kita boleh berbeza pendapat di sini, bahkan di dalam PAS sendiri ada yg tidak bersetuju...ya, kita tetap menerima pandangan org lain kerana perbezaan itu suatu rahmat...mungkin selepas ini perkara ini tidak lagi berlaku atas dasar mengelakkan ianya menjadi bahan fitnah pihak tertentu (hikmah/bijaksana)..

Non-muslim masuk masjid..

Bagi PAS, isu non-muslim masuk masjid/surau hukumnya adalah dibolehkan dan harus dengan beberapa syarat sebagaimana yang 'dihukum' dan dibahaskan oleh sebahagian besar ulamak dan tokoh Islam..ini bermakna, walau wujudpun khilaf dikalangan mereka, ianya tetap masih diruang lingkup permasalahan furu'..yang sepatutnya tidak dibesar2kan, apatahlagi dipolitikkan..

Boleh rujuk Fatwa JAKIM dan pendapat ulamak yang mengharuskannya di SINI...

Umno juga perlu menjawab pendedahan tentang artikel dan gambar yang menunjukkan kehadiran bukan muslim di dalam masjid/surau hatta ke ruang solat utama yang berlaku di seluruh dunia..fenomena ini merupakan satu perkara biasa di tempat orang, tetapi suatu yang begitu pelik (bagi penyokong Umno) apabila berlaku ditempat kita..

Boleh lihat pendedahan bergambar di bawah:


- Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar
- Imam dan masjid di luar negara mungkin tidak suci lagi pada pandangan Umno..


(Queen Elizabeth II dalam lawatan ke masjid negeri selangor pada tahun 14 okt 1989....sumber: arkib JAKIM)

Yang terakhirnya, penulis mohon penyokong Umno menjawab baki 4 lagi gambar yang dibangkitkan oleh KS di blognya...ini kerana KS bukan hanya menumpukan kepada isu/gambar bernombor 3 semata-mata, tetapi meliputi keseluruhan isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 'Rumah Allah'..kerana itu tajuknya adalah "UMNO, Kura-Kura dan Perahu"..bukannya "Ustaz Kamalanathan masuk masjid"...

Juga mohon penyokong tegar Umno jawab dua isu yang dibangkitkan penulis di bawah..jika tidak, benarlah kalian sebenarnya hipokrit dan memperjuangkan sesuatu isu..dua isu berkaitan 'Rumah Allah' ini adalah seperti berikut..

1. Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar)
2. GEMPAR: Umno Kuala Langat anjur program 'maksiat' di rumah Allah!..(video inside)

Akhir kalam, sebelum menamatkan entry kali ini, suka penulis mengulangi FATWA yang pernah diputuskan oleh pihak Jawatankuasa JAKIM pada Mac 2010, ia antara lain berbunyi..

"...Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid."

Fikir-fikirkan...Wallahua'lam..


[Kemaskini] HANGAT: Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh!

Posted: 19 Sep 2010 03:18 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Harap penyokong fanatik Umno tidak menuduh Juara Imam Muda 2010 ini sudah 'tidak suci', kena samak (sbb sentuh org bukan Islam) dan pelbagai fitnah dan 'seranah' semata2 beliau bergambar dan berdampingan dengan pemimpin dari DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng...

Jauh dari itu, harapan semoga Saudara Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (rakan penulis) terus maju dan berjaya..jangan ditakutkan dengan ugutan dan sogokan wang demi berundur atau lari dari perjuangan..sesungguhnya rezeki datangnya dari Allah, bukan dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak...wallahua'lam...










P/S: Lagi gambar akan menyusul..nantikan..

BIODATA JUARA IMAM MUDA ASTRO OASIS



Nama Penuh: Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan
Asal: Pulau Pinang
Umur: 26 Tahun
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Pendidikan Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Fiqh Usul, Universiti Malaya


Artikel berkaitan (artis dan sewaktu dengannya):
1. [Kemaskini] "Tok Guru Nik Aziz adalah idola saya" - Amy Seacrh
2. Wardina mahukan anaknya mencontohi sifat sederhana Tok Guru (Nik Aziz)
3. 'Aura Tok Guru': Bekas Model Sambilan, Kartika Saridewi bertemu dgn MB Kelantan
4. Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz dari pandangan penulis novel Ketika Cinta Bertasbih
5. Bok Lokman hadir majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus
6. Bukan Mahathir, bukan Najib: Tuan Guru Nik Aziz adalah "Guru Aku"- Amy Search (video inside)

Lain-lain sumber:
7. Siti Nurhaliza dan Datu' K temui Tok Guru Nik Aziz