Jumaat, 17 September 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Rais Yatim Buat Lawak Pasal Berukband,Wifi dengan Rakyat Sarawak

Posted: 17 Sep 2010 06:46 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

Ini lawak malam tadi Rais perform kat berita tv1 pukul 12 malam.

Kerajaan BN akan memberikan wifi percuma kepada rakyat Sarawak kat certain kawasan..

Kerajaan akan membelanjakan sekian2 duit untuk membina menara wifi untuk rakyat Sarawak..

Komputer 1Malaysia juga akan diberikan untuk rakyat Sarawak..

Ahahahahahahahahahaha

Lawaknya wei...wei..kata kerajaan sudah mau bankrap..Nak bagi wifi??kerajaan bagi wifi???wei berukband swasta pun tak boleh pakai ini kan pula kerajaan BN punya wifi,anak Yatim ni kata service yg cemerlang???ahahahaha pigirah..wifi kat IPTA UIA aku pun mcm haram ..ini kan pula nk kasi wifi cam tu je free kat rakyat..ini salah satu penipuan..sbb apa??sbb kerajaan BN yg nak bagi.. ahahahahahaha...Jangan lak nanti rakyat Sarawak tu mncarut sbb wifi kerajaan ni..ada line..tapi tk leh connect la....itu la..ini la..bla bla bla..

Ahahahaha..yg lagi lawak..kat Sarawak je plak..apa kat negeri lain tk nk ke buat???..ni kata nak SELAMATKAN SELANGAU...buat la WIFI TOWER kt depan umah aku..tak yh aku langgan streamyx..tu bagi subsidi kat UIA..suruh diorang upgrade sikit wifi kat sana..aku nk belaja carik bahan pun susah...Takkan kalah PRK Sibu terus dapat plan..ini mesti nk menambah blogger penipu la ni kat Sarawak...tak pun nk mengharap maklumat palsu bloger Barisan Nonok tu disebarkan kepada rakyat Sarawak yg tak berdosa tu.. ahahahahahahahaha..Adoi.baik la ko bg berukband free kat blogger ko tu anak Yatim oi..kesian..ngipas ko habis2 ingat sbb apa..demi KETUANAN MELAYU tau tak..demi PERJUANGAN ALIF BA TAK UMNO woi..

Aku???aku mana ada ngipas PR..aku blog sekadar pendapat aku je..dan aku rasa PR betul BN salah..pedulik aku... ahahahahahaahahaha...

Ahahahaha wei..takkan la sbb NAJIB kata BN tak kreatif masa PRK Sibu terus korang proaktif nk jadi kreatif..ini bukan sbb kreatif ke tidak..masa PRK Sibu..korng tengok calon BN..mana slalu kuar TV..sbb apa..apa BN nk tipu pasal Sarawak??? ahaha masa Hulur Selangor..boleh lah..pak cik sedara korang yg tersayang si Kamalanathan tu slalu kuar TV membongak..aku nengok pun dah naik jemu.. ahahahahahahaha

Ahahaha ini wifi free pun satu persediaan..persediaan untuk pilihanraya la ni.. ahahahahah

Ok....WIFI PERCUMA UNTUK RAKYAT SARAWAK..SATU JENAKA DARIPADA KERAJAAN UMNO DAN RAIS ANAK YATIM!..

ahahahahahahahahahhahaa

UMNO Gelakkan Guan Eng Sebab Siti Nurhaliza K

Posted: 17 Sep 2010 07:05 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

ahahahaha tadi aku merayau la tengok bloglist kat blog2 orng lain...aku tak baca posting diorang..tapi aku baca tajuk..

Tajuk dia antaranya;kesian guan eng,guan merajuk,guan eng nak pujuk melayu dan bla bla bla..banyak lagi tajuk2 yg menyakitkan hati..

Ahahahahahah

isunya Siti Nurhalija tak jadi buat showdown untuk konsert akan datang...so Guan Eng cancel la konsert..untuk meraikan Hari Malaysia..

