Sabtu, 18 September 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Teka -Teki Imam Al Ghazali

Posted: 18 Sep 2010 10:43 AM PDT

-Santai-

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'



Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

wallahu'alam... 

Freemason Telah Berjaya Dalam Misinya Di malaysia

Posted: 18 Sep 2010 04:10 AM PDT

-Dajjal-

Assalamualaikum,
Salam blogger bagi yg belum memasuki keluarga besar Islam,semoga Allah membukakan pintu hidayah untuk anda.

Dalam gerakan fremason,ada 7 prinsip utama yang mesti diikuti oleh ahlinya.Dalam prinsip itu terkandung segala niat jahat mereka mahu menguasai dunia dengan pelbagai cara termasuklah dengan merosakkan moral muda-mudi dan menjauhkan golongan ini dengan agama.
Jika kita lihat dengan situasi yang berlaku pada kebanyakan negara Islam sekarang termasuk malaysia,ada tanda-tanda menunjukkan rancangan mereka sudah berjalan lancar.
mari kita lihat apa 7 prinsip freemason itu dan bandingkan dengan situasi negara kita.

1. Kerahsiaan.

KERAHSIAAN adalah asas terpenting dalan pergerakan ini. Para anggota wajib menjaganya dengan apa cara sekalipun daripada tersebar, sama ada di dalam bentuk tulisan, pergerakan dan simbol-simbol tertentu.

2. Kesetiaan.

ANGGOTA wajib memberikan taat setia seratus peratus kepada Yahudi dan dikehendaki memutuskan hubungannya dengan agama dan negara.

Dalam kitab Al-Yahudiyah dan kitab Al-Yahudiyah fi Aswabiha al Mu'asoroh terdapat bukti kaitan dengan prinsip yang kedua ini. Ianya menyatakan bahawa anggota Freemasonary dilarang sama sekali untuk terikat dengan mana-mana negara dan agama. Mereka meletakkan perjuangan Gerakan Freemasonary sebagai hadaf (matlamat) utama yang begitu suci mengatasi segalanya.

3. Memuliakan hanya keturunan Yahudi.

PROTOKOL ke-11 menyebut bahawa: Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi adalah bangsa yang terpilih dan keadaan mereka yang bertebaran di muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau di negara asing, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa sesuatu bangsa ke pintu kekuasaan di seluruh dunia walaupun pada pandangan orang yang cetek fikirannya perkara itu sebagai satu kelemahan.
Sementara di dalam protokol lain pula disebutkan bahawa: Sesungguhnya kita adalah pilihan Allah yang ditugaskan untuk memimpin dunia ini dan Allah telah menganugerahkan kepada kita kebijaksanaan yang luar biasa supaya kita mampu melaksanakan amanah itu.

4. Menyebar-luaskan kemungkaran dan mengagungkan hubungan sex.

PROTOKOL Freemasonary ayat ke-9 dan 13 yang disusun oleh Zionisme Brazil menyebutkan:
(Ayat 9) Moral generasi muda Goyim (bukan Yahudi) waktu ini sudah kita hancurkan dengan memperkenalkan prinsip-prinsip dan teori-teori palsu yang sudah sama-sama kita ketahui bahawa prinsip dan teori itu adalah rosak, lalu kini kita sematkan ke dalam benak akal mereka.

(Ayat 13) Untuk mencegah mereka (orang Goyim) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan seperti judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut dan pelacuran. 

Di samping itu, kita memuatkan iklan-iklan dalam akhbar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, sukan dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama-kelamaan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mengganggu-gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain.

Seorang pemimpin tertinggi Freemasonary berkata: Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.

Manakala seorang pemimpin tertinggi imperialis berkata: Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan meterialistik.
Karl Marx, pengasas kepada sosialisme pernah ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan.

Beliau menjawab: 'Penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan teater.'

Mengulas mengenai persoalan ini, Abdullah Nasih 'Ulwan berkata: Maka daripada kata-kata ini jelaslah bahawa Yahudi, Freemasonary, Sosialis, Solbiah, Kristianisasi dan Imperialis sentiasa berbincang, berpakat dan bekerjasama untuk merosakkan masyarakat umat Islam dengan cara menghidangkan arak, seks, teater, majalah, akhbar, rancangan tv, radio, buku-buku serta filem dan drama. Sesungguhnya mereka telah mencapai matlamat mereka yang buruk lagi jahat itu.

5. Memusuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.

SEORANG pemuda Freemesonary berkata: Kita hanya mempunyai satu tujuan iaitu menghancurkan sendi-sendi agama Katholik. Kita orang-orang Freemasonary tidak boleh menghentikan usaha ini selagi masih ada penganut Kristian Katholik walaupun seorang yang masih hidup. Peperangan antara kita dan mereka adalah peperangan darah yang hanya dapat diselesaikan apabila kita mati ataupun mereka yang mati.

Sementara seorang pemimpin Freemasonary Muslim yang telah bertaubat, bernama Yusuf Al-Hajj berkata:
Bangsa-bangsa yang menjalin hubungan kerjasama dengan anggota Freemasonary umpama tuan rumah yang bekerjasama dengan pencuri. Sikap seperti ini juga seumpama seorang pejuang yang berdamai dengan musuh bersenjatakan tombak bermata dua yang akan digunakan untuk menusuk jantung atau hatinya tanpa disedari. Begitulah juga halnya apabila hubungan baik cuba dijalinkan dengan negara Israel. Peringatan ini khusus untuk umat Islam.

Proudon, salah seorang tokoh Freemasonary pernah berkata: Freemasonary adalah satu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seorang Freemason yang berkata tentang kewujudan Allah, maka yang dimaksudkan itu adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap Allah dan manusia sebagai satu benda.
6. Para anggota saling tolong-menolong antara satu sama lain.

DI DALAM buku Anzimatul Masuniyah (Peraturan-peraturan Freemasonary) ada menyebutkan bahawa setiap ahli baru yang menganggotai pertubuhan ini perlu mengingati lafaz yang diajarkan kepada mereka, iaitu:

'Aku mesti bekerja dengan rajin dan tekun demi kepentingan keluarga Freemasonary. Aku mesti mencintai suadaraku anggota Freemasonary dalam keadaan mana sekalipun. Aku harus menjaga ketetapan dan rahsia gerakan yang menjadi dasar Freemasonary.

7. Mengadakan propaganda dan revolusi.

ARTHUR Edward, dalam bukunya Ensiklopedia Freemasonary ada menyatakan pendapat tentang peranan anggota-anggota Freemasonary Perancis:

Mereka telah menyusun strategi yang bertujuan menggulingkan kerajaan Perancis dan juga menghancurkan kepercayaan Katholik.

Lift Dalam Akuarium

Posted: 18 Sep 2010 03:23 AM PDT

-Santai-





INFO :
1. TERBESAR DIDUNIA (dibka pada umum 2003)
2. TERLETAK DI BERLIN GERMAN (di sebuah hotel terkemuka di dunia)
3. KOS 12,8 JUTA EURO
4. A) ketinggian 25 meter
B) diameter 11 meter
c) berdiri diatas tapak setebah 9 meter
5. AIR 900 ribu liter air masin
6. 2600 ekor ikan 56 sipesis

pengunjung dapat masuk dengan menggunakan lift khas untuk dpat melihat keindahan di dlam

kalam Perantau

kalam Perantau


Pas tetap bincang isu hudud

Posted: 18 Sep 2010 04:06 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Pas akan tetap membincangkan atau menyebut mengenai pelaksanaan syariat Islam seperti hudud di negara ini sekalipun menerima kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan, perkara tersebut sudah menjadi dasar parti itu dan meminta semua pihak faham terhadap perjuangan Pas.

"Isu yang menjadi syariat Islam sudah menjadi dasar Pas dan kita akan sentiasa sebut. Jadi, kita minta semua pihak faham kerana perkara ini tidak akan jadi masalah kalau semua saling faham memahami.:

"Hudud hanya membabitkan orang Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam, jadi mana-mana pihak seperti Lim Kit Siang tidak perlu melatah berhubung isu ini," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini terus mengulangi pendirian parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama PR.

Kenyataan dalam sebuah laman portal politik turut menyebut bahawa Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular, selain mempertahankan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Nik Zawawi berkata, kedua-dua pemimpin itu perlu memahami perkara tersebut sambil memberitahu undang-undang Islam lebih baik daripada sistem sedia ada.

"Perkara yang tidak disebut (dalam Dasar Bersama PR) bukan bermakna tiada, tetapi ia belum dibincangkan," katanya.

Beliau yakin, perkara itu tidak akan mewujudkan bibit perpecahan dalam kalangan PR sebagaimana berlaku terhadap Barisan Alternatif dahulu apabila Pas dan DAP berpecah selepas isu hudud dan pelaksanaan negara Islam diberi pendedahan secara meluas.:

Pada masa sama, beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat meminta Kit Siang atau sesiapa sahaja bertemu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat penjelasan tepat berhubung isu itu.

"Isu ini daripada Mursyidul Am dan kita minta mereka bersemuka dengan Nik Aziz supaya faham apa yang dimaksudkan beliau sebelum ini," katanya


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Suspek Utama kes Sosilawati simpan 2 wanita asing tanpa dokumen perjalanan sah

Posted: 18 Sep 2010 08:20 PM PDT


KUALA LUMPUR - Peguam K. Patmanaban yang tahanan remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an.

Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh.

Tugas kedua-dua wanita itu termasuklah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian semua pekerja ladang selain membantu menguruskan adik Patmanaban dan Patmanaban sendiri.

Mereka juga dibayar gaji namun belum diketahui berapa jumlahnya.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu diambil bekerja di situ kerana isteri dan anak-anak Patmanaban tidak tinggal di rumah ladang tersebut, sebaliknya menetap di rumah lain di Puchong.

"Kita percaya pembantu Indonesia yang berbadan gempal, rendah dan berkulit sawo matang serta wanita warga Filipina yang berketinggian 150 sentimeter dan berkulit cerah itu mula bekerja dengan Patmanaban sejak ladang itu dibuka di antara dua hingga tiga tahun lalu," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. - Kosmo

Wang Ihsan : Serangan terbaru umNO terhadap P. Pinang

Posted: 18 Sep 2010 08:09 PM PDT

KEPALA BATAS, 19 Sept — Kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat menafikan dakwaan pihak tertentu termasuk Pemuda Umno bahawa pemberian wang ihsan kepada warga emas RM100 setahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia datangnya daripada hasil judi.

Kerajaan negeri juga menganggap ia sebagai muslihat terbaru Umno untuk menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata, pemberian wang tersebut adalah hasil pendekatan jimat cermat yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sejak mula Mac 2008.

"Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta.

"Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa," katanya.

Justeru Ng yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri berkata, dakwaan yang dilemparkan Ketua Penerangan Pemuda Umno semalam adalah satu tohmahan dan fitnah yang amat merbahaya bagi meracuni pemikiran rakyat khususnya orang Melayu di negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata demikian pada ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Tasek Gelugor di Taman Telok Air Tawar Indah, Seberang Perai Utara malam tadi yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah.

Semalam Ketua Penerangan Pemuda pusat Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia menerusi program Penghargaan Warga Emas menggunakan wang dari sumber judi.

Reezal juga berkata dakwaan tersebut telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang hati segelintir penerima wang tersebut, khususnya yang beragama Islam.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya bukan menuduh kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk melaksanakan program penghargaan warga emas sebaliknya hanya mahu penjelasan berhubung dakwaan itu bagi menghilangkan keraguan.

Ng yang juga Setiausaha Pemuda DAP Pulau Pinang turut melahirkan kekecewaan beliau dengan tindakan melampau Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam meraih sokongan dengan membuat andaian dan tuduhan sedemikian.