Isunya kecik je,,

Tapi aku kecewa ngn Guan Eng..nama je nak jadi ala2 Umar Abdul Aziz..banyak lagi yg u kena blajar Mr Guan Eng.. ahaha alah aku nk nasihat dia..mcm la dia baca blog aku.. ahahahahhahaa

Wei..apek ni pun satu..nk pikat hati Melayu..patutnya bukan dengn konsert Siti ni..alah..ada ke Cina ngn keling kesah ngn Siti ni..Keling ngn Cina lah..yg aku nampak..diorang lebih suka P Ramlee daripada siti..korang pun tau kan P Ramlee ni pun leh kata hebat..berjiwa Malaysia dan banyak filem dia aku lihat mengutuk kerajaan..ahahahahahaha

Kalau aku la jadi KM Penang...aku lagi bagus buat ceramah politik.dah tu buat skali upacara HULUR DUIT RAYA KAT BUDAK2...apsal tk boleh???Najib pun ceramah politik gak kat Sabah masa Hari Malaysia lepas..dia janji BN nak buat jalan...Uncle Kamal Hulur Selangor lak..masuk tv kasi duit raya kat budak2..tv1 petang tadi...politik la tu..ahahahahaha

Tapi aku heran..blogger UMNO pun amik chan nk kelentong..wei..kalau la GUAN ENG tak announce konsert batal...nnti orng kata apek ni penipu..la..ape la..nnti blogger UMNO anak karam ni gak yg riuh mengalahkan keling.. ahahahahahahah buduh punya olang..nak harap duit raya dri mr kamalanathan ke wei??? ahahahahahaha

Anyway..alah konsert free..1 jam..bukannya tiket kena refund pun..wekkkkk

Anyway..Siti ni kan orng UMNO.. ahahahahahahaha ntah2 dia nk sabotaj ke...ape ke..tak de lah..mungkin dia tol2 sakit..Datuk K main ganeh sangat la tu..aku tengok misai pun aku tau..ligat ateh katil ni..ahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahah




Blogger UMNO Buat Lawak,Kaitkan DAP dengan Sosilawati

Posted: 17 Sep 2010 02:21 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

ahahahahaha

baru je merayau ke blog anak2 UMNO..

Cam biasa...semuanya tipu belaka..tapi ada satu posting ni menarik minat aku untuk mengehentam dia..sebab posting dia kelakar sangat macam cerita Senario..

Ahahahahahahahaha

Korang nak tau..blogger UMNO ni nak kasi tembak itu Tony Phua..kononnya DAP tak ambil tindakan pasal kes Sosilawati...

Ahahahahahahaha

Woi!!!!!! Nak bertindak apa???DAP tu parti politik,bukannya Pasukan Gerak Khas..diorang nk bertindak apa..anywei kes kan dah selesai..Najib kan dah puji itu PDRM..apa lagi yg tak cukup???

Ahahahahahhahaa..dulu..masa DAP ngn PKR ngn PAS kecoh hal Aminurrasyid yg KO kena tembak ngn polis tu..Najib kesayangan korang kata jangn politikkan kes..Skang ni??

UMNO sekian2 kawasan nk uruskan majlis pengkebumian driver Sosilawati,Dr Mashitah melawat keluarga Sosilawati,suspek dijangkakan ahli MIC,Najib puji polis..bla bla bla..

Woi..itulah namanya politik!!!!! bengong!!!!!!aku carut jugak anak2 karam UMNO ni..