"Sebenarnya Umno dan BN semakin hilang taring mereka. "Atas kesedaran inilah, maka mereka mencuba pelbagai muslihat untuk memberi imej yang buruk terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang," kata beliau.

Ng menambah, Umno beranggapan bahawa apabila orang Melayu terpengaruh dan terpedaya dengan perangkap mereka maka DAP, PAS dan PKR akan dilabelkan sebagai parti yang melampau dan tidak patut diberi sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini adalah antara taktik dan strategi politik yang mereka rencanakan bagi memerangkap Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

"Tapi saya optimis rakyat tidak lagi boleh diperdaya oleh Umno dan BN setelah melihat kejayaan kepimpinan Pakatan di Pulau Pinang," ujar Ng. - TMI

Kehilangan ahli perniagaan India : Wanita dari Tamil Nadu mengaku isteri

Posted: 18 Sep 2010 07:50 PM PDT

KLANG: Kehilangan ahli perniagaan India A Muthuraja bertukar menjadi sebuah kisah dramatis apabila terbaru, seorang guru sekolah berumur 36 tahun di India mendakwa dirinya sebagai isteri Muthuraja yang sah.

S Ramalakshmi dari Tirunelveli, Tamil Nadu, berkata wanita berumur 24 tahun yang datang ke Malaysia dan melaporkan kehilangan Muthuraja pada 8 Sept, bukanlah isteri ahli perniagaan itu yang sah.

Dalam laporan itu, S Usharani berkata Muthuraja itu ialah suaminya.

Muthuraja, yang dikatakan sebagai jutawan, lesap setelah datang ke Malaysia untuk bertemu dua rakan peguam yang telah ditahan berkaitan dengan pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ramalakshmi tidak mempunyai anak dengan Muthuraja, 37.

Menurut Ramalakshmi, yang bercakap dari Tirunelveli, ikatan suami-isteri antara dia dan Muthuraja terjalin melalui satu perkahwinan yang dibuat secara teratur.

"Muthuraja dan saya berkahwin pada 2001 dalam satu upacara besar-besaran di Chennai serta dihadiri ramai pembesar dan ahli politik," kata guru sekolah rendah itu ketika dihubungi di India, Sabtu.

Ramalakshmi berkata walaupun hubungan dia dan suaminya renggang untuk jangka masa tiga tahun, masih terdapat kemungkinan untuk mereka berdamai.

"Bapa mentua saya memberitahu apa yang berlaku terhadap kami bakal diselesaikan selepas kepulangan suami saya dari Malaysia," katanya.

Ramalakshmi berkata dia tidak berjumpa suaminya selama tiga tahun sehinggalah kira-kira seminggu sebelum kunjungannya ke Malaysia pada Januari.

"Saya berjalan ke sekolah dan dia yang memandu kereta ketika dalam perjalanan ke estet yang terletak tak jauh dari tempat saya mengajar telah melewati saya.

"Kami tidak bercakap tetapi dia senyum kepada saya," kata Ramalakshmi sambil teresak-esak.

Dia berkata Muthuraja sering membuat lawatan panjang ke Rusia dan Malaysia sejak mereka telah berkahwin atas tujuan perniagaannya.

"Walau tidak selalu bersama sepanjang masa dan sebelum hubungan kami menjadi renggang, dia akan selalu kembali semula," katanya.

Dia juga memberitahu Muthuraja pernah membawa dua kenalan peguamnya untuk acara makan di rumah bapanya di Tirunelveli kira-kira lima tahun lepas.

Diminta mengulas tentang apa yang berlaku sekarang ini, Ramalakshmi berkata: "Terdapat satu kemungkinan besar yang suami saya telah terlibat dalam hal dan aktiviti yang menjadi persoalan ini.

"Dia tidak perlu kembali hadir kepada saya atau mengakui saya. Saya hanya mahu suami hidup." - mStar

Kawan Sosilawati - pengasas Aveer Kosmetik - dijumpai mati tergantung

Posted: 18 Sep 2010 05:48 PM PDT


GEORGE TOWN: A close friend of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya, who is suspected to have been murdered along with three others recently, was found dead in her bedroom in Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, yesterday.

Sarina Jaafar, 45, the founder of Aveer cosmetics, was found about 8.30am by a relative, who had rushed to her house after receiving a call from her. At the time of the incident, Sarina was alone at home.

It was learnt that prior to the incident, Sarina, who was believed to be under stress, had called her relative to tell her that she was going to hang herself.

As soon as her relative arrived at her home with one of her children, she found Sarina already dead, hanging from the ceiling. She immediately took the body down.

Seberang Prai Tengah district deputy police chief Superintendent Mohan Singh said they received a call from a woman informing them about the incident.

When police arrived at her house, Sarina's body had already been taken down. Her remains were sent to Seberang Jaya Hospital for post-mortem.

Sarina, who has four children, aged between 16 and 24 from her first marriage, was a successful entrepreneur. She married a second time five years ago.

Meanwhile, Sarina's son Mohd Azrul Affendi Zakaria, 24, who rushed home from Kuala Lumpur, said he was informed of his mother's death by his younger sister.

Azrul, who believed his mother could have been under stress, said she told him recently that she had been hearing voices calling out to her from her father's grave.

"My mother was a loving person and never failed to look after our well-being. I last met her on Friday and advised her to be careful with her business after the recent murders.

"The murder of (Datuk) Sosilawati affected my mother as both were close friends and had known each another for a long time as they were in the same business line."

Azrul, who will be getting married in January, said instead of his wedding dinner, he now has to hold a kenduri for his mother.

Sarina was buried at the Bukit Minyak Muslim cemetery yesterday - NST

"Saya sayangkannya dan hubungan kami erat macam pasangan lain ..." : Suami Sosilawati

Posted: 18 Sep 2010 05:36 PM PDT

'Bukan niat saya sembunyi daripada media'

KUALA LUMPUR: "Biasanya jika berlaku kematian ada jasadnya, ada kuburnya tetapi kami cuma ada bahan bukti mengaitkan dengan kematiannya...bayangkan perasaan kami sekeluarga dan bagaimana kami mahu menerima hakikat ini," kata suami jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, yang mahu pembunuhan kejam isterinya menerima hukuman setimpal. Ahli perniagaan berusia 48 tahun yang meminta nama dan gambarnya tidak disiarkan, berkata kejadian tidak diduga itu menyebabkannya pilu kerana tiada jasad dapat membuktikan isteri sudah meninggal dunia. "Saya masih terkejut dengan kejadian yang menimpa Wati. Saya sayangkannya dan hubungan kami erat seperti pasangan lain dan tidak perlu saya gambarkan kepada umum.

"Anak juga amat sedih. Wati ibu penyayang dan sangat mengambil berat soal anak," kata beliau yang mengenali isterinya lebih 10 tahun lalu atas urusan perniagaan sebelum menikahinya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas empayar produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammed, 38.

Mereka diikat, dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat dibakar dan abunya dibuang ke sungai di Tanjung Sepat, Morib pada 30 Ogos lalu.
Mengingat detik terakhir bersama isterinya, ahli perniagaan yang muncul pertama kali membuat kenyataan media itu, berkata beliau keluar bersama Sosilawati ketika menghantarnya menghadiri perbicaraan mahkamah pada 26 Ogos.

"Wati menggunakan telefon sepanjang perjalanan tetapi saya tidak tahu dengan siapa beliau bercakap. Daripada butirannya, beliau meminta bayarannya dipercepatkan, dipercayai mempunyai kaitan dengan pen-jualan tanah miliknya sebab beliau pernah meminta pandangan saya mengenai urus niaga itu.

"Saya mengingatkannya berhati-hati dan tidak ditipu kerana mengesyaki sesuatu tidak kena dalam urus niaga berkenaan. Ini semua sudah maklumkan ketika dipanggil memberi keterangan oleh polis untuk membantu siasatan," katanya.

Katanya, selepas pertemuan itu beliau tidak lagi menemui isterinya dan hanya berkomunikasi melalui telefon, dengan panggilan terakhir diterima kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos.

"Pada 30 Ogos, Wati menelefon saya antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari tetapi sekadar perbualan biasa suami isteri. Menjelang 10 malam, saya menerima panggilannya tetapi apabila dijawab tidak kedengaran apa-apa suara. Saya menghubunginya semula tetapi tidak dijawab.

"Memang saya tidak terlintas langsung perkara buruk akan berlaku ke atasnya sehinggalah anak perempuannya menghubungi saya bertanyakan di mana ibunya," katanya.

Beliau berkata, setakat ini mereka masih menunggu keputusan rasmi ujian DNA ke atas semua bahan bukti, termasuk barangan peribadi yang ditemui di tempat kejadian sebelum mengambil tindakan seterusnya.

"Terima atau tidak (keputusan) itu soal lain, yang penting kita tunggu keputusan. Semua pihak harus menghormati pendirian waris untuk mengadakan ujian kedua di luar negara. Jika kedua-dua keputusan sama, saya reda dengan pemergiannya dan kita harus melakukan apa yang sepatutnya sebagai seorang Islam," katanya.

Beliau yang juga rakyat Malaysia berketurunan Indonesia turut menjelaskan bukan niatnya mahu bersembunyi daripada media selepas kes itu terbongkar, sebaliknya tidak mahu dikenali dan meminta kehidupan privasinya dihormati.

"Selepas kes ini terbongkar, masyarakat tertanya-tanya status saya... siapa suami dia (Sosilawati) dan ke mana saya menghilang. Timbul macam-macam spekulasi sedangkan saya masih di dalam negara dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes ini, termasuk menyalurkan maklumat berkaitan.

"Saya berdiam diri dan tidak mengeluarkan kenyataan media kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan. Saya mengikut prosedur sepatutnya, malah pertemuan bersama Berita Minggu diatur, menjelaskan status saya bagi mengelak salah faham," katanya.

Pertemuan itu turut diatur selepas beliau mendapat keyakinan mengenai perkembangan terkini siasatan, selain atas nasihat pihak tertentu.

"Kepantasan polis menyelesaikan kes ini amat dihargai. Saya turut menghargai keprihatinan rakyat Malaysia, sama ada yang terbabit secara langsung atau tidak dalam kes ini hingga pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya - BH

Kehilangan Jutawan India : Dua suspek direman 7 hari

Posted: 18 Sep 2010 10:41 AM PDT


SEPANG: Mahkamah Majistret Litar di sini, Sabtu membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini sejak awal tahun ini.

Majistret Hurman Hussain membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 24.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan suamninya, Allal Kathan Muturaja.

Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini.Kedua-dua lelaki itu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dan perintah reman itu dikeluarkan kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA

Kehilangan Jutawan India : Suspek kedua ditahan

Posted: 18 Sep 2010 08:22 AM PDT

Suspek utama pembunuhan jutawan India


KUALA LUMPUR: Police picked up just after midnight Saturday the second suspect in the case of the millionaire from India who went missing in Banting, Selangor, this year.

The 21-year-old man was held in Kampung Laksamana, Batu Caves, near here at 12.15am, Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said in his Facebook page.

The arrest comes in the wake of the arrest of the first suspect, a 34-year-old man, in Taman Wilayah, Selayang, yesterday evening.

The businessman, identified as Allal Kanthan Muthuraja, was reported missing after he had flown in from Chennai, India, on Jan 18 for a meeting with a lawyer friend in Banting.

Muthuraja's wife, S. Usharani, lodged a police report in Banting on Sept 8 after learning of the murder of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three men near Banting.

The two suspects are believed to be linked to a lawyer who is the prime suspect in the murders of Sosilawati, 47, her driver Kamaruddin Shamsudin, 44, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, and CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, in Ladang Gadong, Tanjong Sepat, near Banting.