Tak pasal2 dalam posting tu..nk kaitkan Tian Chua langgar lari sorang askar..wei..kalau ye langgar lari..apsal polis tak tangkap abang Tian Chua tu??Kalau ye dia salah..dia tak jadi MP Batu la..hilang kelayakan lama dah..tak yah tunggu dia gigit itu pulis la dey!!!!!ahahahahaha

Tengok..betapa bodohnya blogger UMNO tahap Megawati Sukarno Putri.. ahahahahhahahaa..Tu tak tambah lagi yg diorang cuba nak kata keling pembunuh tu ahli DAP.. ahahahahahahhahaha..diorang tk baca BH ke??sekali kuar keling saspek tu offer nk masuk MIC.. ahahahahahahaha takkan la dia nk LOMPAT PARTI.. ahahahahahahahahaa

Bodoh la..apa nama blog tu??Nama dia FLYING KICK..nama juga UMNO.pejuang Melayu.itu Inggeris juga ada pakai..

Yg kelakar slogan blog dia.. JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN, JIKALAU TAKUT DILAMBUNG TOHMAHAN..

Kalau dia tujukan kat geng dia..itu satu pembakau semangat..kalau di tuju kat geng pembangkang..dah sah UMNO JUARA FITNAH.. ahahahahaa

Dah tu kata Tony Phua cinabeng tulen..mmg la..dia mmg cina tulen..tak cam korang..ntah2 Melayu celup..keturunan nasab mana ntah...mau banyak cakap plak.. ahahahahahaha

lawak..lawak.. ahahahaaahaha..blog gila popular..beribu yg mmbaca..tapi apa yg dipersembahkan..dusta dan benci semata2..ahahahahahahaha..sama ngn blog aku?? ah pedulik aku...suka hati aku la....aku je halal...korang sume buat ..salah.. ahahahahahahhahaha

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Sosilawati : 3 termasuk suspek utama dilanjutkan tahanan reman seminggu lagi

Posted: 17 Sep 2010 11:18 PM PDT



September 18, 2010KUALA LUMPUR, 18 Sept — Tiga suspek termasuk dua peguam adik-beradik yang disiasat berkaitan kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilanjutkan tahanan reman selama tujuh hari.

Tempoh tahanan yang sepatutnya berakhir hari ini akan berlanjutan sehingga 25 September.

Termasuk mereka lapan orang ditahan setakat ini - TMI

Sah, suspsek utama pembunuhan Sosilawati tak pernah dikurnia Datuk - Polis

Posted: 17 Sep 2010 09:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain diikat, dipukul dan ditikam hingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai.

Katanya, kejadian itu berdasarkan pengakuan suspek selepas soal siasat sebaik semua lapan suspek yang terbabit kes berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau juga mengesahkan, setakat ini hanya lapan suspek ditahan dan polis meneliti sekiranya masih ada mereka yang terbabit kes itu.

"Berdasarkan siasatan, enam suspek yang ditahan selain suspek utama iaitu peguam dan adiknya adalah pekerja suspek utama dan mereka disifatkan sebagai taksub dengan ketuanya, malah ada yang bekerja selama 15 tahun dengan suspek terbabit.

"Siasatan juga mendapati suspek utama tidak pernah dikurnia gelaran Datuk dari mana-mana negeri, malah asetnya juga sudah dibekukan. Bagaimanapun, jumlahnya akan diumumkan kemudian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, di sini, semalam.

Beliau turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutama media arus perdana supaya tidak melaporkan apa yang melampaui batas dengan melaporkan berita yang tidak sahih dan spekulasi yang boleh menggugat keadilan. - myMetro

Kes Sosilawati : Lapuran penuh dikemuka ke Jabatan Peguam Negara minggu depan

Posted: 17 Sep 2010 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik DatuSosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya yakin bahawa mereka telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti kukuh bagi mengaitkan dan mengheret suspek ke muka pengadilan.

"Polis percaya kes pembunuhan melibatkan Sosilawati dan empat rakannya itu telah dapat diselesaikan berdasarkan tindakan yang telah diambil dan bahan-bahan bukti yang telah berjaya diperoleh.

"Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dinilai, berkemungkinan minggu hadapan...kita yakin siasatan kita punya bukti yang kukuh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam itu yang dijumpai di sekitar tempat kejadian, hanya akan diperoleh sekurang-kurangnya empat hari lagi. "Tulang-tulang berkenaan baru dihantar ke Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur semalam dan difahamkan ia memerlukan masa sekurang-kurangnya empat hari untuk proses penganalisaan.

"Selepas ujian patologi itu selesai barulah kita dapat menentukan dan mengenal pasti profil DNA serpihan tulang tersebut sama ada ia milik Sosilawati dan tiga yang lain atau bukan," kata Mohd Bakri.

Beliau berkata polis juga telah menghentikan operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, Selangor bermula hari ini, bagaimanapun anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.

"Misi mencari bahan bukti dihentikan hari ini dan jika selepas ini kita dapati ada keperluan atau masih ada lagi benda-benda yang perlu dicari atau dilakukan, kita akan sambung lagi operasi," katanya.

Mohd Bakri berkata dua pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi pembunuhan keempat-empat mangsa dan kes kehilangan tiga lagi individu serta seorang wanita yang mati dibunuh sebelum ini. Beliau berkata bagi kes Sosilawati dan tiga rakannya, pasukan khas tersebut diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah manakala bagi pasukan menyiasat individu hilang ia diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Datuk Hadi Ho Abdullah.

"Setakat ini kita telah kenal pasti suspek terlibat dalam empat kes lain iaitu tiga kes individu hilang selepas mengadakan pertemuan dengan suspek utama di mana kita tidak menolak kemungkinan mereka turut menjadi mangsa bunuh selain satu kes wanita mati ditikam di hadapan rumahnya tahun lepas," katanya.

Beliau turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutamanya media arus perdana agar tidak melampaui batas dengan melaporkan berita yang tidak sahih dan spekulasi yang boleh menggugat keadilan.

Mohd Bakri berkata terlampau banyak artikel dan kenyataan yang memetik sumber, didapati bercanggah, tidak tepat dan diputar belit yang membolehkan pemberita dan editor bertanggungjawab dipanggil untuk memberi penjelasan atau menyatakan kewajaran berita mereka di mahkamah undang-undang nanti.

"Dakwaan mangsa disembelih, 17 mangsa dibunuh suspek, mangsa diumpan dengan cek, sungai dipenuhi dengan ratusan tulang, anjing pembunuh dan beberapa lagi dakwaan yang menggunakan sumber adalah spekulasi dan tidak menggambarkan kejadian sebenar, hanya mengganggu siasatan.

"Jangan buat andaian bukan-bukan, sebenarnya hasil pengakuan suspek - Sosilawati dan tiga rakannya diikat, dipukul dan ditikam sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai," katanya.

Beliau turut mengesahkan, setakat ini hanya lapan suspek ditahan dan polis sedang meneliti sekiranya masih ada lagi mereka yang terlibat dalam kes ini.

Katanya, pekerja kepada peguam yang kononnya bergelar 'Datuk' itu disifatkan sebagai taksub dengan ketuanya, malah ada yang telah bekerja selama 15 tahun dengan suspek tersebut.

"Suspek utama yang tidak pernah dikurnia gelaran Datuk itu telah dibekukan asetnya namun jumlahnya akan kita umumkan kelak dan suspek juga tidak meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa sebelum ini," katanya sambil menambah polis telah mengambil keterangan dan DNA keluarga kepada semua mangsa.