Sosilawati and the three men went missing on Aug 30 after they had gone to Banting over a land deal.

Police found out that they were killed, their bodies burnt and the ashes thrown into rivers near Ladang Gadong, and picked up eight suspects, among them two lawyers - Malay Mail

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Blogger UMNO Mengaku Dibayar Dengan Duit Hasil Judi Kerajaan

Posted: 18 Sep 2010 05:37 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

Last posting sebelum aku berambus ke rumah bini no 2 aku esok..

Ahahahaha lagi lawak bangang blogger UMNO..

Berita Tv3 tadi siarkan seorang naina UMNO sibuk pasal wang ehsan yg dibagi Kerajaan Pulau Pinang merupakan daripada hasil judi..

Aku pun serius mula2 terpaku mcm nk percaya ngn pisau.net..eh bukan pisau potong konek ke???

Ahahahahaha

Last2 aku bukak blog aku..skali bloglist daripada arusperjuangan..dia update pasal tajuk ni..

Aku baca dan tengok komen dia..baru aku faham..lagi skali blogger UMNO mmbodohkan diri..

Woi...idea Soi Lek nak asing hasil kerajaan halal ngn haram lom dilaksanakan la bodoh!!!!!

Malaysia ada terima hasil judi dari Genting la..eh ..takkan korang lupa???Malaysia kan ada cukai arak??? ahahahahahaha..apa beza arak ngn judi?? dua2 haram kan..dulu anak2 karam UMNO ni gak yg belagak mengalahkan ustaz cakap benda2 ni haram..skang..apa cerita???

Ahahahahahahaha tu tak masuk cukai perniagaan untuk kilang arak..kandang babi..eh ada ke??? aku tk tau...ahahahahahahahahaha...nanti silap2 TM kewangan yg apek tu dapat idea lak nnti..abis bak kut teh naik harga.. ahahahahaha

UMNO bodo..bodo bodo bodo...belagak macam Pak Aji Buto.. ahahahahahahahhaha..kenal pak aji buto?? ahahaha aku tk kenal..tpi suka aku panggil budak2 belagak terer agama ni pak aji buto..

maaf kerana mncarut..

ahahahahahaha umno bodo bodo bodo..blpgger umno bodo.smayang tetonggang tonggek penuh 5 waktu tapi kuat memfitnah cam joyah....aku ngn arusperjuangan gak pandai..kan bro kan?? ahahahahahaha

PDRM Bukit Aman Sudah Sound Sama Najib dan Blogger UMNO

Posted: 18 Sep 2010 01:43 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

Sebelum aku blah balik esok ke rumah bini no 2 aku...aku nk persembahkan lawak bodoh PDRM ngn NAJIB,PM kesayangan korang tu..

Tadi,berita tv ntv7 telah menyiarkan statement dalam telefon pengarah pulis Bukit Aman..

Dengan nada tension..dia telah marah orng2 yg telah mempolitikkan kes bunuh SOSILAWATI janda si NASH..

Dia tension sbb dia tak leh tido sbb orng call dia pagi2 buta nk tanya betul ke Murugiah MIC ada kena mengena sedangkan dia mnjawab bahawa sebenanya tu Murugiah lain la...

Ahahahhahahahaa

Sapa yg telefon pagi2 tu??NAJIB ke??ke blogger UMNO anak karam???

Ahahahhahahahahahahaha

Mashitah datang melawat keluarga mangsa,UMNO nak uruskan pengkebumian mangsa..NAJIB sudah puji PDRM,MIC sudah mengaku itu saspek ada juga offer mau jadi ahli..itu semuanya politik..

Orng PKR buat lawak nak kaitkan DAP..DAP plak buat lawak nk repot polis..ahahaha wei..polis mana mau layan parti KOMUNIS punya repot la...takkan tk reti2..buat2 tak tau je la ngn ahli PKR seko tu..

Yg makin lawak,blogger UMNO membengongkan diri,kes SOSILAWTI ngn kes 3 TEOH,KUGAN NGN AMINUR pun tk reti beza..siap komplen apsal tk leh politik..

Wei..bukan aku yg marah kat korang jngn kasi politik ini kes..itu PDRM la wei...bodoh..

Beza kes 3 yg mati tu ngn Sosilawati adalah..3 orng tu mampus sbb SPRM dan PULIS..itu SOSILAWATI mati sbb peguam..aik..peguam tu peguam kerajaan ke??tak tau plak aku..

Dah tu sibuk lak nak kaitkan DAP..apa lagi,GAP..gamba Zaid Berahim pegang botol arak boleh buat..apsal ko tk leh buat sijil pendaftaran ahli DAP si saspek tu...apsal..trial photoshop CS5 ko dah tamat ke..meh aku kasi download link untuk download yg cracked version punya..

Ahahahahahahahaha

Kesimpulannya,BLOGGER UMNO BODOH..dan NAJIB SUDAH KENA SOUND SAMA PDRM..
Sapa yg percaya semua cita karut dongengan diorang korang sume terikut bodoh..aku je yg pandai.. wekkkk ahahahahahahahahah

ahahahahahahahahahahaha

Telefon orng pagi2 buta oi!orng nk tido la..nk peluk bini.. ahahhahahahaa

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TAHNIAH, YB AZAN ISMAIL DAN TENTUKAN KEMENANGAN YB FUZIAH SALLEH

Posted: 18 Sep 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

Ahli Parlimen Indera Mahkota, merangkap Ketua Cabang di kawasan itu, YB Azan Ismail diberitakan memenangi kerusi Ketua Cabang PKR Indera Makota. Laporan dari Pahang Daily menyebut YB Azan berjaya menewaskan Sdr Razali Ismail dengan majoriti sekitar 35 undi yang masih belum disahkan semasa tulisan ini dibuat.

Cabang Indera Mahkota juga turut mencalonkan YB Azmin untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. YB Azan Ismail adalah pemimpin PKR Pahang yang suatu ketika pernah disebut di antara MP PKR yang akan melompat meninggalkan PKR. Namun ternyata berita itu palsu malah YB Azan diberi tugasan yang penting di dalam PKR setelah Pengerusi PKR Pahang diserahkan kepada Dato Fauzi. Di dalam Parlimen, YB Azan tidak pernah duduk diam dan beliau di antara MP Pembangkang yang lantang menimbukan beberapa isu besar.

Saya percaya, sikap beliau yang `Low Profile', tidak ego, mesra dengan semua menjadikan beliau tetap diberi kepercayaan untuk menerajui Cabang PKR Indera Mahkota. Saya masih ingat sewaktu saya hadir di dalam Majlis Perasmian Pejabat PKR Pahang yang baru di mana dirasmikan oleh DS Anwar, saya melihat sendiri bagaimana YB Azan begitu mesra dengan semua yang hadir. Beliau menghampiri hampir kesemua tetamu yang datang tidak kira peringkat mana sekali pun untuk berjabat tangan. Saya tidak pergi menemuinya, tetapi beliau sendiri datang menghulurkan tangan dengan senyuman walau pun beliau tidak mengenali saya. Begitu juga dengan tetamu-tetamu yang lain samada tua atau muda.

YB Azan juga tidak terlalu `protokol' atau dilihat seperti golongan `elit' di dalam mana-mana program yang dihadirinya. Sifat beliau ini sama juga seperti YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan. Saya juga berharap YB Fuziah Salleh akan dapat dipilih menduduki kerusi Naib Presiden kali ini. Beliau seorang pemimpin yang sentiasa bekerja kuat dan gigih sehinggakan pernah MB Pahang memuji peranan yang dimainkan oleh YB Fuziah Salleh selaku Wakil Rakyat di Pahang.

Inilah wajah atau sifat pemimpin yang perlu diperakui oleh semua ahli parti. Mereka tidak pernah merasakan diri mereka hebat atau ternama dengan kedudukan mereka sekarang. Mereka akur bahawa kerusi MP yang diwakilinya itu adalah amanah rakyat. Saya amat gembira apabila dikatakan pemilihan Cabang PKR Indera Mahkota berjalan dengan aman dan teratur. Semua calon yang bertanding serta penyokong masing-masing menerima keputusan pemilihan itu kerana pemilihan pemimpin di dalam PKR jauh lebih baik dan telus dari pemilihan dalam Umno.

Tahniah YB Azan, tahniah kepada semua ahli PKR Indera Mahkota dan selamat berjaya buat YB Fuziah Salleh./wfauzdin.blogspot.com

TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN 13 , MUSTAFA KAMIL 6, ZAID 5 PENCALONAN

Posted: 18 Sep 2010 10:09 AM PDT

Timbalan presiden: Azmin pecut tinggalkan Zaid

Daripada 18 cabang yang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing, Naib Presiden PKR Azmin Ali kini terus memecut laju meninggalkan pencabar utamanya Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut pemimpin-pemimpin cabang yang dihubungi Malaysiakini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 13 pencalonan - sembilan hari ini dan empat semalam.

Manakala pesaing terdekatnya Zaid Ibrahim yang juga penyelaras Pakatan Rakyat setakat ini mendapat lima pencalonan - dua cabang hari ini manakala tiga semalam.

Di samping kedua-dua tokoh heavyweight ini, seorang lagi naib presiden PKR Mustafa Kamil Ayub pula hari ini mula memasuki gelanggang apabila mendapat enam pencalonan.

Lima daripadanya diperoleh daripada Perak di mana beliau merupakan pengerusi perhubungannya. Ini bermakna, Mustafa Kamil kini memintas Zaid yang semalam mengekor rapat Azmin

Selain mereka, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik Tian Chua pula masih belum layak kerana hanya mendapat satu pencalonan, masing-masing di Genting Highland dan Pokok Sena.

Malaysiakini juga difahamkam Azmin turut mendapat pencalonan daripada Lipis, Sandakan, Kulim dan Bandar Baharu.

Sumber-sumber yang rapat dengan Azmin pula memaklumkan bahawa bekas setiausaha Anwar itu sudah mendapat sebanyak 18 pencalonan. Bagaimanapun setakat ini, kedua-dua maklumat itu belum dapat disahkan.

Berikut senarai cabang yang membuat pencalonan untuk jawatan berkenaan:

Azmin
Indera Mahkota, Raub, Tanah Merah Arau, Libaran, Silam, Kudat, Larut, Parit Buntar, Pasir Mas, Rantau Panjang, Langkawi dan Kubang Pasu.

Mustafa Kamil
Grik, Lenggong, Bagan Serai, Taiping, Sungai Siput dan Kuala Kedah.

Zaid
Jerantut, Padang Rengas, Kota Bharu, Tumpat dan Alor Setar.

Sumber: Malaysiakini

KES SOSILAWATI - PEKIDA HENTAM MAJLIS PEGUAM , TAPI SOKONG POLIS

Posted: 18 Sep 2010 05:00 AM PDT

Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

180910 pekida tahlil noorhisham sosilawatiNoorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

180910 pekida burn bar council banner sosilawatiSejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar (kiri) kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.

"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.

Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.

Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati./Malaysiakini

MENYANGGAH TULISAN MSO YANG NASIHAT DATO ZAID KELUAR PARTI

Posted: 18 Sep 2010 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

Seorang Penulis ternama, MSO atau Mohd Sayuti Omar di dalam tulisannya mula terpengaruh dengan cerita yang dibawa oleh Dato Zaid yang bakal bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Saya tidak kisah jika Penulis berkenaan menyokong Dato Zaid, tetapi percaya kepada semua dakwaan Dato Zaid yang sedang berkempen itu tentulah tidak bijak buat seorang Penulis Politik terkenal.