Beliau berkata tempoh reman lima suspek disambung hingga Khamis ini manakala tiga lagi akan tamat esok dan polis akan memohon untuk menyambung reman mereka untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah dalam bidang kuasa Peguam Negara dan menjatuhkan hukuman sama ada suspek bersalah atau tidak adalah kuasa mahkamah, bukannya polis.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah sebelum keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. -BERNAMA

Lu cakap tak serupa bikin la umNO .. g jahanam la lu

Posted: 17 Sep 2010 08:24 PM PDT

Yang ni boleh pula

Dulu hangpa bising sangat kata yang ni tak boleh ... jahanam la lu umNO


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu "disajikan" dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

"Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap 'tunduk kepada DAP' khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya," kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk "Umno, Kura-Kura dan Perahu", Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

"... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

"Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid," kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

Gambar disiar blog Khalid Samad menyebut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bersama Ahli Parlimen P. Kamalanathan menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta majlis gotong royong di pekarangan Masjid Felda Soeharto.

"Tetapi bagi yang masih 'kabur', saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi," katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

"Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

"Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas," kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. - TMI

Kes Sosilawati + 3 : Polis punya bukti kukuh untuk sabitkan tertuduh

Posted: 17 Sep 2010 06:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara berkemungkinan minggu depan. Polis yakin siasatan kami punya bukti kukuh," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berhubung perkembangan terkini pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Menurutnya, bukti kukuh itu yang dikumpul berdasarkan penemuan tulang, beberapa senjata, barangan peribadi dan pengakuan suspek diyakini mampu mengaitkan dan mengheret suspek utama dan tujuh yang lain ke mahkamah bagi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Beliau berkata, sehingga kini polis menghentikan operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, bermula semalam. Bagaimanapun, anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.

"Polis percaya kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya dapat diselesaikan berdasarkan tindakan diambil dan bahan bukti yang diperoleh," katanya.

Mohd Bakri berkata, bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat pada serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa, keputusan mengenainya hanya akan diperoleh sekurang-"Misi mencari bahan bukti dihentikan hari ini (semalam) dan jika selepas ini kami dapati ada keperluan atau masih ada lagi benda yang perlu dicari atau dilakukan, kami akan sambung operasi," katanya.

Mohd Bakri berkata, dua pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi pembunuhan keempat-empat mangsa dan kes kehilangan tiga lagi individu serta seorang wanita yang mati dibunuh sebelum ini. Beliau berkata, bagi kes Sosilawati dan tiga rakannya, pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, manakala bagi pasukan menyiasat individu hilang ia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Datuk Hadi Ho Abdullah.

"Setakat ini, kami sudah kenal pasti suspek terbabit empat kes lain iaitu tiga kes individu hilang selepas mengadakan pertemuan dengan suspek utama. Kami tidak menolak kemungkinan mereka turut menjadi mangsa bunuh selain satu kes wanita mati ditikam di hadapan rumahnya tahun lalu," katanya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. Kes pembunuhan itu terbongkar selepas penahanan suspek utama yang juga seorang peguam berusia 41 tahun pada 11 September lalu diikuti beberapa tangkapan membabitkan tujuh individu lain. Semua suspek dipercayai pekerja suspek utama.

Sebelum itu, polis menemui kereta mewah milik Sosilawati ditinggalkan di sebuah pangsapuri di USJ1 dan kereta peguamnya di tempat letak kereta Hotel Dorset, Subang Jaya.

Peguam terbabit orang terakhir dilihat bersama semua mangsa. Setakat ini, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Sejak itu, kawasan Ladang Gadong dipercayai milik suspek utama menjadi tumpuan siasatan polis selain tiga sungai utama di kawasan berkenaan iaitu Sungai Kanchung Laut, Sungai Gelanggang Buaya dan Sungai Panchau yang dipercayai menjadi lokasi pembuangan tulang mangsa, senjata pembunuhan dan barangan peribadi mangsa termasuk jam tangan serta telefon bimbit. Semua sungai berkenaan terletak antara dua hingga lima kilometer dari ladang berkenaan. Wartawan Harian Metro yang 'berkampung' di lokasi kejadian sejak Ahad lalu juga mendapati orang ramai terutama penduduk sekitar keluar beramai-ramai untuk melihat lokasi kejadian tanpa menghiraukan kawasan berkenaan dikawal ketat.