Tambahan pula, MSO dikatakan seorang Penulis Politik yang pro PR tetapi di dalam tulisannya beliau seperti menghasut agar Dato Zaid tinggalkan PKR jika tidak yakin dengan PKR lagi. Beliau juga turut menggambarkan betapa PKR kini sama seperti Umno. Di mana yang samanya PKR dengan Umno? Adakah kerana percaya bulat-bulat dakwaan Dato Zaid Ibrahim yang mendakwa kununnya beliau terpinggir, dakwaan ada kumpulan yang membuat fitnah ke atasnya walaupun sehingga kini Dato Zaid tidak melaporkan hal tersebut kepada badan disiplin yang bertanggungjawab di dalam PKR maka MSO percaya dengan Dato Zaid?

Saya masih ingat, sewaktu pemilihan pucuk pimpinan di dalam Muktamar PAS dahulu pun MSO dilihat bermain penulisan secara begini juga apabila beliau condong kepada beberapa pemimpin di dalam PAS. Kini, MSO jelas memihak kepada Dato Zaid seolah-olah Dato Zaid benar-benar teraniaya. Adakah MSO ini sebenarnya penyokong PR atau sekadar Penulis yang mempunyai matlamat atau tujuan tertentu?

Seorang lagi calon yang bakal bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR iaitu YB Azmin juga teruk dibelasah oleh Dato Zaid. Malahan Presiden PKR juga dicop oleh Dato Zaid sebagai `boneka' sahaja di dalam PKR. DS Anwar juga disindir oleh Dato Zaid apabila Dato Zaid menyebut jawatan Ketua Umum PKR itu tiada dalam Perlembagaan dan tidak boleh ditandingi. Apa erti ini semua? Dato Zaid baru sedarkah organisasi yang ada di dalam PKR ini? Semua orang maklum jawatan Ketua Umum PKR bukan jawatan kekal, sebaliknya hanya satu jawatan sementara untuk DS Anwar yang sekarang ini bergelut dengan fitnah liwat II ke atas beliau. Satu kaedah atau strategi parti untuk sementara waktu demi kebaikan PKR juga. Masakan Dato Zaid tidak tahu ini semua sebelum menyertai PKR? Mengapa ini semua timbul disaat beliau ingin bertanding merebut jawatan?

Seandainya benar DS Wan Azizah dianggap `boneka' sahaja di dalam PKR, mengapa Dato Zaid tidak berani bertanding menentang DS Wan Azizah untuk tidak menjadi `boneka'?. Jika Presiden pun sudah jadi `boneka' , apatah lagi Timbalan Presiden. Tetapi Dato Zaid berminat bertanding untuk merebut jawatan itu.

Saya `salute' YB Azmin yang tidak mencari helah atau modal yang diada-adakan untuk memburukkan calon lain. Memang kita akui, sebagai sebuah parti yang ahli-ahlinya bukan `Malaikat', tentulah ada beberapa pihak yang berkempen agak keterlaluan. Soalnya, adakah ini yang diatur oleh calon itu sendiri atau tidak? Dato Zaid, walaupun dikatakan tiada kumpulan yang bergerak untuk berkempen, tetapi suara beliau lebih lantang dari YB Azmin di dalam kempennya. Salahkah wujudnya kumpulan yang menyokong seseorang calon asalkan tidak melanggar etika kempen? Ini juga wujud di dalam PAS parti yang sentiasa berdisiplin di dalam pemilihan pucuk pimpinannya. Lihat, PAS tiada masalah kerana akhirnya yang menang diterima. /wfauzdin.blogspot.com

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


MERIAH! Gambar puluhan ribu rakyat di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan 2010

Posted: 18 Sep 2010 05:32 PM PDT

















































Sumber: Blogger@facebooker TopengPerakUnmasked(TPU)

PANAS BERAPI kes Sosilawati: DAP nafi suspek ahli DAP, blogger Umno dedah hubungan pembunuh dengan pemimpin Umno!

Posted: 18 Sep 2010 01:45 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Nah! selepas satu persatu bala menimpa para penganut tegar parti perkauman Umno..niat asalnya mahu mempolitikkan isu ini, rupanya terkantoi ditengah jalan!..jelas sepertimana perumpamaan 'perangkap makan tuan!'...cubaan mereka untuk mengaitkan kes pembunuhan ini dengan Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali!!

Penyokong Hindraf

Mulanya mereka telah kaitkan suspek pembunuh dengan pertubuhan haram Hindraf, seterusnya Pakatan Rakyat..katanya penyokong Hindraf ramai yang menyokong Pakatan Rakyat, maka si pembunuh itu adalah orang Pakatan Rakyat..maka fitnah ini dipanjangkan ke merata-rata tempat, khususnya di ruang maya oleh penyokong dan blogger Umno...




Namun, selepas pendedahan mengenai siapakah Hindraf dan apa kaitannya dengan Umno dibuat oleh penulis, maka mereka terdiam seribu bahasa...boleh baca di link ini, "BONGKAR! Umno punyai perkaitan dengan pertubuhan haram HINDRAF!..(video inside)"..

'Ahli seumur hidup DAP'

Cubaan mereka kedua ialah mengaitkan suspek pembunuh dengan sebuah pertubuhan politik pembangkang iaitu parti DAP..dikatanya suspek itu adalah ahli DAP seumur hidup!..



(Jelas akhbar di atas turut bersekongkol dgn Umno apabila hanya meletakkan sumber berita yang ntah dari mana datangnya, kerana itu tidak pelik akhbar ini tidak menyatakan suspek adalah dari parti DAP, kerana tahu maklumat yg diterimanya belum pasti dan mungkin palsu..)

Berdasarkan keratan laporan akhbar di atas, maka para blogger Umno telah memanjangkan fitnah jahat ini ke serata ceruk ruang maya dengan harapan rakyat membencikan DAP seterusnya Pakatan Rakyat, sedangkan laporan berita di atas langsung tidak menyebut suspek adalah ahli DAP seumur hidup, atau mana2 parti..

Dan semalam juga, pemimpin2 DAP telah menafikan sekerasnya2 laporan yang mengaitkan parti itu dengan suspek pembunuh, suspek bukanlah ahli DAP seumur hidup sepertimana yang dihebahkan media Umno...portal Malaysiakini sebagaimana melaporkan...