Dalam tinjauan semalam selepas media dibenarkan mendekati kawasan pintu masuk ladang berkenaan mendapati kawasan ladang itu dipagar dengan tembok simen setinggi kira-kira dua meter manakala pintu masuk utama dikawal menggunakan pagar kawalan automatik serta terdapat satu lagi pagar kira-kira 100 meter dari pintu utama ladang. Pintu masuk utama ladang itu turut tertera dua tanda amaran iaitu 'Dilarang Masuk' dan 'Awas Anjing Ganas'. Turut kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan ialah beberapa bangunan menyerupai chalet, rumah pondok serta gazebo selain beberapa tapak semaian ditutupi jaring berwarna hitam dipercayai untuk tanaman sirih di sepanjang laluan pintu masuk hadapan - myMetro

Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati : Lagi lelaki tempatan ditahan

Posted: 17 Sep 2010 05:45 PM PDT


Kawasan yang dipercayai lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, hari ini. Allahyarham Sosilawati, 47, bersama peguamnya Ahmad Kamil Abd Karim, pemandu peribadi, Kamarudin Shamsuddin dan pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohamad dipercayai dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dicampak ke dalam sungai. Mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lepas. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Wilayah, Selayang dekat sini pada Jumaat bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan rakyat India di Banting tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 34 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di taman terbabit petang ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira pukul 8.20 malam.

"Kami percaya dia boleh membantu kami dalam siasatan kes itu," katanya menerusi laman web sosial di sini malam ini.

Beliau, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.

Khalid dilaporkan berkata terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - BERNAMA

M Rajoli meninggal dunia

Posted: 17 Sep 2010 05:03 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Biar Mampus Gi Lah (Kata TokGuru)

Posted: 17 Sep 2010 10:38 PM PDT

KOTA BHARU, 18 Sept 10: 'Biar mapus gi lah.' Tidak patut wartawan sokong BN, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Wartawan di sebuah hotel di sini malam tadi. "Oleh itu tidak patut kaum wartawan menyokong Umno, tidak patut sokong barang salah!"

Beliau berkata, sepatutnya kaum wartawan menjalankan kempen terhadap Kerajaan Persekutuan supaya turut meluluskan lesen radio dan televisyen bagi memudahkan rakyat mememahami erti demokrasi. PAS, katanya memohon supaya diberikan lesen radio dan televisyen sejak lama dahulu tetapi hingga kini masih tidak ditunaikan.

"PAS tidak ada radio dan tv, sedangkan negara dikatakan mengamal demokrasi. Demokrasi apa macam itu.
"Tetapi kalau selagi wartawan menyokong perkara salah dilakukan Pusat itu, maka sampai bila pun rakyat dan negara tidak selamat, dan tidaklah pihak berkenaan sewenang-wenangnya menggunakan ISA terhadap pembangkang," katanya lagi.

Beliau turut mengulas layanan diberikan kepada Utusan Malaysia.
"Akhbar harian Utusan Malaysia.. dianak tirikan kerajaan negeri ketika bertugas, macam mana tidak diketepikan sebab Utusan berat sebelah," ujarnya.
Beliau menambah, terdapat pebezaan kandungan akhbar Sinar Harian berbanding Utusan di mana dalam Sinar menyiarkan berita orang PAS dan Umno. Ekoran itu, beliau melihat sebahagian besar orang kampung sekarang ini jarang membaca Utusan.

"Wartawan yang benar-benar 'wartawan' mereka tidak perlu berpihak kepada Pusat. Sepatutnya wartawan turut mengempen sama supaya Pusat memberikan lesen radio dan tetevisyen kepada negeri Kelantan," katanya.

Sebelumnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan. Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah 'mengarut' apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalan.
Justeru beliau yang juga Mursyidul Am PAS menambah, kaum wartawan tidak wajar memberi sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

"Demokrasi di Malaysia memang langsung berat sebelah.
"Perdana Menteri Malaysia tidak datang merasmikan jalan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka tidak mengundang Menteri Besar, tahu-tahu jalan dan jambatan itu sudah pun selesai dibuka.
"Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu pun, dia tidak mengundang Menteri Besar pada majlis rasmi yang diadakan. Ini demokrasi apa seperti itu, demokrasi mengarut. Belajar di universiti lain, yang buat lain.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dan Setiausaha Akbar, Ahmad Fadhli Shaari. (AK)
-ibnu Hasyim-

Sejarah Negeri Kelantan

Posted: 17 Sep 2010 06:19 PM PDT

-Santai-

Nama "Kelantan" dikatakan diambil daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi kerajaan kedua terbesar selepas Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang tpaling ramai penduduk dan makmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat.
Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19. Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
Sumber: 
http://www.kelantan.gov.my/

Malaysia Makin Panas dengan Kes Jenayah Berat

Posted: 17 Sep 2010 01:26 AM PDT

Klik untuk besarkan gambar
(Sumber: Laman rasmi PDRM)
http://www.rmp.gov.my/

"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin." (Qs. al-Maa'idah [5]: 50).


-ijoks2009-
Adakah belum masanya lagi untuk Malaysia tunduk kepada perintah Allah melaksanakan undang-undang Allah bukan undang-undang ciptaan manusia..

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


BONGKAR: 'Ustaz Kamal' masuk masjid - Pukulan maut buat penyokong totok Umno!

Posted: 17 Sep 2010 08:58 PM PDT


Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, tempat imam dan para makmum sujud..nampaknya masjid ini tidak lagi 'suci' mengikut tafsiran otak2 Melayu jumud di dalam Umno...

Oleh: Pria Malaya

Teringat lagi, semasa berlangsungnya kempen Pilihan Raya kecil Hulu Selangor, naman calon BN 'Kamal' lebih banyak dari nama sebenarnya 'Kamalanathan'..bahkan para perayu undi Umno sering menyebut, "undilah abang Kamal, sokonglah abang Kamal"...nampaknya hari ini penyokong Umno bukan lagi menyebut 'abang Kamal', tapi 'Ustaz Kamal'..korang baca di sini..

Penulis tidak mahu mengulas panjang, rasanya ramai dah tau berita 'gempar' yang didedahkan Khalid Samad semalam..

Persoalan kini, dimana mufti Perak, dimana suara dari pihak istana, dimana pegawai JAIS dan MAIS, mana '40 ulamak' muda Umno, dimana PERKOSA, dimana kuncu2 Umno yang lain? apakah sedang rancak berkira2 untuk mengubah hukum dan fatwa yg baru? apakah selepas ini fatwa hanya orang bukan-Islam WANITA sahaja yang HARAM masuk ke masjid?? sila jawab!!

Jelaslah, betapa hipokritnya Umno dalam setiap isu yang dicetusnya sendiri..selapas satu persatu bala menimpa...yang nyata, penganut tegar parti perkauman itu terkedu kaku tidak mahu mengulas..kerana tepat terkena atas batang hidung mereka!

Akhir kalam, apakah korang nasih lagi percaya dengan Umno dan segala sekutu mereka?


Versi Malaysiakini

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"


Berkempen dalam kawasan masjid utk tujuan politik: Gambar menunjukkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bersama Ahli Parlimen P. Kamalanathan menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta majlis gotong royong di pekarangan Masjid Felda Soeharto.

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Versi Utusan Malaysia

p/s: maaf, Akhbar kami tidak menyiarkan berita seperti ini..tuan kami (Umno) marah nanti..lagi pun akan mengecilkan hati mufti Perak dan pihak istana....kami rela membodohkan penyokong kami dari menyiarkan berita seumpama ini...