"Ia percubaan menjijikkan oleh akhbar milik Umno untuk memperli dan mendakwa dalam laporannya bahawa suspek pembunuh itu adalah ahli seumur hidup DAP tanpa merujuk atau menyiasat tuduhan itu terlebih dahulu," - Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua
Sementara Harakahdaily melaporkan..
"Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan," - Lim Guan Eng
Ternyata, Umno kalah lagi pusingan yang kedua!..cubaan utk mengaitkan suspek dgn imej Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali...Pakatan Rakyat bersepakat tidak akan membela dan menyokong mana-mana penjenayah, dan akan membela sesiapa sahaja yang menjadi mangsa keganasan tidak kira bangsa dan agama!..

GEMPAR!

NAMUN, suatu laporan yang agak mengejutkan telah dibuat oleh blogger Umno semalam..menurut blogger tegar Umno ini, suspek pembunuh kejam Dato' Sosilawati pernah berhubungan dan berurusan dengan pemimpin Umno tertentu! Ketua Pemuda Umno negeri mempunyai kaitan dengan suspek kes pembunuhan kejam ini!

Baca laporan pendeahan oleh 2 blogger umno di bawah..


PENDEDAHAN 1
Bertambah menarik…!



Last nite pegi open house rumah member, amongst her guest ada la geng2 n kawan2 yang ade connections with press n media bercerita, rupa2nya ade dua Datuk2 from Umno memang involve deal beli tanah dengan suspek kes Sosilawati…

Siapa dua Datuk2 Umno tue? Katanya Yb dari Selangor, Rahman Palil & sorang lagi Setpol Sharizat, Datuk Suhaimi Ibrahim, dia nie dulu GPMS… So now, these two Datuk2 kenalah buat statement bagi tau betul ker tidak? Kalau tak betul kenalah nafikan this hearsay among all media people yang bercerita pasal nie...

Duit punya pasal…, nak kaya punya pasal….. When it comes to business, orang Umno pun boleh buat deal dengan orang DAP…?
*baca seterusnya di sini, "Suspens! Rahman Palil & Suhaimi Ibrahim "Pernah" Deal Jual Beli Tanah Dengan Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati…?"..

PENDEDAHAN 2

Aku baru dapat tahu dari seorang sahabat aku yang ada satu Ketua Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis pada 12hb Sept yang lepas berkenaan kes tanah yang dibeli oleh KP UMNO negeri ni melalui khidmat peguam yang disyaki membunuh Sosilawati iaitu Dato Pathmanabhan.

KP UMNO Negeri ini membeli tanah di Pulau Pinang, nilai hartanah yang dibeli oleh orang Kuat Khairy Kitol ini bernilai berjuta-juta ringgit sebenarnya dan KP UMNO negeri ni buat report sebab dia nak ambil balik wang pendahuluan sebanyak RM1.3 juta yang telah diberi kepada peguam tersebut!

Lagi satu yang menjadi misterinya, Sosilawati terkorban sebab deal hartanah kat belah utara kan? Mungkinkah KP Negeri ni ada kaitan dengan kematian tersebut? Mungkinkah mereka berebut untuk membeli hartanah yang sama hingga terkorbannya Sosilawati dan rakan-rakan yang lain?

Bukan nak mempertikai, bila ada pembunuhan mesti ada motif, so apa motif pembunuhan Sosilawati ni sebenarnya? Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatannya, namun ada baiknya kalau disiasat KP UMNO Negeri ni yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Langat hari tu!
*baca pendedahan seterusnya di sini, "GEMPAR! KETUA PEMUDA UMNO NEGERI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DATO PATMANABHAN (PEMBUNUH SOSILAWATI?)"..

Terang lagi bersuluh! rupanya suspek pembunuh tiada kena mengena langsung dengan Pakatan Rakyat, malah yang lebih mengejutkan, suspek mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan pemimpin Umno sendiri!! ini bukan yang direka2 penulis, tetapi ianya diperakui oleh blogger Umno ini!!..kerana itu penulis awal-awal lagi dapat menalah awal siapakah di 'belakang' suspek pembunuh ini apabila terdapat laporan beliau mahu menyertai MIC/BN, boleh baca di sini..

Apa pun, kita tetap menunggu siasatan sehingga selesai, kita bagi ruang pada pihak polis menjalankan siasatan..pendedahan2 terbaru akan dikemaskini setiap masa.....yang nyata, Umno sudah 'kalah' 3-0 dalam isu ini..inilah bahana apabila cuba mempolitikkan isu pembunuhan kejam Dato Sosilawati!....wallahua'lam...


TERBARU: Lagi bukti bergambar Umno berpolitik dalam kawasan masjid!

Posted: 18 Sep 2010 12:28 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Kalau Umno buat semuanya halal!..gambar-gambar dibawah bukti Umno telah menggunakan masjid/surau bagi tujuan politik mereka..buktinya hamper/beg-beg hadiah tersebut memaparkan logo Barisan Nasioanl (BN)!!..

Gambar berikut berlaku di sekitar kawasan Hulu Selangor dan kawasan yang berdekatannya dengannya...


DEDAH 1 - Masjid At-Taqwa Kalumpang (29 OGOS 2010)











DEDAH 2 - Masjid Al Makmur Felda Gedangsa (23 OGOS 2010)





DEDAH 3 - Masjid Nurul Husna Felda Sungai Tengi selatan (15 OGOS 2010)



Dan banyak lagi..insyaAllah, lagi pendedahan seterusnya akan menyusul...

Artikel berkaitan:
- BONGKAR: Non-muslim masuk masjid - Pukulan maut buat penyokong totok Umno!
- Koleksi bergambar Umno/BN berpolitik di dalam masjid/surau!
- [Kemaskini] GEMPAR: Umno Kuala Langat anjur program 'maksiat' di rumah Allah!..(video inside)