Versi TheMalaysianInsider

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu "disajikan" dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

"Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap 'tunduk kepada DAP' khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya," kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk "Umno, Kura-Kura dan Perahu", Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

"... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

"Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid," kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

"Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
"Tetapi bagi yang masih 'kabur', saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi," katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

"Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

"Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas," kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

HEBAHAN: Penggantian seruan "Daulat Tuanku" kepada seruan "Allahu Akbar"..

Posted: 17 Sep 2010 07:40 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Jika sebelum ini rakyat Malaysia cukup sinonim dengan lafaz dan ucapan "Daulat Tuanku" bagi menggambarkan kepatuhan dan penghormatan kepada institusi raja dan sultan..namun sejak YM Tuanku Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, seruan "Daulat Tuanku" telah diubah kepada seruan "Allahu Akbar"!..

Buktinya, kalian boleh melihat dimana-mana akhbar arus perdana 2,3 hari ini yang menyiarkan iklan Ucapan Tahniah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, perkataan "DAULAT TUANKU" pada sisi atas iklan tersebut telah digantikan dengan kalimah "ALLAHU AKBAR"!..




Ternyata ianya suatu yang baru buat rakyat Malaysia, khususnya umat Islam..penulis awalnya tidak pasti hebahan ini berbentuk 'arahan' (wajib), atau hanya untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja (tidak wajib), atau masih diperingkat cadangan (belum diwartakan lagi)...

Namun, memetik kenyataan dari website yang rapat dengan pihak Istana, 'The Kelantan Insider', artikel itu antara lain berbunyi..

"Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan "Daulat Tuanku" digantikan dengan seruan "Allahu Akbar" (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan "Allahu Akbar" ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak."
Jelas, jika dituruti kenyataan ini, maka benarlah terdapat arahan (titah) dari tuanku sendiri supaya seruan "Daulat Tuanku" digantikan dengan seruan "Allahu Akbar"...

Ini bermakna, selapas ini tiada lagi seruan (untuk tujuan rasmi) menggunapakai seruan "Daulat Tuanku"..tetapi ianya perlu diubah kepada seruan "Allahu Akbar"..adapun titah ini hanyalah terpakai khusus untuk Sultan Negeri Kelantan..



Akhir kalam..Raja 'Alim Raja Di 'Sembah' Raja Zalim Raja Di Sanggah...semoga Allah lanjutkan usia Tuanku serta pentadbiran kepimpinan Islam Negeri Kelantan, seterusnya kemakmuran buat seluruh Rakyat di Negeri Kelantan, dan rakyat Malaysia umumnya..wallahua'lam..


Artikel berkaitan:
- TERBARU: Foto-foto menarik YAB Tuan Guru Nik Aziz bersama YM Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra
- Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat! (Gambar di dalam)

[Kemaskini] TERBARU: Foto-foto menarik YAB Tuan Guru Nik Aziz bersama YM Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra

Posted: 17 Sep 2010 01:53 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

17 September 2010 (Jumaat) - Berikut adalah gambar-gambar Tuan Guru MB Kelantan bersama Sultan Baru Kelantan, YM Tuanku Faris Petra selepas menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan...

Apa yang menarik, kelihatan tuanku sultan 'mencemar duli' memberi penghormatan kepada Tok Guru utk berdiri bersama-sama dengannya utk bersalam dengan rakyat jelata...Sungguh terharu tatkala menatap foto-foto di bawah..

Semoga Allah memanjangkan umur Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta umur YM Tuanku Faris, supaya dapat sama2 memerintah rakyat negeri Kelantan dgn makmur dan jayanya..

Ikuti 'bicara' gambar-gembar menarik di bawah..wallahua'lam..



Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.



Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Adinda Tuanku Faris, Tengku Muhammad Faiz (Tengku Bendahari Kelantan), dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...

Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian...



Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

Lain-lain gambar...

















Sumber: Credit pada blogger@facebooker TopengPerakUnmasked (TPU)

Artikel berkaitan:
- Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat! (Gambar di dalam)